Friday, April 17, 2009

UKURLAH CINCIN DI JARI - JANGAN UKUR DI PINGGANG.


UKURLAH CINCIN DI JARI - JANGAN UKUR DI PINGGANG.

Lihat Perhati Dengan Matahati ; Keleh Tengok Dengan Matalendir.

Kalaulah tidak kerana ruang yang dibuka luas oleh Pengarang Kedahlanie, sehubungan dan berkaitan berharap menerima respon dari sidang bloger untuk turut memberi pendapat dalam membicarakan subjek APA PENDAPAT ANDA SELAMA 13 BLN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH KEDAH..??? Sesudah berusia 13 bulan jangka hayat pentadbiran NEGERI KEDAH disini kami pihak KedahLanie ingin membuka satu Ruangan Pendapat untuk semua warga Kedahlanie untuk memberikan PENDAPAT, LUAHAN PERASAAN, PANDANGAN serta apa yang berkaitan sewaktu dengannya berkaitan KERAJAAN NEGERI KEDAH sekarang ini.

Parti Islam Semalaysia PAS sedang melalui tugas besar, cabaran serta penghayatan dalam merealisasikan muktamarnya di perengkat Kawasan-kawasan seluruh negara. Muktamar yang dihadapi sekarang berdepan dengan satu tugas penting, telus, iklas jujur yang wajib dijauhkan dari sebarang tegahan dan larangan Allah dan Rasul. Dalam menghalal cara dalam apa bentuk dan kaedah untuk memutuskan pemimpin yang akan mengemudi bahtera PAS. Pemimpin yang akan membawa PAS bergandingan dalam memberi saham besar disudut memimpin dan kepimpinan dalam negara kita, yang mencabar. Apalagi PAS akan menghadapi PRU13 dalam jangka kurang dari tiga tahun dari sekarang.

PAS akan mengadakan pemilihan yang mana Muktamar Agong yang Ke-55 akan diadakan pada awal bulan Jun 2009 ini. Bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. Mesyuarat Agong di peringkat kawasan-kawasan dan tiga sayap utama - Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama sedang berjalan dan akan berakhir bulan Mei 2009 depan, Inshaallah. Dalam semasa kita bermuktamar di perengkat kawasan, maupun di Muktamar Agung nanti. Saya yang jahil tukil ini memesan kepada diri saya khususnya berpesan kepada sidang perwakilan amatilah pesanan Allah dan pesanan Rasul seperti dibawah. Semuga yang menang tidak naik junjung, yang kalah tidak di pijak. Kalah atau menang, pendukong PAS semua, kita adalah kawan bukan lawan. Mudahan-mudahan difahami.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 3:
Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu.”

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab ayat 21:
Maksudnya: “Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.”

Dari Imam Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
Mafhumnya: “Daku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (al-Qur‘an) dan sunnah Rasul-Nya”.

Barang pasti taste saya mati dan hampir-hampir pupus di sudut hajat untuk memberi komen, pandangan hatta teguran. Kenapa? Saya mengelak dari menimbulkan keresahan serta tuding menuding dan melenting sampai terpelanting atau terguling dikalangan yang bernama pemimpin parti dan pemimpin Kerajaan PR di Kedah khususnya.
Kepandaian serta bijaksana dan bijaksini dalam mendapatkan alasan jawapan berbentuk penafian, serta menghala kelemahan diri sendiri di sasar aleh sasaran terhadap orang lain. Sama seperti ketulan getah skrap yang akan melantun atau umpama mengusik harimau mas mengawasi mengepong mangsanya. Bukan kerana takut tetapi kerana kita melukut, sampah dan terompah, pandangan kita adalah menyampah mungkin menyusah mereka tidak menjana faedah.

Sebab itulah mungkin mencecah 100 tajuk atau lebeh perbicaraan blog saya, semuanya semata-mata berkisar berpusing dengan tajuk luaran sebagai pertahanan pencerobohan, defending kepada kerajaan PR dan pemimpinya khususnya di Kedah, Perak dan Pulau Pinang walau pun ianya tidak dipinta oleh penguasa Kerajaan PR untuk negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor termasuklah abang tua abang sulong di Kelantan Darul Naim.

Saya selesa berperanan sebegitu. Sejak dulu sampai menjangkau umur 60 tahun, saya saksi dan saya tengok aksi-aksi Adun-adun yang menganggotai Kerajaan PR khususnya datangnya dari PAS bersekali dengan sebilangan Ahli Parlimen nya. Suka atau duka melihat lakunan dan pengisian mereka bergelar dan berkuasa, berlari dan berligar putar memperakui peredaran masa dan suasana. Walau apa-apa pun saya tampil memberanikan diri, untuk memperkatakan sesuatu mengikut apa yang telah disaksikan selama tempoh yang tuan kehendaki PR memerentah Kedah dan dinegeri-negeri yang lain.

Janganlah menjadi seperti saya; sekiranya calun-calun PAS tewas diperengkat DUN maupun calun Parlimen saya akan menangis dengan sesungguhnya. Calun-calun PAS menang di DUN dan Parlimen sayalah jua menangis lebih dari semasa tangisan kekalahan, mengapa? Apakah tangisan di kedua-dua suasana berbeda itu berbentuk tangisan yang sama?
Sebelum saya kesasaran, baik saya nukilkan satu peristiwa yang tegoran saya adalah. Sebaik PAS menubuhkan kerajaan Kelantan pada tahun 1990. Saya imbau serta paparkan peristewa yang sentiasa saya mengingati. Sebaik selepas solat Jumaat di Masjid Kampong Baru, Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur (diari 1990 entah dimana, maaf tak dapat catatkan tarikh sebenar) saya bersama Almarhom Pak Su Hussein (Hussein Yaacob – Ibn Muslim/berasal Kuala Krai Kelantan) bersama dengan saudara Yusoff Jalil, bercakap dan bincang beberapa topik panas semasa ketika itu. Sahabatku anggota baru Exco KNK, smart dengan suit bush jaket, sedangkan bush jaket maseh dikepit ditangannya sebaik selesai solat sunat dan doa, ia datang ketempat kami berbual. Aku lantas bangun mencium tangannya dan berpelukan serta memperkenalkan ini Ibn Muslim dan ini Yusof Jalil, yang menulis dalam Harakah tu? Ya! Ustaz.

Ustaz bersalaman bersahaja sahaja dihujung jari kepangkuan ayahndaku Pak Su Hussin dan Saudara Yusoff dihadapanku, sedangkan dengan aku ustaz berpelukan erat rapat, sebaik itu Ustaz mula bicaranya. “Minta maaf Sheikh, ana tak ada masa lorat sangat ni, ana nak kena gi ada mustahak di Istana Kelantan lepas tu nak gi Rumah Kelantan”. Serta menghulurkan RM50 untuk kami makan tengah hari. Duit, Istana, Rumah Kelantan dan kalut tidak ada masa, telah memberanikan saya bersuara memajukan persoalan. Ustaz! “Ana tak minta sedekah dengan Ustaz, ana amat sedeh dan terasa hati dengan Ustaz. Kerana dengan ana Ustaz berpelukan erat, dengan Pak Su dan Yusoff Ustaz sekadar bersalam hujung jari saja. Buatpa Ustaz beza-bezakan merai kami. Ustaz!! Saing ana tu kapir ka, munafiq ka atau najis sebab tu Ustaz tak pelok?

“Ustaz ana pun tak paksa Ustaz jumpa kami, kalau ustaz dah tau tak dak masa, sebab la ni dah jadi tok wakil dan Ecxo pula, tak jadi tegahan ana, Ustaz boleh gi, tu dreber sedang tunggu tu”. Sebaik saya lepaskan percakapan tersebut, Ustaz Exco tersebut serba salah dan turut duduk hampir sejam berbual bersama kami. Pak Su Hussein berbicara bahasa Arab dengan Ustaz. Bagus standradnya pertuturan bahasa Arab dituturkan Pak Su itu.
Hinggakan Ustaz Exco bertanya dimana anta belajar di Mekah? Tidak ana di Universiti Gunung Semanggol murid tua kepada Almarhom Ustaz Abu Bakar Al Baqir. Ustaz Exco terpegun bagasa Arab Pak Su. Sampaikan yang tidak ada masa dan kalut tadi telah berlalu hampir sejam berbual.
Akhirnya saya membuka ruang dan langkah untuk Ustaz Exco berundur diri, dan menyuruh Ustaz teruskan tujuannya. “Maafkan ana ustaz pergilah ke istana, nanti tergendala program diatur. Ana tidak berniat marah dan malukan ustaz”.
“Tidak Sheikh! Anta benar, anta benar, maafkan ana Sheikh. Asalnya RM50 dah jadi RM100 ni anta gi makea dan buat bekwah”. Sebelum beliau melangkah, Ustaz Exco memperkenalkan aku pula mengikut persepsinya kepada dua teman ku. Aku bangga pengiktirafan Ustaz padaku disampaikan spontan kepada Ibn Muslim dan Saudara Yusoff Jalil. Sebelum Ustaz beredar, aku memeluk Ustaz Exco seperti biasa airmatanya bertenang dan aku lebeh dari itu. Ustaz Exco turut berpisah dengan memeluk erat kedua-dua sahabatku. Nyata Ibn Muslim mengalir air mata.

Sebagai mukadimmah saya sampaikan, bagaimana saorang wakil rakyat Adun merangkap Exco, ianya amat sebok sejak menjadi Adun dan menjawat Exco serta berkereta resmi Mercedes dan pemandu. Ustaz berdepan dengan saya tidak mengapa, tetapi bagaimana terkeluar di dada harakah Ustaz Exco sudah kalut dan tidak ada masa walau seminit untuk bercakap dengan kawannya yang menjadi gurka dan terompah untuk memenangkan beliau dalam PRU9. Mudahan-mudahan sejarah yang saya imbaukan ini, maka hendaknya tidak diulangi oleh Adun/Exco serta Ahli Parlimen PR khususnya dari PAS, pada bila-bila pun sekiranya menemui pengundi. Jangan sesekali hulurkan wang RM10, RM20 untuk menyelesaikan masalah.

Sesekali Adun/Exco termasuklah AP hatta Penguasa atasan parti, janganlah menyelesaikan masalah rakyat dengan cara hulurkan sedikit penawar yakni duit kepada Ketua-ketua Cawangan sahaja, maupun Ketua Kampong. Pemberian itu sekadar mereka sahaja yang memperolehi. Sedangkan rakyat jelata dan pengundi mata puteh. Pembangunan tidak berlaku. Cuma Ketua Cawangan atau Ketua Kampong tadi akan turun kebawah menghadapi orang bawahannya dengan rayuan sabar dan sebagainya.

Tidak ada tindakkan dan usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat. Di medan ini tidak wajar saya menyebut detail satu persatu apakah infra dan masalah rakyat kampong menunggu dan menanti. Kerana wakil mereka sebok tak dapat menerangkan bagaimana tindakkan akan dilakukan, bila penyelesainya? Jabatan mana bertanggungjawab dan peruntukkannya? Siapakah yang akan menguruskan sampai berakhir masalah rakyat dapat diatasi. Semuanya tidak dibawa perbincangan secara khusus.

Ketua Cawangan dan Ketua Kampong tadi menyengkoi bila Tok Wakil menemuinya. Bertemu untuk apa? Rakyat maukan penyelesaian dalam menangani kesusahan penderitaan mereka dalam kemudahan infrastruktur asas. Bukan cara lama yang usang dan basi, Tok Wakil/Exco maupun AP hulurkan sekeping dua Agong, sebagai jawapan penyiapan projek-projek infra yang kritikal diperlukan rakyat melalui air lior KC/KK yang menerima habuan dari Tok Wakilnya.
Kepada semua wakil rakyat Adun/Exco dan AP PR khususnya dari PAS. Ingatkanlah sehari masanya 24 jam, 7 hari seminggu dan 4 minggu sebulan. 52 minggu atau 12 bulan setahun bersamaan 3,560 hari. Setahun jumlah jamnya adalah 85,440 jam. Saya mengetengahkan soalan kepada YB semua, berapa jamkah sebenarnya 13 bulan yang lalu YB-YB menemui rakyat dan pengundi? Jawab-jawab dan pandai-pandailah hitongkannya.

Apakah semua gerakkerja menemui rakyat-pengundi dibuat catat pertemuan dan lawatan? Bila lawatan susulan? Pemantaunya adakah dilakukan sendiri oleh YB-YB? Atau sekadar diserahkan pula kepada wakil pribadi? Justeru YB-YB reviewlah, buatlah kajian dan buatlah rumusan tentang perkhidmatan yang YB sempurnakan itu telah memenuhi piwaian dan qualiti standrat Wakil Rakyat mengikut kehendak ajaran Agama dan sejagat.

Sebagai pembuka menambut seruan Pengarang Kedahlanie, saya tunaiakn persoalan asas yang berligar dikalangan Tok Wakil, mudah-mudahan bukan kita mencari kesalahan sesiapa. Tetapi semuanya adalah untuk keselamatan dan terjaming PR khususnya PAS agar tidak di tolak oleh rakyat dan pengundi bukan disebabkan cacat cela parti PAS. Tetapi ianya dikhianati oleh Tok Wakil yang tidak berperanan dan tidak menjalankan tugas berkualiti keatas pengundinya. Mangsanya adalah kerajaan PR dan parti yang mendukonginya iaitu PAS, PKR dan DAP. Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Inshaallah akan saya sambongkan dengan tajuk KEKUATAN PARTI DAN KEKUATAN KERAJAAN – SIAPA BERPAUT DENGAN SIAPA dalam masa terdekat.

