Saturday, September 10, 2016

DIATAS LIDAH PELURU MUSOH, KITA AMBIL MAMAH JADIKAN SENJATA KIMIA PEMUSNAH BERANGKAI – PH MENJADI MANGSA?



DIATAS LIDAH PELURU MUSOH, KITA AMBIL MAMAH JADIKAN SENJATA KIMIA PEMUSNAH  BERANGKAI – PH MENJADI MANGSA?  

Rencana oleh : Ibn Abdullah alAwab
Tarikh: 16 Ogos 2016 – Selasa

Tawarikh bercerita.

Saya lahir mendahului dua tahun  dari usia PAS didaftarkan sebagai organisasi politik secara resmi pada 31 Mei 1955. No. Pendaftaran 733 di Penang. Justeru, realitinya kini hanya baki beberapa spesis sahaja pemimpin Pas pusat yang berkuasa yang seusia atau  senior sedikit dari saya. Yang lainnya cuma sekadar mendengar cerita dan membacanya sejarah Pas itu sendiri dan parti politik yang lain. Pendaftaran DAP dilakukan pada 18 Mac 1966, manakala  PKR ditubohkan pada 4 April 1999 diatas kehendak tuntutan tuntas rakyat marhean ditengah-tengah lambonganmbak taufan GELOMBANG REFORMASI. Yakni rakyat bangun respon daripada cetusan Dr Mahathir Muhammed memecat DSAI dari jemaah Kabinet sebagai TPM – Menteri Kewangan jam 5.30 petang, 2 September 1998 berdasarkan buku ditulis oleh Khalid Jafri (mantan wartawan sukan UM).

Tindakkan selanjutnya terhadap DS Anwar Ibrahim oleh Dr Mahathir Muhammed, besoknya 3 September DSAI dipecat dari umNO(baru). Sahlah DSAI menjadi AhPar bebas. Tarikh ini saya ingat  sampai kapan bersekali tarikh 29 Mac 1982 Akhie Anwar masok UMNO (selepas 5 bulan Akhie Anwar makan malam berdulang dirumah saya di No. 25, PWD Jalan Meranti, Pasir Mas Kelantan bersama-sama dengan beberapa pimpinan ABIM Pusat, Negeri Kelantan dan Kawasan Pasir Mas). Justeru sahlah umur saya lebih senior dari Pas ketika didaftarkan sebagai badan siasah, apalagi DAP, PKR dan AMANAH.

Setelah  Haji Hadi berjaya kuburkannya PR, sebaik terkuburnya PR mantan pemimpin  dari PAS, DAP dan PKR tidak berpelok tuboh. Mereka terpanggil dengan respon pantas, mereka telah menubohkan PAKATAN HARAPAN – PH. Demi kesinambungan dalam merealisasi peranan PR kepada PH di negeri Selangor dan Pulau Pinang. Parti bungsu PH ialah AMANAH. Salor galor  AMANAH adalah dari hasil daripada penstrukturan semula dari  PARTI PEKERJA-PEKERJA MALAYSIA yang ditubuhkan oleh Puan Ganga Nayer dalam tahun 1978 diberi secara free kepada peneraju GERAKAN HARAPAN BARU. PKKM ini diambil alih oleh GHB pada 31 Ogos 2015. Telah di jenamakan semula dengan nama, perlembagaan logo dan sebagainya dengan nama PARTI AMANAH NEGARA – AMANAH. Disahkan oleh Pendaftar ROS.

Haji Mat Sabu telah istiharkan penjenamaan semula PARTI PEKERJA-PEKERJA MALAYSIA pada 16 September 2016, seiring seperti yang diluluskan oleh Pendaftar ROS. Kini umor Pas sebagai parti politik adalah 61 tahun, manakala usia DAP 50 tahun dan AMANAH kurang setahun. Walaubagaimana pun sebilangan besar pemimpin-pemimpin AMANAH pusat, negeri, kawasan dan cawangan terdiri individu  yang matang serta berpengalaman. Mereka meliputi dan mencakupi semua keperluan kepimpinan dari  semua kaum. Profesional dalam semua bidang pekerjaan, selama dalam bergiat aktif lebih 35 tahun dalam Pas, dalam perkhidmatan kerajaan, swasta dan NGO dan sebagai usahawan. 

