MENGAUMNYA KARPAL SINGH, DISANA TERUKIRNYA KASIH SAYANG.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH: 23 APRIL 2014 (SELASA) 23 JAMADIL AKHIR 1435H
Biar
gambar mentafsir yang tersirat.
Sebelum saya membicarakan
sepintas lalu tentang mendiang YB Karpal Singh, saya memujuk diri saya sendiri
bersama-sama dengan anak-anak saya dan ummi mereka, untuk membicarakan detik
nostalgia saya bersama dengan anak-anak menemui YB Karpal Singh yang tidak
dirancangkan sama sekali. Yakni sebaik saya keluar dari mendapat rawatan
jantung dari GH PP terus untuk melihat dan menyertai Konvensyen PR Kali Ke2 di
Dewan Melinium Kepala Baras Seberang Prai Pulau Pinang pada Disember 2010 yang
lepas.
Sesungguhnya pertemuan saya
dan anak-anak dengan Karpal Singh itu, ketika berita kematiannya saya dapat.
Lantas detik itulah juga ingatan saya melayang dan arahan minda saya dan mata saya tiba-tiba
terarah ingatan itu kembali kepada Konvensyen PR Kali Ke2 tersebut. Tetapi
lintas ingat kenangan itu seolah-olah sedang berlaku pertemuan kami sekarang.
Detik terjalinnya pertemuan spontan diantara cucu dengan towan (Tokwan,
grandfather), ianya mampu mencuri air mata saya menitik menjadi laju. Sebaik
itu saya pinta anak saya yang saya panggil kakak (bercuti belajar perubatan)
cari dan dapatkan CD rakaman gambar Konvensyen PR Kali Ke2 tersebut.
Sebaik CD tersebut ditemui,
maka diantara ratusan gambar yang diambil, makanya saya muat turun rakaman
gambar YB Karpal Singh bersama saya dan cucunya. Saya bertekad untuk menyerah
gambar dan nota belangsungkawa itu dikesempatan sekiranya saya berpeluang
menziarahi mayat mendiang YB Karpal Singh dikediamannya kepada salah seorang
anak-anak mendiang.
.
PHOTO INI
DIRAKAMKAN DI HARI KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KEDUA - DI DM KB PP.
NOTA: 17 APRIL 2014 (KHAMIS)
17 JAMADILAKHIR 1435H
SECARA SPONTAN, SEBAIK
SAYA PELOK BAHU YB TUAN KARPAL SINGH, TIDAK DISANGKA ANAK SAYA KETIKA ITU
BERUSIA 3T 4B BERSALAM DENGAN YB KS DAN MENCIUM TANGANNYA, MATA MEREKA
BERTEMBONG BERMAKNA. SEBAIK MENCIUM TANGANNYA, KATANYA “INI PASTI BUKAN ANAK
PKR, PASTI ANAK INI ANAK ORANG PAS”. “INI TOWAN TAU” KATA YB KS KEPADA ANAK
SAYA. SEJAK ITULAH SEHINGGA HARI INI BILA ANAK SAYA INI ABDULLAH FAHMI SETIAP
KALI NAMPAK GAMBAR YB KS, DALAM HARAKAH, ROKET, KEADILAN DAN SINAR DAN DALAM
INTERNET, PASTI ANAK BERKATA, ‘INI GAMBAR TOKWAN’.TERKEDU SAYA.
BILA BANGUN UNTUK
SEMBAHYANG SUBOH 17 APRIL 2014 KHAMIS, TERPAKU BILA BEBERAPA LAMAN, MELAPORKAN
YB KS MENINGGAL DALAM KEMALANGAN. TERUS SAYA MAKLUMKAN KEPADA ISTERI SAYA
ZAKIAH BINTI NOOR (ADIK KEPADA DATUK DR ZAHARI BIN NOOR PAKAR FORENSIK - NOW DI
GH PP) BERSIAP UNTUK KESEKOLAH SAYA INFO YANG YB KS MENINGGAL DUNIA KEMALANGAN.
SERENTAK SAYA BAGI TAHU ANAK KECIL NAK KESEKOLAH, “TOKWAN SINGH MATI KEMALANGAN
JALAN RAYA”. MACAM-MACAM SOALNYA. “ABAH, SAYA NAK PI TENGOK TOKWAN”. INSHAALLAH
KITA PI ZIARAH TOKWAN BESOK PAGI JUMAAT”.