Sekian, ampun maaf, wasallam.
Salam hurmat saya : IBN ABDULLAH AL AWAB

Wednesday, April 15, 2009

HADIAH UTAMA MENGIRINGI SAMBUT DS NAJIB PM6

HADIAH UTAMA MENGIRINGI SAMBUT DS NAJIB SEBAIK MENJADI PERDANA MENTERI Ke6.


Alu-aluan Perlantekkan Menjawat PM6.


Dalam ingatan saya sejak negara di anugerahkan Allah semasa perlantekkan menjawat 5 PM terdahulu, di minggu pertama dan kedua mantan-mantan PM tersebut cuma sekadar mereka menerima ucapan tahniah dan peghargaan diatas perlantekkan menjawat Perdana Menteri Malaya dan Malaysia dari pemimpin besar dunia dari G7, negara Eropah EU, Asia Timor, Nusantara dan sebagainya termasuk dari UN di NY. Maafkanlah saya sekiranya saya terlepas tengok atau dengar, saya rasakan PM6 kita belum menerima ucapan mencurah-curah keatasnya dari pemimpin-pemimpin besar dunia yang lain.

Tetapi sejajar mengiringi perlantekan kejawatan PM6 ke atas DS Najib Tun Razak, menandakan dekat dan kasih sejati rakyat Negara kepadanya, maka hadiah-hadiah besar dari rakyat telah menyusul di saatsaat awal menjadi PM dan pastilah dihargai setinggi Gunung Tahan diterimanya. Hatta hadiah yang sama taraf ratingnya penghargaan hadiah dipersembahkan dengan perasaan tulin tulus iklas dikalangan dalaman lebeh rapat disisi PM6 iaitu datangnya dari parti induknya UM No dan parti besarnya komponan dalam BN. Maka lengkaplah sudah anugerah serta penghargaan dan hadiah mengiringi DS Najib Tun Razak menjawat PM6, Alhamdulillah PM6 ku.

Penghargaan yang di susuli dengan anugerah hadiah-hadiah besar, ianya merupakan tanda ingat rakyat dan parti kepada PM6 DS Najib. Penghargaan dan hadiah besar ketika mula letak pungkoq di kerusi empok bukan lempok PM, tak pernah mantan PM kita dulu menerimanya kecuali PM6 DS Najib. Cara rakyat dan UM No/BN menobat dan menjulang PM6 bukan seperti Sultan Mahmud mangkat di julang. Mereka kahadapan memperagakan permashoran terima kasih yang setimpal tidak terhingga diatas DS Najib menjadi PM itu, menggorak membuka lagang dan langkah besar memajukan penghargaan dengan harga bernilai tinggi sejajar keprihatinan DS Najib dekat dihati dan dalam hati rakyat, cakna rakyat dan rakyat didahulukan, huuuuhhhhhhhhhhhh!!!!!!! Hebat. Alhamdulillah.

Setimpallah dengan selogan bedilan pembukaan menjawat jawatan dengan taji pasak naikkan semangat diri sendiri dan rakyat “Satu Malaysia-Malaysia Satu” gagasan yang lebeh besar dan lebeh berat dari yang pernah diwar-warkan oleh mantan-mantan hebat perkasa PM22T dan mantan PM5T5B3H. Hadiah merupakan tanda ingat kasih sayang yang diterjermahkan melalui pemberian benda selain pemberian yang tidak nampak kelih iaitu doa. Alhamdulillah PM6 ku, betapa dirimu di kacaterima di kalangan rakyat umpama menonton TV7, mulanya motto “dekat di hati” serentak perlantekkan PM6 motto ditukar kepada “di dalam hati” PM6 ku.
Koleksi Rangkaian Hadiah dan Penghargaan Rakyat/Pengundi dan UM No/Komponan BN kepada PM6 dan Sebaliknya.


Adalah tidak adil disini, sekiranya saya tidak menurunkan untuk tatapan rakyat negara “Malaysia Satu” terhadap koleksi-koleksi rangkaian penghargaan dan hadiah yang telah diterima oleh PM6 DS Najib sebaik mengangkat sumpah jawatan PM6 negara kita Malaysia. Saya papar peringatkan koleksi-koleksi penghargaan dan hadiah ini semua, kerana mantan lagenda usang PM22T pernah berkata “Melayu mudah lupa”. Maka untuk terus dipupuk ibajai agar tidak dilupai yang ianya sentiasa di ingatkan. Susunan koleksi rangkaian penganugerah hadiah keramat untuk PM6 kita iaitu:-


(1) - POHON RESTU RAKYAT di P 59 Bukit Gantang –


Dalam menghadapi dan kesudahan PRK P 59 Bukit Gantang pada 7 April 2009 Selasa, PM6 YAB DS Najib Tun Razak merangkap Ketua Badan Perhubungan UM No Negeri Perak Darul Redzuan, YAB TPM TS Mahiaddin Md. Yasin Ketua Pengarah PRK P2N, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Timbakan KBP UM No NPDR jua Pengarah PRK P 59 Bukit Gantang, mamak pedukang Pangkor MB Haram UM No/BN dan calun UM No/Bn Encik Ismail Safian. Menghadapi PRK dengan selogan MEMOHON RESTU RAKYAT, serta racun berbisa api perkauman ditiupkan dengan “Nizar derhaka”.

Semua eposid tersebut berkesudahan dengan rakyat P 59 Bukit Gantang, merangkumi 3 DUN iaitu Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong mengharamkan restu yang di pohon di pinta oleh mereka-mereka diatas dan di tolak terterap menyembah bumi, kedebuk jatuh!!!!!!! Patah tulang selangka, oooooooohhh, sakitnya rasa. Rakyat tolak kezaliman PM6 menjadi kepala lanun merampas kuasa kerajaan PR yang dipimpin oleh YAB DS Ir Nizar Jamaluddin dengan melantek MB Haram Jad.... UM No/BN mamak pedukang Pangkor. Justeru hadiah dan penghargaan besar sempena perlantekkan terima jawatan Najib PM6 negara iaitu jawaban pukulan KO kepada UM No/BN dengan ikon wira mereka calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon UM No/BN, Encik Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi majoriti dalam pilihan raya PRU12 pada 8 Mac 2008 - 1,566 dicapai oleh Almarhom dulu).


(2) - Baikpulih Kepercayaan Di tolak Tersungkur POHON RESTU RAKYAT Di N 25 Bukit Selambau Kedah Terkulai.


Percaturan tolak anjak, tinas tekan dalam membalas budi yang besar dan berat keatas lagenda usang besi buruk mantan PM22T berceramah oleh penerima budi dan makan budi menjadi macam babi tanah ditandu, maka mantan usang PM22T macam kaka tua yang sasau membebel lupa, maka berceramahlah ia macam lagak dia maseh PM dan PUM. Pukulan di P 59 BG yang kesan negatifnya menjalar ke N 25 Bukit Selambau, isu “Nizar Duehaka” difitnahkan di P 59 BG hatta bersekali kesan kepada semua pelaku perancang menjalankan kerja-kerja cemar haram merampas kuasa dari PR dan menubuhkan kerajaan haram UM No/BN di Perak DR. Rupanya info dan fakta tersebut turut mendapat perhatian, penilaian oleh pengundi-pengundi N 25 Bukit Selambau 7 April 2009 Selasa serentak dengan di PRK P 59 BG.

Maka rakyat N 25 BS yang mereka berada dalam negeri penguasaan PR, dengan bermenteri besarkan saorang MB yang diiktiraf ketelusan dan keyakinan memimpin jujur iklas yakni YAB DS Ustaz Azizan Razak oleh KU PKR DS ABI. Dalam kelangsungan perlantekkan musim kedua anggota saf Exco KNK, Ustaz Azizan telah menangguhkan satu kerusi Ecxo iaitu untuk diisi oleh ADUN baru N 25 BS. Menjadi hak MB DS Azizan melantek sesiapa menjawat Exco tetapi itu bukanlah caranya Ustaz Azizan menangi keharmonian dalam PR. Pengundi N 25 BS telah memberi jawapan total yang lebeh hebat dari PRU12 dulu. Rakyat yang hebat memberi hadiah kemenangan N 25 BS kepada PM6. Balaskanlah ucapan tk kepada pengundi YAB PM6, berbudi dan berbahaslah kita sebagai PM6 Malaysia.

Calon dari PR yang di wakili parti KeADILan, S Manikumar menang dengan mencapai undi sejumlah 12,632, manakala calun BN/MIC cuma mampu memperolehi 10,229 undi. Majoriti 2,403 undi, merupakan mejoriti jauh lebeh besar yang diperolehi dalam PRU12 dulu. Terima kasih pengundi semua Sejumlah 415 undi rosak. Peratus keluar mengundi 70%. Kesemua calon Bebas tajaan UM No dan MIC telah tewas serta hilang wang pertaruhan. Calun BN/MIC adalah pilihan dan klon kepada Presiden MIC DS Samy Velu yang kini sedang mengalami fonomina gila talak, gila jawatan dan kembali untuk menjadi wira juara kaum India seperti wiranya dia 30 dulu, pooooorrrrraaahh.


(3) - Hadiah Besar PM6 Kepada Orang Melayu-Bumiputra


Atas seruan selogan ‘Satu Malaysia’ berteraskan reform kabinet dan reform macam-macam lagi diistiharkan ketika mengumumkan kabinet Kerajaannya umpama kabinet dapor Chef Wan dan Chef Ismail. Iaitu hadiah besar dengan memansohkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Pemansohan kementerian Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) sejajarlah dengan aspirasi PM6 DS Najib yang rakyat di dahulukan untuk pembelaan dan mengangkat mertabat dan derjat Usahawan Bumiputra dan bakal-bakal usahawan Melayu-Bumiputra yang banyak mendapat kebaikkan di sini sekalupun di belenggu dengan macam-macam tak ketahuan tiris dan tembus dalam pengendaliannya. Tetapi kebaikkan dan manfaat kepada Melayu – Bumiputra ada dan berjasa.

Sekarang manfaat reform kabinet PM6 dengan memansokan MECD ini, maka sahlah terbela sakan orang Melayu dalam penguakuasaan pelaksanaan tidak seperti PR, itulah realiti yang hakiki dijanakan lanie panas-panas oleh PM6 DS Najib. Dimanakah akan dikuburkan MARA, UDA dan lebeh malang lagi dimanakah untuk di letakkan MRSM yang merata dalam negara? Arah mana hala tuju Najib ini? Inilah hadiah besar kepada pengundipengundi yang naikkan Najib dalam UM No maupun negeri-negeri BN. Hidup Najib! Hidup Najib! Hidup Najib! Najib kuburkan MARA? Najib kuburkan MRSM? Najib kuburkan UDA dan macam-macam lagi. Thank you Mr Najib, I Belief you. All right.


(4) - Kabinet Najib PM6 MCA Pertikaikan.

Respon dan bantahan ulung bersabit dengan kabinet Najib datangnya dari komponan usang sejak Perikatan cap Kapal Layar lagi, iaitu parti MCA komponan paling senior dan paling kanan dalam BN. Hatta Presiden MCA satu masa dulu pernah menjawat seketika sesaat Pengerusi BN ketika UMNO lama diharamkan sebelum penerimaan pendaftaran UM No (Baru) oleh lagenda usang paku karat PM22T dulu. MCA membantah dan MCA mengadakan mesyuarat tergempar barisan pemimpin kanannya melahirkan perasaan tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Najib Razak - susulan rombakan kabinet perdana menteri yang dijangka lebih kecil.
Dalam sidang media selepas mesyuarat selama 90 minit itu, Ong berkata MCA menyeru Najib mengekalkan kuota parti itu - rakan komponen kedua terbesar dalam BN - seperti sejak pembentukan gabungan itu pada 1974. MCA mendapat empat jawatan menteri dan enam timbalan menteri dalam setiap kabinet yang dibentuk oleh perdana menteri lalu, kata Ong.Najib kini dalam proses rundingan dengan barisan pemimpin atasan 13 parti komponen BN, termasuk Umno, sejak dilantik secara rasmi sebagai perdana menteri keenam di Istana Negara, Jumaat lalu.
Beliau menangguhkan pengumuman barisan kabinetnya - yang dijangka membawa kejutan - tengah hari ini bagi meneruskan rundingan tersebut. Najib juga dipercayai mempertimbangkan dengan serius keanggotaan pemimpin Sabah dan Sarawak - yang menjadi asas sokongan utama BN seperti keputusan pilihanraya umum Mac tahun lalu. Presiden PBS Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan bertemu Najib semalam, sementara Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok dilaporkan berunding sehari sebelum Najib mengangkat sumpah.

(5) - Hadiah dan Ugutan Dari Juga Komponan Asal Sejak Perikatan.


Presidem MIC DS SV yang gila talak dan gila sanjungan dikalangan kaum INDIA yang dipinggirkan dari beliau. Merapu macam Lagenda Usang PM22T juga. DS SV telah mengugat dan mengigit C4nya dihalakan terus fokas kepada PM6 DS Najib dan esok Khamis CWC akan bincang putuskan untuk keluar dari kabinet Najib PM6 tetapi terus berada dalam BN, ayoyo Samy apa macam itu ugut sama PM6 tarak baik la samy itu macam. Cheh!!! Apa tara baik, appa India minta sedeka ka? Oh itu macam ka?

Pada tanggal April 11, 2009 4:39pm, dalam mesyurat MIC sedang menimbang untuk menarik keluar wakil parti itu dalam kabinet baru ekoran banyak lagu isu-isu yang belum diselesaikan, terutama berhubung layanan pentadbiran baru terhadap masyarakat India, kata sumber dalaman parti itu hari ini. Walaupun senario itu dilihat sukar berlaku, tetapi beliau berkata, MIC bersedia melakukannya bagi menumpukan kepada usaha menyatu padukan masyarakat India terlebih dahulu."Keputusan itu dijangka dibuat dalam masa terdekat ini. Bagaimanapun, MIC akan kekal menganggotai gabungan BN.

