Friday, May 16, 2014

16 MEI 2014 – SELAMAT HARI GURU



16 MEI 2014 – SELAMAT HARI GURU
RENCANA PENDEK: IBN ABDULLAH AL AWAB
Saya mengucapkan kepada seluroh guru-guru, ustaz dan uztazah seluroh Negara pada hari 16 Mei 2014 SELAMAT HARI GURU. Khususnya guru-guru saya dipenghujung tahun 1950han dan tahun 1960han.

Kesempatan disini saya mengucapkan juga selamat menyambut HARI GURU kepada sekelian guru-guru yang mengajar anak-anak saya. Saya mengambil peluang disini mewakili dan bagi pehak anak-anak saya, selama dan semasa anak-anak bersekolah memohon ampun maaf diatas setiap kesalahan anak-anak saya terhadap guru-guru mereka dalam apa-apa cara jua. 

Maafkanlah anak-anak saya sekiranya mereka melakukan kesalahan kepangkuan sekelian guru-guru. Redzakanlah ilmu yang mereka kendong dari guru-guru yang murabbi dan halalkan ilmu-ilmu itu. Dan sama-sama kita panjatkan doa kehadzrat Allah. Kerana didikkan guru-gurulah, maka anak-anak saya menjadi manusia dan seorang orang kerana jasa didikkan guru-guru mereka. Terima kasih Cikgu.

Semua guru-guru yang mengajar anak-anak saya semasa disekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya.
Guru-guru di:-

SEKOLAH KEBANGSAAN IBRAHIM 1 PASIR MAS, SEKOLAH KEBANGSAAN IBRAHIM 2 PASIR MAS.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IBRAHIM 1 PASIR MAS, MAHAD MAHAMAHADI PASIR MAS.
SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MOHD FARIS PETRA PENGKALAN CHEPA.
MAKTAB RENDAH SAINS MARA PASIR TUMBUH, MAKTAB RENDAH SAINS MARA PENGKALAN CHEPA.
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANGAN, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANGAN.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULIM, SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN JELUTONG, KULIM.
SBP INTEGRASI KUBANG PASU, PRA – U SEKOLAH MENENGAH TAMAN MAHSURI.
Selamat  hari guru dengan doa dari saya. Mudah-mudahan semua sekolah yang pernah anak-anak saya belajar akan terus mencipta kejayaan akademik dan shahsiah terbaik.

SELAMAT HARI GURU

IBN ABDULLAH ALAWAB