Pengalaman lampau, dzamir meracau.

Pengelibatan saya dalam politik, pasti ianya mampu menjana pengalaman dengan melakar sejarahnya tersendiri. Walau tidak sekoyan pengalaman, setakad sekarong pengalaman sudah tentu saya memilikinya, InshaAllah.  Pahit manis saya merasainya dan mehnah kerenah dirasai dan ditempuhi. Saya telah menjadi penyaksi terhadap aksi actor dan director  diatas pentas politik Negara, yang pelbagai rentak dan ragam. Ianya sentiasa bergelora menjadi ombak taufan membadai. Barang diingat politik itu sendiri ianya hidup. 

Hidupnya menjadi kembar kepada setiap pemimpin dan ahli serta penyokong. Silih berganti tukar, akhirnya selepas itu ianya dilakar menjadi sejarah yang ditulis atau berbentuk ingatan pribadi sesama kita. Tanpa dipeturunkan keatas kertas dijadikan lembaran sejarah untuk analisa, kajian mahasiswa untuk Sarjana, Phd dalam membantu  menggali khazanah politik  dengan solution panduan  membina Negara bangsa yang berfakta. 

Walau saya kerdil, saya sentiasa bertukar fikiran tempoh 30 dahulu di SEA Hotel Jalan Raja Bot atau di Dasrum Hotel Jalan TAR di Federal Hotel di Jalan Bukit Bintang dengan pelbagai warna dan jalor. Saya masih jelas mengingati wajah pemimpin pelbagai parti bertemu dan berbincang, dulu-dulu. Masih terbayang saya, wajah-wajah lama seperti Abu Bakar Hamzah, Bahruddin Latif,  Ampung Puyung, Peguam Mustapha Hussein, Haji Zabidi Ali, AK Alauddin, Mark Koding, Datu Mustapha, Sakaran Dandai, Suleiman Daud. 

Dulu-dulu mereka ini sering bertemu dengan mereka. Dan mereka cukup menghurmati saya sebagai teman kawan berbincang dalam topic tempatan dan nasional ketika itu. Istilah popular ketika itu dahulu antara sudu dengan sendok. Ia tergantong banyak di rosteran Yusof Suria bersama isterinya Fazialaton pelakon film, bertentangan dengan SEA Hotel. Wajah pejuang seperti Pak Sako Hantu Raya, Khir Johari, Senu Abdul Rahman, Yusoff Suria, Hassan Haron, Dato’ Aziz Antara, Ibn Muslim @ Paksu Hussein Yaacob Kuala Krai, Mak Ainon, A. Rahim, Ibrahim Din, Azman Atar, Tengku Mahyuddin, Azhar Alias, Haji Baiza Shahurin, Zainal Abidin Husman, Saidin Thamby Chik, Haji Suhaimi Said, Haji Suhaimi Kamaruddin. 

Abdullah bin Ismail (ABI) Hanafi Ramli dan beberapa tokoh yang lain. Disitulah saya dapat mengumpul banyak maklumat politik semasa ketika itu. Banyak suka duka politik, suka duka rumah tangga yang gawat berantak diatas puncak politik mereka mendaki. Mereka dengan jitu kepercayaan tak mampu lagi menahan pergolakkan peperangan hati sanubari berumah tangga, sanggup berkongsi bersama saya untuk mencari jalan keluar dan menyelesaikannya dengan baik seperti menarik rambut didalam tepong. 