Masyarakat India masih dilayan sebagai rakyat kelas dua, malah seperti kelas tiga di negara ini". Di samping itu, katana, wakil MIC dalam kabinet tidak diberi jawatan menteri kanan walaupun parti itu berulangkali merayu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melantik Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu menganggotai semula kabinet. Mengikut tradisinya, MIC akan mengisi jawatan menteri kerja raya. Bagaimanapun ianya berubah selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, apabila Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi parlimen Sungai Siput.


(6) - Hadiah Istimewa Adalah Projek Haram UM No MB Perlis.


Perletakkan jawatan secara tergempar dan penuh misteri dan tanda tanya Setiausaha Politik kepada MB Perlis Darul Sunah YAB DS Dr Mat Isa Sabu iaitu peguam Ameir Hassan berkuatkuasa 30 Mac lalu. Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Mohd Isa Sabu.Itulah jawapan oleh Ameir Hassan di atas perletakkan jawatan S/O Politik MB Perlis Mat Isa Sabu. Respon dari itu, maka negeri Perlis secara khusus dan info jelas kepada PM6 iaitu meletuplah peledak C4 yang diledakkan oleh Datuk Hashim Suboh dikala rembang ia meletupkan iaitu:-

*Md Isa 'produk haram' Umno, kata Hashim*


Wahai rakyat jelata sekelian, wahai rakyat negeri Perlis Darul Sunah dan pengundi sekelian. Dengar! Dengar! Dengarlah ini! Bahawasanya UM No ini sememangnya menjadi pengemar yang haram, kerana tulah ianya di haramkan semasa lagenda usang PM22T dengan beranak UM No (Baru). Bukan saja mamak pedukang Pangkor menjadi MB Haram UM No/BN di negeri Perak Darul Redzuan tetapi ianya juga wujud MB Perlis Haram menerusi ‘Produk Haram UM No’. Pening pusing untuk membuat analisis.

Datuk Hashim Suboh Ketua Penerangan UM No NPDS telah mengakorkan bahawa Datuk Seri Shahidan Kassim sepatutnya menjadi menteri besar kerana beliau dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis. Sambil menyifatkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram" tradisi Umno, Hashim berkata, menteri besar itu harus melihat sejarah Umno di mana pengerusi perhubungan negeri, selalunya dilantik memegang jawatan tersebut. "Salah faham oleh Md Isa. Pengerusi perhubungan sepatutnya jadi MB. "Amalan dalam parti Umno, jawatan MB diserahkan kepada pengerusi perhubungan negeri.
(Md Isa dilantik) MB masuk jalan bagaimana?” kata Hashim, mengulas kenyataan Md Isa yang mahu menteri besar turut dilantik sebagai pengerusi perhubungan bagi memudahkan penyelarasan."Beliau jadi MB bukan mengikut norma dan sistem dalam Umno. Dia adalah 'produk haram' dalam sistem parti. Walaupun lebih setahun sebagai menteri besar Perlis, Md Isa belum lagi dilantik pengerusi badan perhubungan Umno seperti tradisi di negeri-negeri lain. Md Isa dan Shahidan terperangkap dalam perang politik susulan keputusan mengejut istana Arau membelakangkan bekas menteri besar itu selepas BN menguasai kembali Perlis, Mac tahun lepas.

Gejala yang sama berlaku di Terengganu apabila istana mengangkat Datuk Ahmad Said bagi menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh. Bagaimanapun Idris melepaskan jawatan pengerusi badan perhubungan Umno kepada Ahmad tidak lama selepas itu.


(7) - UM No Berkeris Bergolok Di Terengganu Hadiah Untuk PM6 DS Najib.


Yang jelasnya pergolakkan, perpecahan krisis pemimpin UM No Terengganu di antara Kabilah DS Idris Jusoh vs Istana dan pergeseren pertentangan tidak berdepan dan mengiktiraf memperakui dikalangan kabilah DS Ahmad Said sejak setahun dalam pengetahuan Presiden UM No & TP UM No merangkap PM dan TPM sehubungan dengan krisis tersebut. Ertinya mereka berdua tidak mampu dan tidak terdaya untuk mendamaikan permusuhan dan pertlingkahan UM No di Terengganu.

Jadi bagaimana mungkin wahai PM6 ku, UM No Terengganu pun DS Najib gagal jadikan ianya satu, termasuk UM No di negeri besar kelemboi Perlis Darul sunah pun UM No gagal DS Najib jadikan satu, satukan UM No Perlis tersebut. Jadi maka dengan itu kata Tun Lah, Wahai DS Najib PM6; tidak retorikkah DS Najib nak satukan Malaysa dengan selogan “One Malaysia – Satu Malaysia”? Apa cam DS Najib, jawaplah persoalan saya yang kabur jangan dikubur. Labur minda Ds Najib berdepan persoalan dan pertanyaan dari rakyat sebab “Rakyat didulukan”. Terima kasih.

Lebeh besar dari itu parah dan terperuaknya UM No terengganu menanti lunag kuburnya dan tali hayatya kian hampir bukan kerana lawannya PAS. Tetapi musohya adalah disebabkan retorik satu UM No tak menjadi. Yang menjadi ianya bercerai berpecah dengan berani semi-semi sipi-sipi macam mengemkakan ususl undi tidak percaya kepada YAB MB Terengganu oleh UM No/Bn sendiri, parah dan bedarah kes ini kalau PM6 jua PUM gagal berperanan. DS Najib kan anta orang bersih, mulut masin, beriman bertaqwa sentiasa diri dilindungi dengan wudzuk, dengan masin lidah berkat mulut dan bertawasullah dengan kerja baik DS, barangkali ianya masin dan mujarab nasehatlah UM No Tetengganu tu, Inshaallah kalau tak menjadi satu, menjadi ia mati ke alam kubur.
Biar kami sempurna dan talkinkan. OK

