Wednesday, December 23, 2009

BN PULAU PINANG : BERPERANG MEREBUT PESAKA SIFAR KUASA.

BN PULAU PINANG : BERPERANG MEREBUT PESAKA SIFAR KUASA.

22 Disember 2009-12-22 - Selasa - 5 Muharam 1431

Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

Sudah hampir seminggu, peperangan untuk merebut hak dalam memastikan kewibawaan menentukan pemilik yang layak kehadapan mengetuai faraid pesaka sifar, pesaka kosong arwah kerajaan Gerakan BN. Dalam kalangan sesama sendiri dalam SATU kelambu BN Pulau Pinang. Iaitu untuk mengetuai tongkang reput yang sarat busuk ususnya dan tenggelam di pantat laut. Yang mana selama ini sentiasa menuduh lawannya tidur asing-asing mimpi pun masing-masing, macam mana nak bersatu untuk memerentah. Disaat ketika menghadapi lemas, sesetengahnya pula bertindak tekan kepala untuk lemas berganda, agar mati sesama sendiri dalam BN famili.

Kini BN Pulau Pinang dan BN SATU Malaysia, hakikat sejak 50 tahun dahulu, mereka tidur sekelambu, di sebiji bantal dan mimpi serentak serupa, kununnya. Tetapi ketika tidur bersama sekelambu itu, dalam keadaan harap diluar kepercayaan. Maka masing-masing dibawah tikar dan dibawah tilam menemani tidur bersamanya keris bogel, pedang samurai dan pisau cekok sebagai pengadang selamat diri, takut-takut mamai ketika berdengkor. Kini semua itu walau pun semasa dahulu, itu semua cuma belakun sendirawara. Tetapi kini semuanya dalam SATU Malaysia dibawah BTN dah tidak menjadi dalam lakonan sendiwara. Kini ianya terpaksa didedahkan hasrat terpendam yang lama kepengetahuan seantero hakikinya BN khususnya UMno Pulau Pinang. Kemaruk jawatan. Tak boleh jawatan KP, jawatan arwah jadilah!!!!!!!!!!!

UMno sejak zaman Perikatan, dan UMno dizaman BN sehinggalah 8 Mac 2008. UMno sekadar berfungsi dalam kerajaan Perikatan dan kerajaan Gerakan BN, sekadar umpama melukut ditepi gantang, atau sebagai pemain pinjaman dalam pasukan bola sepak. Dikedua-dua zaman pemerintah tersebut, UMno Pulau Pinang diketua sendiri anak benih dan anak tut dari Pulau Pinang sendiri. Waaima datangnya dari Seberang Perai Province Wellesley atau dari pulau Pulau Pinang sendiri. Kini anak jati UMno Pulau Pinang telah pupus bersekali dengan pupus aruahnya kerajaan Gerakan BN pada PRU12 dahulu. Ketika mana lebih tempoh 50 tahun UMno tumpangi bertenggek dalam Perikatan dan BN di Pulau Pinang, sebagai pemain simpanan dan tambahan. Kenapa saya kata begitu?

Dahulu sehingga 8 Mac 2008, UMno dipimpin dikalangan pemimpin jenis berfikiran jauh, yang terlalu bertolak ansur, mengikut kata dan menjadi alat kepada MCA dan Gerakan dalam menjalankan polisi kerajaan dengan menekan tengkok orang Melayu, berikhtiar, berusaha atas nama UMno dalam kerajaan telior, bersemangat untuk membangunkan negeri dengan mangsakan tanah milik orang Melayu. Itulah kemampuan dan keupayaan besar dan berjasa besar kepada kerajaan BN Pulau Pinang dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin UMno Pulau Pinang.

Mereka, pemimpin-pemimpin UMno menjadi meliana dan rakyat papa kedana. Pembangunanlah telah berjaya menghambat orang Melayu berhijrah ke Kulim, Padang Serai, Kuala Ketil dan beberapa daerah Kedah yang lain. Sekali gus UMno berjaya mengurangkan jumlah pengundi Melayu di Pulau Pinang. Itulah jasa terbesar UMno.

Dulu ketikamana UMno Pulau Pinang menerusi pemimpin-pemimpin besar mereka, cemerlang memulihara kesempatan untuk duduk tenggek dalam kerajaan pimpinan MCA-Perikatan dan Gerakan-BN. Mereka cukup berhati-hati untuk bertindak dan cukup pulihara janganlah terguris hati dan perasaan, MCA dan Gerakan yang mengungguli ketuai kerajaan Perikatan dan BN Pulau Pinang. Takut-takut sana terperlau sini terlepas. Janji diantara pemimpin UMno mendapat tempat dan ehsan. Silap-silap berkeras terpelancut dan terlucut jawatan ehsan itu. Boktinya ketika mana terbokti kalau tidak salah ingatan saya selepas PRU 1986. UMno memncapai kemenangan Dun Pualu Pinang melebehi kerusi diperolehi Gerakan dan MCA. Pemimpin UMno tidak buat apa-apa. Ini adalah benar, bukan rekaan dan fitnah.