Masih terkenang walau mereka pemimpin besar hebat,  air mata meleleh juga pohon akal pandangan untuk selesaikan. Sampai detik ini, belum ada yang masyarakat pandang buruk, tidak satu pun saya pecah keluar dari peti dada ini, melainkan setiap solat saya sentias doakan mereka agar Allah ampunkan semua dosa-dosa mereka dan terimalah amalan kebaikkan mereka. Walau apa-apa pun saya sentiasa bersangka baik, sezarah kebaikkan mereka buat ketika mereka memimpin dan berkuasa dulu, itu-itu adalah pahala penghadang dosa, InshaAllah.

Cakna semasa prihal kita.

Saya cuba disini dengan cermat untuk berbicara secara terbuka dengan tekad dan nekat. Supaya  suasana kita mutakhir ini tidak terus berkeadaan bercakaran dialam maya. Kesannya amat besar kepada parti, kesan langsong terhadap pemimpin. Pasti juga lebih terkesan kepada rakyat yang celek politik dan berminda intelek sedang scan semua gerk geri kita. Diatas benar salahnya akan pemimpin angkara melukut bawahan dan pemimpin tulin galak dengan fc dan sebagainya memancong, melontar lembing beracun, cerca hina pemimpin sesama parti dan menyerang pemimpin top 5 diperingkat kawasan, di peringkat negeri malahan sampai kepusat. 

Masing-masing pakat membelasah kau-kau sesama dalam PH. Tidak cukup dengan itu ditokok mengiirnginya dengan pasang gelaran burok diulang-ulang pakat-pakat menyerang. Hampir 2 tahun dok tengok   sikap burok pengikut pendukong PR dahulu kini PH, bersekali dengan pemimpin. Bersunggoh berusaha berpeloh  mengali apa sahaja kelemahan sesama kita. Hasilnya dibikin modal pusingan untuk bertarong sesama sendiri.  Ada yang luka parah terperuak, dengan luka ditopak cuka dan garam kunyit. 

Mereka bersemangat, menikam sesama sendiri dengan mensasarkan panah pancong kearah pimpinan PH. Mereka terlupa bahawasanya musoh lawan politk mereka yang hakiki adalah umNO(baru)bN. Saya amat resah dan gelisah tengok betapa galak dan membaranya dikalangan kita sesama kita dalam PH berperang dalam fc, blog, tweeter dan sebagainya. Menyerang garang melalui bahasa rimba yang sewajarnya tidak diangkat diungkap keluar dalam fc dsbnya. 

Hatta dalam satu kelambu pun kita bertarong panjang seperti kita berdepan dengan musoh politik kita umNO(baru)bN, berkerat rotan berpatah arang. Sedangkan PRU14 dah tak sampai 2 tahun. Apa kerja semuanya ini? Kita membuang masa tenaga berusaha bersunggoh dalam perkara yang tidak mendatangkan keuntungan diatas hasil kerja kuat tersebut kepada PH. Hakikat tersembunyi yang tidak disedar, kita sedang berperanan sebagai agen tali barut secara tidak kita menyedarinya, melalui perangkap musoh yang dipasang. 

Umpan dan pancing umNO(baru) mengena.

Kebetulan issu yang dipancing oleh musoh kita umNO(baru)bN, dengan umpan cacing tiruan dimata kail itu terjejak dengan nafsu serakah politik kita. Maka bersetuju dan yes! Parti menjadi punah, PH lemah kerana dimamah oleh pendukongnya sendiri, umNO(baru)bN jamu mee udang kenduri, meraikan  kebodohan kita belaga macam lembu diberi minum air daun ketum dicampor dengan tapai ubi kayu. 

Kita leka lali dengan percaturan yang subor untuk perbalahan, sanggup ketepi pinggirkan program menghadapi pilihanraya PRU14. Fenomina ini terus subor dan bercambah dari pemimpin atasan parti-parti dalam PH yang macam tidak punyai harapan kearah gencatan pertelingkahan dalaman. Semangat untuk kembali kepangkuan meja perbincangan dengan kepala dingin sudah macam nampak pupus.  