Kehilangan YB Karpal Singh sebagai seorang ahli politik veteran dan orang yang sangat berpengalaman sebagai peguam yang bernilai tinggi dalam PR, dihormati di seluruh Negara, sukar dicari ganti. Mendiang yang berpaksi kepada keadilan merentas kaum dan sering menyuarakan dengan lantang pendiriannya terutama dari segi undang-undang dan perlembagaan negara. Memperjuangkan keadilan yang dipertahankannya dengan tegas. Ketabahan mendiang mengharungi pelbagai ujian, tindakan dikenakan ke atas beliau mengajar semua pihak bahawa pejuang yang tidak berani menghadapi risiko tidak akan boleh bertahan atas nama rakyat.
“Justeru saya Ibn Abdullah alAwab, isteri dan anak-anak mengharapkan ahli keluarga mendiang bersabar menghadapi dugaan yang sangat tragis ini. Semoga jasanya akan dikenang oleh seluruh rakyat Negara tanpa mengira sempadan ideologi politik bangsa dan agama”.
Dewan
Rakyat melakar sejarah.
Saya mendengar suara YB
Tuan Karpal Singh kali akhir, adalah ketika perbahasan beliau dalam persidangan
parlimen Penggal kedua Parlimen ke 13 2014, pada 10hb April 2014 hari Khamis
lepas. Saya mengikuti sepenuhnya perbahasan sidang dewan rakyat menerusi canel
TV MPPAS. Sah itulah juga terakhirnya Tuan Speaker dewan rakyat, YB TS Pendekar
Amin Mulia menyebut nama YB Tasik Gelugor ketika beliau mencelah sebaik YB
Gombak membawa mengemukakan usul persendirian terhadap kes salah laku hakim
yang melampau biasnya dalam keadaan luarbiasa untuk dibahaskan. Malangnya tuan
speaker telah menolaknya.
Sebaik AhPar Gombak YB Mohamed Azmin Ali dihambat keluar oleh Speaker
Dewan Rakyat TS Pandikar Amin Mulia sebaik selepas menolak usul yang cuba
dibawa oleh YB Mohamed Azmin Ali. Lanjutan dari tindakkan tuan speaker menolak
usul persendrian tersebut, makanya ianya mengundang respon balas yang tiba-tiba
dan spontan dipehak AhPar PR. Suasana dewan menjadi tegang dan cekang,
menjadikan keadaan persidangan kecoh dan gamat, sebaik AhPar Puchong YB Gobind
Singh Deo dan AhPar Bukit Gelugor YB Karpal Singh bertindak bangun berhujah mempertahankan
AhPar Gombak YB Azmin Ali dari dihambat keluar dengan menafikan hak dirinya
berada dalam persidangan penting ketika itu.
Mungkin nama YB Karpal
Singh akan disebut untuk kali akhir secara resminya di persidangan parlimen
akan datang, pada Jun atau awal Julai 2014 nanti. Bilamana tuan speaker meminta
sekelian warga dewan, ahli dewan rakyat berdiri dan bertafakur seketika, untuk
memberi penghurmatan terakhir kepada mendiang YB Karpal Singh, sebelum
bersidang. Sebagai simbolik mengingati jasa-jasanya yang banyak selama dan
semasa perkhidmatan mendiang sebagai AhPar. AhPar yang aktif membahaskan rang
undang-undang dengan serius secara berfakta menerusi homework yang berkualiti.
Banyak kali pandangannya disudut perundangan tuan speaker sentiasa merujuk
dengan mendiang. Dengan kepercayaan AhPar samaada dipehak BN maupun PR
mengianya pandangan disudut undang-undang dan perlembagaan diterangkan oleh
mendiang YB Karpal Singh dengan terbuka.
Pasti dalam persidangan
parlimen akan datang, tuan speaker akan turut mengalu-alukan AhPar Tasik
Gelugor yang baru. Dah macam pasti anak mendiang Karpal Singh iaitu Ramkarpal
Singh nama yang akan disebut untuk melunasi ligasi harimau mendiang bapanya
dalam parlimen. Sama-sama kita menyaksikan kesudahannya yang mana Negara dan
dewan rakyat dua beradik menjadi AhPar dalam parti yang sama yakni DAP. Abang
mewakili KaPar Puchung Selangor dan adiknya menjadi AhPar baru mengantikan
mendiang bapa mereka di Bukit Gelugor di Pulau Pinang. Walau kini AhPar di
dewan rakyat terdapat dua beradik, tetapi berlawanan parti. Abang mewakili
umNObaruBN di Johor Bharu dan adiknya mewakili PAS-PR di Shah Alam.