Tuesday, April 14, 2009

ANTARA BEDAI SANG BOYA DENGAN BEDAI UM No

DUA-DUA BEDAI BAHAYA
Orang Kedah, orang Perlis dan orang Penang kata bedal itu di sebut bedai dan crocodile-buaya di sebutkan boya. Bedai boya merupakan senjata ampuh boya lebih perkasa bisa dari keris gempaq usang yang Hishamuddin cabut setiap kali Pemuda UM No bersidang dulu. Bedai boya mampu menewaskan mangsanya dengan kelibat libas menggunakan ekornya yang kuat. Mangsanya cuma dikalangan dua jenis sahaja. Iaitu jenis haiwan di daratan yang menghampiri tebing sungai dan mangsa kedua adalah manusia, samada yang berada ditebing atau manusia yang berada di dalam sampan, perahu dan kolek.
Pasti berbeda diantara bedai boya dengan bedai UM No. Kalau tak ada ekoq macam mana nak bedai? Persoalan ini samalah juga dengan arak. Arak merupakan minuman haram ditegah kepada umat Islam meminumnya dalam apa-apa keadaan sekali pun dan dosanya meliputi semua pelaku. Arak kedua misalnya selepas negara mencapai kemerdekaan, khususnya diawal-awal menyambut kemerekaan. Kalau tidak salah ingatan saya turut menyambut ulang kemerdekaan 1962 secara meriah dan besar-besar.
Di atas inisiatif YAB Pemangku MB Perlis Ketika itu YB Dato’ Ahmad Musa ADUN Sanglang. Fiesta tersebut diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Syed Kassim (Che Kassim), Perlis Indra Kayangan lanie tukar jadi Indra Sunnah.
(Bangunan lama itu dijadikan asas kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat dan ditukar kepada nama Sekolah Menengah Syed Saffi – Menerusi dua aliran kebangsaan dan Inggeris. Sebaik 2 blok bangunan baru siap di tempat sekarang dan bangunan SK lama pengajian untuk sesi petang. Disinilah aku menemui guru-guru sejatiku diantaranya adalah (1) Cikgu Sulaiman (2) Cikgu Abdul (3) Almarhom Ustaz Hayazi Saidin (4) Cikgu Ramli Othman (5) Cikgu Mohd Yusof Hashim (6) Cikgu Hakimi Hashim dan isterinya (7) Cikgu Siti Nordinar Tamin (8) Mr Thean (9) Mr Koay Tean Chye (10) Cikgu Budriah Haji Salleh menjadi Profesor di USM dan baru pencen di USM (11) Cikgu Mansor Ibrahim (12) Pengarang Tersohor Negara – tulisan tercatek - Cikgu Rejab Bin Ismail – Rejab FI dan beberapa guru lagi. Apa khabar cikgu-cikgu ku semua. Saya doakan cikgu-cikgu semua berbahagian dengan anak cucu dan cicit. Saya pohon ampun maaf dari semua guru, halalkanlah semua ilmu yang dicurahkan kepada saya dulu, bertolak dari situ saya menuju menjadi manusia. Semua wajah-wajah guru dihadapan mata dan dalam ingatan saya cikgu. Sebilangan besar guru yang saya sebut khususnya Cikgu Budriah, mereka adalah guru bangsa, guru yang mengerti dan peka susah payah murid mereka dalam menyiapkan eksesori pembelajaran. Mereka adalah bank khairat kepada murid mereka. Dulu pemberian seringgit perbelanjaan 5 hari persekolah amat besar nilainya. Terima kasih cikgu-cikgu semua ku ucapkan Jazakumullahhukhairankasira).
Perkhidmatan arak 6 ekor gajah simbolik 6 tahun mencapai kemerdekaan (disewa dari Siam). Majlis tersebut mendapat sambutan perhatian dan minat rakyat ketika itu, termasuklah arak pasukan-pasukan silat tradisonal dari beberapa gelanggang tersohor ketika itu dengan guru dan pendikar masing-masing serta lawan bola sepak mewakili kampong masing-masing. Terasa macam saya mau mengimbaukan situasi tempatku ketiku itu, termasuk permainan perlawanan tradisional lain. Ketika itu tidak timbul garis pemisah rakyat disebabkan pilihan anutan politik kepartian yang berbeza.
Sekalipun YB Dato’ Ahmad Musa yang terus senonim rakyat memanggilnya ketika dulu dengan panggilan Tok Penghulu, atau Pengulu Mat (mantan Penghulu kawasan Sanglang) yang pendidikan formalnya rendah tetapi dihurmati rakyat samada dari PAS apa lagi UM No. Kalau reptilia boya cuma memiliki dua jenis mangsanya sahaja. Tetapi kelibat bedai UM No/BN dia bedai tak kira dimana dan bermacam-macamlah mangsa bedainya. UM No bedai semua jenis projek dan bedai merudum dikalangan mereka ahli-ahli UM No sendiri. Termasuk yang bukan mai dari dalam satu kelambu satu kawah yang pada pandangan mereka akan mengancam cengkaman keduukan mereka dengan ciptareka tuduhanpalsu dengan usahasama lengkap melengkapi saling perlu tulong menulongi iaitu penguatkuasaan tindakkan rakus dari tali hayat immuniti yang di perkatakan seperti dibawah.
Di lautan UM No bedai, diperut bumi UM No bedai, diatas bukit dan diangkasaraya UM No bedai. Pendek kata tak satu pun jenis mangsa berjenama projek mega raksaksa geruda yang puak UM No tak bedai. Apakah yang dibedai oleh UM No? Bukan setakat bedai saja yang UM No lakukan.Gagah bedai menyerat UM No ni, ianya sebati seperti isi dengan kuku atau lebih dalam bidalannya yang tepat, macam kentut dengan tahi. UM No memiliki IMMUNITI dan kekebalan selama semasa dan kini talihayat hidupnya bergayut seperti ungka tua dengan IMMUNITI asli iaitu KPN TS MHH/PDRM, CEO SPRM DS AS/SPRM, KHN TS ZA/Mahkamah, PN TS GP/JPN, MDN/KDN, PSPR TR AY/SPR, KSN dan penjawat awam yang lain. Gulungan-gulungan inilah yang menjuarai rasuak perkhidmatan, rasuah membalas budi yang sentiasa basah dan subur.
Immuniti UM No ini sentiasa menjadi pelundung kepada UM No dengan mangsanya adalah kepada pemimpin-pemimpin lawan UM No/BN dan kepada parti lawan UM No itu sendiri. Sejak zaman mantan PM22 tahun dia bedai macam-macam. Sama-sama bedai PM22T dia bebedak hasil bedai khazanah negara/khazanah rakyat itu dikalangan anak-anaknya serta kroni-kroninya yang tegar bijak sana merealisasiakn BCA (Bodek Cucok Ampu) yang sebulu dan serakit dengannya. Maka lahirlah jutawan tak ketahuan dalam UM No hasil pendapatan dari bedai-bedai tersebut. PM22 tahun kerangka projek diperut bumi, dilautan, diatas bukit diperut bumi semmuanya mereka bedai dibagi agehkan kepada UM No.
Bukan semua pemimpin UM No tetapi pemimpin UM No yang menjadi tegar pengampu, tegar bodek dan tegar menjadi pecacai kepada PM22T. Bedai yang kuat gagah perkasa ianya diluar jangkaun undang-undang dan peraturan dan diluar pengawasan mampu BPR lanie nama baru, ampu dan immuniti UM No seperti dulu juga.Semua projek-projek yang dibedai adalah atas dasar pelaksanaan DEB dan membantu Melayu-Bumiputra. Yang menrima semua projek-projek tersebut yang dibedai oleh PM22T. Dikalangan UM No kroni PM22T menjado raja boneka mendapat projek geruda atas nama Bumiputra.
Hakikatnya adalah segelintir dikalangan ahli UM No penyokong setia maha PM2T. Bila gagal projek geruda raksaksa rakyat dan negaralah menjadi mangsa menanggung membayar balek hutang-hutang kroni-kroni PM22T atas selogan NPL. Paling haram jadah UM No ini menuging tunjuk projek yang UM No putra laksana itu gagal maka di bedai terus menjadi kegagalan Bumiputra. Zalim sungguh bedai UM No mengaitkan kerja kandas kecundang itu dengan UM No.PM22T dan MK ZZ depa bedai depa kaut semua khazanah negara rezeki rakyat, menjadi macam peninggalan harta pesaka bapak depa mewarisi dan mempusakai dan paraidkan. Sampai 70 keturun maseh bertimbun.
Sedih kegagalan, pecah amanah semuanya dibedai itu mereka letakkan diatas punak dan kepala jenama kegagalan Melayu Bumiputra semua, adilkah? Sedangkan yang buat kerja sebat dan begitu adalah UM No putra. UM No putra tu pun adalah puak suku sakat dan saka PM22T dan MK ZZ. Komponan BN juga tidak terlepas seperti parti MCA, Gerakan yang memangsakan kaum Cina sedangkan mereka yang bedai dikalangan pemimpin G10 MCA/Gerakan. Termasuklah MIC dan Samy Vellu memangsakan bangsanya sendiri dan bedai tertiarap orang-orang India.Saya sebutkan syarikat geruda naga dikalangan UM No, MCA dan MIC sekadar yang mampu saya ingat syarikat-syarikat yang dihubungkaitkan dengan UM No melalui menerusi proksinya hatta proksi kepada UM NO, MIC , MCA dll komponan.
Diantara syarikat dapat diingati ialah:- Sababumi (Sandakan) SB, Mycom Bhd, Daimaju Ent SB, Aokam Tin Bhd, Halimtan SB jai WASpavest. Melewar Group, D & C Bank Bhd, Hatibudi SB, Berjaya Corp Bhd, Taman Bukit Maluri SB, sistem Television (M) BHD – STMB, Fleer Group SB dan bergantang-gantang lagi syarikat lama di reform nama dan saka pemilik UM No juga. Ituadalah sebahagian dari bedai lama UM No memerentah, hidup UM No! Macammana PM6?Wahai rakyat Malaysia negaraku, saksikanlah itulah bedai BN/UM No, MCA, MIC dan Gerakan disebalik mewar-warkan membangunkan negara dalam masa yang sama sejajar dan seiring dengan membangunkan negara dalam ketika yang sama serentak mereka bedai projek-projek dan terus bedai melungguk projek tersebut didalam satu gudang yang sama.
Sampaikan hasil bedai itu tidak dapat disimpan dalam gudang dan terpaksa dipindahkan kegudang seperti Swisstherland, Singapura, Australia dan lain-lain gudang sampai ditangkap berkilo berguni hasil bedai dibawa lari disimpan keluar negeri luar negara. Itulsh wajah-wajah adli UM No yang menjadi lanun membadai bedai khazanah nrgara rakyat.Baru-baru ini sebelum dan sebaik-baik sahaja keputusan resmi PRK di P 59 Bukit Gantang, N 25 Bukit Selambau dan N 29 Batang Ai diatas seruan mengemis menadah tempurung jantan bulu dengan terpampang bena-bena dengan tempat mendapat perhatian dan sasaran pengundi hakim rakyat dengan “MOHON RESTU RAKYAT” dengan gambar-gambar saiz raksaksa.
Lanie depa dah jawat PM, TPM, jawat MB Haram dan calun UM N0/BN P 59 Bukit Gantang Encik Ismail Bin Saffian. Mereka-mereka ini alih pandang dan tanggapan rakyat yang sememangnya sebilangan besar rakyat khusus khasnya pengundi P 59 Bukit Gantang mengetahui PASti sah dan soheh tentang RAMPASAN KUASA HARAM DS NAJIB KEATAS KERAJAAN PR PAS, DAP dan PKR Negeri Perak dan menubuhkan KERAJAAN HARAM UM No/BN PERAK.PRK P 59 Bikit Gantang khususnya, ianya apa-apa pun adalah PRK biasa sahaja, bukanlah merupakan satu ‘REFERUNDUM – PUNGUTAN SUARA RAKYAT’ kepada DS Najib yang baru disahkan menjawat P UM No dan PM juga kepada Kerajaan Haram UM No/BN khasnya kepada mamak pedukang Pangkor tersebut, kerana ini pilihanray perengkat Parlimen bukan pilihanraya DUN. Ini bukan bahasa beralas.
Tetapi mengalih realiti pandangan dan keputusan pengundi dan G5 UM No ini terus bedai dan mainkan minda rakyat. Saya taknak lah namakan disini siapa G5 UM No yang sebutkan begitu, nanti bertambah besar dan bertambah panjanglah kemaluan batang ai nya.Kalau nak nafikan bukan referendun atau pungutan suara rakyat, jangan sampai kita dipangkah didahi dan dicop oleh rakyat dan pengundi yang penafian itu menjurus kepada membuka pekong kebodohan diri sendiri dari realiti hakiki dan dibedai mangsakan bersekali dengan penguni. Awat hampa bengong sangat, PRK P 59 Bukit Gantang ni terletak dalam Negeri Perak yang negeri ini telah diharuharakan oleh PM yang menjadi kepala rampasankuasa dan menubuhkan kerajaan haram UM No/BN di Perak dengan mendapat semua immuniti dan hamparan dan selendang kuning.Awat bengong sangat, nak bagi alasan pun, biarkanlah jangan sampai diri sendiri jadi; makan pulut buah temikai; buta perut tak dak akai.
Kalau Parlimen di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan adalah benar dan betul. Tapi hang jangan jadi pekak tuli dan banyak lidah. P 59 Bukit Gantang dalam negeri Perak yang UM No rampaskuasa dan tubuh kerajaan haram UM No/BN. P 59 BG terdiri dari 3 DUN iaitu:-(1) DUN - N 13 Kuala Sepetang – 19, 699 pengundi.(2) DUN - N 14 Changkat Jering – 24,864 pengundi.(3) DUN - N 15 Terong – 10,908 pengundi.Kepada penafian dari pemimpin G5 UM No yang pekak yang terus bedai realiti yang hakiki N !3, N 14 dan N 15 tu menatang apa? Tidakkah tertegaknya P 59 Bukit Gantang adalah diatas paksi wujud 3 DUN yang disahkan oleh SPR? Jangan badai sampai rakyat dan pengundi turut mau dibengongkan macam pemimpin G5 UM No, janganlah!!!!!! Malu dengan fakta dan pandangan palsu yang melulu. Apa macam? Fakta mana yang benar lagi tepat.
Soalan cepu emas dari bola tanggong G% pemimpin UM No Negara dan UM No Perak jangan perak dengan fakta.Maknanya telah 3 muafakat bersatu “KUASA RAKYAT” pengundi DUN tolak permohonan UM No/Bn khususnya PM dan TPM/mamak pedukang Pangkor ‘MEMOHON RESTU RAKYAT’. Dan tidak samasekali RAKYAT DAN PENGUNDI di ketiga-tiga DUN Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Kuala Sepetang memberi RESTU MEREKA kepada rampasankuasa di Perak, RESTU kepada DS N PM kepala lanun merampaskuasa di Perak dan RESTU kepada mamak pedukang jadi MB haram UM No/BN. Semua RESTU dipinta oleh UM No Ini telah ditolak dan dinafikan tutas oleh pengundi-pengundi dalam PRK P 59 Bukit Gantang pada 7 April 2009 Selasa lalu hari genap seminggu (8) hari.
Baru panas berlaku peristiwa hitam iaitu badai amat besar di bedai langsung rebah terterap membaham tanah koi, iaitu pelindung kepentingan Melayu dan Bumiputra. Ianya megah dissempurnakan oleh Presiden UM No/Pengerusi BN dalam reform pekemas kabinet dapornya dan reform pekuatkan cengkaman 100% dalam UM No, sampaikan bisu, pekak, tuli dan bisu, tidak terdapat sekerat pun dikalangan anu-anu dan mangkok-mangkok pemimpin UM No semua darjat dan peringkat berani keraskan batang bangun membantah dan sanggah sebagaimana dilakukan oleh hampa dan pecacai-pecacai UM No naik turun dengan dokumen bokti membuat report salah kepada YAB KM PP diatas isu tender terbuka CAT dan DEB.
Hebat dan syabash UM No dan pecacai terompah perjuangan hampa, hampa padi.Hampa tau atau buat-buat tak tau, ketika Najib PM reform kabinet dapornya langsung menjadi kabinet jamban terbang jamban pusing. PM Najib 1,000 kali lebih berani dari KM PP LGE sekadar sentuh tender terbuka dan kaji balek tentang DEB. Tetapi PM Najib terus tendang terajang buang kelongkang bertindak bangga perkasa iaitu telah memansohkan kementerian yang menjaga dan melindungi kepentingan Bumiputra dan kepentingan Melayu walau terdapat banyak tiris dan tembus perjalanannya. Najib Altantuya PM telah mansuhkan secara resmi iaitu Pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), Mashaallah, awat macam tu hampa UM No tak lawan dan bantah.
Awat tak cabut keris marah koyak gambar Najib? Ni hampa UM No bercawat kotea, inilah pejuang pembela bangsa, ugama dan negara dalam kamus UM No, yes or no!!!!Sebaik badai dan bedai demikian rupa, satu pertanyaan soalan cepu emas kepada UM No khususnya kepada PM dan TPM. Bagaimana nasib Usahawan dan tak ketahuan dan bakal Usahawan Melayu dan Bumiputra sebaik kabinet PM Najib menjelma di alam maya ini? Terjejas atau terkuburnya meraka sebelum UM No terkubur iaitu nasib usahawan Bumiputera dalam negara. Agensi-agensi seprti Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dibawahnya pula terdapat bebrapa agensi penting selama ini memberi perlindungan kepada Melayu dan Bumiputra kata UM No selama ini seperti YPM khususnya MRSM dan macam-macam lagi.
Semua ni nak tak tang mana atau nak dikuburkan bersekali dengan kementerian nya yang telah menjadi /Almarhom dan aruah seiring dengan Najib PM menjadi Pm6 negara Melayu dan Bumiputra berduka. Sesungguhnya badai dan bedai UM No menerusi Najib PM6 kali ini, ianya akan membawa kepada noktah akhir hayat UM No dalam perjalanan batas pendek tali hayat yang disempurnakan oleh Presiden UM No/merangkap Najib PM6 untuk memberi kesempatan dan titik akhir orang-orang Melayu dan Bumiputra, benarkah UM No ini pembela Agama Islam, Pembela Banga Melayu dan Bumiputra dalam Pembelaan mencari makan sesuap nasi, semua persoalan dan jawapannya PM6 Najib telah tintakan untuk rakyat dan pengundi korban dan putuskan talihayat perjalanan panjang UM No yang menuju jalan batas pendek dalam PRU13 nanti. Itulah bedai UM No lebih bisa dan bahaya dari bedai sang boya.
Posted by al 'awab at 9:44 AM

ANTARA BEDAI SANG BOYA DENGAN BEDAI UM No

ANTARA BEDAI SANG BOYA DENGAN BEDAI UM No.

DUA-DUA BEDAI BAHAYA

Orang Kedah, orang Perlis dan orang Penang kata bedal itu di sebut bedai dan crocodile-buaya di sebutkan boya. Bedai boya merupakan senjata ampuh boya lebih perkasa bisa dari keris gempaq usang yang Hishamuddin cabut setiap kali Pemuda UM No bersidang dulu. Bedai boya mampu menewaskan mangsanya dengan kelibat libas menggunakan ekornya yang kuat. Mangsanya cuma dikalangan dua jenis sahaja. Iaitu jenis haiwan di daratan yang menghampiri tebing sungai dan mangsa kedua adalah manusia, samada yang berada ditebing atau manusia yang berada di dalam sampan, perahu dan kolek.

Pasti berbeda diantara bedai boya dengan bedai UM No. Kalau tak ada ekoq macam mana nak bedai? Persoalan ini samalah juga dengan arak. Arak merupakan minuman haram ditegah kepada umat Islam meminumnya dalam apa-apa keadaan sekali pun dan dosanya meliputi semua pelaku. Arak kedua misalnya selepas negara mencapai kemerdekaan, khususnya diawal-awal menyambut kemerekaan. Kalau tidak salah ingatan saya turut menyambut ulang kemerdekaan 1962 secara meriah dan besar-besar. Di atas inisiatif YAB Pemangku MB Perlis Ketika itu YB Dato’ Ahmad Musa ADUN Sanglang. Fiesta tersebut diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Syed Kassim (Che Kassim), Perlis Indra Kayangan lanie tukar jadi Indra Sunnah.

(Bangunan lama itu dijadikan asas kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat dan ditukar kepada nama Sekolah Menengah Syed Saffi – Menerusi dua aliran kebangsaan dan Inggeris. Sebaik 2 blok bangunan baru siap di tempat sekarang dan bangunan SK lama pengajian untuk sesi petang. Disinilah aku menemui guru-guru sejatiku diantaranya adalah (1) Cikgu Sulaiman (2) Cikgu Abdul (3) Almarhom Ustaz Hayazi Saidin (4) Cikgu Ramli Othman (5) Cikgu Mohd Yusof Hashim (6) Cikgu Hakimi Hashim dan isterinya (7) Cikgu Siti Nordinar Tamin (8) Mr Thean (9) Mr Koay Tean Chye (10) Cikgu Budriah Haji Salleh menjadi Profesor di USM dan baru pencen di USM (11) Cikgu Mansor Ibrahim (12) Pengarang Tersohor Negara – tulisan tercatek - Cikgu Rejab Bin Ismail – Rejab FI dan beberapa guru lagi. Apa khabar cikgu-cikgu ku semua. Saya doakan cikgu-cikgu semua berbahagian dengan anak cucu dan cicit. Saya pohon ampun maaf dari semua guru, halalkanlah semua ilmu yang dicurahkan kepada saya dulu, bertolak dari situ saya menuju menjadi manusia. Semua wajah-wajah guru dihadapan mata dan dalam ingatan saya cikgu. Sebilangan besar guru yang saya sebut khususnya Cikgu Budriah, mereka adalah guru bangsa, guru yang mengerti dan peka susah payah murid mereka dalam menyiapkan eksesori pembelajaran. Mereka adalah bank khairat kepada murid mereka. Dulu pemberian seringgit perbelanjaan 5 hari persekolah amat besar nilainya. Terima kasih cikgu-cikgu semua ku ucapkan Jazakumullahhukhairankasira).

