Thursday, December 10, 2009

KABINET SATU MALAYSIA: TPM VS MENTERI BERENTAP BERCAKAR

KABINET SATU MALAYSIA: TPM VS MENTERI BERENTAP BERCAKAR

9.00 Malam : 9 Disember 2009-12-09
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

PM6 negara kita Malaysia, YAB DS Najib dengan semboyan retorit SATU Malaysia dah hampir setahun usianya. Tempoh kurang dari setahun itu, telah terserlah anggota kabinet SATU Malaysia tidak mampu berada dalam SATU kesepakatan SATU kesatuan fikrah SATU Malaysia tetapi bercabang bercempera, di kalangan menteri dan timbalan menteri dalam parti komponan BN. Tetapi sesama UM no pun belaga terbuka sebagaimana TPM dari UM no dan menteri senior juga dari UM bertembung macam lembu laga dalam bon.

Sikap dan ucap, ianya menerang dan menyingkap dukalara hati dan isi perut pedal sesaorang. Isi hati dan pedal perut Mohiyaddin dan Nadzri telah terburai berjela dan bertaburan. SATU mengampu sokong Najib. SATU lagi mengharapkan sokongan terbuka untuk memperkemaskan diri mengembangkan kepak besarkan tapak. Justeru, dengan penuh kasih sayang dan mengenang budi mengenang jasa, TPM TS Mohiyaddin mengambil sikap membela dan mempertahankan mantan PM4 Tun Dr Mahathir diatas sikap Tun mempertahankan dan kekalkan modul dan institusi BTN. Diatas pandangan Tun Dr Mahathir yang sama dan serupa dengan pendapat dan pandangan TPM TS MY yang bertembong pendapat dengan DS Najib pencetus SATU Malaysia.

Sesungguhnya Tun dan Mohiyaddin dan ramai pemuka-pemuka UM no dulu dan la ni memperakui dan membenarkan segala tuduhan musuh UM no selama ini. Bahawa di BTNlah tempat didik dan bersarangnya api perkauman patriotik Melayu kerana BTN berppperanan besar kepada UM no. UM no mendapat manfaat langsung, mendapat sebilangan cerdik pandai Melayu menyokong UM no hasil tarbiah dari BTN. yang melindungi UM no selama ini. TPM TS MY terpaksa menempelak menteri di JPM yang bertanggungjawab tentang undang-undang YB DS Nadzri Aziz. Ianya amat menarek, berani dan amat terbuka mendada. Kedua-duanya anak jantan dari Johor dan Perak. Pasti ianya berpanjangan untuk lebar dan panjangkan belang tempolok masing-masing.

Nampak gayanya retorit SATU Malaysia tak akan tahan lama. Kalaulah TPM dan Menteri di JPM yang bertanggungjawab berhubungan undang-undang, sama-sama tak faham dan berlawanan haluan. Macam mana nak disogokkan SATU Malaysia kepada seluruh negara dan rakyat jelata. Dikalangan jemaah menteri sebagai anggota kabinet, belaga sakan dengan satu tajuk puaka. Pro dan kontra dikalangan anggota kabinet apalagi perengkat pengikut UM no bertaraf JKKK? Parahlah padahnya dalam cuba-cuba nak tahu SATU Malaysia bukan nak menghayati lagi. Yang selama ini modul yang dilaksanakan selama-lama itu tempat bersarang suburnya paluan perkauman Melayu, seruan memenci kaum lain termasuk Melayu yang tidak bersama-sama UM no.

Kini diatas retorit SATU Malaysia, orang No 2 negara Timbalan Presiden UM no/Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan PM juga Menteri Pendidikan, telah menghunus keris dan bertarong digelanggang terbuka bertikam, mengelak dan menepis sakan diantara Menteri Di JPM YB Datuk Seri Nazri Aziz, kerana masing-masing mempertahankan dan mebolak Biro Tata Negara - BTN. Pertarongan ini merupakan respon langsung yang terlalu pantas YB Datuk Seri Nazri Aziz keatas pendapat mantan PM4, mantan Presiden UM no dan BN Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kait Tun mempertahankan BTN bersekali dengan kurikulumnya terbaik selama ini sebagai universiti khas tempat meniupkan api bara perkauman petriotik Melayu.

