Thursday, April 9, 2009

pening pusing kabinet najib

PENING PUSING KABINET NAJIB - 3 PTG KHAMIS 9 APRIL 2009


Sebelum menyorot tajuk cepu labu diatas, ianya wajib diperkatakan di mukadimahkan dengan fokas matlamat dan keinginan, harapan serta hayalan kenapa dan mengapa di kalangan dari peringkat terbawah di cawangan-cawangan UMNO, sampai kawasan, tiba ke negeri dan berakhir pusat, semua komponan BN khususnya UMNO berebut sakan macam setan untuk mendapat tempat utama untuk memegang jawatan dalam UMNO/parti komponan BN yang lain, kenapa dan mengapa?

Kenapa untuk menjawat susunan jawatan dalam UBN mendapat perhatian dan diperkatakan rakyat. Rekod sejarah dalam UMNO ianya telah melakar dari rasuah yang parah seperti barah: berfungsi berperanan madatori mengator dan menentukan kelayakan memimpin UBN, pembunuhan dan perkelahian serta pengurbanan tawar masin panas habuan sex dan sebagainya, ianya melengkai perjuangan UMNO. Kenapa ini boleh berlaku dalam UBN?
Pemimpin-pemimpin UBN setiap berdepan PRU dan PRK tampillah menyantuni pengundi-rakyat sentiasa di canang berulang, di radio da Tv sampai rakyat gila babi mendengar UBN membela ugama Islam, UBN membela Bangsa Melayu, UBN membela Negara Malaysia, UBN membela ekonomi Melayu dan ketuanan Melayu? Dan macam-macam lagi selogan.

Itulah niat terpendam pemimpin dari UBN berpolitik dan mengejar jawatan adalah semata-mata menjana dan mewakafkan diri mereka untuk mempertahankan maruah ugama, bangsa dan macam-macam lagi. Itu niat mereka katanya. Niat samalah dengan roh, manis dan masin yang tidak dapat dilihat tengok dengan mata kasar.
Hatta bantuan menggunakan x-ray pun niat, roh, manis dan masih tidak dapat disahkan kelihatan sedangkan ianya ada, itulah betapa hebatnya pemimpin UBN dalam bertekad berpolitik. Tetapi terjermahan niat orang OKU buta dapat menyaksikan sarkas penjelmaan politik UBN sebenarnya. Amat hebat dan bersetail terancang.

Hatta disaat pema edah PRU/PRK pemimpin UBN sanggup merendah apa saja walau dalam hujan lebat sejuk mengigil. Kandang babi dan reban ayam pun mendapat hebahan tv betapa prihatinnya pemimpin dan calun UBN respon untuk lawatan telah blahhhhhhhhhhhh dan beginiiiiiiiiiiii. Kudis panau korap pengundi yang dzaif mendapat perhatian dari calun UBN dan para rasuah mereka dengan mendapat liputan hebat dan propoganda berterusan caknanya calun UBN menghadapi rakyat.

Benar dan iklaskah calun UBN dan media melaporkan? Hatta mendapat perlindungan dan anjakan dari komponan IMMUNITI sejagat mereka dari SPR, PDRM, SPRM, KPN, KHN dan macam-macam lagi membantu lengkap melebkapi, lindung menlindungi menjagai diantara kita bersama dan kita serupa. Rang-rang pisang, pisang masak layu jatuh sebiji terkelincir gugur semua, jadi kita semua jangan silap langkah nanti dapat padah haram jadah. Kaedah dan perjalanan ini sedang berlaku dan terus ditandu dan menandu kebukit kehulu dan ke batang.

Saya huraikan disini, bermatiannya diperingkat bawah dalam UBN/UMNO berkerat rotan berpatah arang, guna rasuah, guna ugut, guna samseng dan banyak lagi semata-mata untuk menjawat pimpinan utama cawangan, mendaki ke bahagian, sampai ke peringkat negeri. Melangkau ke persidangan UMNO di PWTC untuk berebut PTP, PUM, TPUM, N2 PUM, AMKT dan apa lagi. Semua tiket ini adalah sebagai tapak dan batu lonjatan simpul mati untuk menjadi keutamaan calun dalam PRU/PRK untuk kawasan KADUN maupun KAPAR setidak-tidaknya menjadi AD Negara.

Sebaik lobi dan loba semua komponan digunakan seperti kabel, kabil, bomoh, dukun, sami, dan sebagainya berperanan dan menjadi. Maka terpileh mereka menjadi calun untuk DUN atau Parlimen mewakili UBN dalam PRU dan ditakdirkan pula menjadi dan menang dalam PRU tersebut. Adakah niat mereka terhenti setakar dan sekadar itu keinginan mereka ADUN, APAM dan Senator terhenti ? Tidak?
Mereka mengorak kerangka lebih dari itu, iaitu mereka tagang untuk menjadi PM, TPM, Menteri, Timbalan Menteri, S/U Parlimen dan mengetua agensi Perbadanan Kerajaan, CLC dan sebagainya. Itulah idaman an matlamat mereka sebenarnya. Kalau mereka tercicir dalam pengisian ini, maka haru hara lah UBN dan saat peralihan rampasankuasa UMNO sedang kita saksikan lanie.

Kenapa PM Najib Altantuya gagal mengumumkan barisan bengkok berluk 9 seperti keris lagneda UMNO itu failed menghebahkan anggota kabinetnya? Ingatkanlah realiti ini PM DS Najib Altantuya, tsunami penentangan dikalangan komponan BN sedang menghindik dan menuntut hak jawatan menteri, TPM dan Timbalan Menteri dari kamu Najib-UMNO. Komponan utama yang usang yang asai dari kapal layar Perikatan MCA, MIC pinta kota penuh mereka sebagai komponan asal untuk posisi semua jawatan. MCA minta hak TPM, parti Sabah, Serawak yang mempunyai simpanan tetap di Putrajaya untuk membolehkan PM Najib dan UMNO menubuh kerajaan.

Mereka tidak mengugut anda tetapi meraka menuntut hak mereka yang mutlak, apa macam PMku DS Najib? PM Najib telah mendapat referendum rakyat dari Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Rakyat Semenanjung telah menolak dan kais ketepi anda wahai PMku DS Najib di BG dan BS. Depa juga tolak TS MY, tolah DS Ahamd Zahid Hamidi dan depa tolak sepupu PM Datuk Hishamuddin.
Tetapi rakyat Sabah, Serawak menobat dan menerima Datuk Shafie Apdal (mentuanya kawan aku lama) di Batang Ai. Macam mana TPU, NPU ditolak rakyat nak dilantek memegang ketuloi utama kerajaan? Yang tewas sebagai jenderal dimedan perang dilantek menjadi anggota utama kabinet pasti bermasalah.Masalah besar, selama ini sejak jaman PM Ke2, jaman PM Ke3, jaman PM 22 tahun dan jaman PM 5t5b3h, besarnya kabinet adalah bermatlamat dan bertujuan melayani dan memenuhhati tuntutan parti-parti komponan BN untuk memberi kesempatan semua MP dari semua komponan BN mendapat hak dan terpaksa ditambah pecahkan kabinet.
Ianya adalah semata-mata untuk menberi peluang samarata dikalangan semua parti-parti UBN menjawat jawatan kabinet seperti Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen. Samada tiket AP maupun perlantekan ADN-Senator. Dalam keadaan tersebut PM terdahulu menemui abaran dan halangan dengan masalah besar. Apalagi niat dan hasrat PMku Najib untuk kerot perkecilkan bilangan anggota jemaah menteri, dan timbalan menteri? Mampukah PMku Najib lakukan?

Sedangkan rasuah dan sebagainya yang dijanakan oleh semua pemimpin dan dipilih pula mendominasi kepimpinan dalam UMNo, maka paksaan untuk melantek menjadi menteri, timbalan menteri menjadi tarohan, anjakan dan sampai kepada ugutan untuk keluar parti sekiranya permintaan dari mereka UMNO atau permintaan dari ketua-ketua komponan BN khusus dan khasnya dari Serawak dan Sabah, silap=silap percaturan, silap-silap reform kabinet PMku Najib kerajaan BN akan menjadi lagenda. Mereka ketua-ketua parti BN bergurindam kira-kira begini:-

Tuntut sah tat tuntut salah, tak layan salah dilayan susah, tak layan dan layan silap-silap rebah. Inilah yang sedang menghantui PMku Najib. Ia berdepan dengan gurunya sifunya lagenda usang 22 tahun yang memasang kong-kong bertali sedepa menandu PMku hereta kehulu Jerlun, langkau hilir Rambau dan laninie mantan usang lagenda PM 22 tahun hidungnya telah digrambal dan dibersih dengan klorox maka kini UMNO telah bebas dari rasuah dan seruan mesti kembali kepada UMNO.
PM Usang 22 tahun, rakyat melihat dan hukumkan seolah-olah rasuah apa jua oleh kerana UMNO itu dipadu hidupkan oleh perasuah-perasuah, ianya di umpama haramnya babi dan anjing termasuklah penghuni, inilah persepsi rakyat keatas UMNO dan itu lah realiti Najib nak umum Kabinet nya terhalang semalam (Rabu) dan nak umum pada hari ni (Khaimis) jam 3 jadi tak jadi.