Perkhidmatan arak 6 ekor gajah simbolik 6 tahun mencapai kemerdekaan (disewa dari Siam). Majlis tersebut mendapat sambutan perhatian dan minat rakyat ketika itu, termasuklah arak pasukan-pasukan silat tradisonal dari beberapa gelanggang tersohor ketika itu dengan guru dan pendikar masing-masing serta lawan bola sepak mewakili kampong masing-masing. Terasa macam saya mau mengimbaukan situasi tempatku ketiku itu, termasuk permainan perlawanan tradisional lain. Ketika itu tidak timbul garis pemisah rakyat disebabkan pilihan anutan politik kepartian yang berbeza. Sekalipun YB Dato’ Ahmad Musa yang terus senonim rakyat memanggilnya ketika dulu dengan panggilan Tok Penghulu atau Pengulu Mat (mantan Penghulu kawasan Sanglang) yang pendidikan formalnya rendah tetapi dihurmati rakyat samada dari PAS apa lagi UM No.

Kalau reptilia boya cuma memiliki dua jenis mangsanya sahaja. Tetapi kelibat bedai UM No/BN dia bedai tak kira dimana dan bermacam-macamlah mangsa bedainya. UM No bedai semua jenis projek dan bedai merudum dikalangan mereka ahli-ahli UM No sendiri tetapi yang bukan mai dari dalam satu kelambu satu kawah yang pada pandangan mereka akan mengancam cengkaman keduukan mereka dengan tuduhan berat yang palsu dengan usahasama lengkap melengkapi saling perlu tulong menulongi iaitu penguatkuasaan tindakkan rakus dari tali hayat immuniti yang di perkatakan seperti dibawah. Di lautan UM No bedai, diperut bumi UM No bedai, diatas bukit dan diangkasaraya UM No bedai. Pendek kata tak satu pun jenis mangsa berjenama projek mega raksaksa geruda yang puak UM No tak bedai. Apakah yang dibedai oleh UM No? Bukan setakat bedai saja yang UM No lakukan.

Gagah bedai menyerat UM No ni, ianya sebati seperti isi dengan kuku atau lebih dalam bidalannya yang tepat, macam kentut dengan tahi. UM No memiliki IMMUNITI dan kekebalan selama semasa dan kini talihayat hidupnya bergayut seperti ungka tua dengan IMMUNITI asli iaitu KPN TS MHH/PDRM, CEO SPRM DS AS/SPRM, KHN TS ZA/Mahkamah, PN TS GP/JPN, MDN/KDN, PSPR TR AY/SPR, KSN dan penjawat awam yang lain. Gulungan-gulungan inilah yang menjuarai rasuak perkhidmatan, rasuah membalas budi yang sentiasa basah dan subur. Immuniti UM No ini sentiasa menjadi pelundung kepada UM No dengan mangsanya adalah kepada pemimpin-pemimpin lawan UM No/BN dan kepada parti lawan UM No itu sendiri.

Sejak zaman mantan PM22 tahun dia bedai macam-macam. Sama-sama bedai PM22T dia bebedak hasil bedai khazanah negara/khazanah rakyat itu dikalangan anak-anaknya serta kroni-kroninya yang tegar bijak sana merealisasiakn BCA (Bodek Cucok Ampu) yang sebulu dan serakit dengannya. Maka lahirlah jutawan tak ketahuan dalam UM No hasil pendapatan dari bedai-bedai tersebut. PM22 tahun kerangka projek diperut bumi, dilautan, diatas bukit diperut bumi semmuanya mereka bedai dibagi agehkan kepada UM No. Bukan semua pemimpin UM No tetapi pemimpin UM No yang menjadi tegar pengampu, tegar bodek dan tegar menjadi pecacai kepada PM22T. Bedai yang kuat gagah perkasa ianya diluar jangkaun undang-undang dan peraturan dan diluar pengawasan mampu BPR lanie nama baru, ampu dan immuniti UM No seperti dulu juga.

Semua projek-projek yang dibedai adalah atas dasar pelaksanaan DEB dan membantu Melayu-Bumiputra. Yang menrima semua projek-projek tersebut yang dibedai oleh PM22T. Dikalangan UM No kroni PM22T menjado raja boneka mendapat projek geruda atas nama Bumiputra. Hakikatnya adalah segelintir dikalangan ahli UM No penyokong setia maha PM2T. Bila gagal projek geruda raksaksa rakyat dan negaralah menjadi mangsa menanggung membayar balek hutang-hutang kroni-kroni PM22T atas selogan NPL. Paling haram jadah UM No ini menuging tunjuk projek yang UM No putra laksana itu gagal maka di bedai terus menjadi kegagalan Bumiputra. Zalim sungguh bedai UM No mengaitkan kerja kandas kecundang itu dengan UM No.

PM22T dan MK ZZ depa bedai depa kaut semua khazanah negara rezeki rakyat, menjadi macam peninggalan harta pesaka bapak depa mewarisi dan mempusakai dan paraidkan. Sampai 70 keturun maseh bertimbun. Sedih kegagalan, pecah amanah semuanya dibedai itu mereka letakkan diatas punak dan kepala jenama kegagalan Melayu Bumiputra. Sedangkan yang buat kerja sebat dan beai tu adalah UM No putra. UM No putra tu pun adalah puak suku sakat dan saka PM22T dan MK ZZ. Komponan BN juga tidak terlepas seperti parti MCA, Gerakan yang memangsakan kaum Cina sedangkan mereka yang bedai dikalangan pemimpin G10 MCA/Gerakan. Termasuklah MIC dan Samy Vellu memangsakan bangsanya sendiri dan bedai tertiarap orang-orang India.

Saya sebutkan syarikat geruda naga dikalangan UM No, MCA dan MIC sekadar yang mampu saya ingat syarikat-syarikat yang dihubungkaitkan dengan UM No melalui menerusi proksinya hatta proksi kepada UM NO, Mic , Mca dll komponan. Diantara syarikat dapat diingati ialah:- Sababumi (Sandakan) SB, Mycom Bhd, Daimaju Ent SB, Aokam Tin Bhd, Halimtan SB jai WASpavest. Melewar Group, D & C Bank Bhd, Hatibudi SB, Berjaya Corp Bhd, Taman Bukit Maluri SB, sistem Television (M) BHD – STMB, Fleer Group SB dan bergantang-gantang lagi syarikat lama di reform nama dan saka pemilik UM No juga. Ituadalah sebahagian dari bedai lama UM No memerentah, hidup UM No! Macammana PM6?

Wahai rakyat Malaysia negaraku, saksikanlah itulah bedai BN/UM No, MCA, MIC dan Gerakan disebalik mewar-warkan membangunkan negara dalam masa yang sama sejajar dan seiring dengan membangunkan negara dalam ketika yang sama serentak mereka bedai projek-projek dan terus bedai melungguk projek tersebut didalam satu gudang yang sama. Sampaikan hasil bedai itu tidak dapat disimpan dalam gudang dan terpaksa dipindahkan kegudang seperti Swisstherland, Singapura, Australia dan lain-lain gudang sampai ditangkap berkilo berguni hasil bedai dibawa lari disimpan keluar negeri luar negara. Itulsh wajah-wajah adli UM No yang menjadi lanun membadai bedai khazanah nrgara rakyat.

Baru-baru ini sebelum dan sebaik-baik sahaja keputusan resmi PRK di P 59 Bukit Gantang, N 25 Bukit Selambau dan N 29 Batang Ai diatas seruan mengemis menadah tempurung jantan bulu dengan terpampang bena-bena dengan tempat mendapat perhatian dan sasaran pengundi hakim rakyat dengan “MOHON RESTU RAKYAT” dengan gambar-gambar saiz raksaksa. Lanie depa dah jawat PM, TPM, jawat MB Haram dan calun UM N0/BN P 59 Bukit Gantang Encik Ismail Bin Saffian. Mereka-mereka ini alih pandang dan tanggapan rakyat yang sememangnya sebilangan besar rakyat khusus khasnya pengundi P 59 Bukit Gantang mengetahui PASti sah dan soheh tentang RAMPASAN KUASA HARAM DS NAJIB KEATAS KERAJAAN PR PAS, DAP dan PKR Negeri Perak dan menubuhkan KERAJAAN HARAM UM No/BN PERAK.

PRK P 59 Bikit Gantang khususnya, ianya apa-apa pun adalah PRK biasa sahaja, bukanlah merupakan satu ‘REFERUNDUM – PUNGUTAN SUARA RAKYAT’ kepada DS Najib yang baru disahkan menjawat P UM No dan PM juga kepada Kerajaan Haram UM No/BN khasnya kepada mamak pedukang Pangkor tersebut, kerana ini pilihanray perengkat Parlimen bukan pilihanraya DUN. Ini bukan bahasa beralas. Tetapi mengalih realiti pandangan dan keputusan pengundi dan G5 UM No ini terus bedai dan mainkan minda rakyat. Saya taknak lah namakan disini siapa G5 UM No yang sebutkan begitu, nanti bertambah besar dan bertambah panjanglah kemaluan batang ai nya.

Kalau nak nafikan bukan referendun atau pungutan suara rakyat, jangan sampai kita dipangkah didahi dan dicop oleh rakyat dan pengundi yang penafian itu menjurus kepada membuka pekong kebodohan diri sendiri dari realiti hakiki dan dibedai mangsakan bersekali dengan penguni. Awat hampa bengong sangat, PRK P 59 Bukit Gantang ni terletak dalam Negeri Perak yang negeri ini telah diharuharakan oleh PM yang menjadi kepala rampasankuasa dan menubuhkan kerajaan haram UM No/BN di Perak dengan mendapat semua immuniti dan hamparan dan selendang kuning.

Awat bengong sangat, nak bagi alasan pun, biarkanlah jangan sampai diri sendiri jadi; makan pulut buah temikai; buta perut tak dak akai. Kalau Parlimen di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan adalah benar dan betul. Tapi hang jangan jadi pekak tuli dan banyak lidah. P 59 Bukit Gantang dalam negeri Perak yang UM No rampaskuasa dan tubuh kerajaan haram UM No/BN. P 59 BG terdiri dari 3 DUN iaitu:-

(1) DUN - N 13 Kuala Sepetang – 19, 699 pengundi.
(2) DUN - N 14 Changkat Jering – 24,864 pengundi.
(3) DUN - N 15 Terong – 10,908 pengundi.

Kepada penafian dari pemimpin G5 UM No yang pekak yang terus bedai realiti yang hakiki N !3, N 14 dan N 15 tu menatang apa? Tidakkah tertegaknya P 59 Bukit Gantang adalah diatas paksi wujud 3 DUN yang disahkan oleh SPR? Jangan badai sampai rakyat dan pengundi turut mau dibengongkan macam pemimpin G5 UM No, janganlah!!!!!! Malu dengan fakta dan pandangan palsu yang melulu. Apa macam? Fakta mana yang benar lagi tepat. Soalan cepu emas dari bola tanggong G% pemimpin UM No Negara dan UM No Perak jangan perak dengan fakta.

Maknanya telah 3 muafakat bersatu “KUASA RAKYAT” pengundi DUN tolak permohonan UM No/Bn khususnya PM dan TPM/mamak pedukang Pangkor ‘MEMOHON RESTU RAKYAT’. Dan tidak samasekali RAKYAT DAN PENGUNDI di ketiga-tiga DUN Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Kuala Sepetang memberi RESTU MEREKA kepada rampasankuasa di Perak, RESTU kepada DS N PM kepala lanun merampaskuasa di Perak dan RESTU kepada mamak pedukang jadi MB haram UM No/BN. Semua RESTU dipinta oleh UM No Ini telah ditolak dan dinafikan tutas oleh pengundi-pengundi dalam PRK P 59 Bukit Gantang pada 7 April 2009 Selasa lalu hari genap seminggu (8) hari.

Baru panas berlaku peristiwa hitam iaitu badai amat besar di bedai langsung rebah terterap membaham tanah koi, iaitu pelindung kepentingan Melayu dan Bumiputra. Ianya megah dissempurnakan oleh Presiden UM No/Pengerusi BN dalam reform pekemas kabinet dapornya dan reform pekuatkan cengkaman 100% dalam UM No, sampaikan bisu, pekak, tuli dan bisu, tidak terdapat sekerat pun dikalangan anu-anu dan mangkok-mangkok pemimpin UM No semua darjat dan peringkat berani keraskan batang bangun membantah dan sanggah sebagaimana dilakukan oleh hampa dan pecacai-pecacai UM No naik turun dengan dokumen bokti membuat report salah kepada YAB KM PP diatas isu tender terbuka CAT dan DEB. Hebat dan syabash UM No dan pecacai terompah perjuangan hampa, hampa padi.