Kalau sebelum ini pemuka-pemuka utama UM no bolak balik menafikan yang BTN adalah alat perkakas mendidik menjadi UM no dan sarang mengasah perkauman. Makanya hari ini UM no tidak terdaya untuk menafikannya sekalipun RTM dan TV supermarket menafikannya sejuta kali bukan SATU kali. Kerana ianya dibenarkan, ia disahkan sendiri di lobi Parlimen dalam persidangan resmi media oleh menteri yang bertanggungjawab dalam undang-undang YB DS Nadzri Aziz. Ya! BTN lah tempat mendidik orang Melayu untuk menyokong UM no. Korikulum dan modul di BTNlah menaburkan bunga berduri membenci kepada kaum India, Cina dan Melayu yang berada dalam PAS dan Keadilan termasuklah parti PAS, DAP dan Keadlan adalah musuh kepada UM no dan musoh kepada Melayu kerana semata-mata tidak menyokong UM no. UM no mendapat sokongan menerusi racun berbisa yang dibekalkan di BTN diatas tiupan api perkauman sempit.

UM nolah yang menjaga dan menjuarai Melayu sedangkan pemimpin UM nolah yang melingkup, menipu dan melelong Melayu kepada Cina dan India. Degan menjadi barua dan pak sanggup, menjadi broker lima bintang mendapatkan projek melanun secara kroni atas nama Bumiputra, hasilnya diserahkan kepada Ananda dan Tan, menjadi jutawan sekelip mata dengan 2%. Itilah kerja mudah UM no melateh ahli-ahli kroni mereka menjadi kaya. Songlap atas dasar ekonomi baru Bumiputra. Bila menemui kegagalan, mangsanya adalah Bumiputra Melayu. Sedangkan yang buat kerja haram dan haram jadah itu adalah suku sakat UM no orang Melayu dan Bumiputra menjadi mangsa. siapakah pengkhianat bangsa? Tidakkah UM no dan sekelian pemimpin-pemimpinnya sejak Tun Dr Mahathir sampai kepada Tun Abdullah dan DS Najib sekarang. Melayu malang di tangan UM no.

Rakyat berbalah dan pecah kerana UM no mengguna dan mendapat nasehat serta perkhidmatan dan khidmat dari institusi BTN dalam mengekal dan cara-cara mendapat sokongan dengan membakar sokongan peserta Melayu menjadi anti kaum-kaum lain macam kucing jalang kurap tengok tikus keturi. Pantang bertembong. Itulah hasil kuliah dari BTN dibekalkan kepada peserta agar menyokong UM no dan pemimpinya dan bencikan lain dari UM no. Itulah jadahnya UM no.

Perbalahan pertarongan diantara Nazri Aziz dengan Tun Dr Mahathir dan diantara Mohiyaddin Yassin dengan Nazri Azizi, dikala PM6 DS Najib berada diluar negara, ia amat menarek perhatian saya menguas. Sepeninggalan Najib keluar negara orang-orang kanannya dalam kerajaan dan kabinet mencipta issu untuk kehadapan menjadi juara dan hero. Mereka telah membuka bangkai gajah dan bangkai kapai selam yang busuk lagi berulat selama ini, yang UM no BN menudungnya dengan nyiru. Diatas program retorit SATU Malaysia makan bangkai busuk BTN yang mampu undangkan perbalahan pertarogan kaum, tidak mampu ditudung dengan nyiru lagi. Akhirnya danor dan ulat-ulat dan langau dari BTN milik UM n BN itu keluar menjalar, bersekali dengan ular, naga, lanun termasukllah senjata purba keris, tombak, lembing, loh runcing, cabai cuka dan semuanya adalah pelengkap sebagai ramuan masakkan hidangan api perkauman Melayu

Geraduan dan JKKK UM no sebaik tamat kulih dari BTN ini, mereka dibekalkan dengan kebencian dan permusuhan kepad Cina, India dan Melayu diluar MM no. Doborong sama kepada PAS, DAP dan Keadilan bersekali dengan pemimpin-pemimpinnya adalah pengkhianat kepada Melayu dan UM no. Itulah mudul dan kurukulum sejak 1998 spai lanie diasak dibaja kepada pelajar-pelajar di BTN, cukup kurang ajar dan tidak bertanggungjawab. Akhirnya api peledak ramuan perkauman keluar dengan sendiri tanpa nyiru diangkat ubah. erkata sendiri dan diperkatakan secara terka macam tsunami, tidak mampuBTN dipertahankan lagi diarena SATU Malaysia yang caca merba ini.