YB Karpal Singh adalah
anggota dewan rakyat paling senior dalam pengamatan saya berbanding dengan
angota yang lain. Walau apa-apa pun hakikat sebenarnya, mendiang lebih awal
dari itu dipilih menjadi Adun di Kedah
dalam kawasan majoriti orang Melayu dalam tahun 1974.
Berita
maut kemalangan.
Sejujurnya saya terkejut dan sayu
bila mendapat berita kematian YB Karpal Singh, ketikamana saya melayari internet sebelum suboh Khamis 17 April 2014. Ya! Allah!!! Tertera maklumat dari
sumber yang diyakini benar, datangnya
dari anaknya sendiri dengan mengesahkan bapanya, Karpal Singh pemimpin veteran DAP
juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor maut
dalam kemalangan lebuhraya. Karpal Singh mendapat cedera parah dan meninggal
dunia ditempat kemalangan di km 301.6 Lebuhraya Utara Selatan, menghala arah keutara
dekat Gua Tempurung, Perak kira-kira jam 1.30 pagi. Pembantu peribadi beliau Michael
Cornandez turut terkorban. Mendiang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur balik ke
Pulau Pinang untuk membuat persediaan dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang besoknya.
Sahlah DAP - PR dan Negara kehilangan seorang peguam kanan yang berintegriti. Seorang ahli dewan
rakyat paling senior. Mendiang amat konsisten dengan idealism perjuangannya
yang kental dan pejal semasa memperjuangkan kedaulatan undang-undang mengikut
keluhuran perlembagaan Negara. Serta beliau memperjuang keadilan rakyat marhean
sejagat sampai keakhir hayatnya, diluar batas sempadan agama dan bangsa dan
taraf kehidupan. Banyak diperkatakan secara percuma perkhidmatan peguam diberi
dalam kes-kes terdesak dengan fee perkhidmatan dan keadaan kes tertentu
diperkatakan.
Sudah tentu insan yang teramat merasai sedihnya diatas
kematian YB Karpal Singh, adalah Ketua Pembangkang Parlimen YB DS Anwar Ibrahim
dan keluarganya. Mendiang adalah peguam utama yang bertanggungjawab bertungkus
lumus dalam pembelaan kes fitnah umNObaruBn dimahkamah secara percuma selama
dan semasa membela kes DS Anwar sejak tahun 1998 lagi. Lebih sedih lagi bila
disahkan dokumen fail kes pembelaan DS Anwar Ibrahim dibawanya bersama untuk
pemyemakkan susunselia bokti penghujahan untuk membuat rayuan di Mahkamah
Persekutuan 25 April 2014 sama-sama mendapat kemalangan.
Nostalgia hati nurani.
Sudah tentu pasti PR hilang rakan pemimpin tulin untuk
selama-lamanya. Saya jangkakan berita ini juga turut dikongsi bersama oleh
mantan MB Kelantan DN , Datuk Bentara Setia YB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Yang detik sejarah dicipta oleh Tok Guru tahun lepas (2013) bila Tok Guru
berkunjung hurmat menziarahi kerumah YB Karpal Singh 144A Jalan Utama Kebun
Bunga Pulau Pinang. YB Karpal Singh mengetuai keluarganya menyambut dengan
penuh santun mesra keatas kunjungan Tok Guru yang bertandang kerumah mereka.
Berita Tok Guru Nik Aziz menziarah YB Karpal dirumahnya di
Pulau Pinang, semua itu telah terpehat menjadi
lengkaran dan lipatan sejarah kepada PAS untuk DAP dan PR khususnya
terjalin dan terukir. Kelu lidah musoh-musoh politik Tok Guru Nik Aziz dan YB
Karpal Singh menyaksikan apa yang mereka lakukan untuk kebaikkan ummah dan
rakyat jelata sejagat. Kedua-dua mereka adalah pemimpin yang berjiwa besar
walau mereka bertembong pendapat dalam masalah HUDUD. Tetapi selain dari itu
mereka sepakat seia memperjuangkan keadilan rakyat dengan bergandingan tangan
bersama-sama dengan pemimpin PR yang lain. Hebat mereka berdua dan selayaknya
rakyat menjunjung dan menjejaki sifat kental perjuangan mereka diteladani
sebagai pemimpin PR yang berjiwa besar untuk kita membina Negara Bangsa.
Keluarga Karpal Singh telah beri layanan persahabatan yang istimewa mengambil
kesempatan untuk meraikan menyambut ulang lahir Tok Guru Nik Aziz ke 81 tahun
dirumah mereka. Berjiwa besar rupanya mereka. Dan lebih manis dan lemaknya bila
Karpal Singh dan keluarga telah menyediakan kek bulan purnama lambang PAS
sebagai hadiah untuk meraikan sempena ulang lahir Tok Guru Nik Aziz untuk memotongnya.
Dengan sekelian sanak saudara Karpal Singh memerhatinya. Lebih menghiris
perasaan Tok Guru, dengan keuzuran berkerusi roda (sedangkan Tok Guru juga
tidak sehat juga kerana telah dimamah usia), dengan kerusi beroda itulah Karpal
Singh menghantar Tok Guru sampai ke pintu kereta ditepi jalan dihadapan
rumahnya dan melambai-lambai.
Semuanya telah berlalu dan kita semua dapat mengenanginya
sampai bila-bila. Apakah kenangan manis serupa itu dapat diteladani, diikutii
oleh pemimpin-pemimpin besar PR yang lain sebagai acuan untuk rakyat jelata?
Wahai sekelian pemimpin PR boktikanlah anda diposisi seperti mereka berdua (Tok
Guru Nik Aziz dan mendiang Karpal Singh). Mereka berdua sama-sama vocal dan
tegar dengan idealisma Islam dan mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan. Tetapi
mereka dapat bersatu dan bertaut dalam banyak pekara yang lain demi kepentingan
rakyat majmuk untuk Negara Bangsa kita tercinta.
Benarlah ianya menjadi kenangan pilu mengusik jiwa bagi
mereka yang berperasaan kemanusiaan. Saya masih menunggu berita, adakah Tok
Guru juga membawa buah tangannya kepada YB Karpal Singh dan keluarganya semasa
menziarahi YB Karpal Singh dirumahnya ketika itu. Saya yakin pertemuan yang
amat sentimental itu, ianya mengukir kesan yang mendalam kepada diri mereka
berdua (Tok Guru & YB Karpal Singh) khususnya bagi pengikut parti
masing-masing dan PR menadah tangan dengan doa restu diatas sikap terpuji
kedua-dua pemimpin veteran.
Versi saya dekat Karpal.
Saya tidak terikat dengan
sesiapa untuk menulis tentang YB Karpal Singh, “Singa Jelutong” ini, dalam
apa-apa perkara dengan bebas terbuka. Semasa hidupnya kurang dari 15 kali saya bertemu dengan mendiang Karpal Singh.
Nama besar peguam Karpal Singh ini, saya mendengar dari perbualan almarhum
ayahnda saya lebih 40 tahun dahulu bila kami berkunjung kepejabat peguam Tetuan
Jaafar & Zahir di Alor Setar. Jaafar adalah senonim dengan panggilan
Pengulu Japaq (YAB Dato’ Jaafar bin Hasan Adun Sanglang, kalahkan Ustadz Abu
Bakar Hamzah dengan 5 undi) akhirnya menjadi MB Perlis ganti TS Sheik Ahmad bin
Mohd Hashim (ayahnda kepada TS Dato’ Radzi, Datuk Redzuan). Manakala Zahir
adalah Tun Zahir Ismail dipilih menjawat speaker dewan rakyat selepas tewas dalam
pilihanrya.
Keterbukaan beliau dengan
saya, setiap kali bertemu sepintas masa pasti kami bersapa sejenak dan
bersalaman. Pertanyaan beliau kepada saya adalah menanya habar, “Anak-anak maca
mana? Pelajaran mereka jangan dilupa, didik jadi peguam dapat bela rakyat”. Tetapi,
saya lebih baik dan rapat dengan mendiang SP Chelliah, peguam hebat yang
membela Dato’ Haron Idris, menteri besar Selangor yang terlibat tudohan rasuah
lanjutan penganjuran perlawanan tinju diantara Muhammad Ali vs joe Bugner dari
UK (teringat juga saya dekat Dato’ Zainal Alam yang menjadi juruacara). Semua-semua
utuu, sudah lama dah berlalu dengan kenangan pahit manis.
