Monday, August 30, 2010

SETELAH 2T 5B KERAJAAN PR MEMERENTAH KEDAH, JEJAK KAKI KUNJUNGAN SULUNG MEMENUHI UNDANGAN, SAHABAT LAMA (PEGAWAI KANAN KEPADA YAB MB KEDAH DARUL AMA

(BAHAGIAN I)

SETELAH 2T 5B KERAJAAN PR MEMERENTAH KEDAH, JEJAK KAKI KUNJUNGAN SULUNG MEMENUHI UNDANGAN, SAHABAT LAMA (PEGAWAI KANAN KEPADA YAB MB KEDAH DARUL AMAN).

(KU TEMUI SAHABAT LAMA YANG HEBAT, FAELNYA PERANGAINYA MACAM DULU. TETAPI CUKUP KEMAS, UMPH DALAM MENYAMPAIKAN INFO-INFO KEPADA KU. TERIMA KASIH DAN ALHAMDULILLAH DIATAS UNDANGAN).

16 Ramadan 1431 - Khamis - 26 Ogos 2010
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB

Ramai pengamal undang-undang diluar sana, serta penganalisa politik profesional yang berkarya dari bilik beku, melakar rencana propoganda dan provokasi mengikut acuan dan skrip telunjuk tuan. Mereka sentiasa berselisih pendapat dalam membuat rumusan dengan penganalisa cokia kaki lima, yang membilang perdu getah dan pengemar politik penyadat nyior sawit. Ketika mana membuat secara sukarela kerja-kerja rotin mengisi masa-masa terluang dengan sembang dan gebang politik di kedai kopi Pak Long Ya di Simpang 4. Secara terdedah dan mudah, mereka terbuka minda yang dipungut dari sumber pelangan setia, serta pengunjung sekali sekala macam-macam dan sarat dengan tepu maklumat rakyat marhaen. Info tersebut asas perhatian dan diperhatikannya, hatta kadang-kadang lebih bertanggungjawab dan hampir dengan realiti semasa dapat direkodkan.

Sedia kita maklum, umNObn selepas PRU12 pada 8 Mac 2009 telah tewas dan tersungkur dibumi Kedah. PR - PAS, PKR dan DAP telah mengambilalih kerajaan Kedah Darul Aman. Kerajaan PR Kedah sebulat persetujuan melantik Menteri Besar dari PAS Ustaz Haji Azizan Bin Haji Abdul Razak (YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan bin Haji Abdul Razak). Kerajaan PR pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak dengan kewibawaan dan jati dirinya bergandingan dengan saf anggota Exco yang kaya dengan pengalaman dan profesional dalam bidang masing-masing selama dan semasa perkhidmatan kerajaan dan swasta dahulu. Turut dibantu oleh kakitangan perkhidmatan negeri dan persekutuan. Kini saya yakin sepenuhnya sebilangan besar penjawat awam, koi-koi memahami, menerima serta berkeyakinan diatas kelainan nilai baik arah, halatuju kerajaan baru dengan memberi sokongan dan dokongan terhadap aspirasi kerajaan negeri. Alhamdulillah.

Kerajaan PR Negeri Kedah Darul Aman dibawah pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan, telah mencipta beberapa rekod dan sejarah pentadbiran kerajaan negeri yang mana umNObn gagal menangani dan menyelesiakan lebih dari 50 tahun pemerentahan mereka. Kini pasa dan era baru Kerajaan PR memerentah dan mentadbir kerajaan negeri Kedah, dengan fokas dan matlamat urus tadbir memerentah Negeri Kedah dengan makna salam “KEDAH SEJAHTERA” kepada rakyatnya serta negara amnya, Kedah Sejahtera, salam sejahtera anda semua warga negeri Kedah Darul Aman. Sejak PR memerentah dan mendiami Wisam Darul Aman yang telah berumur kira-kira 2 tahun 5 bulan, baru sekali saya memijak kaki bertemankan anak penakan. Kerana melunasi jemputan dari sahabat lama yang berkhidmatan dibawah kepercayaan penuh YAB MB sebagai pegawai kanannya (terima kasih diatas jemput undangan dan menerima kami seadanya, Alhamdulilah).

Tetapi di waktu yang sama, pembangkang negeri Kedah sekarang, iaitu umNObn bersekali seluroh pemimpim mereka masih terus berlanjutan bersikap dungu serta menafikan hakikat. Walau sudah 2 tahun 5 bulan dikalangan pemimpin-pemimpin umNO Kedah dan pusat, terus mamai dan maumau bukan tersasul, tetapi menafikan realiti dengan menipu diri dan ahli serta penyokong umNObn. Mereka masih berperasan macam mereka dok memerentah negeri sedangkan dah menjadi kerajaan aruah sejak 2 tahun 5 bulan yang lepas. Seolah-olah gaji MB dan Exco masih mereka menerima bukannya bertukar dengan pencen persaraan. Lidah pemimin umNObn dan sukusakat yang sakit tertekan itu, sentiasa disasulkan kerana ia menterjermahkan olih ketulan darah beku bernama hati, hati yang keciwa dendam kesumat.