Kalau jadi bagaimana agaknya penerimaan dan penolakan pesimpinan tetap dari Sabah dan Serawak sekiranya keuntungan dari simpanan tetap mereka tidak mendapat keuntungan setimpal kerana tempohnya telah matang. Sama-sama kita saksti dan tunggu today, ok. Semuanya akan seperti api dalam sekam, akhirnya abu-abu akan berterbangan menusuk mata, pedih dan batok, saksi-saksikanlah episod seterusnya jam 3 today dan akibah dan akibatnay.

Wednesday, April 8, 2009

ANTARA MENANG DAN TEWAS DI BG


MADU DAN RACUN: ANTARA MENANG DAN TEWAS DI BUKIT GANTANG


Alhamdulillah, wajib kita bersyukur patuh kepangkuan Allah diatas kehendak dan ketentuanNya menganugerahkan kejayaan cemerlang dalam PRK P 59 Bukit Gantang yang dilakukan semalam Selasa 7 April 2009 bersamaan 11 Rabiulakhir 1430. Kemenangan calun PR dari PAS iaitu YB DS Ir Nizar Jamaluddin telah berjaya mempertahankan kemenangan berganda dengan lebih majoriti dari yang dicapai di PRU12 dahulu dengan majoriti selesa 2,789 dari jumlah undi diperolehi 21,860. Menewaskan calun UBN Encik Ismail Safian sekadar mendapat undi 19,071 sahaja. Seiring dengan kemenangan tersebut, PR-PAS berjaya meningkatkan jumlah undi sebanyak 1,845 juga pertambahan majoriti sebanyak 1,223 undi. Alhamdulillah.

Selanjutnya kalungan penghargaan terima kasih yang amat tidak terhingga kepangkuan budiman hakim rakyat yang mendaulatkan “Ketuanan Rakyat”. Yakni penguni-pengundi PRK P 59 Bukit Gantang dari semua keturunan Melayu, Cina, India dan Siam. Bahasa santun sebagaimanakah yang mampu kita aturkan untuk dimajukan kepada pemimpin-pemimpin besar PR dikalangan PAS, PRK dan DAP yang mengorak langkah bertindak segera merapatkan perpaduan, menyatukan strateji PR menghadapi PRK dan tampil kepadang menghadapi, menemui pengundi-pengundi dan fahamkan apa yang negeri Perak sedang alami dan berdepan. Terima kasih semua pemimpin PR Pusat dan pemimpin PR Perak khususnya ikon PR Perak hatta ikon PR Malaysia YAB DS Ir Nizar Jamaluddin yang mengiringi YAB TG D NAZNM, TG DS HAHHA, DS ABI dan beberapa lagi. Alhamdulillah

Tulang belakang, jentera urat saraf, di semua kalangan dan disemua perengkat dari semua komponan PR dari PAS, PKR dan DAP yang sejak kematian calun kita terdahulu Al Fatehah untuk Almarhom YB). Petugas-petugas yang telah bersepadu, bertindak secara kolektif dalam menjalan kerja-kerja arahan pilihanraya, meninggalkan anak bini, mengeluarkan wang, tenaga kerengat dan macam-macam lagi pengurbanan dan berdepan dengan tribulasi selama dan semasa berkhidmat dalam PRK Bukit Gantang. Wahai budiman sekelian yang terlibat, jangan batalkan tinta pahala yang Allah ganjarkan kepangkuan anda, dengan mengharapkan sesen dua upah dunia, tetapi legasi perjuangan kita lebih jauh kehadapan dari itu, Inshaallah.
MADU DAN RACUN


Hasil dari PRK yang berlangsung dari jam 8.00 pagi berakhir 5.00 petang 7 April 2009 Selasa, maka di sahkanlah menerusi sahnya pengumuman oleh PPP P 59 Bukit Gantang yang mengistihar dan mengesahkan calun dari PAS YB DS Ir Nizar Jamaludin mencapai kemenangan dalam PRK P 59 Bukit Gantang, seiring dengan pengumuman resmi dan resmilah juga sengketa kata terwujud iaitu candu dan mercun; madu dan racun.

Siapakah yang sedang dan terus mengecapi madu itu? Siapakah pula yang berduka meminum racun?

Seluruh penyokong PR diperengkat negara, khasnya rakyat negeri Perak dan pengundi Bukit Gantang sendiri. Khususnya dikalangan ahli-ahli dan petugas-petugas bersekali dengan pemimpin-pemimpin mereka dikalangan PR dari PAS, DAP dan PKR disemua jabatan tidak perlulah menyebut nama secara personal, sedang dan terus merakamkan perasaan bersyukur kehadzrat Allah dan berterima kasih diantara satu dengan lain diatas peranan tugas masing-masing sedang di kecap rasa kenikmatan kelazatan madu tersebut. Tetapi biarkanlah ianya diraikan dalam kotak merai bertanda syukur dan merakamkan penghargaan terima kasih. Gerakerja yang tidak terkeluar dari garis lurus agama dan adat yang sampai tahap menjadi riak dan sebagainya dikalangan PR.

Racun yang dikecapi dikalangan UBN adalah berbentuk lengkap seperti pasaraya yang diwarisi sejak 52 tahun dahulu. Menjelmanya racun keputusan dan racun merealisasikan PRK P 59 Bukit Gantang oleh UMNO khusus khasnya ianya akan menjalar menyerang urat saraf dan sampai menuju terangkat tali hayat menuju jalan-lebuhraya lurus di penghujung mati. Kenapa? Rakyat dan pengundi khususnya generasi baru melihat UMNO itu sendiri seperti melihat seekor khinzir atau seekor anjing bukan penilaian kerana ianya adalah haiwan dijadi di hidukan Allah, tetapi disudut sifat kot dan cemarnya mengikut kata Al Quraan dan Sabda Junjungan akan pentafsiran haram dan kotornya babi an anjing tersebut.

Dalam atas apa sahaja lapek atur percakapan sebaik hampir satu jam setengah setelah keputusan resmi kemenangan PAS-PR melalui calunnya YAB DS Nizar Jamaluddin, sidang media diluar dewan venua Perjumlahan undi PRK P 59 Bukit Gantang, tokoh utama no wahid yang merancang terajang rampasan kuasa dalaman Umno diatas nama peralihan kuasa disahkan oleh mesyurat rasuah parti UBN bergelomang itu terajang keluar Tun DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai PU sekaligus terpaksa meninggalkan tahta singahsana keramat Putrajaya yang mana DS Najib mengidamnya sejak 4 tahun dulu lagi.

TPU TS MY bakal TPM yang gagal sepagai Jeneral Perang untuk P 59 BG, N 25 dan N 29 BA nyatalah tugas yang dipikul dan digalasnya, missi dan strateji serta tektik dan teknikal, badan perisik dan sebagainya telah menemui kegagalan. Telah menuju penghujung jalan, penghujung penamat lebuhraya tampa persimbangan yang gaung dan jurang yang dalam menunggu untuk talihayat PRU13 tempoh 3 tahun sahaja lagi. TS MY digantikan oleh kepala pengecut, kepala lanun, kepala rampasan kuasa dan kepala perompak menubuhkan kerajaan haram UBN di Perak dari PR. Tewasnya Jenderal ganti ini TS MY dari tugas sebenar adalah Jenderal serabut supermarket mengelilingi dirinya PM sekarang.

M Jenderal yang mengepalai angkatan UBN di Perak dalam PRK P 59 Bukit Gantang adalah DS Dr Ahmad Zahid Hamidi juga TKBPU NP yang ketuanya adalah kepala lanun yang bersemadi di Putrajaya, hakikatnya DS AZH telah gagal menawan kerusi Bukit Gantang dari PR khasnya dari PAS. Gagalnya adalah berganda iaitu PR-PAS undinya lebih meningkat diiringi meningkatnya majoriti PAS khasnya calun dan batang tubohnya, Inshaallah. Kenapa? Dalam kes ini, apabila Jeneralnya TS MY yang mengetuai kekalahan dalam peperangan maka M Jenderal yang mengetui peranga di N 29 Batang Ai iaitu DS Shafie Apdal, lebih afdal diatas kemenanganya memimpin di lantek menjawat TPM, bukanya TS MY.

Kerana hujah saya berteraskan hakikat dan realiti tanggungjawab dan dipertanggungjawaban adalah mereka-mereka yang kalah dalam mempertahankan jawatan dalam persidangan UMNO baru-baru ini dipinta melepaskan jawatan Menteri Besar, Menteri dan Timbalan Menteri disebabkan untuk reform dalam kabinet, seiringan ahli-ahli menolak dan tidak mempercayai mereka lagi secara resmi dan sah sekali pun cara rasuah tegar direalisasikan oleh semua yang nak bersih Umno dan reform dalam Umno. Semua mereka dalam menjana bergelomang dengan rasuah sejak menginap di hotel, makan dan sebagainya, semuanya rasuah.

