Saturday, January 22, 2011

pru13

UMNO TAGIH EHSAN DI PAGAR ISTANA – BEKALAN PRU13 MENGELAK REPUT MENJADI PEHUI.

29 MUHARRAM 1432, RABU
4 Januari 2011

RENCANA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB


Pemimpin 1umNO menjadi rakus dan sikap keras hati, panik dan takut menyaksikan bayang-bayang sendiri dan bayang musoh tradisi dari sumber dalam umNO sendiri. Iaitu dari jenis kabilah-puak, kroni, taket dan cah keting; ampu suap dan beri terima rasuah yang dibudayakan sekian lama. Apalagi musoh lawan politik yang hakiki terkini, digeruni oleh pemimpin umNObn iaitu tekad solid persefahaman dan kebangkitan jenama PR dalam persada politik negara. Terdiri dari PAS, DAP dan PKR. Ianya mengundang pemimpin perdana 1umNO yang beradu di singgahsana PWTC ketar punggong dan lemah longlai sendi lutut.

Sebenarnya lama dah, dah usang penyakit berjangkit itu menjalar dan berlengkar meresapi kepada pemimpin umNO betis dan umNO kaki dinegeri-negeri 1Malaysia sampai keperingkat ahli dan penyokongnya. Kerana kesannya kalau tersilap langkah ditangani oleh pemimpin perdana 1umNO; PUTRAJAYA pula goyang dan akan di tawan oleh PR pada PRU13. Ianya tidak mustahil dan tidaklah hayalan. Itulah hakikat gerunnya 1umNObn kepada PR sekarang. Pemimpin umNO di negeri yang sah umNO dah bertukar, berhijrah menjadi pembangkang sebaik ditolak rakyat pengundi pada 8 Mac 2011 di PRU12 masih menolak kenyataan yang melanda mereka terbalik terkalih menjadi pembangkang.

Natijahnya selepas PRU12 itu, mereka dilanda virus nana, sasau dan mamai. Yakni terus subur bercambah cakaran, berentap dan bergusti sesama 1umNO. Mereka menafikan tranformasi politik rakyat terhadap mereka-umNO. Cara negatif penyelesaian mereka bertindak menuding jari mengenggam penumbuk dan menudoh mencari punca penyebabnya mengundang 1umNO tersungkur. umNO sukar memperolehi pelali mujarab untuk mengakui hakikat rakyat menolak 1umNO. Kerana kini pemimpin umNO tersasar dan menyimpang mengisi memenuhi kehendak rakyat dan mengutamakan, dahulukan pemimpin dan kroni umNObn dalam semua pekara disemua keadaan.

Fenomina tersebut tidak terlepas menimpa dan membebani di negeri baki umNO masih menjadi kerajaan. 1umNO dengan sikap tidak memberi sokongan dan dokungan kepada peganti tetapi dilawan mati sesungguh hati. Itu realiti sesama parti 1umNO bergasak diantara mantan dan penyandang MB dan jawatan-jawatan yang lain dalam kerajaan maupun jawatan kepimpinan umNO. Sementelahlah spesis usang jenama umNObn ini, terus bersikap dengan sengaja dan tidak sengaja, berterusan tidak mengiktiraf kemenangan rakyat. Pengundi dan rakyat telah mengangkat PR menjadi kerajaan sah di 5 negeri tersebut termasuk diperingkat Parlimen di Wilayah Persekutuan.

Rakyat dan pengundi telah melakukan lebih awal transformasi kerajaan, transformasi politik di 5 buah negeri dan Wilayah Persekutuan dalam negara kita mengulangi kesan PRU3 pada 10 Mei 1969 dahulu yang umNO dah menemui kubur tetapi diselamatkan oleh peristiwa 13 Mei dan kerajaan dharurat MAGERAN ciptaan Almarhum Tun Razak. Kini ianya barulah disedari dan cuba diungkapkan seruan oleh pemimpin 1umNO 1Malaysia NTR RM nak tranformasi umNO. Bercawat kotea berusaha untuk mendapat kembali kepercayaan dengan macam-macam selogan dan retorit yang sulit diterjermahkan dan sesama 1umNO tidak memahami. Apalagi dalam 1bn melalui kompunan pengasas dan kanan dalam BN untuk merungkaikannya dan mengangkat mertabatkan secara bersepadu.