Saya tidak mempunyai ilmu
mentadbir sesuatu itu, termasoklah
keadaan kenapa dan mengapa terdapat kebencian tegar sesetengah manusia kepada
YB Karpal Singh ketika hayat usianya dan sampai beliau menjadi mendiang. Walau
mendiang tegar membincang dan mempertahankan perlembagaan Negara mengikut arif
ilmu perundangan yang diamalkannya dan dihazamkan beliau dengan masak. Apa-apa
pun saya akan bincangkan dengan rencana lain tentang perkara tersebut selepas
rencana ini. Rencana ini saya tujukan terus kepada musoh-musoh Karpal Singh,
dan diharapkan keluarga mendiang Karpal Singh turut membaca rencana ini, agar
mereka mengenali hatibudi bernama Karpal Singh yang menjadi suami, bapa dan tok
wan (grand father) kepada cucu-cucunya seramai 11 orang untuk masa kini.
Sebagaimana diawal awal
rencana ini wajah dan suara terakhir YB Ramkarpal Singh secara langsung dalam
perbahasan dalam parlimen pada 10 April 2014 hari Khamis, “Jangan main-main
dengan Perlembagaan, ikut apa yang ada dalam perlembagaan. Peruntukkan dalam
perlembagaan, jangan main-main dengan perlembagaan peruntukkan 127”. Lebih
kurang itulah ingatan Karpal Singh yang terpehat dalam hati sanubari saya
mungkin untuk tempoh masa yang panjang. Rasa saya, unggapan keramat YB Karpal
Singh tersebut payah untuk luput dalam perbendaharaan minda fikir dan ingatan
saya.
Tempoh 6 tahun yang
terakhir ini kesihatan telah membataskan saya untuk kemana-mana setelah empat
kali melalui rawatan dan repair jantung yang menyukarkan saya untuk bergerak
dan pergerakkan itu pula amatlah terbatas. Saya tidak mampu dalam travel
perjalanan yang jauh dan tanpa sesiapa menemani saya. Dalam tempoh yang lama
pengambilan ubat yang banyak kali sehari dan kuantinya yang banyak. Serta
pantang larang sebelum dan selepas makan keperluan ubat itulah mengikat saya.
Kerana isteri sayalah yang setiap detik masa menyediakan ubat-ubat untuk
dimakan diuruskannya. Sekali dengan penerbangan Bayan Lepas Pulau Pinang ke
Kucing Sarawak dan ke Johor Bharu. Beberapa kali sahaja dengan kenderaan awam
ke Kuala Lumpur ditemani oleh samada isteri atau dengan anak-anak.
Konvensyen
Pakatan Rakyat Ke 2
Makanya masa dan kali terakhir kesempatan bertemu dengan YB Karpal Singh adalah sehari selepas saya keluar dari mendapat rawatan lanjutan jantung di GH PP. Besoknya saya ditemani dengan 3 anak menghazirkan diri ke Konvokensyen Kedua PR di Kepala Batas, Pulau Pinang. Kerana agak sudah lama saya tidak turut serta dalam program besar PAS dan PR kerana halangan kesihatan dan keuzuran serta kewangan yang banyak untuk pembiayaan perubatan dan rawatan.
Mudah-mudahan catatan
rencana ini, dapatlah teman-teman diluar sana berkogsi maklumat sebagai
santapan rencah dan kehidupan kita seharian, kepada Negara kita yang majmuk
sifatnya. Rencana ini amat-amat lewat
saya termampu menyiapkannya disebabkan dua factor. Kesihatan tidak mengizinkan
dan internet yang meragam bermasalah berpanjangan. Selamat membaca rakan taulan
PR. Maafkan saya berbicara.
Siap rencana ini pada: 22 Rejab 1435H bersamaan 22 Mei 2014
GAMBAR YANG DIRAKAMKAN DIPERSEKITARAN DEWAN SRI PENANG. SEBELUM MAYAT
MENDIANG DIBAWA UNTUK UPACARA DISEMADIKAN DENGAN MEMBAKAR MAYATNYA.
Siap rencana ini pada: 22 Rejab 1435H bersamaan 22 Mei 2014