Maka inilah reform pertama Najib Altantuya melaksanakan wajib dan wajar dengan tidak melantek TS MY menjawat jawatan TPM kerana beliau telah kalah mengembalikan maruah UBN dalam PRK sebagaimana diamanahkan kepada TS MY dan 2 Maj Jenderalnya iaitu DS Hishamuddin dan DS Dr AZH. Malang berganda danlebih terperuak serta berkecau, lebih parah dari jawatan dalam UMNO yang menjadi rebutan memperagakan jual beli rasuah. Apa-apa pun yang berligar alam Umno ahli parti luar Umno tidaklah sangat mengambil peduli. Tetapi kekalahan yang menjana dan menjurus kepada REFERENDUM – PUNGUTAN SUARA keatas penolakkan Najib sebagai PM khasnya dan khususnya Najib sebagai kepala lanun merampas kuasa dan kepala perompak menubuhkan kerajaan haram UBN Perak yang ditandu oleh mamak pedukang Pangkor.

Tersenarai pelakun penting dan utama termasuklah tidak dapat melarikan diri ialah DS Dr AZH yang bersama-sama merasai menerima hakikat referendum- suara rakyat sekarang. Ini besar akibatnya sebesar bukit gantang seberat Bukit Gantang timbangan membawa terpelancutnya Purtajaya dan Ipoh dari UBN sedang menanti berkira hari ke minggu, minggu ke bulan (bukan Bulan Purnama lambang sah PAS), bula ketahun dan tibalah kepada PRU13. Disinilah penemuan penghujung hayat UBN. Sama-samalah kita menunggu ketika tersebut, sekiranya allah panjang dan lanjutkan umor kita, Inshaallah.

Kalau sekarang kita melihat kalut dan melalut serta menjadi karut dan berserabut melihat bagaimana ahli-ahli UBN, pemimpin cawangan, pemimpin bahagain dan pemimpin negeri UBN yang diperentah oleh kerajaan PR termasuklah Perak. Semua mereka sedang meniti penitian dan musibah tersiseh dari rakyat, hatta mereka melihat seperti OKU penghuni Kolej TR dan Kolej T melihat DUN dan Ibu Pejabat Kerajaan Negeri-negeri yang ahulu sekalipun bertaraf JKKK dan Ketua Cawangan, Penghulu dan DO bangun seliut takutkan mereka kerana kuasa mereka amat besar. Kuasa JKKK dan KC UBN bertahta di PWTC dan diperkasakan di Putrajaya, semua itu sejak 8 Mac 2008 telah menjadi legenda, dan realiti yang mereka telah bertukarganti menjadi harimau kertas dan harimau pelastik, itulah realiti bukan pesona mimpi di tengahari.

Rakyat dan penguni BG melihat rasuah yang menjadi-jadi dalam untuk mendapatkan sokongan dikalangan pengundi oleh UBN. Di dalam semua segi ianya dijanakan dengan dana rasuah dalam semua perkara untuk bertugas, menghadapi pengundi, maka rasuahlah yang memberikan nafas kekuatan menjalan serta merealisasikan pilihanray. Rasuah seperti mee segera, semua immuniti UBN yang bersekonkol dengan UBN seperti SPR, PRM, SPRM, KHN dan Mahkamah, Peguam Negara dan Perkhidmatan Awam dan sebagainya itu. Itu itu semuanya pengundi dan rakyat simpulkan semuanya adalah haram akbar, haram tertinggi nilai noda dan dosanya diumpamakan seperti babi dan anjing dikalangan pengundi orang Melayu dan pengundi dikalangan Umat Islam. Itulah hukuman setimpal kepada UBN di Bukit Gantang.
(Saya akan sambung tajuk ini dengan – APA PUN BAHASA IANYA ADALAH REFERUNDUM KETUANAN RAKYAT).

Tuesday, April 7, 2009

IMBAUAN MENJANA PERKASA

PENGUNDI PRK: P 59 BUKIT GANTANG, N 25 BUKIT SELAMBAU & N 29 BATANG AI

PESANAN UNTUK PENGUNDI; PESANAN UNTUK PETUGAS PRK 7 APRIL 2009 SELASA.

Saat saya melayar blok ini tepat jam 1.15 pagi bermakna sudah 1jam 15 minit berakhirnya siri kempen, menampal poster, bena, siapkan barong dan sebagainya. Tamatlah sudah penat lelah pimpinan berceramah mendampingi dan sampai kesetiap pengundi yang berjumlah 55,625 atau 80% perayu undi dapat menekati dan berdepan mata.

Semua petugas-petugas tidak kira apa jenis yang diamanah dan telah ditunaikan, baik dari pimpinan bertaraf Tok Guru, AP, ADUN, pimpnan utama parti dikalangan PR samada datangnya dari DAP, PAS dan PKR semuanya dalam penilaian Allah. Sekalipun kita dikalangan jahil tukil tetapi semua kerja disajikan engan tulus dan kudus diiktiraf oleh hati kecil nurani kita yang kerja kita adalah mencari keredaan Allah ianya lebeh berharga diakhirat kelak sebagai bekalan kita. Sekalipun kita pemuda yang mampu cuma memacak bendera PAS bersekali dengan bendera PKR dan DAP dipucuk pohon rambutan, nyior, kekabu dan sebagainya. Itu lebih baik dari jenis pemimpin tukang sibok di hadapan Tok Guru, MP dan Adun.

Untuk anak-anak muda perisai PR, membantu dengan melayari blog, ianya bercucuran airmata. Saya telah menjana dan wakafkan diri ini membantu PAS sejak 1974, 1978, 1982, 1986, 1990 . Menghadapi PRU 1982 ketika itu sayalah bersama beberapa teman dipinta oleh Almarhom Cikgu Ahmad Fakaruddin dan Almarhom Cek Hassan Ishak (peguam) pinta saya temankan untuk khusus membantu calun PAS yang bertanding di P. 27 Ulu Kelantan (sekarang Gua Musang) yang sememangnya kerana saya bersahabat erat dengan calun yang di pilih oleh Dato’ Asri ketika itu. Kami ke Gua Musang dengan kereta api.

Sahabat karib saya yang menjadi calun di Ulu Kelantan ialah Tuan Haji Hassan Bin Mat Saman atau dikenali dengan Pak Cu Hassan atau Tok Wali Hassan (banyak kenangan manis saya bersama Pak Cu) selama hampir sebulan kami di Gua Musang. Lawan Tok Wali Hassan adalah Tengku Razaleigh Tengku Hamzah UBN. Pak Cu Hassan mendapat 9,810 undi tewas kepada Ku Li mendapat 15,573 dengan majoriti 5,763 undi. Fakta ini sekalipun kesihatan uzur minda berfungsi mengingatkannya. Ketika itu saya dan Tok Wali Hassan bermalam di surau (namanya saya tidak mengingatinya) tetapi guru dan imamnya adalah sepupu kepada YAB TG MB Kelantan sekarang.

Di Gua Musang inilah saya bersama Nor Jeli menjadi Wakil Calun dan saya Pengarah/Setiausaha kepada calun. Disinilah saya mengenali Almarhom Ismail Market, Mokhtar Paloh ramai saya lupa nama mereka tetapi wajah mereka masih saya mengenali. Selepas itu saya 3 kali ke GM dan khabarnya ramai dikalangan mereka dan meninggal dunia. Ramai orang dari Merapoh (Pahang) berkereta api malam datang mengambil air tawar dengan Pak Cu, balek pagi ke Merapoh berkerata api juga. Itulah kerja Pak Cu menemui pengundi dan bukan pengundi dengan air tawar. Sayalah menguruskan ceramah dan sebagainya termasuk dalam membentuk pasukan PACA.

Kebanyakan petugas PAS adalah dapat saya rumuskan disini, sekalipun ilmu agama mereka tidak hebat, tetapi mereka hebat dan perkasa mempertahankan parti mereka PAS. Mereka mengawasi poster yang dipasang di Stesyen K Api Gua Musang, bergilir untuk makan dan solat. Umno tak berani koyak sekalipun sekerat poster PAS maupun bendera. Hari penamaan calun adalah pada 7 April 1982 dan hari pembuangan undi adalah pada 22 April 1982.

Mereka tidak sekeping pun gambar calun Tok Wali Hassan dibiar jatuh gugur dari pelekat atau dilekatkan di tempat yang tidak menasabah. Mereka orang Gua Musang penyokong PAS ketika itu , amat jujur, amat iklas dan saya teruja diatas kebaikan dan keiklasan mereka mempertahankan PAS. Kita kalah ketika itu dengan orang asli yang namanya Bulat bin Bulat KP No: 0000000 itulah simpanan tetap yang Ku Li miliki sampai sekarang mencekam Gua Musang. Ketika itu satu-satunya jalan perhubungan adalah berkeretapi samada ke Kuala Krai atau ke Kuala Lipis.