Setelah rakyat dengan penuh sedar melakukan tranformasi dengan menolak dan nyahkan umNObn berkubur sebagai kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Walaupun begitu pemimpin umNO bersikap menolak dan menafikan sejarah dan menerima kenyataan tranformasi politk yang dialami mereka-umNO. 1umNO berpolitik dengan meniru spesis pokok pisang yang usia bangka usang. Sekalipun pelepahnya kering terkulai terjuntai. Walau disentak, ditarik dan direntap ianya liat kecuali diguna sadat atau candong baru pelepah itu tertanggal. Apalagi untuk jatuh dengan sendirinya seperti pelepah kelapa, ianya tidak sama sekali wujud dalam kamus 1umNO.

Maka itulah hakikatnya bernama pemimpin umNO dan 1umNO berdepan menghadapi realiti rakyat dan PR. 1umNO bukan dipimpin dari pemimpin terdiri dikalangan yang berjiwa besar mengiktiraf peganti MB dikalangan sesama 1umNO itu pun depa bermusohan dan bergasak sakan. Apalagi jiwa besar untuk mengiktiraf kerajaan PR dengan bergilir tempat 1umNO pula menjadi pembangkang yang sehat di 5 negeri. Sejajar dengan itu kepimpinan 1umNO pusat dan umNO negeri-negeri yang kini menjadi pembangkang, umNO terus dihantui kejutan tranformasi pengundi dan rakyat PRU12. Seiring dengan transformasi rakyat di PRU12 tersebut, bukan sahaja mereka meracau dan sasau.

Tetapi umNO terus menjadi buta hakikat dan buta bahasa, buta dan lagi membutakan. Sanggup memasong dan memesong minda rakyat, pengikut dan ahli umNO. Kesannya berpanjangan dengan tembelang isiperut dan temelar isihati umNO yang dendam kesumat lagi cemar kepada rakyat tidak sebulu dengan umNO. Makanya tercabul, terpacullah kalimat puaka dan kalimat buta iaitu “Kerajaan Pembangkang”. Mana ada dalam dunia fana ini, yang berkuasa dinama dan diwar-warkan oleh umNO dungu dengan sombong bongkak menyebut “Kerajaan Pembangkang”. Pemimpin perdana, pemimpin tempayan, pemimpin guri dan pemimpin gelok umNO turut tidak sedar diri dan bermaruah. Semua dungu dan bongkak itu bersarang dalam spesis umNO 1Malaysia. Sah melalui PRU12, PR menang dan menubuh Kerajaan PR di 5 negeri.

Pemimpin umMO kata kerajaan “Kerajaan Pembangkang”. Makanya saya tidak mau gila dan menjadi gila babi seiring macam pemimpin umNO, mengikut ereng umNO, dengan mencipta samatara kalimat gila babi macam umNO cipta untuk kedudukan umNO di 5 negeri umNO mencipta kekalahan dan rebah tersungkur dengan jenama kelahiran baru ‘Kerajaan Kalah’ yakni umNObn untuk negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Mana ada istilah parti kalah dalam pilihanraya membentuk ‘Kerajaan Kalah’ itu sebabnya saya tak mau gila mengiringi umNO untuk mencipta istilah ‘Kerajaan Kalah’ yang tidak pernah wujud didunia sama seperti “Kerajaan Pembangkang”. Lebih malang lagi umNObn memerentah 1Malaysia dan Negeri Sembilan dengan majoriti mudah. Suasana bercempera sesama pemimpin 1umNO dan pemimpin BN sendiri menolak dan tidak mengiktiraf, disudut memberi sokongan dan dukongan kepada peganti dinafi. Seperti sengketa berterusan berjalan secara terdedah dan terbuka seperti umNO negri Perlis dan negeri Terengganu. Semuanya berkisar perebutan dan pergeseran hubungkait rapat mempertahan gedong mal dan pangkat.