Saya terpaksa membicara tajuk ini (dari dudok bersarang dalam kepala menjadi serabut) supaya dikalangan kita keluarga besar PH, yang sering kita dakwa canang berlenang dalam ceramah dihadapan rakyat pengundi ketika memberi harapan mengemis sokongan rakyat pengundi pembayar cukai. Harapan sangat dikalangan kita mampu dengan minda merdeka pakat-pakat berfikir yang PH akan berdepan PRU14 berdepan umNO(baru)bN. Wahai pemimpin, wahai anda ahli dan penyokong. Prihal kita garang dan galak bila dijolak dipong untuk balon sesama sendiri dalam fc, tweeter, blog dan seiring dengannya. 

Kita lupa, tindakkan kita itu membuah kesan burok keatas PH untuk jangka panjang, maupun jangka singkatnya. Ianya berkait rapat mengundang padah menuju rebah bila rakyat pengundi berpaling tadah. Kerana perlakuan tindakkan kita sendiri. Sama-sama merenung dan sama-sama berfikir. Bukan lu fikir sendiri. Segeralah, kita kembali kepangkal jalan, dengan wajib kita lakukan gencatan permusuhan dengan bermuhasabah sebelum rebah menjadi lembu kurban umNO(baru)bN. Samada kita sedar ataupun tanpa kita sedar diluar pengetahuan kita. Kenapa sampai jadi begini? 

Hakikat sebenar  adalah, kerana kita tidak sedar macam berada dalam keadaan gila-gila isin dan hysteria apa yang kita laku dan tibai sakan sesama kita selama ini. Sebenarnya musoh kita umNO(baru)bN, dengan pengalaman mereka dan strateji mereka yang mendapat nasihat dari APCO, mereka umNO(baru)bN menjumpai beberapa kualiti peluru ampuh untuk hancurkan PH. Menerusi kajian dan peranan besar APCO, umNO(baru)bN mengenali hati budi, perut pedal dikalangan kita yang menganggotai PH baik dari PKR, DAP maupun AMANAH. Mereka lakukan studi perinci kelemahan setiap pemimpin diantara kita dikalangan kita. Maaf cakap.

Akhirnya produk kajian APCO untuk umnO(baru)bN, kita jadikan juadah santapan harian. Kita suap kemulut tidak ‘Bismillah’. Kita canai kita uli untuk letak kekuali jadikan roti canai kita jamah kita makan sampai mengkelan. Dan yang jadikanya gulai kawah batang kelapa pun ramai. Makanya menjelma dan menyala menjadi jisim racun berbisa yakni peluru propaganda musoh untuk porak perandakan kita. 

Lantas tanpa berfikir panjang dengan pertimbangan yang waras serta teliti,  melompatlah kita macam berok ungka di zoo. Ada sesama kita menjadi  kuda lumba pantas ragas belakang kuda menjadi jokey ternama yang champion memacu 640.2.6 mph. Makanya berantak belaga sesama sendiri tidak henti-henti. Janggal pelek bin ajaibnya mereka tidak merasai letih lenguh dan merasai jemu maupun perasaan  bosan diatas tindakkan mereka.

Menjadi agen dalaman musnahkan PH.

Mereka maukan capai puncak kemenangan dan kejayaan diatas kemusnahan. Hancur ukhwah sesama kita dan mampu parti dan kerajaan PH yang berbaki itu runtuh. Biarkanlah itu menjadi kenyataan asalkan aku menang walau endingnya menjadi abu arang. Semua-semua ini, ianya berkait rapat diatas sifat penyokong tegar menjadi pengampu , pump dan pong bersekala besar. Lebih malangnya penyokong setia @ kaki pengampu, masing-masing pasang pelana, pasang angan-angan kalau-kalau mendapat habuan dan peluang ada udang kara disebalik mee. 