Walau apa-apa pun terdapat mantan pemimpin utama umNO Kedah, memberi sokongan dan galakan kepada kerajaan PR Kedah dengan respon positif dan menyokong. Kini lanie, mereka menyakini diatas ketelusan dan bertanggungjawaban MB Dato’ Seri Ustaz Azizan, ketika menjawat kerusi MB berkhidmat kepada rakyat jelata. Taat setia kebawah DYMM Tuanku Al Sultan, penjawat awam jauh dari itu, kepangkuan disisi Allah Azzajawalla. Laporan agensi kerajaan pusat yang memberi kepujian dan rangsangan baik dalam banyak pekara disudut mentadbir urus negeri dengan telus dan peka. Ianya bertentangan besar dengan siri-siri tohmohan dan rangkaian fitnah kepada kerajaan pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan dan saf Exco seperti dijaja dengan mendapat pulangan dosa oleh pimpinan umNObn Kedah dan pusat.

Laporan-laporan nilai tambah kepada kerajaan PR Kedah, ianya tidak menyenangkan umNObn, bertambah mengecil dan mengundang pupus sokongan kepada umNO dan pemimpinnya. Tergamak diatas keadaan terdesak, mereka umNObn sanggup menggunakan saloran haram dengan menabor berita palsu dan tipu secara bacul sembunyi tangan. Hatta media kerajaan dan hak rakyat turut menjadi alat mencaci bersama-sama media swasta yang mencari makan dibawah tunjuk dan telunjuk umNObn. Justeru disini saya memetik dan bawa disini, sedutan, keluhan, ucapan dan sasulan realiti TKBP umNO Negeri Kedah YB DP Ahmad Bashah Md Hanipah (khabarnya tak tau cakap orang putih jauhlah Arab seperti Ustaz Azizan. Akademik pun cukup rendah agas nak jadi MB kalau umNO dapat tawan Kedah PRU13 nanti, yang pandai seperti Adun Kuah Ir Haji Nawawi nak buang letak dimana?).

“Pemimpin Umno Kedah yang mempunyai banyak kerenah dan tidak menjalankan tugas sebagai pemimpin dengan baik akan dikenakan tindakan kerana sikap mereka menyebabkan pembangkang semakin kuat di negeri ini”. “Jika terdapat pemimpin yang hanya mementingkan diri tanpa menjalankan tugas dengan dedikasi, maka kredibiliti Umno akan terjejas. Saya tahu ada sesetengah pemimpin bawahan sering mempersoalkan macam-macam perkara sedangkan dia sendiri tidak menggerakkan ahli-ahli di bawahnya bagi melaksanakan sesuatu program yang telah dirancang”.

(Ulasan: Pembangkang kepala otak hampa. PR- PAS, DAP dan PKR adalah kerajaan untuk negeri Kedah. Cerdiklah sikit dan akuilah umNO dan tersungkur dan baham tanah kebumi dihukum rakyat pada 8 Mac 2008 yang lalu. Sejak secara amnya tamat dan berkeputusan umNO tewas pada 8 Mac 2008 maka tertubuhlah kerajaan PR - PAS, PKR dan DAP sebagai Kerajaan Kedah Darul Aman dipilih pengundi rakyat. Fahamlah oooiiiiii pemimpin umNO, umNO adalah pembangkang di Kedah. Jangan tunjuk yang kita memimpin umUM dikalangan jenis pemimpin bertaraf cap ayam, ilmu kerdil dan tidak berpelajaran tinggi).

"Jika perkara itu tidak dibendung, ia akan melemahkan Umno dan memberi peluang kepada pembangkang untuk terus bertapak di Kedah hanya kerana kelemahan pemimpin Umno. Kita tidak mahu perkara itu berlaku,". “Anggota Umno akan teraniaya jika mempunyai pemimpin seperti itu dan Umno akan mengetepikan ketua yang bersikap pentingkan diri tanpa memikirkan kepercayaan yang telah diberikan oleh anggota-anggotanya. Umno perlu bergerak dalam satu pasukan jika mahu mengambil semula pentadbiran negeri Kedah pada pilihan raya akan datang. "Ketepikan perkara-perkara remeh dan bekerjasama dalam pasukan bagi memastikan jentera Umno kukuh dan kuat,".

Selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita unMO Bahagian Alor Setar, diatas kegagalannya menjadi regu isi kuku dengan ketua import, berbekalkan bubunnya yang masih lembek bokbek dan pengikutnya tidak mempedulikan cakapnya, standard siswi tadika Kemas (yang longgar kata Almarhom Ustaz Fadzil Noor), saya akan mengacum pasai-pasai hampa dengan membuat laporan kepada ibu pejabat supaya mereka mengambil tindakan kepada pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu,". Katanya TKBP umNO Negeri Kedah YB DP Ahmad Bashah Md Hanipah. Mutakhir ini, pertentangan dan pertembungan pemimpin-pemimpin unMO Kedah tidak dapat ditudong dan dibedong, ianya amat menjadi-jadi pertembungan dan merebut jawatan.