Kebanyakan petugas PAS dalam semua tugasan termasuk pengundi di pendalaman dari Gua Musang telah berjalan keluar bermalam di Masjid Gua Musang untuk mengundi besok dan menjalankan tugas. Perayu undi muslimat bermalam dirumah sepupu YAB TG MB. Saya imbaukan disini dengan satu peristiwa, ambillah iktibar darinya wahai anak-anakku pemuda yang mendaulatkan PAS dan PR sekarang. Selepas seminggu mengerakkan perjalanan parti, semua petugas-petugas penting, perayu undi, petugas PACA. Malam umpama fiesta kerana berceramah pakai lampu gaslin pump. Disinilah saya amat kagum dengan ringan tangan, ringan kaki dan amat iklas Almarhom Ismail (Weil Market) menyiapkan makanan untk kami 10 orang.

Ketika itu di Gua Musang mesti dapatkan permid kebenaran untuk tinggal di Gua Musang dan mesti ke BP G Musang menemui OCS. Ketika dulu sepasang pengundi berumur 65 tahun berasal dari Wakaf Bharu meneroka dan tinggal di Sungai Terah, tetapi ianya mengundi di Sek Keb Gua Musang. Ia berjalan kaki bersama isterinya dari Sungai Terah, menyeberang anak sungai sekerat dada basah lencun (baju bekal pun basah lencun ketika menyeberang sungai). Seminggu dari itu dia dah keluar ke G Musang menunaikan solat Jumaat dan 5 hari kemudian datang kembali untuk mengundi.

Dalam keadaan basah lencun kedua-dua mereka sampai ke tempat ceramah di malam terakhir di hadapan Merkit lama Gua Musang, kira-kira 9 malam. Terus dengan kain air menitik dengan cakuih 6 biji durian dibelakang, menghampiri saya (saya pengerusi majlis juga berceramah) katanya, “Awea, ni deryea nea butea demo makea dengan Pak Cu Asea” Ketika itu saya tidak dapat menahan sebak dan saya memelok Pak Long tadi, mengenangkan jauhnya dia berjalan meranduk menyeberang sungai dengan beban cakueh durian, saya tidak mampu berkata apa-apa. Melihat terlalu kudus, terlalu iklas Pak Long keluar untuk pangkah undi Pas besok hatta bersedekah durian untuk kami. Tetapi yang amat memilu dan tersentuh hati nurani saya apabila ia membuka gulung kandek kainnya yang basah, dalam bungkus sapu tangan lusoh ada keping merah $30. “Awea, 10 rial ni aku sedekah dekat mu, 10 rial untuk PAS tinggal aku 10 rial”

Saya menolak sedekahnya $10 tersebut, saya tak sanggup ulangkan kata kudusnya kepada saya. Saya mengambil piteh tersebut dan saya memeluknya erat. Saya pinta Akhie Ismail Market bawa ke rumah sepupu TG MB ambil kain dan baju melayu saya bagi dekat dia terus. Ketika itulah minda saya ligat berputar mengenangkan betapa hebatnya walad kepada partinya. Selepas kemenangan Pas menawan Kelantan 1990 ketika itu saya teringat kepada manusia dan jiwa sperti tersebutlah menjadi diantara penyebab kemenangan PAS di Kelantan. Ketika berentap dengan PRU 1982lah sehari sebelum pengundian saya mendapat anak pertama lahir di GH Kota Bharu, wang suci $10 untuk anak sulongku.

Saya bukakan imbauan kesah tersebut, agar anak-anak dan adik-adik jiwa perkasa pastikan 7 April 2009 Bukit Gantang dan Bukit Selambau kita mencapai kemenangan dengan majoriti sebagaimana yang saya jangkakan dalan blog terawal, Inshaallah. Jejaklah bekerja dengan waja sepertimana wira Gua Musang tersebut, Inshaallah.

Selamat bertugas dan selamat mengundi.

Monday, April 6, 2009

PAS-PR PECAHKAN ROYONG DAPATKAN SAGU

PRK P. 59 BUKIT GANTANG: PAS-PR PECAHKAN ROYONG DAPATKAN SAGU.

REFERENDUM PENGUNDI KEPADA PM KEPALA RAMPASKUSA; RAMPAS TUBUH KERAJAAN HARAM PERAK KEPADA MB HARAM.

PADA 7 APRIL 2009 SELASA.

Negara secara amnya serta negeri Perak Darul Redzuan khususnya, maka pengundi-pengundi mudalah yang akan mencorak dan menentukan dalam pengisian politik negara dan politik negeri. Gelombang tiupan tsunami perubahan politik negara yang meletakkan PR yang didominasikan oleh PAS, PKR dan DAP dengan ‘Ketuanan Rakyat” telah menafikan UBN menguasai Parlimen dengan penguasaan mutlak.

Hatta anak muda telah merobek dan runtuhkan kerajaan UBN di Perak, Selangor, di Kedah, di Pulau Pinang, di Wilayah Persekutuan dan terus mempertahankan Kelantan dibawah Tok Guru. Anak muda yang telah mengerti dan memahami arah tuju dan keperluan politik negara yang tidak berpaksi kepada duri dan api dogma perkauman yang sentiasa disemai dibajai oleh UBN sekiranya diri mereka dalam keadaan teresak diasak untuk kembali bangun memerentah.

Besok, 7 April 2009 Selasa, anak Perak yang berjiwa besar yang berada diluar Perak kerana bekerja merealisasikan hidup dan kehidupan masing-masing diperantauan, yakni dimaksudkan rakyat dan pengundi di PRK P. 59 Bukit Gantang, kembalikan hari ini ke Bukit Gantang saya berseru dan merayu, kerana anak-anak semua mempunyai tugas keramat dan tanggungjawab besar, lebih besar dari Bukit Gantang itu sendiri, dan beratnya lebih berat dari timbangan Bukit Gantang itu sendiri, dengan pulang dan mengundi calun PAS-PR YB DS Ir. Nizar Jamaluddin.

Anak-anakku pengundi budiman, kembalilah dirimu dan tebuskanlah kerajaan PR yang anak-anak mertabatkan pada 8 Mac 2009 telah dirompak dirampas digantikan dengan KERAJAAN HARAM UBN oleh PM baru melalui mamak pedukang Pulau Pangkor. Anak-anakku tegakkanlah, persadakan maruah kita maruah kerajaan Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP Perak Darul Redzuan, dengan anak-anakku kembali dan pastikan memberi undi dan memangkah calun PR-PAS YB DS Ir. Nizar, Inshaallah. Pasang dan pasakkanlah selama dan semasa perjalanan pulang hari ini dan pagi besuk, pemusatan fokas adalah untuk mengundi calun PAS-PR di Bukit Gantang, Alhamdulillah, Jazzakumullahhukhirankasira kepada Allah lah kita tenttukan kemenangan itu.

Undi keramat, undi dipertanggungjawaban itu dengan anak-anak memangkah undi kepada calun PAS-PR YB DS Ir. Nizar Jamaluddin, ianya merupakan satu detik menyusur perjalanan kita menuju PRU13. Kemenangan tutas di P. 59 Bukit Gantang pada 7 April 2009 yang dibokti dan direaliti laksanakan anak-anak, ianya bukan kosong dan bersahaja. Anak-anakku! Ianya adalah ‘REFERENDAM-PUNGUTAN SUARA RAKYAT’ didalam peristiharan menolak Najib PM baru juga sebagai kepala lanun merampaskuasa kerajaan dan kepala perompak menubuh kerajaan haram UBN Perak. Penjarah dan banjingan wajarlah diajar dipeti undi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan di Batang Ai serentak.

Tokoh yang mengepalai kerja-kerja haram rampasan kuasa tersebut adalah TPM DS Najib Ataspaya, yang semuanya mengikut skrip dan program terancang untuk nilai tambah dan lonjakkan sokongan keatas beliau di PAU baru-baru ini. Untuk memperkukuhkan kepercayaan perwakilan untuk beliau menduduki Perdana Menteri. Suara rakyat, undi keramat rakyat, yang membara berterusan tanpa padam. Diatas kemarahan dan untuk mengajar UBN yang mendapat IMMUNITI dari SPR, PDRM, KHN, PN dan banyak lagi rangkaian immuniti membias kepada UBN termasuk di PRK P 59 Bukit Gantang dan di dua PRK yang lain.

Diatas kesatuan PR, membulatkan kemarahan kepada UBN disinilah penyokong PR akan bergandingan Melayu, Cina dan India untuk memberi undi kepada calun PR dari PAS YAB DS Ir. Nizar Jamaluddin MB PR. Pengundi akan mengajar dengan menterjermahkan ‘REFERENDUM’ tutas kepada UBN keatas calun mereka. Pengundi dan rakyat Bukit Gantang tidak menghirau dan berkesah dengan merayu dan meminta peluang undi dari pengundi. Rakyat dah bertekad 50 tahun kami bersama UBN dan kini kami bercerai talak 3 yang kami akan terjermahkan dipeti undi pada 7 April 2009 ini.