Sebagai imbuhan kepada sokongan selama ini. Terdapat dikalangan pemimpin kanan PH dari  komponan lalai dengan masa,  kununnya diatas dasar kebenaran perjuangan, telusnya perjuangan integrity pada pendapatnya. Justeru,  makanya bertali arus, dok bersiap sedia urus perbalahan dan menentang kawan sendiri. Sedangkan jalan perbincangan dan perundingan sentiasa ada, kalau kita mahu. Melainkan kita mesra dengan Tokjora laga lembu menjadi panduan perjuangan kita. 

Saya tidak tunggul mati, atau pelumpung nipah dalam sungai yang deras hanyut kemuara. Nampak sangat, peluru berbisa itu dilontar musoh umNO(baru)bN, kita beria-ia masokkan kedalam minda dengan nafsu yang membara. Sama ada ianya benar atau tidak atau samar-samar, menyentuh dan tersentuh diantara satu dengan lain seperti suiz on lampu bercahaya. Sebaik lidah racun berbisa sebagai peluru musoh dari umNO(baru)bN kita ambil dan telan macam pil kuda. Setidak-tidaknya macam teguk air daun ketum yang dicampur dengan tahi lembu untuk kuatkan koya dan mabok. Makanya bingkas kita bangun bersama penyokong kita, bertindak menentang bertinju macam Muhmmad Ali sesama sendiri. 

Kita menguasai serta menjuarai issu untuk memusnahkan sesama kita tanpa jemu bosan. Labakah lebih banyak akan hasil penentangan kita itu? Atau ruginya kepada parti lebih besar? Mampu kerajaan dan PH macam perniagaan maya syaitan urus 1MDB. Kini kita meraba mencari kunci punca kenapa PH lemah tidak dihurmati. PH sebenarnya tandus productivity serta tumpulnya creativity untuk menarik sokongan rakyat pengundi menyebelahi kita. Ianya berkait rapat dengan sikap pemimpin kita yang mesra berbalah berkerat rotan berpatah arang.  

Komponan  parti didalamnya sekadar hebat diatas kanvas. Cuma diatas kertas disimpan dalam local cabinet dibuboh mangga sebesar kepala lutut. Hakikatnya kita berantak menyula, menikam dan macam-macam kecamanan. Akibatnya kemelut yang berlarut dengan parut bengkak bengkil kita bertarong dikalangan kita pemimpin bertaraf lima bintang. Kita pasak dan kita asak kununnya diatas nama kesucian perjuangan, ketelusan perjuangan, ketelusan pentadbiran dan penurusannya samada kerajaan maupun parti.  

Inteleknya musoh, Pak Kadok kita.

Yakni musoh hakiki kita, mereka bertindak menjadi Tokjora puaka, baling batu sembunyi tangan, dengan sebutir guli, membunoh sekali gus 4 ekor burong. Tanpa disedari kita masok kedalam perangkap kemusnahan, celapak kegelanggang yang mereka bena untuk musnahkan PH bersekali PKR, DAP dan AMANAH.  Mereka pukul gendang dengan kerapak deli rotan seligi, mereka tiup serunai keramat tujoh keturunan. Didengungnya dengan paluan gong tembaga suasa.

Makanya kita gong sengoti, sunggoh-sunggoh gong seperti penghuni Kolej Tanjung Rambutan dan Kolej Tampoi. Masing-masing hilang pedoman kompas perjuangan. Kerana jeleranya dengan suntikkan jarum beracun. Makanya kita berbalah macam lembu kerbau belaga. umNO(baru)bN mereka pungut laba diatas kealpaan kebodohan kita, walau nampak kita orang cerdik bijak pandai, tetapi kaldai rupanya kita. Tawaran beracun dari musoh umNO(baru)bN mampu mengundang lemah dan punah politik, punah kerjasama dan perpaduan yang Almarhum Ustaz Fadzil, Almarhum Tokguru Nik Aziz dan DS Anwar Ibrahim bina selama ini. MasyaAllah.