Hampa tau atau buat-buat tak tau, ketika Najib PM reform kabinet dapornya langsung menjadi kabinet jamban terbang jamban pusing. PM Najib 1,000 kali lebih berani dari KM PP LGE sekadar sentuh tender terbuka dan kaji balek tentang DEB. Tetapi PM Najib terus tendang terajang buang kelongkang bertindak bangga perkasa iaitu telah memansohkan kementerian yang menjaga dan melindungi kepentingan Bumiputra dan kepentingan Melayu walau terdapat banyak tiris dan tembus perjalanannya. Najib Altantuya PM telah mansuhkan secara resmi iaitu Pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), Mashaallah, awat macam tu hampa UM No tak lawan dan bantah. Awat tak cabut keris, ni hampa UM No bercawat kotea, inilah pejuang pembela bangsa, ugama dan negara dalam kamus UM No, yes or no!!!!

Sebaik badai dan bedai demikian rupa, satu pertanyaan soalan cepu emas kepada UM No khususnya kepada PM dan TPM. Bagaimana nasib Usahawan dan tak ketahuan dan bakal Usahawan Melayu dan Bumiputra sebaik kabinet PM Najib menjelma di alam maya ini? Terjejas atau terkuburnya meraka sebelum UM No terkubur iaitu nasib usahawan Bumiputera dalam negara. Agensi-agensi seprti Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dibawahnya pula terdapat bebrapa agensi penting selama ini memberi perlindungan kepada Melayu dan Bumiputra kata UM No selama ini seperti YPM khususnya MRSM dan macam-macam lagi. Semua ni nak tak tang mana atau nak dikuburkan bersekali dengan kementerian nya yang telah menjadi /Almarhom dan aruah seiring dengan Najib PM menjadi Pm6 negara Melayu dan Bumiputra berduka.
Sesungguhnya badai dan bedai UM No menerusi Najib PM6 kali ini, ianya akan membawa kepada noktah akhir hayat UM No dalam perjalanan batas pendek tali hayat yang disempurnakan oleh Presiden UM No/merangkap Najib PM6 untuk memberi kesempatan dan titik akhir orang-orang Melayu dan Bumiputra, benarkah UM No ini pembela Agama Islam, Pembela Banga Melayu dan Bumiputra dalam Pembelaan mencari makan sesuap nasi, semua persoalan dan jawapannya PM6 Najib telah tintakan untuk rakyat dan pengundi korban dan putuskan talihayat perjalanan panjang UM No yang menuju jalan batas pendek dalam PRU13 nanti. Itulah bedai UM No lebih bisa dan bahaya dari bedai sang boya.

Sunday, April 12, 2009

SAYA RESPON DENGAN KEDAHLANIE

SAYA RESPON DENGAN KEDAHLANIE, INSHAALLAH ADIL DENGAN DIRI DAN ADIL DENGAN PANDANGAN.
11 May 2009-

APA PENDAPAT ANDA SELAMA 13 BLN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH KEDAH..???

Assalamuallaikum,Sesudah berusia 13 bulan jangka hayat pentadbiran NEGERI KEDAH disini kami pihak KedahLanie ingin membuka satu Ruangan Pendapat untuk semua warga Kedahlanie untuk memberikan PENDAPAT, LUAHAN PERASAAN, PANDANGAN serta apa yang berkaitan sewaktu dengannya berkaitan KERAJAAN NEGERI KEDAH sekarang ini.SILA berikan pendapat dan luahan anda di ruangan 'komen' yang disediakan dan anda juga di pohon untuk memberikan undian di POLL yang disediakan untuk mendapat makluman akan PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI selama 13 bulan ini...
Sekian Terima Kasih


Mualaikumsalam warahmattullah wabarakatuh

Pengarang Kedahlanie,

Assalamualaikum warahmattullah wabarakatuh.

Tuan,

13 KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MEMERENTAH KEDAH DARUL AMAN

Alhamulillah, pertamanya kita panjat syukur dan doa yang tidak putus kepangkuan Allah azzajawalla diatas ketentuanNya telah memberi kemenangan kepada PR dalam PRU12 pada 8 Mac 2009 yang lalu. Ketentuan PR menerusi PAS, PKR dan DAP menubhkan kerajaan baru untuk negeri Kedah DA dengan kerajaan PR terdiri dari 3 pakatan dominasi parti.

2. Secara pribadi saya Ibn Abdullah Al Awab bersama keluarga mendoakan DS Ustaz Azizan Razak sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan NK menjawat jawatan MB bersekali dengan saf Exco yang mencerminkan kesepakatan dan halatuju PR dengan ‘Ketuanan Rakyat dan Hakim Rakyat’. YAB DS MB dan semua saf EXCO KNK telah melepasi saat getir memerentah serta mampu dan berjaya melepasi tahap pertama belajar menjadi Exco dan belajar menjadi wakil rakyat untuk Adun-adun yang baru kebetulan dilantek menganggotai saf Ecxo.

3. Saya amat teruja dan sebak rasa dada, sampaikan saya terpaksa mendapatkan 3 jenis pam untuk 3 jenis dos tegar asthma untuk menghindarkan kembali ke H untuk pertolongan. Ianya berkaitan dengan Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim dalam ceramah PRK P 25 Bukit Selambau baru-baru ini, saya mengikuti blog. Dihadapan puluhan ribu penyokong, rakyat dan pengundi Bukit Selambau, DS Anwar Ibrahim memperakui dan mengistiharkan yang mana beliau mengenali YAB MB Kedah Ustaz Azizan Razak sejak 30 dahulu dan DSAI juga membuat pengakuan serupa ke Atas YB DS Ir Nizar, saya bangga dan terharu kerana kedua-dua pemimpin datangnya dari parti aku anuti iaitu PAS.
Bererti DS Anwar mengenali Ustaz Azizan sejak zaman ABIM, zaman Anwar Ibrahim didalam UMNO keluar dari UMNO sehingga sekarang. Pengiktirafan dan pujian DS ABI keatas YAB DS Azizan tersebut, biarkanlah ianya dapat dimixkan dirangkumkan bersekali dengan watak dan sifat positif Ustaz Azizan tersebut mengalir dan dijiwai bersama oleh sekelian saf Exco juga Adun-adun yang lain. Disudut menjawat saf Exco untuk perlantekkan kedua.

Nota tambah: Saya mengenali secara dekat Ustaz Azizan ini melalui Pak Penakan saya hampir 30 tahun dahulu iaitu Almarhom Ustaz Abu Bakar Hamzah ketika mereka bersama-sama di Kent UK dahulu, jua melalui teman sahabat dari Perlis yang sama-sama dengan Ustaz. Saya jua mengenali Ustaz dari lidah Tok saya yang Ustaz Azizan ini titihnya juga bermula di antara darah Sungai Belati, Sungai Padang dan Sungai Baru. Atau entahlah Ustaz Azizan Razak ini lain dari Ustaz Azizan sebagaimana dicertiakan oleh Pak Penakan dan oleh Tok saya. Kalau tersasar cerita tersebut, maafkan saya YAB DS Ustaz Azizan Razak, maafkan ana.

4. Beberapa mehnah dan krenah biokrasi dan beberapa persoalan yang berbentuk fitnah, sangkaan jahat bermatlamat jahat oleh lawan kepangkuan kerajaan PR, terus membiak, berjalan dan berkembang mengikut tiupan bayu hatta spekulasi keperluan semasa diketengahkan. Semuanya dapat diatas dengan tabah dan berdayamampu berhadapan menangkis dan tepis masalah yang dihadapi oleh YAB DS MB Ustaz Azizan Razak. Namun asakkan dan gangguan ala lanun, ala perompak terus menghantui kerajaan PR Kedah tidak boleh dinafi dan ditiadakan bergelora dihadapi.
Kemuncaknya ianya telah menjadi gelombang dan taufan yang berakhir dengan PRK N 25 Bukit Selambau. yang cuba di ketengahkan oleh musuh politik dan lawan politik PAS, PKR dan DAP khususnya serangan dari UM No/BN telah dapat dipatahkan serta mampu diselesaikan secara realistik dengan hujah politik yang bertamaddun. Kadangkala UM No memberi bola tanggung, yang ianya membolehkan YAB DS MB menggunakan pengalaman dan pengamatannya dalam menjawab dan menangkis dan balingkan kembali bola tanggung tersebut tepat kesasaran kembali singgah kebatang ai mereka.

5. Sebelum dan selepas PRK N 25 Bukit Selambau, PR telah mencipta dua wira dan juara dengan berhemah tinggi hemah jati diri dibawah kerajaan PR yang diketuai oleh YAB DS MB Ustaz Azizan. Iaitu mantan Adun dan mantan Exco N 25 Bukit Selambau iaitu V Arumugam, inilah wira kerajaan PR. Saya harapkan mudah-mudahan kerajaan PR dapat tempatkan ke satu posisi yang setaraf dengan kejujrannya menangani bebanan politik secara tidak menjadi pengkhianat kepada rakyat dan pengkhianat kepada kerajaan sekali pun dana seluas dan seberat Bukit Selambau dihadapan tangan dan keputusan beliau. Santuni dan hargailah keiklasan beliau mantan Exco dan Mantan Adun tersebut.

Manakala hasil yang keluar dari PRK N 25 Bukit Selambau 7 April 2009 Selasa yang lepas diatas intragriti YAB MB, diatas keyakinan tinggi MB bahawa ditangguhkan perlantekan Exco untuk PKR dalam kerajaan PR Kedah adalah ditentu dan diisikan oleh ADUN baru di PRK tersebut. Diatas keiklasan dan keyakinan Ustaz Azizan berlandaskan sokongan padu dan padat dari rakyat khususnya semua penyokong dan ahli PR dari PAS, PKR dan DAP, maka wira baru muncul iaitu menerusi S Manikumar yang akan melantek ke jawatan Exco besik Isnin 13 April 2009. Selamat menjawat jawatan dan selamat merealisasikan dengan saksam jawatan Exco yang diamanahkan kepada anda.

6. Walaupun begitu tidak semua 100 % rakyat akan menyokong dan memberi pengiktirafan mereka kepada PR untuk selama-lamanya. Dalam sudut inilah wajib jemaah saf Exco memberi perhatian khusus kepada masalah khusus berkaitan dan bersabit dengan kepentingan rakyat dalam semua perkara diambil peduli dengan peka yang tidak pekak ditangani dan dilangsaikan. Kebajikan dan kesejahteraan rakyat negeri Kedah untuk semua bangsa dan untuk semua Agama ianya wajib ditangani dan diatasi diatas prinsip sejagat berpandukan ajaran dan suruhan Rasul Muhammad Ibn Abdullah melalui risalah Al Quraan dan Hadis Baginda Junjungan.

7. Atas sifat kita manusia biasa tidak Nabi diiringi ‘maksum’, maka desus desas yang dicanang oleh musoh. Isu dan desiran fitnah diterima dikalangan penyokong dan ahli dikalangan PR. Kadangkala tanpa disedari atau sengaja pula, mereka sendiri menjadi penyelaras dan penyambung adudumba dan fitnah kepangkuan Exco dan Adun-Adun. Iaitu sangkaan dan tuduhan kepangkuan batang tubuh Exco dan Adun-adun yang semuanya berkaitan rapat dengan mengambil kesempatan jawatan untuk memperkayakan diri, mendahulukan kaum keluarga kerabat dan keroni dalam mengisi jawatan politik kerajaan dan disudut mendapatkan kontrak-kontrak kecil. Serta Exco dan Adun lali dan lalai dengan jawatan dan fungsi mereka sebagai wakil rakyat diserah langsaikan kepada wakil-wakil mereka untuk dilangsaikan.

8. Hal-hal begini yang dilontarkan rakyat, sekiranya ada dan sememangnya terdapat bibit dan habitat kudis dan bakal korap sebegitu, sila buangkanlah tolakkanlah jauh-jauh dengan talak 3 x 3 hanyutkanlah di sungai Kedah agar rakyat yang OKU buta pun mampu tidak turut membuat spekulasi keatas anda Exco dan WR dari PK. Menangani spekulasi dan aksi-aksi Exco dan Adun yang berubah sakan lagak, cakap dan style hidup. Fenomina ubahbudaya, ubahperangai, ubahsikap dan ketandusan kesempatan dan sempitnya masa menemui pengundi dan rakyat dengan mencipta dalih dan alasan semuanya telah berlalu.

Sikap paling buruk sekiranya terpalit dikalangan Exco dan Adun pilih dan memilih dalam menangani keperluan dan kepentingan pengundi mengikut aliran fahaman politik kepartian bangsa dan kedudukan dalam semua aspek rakyat dan pengundi. Wahai saf Exco dan Adun rakyat hakim pengundi penghukum sedang menunggu dan pasti membuat keputusan penilaian keatas anda dalam PRK hatta dalam PRU13 nanti. Pasti mereka akan menghakimi anda dan mangsanya kelak adalah kerajaan PR dan meruntuhkan PAS, meruntuhkan PKR dan meruntuhkan DAP kerana kelalaian dan menurut nafsu wakil rakyat yang palsu samada AP maupun ADUN.

9. Sikap malas dan sikap tidak menghurmati permasalahan rakyat atau sebarang masalah dipandang sepi ditolak ketepi oleh AP PR dan Adun-Exco yang dikemukakan melalui email yang dimiliki mereka, ianya amatlah dikesalkan. Ingatlah modium baru yang mengangkat dan mertabatkan PR, bagi mereka yang keciwa akan menggunakan modium yang sama menjatuhkan kita. Saya kemukan permasalahan melalui email kepada MP Padang Serai, nampaknya YB ini hebat di Parlimen dan hebat di demontrasi lebuhraya. Tetapi beliau tidak mampu untuk berintraksi langsung untuk menjawab sendiri atau mewakilkan kepada pecacainya membantu menjawab. Saya tidak paparkan disini permasalahan telah saya kemukakan Cuma sekadar sama-sama kita membaikinya.