Semboyan yang bergema dan disambut rakyat dan pengundi muda P 59 Bukit Gantang. Diatas rangsangan dan bertanggungjawabnya anak-anak kembali ke Bukit Gantang untuk undi pangkah untuk memenangkan calun PAS-PR YB DS Ir Nizar Jamaluddin MB sah PR Negeri Perak Darul Redzuan. Diatas semangat itulah Pakcik Ibn Abdullah merumuskan kerja-buat kerja pangkah sokongan anak-anak besuk, dengan menganggarkan kemuncak pengundi yang akan keluar mengundi adalah dari jumlah pengundi berdaftar 55,562 pengundi membuang undi hetong panjang/pukul rata diantara 78% - 85% mengikut komposisi kaum.

Walau bagaimanapun saya mengambil jumlah jangkaan keluar mengundi dengan peratus yang realistik iaitu 81.5% keluar mengundi. Bermakna jumlah jangkaan keluar membuang undi dari jumlah pengundi berdaftar adalah seramai 45,283 pengundi. Saya menjangkakan bahawa calun bebas yang menyertai PRK Bukit Gantang akan hilang deposit, cuma mampu dapat undi Melayu 1% sahaja iaitu kira-kira 452 undi sahaja.

Menjelang PRK P 59 Bukit Gantang Perak Darul Redzuan, pada 7 April 2009 jumlah pengundi berdaftar disahkan seramai 55,562 pengundi. Pecahan pengundi mengikut kaum adalah: (1) - Melayu 63.51% berjumlah 35,287 pengundi (2) – Cina 27.28% berjumlah 15,157 pengundi dan (3) – India 9.21% berjumlah 5,117 pengundi. Seruan PR - PAS sebagai calun yang bertanding, yang mendapat sokongan 100% dari PKR dan DAP, dengan fokas satu matlamat dan satu tekad iaitu PRK P 59 Bukit Gantang ini merupakan “REFERENDUM – PUNGUTAN SUARA” rakyat diatas penubuhan kerajaan haram UBN dalam lagenda haram rampasan kuasa keatas kerajaan PR Negeri Perak Darul Redzuan.

Ø Jumlah undi Melayu 35,287 - 81.5% keluar undi : 28,759 (Bebas Melayu perolehi 1%: 452 undi) Bakinya: 28,307 undi.

Ø Jumlah undi India 5,117 – 81.5% keluar undi: 4,170 undi.

Ø Jumlah undi Cina 15,157 – 81.5% keluar undi : 12,352 undi.

(1) - Calun PAS- PR : DS Ir Nizar Jamaluddin – dapat undi Melayu 50% : 14,153 undi India 53% : 2,210 undi - undi Cina 58% : 7,164 undi – Jumlah undi diperolehi : 23,527 undi. Majoriti 2,510 undi.

(2) - Calun UMNO-BN – Encik Ismail Safian – dapat undi Melayu 49% : 13,870 undi India 47% : 1,960 undi – undi Cina 42% : 5,187 undi – Jumlah undi diperolehi : 21,017 undi.

Untuk mencapai anggaran majoriti menang 2,510 undi maka kepulangan anak-anak pengundi yang berada diluar Bukit Gantang adalah wajar pulang dengan jiwa yang besar sebagai wira dan pahlawan moden bertarong dimedan peperangan demokerasi yang senjata umph yang ampuh adalah tenaga pembunuh peledak C4 yang berada disetiap tangan anak-anak dan pengundi sedia dalam kawasan iaitu PANGKAH CALUN PAS YB DS Ir Nizar Jamaluddin. Pasti kejayaan selanjutnya menanti dan pasti kedudukan Najib PM di persoalkan dengan 3 referendum rakyat keatasnya.

Seluruh tenaga kerja, yang terlibat didalam semua posisi keperluan menjana dan mengembeling PRK P 59 Bukit Gantang atas fokas menjana kemenangan besar PR. Modal insan yang mewakafkan diri anda, perkhidmatan anda sehingga jam 2 pagi 8 April 2009, sabarlah dengan cabaran yang lebih besar besuk dihari pembuangan undi. Tabahkanlah hati, rapatkan kerjasama erat dikalangan ahli-ahli, penyokong khususnya dikalangan kepimpinan PR – PAS, PKR dan DAP.

Anak muda yang berjiwa waja perkasa, kawalkanlah poster, bena khususnya pos dan MTD anda, bertindaklah berpandu kewarasan dengan menerima pandangan tegur ajar dari orang-orang tua, sekalipun datangnya dari pemimpin Cina, pemimpin India hurmatilah demi untuk kmenangan. Malam terakhir ini, bagi yang mempunyai lidah masin hamburkanlah amanat akhir pegangan kukuh pengundi tekad untuk memangkah undi kepada calun PAS-PR YB DS Ir Nizar Jamaluddin. Untuk perisai dan defending terakhir sejak penamaan calun segala daya usaha dibulatkan. Maka besuk jam 6.30 pagi 7 April 2009 Selasa wahai wiraku PACA iaitu petugas Polling Agen dan Caunting Agen, ditangan andalah Ir Nizar Jmaluddin, PAS dan PR selain dari Allah, anda semualah tempat bergantung harap, menyempurnakan tugas sepenuhnya dengan tanggungjawab dan dipertanggungjawabkan, sebagai benteng pertahanan terakhir.

Sempurnakan semua tanggungjawab anda, bantahlah ditempat yang wajib dibantah sampai ketengahkan. Ketua kaunting agen setiap saloran, wajib Borang perjumlahan Unsi kalau tidak salah ingatan saya Borang 14 (maaf kalau tersilap) pastikan ditandatangani oleh KTM, di TT PA BN dan kita sendiri, nyawa bercerai badan sahaja yang mampu memisahkan B14 tersebut, pastikan B14 bersama anda selamat bersama peti undi dengan satu salinan untuk diserahkan di tempat perjumlahan undi. Harganya bernilai besar disisi pilihanraya yang dihadapi ini.

Anak-anakku dan adik-adikku!!!!! Ingatlah sebulan seluruh kepimpinan Perak setiap malam mengadakan ceramah menghadapi pengundi dan pengundi-pengundi telah bersama kita. Tidak perlulah disebut tokoh besar PAS, PKR dan DAP yang berceramah. Pengawasan selia UPU, markas dan sebagainya dengan gigih dan semangat yang waja kental. Maka anak-anakku dan aik-adikku yang bertuga sebaga PACA dengan perkasa stamina, minda sejahtera. Alim Ulamak berdoalah anda kita tunaikan peranan masing-masing mengikut urutan dan susunan kemampuan.

Bagi pahlawan uzur syaraai sepertiku ini (Ibn abdullah Al Awab) inilah modium dan medan peperangan yang sisa-sisa satu-satunya dimiliki. Iaitu gerakjari ditetikus laptop dengan minda yang terbatas, turut berjuang bersama. Rayuanku, sebaik Allah tentukan takdirnya kita mempertahankan kemenangan dan tinta menang, seluruh hadirin yang berada didewan maupun iluar dewan Pusat Perjumlahan Undi, tunaikanlah gemakanlah serentak mengalunkan lagu KEBANGSAAN KITA-NEGARAKU diikuti dengan doa yang dipanjat syukurkan oleh AlFadzil Ustaz Ahmad Awang. Itulah daulatkan negara junjung kesukuran kepangkuan Allah.

Selamat mengundi, selamat bertugas dan redza dan relalah dengan perjuangan ini, Inshaallah, Alhamdulillah.

Sunday, April 5, 2009

UMNO: PERALIHAN KUASA & KABINET BARU

UMNO: PERALIHAN KUASA & KABINET BARU.


Jauh disudut sanubari saya untuk menganggu dalaman UMNO untuk masa sekarang. Tetapi terpanggil untuk memperkatakan fasal Umno, kerana UMNO memperakui SEBAGAI tulang belakang BN dan Kerajaan BN Pusat. Sekiranya Umno tersiseh dari dalam memori politik negara, pasti saya mengabaikan membuat pendekatan dan pandangan, diluar kotak dan kepumpong UMNO yang mengeshakan parti mereka digelumangi sarat kepimpinan rasuah dan macam-macam tuuhan tidak berjawab mengikut saloran mahkamah, pendakwaan dan pembelaan membersih dan menyuci maruah diri dimata tengok rakyat negara dan persepsi dunia , OIC ,EU hatta UN sendiri.

Disebabkan Umno masih berbaki dengan nadi dan denyutan tali hayat yang sedang menghala dan menuju ke titik penamat di penghujung jalan seperti realiti disebut diperkata berulangkali oleh TPU TS MY atau nama benarnya ialah Mahiaddin Bin Md. Yaasin MP Pagoh sejak tahun 1982 lagi. Rampasankuasa kepimpinan utama UMNO diatas flatform Peralihan kuasa di persidangan UMNO yang berakhir pada 28 Mac 2009 yang lepas. Disana mengiringi rampasan peralihan kuasa itu, pasti yang berundur dan yang mara tampil mengambil mengisi posisi berlaku.