Kini tidak ada alasan dan jalan pintas, wajib sesiapa sahaja pulihkan kembali semangat setiakawan kesatuan perpaduan yang solid yang pernah kita bena. Dalam berdepan dan menghadapi umNO(baru)bN dalam PRU dahulu, bukan sekadar kita kenangkan ia sebagai nostalgia. Tetapi kita usaha bersunggoh-sunggoh dalam menempah kemusnahan perjuangan. Dengan berbekalkan lidah beracun serta peluru milik musoh, kita ambik dan kita pungut peluru musoh tersebut, tanpa berfikir panjang kesan baik kesan buruknya kepada PH maupun kepada PKR, DAP dan AMANAH khususnya terhadap pemimpin yang kita balun tersebut dengan guna pakai peluru musoh tersebut. 

Lantas peluru musoh beracun tersebut, kita lancar menghala muncungnya bertali arus membedil  sesama kita. Kita macam sasau melindungi dalaman parti sendiri apalagi  teman kita dalam PH. Kita tentang macam musoh tegar hakiki. Ketika keadaan kita membela pemimpin pujaan kita, serentak itu juga kita membela pemimpin pujaan kita dan menyula yang kita tak berkenan diatas kekaboran bukan kepada fakta yang jelas. Kecuali kita ambil berita dialam maya. Kita telah sembeleh menikam tepat pemimpin lain dalam PH menjadi kurban diatas tindakkan pribadi individu bukan diatas keputusan serta  arahan oleh pemimpin parti. Nafsu kita merasa puas dan seronak, kerana beberapa pemimpin dah menjadi mangsa fc kita. Kita pula mempunyai pengikut tegar yang taksub menyokong kita. 

Ladang fitnah yang subor. 

Gejala ini sedang merebak dan berkembang tanpa kepimpinan PH membuka mulut bersatu. Bergandingan berpakat bertindak untuk mencegah sebelum parah menjadi dalca basi. Sebagai orang lama yang bergelumang dengan sepak terajang politik, saya peka dan mengetahui, ramai pembaca dikalangan PH selepas tamat membaca rencana ini, ada yang menjadi rapat menghampiri saya dan yang cuba merapat sebelum ini terus jauhkan diri dan letakan saya pula sebagai pesalah yang wajib dihukum.

Seolah-olah terkena badi dan sampok, macam terkena tsunami perasaan lancang menulis tidak mampu disekat serta menghalangnya. Kata mudah  pantang ditegor, pantang disentuh apa yang mereka papar. Apa-apa pun posisi mereka, mereka tidak congak berkira antara imbangan modal dan laba hasil 50 patah mengundang rugi dan padah serta sarat dengan racun. Kerana mereka mentah dalam usia dan mentah dalam mantik sifir politik pelbagai. Menjadi pewaris kepimpinan politik yang lompong kematangan dan pengalaman. 

Saya berharap sangat sesiapa sahaja jangan melatah, rencana ini tidak tibia dan sakai sesiapa, itu-itu saya serahkan kepada individu yang menjadi pemimpin disemua peringkat dalam komponan PH, mengambil sikap positif intipati daripada rencana ini. Maaf dan terima kasih semua seadanya. Saya tidak berhajat membincang kelemahan dan kelebihan sesiapa dalam jaloran lebohraya kepimpinan PH dalam semua  komponan parti disemua peringkat DAP, PKR dan AMANAH. 

Tetapi saya sedang perhati dengan penuh teliti, setiakawan PH mutakhir ini bercempera dan berselerak macam lori ikan terbalik. Ikan yang berselerak itu dipungut oleh sesiapa sahaja secara batil. Hakikatnya PH sekarang, seolah-olah dibena diatas rakit didalam sungai yang dalam. Sedangkan  rakit tersebut yang tempat PH menumpang diatasnya, sayang rakit tidak ditambat dengan tali yang kukuh lagi teguh. Rakit itu dibiarkan hanyut mengikut angin dan serahkan kepada pengalah amatur untuk kembalikan rakit itu bergerak kepengkalan. 

Ambil dan bena pengajaran.