umNO Perlis bermasalah dengan kabilah mantan MB Shahidan Kasim, Hamid Pak Wan Teh dan mantan menteri pusat Radzi Shik Ahmad dan Azmi Khalid berkerat rotan dengan Mat Isa Sabu MB baru dan diantara satu dengan lain. Macam-macam hala dan kata diutara secara tanglaq sesama meraka, hilang punca dan tersasar fokas. Tercipta ungapan dan kekata naikturun. Gerun rakyat melihat perbalahan perebutan kuasa mereka; macam anjing kurap rebut bangkai tulang. Akhirnya rakyat menyimpulnya mereka berbalah kerana kuasa dan mempertahankan harta. Dalam kata lain mereka lendat dan alaskan umNO menjadi pecacai sebagai lesen untuk menjadi pelehap dan penguasa.

Samalah juga perebutan berterusan Idris Jusoh mantan MB dengan Ahmad Said MB Terengganu dan puak-puak yang lain. Mereka bergasak dan berebut sakan, cap ayam, cap kucing dan budak suruhan dan pelbagai jenama. Sesama umNO pun tak mengiktiraf dan memberi kerjasama dan menghulurkan sokongan. Kalau dikalangan umNO sendiri bongkak tidak mengiktiraf, apalagi musuh yang menewaskan umNO, jauhlah langkah untuk mengiktiraf. Usahlah diharapkan kepada pemimpin umNO ini, macam mintak sisik dari kambing gurun.

Saksi dan amatilah betapa dendam dan bencinya NTR RM kepada KJ KP. NTR RM menerima angguk selera benci marahnya Tun Dr Mahathir kepada Pak Lah dan keluarganya. Kalau Pak mentuanya aku benci, inikan pula menantu oxfordnya? Pertelingkahan sesama pemimpin 1umNO negeri, disana terwujudlah pula lawan dan durhaka kepada Raja dan Sultan, akibat umNO enggan menerima MB yang Tuanku setuju. Ketika merebut jawatan sesama mereka umNO, berpusat di PWTC berkaki di negeri berkenaan. umNO pusat + umNO negeri telah derhaka terhadap DYMM Tuanku Raja dan Sultan masing-masing, pasai apa?

umNO menderhaka kerana mencadang paksa MB yang ditolak oleh Tuanku Raja dan Al Sultan untuk diperkenankan mendapat restu untuk mengetuai kerajaan masing-masing. Sedangkan Al Sultan dan Tuanku Raja mengkehendaki calon lain yang tidak habraq, tidak rasuah tidak membina gudang dan gedong kekayaan untuk diri serta anak bini dan kroni, semasa memimpin menjadi MB mengetuai kerajaan negeri. Pemimpin umNO dan kroni kenyang rakyat merempat dengan BN barang naik setiap bulan, setiap hari setiap minggu keranamu BN berkuasa biarkan harga barang naik.

Penentangan dan penderhakaan kepada Sultan dan Raja oleh pemimpin umNO dibeberapa negeri menyerlah. Kerana umNO yang menderhaka, ianya tidak menjadi isu dan dinafikan berita oleh media perdana digelapkan dibawah tikar. Ianya diolah dan didalihkan menjadi menderhaka itu berganti kepada bersahaja, silap-silap tuanku dan istana berada dikandang salah. Keras dan derhakanya pemimpin perdana dari PWTC, mereka keluar masuk naik turun tangga istana mengadap kebawah Duli Tuanku, umNO gagal kehendaknya ditunaikan oleh istana. Kemuncaknya umNO berarak dan berak derhaka dengan sepanduk puaka derhaka kepada Al Sultan juga SPB YD Agong.

Terpampanglah dizahirkan kata derhaka sumpah seranah dipaparkan di sepanduk, bena menghina memalukan sultan dengan mendapat liputan dari media perdana milik umNObn. Ianya dibiarkan, tidak ada yang melawan dan menentang gelagat derhaka umNO tersebut. Sampai saat ini semuanya lepas bebas dan macam tak wujud pun umNO derhaka, kerana itu itu semua adalah kerjamu umNO, mereka umNO kebal dan tebal tak lut undang-undang, kecuali musoh lawan umNO. Cubalah seumpama itu dari PR, cerah ditangkap diISAkan oleh kerajaan BN barang naik, heboh macam geruda diperkata sekelian belaci umNO khususnya media perdana.