Justeru, nyata lagi benar, lagi siang lagi bersuloh, sememangnya BTN mempunyai kebenaran mutlak, merupakan tempat mengUM no kan sekelian yang hadhir kekampus BTN. Tempat meracun fikiran dan menabur fitnah kepada parti-parti pembangkang dan pemimpin-pemimpinnya terutamanaya selepas tahun 1998. UM no BN menggunakan kemudahan negara dengan rakus untuk membalun dan membelasah musoh-musoh politiknya dengan menggunakan segala kemudahan dan perbelanjaan negara semata-mata untuk UM no BN, celaka sungguh rupanya. Kenyataan respon Nazri keatas kenyataan Tun Dr Mahathir adalah benar. Hatta kenyataan Tun mempertahankan BTN adalah benar. Manakala Mahayuddin mempertahankan Tun Dr Mahathir lagi-lagi benar, kenapa?

Allah memilih BTN dipertunjukkan kepada sekelian rakyat negara dalam program SATU Malaysia, sebagai bom jangka dan peletup C4 kearah kemusnahan UM no BN, kenapa? Tanpa bantuan perang saraf, fitnah yang melampau, menanam semangat yang tinggi kepada peserta menghadir mengambil azimat dan berkat untuk membenci orang Cina, India, parti PAS, DAP, Keadilan bersama-sama pemimpinya, dengan menaikkan semangat berkobar-kobar dan berapi membenci diatas nama patriotik perkauman Melayu yang sempit di modum kurikulum BTN, maka UM no akan kehilangan tungkat tempat bergantung menjadikan Melayu itu menyokong UM no. Nyatalah ajal UM no kian menghmpiri.

Apabila Tun Dr Mahathir mempertahankan BTN kerana tempat UM no melateh sekelian pesertanya taksub kepada UM no mesti dipertahankan. Ianya mendapat sokongan pantas dari TPM TS Mohiyadin Yassin dengan menempelak mempertikaikan kenyataan YB Datuk Seri Nazri Aziz dan mempertahankan Tun dan menyanjung menghargai Tun. Sifir politik kaki lima pokok ciri mentafsirkan, inilah percanggahan dan penentangan TPM secara terbuka diatas hasrat PM6 DS Najib untuk negarakan SATU Malaysia, yang pada anggap bacaan Tun dan TPM TS mohiyaddin ianya akan merugi dan meminggirkan UM no dan UM no itu terus tenggelam dan berkecai seperti gadis Momggolia Altantuya Shaaribu berkecai kena peledak C4.

Ertinya secara jelas TPM TS Mohiyaddin Yassin menolak SATU Malaysia yang dicanang oleh PM DS Najib. Kini jelas TPM bergayut dan berselindung mendapatkan sokongan dari Tun Mahathir untuk menghadapi lawannya menjawat puncak dalam UM no dan puncak Perdana Putra, kerana ia menghadapi penyakit dihadapan, juga jenis virus merbahaya H1N1. Penyakit apakah yang TPM menghadapi dimana ia menjawat TPM? Penyakit H1N1 ialah penghalang sepupu yang akan memintas TPM TS MY iaitu Hishamuddin 1 Najib 1. Maka untuk melangkah penyakit tersebut TPM kena bergabung dengan Tun Mahathir bersekali dengan anaknya MP Jerlun yang nak juga menjadi Adun Kota Siputeh. Itulah percaturannya, macam main aji dan dam dibawah pohon
ketapang rendang.

Kini YB DS Nazri Aziz adalah didalam perut dan hati PM6, kerana mempertahankan matlamat SATU Malaysia ketika mana PM6 dan bini no 2 berada diluar negara. Jelaslah Nazri menjadi pertahanan dan penjaga gol profesional dalam team SATU Malaysia. Pasti sekarang Najib mula mencurigai timbalannya. Apalagi timbalannya ini cukup laju masuk kedalam rumah MCA dan mengajar paksa penghuni dalam MCA cara untuk berdamai dan memulehkan perbalahan dalam MCA. Peralihankuasa hakikatnya rampasankuasakah yang Mohiyaddin nak ajar kepada Pemimpin MCA itu?

Sama-samalah kita tengok keleh. Walau apa-apa pun kini mana pemimpin UM no dari jenis JKKK kampong berani angkat muka, kecuali tunjuk punggung dan pungkor berani menafikan kebenaran kenyataan dari PAS, DAP dan Keadilan dan semua yang tidak menyokong UM no BN, bahawa BTN adalah tempat menyemarakkan dan melahirkan orang-orang UM no Melayu menjadi rakyat yang sempit akai, hipokrit bikin diluar cakap mengenai muhibbah dan keharmonian bangsa. Janakan mendapat undi diatas dendam perkauman setiap kali PRU. Itul kalau nak kenai malanun.

Siap 11.55 Malam : 9 Disember 2009-12-09
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB