RENCANA
OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB / SABTU 31 MEI 2014 9.00PAGI
Pasca
Najib, ajaib dan ghaib.
Selepas berakhirnya PRU13, dunia
mendapat tambahan benda ajaib dunia yang
telah direkod. Iaitu umNObaruBN menubuhkan kerajaan minoriti 47% hasil usaha
keras dan perancangan tersusun sangat-sangat smart oleh SPR. Bersekali ia
bersekonkol dengan kuncu-kuncu yang sewaktu sesamanya, dari kabur menjadi clear
tetapi malap dan mendap. Kerajaan minority 47% ditubohkan umNObaruBN itu, sarat
dengan panau, korap dan macam-macam lagi
penyakit kronik dan virus berjangkit menghinggapnya tanpavaksin penyembuh.
Bersekali dengan beberapa kerajaan negeri yang nyawa-nyawa ikan dituboh dengan simple majoriti dalam Dun, umNObaruBN
tercabar mengetar mengigil lutut dibuatnya takut kuasa tercabut.
Beberapa negeri umNObaruBN
sedang bergelora dan berkocak. umNObaruBN berdepan dengan tiupan topan yang
kencang yakni krisis ketelusan keyakinan dan kepercayaan. Menghadapitekanan dan
asakkan (dari dalamanan umNObaruBN) kerana membida jawatan dan habuan tidak
adil. Ianya mampu mengundang padah, membawa rebah pada bila-bila saja beberapa
kerajaan negeri. Kalau nahkoda umNObaruBN di PWTC, di Putrajaya tersimpang
langkah bertindakan dalam bercator sahlah ia bakal mengugat mengundang masalah
dan rebah. umNObaruBN Terengganu masih dibelengu cacamerba kewibawaan yang
jitu, menjadikan kerajaan umNObaruBN Terengganu menjadi rapoh dan reput. Disaat
itu ledakan C4di Kucing Serawak berselerak dibawah Adnan Satim berdepan dugaan
dan ujian. Silap-silap vaksin penawar, BN serawak runtoh. Ianya akan mendapat
kesan dan akibat BN di Putrajaya tersungkur. Keranamu perpecahan besar dalam
persengketaan komponan BN Serawak.
Paluan gendang rebana retorit
kerajaan 1Malaysia, telah melalui gerhana pusingan U. ‘Pemimpin dan kroni
diutama diperkasa; rakyat diseksa didera semahunya’. Ianya tersohor rakyat
menerima padah tekanan dan layanan burok
YAB DS Najib RM, beliau sedang mengalami dan menghadapi kepelbagaian sindrom
penyakit kronik ketika sebelum PRU13 sampai kini. Yakni sindrom dan virus H1N1 boros
dan joli dengan memperaga kemewahan melampau dalam Negara dan ketika kunjungan
luar negara. Pecah amanah membelanja harta benda rakyat Negara seperti
dilaporkan oleh KON, dengan mengutama dan memperkasakan kroni, macai dipenuhi
kehendak dan permintaan. Kerana pertolongan dekat BN dalam pilihanraya bukan
pertolongan kosong air kencing. Walau pun itu, kabilah umNObaruBN menafikan segala-galanya
akan bentuk kezaliman mendera rakyat akan dilakasana mereka selepas PRU13. Walau semua-semua itu
diperjelas, diperkata diperkukohkan oleh PR dengan hujah dan fakta. Apa dah
jadi! Apa dah jadi!! Rakyat tertipu sekali lagi dengan umNObaruBN.
umNObaruBN
mungkir janji dicapati.
Tetapi sebaik selepas PRU13
mereka membelakang, membohongi pengundi
rakyat Negara. Macam satu fiesta BN jayakan iaitu Barang Naik menjadi
agenda utama selepas PRU13 dengan kekuasaan minority 47% sokongan pun bongkak
sangat. DNajib RM buka gelanggang balas jasa rakyat 47% mengundi umNObaruBN
dengan umumkan harga minyak naik, harga gula naik, tarif elektrik naik dan
macam-macam barang naik sebaik terentuk
kerajaan minority selepas PRU13. Kenapa dan mengapa? Semuanya kerana tindakan kerajaan1Malaysia minority 47% mengambil
alternative jalan pintas untuk dapat
duit. Bertujuan untuk menampong
keperluan perbelanjaan Negara yang terhimpit kerana pecah amanah dalam perbelanjaan
duit cukai rakyat negara. Dalam zaman DS Najib RM menjadi PM dan menteri
kewangan, pintar putar bijaksananya DS Najib RM
mengatasi jauh kehadapan dari 5 PM terdahulu termasuklah ayahndanya
sendiri Almarhum Tun Abdul Razak, yang amat cermat dan teliti dalam membelanja
harta rakyat. Tetapi DS Najib RM pedulikan fael dan sikap terhurmat yang
dimiliki oleh ayahndanya dimusnahkan kerana takut bini dan turut kehendak bini
no2nya.
Sesungguhnya sekelian
rakyat jelata memperakui dan mengiktiraf bahawasanya DS Najib RM merupakan
PM1Malaysia dan menteri kewangan terhebat dan tersohor. Bijak lagi pandai
dengan sikap boros berbelanja mewah bersama-sama dengan bini ke2nya DS Hajjah
Dr Rosmah NM pemboros. Apalagi bila mereka dengan jet pribadi harta rakyat
keluar Negara setiap masa. Sambil selam sambil minum air; sambil terbang
menghimpun menunaikan niat dihati dengan harga yang mahal ditanggong oleh
rakyat jelata melalui cukai di kenakan keatas rakyat berjoli sakan dengan mewah
membazir. Handalan sungguh dalam
membelanjakan duit rakyat Negara tanpa sempadan dengan semua penyelewengan
dilaporkan sepenuhnya oleh Ketua Ordit Negara menerusi laporan tahunan
perolehan dan perbelanjaan kerajaan. Sama seperti dunia tampa sempadan yang
dicerobohi dengan kecanggih iT, iCT dan medium maya.
Makanya macam itulah DS
Najib RM dan bini ke2nya membelanjakan duit Negara, termasoklah dengan pelbagai
kaedah dicipta untuk diagih kepada macai
dan kroni budiman sejati. Timbal balas menjayakan PRU13 lepas, “Hang tulong
aku, aku tulong hang”, benar-benar menjadi kenyataan kepada rakyat dan kepada Negara.
Akhirnya rakyat menghadapi tekanan dan seksa angkara PM mesra barang naik
harga. Jadi rakyat jelata menghadapi dan berdepan dengan tekanan kos sara hidup
yang melambong tinggi dengan pendapatan gaji rendah. Tanpa mendapat simpati dan
pembelaan dari kerajaan1Malaysia minority 47% di Putrajaya. Kecuali rakyat
diperkuda semahunya, diseksa didera dengan dua pekara. Iaitu barang naik harga
angkara desakan kroni dan keduanya bertindak cukai dinaikan serta menzalimi
rakyat dengan cukai baru GST yang bersifat zalim dan memeras rakyat jelata dan
puak-puak kaya raya terlepas dari paksaan membayar cukai khas.
Akhirnya jasa taikun taukeh
dan kroni terbalas dan terjawab. Najib menjadi hero dan juara diatas kejayaan
cemerlang membuat hutang dari
taukeh-taukeh taikun dalam Negara dan taikun pelabur dari Negara luar. Jadi Barang
Naik oleh BN. Ertinya kerajaan minoriti 47% mengutamakan sekelian kroni dan keutamaan
taukeh yang membiayai PRU13. Akibatnya rakyat Negara dijadikan mangsa, kerana
‘Melayu mudah lupa’. Kerajaan minority 47% umNObaruBN bertindak dengan rakus menafikan
rakyat untuk hidup dengan selesa. umNObaruBN jadikan rakyat mengalami hidup dan
kehidupan seharian, dengan tekanan jiwa raga dan terseksahidup. Rakyat marhean dibebani dengan
bebanan penyeksaan kos sara hidup tinggi yang membeban dan memeritkan diatas
sikap boros dan joli kerajaan1Malaysia dalam pembiayaan penuh dengan misteri
penipuan. Fenomina tersebut menjadikan
rakyat kembali menmbah kuantiti Melayu kembali menjadi miskin, hidup menderita
walaupun tidak papa kedana. Tetapi gerombolan umNObaruBN dan segala pecacai dan
macainya menjadi bertambah kaya meliana. Hidup Melayu!!!!!!!!
Rakyat
pengundi dihina selepas PRU13.
Maka jurang kehidupan dan
kekangan ekonomi rakyat marhean cukup mencekam. Sedangkan taukeh dan macai umNObaruBN
pantas didepan mata mereka terbela dibelai dengan menzahirkan kekayaan mengila.
Pamir kemewahan yang melampau dalam sekelip mata. Kerana mereka pandai membodek
cuit, mencari geli pemimpin umNObaruBN,
agar mereka digazet diantara kroni dan macai yang taat setia seadanya.
Puak-puak umNObaruBN dengan gaya hidup serba serbi mewah yang melampau.
Berpoya-foya dengan pembaziran yang serba canggih lagi moden. Rakyat marhean
sedang perhati tengok lagak telatah mereka dengan linangan air mata. Nasib
rakyat marhean member undi dekat uMNObaruBN, yang mendapat layanan dan hauan
perdana adalah keluarga, taukeh, macai dan pecacai umNObaruBN. Rakyat dapat
apa? Rakyat dapat dari BN, barang naik, cukai naik dan GST membelenggu rakyat
dengan zalim dan cukup haramjadah.
Bermula dari sifu agong
perdana mereka di Putrajaya apa lagi di Sri Perdana, iaitu PM1Malaysia dan bini
ke2nya DS Dr Hajjah Rosmah Mansor, sampailah kepada JKKKK kampong yang
menguasai kepimpinan umNObaruBN cawangan, kawasan dan negeri. Mereka mendapat
lessen besar tanpa had sempadan. Mereka kukur dan kaut kekayaan diatas segala
lompongnya diri mereka sebagai manusia yang cemerlang dalam akademik dan
kerjaya professional, atau sebagai ahli perdagangan tulin korporat yang
memiliki rangkaian mega. Semuanya tidak ada kepada mereka, kecuali menjadi
kroni, macai dan pecacai kepada umNObaruBn. Diatas semua itu mereka diiktirah
oleh penguasa di PWTC dan Putrajaya. Makanya mereka diiktiraf dibalas dengan
bentuk habuan dan kekayaan melampau kerana menjadi penyokong, pengampu kepada
pemimpin umNObaruBN di PWTC, Putrajaya dan di negeri-negeri.
Mereka jutawan segera keranamu
umNObaruBN salahguna kuasa. Mereka berbelanja mewah semahu-mahunya akan mereka
khianati pecah amanah harta Negara milik rakyat yang membayar cukai. Sekali pun
mereka adalah yang bodoh-bodoh setakat SPM 2 kredit sepertimana yang diperkata
dan diperkukohkan oleh Tun dr Mahathir Muhammed Kutty beberapa kali mengesahkan
keanggotaan yang masok dan memimpin umNObaru adalah dikalangan yang bodoh-bodoh.
Kerana yang cerdik pandai yang professional, semuanya mereka masok menganggotai
PAS. Seperti doctor, peguam, akitek, mantan general tentera dan mantan pegawai
kanan polis dan penjawat awam perengkat Jusa A. Ini Tun Dr Mahathir kata dan
mengeshkan.
Cabaran,
pukulan dan penangan.
Pukulan dan ujian yang
telah, sedang dihadapi dialami mNObaruBN ialah berdepan dengan ujian mandate
rakyat dalam PRK yang terpaksa dilalui. Kuala Besut dan Sungai Limau, diantara
dua negeri umNObaruBN memerentah dengan minority. PRK membuka gelanggang dengan
kematian Adun umNObaruBN di Kuala Besut dan Adun mantan MB Kedah di Sungai
Limau. Dalam pertarongan dikedua-dua PRK tersebut, sekelian pemimpin utama
umNObaruBN telah kitar dan tambah dengan janji capati baru untuk mendapat undi,
untuk mampu mempertahan dan merampas Dun yang terlibat dengan PRK. umNOBN
menang PRK di Kuala Besut yang jenderal PRK Kuala Besut dan Sungai Limau ialah
TPM TS Mohiyaddin Yassin sendiri. Ketika itu keputusannya seri; umNObaruBN
pertahankan Dun Kuala Besut dan PAS – PR dapat kekalkan Dun Sungai Limau. umNobaruBN
Kedah menjadi goyah, payah dan bercelaru.
Sebaik itu ledakan yang
membingongkan umNObaruBN bila PRK Dun Kajang terpaksa diadakan disebabkan
Adunnya meletakkan jawatan dengan ‘Langkah Kajang’. Seperti taufan momontem DS
Anwar Ibrahim calun PRK Dun Kajang dan akan menjadi MB baru negeri Selangor
mengantikan TS Khalid Ibrahim. PWTC dan Putrajaya menjadi lemah longlai dan
terkulai. Makanya jalan pintas dan jalan beranjau berduri yang beracun diguna
pakai. Makanya untuk menafikan DS Anwar Ibrahim sebagai calun PRK Dun Kajang,
justeru mahkamah rimba dan hakim beruk berfungsi seadanya. Ianya menjadi
penyelamat galang ganti sebagai tentera infantry hadapan memulihara menyelamat muka-pungkor
umNObaruBN yang terbaki. Makanya Ds anwar Ibrahim disalah dijatuh hukuman
penjara dan denda.
Akhirnya berulang lagi yang
mana DS Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calun ganti di PRK Dun Kajang, sama
seperti PRK Permatang Pauh dahulu. Jawapan kepada tindakan hakim berok dan
mahkamah rimba, spekulasi MH370 fitnah umNObaruBN yang mana pilotnya dikaitkan
bau macang dengan DS Anwar Ibrahim. Lantas umNObaruBn memintas dengan mencipta
membuat fitnah berterusan. Diikuti pula matinya rakyat Negara seramai 6 orang dalam
fiesta syaitan yang mendapat restu kerajaan 1Malaysia 47% minority sempena TMM
2014. Dengan tiga malapetaka tersebut, rakyat menghukum dengan menolak calun
yang mewakili umNObaru dalam BN dari MCA. MCA memperjudikan calun terbaik dan
special iaitu Naib Presiden MCA (wanita)
yang digemburkan oleh BN sebagai pemimpin yang berkualiti 5 bintang untuk
berdepan dengan calun PKR – PR DS Dr Wan Azizah.
Keputusannya rakyat mengajar sekolahkan umNObaruBN dengan jawapan
yakin dan tuntas. Pengundi Dun Kajang dalam PRK tersebut termasok pengundi
Melayu telah beralih member undi menolak calun BNmca. Dengan menang majority
besar calun MCAbn tewas tersungkur dikaki DS Dr Wan Azizah Wan Ismail yang
mewakili PKR-PR. Sebelumnya dicerca dihina oleh macai dan pecacai jenis kankung
dan lembu kondo. Tewaslah BN dengan agregat 1 BN – 2 PR dengan lesu dan lenang
air mata. Kerana Melayu kini telah tolak umNObaruBN, kerana fitnahmu, janji
capati serta mencabul hak rakyat dengan menghambat Cina dan India balik
kenegara tok nenek asal. Apa orang Cina India mahu? Kami mahu tolak dan
runtuhkan kezaliman kekejaman cengkaman penjajahan umNObaruBN dalam PRK dan
PRU14. Jawapan kepada keputusan mahkamah rimba dan hakim berok keatas DSAI, ianya
seperti susunatur samada dari planet
bumi maupun penguasa di ufuk langit sana. Tiba-tiba tidak semenanya 12.40 malam
(pagi berikut) pesawat MH 370 yang menuju ke China hilang dari pemantaun rada.
Disinilah bermulanya episode spekulasi dari pemimpin Negara dan uMNObaruBN
dengan mencipta misteri bersiri, dengan menghebahkan kepada rakyat Negara dan
kepengetahuan sentaro dunia berspekulasi mega. Sampailah kepada detik rencana
ini akan nasib MH370 anak kapal, penumpang dan isi kargo belum tuntas terjawap.
Untung jatuh tengelamtentu nasib mereka. Rakyat menjadi celaru, haru biru ditandu
kerajaan1Malaysia 47% minority dikepala DS Najib RM, semasa mengendali kes
hilang MH370. Yakni cara-cara dan kaedah DS Najib mengendali mencari MH370
dengan membuat spekulasi dan mencipta misteri. Jadinya Negara dunia dan Negara yang
rakyatnya terlibat menjadi penumpang MH370 tersebut tidak percayakan lagi
cakap-cakap Putrajaya. Makanya Obama kenegara PM1Malaysia DS Najib RM mengemis
ke Cina.