Semua gejala tersebut wahai rakyat dan pengundi kejadian tersebut baru berlaku tak sampai 3 tahun. Dah lupa ka kita, kerana kata Dr Mahathir Mohamed kata Melayu mudah lupa. !! Kini panggong tersebut dibuka umNO tetapi secara putar balik perjalanan skripnya. Semuanya bermula diatas inisiatif oleh bapak segala tok wan yang membuka gelanggang dan petik switch mengajar rakyat derhaka adalah Pengasas Presiden umNO(baru) merangkap PM Malaysia 22 tahun, siapa? Ketika itu selepas 8 Mac 2008 seluruh negara melihat sebagai pemerhati telatah dan gelagat pemimpin umNO menderhaka kepada Raja dan Sultan. Hatta, belacu dan belaci, kuda kepang terompah, tali rapia mahaguru menara gading tidak melenting bersama yes umNO. Apalagi mahaguru silat, semuanya menjadi umang-umang dan kora bau menjadi bisu, pekak, tuli buta dan ngok.

Mereka menyokong semua langkah durhaka yang umNO laksanakan itu tidak menjadi derhaka keatas Tuanku, kerana aku adalah umNO perkasa. Mereka-mereka tersebut menjadi penyaksi setia diatas tindak tanduk pemimpin umNO menderhaka dan mengajak rakyat bersama. Kerana menpertahankan hak umNO sebagai parti untuk melantik sesiapa menjadi MB dan istana setuju sajalah atau Tuanku terima dalam paksa .Sebaik itu umNO bersama-sama pemimpin perdana, pemimpin lidi yang mendapat sokongan danor dan danar dari belacu dan belaci, kuda kepang terompah, tali rapia talimaru mahaguru silap dan mahaguru silat terus bersekongkol menjadi tungkat, menjadi sepatu dan terompah memberi tenaga batin baru menguatkan umNObn. Tidak didapati istilah derhaka dalam kamus umNObn, kecuali lawannya PR sekarang yang didendang, dipalu gendang menderhaka kepada raja.

umNO lupa dan pura-pura tak ingat merekalah segala-galanya yang menarik dan melondeh mertabat dan kuasa Raja-raja Melayu dan Sultan. Parlimen Malaysia dan semua Dun kecuali Dun Kelantan. Sekiranya ia boleh bercakap ia akan menyebut satu persatu nama pemimpin umNO yang mencerca batang tuboh dan pribadi Tuanku. Walaupun begitu gema suara sumbang pemimpin umNO masih rakyat mendapatkan kenyataan dan keadilan menerusi handsard Parlimen dan Dun. Kini pemimpin 1umNO usahlah berlagak bongkak tampil dan umpil kehadapan diluar sopan, untuk menjadi juara mempertahankan raja. Sedangkan itunya adalah muslihat politik yang bersifat pura-pura dulu kini dan selama-lamanya. Untuk umNO meneggek bergayut menyelamatkan usia umNObaru tersebut. Itulah mereka umNO buat-buat kalut dan melalut.

Di ambang maut umNO ketika ini menjelang PRU13 yang amat mencabar, maka ramailah pencen umNO pencen PTD dan turus, suku sakat buangan umNO disemua kelas keluar dari pertapaan dan pasong. Sekelian mereka mengatur strateji, dalam usaha-usaha untuk naikkan umNO dimata rakyat. Apa-apa sahaja datangnya dari PR – PAS, DAP dan PKR semuanya dikaitkan dengan Ketuanan Melayu, Kedaulatan Raja-raja Melayu, hak Bumiputra, Perlembagaan 153 dan sebagainya. Berakhir dengan tuduhan derhaka, pengkhianat bangsa dan macam-macam tuduhan lagi. Benarkah tuduhan tersebut? Mereka bertindak membenteng dan menjajar umNO dengan berselindung bushjaket NGO. Macam cendawan tumboh ditahi kerbau sebaik hujan kapak keranji turun.

