Saturday, January 29, 2011

SELOKA PRK N05 TENANG – 30 JANUARI 2011 AHAD.

SELOKA PRK N05 TENANG – 30 JANUARI 2011 AHAD.

25 SAFAR 1432, AHAD
30 Januari 2011

SELOKA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB

Kerupok losong keropok lekor
Tok Ai menggoreng ditepi tangga,
Walau sepuloh jong bercawat ekor
Sekalipun digeruni PRK mai juga.

Memalu gong menibai canang
Tersentak lari kijang dan kacil,
Berentap gasak PRK Dun Tenang
PR bertemu BN dipilihanraya kecil.

Menjala ikan di Teluk Kempas
Menebar jala terseliuh sendi,
Cikgu Mala pilihan PR dari PAS
Calun terbaik mesra pengundi.

Bergotong royong mendiri balai
Beratap nipah tiangnya sagu,
Besar sanjungan tingginya nilai
Walau pun bersara dipanggil Cikgu.

Mendayong perahu mudiknya salah
Haluan tersasar ke Tanjung Buaya,
Cikgu Mala tekun mengajar disekolah
Didikasi mengajar muridnya berjaya.

Pekan Segamat permai dan indah
Kempunan jalan berlopak berlubang,
Khidmat Cikgu Mala diiktiraf sudah
Dinobat anugerah Guru Cemerlang.

Gulai asam pedas ikan sembilang
Goreng atok santan pekat berlada,
Menjawat guru kerjanya cemerlang
Menjadi tok wakil komitmen berganda.

Orang berbudi kita berbahasa
Lembu menjinak anjakan gembala,
Ibu bapa pengundi hargailah jasa
30 Januari nanti, undilah Cikgu Mala.

Mericik burung di Gunung Daik
Burung serindik memakan padi,
Calun umNo parti Barang Naik
Tolak pangkah BN di peti undi.

Parang lading tumpul berkarat
Sangkut dialang tali gantung,
Barang Naik rakyat melarat
Kroni kenyang menjana untung.

Masak air di dalam kendi
Air tertumpah terkena tangan,
Cikgu Mala dihati pengundi
Calun umNO merak kayangan.

Membuat lepat membungkus salak
Salak bernayang tidak berkecai,
Cabaran berdebat dayus menolak
Elak tempayan budu pecah berkecai.

Tiang seri menegak alang
Alang di buat kayu cempaka
Membakar gaharu kayu cendana,
Takut berdebat undang malang
Kelu berhujah temberang dibuka
Kapal selam Altantuya macamana?

Sidik Hassan bertuah tidak dipencen
Bijaksananya melaga alu dan lesung,
Penamaan calun belum berlangsung
PM NTR RM 1Malaysia turun kempen.

Tak mustahil umNO ke luput hayat
Di tolak rakyat negara di sana dan di sini,
19 billion RM diperuntukkan rakyat
54 billion RM pula dibolot umNObn kroni.

Merincit mentimun nenas disayat
Menyayat sengkuang jeruk pala,
Respon janji 100 hari Pakatan Rakyat
NTR RM TS MY garu pening kepala.

Bakaran kemian haruman gaharu
Gaharu di tebang di hutan paya,
Tawaran RM500 membantu guru
Sekiranya PRU13 PR ke Putrajaya.

Guru-guru kanan guru-guru panetia
Bekorban mendidik sepanjang masa,
SPR SPRM PDRM kroni yang setia
Menjaga pelihara BN terus berkuasa.

19Shahidan Kasim gila talak rebut kerusi
Biadap bertekak gusti di luar sopan,
Slogan 1Malaysia wadah hipokrasi
TS MY kata apa pun Melayu di hadapan.

Selesai di Tenang beramai-ramai ke Melaka
Pilihanraya kecil pindah bergilir pula di sana
Berilah pertimbangan minda yang merdeka
Tranformasi Tenang menangkan Cikgu Mala.

SELOKA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB

25 SAFAR 1432, AHAD
30 Januari 2011

NOTA: DENGAN PERGERAKAN YANG TERBATAS, CUKUP-CUKUP TERHAD KEUPAYAAN KINI. SAYA KINI SEDANG MENITI HARI MEMBILANG MASA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN JANTUNG “CORONARY ANGIOGRAM”, DI JABATAN KARDIOLOGI. MUDAH-MUDAHAN SEMUA ANAK-ANAK BERADA DISISI, INSHAALLAH. TK.
- IBN ABDULLAH