Sekalipun UMNO sedang menuju dipenghujung jalan sebagaimana kata TS MY, yang perwakilan UMNO telah sahkan TS MY menyandang TPU berdepan dengan lawan yang bermasalah pelari anak Sultan menikah dibawah pokok, serta pelari wang berkilo di negara kanggaro ketika semasa menjawat jawatan YAB Dato’ MB Selangor Darul Ehsan. Tahniah TS MY diatas menang menjawat jawatan TPU. Sebaik lawan satu lagi disembeleh sebelum tiba perlawanan iaitu Ali Ruustam bukan Saidina Ali. Yang sebelum itu YAB DS Najib C4 Ataspaya menang tanpa bertanding untuk jawatan PU, tahniah YAB DS.

Walau sekalipun UMNO menjadi teras dalm BN sedangkan UMNO itu sendiri sekarang, umpama seperti teras batang keladi nipah dalam BN akan terus mencekam dan menguasai kabinet khususnya pembersihan orang dan ppenyokong Pak Lah. Kalau dizinkan Allah pagi Jumaat 3 Mac 2009 bersamaan 6 Rabiulawal 1430 akan mengangkat sumpah pegang jawatan Perdana Menteri di hadapan SPBYA di Istana Negara. Barangkali selepas PRK-PRK atau sebelumnya, maka PM DS Najib/Menteri Dalam Negeri akan mengumumkan TS MY menyandang TPM/Menteri Pertahanan.







YB Hishamuddin Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi. YB Datuk Mustapha Mohamed menjadi Menteri Kewangan. YB Shafie Apdal menjawat Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Antarabangsa. YB Datuk JJ menjawat Menteri Penerangan dan Telekumukasi dan iCT. Dikalangan MP/Senator dikalangan UMNO akan monopoli jawatan Perdana Menteri, jawatan Timbalan Perdana Menteri, jawatan Menteri, Jawatan Timbalan Menteri dikalangan UMNO yang bukan orang/penyokong mantan PM Pak Lah, melainkan yang akan disahkan oleh mantan purba PM terdahulu. Disebabkan yang menunjangi kerajaan adalah Umno parti rasuah yang disahkan oleh Lembaga Displin UMNO. Pengurusan dan kuputusan diatas ribuan kes yang dipertikai oleh Ahli-ahli UMNO dan usulkan LD UMNO dibubar, itu cerita lain.

Pokok pangkal dan akar serabutnya UMNO mengamalakn rasuah dalam semua aspek untuk mendapat jawatan dalam kepimpinan UMNO termasuklah rasuah untuk menjadi Perwakilan dalam Mesyurat UMNO semasa mewakili cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian yang diuar peruntukkan hadir mengikut perlembagaan. Kes rasuah Umno mencecah atau melebihi 1,000 kes. Kes rasuah jerung Umno 45 dimansuh, tidak rekodkan, cuma segelintir sahaja diambil tindakkan, itulah hakikat pembersihan suci dalam kitab muktabar Umno yang diajar pandu dari Islam Hadhari dan Imamnya.

Sebaik parti dan ahli rasuah tamat bersidang pada 28 Mac 2009, mereka-mereka pimpinan dan perwakilan ini, tampil ke P 59 Bukit Gantang, N. 25 Bukit Selambau dan N 29 Batang Ai, mengajak rakyat dan pengundi bersama-sama mereka berada dan menyokong calun parti rasuah UMNO-BN. UMNO yang rasuah itu mengajak rakyat dan mengundi mereka untuk sama-sama masuk memperkukuhkan kawah rasuah bersama-sama mereka keneraka.

Tindakkan beberapa pengesahan kes rasuah Umno menjelang mesyurat UMNO adalah, bermatlamat untuk menghapus semua penyokong-penyokong YAB DS Abdullah Badawi dalam barisan kepimpinan UMNO. Sebagaimana dikehendaki dalam mempermudahkan pelaksanaan misi dan visi DS Najib C4 Ataspaya. Untuk mudahjalan dan mudahcara meratah khazanah negara yang akan dipagari pula oleh adik-adik dan kaum kerabat dan kroninya sebagaimana disempurnakan oleh Pak Lah dan Tun Mahathir ketika berkuasa menjawat PM dahulu dan kelmarin.

Sebaik berlakukan rampasankuasa terhurmat jawatan PM berpindah kepada batang tubuh bernama YAB DS Najib C4 Ataspaya. Sering dengan itu maka sirih pulang keganggang, belut pulang kelumpur, sifu dan mahaguru laduni YAB PM DS Najib C4 Ataspaya, iaitu Geruda purba tua yang sejak YAB DS Abdullah Badawi mengangkat sumpah sejak itu, sehinggalah minggu akhir YAB DS Abdullah dilawan di tentang, dimalukan dengan semua tuduhan kepada Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri negara. Yang sentiasa meratip peranan di lavel T4 Pemuda diketuai oleh menantu PM dan kroni-kroninya.

Siapakah yang akan mengambil alih dan ganti tempat tersebut? Adakah mantan usang PM dan putranya digandingkan dengan putra-putra PM Ke2 dan Putra-putra PM Ke3? Sama-samalah kita tunggu dan membuat perhatian dan penilaiannya kelak. Bagi saya semua perasuah-perasuah tersebut adalah sama saja iaitu seperti tahi dengan kentut. Umpama babi menuduh anjing yang irinya adalah najis berat; sedangkan ia dalam satu spesis haram yang sama. Pemuda telah mengesahkan bahawa KP Rasuah UMNO YB MP Rembau diboo, di boo dimalukan dalam persidangan, dengan ratusan kali laungan rasuah didepan Pak Mentuanya. Pemberi dan penerima rasuah yang mengenali diantara satu dengan perasuah.

Saya tinggalkan semua fenomina yang akan berlaku dan terjadi seterusnya didalam rumah PWTC dan di Putrajaya juga di Istana Negara yang sekarang berfungsi merelaisasikan kehendak Najib C4 Ataspaya.

UMNO: BEKWAH LEMBU RASUAH

UMNO: BEKWAH LEMBU RASUAH.

Jawatan Perdana Menteri yang disandang oleh DS Najib Ataspaya pada pagi Jumaat 3 April 2009, mau tidak mau rakyat yang merayu ditangguhkan dahulu perlantekkan DS Najib Ataspaya ini menjawat jawatan PM, ibarat meceraikan manis dari madu, tidak berhasil berlalu meninggalkan keloh kesah rakyat. Iaitu berkaitan separoh rakyat negara Malaysia agar batang tubuh yang akan menjawat PM biarlah dilihat luar dan dalamnya bersih dan suci mengikut Feqah. Rakyat yang memiliki harga diri dan maruah negara agar tidak sama turut tercemar.

Sekiranya negaraku berperdana menterikan saorang manusia yang digelumang dengan pasaraya tuduhan, dan ianya sampai perengkat global ke UN mengetahuinya, Mashaallah Malaysia negaraku. Separuh rakyat negara menuntuk diri PM DS Najib Ataspaya tampil kehadapan, keluar dari kepompong pengecut, kepompong dayus biarkanlah diri PM dahulu dibersihkan melalui, dakwaan mahkamah terbuka, didakwa dan dibela dengan dikeluarkan semua saksi-saksi dalam Malaya dan Antarabangsa bersih sucikan diri untuk menjadi PM bak air zam-zam diperigi selazat zaitun di ladang osis, sebaik bersih suci rakyat senanghati berPM suci.

Demi dapat mengelak serta menghindarkan dari perpepsi pandangan separuh rakyat negara melihat diri PM di tuduh di sanggah berlanjutan. Ianya berterusan berpanjangan dalam keadaan tercemar disudut kacamata rakyat. Nanar dan sulit rakyat untuk mempertahankan diri PM mereka bila berada diluar negara. Benar, peralihankuasa parti rasuah utama negara diantara mereka pasti berjalan lancar peralihan tersebut dari yang lemah kepada yang punah. Persepsi ini terus diratip rakyat kerana ianya adalah kehendak PM DS Najib Ataspaya sendiri yang pengecut lagi bacul untuk membersikan dirinya, mempertahankan kehurmatan dirinya dari sebarang tuduhan besar saiznya berganda besarnya dari kapal selam.

PM wajib menjadi pemberani diantara yang berani menyambut cabaran untuk pembersihan diri, disisi rakyat dan permintaan dunia. Sila membawa dan mendakwa dimahkamah terbuka negara keatas setiap orang dengan tuduhan resmi diluar mahkamah akan bermacam-macam tuduhan. Ya! Cuma dimahkamah sahaja yang rakyat dapat menerima secara hakiki dan realiti melalui pendakwaan, pertuduhan, pembelaan dengan hakim dan saksi-saksi yang dibenarkan tanpa dihalang diugut bermula dimahkamah sesyen, MT, MP dan MR. Disinilah raykat pinta wajib Najib PM membersih dirinya bukan mengelak dan menafikan seperti anak-anak tadika, anak-anak taski menyelesaikan masalah didepan boneka mainan mereka.