Jadilah ianya pasti kecundang hala tuju dan haluan. Fenomina PH menumpang diatas rakit yang hanyut, sudah pasti rakyat jelata pengundi, gerun dan gayat untuk berakit bersama-sama PH untuk ke distinasi PRU14. Makanya PH wajib bingkas dan pantas selesaikan semua penyakit. Fenomina pertembongan ini, ianya berlaku dengan subor dan bercambah disemua negeri yang PR pernah menguasainya. Berantak di Perak, bertembong di Kelantan, pertelingkahan di Selangor. 

Manakala di Kedah dengan mudah pakat-pakat dok sakai dan pakat-pakat pulon tibai pemimpin sesama PH yang diwarisi dari PR, ketika itu dihargai dan dihurmati cukup setiakawan. Bila kerajaan tinggal rahang tinggal gusi, kita bergusti tak berhenti-berhenti. Ketika berada dalam PH, sikap sesetengah pemimpin peringkat kawasan amat baik dan terbaik saya selute kepada mereka yang berpengalaman dengan berkepala dingin sesejuk air dikali. Dengan tempoh lama memimpin PAS dahulu, menjadikan mereka lebih matang dan amat-amat berpengalaman, Alhamdulillah. 

Sewajarnya pemimpin pelapis seelok-eloknya belajarlah dari mereka.  Tambah perbendaharaan ilmu pengajian untuk menjana pengalaman. Supaya dapat membentuk kita menjadi pemimpin yang matang dan berpandangan jauh. Bukan menjadi pemimpin pak turut, bertindak sesuatu diluar kemampuan ilmu, diluar kemampuan pengalaman. Bila kita menulis dan menikam dalam fc, kita tidak mampu berfikir dan bermuhasabah akan akibat serangan kita kepada pemimpin dalam PH didalam perkara yang batil dan kemusnahan. 

Siapakah kita? Banyak mana ilmu pengetahuan serta  pengalaman perkhidmatan, pengalaman politik yang ada dekat kita. Sebab itulah orang tua-tua kata, “tengok cermin muka kita dulu, baru komen rupa wajah orang lain”. Sedangkan yang kita serang tikam itu adalah kedudukkannya sebagai Adun dan AhPar pemimpin PH samada dari DAP, PKR maupun AMANAH (dulunya PAS).  Apa maksud tersembunyi disebalik serangan kita? Atau ada gembala yang suroh kita serang? Kerja-kerja dungu ini stop, berhenti segera kerana kita PH akan berdepan PRU 14 dah dekat dah.

Lebih malang dari Lebai Malang itu sendiri, bila terdapat  segelintir pemimpin kawasan dalam Negara, melalui fcnya galak penyokong PH macam  berjemaah tikam, hentan tikam pancong pemimpin tanpa berfikir sejenak akan buruk baiknya. Untung lebih berganda atau kemusnah bersekala besar hasil ketajaman fc lidah kita berbicara. Mereka sanggup menggunakan perkataan kesat yang diangkat perkataan kesat itu menjadi perkataan harian biasa.

Saya amat sedih akan fenomina ini. Kerana yang lancar serangan penghinaan keatas pemimpin tertinggi PH itu adalah spesis pemimpin kawasan yang spesis badek jagong mentah dalam semua perkara. Dalam keadaan mentah, dalam keadaan itupun cukup galak dan amat mesra canang pukoi gong menghentam pemimpin tak berkenan dimata apa lagi dihati. Pemimpin ini tidak perlu ditaati. Natijahnya berkesan sangat bila menyerang seorang Timbalan Presiden parti dalam PH juga Ketua Eksekutif Kerajaan negeri.

Kebanyakkan pemimpin-pemimpin pusat, negeri dan kawasan dalam PH, samada dari DAP, PKR dan AMANAH, boleh saya sebutkan disini bahawa mereka adalah pemimpin lepasan menara gading dalam berbagai bidang pengajian dan ramai yang professional dalam berkerja. Mereka telah membina pengalaman selama menjadi pemimpin pelajar di university dan ada yang aktif mengetuai NGO. Selama meraka dalam perkhidmatan awam sebagai penjawat awam tinggi dan profesional.