Mereka-mereka inilah terus menjadi belacu dan belaci, kehadapan berkeris disisip dipinggang, bersongkok 16” tinggi bertanjak dan berdastar menjadi berok dan monyek (pinjam kata azimat menantu Pak Lah YB KJ yang ditolak dipulau oleh NTR RM) turun membuat kacau dan gempar menghadapi lawan umNObn. Sasaran dan fokas mereka adalah pemimpin PR, hatta komponan PR - PAS, DAP dan PKR. Macam-macam NGO Melayu tumbuh semuanya ratip Ketuanan Melayu, Kedaulatan Raja. Mereka jenis banyak muka dan banyak serampang, menyalak dan berteriak untuk timbul dari tenggelam lama dikancah politik, sekira-kiranya mereka mendapat tempat kembali.

Ketika mana mereka menuding jari mengengam penumbuk kepada pemimpin PR derhaka Raja dan sebagainya. Mereka 1umNO lupa satu masa dulu MB pernah larikan putri raja dan menikah dibawah pokok ketapang. Rakyat Selangor lupakah dahulu. MB yang sama pelari duit berkarong berkilo dan ditangkap di negara kanggaro, lupakah kita itu itu menteri besar adalah pemimpin umNO wahai rakyat jelata sekelian. Orang yang sama TS Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Dia terlupa pernah dia melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Pemimpin umNO ni jadi tak ketahuan minda ingatannya pasai derhaka.

Sejarah mencatatkan bapa dan tok wan umNO yakni Dato’ Onn Jaafar pernah menghina dan kritik Tuanku Sultan Johor bersabit mal dan hutang keluarga tuanku. Beliau disisih dan dibuang dari istana Johor ke Temasik dalam tahun 1920, kira 90 tahun dahulu. Itu penderhakaan awal umNO di Johor. Manakala penderhakaan umNO di Pahang pada tahun 1979 diantara MB ketika itu Allahyarham Datuk Abdul Rahim Bakar tidak sependapat dengan Sultan Pahang. Ketika itu, 1umNO bersepadu bersama-sama Dato’ Abdul Rahim menyerang dan mengkritik Tuanku secara terbuka mencanangkan selebar dan sepenuhnya oleh media perdana umNO. Ianya tercatat kira-kira 32 tahun dahulu. umNO lupa 3 peristiwa tersebut barangkali.

Apa kurangnya derhaka MB Perak Ghazali Jawi ayahnda kepada Tajol Rosli. Iaitu peristiwa derhaka mungkir ikrar dalam janji bab menjawat MB dalam tahun 1974 ketika awal BN lahir. Saya tidak lupa yang mana di tahun 1983 umNO bertindak merentap sebahagian kuasa dari DYMM SPB YDP Agong berkaitan dengan hak pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut umNO dikepalai Dr Mahathir ketika itu, bertindak membalun dan pukoi membelasah institusi Raja-raja melalui semua media dalam kawalan umNO dan media kerajaan. Kemuncaknya ketika berlangsung Perhimpunan Agung Umno pada 1991. Perwakilan umNO kritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan dan tersungkurnya 1umNO di Kelantan angkara Sultan Kelantan.

Ketika Perhimpunan Agung Umno yang sama itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh akhbar perdana umNO Utusan Malaysia. Tidakkah derhaka umNO kepada Al Sultan Kelantan. Menjadi pelengkap genap umNO derhaka ketikamana Annuar Musa (kini TS DS) menjadi bentara istana maya dalam Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan. Kerja seumpama ini kita nak kategori apa? Derhakalah kepada Sultan tindakan tersebut. Tumpang semangkok menderhaka adalah mantan MB Perlis DS Shahidan Kassim mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

Kemuncak pelengkap himpunan umNO derhaka kepada Raja-raja adalah menerusi suara kuasa Parlimen yang menjadi alat ampuh umNO. Iaitu pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Bila raja-raja Melayu menolak dan membantah, serta meminta menangguhkan pindaan tersebut. Tetapi 1umNO terus derhaka dengan melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja. Makanya beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Melaka, Alor Setar, Seremban, Bagan Datoh dan Batu Pahat dan untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan mengecam hebat raja-raja Melayu. Tak derhaka ka tu?