Bukan sekadar bersumpah di dalam masjid di Malaya sahaja, kalau nak bersumpah cara-cara ini, hatta ramai rakyat berkata Najib Ataspaya ini sanggup bersumpah bukan sekadar di hadapan Baitullah Kaabah, hatta masuk didalam Kaabah pun Najin sanggup bersumpah serta menjunjong berkilo naskah Al Quraan terdaya di letak diatas kepala memikulnya seraya menafikan tuduhan keatasnya untuk menyatakan dirinya makkul bersih suci. Asalkan jangan mengajak Najib Ataspaya membuat penafian, pembersihan menyuci maruah harga keturunan dan harga diri di mahkamah yang akan berhadapan dengan banyak pehak.

Sebagai keberanian jantan menafikan beliau bebas lepas dari setiap pertuduhan dan persepsi rakyat dan dunia. Najib PM sedang mengendong supermarket dengan tuduhan keatasnya seperti rasuah, kes C4 Altantuya dan kes asmaradana di PD dll, tidak wujud dan semuanya palsu, jadi beranikah Najib PM ke mahkamah menguraikan? Menolak dan menangkis segal jenis tuduhan? Asalkan musoh lawannya, rakyat jelata dan pengundi-pengundi, akhbar lawan dan penulis blog dan blogger lawan jangan pinta Najib PM membersihak dirinya. Bersih suci melalui dan menerusi keluhuran dan keadilan di semua peringkat mahkamah, ini tidak terdapat keberanian sebagai saorang insan untuk membersihkan diri.

Hampa rakyat semua, janganlah kita sampai tahap gila khinzir nak paksa Najib PM ke mahkamah membersih dan pertahankan kesucian dirinya. Ini bukan caranya keturunan Bugis dalam aspek cara dan jalan mempertahankan diri jawatan PM lebih penting dari diri yang suci kerana diri cemar mampu terus memperdayakan rakyat dan merompak harta negara dan harta rakyat seperti mantan 2 PM sebelumnya, itulah matlamat mereka, rakyat kena faham. Caranya adalah cara-cara menafi menggunakan akhbar perdana dan tukang ampo, dan bersumpah umpama sumpah pelacur dihadapan pegawai agama bertaubat bila ditangkap sebaik dilepaskan atas tuuhan pra zina dan berkhalawat, lepas esok lagi buat.

Meminta dan mengharapkan Najib PM beranikan diri tampil membersih diri kemahkamah samalah seperti kita minta sisik dekat ikan keli, pinta sikudung sampai lutut dan sikudung kedua-dua kaki dan tangan untuk paksa memakai kasut dan cincin. Umpama suruh sibotak menyikat rambut. Itulah gerun, badi dan takutnya hematnya Najib PM dengan mahkamah sekali pun mahkamah dan semuanya kini berada dibawah naungan dan cengkaman Najib PM. Rakyat hentikanlah membuang masa, asak paksa pinta Najib PM kemahkamah membersihkan diri. Tak ubah seperti kita maukan garam dipisah cerai dari masin maukan gula tanpa manis, Bolehkah? Itulah Najib PM hakikat realitinya dulu, lanie dan sampai bila-bila.

Ketika Pak Lah menjawat PM maka terukirlah keramat kata mula, “Jangan bekerja untuk saya; tetapi bekerjalah bersama-sama saya”. Islam Hadharinya, imam Hadhari berteraweh didua tiga masjid menjadi imam, ditayang disemua canel TV setiap hari di tahun pertamanya menjadi PM. Akhirnya semuanya lakonan belaka. Berkesudahan ahli-ahli UMNO sendiri yang terajang nyahkan Pak Lah. Diantara tenaga usang dan tenaga purba yang menjana sumbangan yang berterusan sejak Pak Lah mengangkat sumpah menjawat PM, PM mantan usang purba setiap hari memalukan Pak Lah, menkritik dan menyusahkan Pak Lah menjalankan kerjanya sebagai PM.

Mantan purba inilah amat berjasa dengan memberi tenaga super seperti tungkat ali bukan Ali Rustam menjana kekuatan tenaga kepada TS MY dan Najib Ataspaya keberanian yang luar biasa meniupkan rampasan kuasa peralihan kuasa dalam UMNO bergema dan berangkai. Usah cakaplah selama 22 tahun mantan purba menjadi raja negara. Kini pagi Jumaat tadi Najib PM pun mengulangi manisan dan madu kepada rakyat. Pasti akhirnya samalah sebagai legasi-legasi PM Purba 22 tahun dan PM 5t 5b 3h penuh misteri dan trajis menjadi Perdana Menteri, dihina oleh ahli-ahli parti sendiri dipenghujung pemerentahan mereka.

Mantan PM purba dah lalui merasai penghinaan dari ahli-ahli UMNO. PM 5t 5b 3h juga berjaya dimalukan oleh sekelian ahli-ahli UMNO khususnya kesepaduan penghinaan desakan dari PM Purba, TS MY, DS Najib, Dk HHO dan beberapa lagi, maka Pak Lah menemui jalan keluar dari Putrajaya. Sedangkan diawal mereka pegang jawatan hampir kudung tangan membalas salam, putus tengkok kerana membalas pelukkan ari ahli-ahli buaya, lanun dan puaka belaka.

Najib Ataspaya PM/PU sedang melalui tahap pertama iaitu, buaya dan puaka sedang bersalaman dengannya. Buaya naga dari Perlis sampai Sabah turunpegang jawatan hampir kudung tangan membalas salam, putus tengkok kerana membalas pelukkan ari ahli-ahli buaya, lanun dan puaka belaka. Lihatlah bagaimana mantan PM purba duadua tahun dipulih disintuk dilimau oleh Najib PM/PU dalam masa yang sama serentak Najib PM terus memalukan Pak Lah belum 24 jam Najib menghampar carpet birugelap menyambut Mantan purba kembali kepangkuan UMNO dihadapan tandunya Najib PM, dalam kata bahasa politik tindakan terus memalukan Pak Lah dan KPU perasuah dalam legasi awal PM.

PR- PAS & PKR BERHADAPAN IMMUNITI UMNO/BN STOK PELINDUNG BERTONGKAT

PRK: P 59 BG, N 25 BS & N 29 BA
PR – PAS & PKR BERHADAPAN IMMUNITI UMNO/BN STOK PELINDUNG BERTONGKAT


Sejak pernyataan dikeluarkan oleh Pengerusi SPR, sehubungan dengan penetapan hari penamaan calun dan hari penguandian di Kapar dan Kadun diata, sekiranya terdapat pertandingan, sejak itulah hakikat sebenarnya, ianya adalah satu diantara komponan tidak resmi (nampak macam resmi) kepada Umno/BN berperanan dalam melegor atau menganugerahkan peluang dan keterpilihan masa dan waktu biasnya SPR kepada parti-parti lawan BN khususnya Umno yang amat takut dan mengeruni PKR dan PAS untuk bertembung dan bersua didalam PRK setelah menempah malang berulang terlentang lintang pukang di Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu, dikedua kawasan parlimen.

Sekarang di dua KADUN dan satu KAPAR. Barang yang dipinta jauh dan dipinta sekali-kali jangan terjadi di negeri Perak Darul Redzuan oleh Umno/BN iaitu PRK, tetapi itulah yang Allah hadapkan kedepan UMNO Perak untuk referendum rakyat. Sebaik-baik mereka menjadi lanun merampaskuasa kerajaan negeri Perak yang sah dari Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menubuh kerajaan haram dari tindakkan hasil merampaskuasa diketuai dan dikepalakan oleh YAB DS Najib Ataspaya yang akan menjawat PM pada pagi Jumaat 3 April 2009.

Dalam proses melanun merampaskuasa, serta proses menubuhkan kerajaan haram Perak Darul Redzuan pelakun undangannya adalah mamak pedukang Pulau Pangkor. Umno/BN berjaya menubuhkan kerajaan haram rampasan kuasa, walaupun terpaksa, menafi dan pungkorkan undang-undang dan perlembagaan negeri Perak dengan hamparan carpet kuning. Kejayaan haram Umno/BN menubuh Kerajaan Haram Perak seiringnya melantek MB Haram dan 6 Exco Haram kerajaan Umno/BN di negeri Perak Darul Redzuan. Kejayaan UMNO/BN menubuh kerajaan haram tersebut bukan diatas kekuatan hakiki yang disokong dan didukongi oleh sokongan keramat dari rakyat. Tetapi kejayaan Umno/BN kerana memiliki pelindung dan pendinding iaitu IMMUNITI.

IMMUNITI yang direntap ditarek disenyoh oleh UMNO dikepalai oleh Mahathir Kutty PM mantan dulu yang round Malaya menderhaka kepada SPBYSA dan semua Raja-raja Melayu diawal tahu 1980han dulu. Semua watak utama penderhaka-penderhaka tersebut maseh ramai kerana umur mereka dipanjangkan Allah. Dan mereka lah pula seperti bomereng menghalakan tuduhan fitnah dan membelakang, buang fakta arkib sejarah tawarikh negara dengan menuduh PR iaitu PAS, PKR dan DAP sebagai pendurhaka kepada Sultan, Agong dan Raja. Saya tak mau bincang panjang fasal ini. Saya tumpukan apa yang saya nak hujah dan ketengahkan pendapat saya.