10. Tidak terlepas juga Adun Merbau Pulas-Exco, saya juga telah maklumkan permasalahan rakyat melalui email samalah seperti MP Padang Serai. Sebok, kalut, tak dak masa dan terlepas pandang, kalau itulah jawapannya, ianya adalah jawapan lama, jawapan usang yang diwarisi dari ADUN UM No – BN apakah ini semua mau diwarisi? Diharapkan cakna dan ambil perhatian kepada membalas email pengundi dalam tempoh 3 hari lewat itu boleh dimaafkan. Kalau 8 bulan tidak menjawab email pengundi entahlah apa alasannya.

11. Warisan kerja yang melaksanakan kerja-kerja pengawasanselia, pemantauan dan tindakan oleh penguatkuasa dalam menjalan dan tambahnilai kerja dan tambahnilai peka kepada positif dan realistik kerja dan tindakan adalah di takok lama ditakok usang sebelum 8 Mac 2008. Sampah sarap kekotoran sama sahaja khususnya di taman-taman perumahan. Tidak terurus dikendalikan dengan kawalselia pembersihan yang berdisplin kerja berperaturan pembersihan dan pengkuatkuasaan. Dalam Bandar Kulim dan Pekan Padang Serai kawasan pasar, tempat menunggu bas kotor dan menjijitkan bau dan sampah usang menjadi baja organit. Kerosakkan yang terus dibiarkan tanpa dibaiki dkawalselia oleh kakitangan Penguatkuasa.

12. Saya sekadar kemukan satu contoh khusus bagaimana terlepas pandang dan buta tanggungjawab diatas keperluan kepentingan umum, saya tidak berhajat muatkan bersama dengan sokongan gambar. Semua pehak terbabit sekalipun dikemukakan hampir setahun. Tindakkannya adalah sama iaitu pengabaian dan sikap tidak menghurmati rayuan rakyat dan pengundi. Ianya adalah realiti hakiki berlaku terletak dihadapan Balai Raya yang disitu terdapat Pejabat Pos Mini, Perpustakaan Desa dan malang sekali Pejabat Penghulu Mukim. Jarak 15 kaki itu pun Penghulu Mukim terbabit buta melihat yang keperluan awam 'Bus Stop' yang digunakan oleh anak-anak sekolah dan penduduk yang menunggu masa menyembah bumi dan boleh membawa maut kalau Allah mau. Penghulu pejabatnya didepan matanya Bus Stop tersebut dalam Pekan Sungai Karangan terhalang minda dan terhalang tugas beliau selaku pegawai kerajaan menanganinya, inikah jenis pegawai kerajaan negeri? Termasuk buta tugas kepada pegawai Penguatkuasa MKT-MDD, yang mereka sering melihat dan buta tindakkan, beginikah caranya membalas undi rakyat?

13. Saya tidak berhajat untuk melangkah dan melangkau lebih jauh. Kepada sidang Pengarang Kedahlanie, sila rujuk semua tajuk/artikel yang selama ini dipaparkan dalam blog Kedahlanie adakah pernah walau satu ayat saya cuba membuka pekong dan balon PR khususnya PAS yang saya dukongi? Tuan bukalah rekod saya dan print serhakan kepada YAB MB, saf Exco dan ADUN pernahkan saya menyentuh mereka. Kalau kali ini tuduhan dikemukan kepada saya yang saya juga akan membalun PR. Apakah saya dari jenis manusia itu? Sekiranya surat ini respon kepada permintaan anda Kedahlanie, pasti semua diatas tidak terkeluar dari saya.

Kalau teguran ini menjadi ghaib kepada MP PR, Adun-Exco MP atau ianya merupakan fitnah, maka ini adalah tinta penamat saya untuk Kedahlanie secara khusus atau saya hentikan memikir dan menulis dalam blog. Sekalipun pun saya merancang untuk melakarkan cerit lama bersiri berkaitan dan kesah “AIR MATA PEMIMPIN PAS DAHULU KEMENANGAN DIMASA KINI” untuk PAS Perlis, PAS Kedah dan PAS Kelantan sememangnya saya mengikuti dan turut merasai secara langsung ketika 1974 – 1990.

YAB DS Ustaz Azizan,

Ana doakan semuga YAB DS mendapat perlindungan Allah dalam keadaan sehat sehajtera terus memimpin dengan tabah. Ustaz dalam mara tolehkanlah sejenak kebelakang. Sahabat-sahabat kita yang terdahulu dari kita telah menemui Allah, lupakah kita kepada mereka. Ya! Dari mereka sebesar-besar tokoh pemimpin hinggalah seperti Almarhom Pak Mat Jawa jangan kita luapakan peranan mereka. Peranan dan sumbangan merekalah membawa wujudnya kerajaan PR Pas, PKR dan DAP membolehkan Ustaz Azizan melonjak ketangga YAB DS MB Kedah. Tuah dan barakah telah memagari anta Ustaz Azizan.

Saya doakan kita akan hadapi PRU13 dengan memikul amanah lebih besar dan kita mengharapkan untuk mengulangi kejayaan lebih besar dalam PRU13 setelah penilaian baik pengundi kepada kerajaan PR yang di ketua oleh YAB DS. Alhamdulillah.
Sekain, wasallam.
Salam hurmat dari,
IBN ABDULLAH AL AWAB

Saturday, April 11, 2009

KABI MAL PM6: BAGAI RAMUAN HERBA DALCA BASI

KABI MAL TO PM6: BAGAI RAMUAN HERBA DALCA BASI

Sumpah Senator, sumpah jawatan TPM, Menteri dan Timbalan Menteri sudah berlalu semalam. Ianya satu lagi hari ini dalam sejarah dilakarkan negara. Kabinet Malaysia Satu – Satu Malaysia apa-apa pun terus diperkatakan oleh rakyat khususnya pengemar pencinta politik tanah air negara kita. Kenapa? Kepada yang dilantek diucapkan terima kasih. Kepada yang dibuang dan diketepikan apa khabar semua????? Bagaimana perasaan? Are you happy sir??????

Jiran dan teman saya saorang guru DG48 baru disahkan 20 hari yang lepas menjadi UM No sejak dalam rahim bundanya. Cikgu R (saya namakan disini) bertanyakan kepada saya, “Sheikh! Apa pandangan dan ulasan Sheikh akan kabinet yang diputuskan untuk DS Najib gantikan kabinet Pak Lah dulu, OK atau macam mana? Cikgu! Sudah tentu dan pasti pandangan dan persiapan persepsi saya berlawanan dengan pendekatan persepsi cikgu dan orang lain berkait dengan kabinet PM6 kita ini.

Apa-apa pun ayunan kaki untuk melangkah, mengatur jalan dalam perjalanan maupun berlari, ianya umpama atlit sukan padang yang berkemampuan untuk menjadi peserta juara dalam 50 km jarak, 20 km jarak, 1,000 m, 4 X 400 m jarak hatta menjuari 100 m jarak pasti melahirkan atlit serba mampu itu ianya melalui ramai jurulateh, pengurus dan penasehat sains sukan membolehkan ia mencapai taraf super atlit. Maka PM6 tidak terlepas dari ini ketika semasa beliau mencipta Kabinet Malaysia Satunya. Rakyat terus, akan dan membuat spekulasi. Kenapa keadaan serta fenomina itu berlaku????

Disaat paparan anggota kabinet PM6, iba-tiba dikalangan lawan kepada UBN menjadi pembela kepada UBN yang lain disiseh diketepikan seperti terompah dan kain buruk lap kaki dimusim hujan dikampung-kampung 30 – 40 tahun dulu untuk gabus kaki selepas basoh kaki menggunakan air alam guri yang dicedok dengan tempurung jantan. Yang mana tempurung itu diletakkan dikepala tangga atau setidak-tidaknya dipancang kayu dan disangkutkan tempurong tersebut. Begitulah musibah dan nasib sesetengah MP BN dan UM No berlalu dan terus terjadi mangsa dan paksa.

Cikgu R tadi terus menanya, "Kenapa Sheikh suka benar mengeluar pandangan dalam blog Sheikh memperkatakan tentang UBN dan Kabinet PM6 tersebut? Cikgu! Pendedahan politik saya adalah penerimaan dari Almarhom abah saya sekali pun anutan parti politik kami berbeza. Sebaik tamat belajar 40 tahun dahulu saya telah berdailog dengan Almarhom abah saya disatu tarikh. “Pasai apa Bang Long (panggilan abah kepada saya) tidak dapat jadi UM No macam Abah dan pasai apa mau jadi ahli dan penyokong PAS?

Dialog seterusnya, “Abah! Kalau sekiranya PAS Parti Islam itu sebuah parti yang tidak diredzai oleh Allah dan haram disisi Allah pasti Abang Long menjadi penyokong UM No tegar. Tetapi abang Long tidak dapat menerima UM No sebaik membandingkan antara UM No dengan PAS kepimpinan dan matlamat halatujunya. Keduanya sekiranya PAS merupakan pertubuhan bawah tanah yakni pertubuhan haram tidak berdaftar dalam negara pasti Abang Long tidak sokong dan menyertainya. Kedua-duanya halal disisi Allah dan halal disisi undang-undang negara kita. Sebab itulah abang Long menyokong PAS. Dialog itulah membuatkan almarhom abah Ku menangis tegarnya alasan dikemukakan. Alhamdulillah abah akan memberi jawapan itu sekiranya UM No-UM No lain bertanya tentang diriku.

Allah mentakdirkan pertelingkahan dan peperangan merebut kuasa didalam UM No sampai tahap peristiharan peperangan (peperangan adalah diantara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain) tetapi sengaja saya gunakan untuk UM No ketika itu dikumpulan anak Raja Kelantan yang di pimpin oleh YBM TS Tengku Razaleigh Tengku Hamzah dengan so Iskandar Kutty iaitu PM4 berkesudahan dengan UM No menjadi parti haram dalam negara sebaik UM No diharamkan oleh undang-undang menerusi melalui Mahkamah tinggi KL.

Sebaik itulah saya phoned Abah sebaik mengetahui UM No diharamkan ketika itu melalui Pak Su Hussein (Hussein Yaakob Kuala Kerai – Ibn Muslim anak angkat kepada Hantu Raya Almarhom Pak Sako Ishak Haji Muhammad ketika dulu saya Ibn Muslim, Pak Sako dan Yusof Jalil sering kami berbual di kiosk Akhbar Pak Su di tepi Asia Hotel Dahulu atau kami dalam restoren Sudu n Senduk Pak Yusof Suria - SU Politik TS Khir Johari, semuanya mereka telah meninggal tinggal saya dan Yusof Jalil dalam keuzuran lanie) saya mendapat berita itu. Dalam perbualan dengan abah, “Inilah peluang terbaik abah tidak menjadi anggota parti haram” “Pasai apa? UM No lanie telah menjadi Parti Haram mengikut undang-undang diperentahkan oleh Mahkamah Tinggi melalui Hakim Datuk Haron Hashim, abah mesti masuk PAS”.

Betui ka? Memang benar Abah UM No telah diharamkan”. Abahku tidak keluar dari UMNO dan tegarnya Abah dengan UM No tetapi tegar itu berubar apabila dalam PRK Arau pertembongan PAS Ustaz Hashim lawan BN - UM No Ismail Kassim, abahku maklumkan padaku sebaik-baik menemankan di S1 tempat mengundi, “Abah pangkah Mat Hashim kerana dia orang baik dan dia orang Alim”. Sebaik abah mengucapkan begitu kepadaku, air mataku mengalir dan kami berpelukan. Allah maha kaya 3 hari selepas PRP Arau, abah menerima panggilan Allah. Aku sendiri menghubungi Ustaz Hashin Yassin tentang kematian abahku dan Ustaz Hashim dan ribuan penyokong PAS, penyokong UM No menziarahi aruah abahku, dan solat jenazahnya Alhamulillah, terima kasih semua.

Itu adalah cerita UM No parti haram. Dan UM No lanie adalah UM No baru hayat hidup Mahathir Kutty dulu untuk terus menjadi PM. Dr Det olok-olok sahaja keluar UMNO baru yang menyelamatkannya dulu yang diasaskan olehnya. Tun mencipta alasan rasuah dengan menyerang dari mula sampai tersungkur Pak Lah menjawat Perdana Menteri. Tersungkurnya Pak Lah dan Mahathir kembali kepangkuan UMNO baru Mahathit umpama belut balek kelumpur; sireh pulang keganggang, pinang pulang ketampuk. Sedangkan Mahathirlah menjana dan membina pupok pupok rasuah selama 22 tahun dalam UMNO dan kerajaan UBN sampaikan meliana anak-anaknya, 7 keturunan tak habis, Yob!!!!!!!

Akujanji Najin PM6 untuk membawa anak ke3 Mahathir kedalam kabinetnya dengan terajang KP yang mendapat sokongan perwakilan Pemuda dan bertaraf Naib Presiden UM No dinafikan haknya untuk mendapat haknya menganggotai kabinet PM6 dengan alasan mahasiswa tadika kampong. Mahasiswa tadika kampong pun tergelak dengan pulasan punya alasan PM6 nafikan hak KP sebagaimana dilunasi kekabinet hak KWU, KPU yakni sayap lama tua dan kepak baru UM No semuanya berhak mendapat hak disinilah keputusan PM6 terdesak menerima tandu kehendak sifu akbarnya x PM22T, Kata apa pun rakyat tak percaya kata hujah PM6 apalagi lawan luar dari UMNO. Sesama UM No tapi lawan Najib PM6 pun ahli UM No sangkal, bagaimana pula kami nak hirup telan minumnya?