PRK Sungai Limau dan Kajang
menyempitkan lagi saloran pernafasan DS Najib RM bersekali dengan umNObaruBN
dipimpinnya. Dalam keadaan takut dan gentar menghadapi kuasa dan power rakyat,
kemalangan kematian penyandang AhPAr P.051 Bukit Gelugor YB Karpal Singh
meninggal dunia dan PRK P.051 wajib diadakan. Belum PRK P.051 Bukit Gelugor
diadakan, mati lagi seorang AhPar DAP-PR di P.076 Telok Intan. Makanya sah PRK
dikedua-dua KaPar wajib diada dan dikendali oleh SPR.
umNObaruBN melalui
komponannya MCA, tiba-tiba menjadi panic dan pengecut seperti pondan di Chow
Keat Road KL. MCAbn mati pucuk dan pupus selara untuk turut serta dalam PRK
P.051 Bukit Gelugor. Kerana dari malu berganda bonanza kalah hilang deposit
dalam gelanggan menghadapi anak harimau, biarkanlah kalah sebagai pondan lebih
baik dari terbang deposit. Itulah sebabnya kenapa dan mengapa MCAumNObaruBN
pulau PRK P.051 Bukit Gelugor. Proksi umNObaruBNmca, Parti Cari Makan dan 3
calun bebas yang lain telah hilang deposit. Tidak ada baying pemimpin
umNObaruBNmca selama semasa kempin dan mengundi hadhir di Bukit Gelugor. Selesai
PRK P.051 Bukit Gelugor maka bala tentera PR berkampong sepenuh masa dan
berteluk duduk di Teluk Intan kerana mempertahankan kemenangan DAP-PR dalam PRK
P.076 dan hari ini hari mengundinya.
PAS,
PKR melaboh rangkaian pelampong untuk Dyana Sofya.
Saya pernah berkata
beberapa kali dengan penuh tanggungjawab dalam rencana-rencana saya terdahulu
dari ini dalam PRK sebelum PRU13. Apabila parti dalam komponan PR; PAS, DAP dan
PKR menghadapi PRK dan meletakkan calun yang dipilih oleh parti terlibat dan
dipersepakati oleh pimpinan PR. Makanya tidak ada apa-apa alasan dari sesiapa
sahaja untuk meruntuh dan memadamkan calun dipilih dengan melalui apa-apa cara
dan kaedah, untuk membantah, engkar memberi sokongan padu kepada calun dengan
mencpta alasan-alasan pribadi yang jijik.
Sesungguhnya, ianya menjadi
kewajiban kepada setiap kepimpinan, ahli parti dan penyokong PR turun memberi sokongan
padu yang bulat membantu calun untuk kita mncipta kemenangan yang besar dengan
maltamat ke Putrajaya. Wajib menghulurkan bantuan pertolongan yang iklas dengan
mengangkat pengurbanan perjuangan dan pembiayaan itu sebagai jihad, mengikut
kebolehan, kepandaian yang dimiliki oleh setiap kita dalam PR yang wajib kita
perkasakan. Jadinya, calun yang telah kita pilih itu, yakni anaknda DYANA SOFYA
sebaga calun DAP-PR dalam PRK P.076 hari ini, jangan sekali-kali kita ikatkan
dirinya dengan ladung dan sauh untuk tengelam dan menafikan kemenangannya.
Wahai sekelian pendukong
dan penyokong PR, sekarang, sekarang, sekarang, keluarkanlah diri anda
selurohnya menjadi diantara pelampong-pelampong yang akan timbulkan calun kita
DYANA SOFIA timbul mendarat di Parlimen untuk ita kuasai Putrajaya, ianya
bermula disini di Teluk Intan yang DAYNA SOFYA adalah simbul kedamaian, simbul
sokongan paku rakyat Melayu, Cina, India dll bangsa. Semua kita yang berada di
KaPar Telok Intan, cairlah diri anda dengan pengurbana yang iklas. Ringanlah tulang
belulang dan kewangan yang ada dalam pakit itu. Dengan satu matlamat, kita
adun, kita padu dan kita uli, jadikan ianya dana keramat untuk menjana
kemenangan besar DYANA SOFYA dalam PRK P.076 Teluk Iintan.
Teman dan sahabat-sahabat
semua, anda rayalah, sambutlah kemenangan DAYNA SOFYA sebagai MP baru Teluk
Intan mewakili kita yang dahagakan politik baru, bermula ia di Telok Intan. Teman,
saya telah ke Telok Intan baru-baru ini dengan mmeberi sumbangan mengikut
kebolehan yang saya miliki. Jam 4 pagi tadi dari PS siap sedia nak bertolak ke
Teluk Intan, malang tiba-tiba sakit mai, bukan kepalang jantung amat sakit saya
rasa. Jadinya saya selaku orang tua, saya member sokongan sekadar mengerakkan
pengundi, penyokong dan jenter pilihanraya sekadar dengan rencana ini.
SIAP
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
SABTU 31 MEI 2014 9.00 PAGI