Sunday, January 19, 2014

SELOKA PUSAKA IBUNDA



SELOKA PUSAKA IBUNDA

OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
18 JANUARI 2014 (Sabtu)

Pucuk paku, rebung  pegaga
Segar dijual di Pasar Payang
Riuh kangkung turun harga
PWTC gegar Putrajaya goyang?

Segar dijual di Pasar Payang
Disana wajib, kerupuk ubi disini 
Orang kata Najib takutkan bayang
Bayang Mohiyadin dan bayang bini.

Berselang galang beratur ke Bota
Sayang tersesat sampai Segari
Malang dek jenaka tutur dah kata
Rakyat malu gelagat Perdana Menteri.

Sayang tersesat sampai Segari
Nasib yang malang tidak berperi
Nak bagi tau dekat Perdana Menteri
Pasai kangkung dah ada menteri.

Putri Mansor handalan menabung
Tabung disimpan di Qatar di Uganda
Bila gula minyak naik melambung
Kayakan kroni macai, laba berganda.  
Terlepas sekawan  ayam, itik angsa
Mati gelempang dilanggar kereta
Selepas PRU13 rakyat menjadi mangsa
Akujanji dicapati Najib tipu, bN auta.

Bersampin bertanjak kayuh basikal
Menuju Kempas ke Batu Mengkebang
Kempen, Najib kata gula minyak kekal
Lepas pilihanraya lidah Najib bercabang.

Menjual  wajib diatas gelegar
Tempat bertemu pasangan janda
Akujanji Najib, kempen berdegar
Sayang, akujanji hanya propaganda.

Marahkan peneroka haramjadah
Kesat perkataan otak lembu sawah
Aurat bini sedunia mendedah
Bagaimana nak tegur rakyat bawah?

Sayor kangkung, terong kari
Sayang makanan dijilat anjing
Cincin 24 juta tersarong dijari
Beg Bikin ditunjuk dikilik dijinjing.

Sayang makanan dijilat anjing
Anjing dipalu seketul batu
Bukan saja beg ditunjuk dijinjing
Hatta ratus juta film dapat dibantu.

Ahli falaq TG Abdullah Fahim
Remaja belia dudok di Alma
Kaya menabung dialam rahim
Selepas menjanda wanita pertama

Suburnya zurait Putri Ziania
Kecil dikilik, yang besar dijunjung
Selepas dibalon seluroh dunia
Akhirnya Najib sukakan kangkung.

OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
18 JANUARI 2014 (Sabtu)