Cikgu R! Sebenarnya ana melihat susun atur, sisih dan pilih, tukar dan ganti, setuju dan sanggah, duka maupun suka, rela atau paksa – redza atau memendam raya dikalangan AP UBN, sebenarnya mereka tidak mempunyai kekuatan dan jati diri untuk menyatakan sanggah bantah diatas perlantikan menganggotai kabinet Najib PM6. Kabinet keliling mengelilingi dan memperagakan PM6 berpaksikan mantan usang lama PM22T mejana agendanya untuk anaknda mantan PM22T pula mewarisi pesaka PM mendahului putra berkeris anak mantan PM3. Itulah hakikat pentafsiran saya Cikgu.

Penutupnya Cikgu R, saya simpulkan begini sehubungan dengan YAB DS Najib PM6 ini dalam pengisian anggota kabinet yang terpaksa akur kukur mengikut kehendak sifunya. Cikgu wudzuk- air sembahyang yang tidak sempurna dan terbatal, sekali pun kita mendirikan solat di dalam sebuah masjid menelan harga bina RM10,000,000,000.00 berdiri diatas sejadah biru tua setebal seinci dengan underlay setebal 2”. Apahkah sahnya solat yang di dirikan itu? Begitulah kiasan nisbahnya apabila seluruh UM No dan penghuninya terpalit dengan budaya rasuah tegar menjadi amalan ahli-ahli UM No menerima rasuah, bagaimana mungkin mampu pula membebaskan kabinet UM No dari rasuah.

Semuanyanya adalah ucapan tebu proses kepada gula, retorik politika PM6. Yang sahnya sejak PRU12 BN-UM No dan khususnya Najib dan mantan PM22T telah mendapat referendum dan pungutan suarat penolakan rakyat kepada UBN, kepada Najib dan khususnya kepada mantan PM22T melalui kekalahan 4 – 0 di Semenanjun itu adlah realiti dan hakikat nyata dalam negara kita. Najib tewas mendapat referendum rakyat di Permatang Pauh, referendum rakyat di Kuala Tetengganu dan referendum serentak lebeh parah dan genting lagi getir di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Dikalangan UM No teman kawan saya mengatakan begini, “Punca Utama kenapa tersungkurnya UM No di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau kerana 2 faktor utama: Iaitu pertama kerja haram merampaskuasa dan menubuhkan kerajaan haram UBN di Perak dan kedua kerja haram rasuah terang-terang yang ahli UM No ada akal fikiran yang waras dikalangan menegah, rasuah gunakuasa yang melampau bodek tidak bertempat Datuk Ahmad Sabry Chek menggunakan hak rakyat RTM membuat siaran langsung kempen merapu besi karat besi buruk mantan PM22T di Bukit Gantang. 2 Faktor inilah ramai guru-guru menyimpulkan membawa kepada tersungkurnya rakyat membuat referenum kepada Najin khususnya kepada UM No.

Maka dengan itu, terubatlah sedikit keputusan kekalahan seberat dua bukit itu Bukit Selambau dan Bukit Gantang adalah disebabkan Najib sendiri, disebabkan Mahathir seniri, disebabkan Ahmad Zahid sendiri dan disebabkan sepupunya sendiri iaitu Hishamuddin bukan kerana Pak Lah jadi kelemahan UM No selama 5t5b3h bukat disebabkan total oleh Pak Lah. Ianya ditanggung semua pemimpin UM No sebagaimana rakyat tunjuk jalan penghujung talian hayat UM No dan talian hayat dacing menerusi BG dan BS. Apa macam PM6? Apa Macam TPM TS MY. Kata salah paku belah; UM No kalah kata Pak Lah. Bala penolakan rakyat dengan referendum kerana rasuah berterusan dijana Najin & Co.

Friday, April 10, 2009

JAWAPAN DI BG, JAWAPAN DI BS


Buaya jantan di air tenang
Reptilia bahaya panjangnya hayat
2 Bukit Pakatan Rakyat menang
UBN tersembam di tolak rakyat

JAWAPAN DI BUKIT GANTANG, JAWAPAN DI BUKIT SELAMBAU

Sejak jam 6 petang 7 April 2009 Selasa, sebaik sejam tamatnya peluang dan kesempatan pengundi-pengundi yang berdaftar di PRK P 59 Bukit Gantang dan N 25 Bukit Selambau membuang undi telah tamat, maka peluang sudah tidak berpehak untuk pengundi-penguni mengundi, melainkan menunggu ketika PRU13 tidak lama lagi. Ramai teman-teman bloger membuat bermacam-macam pandangan mengikut versi masing-masin. Maka disini, tidak terlewat untuk saya turut serta menyatakan mengikut versi saya, Inshaallah.

AP baru P 59 Bukit Gantang YB DS Ir Nizar Jamaluddin dan Adun baru N 25 Bukit Selambau S Manikumar saya Ibn Abdullah Al Awab bersama isteri dan anak-anak menyampaikan ucapan penghargaan terima kasih tidak terhingga kepangkuan YB berdua diatas kemenangan yang dicapai tersebut dengan cemerlang. Menerusi blog saya untuk kedua kawasan yang terlibat PRK ini saya telah melakukan perjuangan membela melalui media ini yang termampu kepada saya. Sekiranya YB berdua mempunyai kelapangan sudi apa kiranya membaca blog saya dan selamilah sokongan dan dukongan daya tersebut.

YB DS Ir Nizar Jamaluddin
YB S Manikumar

Tanpa perpaduan, usahasama dan kerjasama yang kukuh, perpaduan yang kental dengan bulat matlamat dan fokas untuk menjatuhkan UBN dikalangan solid PR dikalangan PAS, PKR, DAP dan penyokong yang bertongkus lumos menjana dan mewakafkan diri bekerja dan berusaha sejak kematian AP Bukit Gantang serentak perletakkan jawatan Adun Bukit Selambau. Mereka melupai sebentar kerjabuat dan kerjatugas mereka, anak bini dirumah bermatlamat mencapai kemenangan dalam PRK sudah pasti anda berdua tidak akan mendapat kemenangan tersebut.

YB DS Ir Nizar Jamaluddin!
YB S Manikumar!

Rakyat dan pengundi meletakkan kepercayaan, keyakinan dan harapan yang besar kepada anda berdua mewakili mereka menjadi wakil rakyat menurut kamus ‘Ketuanan Rakyat”. Iaitu wakil rakyat yang peka dan tidak pekak dengan permasalahan rakyat. YB wakil mereka yang mengenali mereka sebagai rakyat dan pengundi yang melonjak letak mereka berada dipersada di Parlimen dan di DUN untuk membicarakan permasalahan rakyat ditempat yang diwakilkan anda.
Sekalipun setatus mereka tetap penoreh getah, pengait kelapa sawit, pesawah, boroh dan kerja bawahan dan kerja-kerja sendiri. Tetapi mereka-mereka inilah yang memberi uni keramat mereka kepada anda. Justeru janganlah melupai mereka wahai YB. Jangan sampai pema DUN dan DEPAR ibubarkan baru YB kembali menemui mereka. Kalau itu sudah lewat YB, luka mereka sukar dirawat.

Pengundi-pengundi anda bukan mau AP, bukan mau Proton Waja dan sebagainya. YB hargailah mereka sebagai tuan dan hakim. Jangan layan pengundi seperti abdi. Lihat-lihat sengsara hidup mereka, beras mereka, bumbung rumah mereka bocor tirihkah? Bagaimana menu makanan mereka dengan anak yang ramai sedangkan pendapatan mereka bekerja 30 hari perbelanjaan makan tertuai capai untuk 20 hari. Dimana 10 hari rakyat marhean terkapai-kapai menghadapi hidup dan kehidupan.

YB DS Ir Nizar Jamaluddin
YB S Manikumar

Pengundi dan rakyat mimpi dahagakan tok wakil yang mudah berkira dengan pengundi dimana-mana tanpa dihalang oleh wakil pribadi dan setiausaha sebagaimana manis senyum lembut tangan menyambut salam sebagaimana kemuncak pada hari-hari terakhir sampailah kepada hari mengundi 7 April 2009 Selasa lalu. Keadaan itulah mereka maukan fael telus wakil rakyat. Sakit deman mati hidup mereka diambil peduli. Bagaimana mendapatkan bantuan dan pertolongan membiayai persekolahan anak-anak.

YB DS Ir Nizar Jamaludin
YB S Manikumar

Kemenangan anda berdua adalah diatas keiklasan dan kesungguhan setiap pekerja dikalangan PR dari PAS, DAP, PKR dan petugas-petugas mulia tegar penyokong setia. Mereka anak-anak kita, mereka adik-adik kita yang remaja gigih besar hati dan bangga diri mereka memacak bendera bulan purnama, bendera roket dan bendera mata. Mereka ini yang memanjat ditiang talipon dan tiang elektrik. Hatta anak-anak muda kita inilah yang memacak bendera-bendera di pohon durian, dipokok manggis dan sebagainya tanpa memeikit nyawa mereka.

Petugas-petugas yang membina berbagai kiosk dan menjaga kawalselianya, semua petugas-petugas khususnya panglima wira petugas PACA. Penceramah-pencerah disemua perengkat yang menyampaikan risalah perjuangan dan motif menghadapi PRK. Pemimpin dikalangan PR semua komponan dari PAS, PKR, DAP dan semua tenaga sukarela yang jujur iklas. YB anda berdua, ingatkanlah akan jasa-jasa mereka sekalipun mereka tidak pinta balas kerana tanggungjawab mereka keatas parti mereka masing-masing.

Sekalong terima kasih kepada semua pemimpin PR yang berkampong di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Doa-doa dan solat hajat dan qunut nazilah dari Tok-tok Guru, Ustaz-uztaz, Allahlah yang membalasnya. Rangsangnya sokongan kepada PAS-PR banyak sebab musababnya yang telah diperkatakan oleh teman-teman bloger yang lain. Tetpi saya pandang besar dan besarlah juga ganjarannya di izinkan Allah hasil Mufti Peraka Darul Redzuan turut mengorak langkah dan melangkah kedua-dua kaki nya kekawah UBN dengan menggunakan dacing BN dalam membuat bantahan teguran. Mufti terlepas pandang bersekali dengan kecenderungan barunya menjadi penasehat agama kepada Umno. Ia terlepas pandang disudut dakwah dan disudut diawal Islam kesah Umar Al Faruk dengan adiknya Fatimah dan beberapa kisah lain.

Mursyidul am PAS Tok Guru Nik Aziz menyifatkan tindakan exco kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran semasa berceramah dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang minggu lalu sebagai percubaan mengenali Islam melalui pembacaan kitab suci itu.Tok Guru terharu dengan keluhan Nga yang juga ahli parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, yang amat kesal "kerana apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang".

Tok Guru mengeluh simpati. "Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati Yang Berhormat (Nga)," tegas Nik Aziz dalam surat terbukanya berhubung isu tersebut."Mudah-mudahan dengan sikap 'tidak mesra Umno' dan pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran bukan Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas," tambahnya. "Mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi qari, ustaz, khatib dan imam di seluruh negara," tegasnya.
Maka Nik Aziz mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara ini melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. 'Mudah-mudahan YB-lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih. "Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana."Tajuk-tajuk seperti 'di mana tak kenanya Islam' atau 'apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam' bolehlah difikirkan," katanya.


"Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB (Nga). Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini."Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana," tambah tokoh PAS itu. Itulah diantara intipati yang menyedarkan betapi Islam dan Tok Guru dalam misi peneranganya kehadapan dan diterima oleh pengundi Cina dan India di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Disinilah kekuatan yang ada dikalangan PR dan simbulnya terletak diantara pemimpin-pemimpin PR dan kehadapannya adalah misi dan peranan Tok Guru Nik Aziz. Kehairan YAB MB Negeri Kelantan Darul Naim iaitu YAB Datuk Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat Raja Banjar itu diterima rakyat diatas cakapnya, dan bikinnya adalah sama dengan cakapnya. Mudah berjumpa, mudah dengan rakyat bawahan tanpa sekatan tanpa kawalan keselamatan dan siren kedatangannya dimana-mana majlis, rakyat India, Melayu Cina rinu untuk bersalaman dan mencium tangannya.

Saya ingin mendapat pandangan tulus iklas dari YB S Manikumar didalam blog YB atau blog PR, ketika saudara membongkok badan dan mencium tangan Tok Guru Nik Aziz ketika kempen Pilihanraya memberi sokongan untuk anda S Manikumar. Apakah yang anda lakukan, mencium tangan dan membongkok badan dalam keadaan baur itu adalah keiklasan dan pengiktirafan hati nurani anda yang konsesus, menghurmati seorang tua yang wajar anda sajungi dan satuni? Atau sekadar lakonan anda untuk mendapat undi dari semua kaum untuk melonjak anda mendapat gelaran YB dan Exco?

YB S Manikumar, saya tidak menuduh negatif kepada YB. Tetapi diantara faktor YB dengan Tok Guru dan kehadiran TOK GURU ianya membawa manfaat kepad PR-PKR yang memenangkan kita dengan gemilang. Anda YB usah negatif dengan pertanyaan saya, YB boleh ukur timbang dengan setiap tajuk dalam blog saya melawan dan memberi sokongan dan anjakan menerusi blog saya dengan tajuk-tajuk yang serius yang realistik.Begitulah juga kehadiran Tok Guru di Bukit Gantang semuanya memberi anjakkan sokongan dari rakyat dan memenangkan kita.

Aura TOK GURU Nik Aziz menguburkan dan benamkan Mantan PM 22 tahun, yang hakikatnya penjana rasuah dan kembali kepada kawah rasuah dan menjamah dan makannya bersama-sama kembali berjemaah dan menjadi tabir dan gambir untuk PM baru.