Wednesday, January 22, 2014

PANTUN SELOKA MINDA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB 20 RABIULAWAL 1435H (RABU)22 JANUARI 2013 Gunung Tahan Pulau Melaka Tempat bertapa Hang Laksamana Dok pertahan umNO mamak belaka Yang Melayu tulin pergi kemana? Pasir roboh Kota Melaka Hard Rock Café Tengku Adnan umNO(Baru) balas jasa mereka Jadi ahli parlimen, ceo perbadanan. Cincin permata tiga puloh juta Dipakai oleh Datin Seri puan Yang Melayu tulin berputih mata Melihat Mamak menjadi tuan. Perjanjian Plus penuh rahsia Kroni untung rakyat merana Kangkung turun gah 1Malaysia Silap Perdana Menteri salah cakna. Kroni bini dan macai kaya raya Dinobat disintuk Wanita Pertama Najib ikrar AKUJANJI pilihanraya Janji berdegar,-degar penipu utama. Binasalah mulut kerana lidah Lidah lembut cakap merapu PRU13 berakhirlah sudah Selepas menang Najib menipu. Bertongkan kolek penat bergalah Bergalah laju tersasar arah Rakyat demo sekadar membantah Mufti Harussani berfatwa Bugrah. Mendidk anak semasanya rebung Rebung dicincang perawan jelita Dialam eahim dan pandai menabung Simpan bertimbunratusan juta. Emas suasa tercicir bertabur Jatuh bertabur di Kg Selama Cukup masa simpanan dilabur Di Amerika buat film lucah sama. Wajib jengkal ke Bukit Keteri Dagangan sarat ke Kuala Balah Najib kekal jadi Perdana Men Rakyat sengsara, Negara bermasalah. Congsam merah pakaian nyonya Nyonya lawa di Sungai Lalang Are you ready, DS Najib Bertanya Rakyat menjawab malu kepalang. Sambal tempoyak cili boo Rasanya enak ditambah santan Dah banyak kali DS Najib diboo Tak rasa diri nak letak jawatan? Kepala buaya dimasak kari Matinya buaya dibusar panah Dipagi Aidilfitri cabinet menari Adakah ia amalan Ahli Sunah? Padi dibanting tinggal jerami Jerami dilungguk disana disini Majlistarimenari dikediaman resmi Merealisasi fatwa dari Harussani? Genda a la



PANTUN SELOKA MINDA

OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
20 RABIULAWAL 1435H (RABU)22 JANUARI 2013

Gunung Tahan Pulau Melaka
Tempat bertapa Hang Laksamana 
Dok pertahan umNO mamak belaka
Yang Melayu tulin pergi kemana?

Pasir  roboh Kota Melaka
Hard Rock Café Tengku Adnan
umNO(Baru) balas jasa mereka
Jadi ahli parlimen, ceo perbadanan.

Cincin permata tiga puloh juta
Dipakai oleh Datin Seri puan
Yang Melayu tulin berputih mata
Melihat Mamak menjadi tuan.

Perjanjian Plus penuh rahsia
Kroni untung rakyat merana
Kangkung turun gah 1Malaysia
Silap Perdana Menteri salah cakna.

Kroni bini dan macai kaya raya
Dinobat disintuk Wanita Pertama
Najib ikrar AKUJANJI pilihanraya
Janji berdegar,-degar penipu utama.

Binasalah mulut kerana lidah
Lidah lembut cakap merapu
PRU13 berakhirlah sudah
Selepas menang Najib menipu.

Bertongkah kolek penat bergalah
Bergalah laju tersasar arah
Rakyat demo sekadar membantah
Mufti Harussani berfatwa Bugrah.

Mendidk anak semasanya rebung
Rebung dicincang perawan jelita
Dialam rahim dan pandai menabung
Simpan bertimbun ratusan juta.

Emas suasa tercicir bertabur
Jatuh bertabur di Kg Selama
Cukup masa simpanan dilabur
Di Amerika buat film lucah sama.

Wajib jengkal ke Bukit Keteri
Dagangan sarat ke Kuala Balah
Najib kekal jadi Perdana Men  
Rakyat sengsara, Negara bermasalah.

Congsam merah pakaian nyonya
Nyonya lawa di Sungai Lalang
Are you ready, DS Najib bertanya
Rakyat menjawab malu kepalang.

Sambal tempoyak cili boo
Rasanya enak ditambah santan
Dah banyak kali DS Najib diboo
Tak rasa diri nak letak jawatan?

Kepala buaya dimasak kari
Matinya buaya dibusar panah
Dipagi Aidilfitri cabinet menari
Adakah ia  amalan Ahli Sunah?

Padi dibanting tinggal jerami
Jerami dilungguk disana disini
Majlis tarimenari dikediaman resmi
Merealisasi fatwa dari Harussani?

Gendang gndut tali kecapi
Tali kecapi di Tasik Cini
Kempen PRU13 berdegar berapi
Kini PM dahulukan macai kroni.

Timbang kilo, dulu timbang kati
Dacing bN diguna lagi
Akujanji telah Najib khianati
PRU14, hampa nak sokong lagi?

OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
20 RABIULAWAL 1435H (RABU)22 JANUARI 2013