IMMUNITI yang sudah ditanggalkan dari batang tubuh Tuanku-Tuanku Sultan dan Raja khasnya DYMM SPBYSA tidak terlepas Paduka Sri Sultan Perak yang juga immuniti Baginda tinggal gusi. Immuniti itu kita berpindah milik dan hak kepada UMNO/BN dengan bentuk immuniti baru yang berangkai, bersepadu berperanan menghadapi lawan UMNO/BN khususnya. Immuniti ini sedang berperanan dan terus aktif beroperasi dalam menghadapi mengekang rentetan perjalanan PRK-PRK bagi pehak UMNO/BN. Sementelahlah apalagi kepala lanunnya kini menjawat jawatan PM. Apakah bentuk IMMUNITI tersebut? Immuniti-immuniti yang sedang, akan dan terus untuk menyelamatkan UMNO/BN, ianya berangkai, bersepadu beroperasi;-

(1) SPR
(2) SPRM
(3) KHN dan Mahkamah
(4) KPN dan PRM
(5) PN dan Jabatan Peguam Negara
(6) Rasuah Projek Instant Mee
(7) Rasuah tadu koro Perkhidmatan Awam

Tujuh jenis IMMUNITI yang sentisa disisi dalam mendampingi UMNO/BN guna perdayakan immuniti untuk untuk melanun merampaskuasa dan menubuhkan kerajaan haram di Perak Darul Redzuan. Ya!!!!!!! 7 immuniti yang wajar di disebut setiap ceramah kita PR dalam PRK khusus dan khasnya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Diatas pertolongan dan bantuan immunii inilah hidupnya UMNO/BN.

Apabila YAB DS Najib TUN Razak Ataspaya takut bersua muka ke Perak, mewakili diri PM baru untuk bersua muka di Perak adalah mantan PM ungka purba dan Mr Blackclean. Untuk sebagai boneka dan badut mewalikan Najib di Perak untuk memberi sokongan kepada calun UMNO/BN di PRK P 59 Bukit Gantang Encik Ismail Safian yang baru-baru ini kalah dalam pertanding KUB Bukit Gantang, sebaik keluar dari dewan lepaskan panas baran dan geram diatas kejayaan kalahnya menjawat Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, beliau tendang terajang gerek, basikal terbalik. Pengundi BG dan penguni BS, jangan mudah lupa.

Baru sangat menggu lepas ahli-ahli Umno maki hamun terajang baru minggu lepas mereka malu dan penghinakan Pak Lah dan menantu perasuahnya. Depa-depa nilah macam mana nak mai kelentong di Bukit Gantang. Memperakui rasuah dan perasuah serta merasuah.

Hari-hari mengundi hampir tiba, Mamak pedukang Pangkor dan mantan Menteri Kesihatan tungkat Ali memperakui amat sukar UMNO/BN menghadapi Nizar, sekali pun immuniti dari MDN/KDN telah menarek sementara kebenaran keluar cetak akhbar HARAKAH dan KEADILAN. Perjuangan diteruskan dengan ganti akhbar menjadi HUJJAH dan KEAMANAN, semua itu tidak mampu menghalang meningkatkan sokongan dan dukongan rakyat dan pengundi di Bukit Gantang dan Buk Salambau kepada PR samada PAS maupun PKR.

Nampaknya DOGMA perkauman telah dapat diatasi oleh PR. Maka UMNO/BN beranggapan tanpa dogma perkauman yang menjadi sarat ramuan UMNO/BN yang maintain untuk mendapat sokongan dalam setiap kali PRU dan PRK. Diatas kerungsingan menghadapi kejayaan PR PAS, PKR dan DAP hampir membasmi dogma perkauman dengan selogan baru “Ketuanan Rakyat”. UMNO/BNmenjadi cemburu runsing dan pusing risau sebagai jelmaan jembalang Ataspaya menghantui dikalangan UMNO/BN. Maka kitab usang perkauman UMNO/BN di buka kembali dengan harapan rakyat dan pengundi kembali kepangkuan BN dengan menyokong UMNO dikalangan Melayu, pangkuan MIC kaum India dan Cina kepangkuan MCA.

Maka bertiuplah isu penderhakaan kepada Raja Melayu, durhaka kepada Sultan, terhakisnya hak istimewa orang-orang Melayu dan macam-macam lagi. Siapakah yang menderhaja yang menjuari dan menjadi ketului sejak sebelum pasca Merdeka sampai la. Kita buku kitab tawarikh? Semuanya adalah dilagang dan ditinas oleh UMNO. Apabila diatas sikap rasuah, sikap kroni, membuka gudang perut Menteri, PM, TPM dan semua, sampai rakyat mampu melihatnya sekali pun dikalangan rakyat OKU yang buta akan durjana rasuah, durjana penguasaan dan durjana menggunakan IMMUNITI dalam melindungi kerja-kerja penjarah mereka.

Pemimpin UMNO/BN di 5 negeri yang di perentah oleh kerajaan Pakatan Rakyat, telah menyedari bahawa sejak 8 Mac 2008 dulu, pemimpin UMNO/BN yang tewas merasai mereka telah ketinggalan dan hampir dilupakan oleh rakyat kepada mereka dan parti mereka. Hatta mereka menyedari untuk ganda dan tingkatkan kekayaan rakus terhalang dan mungkin berkubur. Pemimpin baru UMNO menyedari mereka perlu 3 bini, 3 bunglow 3 Mercedes, dan macam-macam lagi tidak akan tercapai sekiranya tidak memerentah kembali negeri. Siasatan inilah yang menakutkan UMNO/BN, maka demi untuk menyelamatkan diri mereka, maka mereka menggunakan sentemen rakyat dan menipu rakyat tentang disebutkan diatas. Rakyat sudah cerdik.

Berperanan sungguh komponan IMMUNITI UMNO/Bn ini dalam PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Immuniti PRM digunakan dengan menciptakan pelbagai halangan untuk PR. Mereka (UMNO/BN) gentar melihat rakyat dan pengundi sentiasa berkembang mekar memberi sokongan kepada PAS-PR/PKR-PR. UMNO boleh gila babi memikirkan hal ini. UMNO hidangkan makanan/Minuman-hiburan tetapi majlis ceramah mereka kosong yang bersama mereka adalah jong-jong tanu bersama penceramah dan sorang dua penganjur. Jadi immuniti Polis digunakan untuk PR agar susah sengsarakan rakyat mendapa info-masej semasa dari pimpinan PR untuk berceramah.

Semua immuniti ini akan berfungsi sepenuhnya sehingga selepas membilang undi pada awal malam atau pertengah malam menjangkau menjadi 8 April 2009 untuk menghadapi mengisi perjalanan UMNO/BN. Tenaga insan sudah tidak ada dengan UMNO/BN sekarangn. Masa dan musim semua kata-kata dan hujjah yang terpancar keluar dari mulut dan lidah berlapis bercabang dan telinga tuli pimpinan UMNO/BN di tolak. Sudah tidak mendapat layanan dan dihargai oleh rakyat dan pengundi. Dengar telinga kiri jerlus telinga kanan. Maka untuk kembalikan kepercaya maka UMNO/BN akan menggunakan IMMUNITI mereka ini yang rakyat serta negara membayar upah perkhidmatannya, jesteru haramlah UMNO itu diatas tindak, perbuatan dan undi haram yang mereka mahu.

Justeru, benarlah UMNO dan pemimpin mereka sudah kering minda dan fakta untuk berhujjah menghadapi mendepani pengundi dan rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Mereka turun untuk melondeh diantara yang menang dengan yang kalah keputusan di PWTC minggu lepas untuk serlahkan panau, kurap songkla, untut dan puru kepengetahuan pengundi kenapa depa menang; pasai apa aku kalah? Depa kering minda, tetapi mereka basah lencun dan bertaraf hafiz dan hafizah dengan amalan rasuah, semua jenis rasuah ada yang halal, ada yang haram mengikut mazhab Islam Hahdari berimankan Imam Hadhari. Lancar dengan rasuah projek mee segera, rasuah menggunakan perkhidmatan awam dan peralatan awam kering akhlak. Dalam suasan inilah mereka turun menghadapi rakyat.

Tidak cukup dengan immuniti tersebut mereka dilindungi propoganda berita dan minda palsu dari akhbar perdana dan RTM serta TV3&Co/Media Prima itu wajah mutakhir UMNO/BN menghadapi PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Semua pengundi semuga membuat perbandingan dan tolaklah PARTI RASUAH dikalangan lanun dan malaun yang merampaskuasa haram dan menubuh kerajaan haram di Perak, hata mamak pedukang Pangkor membohongi Nizar rampas mikrofon di Masjid Simpang lanun. Renung-renung dan fikir-fikirkanlah.