Paska PR memerentah Negeri Perak Darul Redzuan, ketika itu keluarga Raja Kelantan cap umNO iaitu YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993 yang ianya adalah hasil usaha tangan buruk dan hati busuk pemimpin 1umNO kepada Raja-raja. Dok tak dok, lanie umNO pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan PWTC. Kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah sekarang. Kata Tengku Razaleigh.

Sekalipun ego 1umNO dan kepimpinan perdana 1umNO NTR RM memperlekeh dan mengodam PR khususnya kepada PKR dan kepimpinannya, namun hakikatnya beliau sekadar menghibur dan merawat hati duka nistapanya agar rakyat dan ahli penyokong 1umNO turut mengesani keloh kesah merana duka di dada PM Presiden 1umNO 1Malaysia NTR RM. PM Presiden 1umNO 1Malaysia NTR RM tidak terus mampu menipu dirinya dan pengikurnya sepanjang zaman. Kerana dalam menghadapi PRU12 pada 8 Mac 2008 dahulu, dikalangan parti-parti pembangkang menghadapi PRU tersebut Cuma dengan 1persetujuan kerjasama sama sahaja iaitu menghadapi umNObn dalam PRU untuk KaPar dan KaDun tidak bertembong diantara PKR, PAS dan DAP tetapi satu lawan satu dengan umNObn. Diatas platform persafaham tersebut pembangkang ketika itu diyakini rakyat dan pengundi menawan 5 negeri termasuk Wilayah Persekutuan, selepas itu barulah jenama Pakatan Rakyat – PR wujud seiring dan sejar wujudnya kerajaan-kerajaan negeri PR 5 negeri dan Perak mengalami rampasankuasa – kudeta dari 1umNO.

Kini sebaik persefahaman dikat dengan tinta bertulis menjadi satu intiti PR yang campor tangan 1umNO sampai sekarang Pendaftar Pertubuhan menjadi buta dan pekak untuk meluluskan PR dan 1simbul yang diperkenalkan. Dikala 1umNO dicurigai oleh rakan utama asal BN dengan macam-macam persoalan tubi kepada umNO. Disaat itulah PR, dengan usia mudanya dalam Konvensyen Ke2nya yang diadakan di tepi rumah mantan Presiden umNO dan PM Tun Abdullah Badawi Al Hadhari di Dewan Mellinium Kepala Batas pada 19 Disember 2010. Dengan satu sepakatan tuntas politik, persefahaman kerjasama solid diangkat oleh perwakilan peserta hasil besar, hasil hebat kepada konvensyen tersebut. Dengan sebuah BUKU JINGGA yang didalamnya sarat dengan ciri-ciri membantu rakyat, mengurangkan beban rakyat. Jelas NTR RM dan TS MY pantas membuat respon walau diversi negatif. Ianya adalah mengerunkan 1umNO takut-takut dalam PRU13 nanti gema 1Malaysia dan Putrajaya terlepas.

Rakyat tidak buta politik dan tidak buta realiti. Rakyat pengundi sedang menimbang dacing yang senget dalam melakukan timbangan itu selama ini BN menang umNO senang, kroni kenyang. Janji BUKU JINGGA kini dihati rakyat membicarakannya. Rakyat berkata dikala persefaham mula satu lawan satu pun PR mampu memerentah diluar rasuah dan cakna rakyat, pasti dengan persefaham konkrit yang terjalin, ianya pasti memberi impak yang besar kepercayaan rakyat dan pengundi kepada PR untuk menghadapi PRU13 tidak lama lagi. Makanya 1umNO berputar ligat mendapat sokongan tungkat sekarang dari PDRM, SPR, SPRM, Mahkamah, Peguam Negara untuk memberi kekuatan kepada 1umNO serta sogokan dakwa songsang dari media perdana dan media kerajaan yang dilacuri 1umNO kerana mempertahankan Putrajaya 1Malaysia.

Masanya dah hampir, kita bersama-sama pakat tengok dan pakat kelih.

RENCANA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB

29 MUHARRAM 1432, RABU
4 Januari 2011