Ada yang berkhidmat dibawah didikkan  dagu  dari Timbalan Perdana Menteri/Pemangku Perdana Menteri @ Menteri Kewangan. Dan masing-masing melepaskan jawatan disandang mereka menjadi ahli politik matang bukan calang-calang. Mereka menanggotai DAP, PKR dan PAS sekarang berpindah kepada AMANAH. Walau begitu didapati sestengah kawasan AMANAH, PKR dan DAP terdapat pemimpin usia  setahun jagung, yang belum memiliki pengalaman pentadbiran dan pengalaman pengurusan. Mereka  diangkat menjadi pemimpin kawasan, Alhamdulillah, tetapi jangan membina masalah dalam parti sendiri dan dalam PH. 

Saya terpaksa ungkap seruan tuntas disini,  agar kita semua kembali sedar, insaf dan stop segera dalam tindakkan memancong memanah dalam fc kepada pemimpin. Sebenarnya saya lebih pandai untuk menjawab sejak dahulu lagi dakwa dan pegangan taktik sokong – tentang pemimpin. Musim-musim tertentu terbit ungkapan, “kami taat patoh kepada Majlis Presiden PH. Kita tidak ada Majlis Timbalan Presiden PH untut ditaati”. 

Tidakkah kita yang sama mulanya bertikam lidah petah berkata-kata, “Haji Hadi saorang sahajakah Pemimpin PAS? Selepas itu mereka bukan pemimpin PAS”. Dengan satu perkataan kesat “KARTEL” menjadi sumpahan menghina pemimpin. Kalau begitu sila jawab pertanyaan saya pula. Hakikatnya apa? Tak setuju dengan Timbalan Presiden dalam PH kita bikin alasan. Tak setuju dengan Haji Hadi juga kita beralasan yang sama sebenarnya. Disinilah nampaknya seekor ayam itu, sebelah dimasak gulai, sebelah lagi digoreng halia. Lepas itu dibaham habis, begitulah penentang penerimaan keatas pemimpin.

Kata sokong DSAI hakikatnya palsu.

Jadi dalam kepetahan sesiapa sahaja yang gemar, galak  menyerang pemimpin PH dan memberi gelaran kepada pemimpin cawangan, pemimpin kawasan, pemimpin negeri dan pusat, dengan pertanyaan. Bilakah pula diadakan ditubuh Majlis Setiausaha Kawasan PH? Saya memohon disini sesiapa yang galak sebut kartel, sila pasangkan makna perkataan itu mengikut tata bahasa BM standard mengikut anda faham dan pelajari selama semasa di menara gading dahulu. Bukan menjadi Pak Turut dan Pak Anggok membelasah pemimpin. 

Sedangkan kita puja angkat untuk membela DS Anwar Ibrahim. Bebaskan DSAI. DSAI adalah pemimpin kami idola kami dan macam-macam pujaan lagi. Saya setuju 1,000%. Sekerdil saya pun, ketika Akhie Anwar Ibrahim beliau pernah kerumah saya makan malam (walau ramai lagi pemimpin ABIM lebih hebat dari saya di Pasir Mas dahulu, tetapi Akhie Anwar memilih untuk makan dirumah saya, kenapa?). 

Saya masih ingat segar bugar setiap butir patah percakapan yang diungkapkan Akhie Anwar Ibrahim dimalam itu ketika kami sedang makan. Tetapi disaat yang sama, kenapa dan mengapa anak didik yang dipersiapkan oleh DSAI untuk menjadi pemimpin selepasnya kita kecam dan selam dalam pemimpin pelapis yang dipersiapkan oleh DSAI itu? Beliau yang berhempas pulas mengetuai kerajaan negeri bukan kita membantu, tetapi kita berikhtiar berusaha untuk meruntuhkannya? 

Rencana oleh : Ibn Abdullah alAwab
Tarikh: 16 Ogos 2016 – Selasa