Ibarat telor itik yang diram beribukan ayam diseron dalam lau, selepas 27 hari ia mau menetas. Dan sebaik selepas menetas anak-anak itik tersebut tahu asal usulnya dari jenis berada dan berendam dalam air dan pandai berenang. Jadi semua anak-anak itik yang baru 2 hari menetas itu pasti terjun keparit untuk dapatkan air, maka tinggalkan konteng-konteng ibu ayam didaratan. Begitulah para pemimpin umNO dengan ahli dan penyokongnya menghadapi fenomina tersebut disemua sudut.

Sekarang rakyat dan pengundi seluroh negeri Kedah dari semua keturunan, terus memerhati dan sedang membuat perbandingan ketelusan kerajaan PR berumur 2 tahun 5 bulan (ketika rencana ini dibikin) memerentah dengan aruah kerajaan umNObn yang memerentah Kedah selama 51 tahun. Baik buruknya tiris tembusnya kerajaan umNObn dahulu dengan kerajaan PR sekarang yang sedang mencipta nama dibibir rakyat dalam semua sudut perancangan dan pelaksanaan menunaikan hasrat dan aspirasi rakyat dengan kamampuan yang ada. Diatas kepungan macam-macam pekara oleh kerajaan pusat umNObn. Kecuali dikalangan umNO tegar yang dulunya menjadikan umNO dan kerajaan tempat mencari makan buat bendang dan menoreh sekali pun secara haram, rasuah dan sebagainya.

Merealisasikan pelaksanaan kerja dalam pengurusan pentadbiran dan membangun iktisas negeri, dalam tempoh 2 tahun 5 bulan kerajaan PR pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak, walau berkunca tohmah dengan deretan fitnah kepada kerajaan bersabit dengan balak dan pembalakkan, disana mengikut Laporan Ketua Audit Negara memperakui Kedah telah cemerlang berjaya meningkatkan hasil balak sebanyak 205% sebelum tahun 2008 hasil dikutip diantara RM7,000,000.00 - RM8,000,000.00 sahaja oleh aruah kerajaan umNObn dahulu . Tetapi dalam tahun 2009 semasa kerajaan PR pimpinan Ustaz Azizan, berjaya kutipan hasil balak melonjak sejumlah RM35,000,000.00 menerusi tender terbuka diluar rasuah dan diluar menjayakan misi kroni. Subhanallah.

Sehubungan dengan pelaburan di Kedah setakat Ogos 2009, negeri Kedah menerima kelulusan pelaburan sejumlah RM837,345,329.00 jauh kehadapan dari negeri-negeri diperentah umNO yang gebang sembangnya kuat kaya bijaksana mentadbirurus seperti Pahang negeri PM sendiri, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah, Perlis, Perak kerajaan Mahkamah, menduduki dalam ranking negeri ke5 selepas negeri-negeri Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Selangor dan Pulau Pinang juga negeri di perentah oleh kerajaan PR. Pelaburan sebanyak USD 680,000,000 (RM2,200,000,000.00) dari First Solar Incorporated dengan menjana peluang pekerjaan kepada 2,500 pekerja disemua peringkat dan keperluan. Kini ke empat-empat kilangnya telah beroperasi penuh di Kulim Hi Tech. Diluar membabit dada, dalam tahun 2008 - 2009 Kedah mendapat mendapat pelaburan sejumlah RM3,407,000,000 dengan peluang kerja 5,790 pekerja.

Dalam menangani serta memenuhi keperluan rakyat marhaen yang miskin, kerajaan PR pimpinan Ustaz Azizan Razak, bertindak bijak dan kehadapan dengan menubohkan Skim Kafalah Kedah. Skim bantuan segera untuk pengurusan kematian - jenazah sebanyak RM500.00 ianya untuk semua bangsa dan agama. Kepada merealisasikan skim Kafalah Kedah ini, untuk tahun 2010 sahaja, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM3,600,000.00 yang sememang sampai kesasaran rakyat sebenar dalam menangani denyut nadi rakyat negeri Kedah Darul Aman. Sesungguhnya sumbangan ini walau sadikit, tetapi disudut penerimanya dikalangan rakyat miskin dan fakir, ianya bernilai tinggi dan bererti sesungguhnya untuk mereka.

Inshaallah sekiranya kesihatan mengizinkan, saya akan sambung rencana ini di BAHAGIAN KE2. Saya bentangkan diblog saya ini, agar anda diluar sana mendapat input berguna demi membandingkan dengan berita disajikan oleh pehak lawan kerajaan PR Kedah khususnya umNObn musuh hakiki kepada PR dan PAS itu sendiri.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB

16 Ramadan 1431 - Khamis - 26 Ogos 2010