Sunday, May 27, 2012

MENEMANI ANAK, KE UNIMAS KUCING.

Rencana oleh: IBNABDULLAHALAWAB

Tarikh: 23 Mei, 2012/2 Rejab, 1433 - Rabu

Gangguan kesihatan yang tidak menentu, ianya mengekang pergerakan menghadapi laptop. Untuk kita sama-sama berkongsi info, pandangan dan hemat mampu dipaparkan.  Sebaik lepas pembedahan 2 Ramadan 1432 bersamaan 2 Ogos 1911 (kira-kira 10) di Hospital PP dan sebelumnya di Hospital SB AS. Selepas itu saya tidak pernah berjalan jauh, kerana menyantuni kesihatan, perubatan, rawatan susulan dan sebagainya sebagai rotin.  Sebaik anak membuat keputusan pada 15 Mei 2012, memutuskan menerima tawaran belajar di UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS). Program Asasi Sains Hayat. Semuanya kerana ajakan bersungguh-sungguh isteriku untuk serta mengiringi anak.

Masa berlalu dengan pantas. Saya terpaksa menyelesai dan sempurnakan persediaan, persiapan utama anak untuk ke Saeawak. Berurusan membuat kad pengenalan baru kerana kad pengenalan sedia data-data dalamnya tidak dapat dibaca untuk membuka akaun di RHB seperti dikehendaki RHB. Benarlah keyakinan yang tinggi dan solid, semua kerja-kerja tersebut dapat saya selesai serentak pada 21 Mei 2012 (sedangkan 21 Mei adalah hari temujanji dengan doctor di Hospital SB AS, dapat ditunda pada 28 Mei 2012. Masalah besarnya bordingpass Air Asia kami Kucing ke Pulau Pinang pada 29 Mei jam 9.35 pagi. Keadaan terdesak musim cuti yang payah untuk mendapatkan pesawat samada Air Asia maupun MAS yang jadi tembaga nilainya kalau disbanding dengan Air Asia. Aduh!!!!). 

Terima kasih kepada penjawat Jabatan Imegresen Seberang Jaya. Hebat mereka 2 jam dapat menyiapkan passport. Hari ini dalam sejarahku, terima kasih dan penghargaan berganda diucapkan kepada kepada penjawat awam di kaunter 4 dan 3. Ehsan dan budibicara, hemah yang tinggi mereka mampunya mereka dalam masa kurang sejam, dah kad pengenalan ganti anakku dapat disiapkan mereka, alhamdulillah. Allah tetap memandang tugas mulia anda itu, mengatasi kami cuma sekadar berdoa untuk kesejahteraan anda dan family. Terima kasih anda semua. 

Baki 3 hari sekolah akan bercuti, tetapi isteri saya terpaksa ambil cuti khas lebih awal kerana untuk menemani anaknya ke Kucing Sarawak. Kepada Kakcit anakku terpaksa cuti dalam masa yang sama (nasib baik peperiksaan dah habis), abah ummi sangat-sangat menghargai setinggi penghargaan menjaga adik kecil (4 tahun 6 bulan) bersama 4 adik-adik yang lain. Syukur Allah berikan abah ummi anak sebaik Kakcit yang mampu memikul tigas membantu dan menjaga, mengurus adik-adik. Persekolahan dan makan minum mereka. Abah khususnya amat bangga dengan Kakcit. InshaAllah Kakcit abah doakan cemerlang dalam peperiksaan penggal kali ini dan berterusan sampai bila-bila, boktikan Kakcit boleh cemerlang mengekori 3 kakak dan 2 abang, inshaallah.

Saya, isteri dan anak (Nur Zafirah) dah berada di airport Bayan Lepas Pulau Pinang sejak jam 4.30 pagi lagi. Penerbangan Air Asia ke Kucing 23 Mei 2012 Rabu jam 7.05 pagi. Sebaik solat subuh kami ke B3.  Siap pemeriksaan berjalan jauh di terminal, saya berehat seketika duduk dikerusi. Ketika itu isteri saya maklumkan ‘Tu Mat Sabu sedang checking’. Saya bangun dapatkan Mat Sabu. Saya khabarkan yang saya dah dua kali menjalani pembedahan jantung. Kami sekadar bertanya khabar 2 minit kerana penyeksaan qadza hajat dan panggilan mengila Air Asia ke Kucing untuk berlepas (ketika itu isteriku berbisik, sayang tak bawa adik Abdullah Fahmi. Kerana MAT SABU dihatinya setiap kali kelih  di Harakah atau dimana-mana. Dia cam gambar Mat Sabu macam dia cam gambar abahnya. Sebenarnya anakku ini AF takut naik kapal terbang) .


Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam misi persiapan PRU13, beliau nak ke Kuantan melalui KLIA, jarak masa berlepas sama dengan penerbangan ke Kucing.

Sebaik pesawat mendarat di Air Port Internasional Kucing, selesai ceking kami dapatkan teksi ke Bandar Kucing dan bermalam di hotel Hilton yang berhadapan dengan Waterfront. Dimana-mana kelihatan yang dipasang dan poster kecil menyatakan sambutan 1 Jun, 1912 adalah menyambut ketibaan hari HARI GAWAI; Gayu guru, Gerai Nyamai. Seminggu di Kucing dapatlah dikenali Kucing, secara rambang politik semasa, setelah beberapa jenis ernik ditemui yang pelbagai jenis kerja. Tidak terlepas peluang dapat menemui mahasiswa-mahasiswi UNIMAS, anak Sarawak jati (akan menyusul bab ini nanti dengan tajuk: KALAU PANDANGAN RAMBANG ITU MENJADI KENYATAAN, BN BUNGKUS. PR MARA KE PUTRAJAYA).

Anak kami, Nur Zafirah akan berdaftar pada 27 Mei, 2012 – Ahad, Pusat Pengajian Pra-Universiti. Program Asasi Sains Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sesi 2012 – 2013, Inshaallah. Anak kami Nur zafirah  mendiami di Kolej Seroja.

Akhirnya kepada guru-guru SK SK, SMK SK dan SMS KP yang mengajar anak saya ini, saya merakamkan penghargaan yang tinggi kepada Munsyi dan Murabbi semua yang telah mengajar anak saya sampai ketahap ini. Maafkanlah segala kesalahan Nur Zafirah apa-apa jua samada disedari atau tidak kepangkuan munsyi murabbi sekelian. Halal dan redzakanlah ilmu yang anak saya Nur Zafirah mendapati dan memungut dari lidah munsyi murabbi nya. Doakanlah kesejahteraan Nur Zafirah dan doa munsyi murabbinya yang kudus dari hatinurani, mudah-mudahan Nur Zafirah cemerlang dalam pelajarannya dan dapat melunasi cita-citanya untuk menjadi seorang doctor perubatan, Inshaallah.

Kepangkuan guru-guru yang memberi sumbangan (kewangan)langsung dan SMK SK kepada Nur Zafirah ucapan terima kasih Jazakumullah khairankasira, Barakallah. Allah pasti membalas budi guru-guru semua. Doakanlah semuga Nur Zafirah bukan jenis anak murid “kacang lupakan kulit”. Saya sentiasa berpesan kepadanya, pada bila-bila dan didetik meninggalkan di Kolej Seroja, “Kakak! Sesekali jangan tinggal dan lalai mendirikan solat. Sebik macam mana sekalipun Al Quraan wajib dibaca, walau sepipi bacaan. Doakan kesejahteraan Ummi-abah dan adik-adik. Terutamanya doakan setiap guru-guru yang mengajar Kakak, setiap nama    mereka sebaik selesai solat. Kakak tidak rugi apa-apa. Disana khazanah azimat menunggu Kakak. Umpama menghidu air wangi dan meneguk air Zam-zam dikali. Jaga dan hiasilah akhlak terbaik. Ingatkanlah kakak, Kakak boleh bohong dekat abah-ummi maupun sesiapa. Tetapi Kakak tidak mampu untuk menipu Allah dan menipu hatinurani kakak. Allah Maha Mengetahu lagi Maha Melihat; manakali hatikecil hatinurani kita merakamkan kebenaran jitu, sekalipun lafaz keluar dari mulut bertentangan dengan realiti”.

Abah-ummi tinggalkan Kakak (Nur Zafirah) di Kolej Seroja, UNIMAS ini dengan penuh kepercayaan yang kakak akan mendapat perlindungan dan penjagaan Allah. Dengan penuh kasih sayang dan doa restu. Di Kolej Seroja, Allah akan izinkan kakak mendapat teman, sahabat maupun taulan yang sebaik kakak, Inshaallah. Dapatkanlah ilmu pelajaran secara halal, kerana ianya akan memberi manfaat besar keada kakak didunia dan diakhirat.

Wasalam. Tk.

Oleh: IBNABDULLAHALAWAB

Tarikh siap: 27 Mei, 2012 - 27 Rejab, 1433 – Ahad