Peluang terbaik ketika itu, pemimpin UMno Pulau Pinang, adalah jenis female belakang Jalan Chow Ket sahaja tarafnya. Tidak berkuku, tidak berkeupayaan jauhlah keberanian untuk bertindak dan bersuara. Sebagai parti jantan yang bersemangat keras waja bersimbulkan keris telanjang. Sewajarnya ketika itu dulu pemimpin UMno mengepalai ke Sri Mutiara mengadap Gavenor untuk perlantekkan dan pengesahan jawatan KM mengajak Gerakan, MCA dan MIC bergilir memberi peluang kerana realiti kebenaran keputusan dalam PRU. UMno tidak berani dan UMno menikus memendam rasa sahaja. Disinilah hakikatnya UMno pengkhianat kepada Melayu. Mereka kira selamat diri dan kedudukan dan BN sahaja. Ini adalah fakta tercatat di Pulau Pinang satu masa dahulu.

Almarhom Abah saya mengkhabarkan kepada saya katanya, saorang kawan lamanya dari MCA yang tinggal di Jalan Burmah, Pulau Pinang mengkhabarkan “Sekiranya UMno bertindak dan di lantek menjadi Ketua Menteri UMno dipersetujui oleh Gavenor, disaat itu jugalah Gerakan dan MCA serentak mengistiharkan keluar BN dan menubuhkan kerajaan camporan yang terdiri dari DAP, Gerakan, MCA dan MIC. Hancurlah kerajaan UMno BN dalam sekelip mata”. Itulah info yang masih segar saya ingat sebagaimana Almarhum ceritakan sebagaimana kawan lamanya memberitahu kepadanya (Abah berkebolehan kumunikasi dalam beberapa dailek percakapan Tiongha).

UMno ketika itu telah menolak peluang jawatan KM PP dihadapan, seperti kucing di depan semanggang ikan tawar. Kucing dan UMno sama sahaja tidak berkeupayaan menghidu makan ikan, manakala UMno takut puaka sepertimana dikatakan diatas menjadi kenyataan. Maka nak untung seratus, rugi sejuta. Maka mengelak untung dan rugi seperti itu, UMno menikus, koro dan anunya masuk kedalam perut. Takut dan mengigil seperti kata, “Pi pulau Bayan Lepas; sana terperlau sini terlepas”. Itulah hakikat sebenarnya perjuangan dan pegangan UMno dulu, kini dan seterusnya.




Masa berlalu, di manakala UMno mendapat Pengerusi Badan Perhubungan UMno Pulau Pinang yang baru selepas BN tersungkur dan kerajaan BN menjadi aruah. Samalah posisinya UMno memiliki Adun seperti dahulu mengulangi sejarah. Berkemudi seorang pengerusi import yang baru, berani dan memiliki balatentera yang ramai dilaut, udara dan dilautan. Makanya berladaskan pengalaman menjadi timbalan perampaskuasa kudeta kerajaan sah PR kepada kerajaan kudeta haram UMno BN Perak Darul Redzuan 10 bulan dahulu. Maka langkah panglima dan tindakkan lanun, bergema pula untuk UMno menjadi ketua/pengerusi. Bukan jawatan Ketua Menteri, tetapi menuntuk jawatan ketua parti BN. Kini komponan BN Pulau Pinang, beolak, bergelombang melambong.

Pengerusi UMno PP Ahmad Zahid Hamidi melancur laju ketika UMno negeri kaku bisu sejak sekian lama mati pucuk kerana makan ikan puyu keladi nipah asam pedas. Sebagai Pengerusi UMno PP sebagai panglima dan doktor pawang merawat penyakit sindrom macam-macam dihadapi dialami UMno, menjadi nana selepas kerajaan Gerakan BN berkubur menjadi aruah tempat selamanya pemimpin UMno bertenggek. Maka penawar gula-gula dan pembuka semangatnya adalah turun banyak takah rupanya spesis UMno ini dalam merealisasi perjuangannya. Dari pernah berkukuk dan menyalak menuntuk jawatan Ketua Menteri. Kini merudum tuntutan dalam peperangan dalaman sekadar untuk jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang, pasai apa? Untuk apa? Ahmad Zahid wajar menjawabnya.

Permusuhan dan peperangan sesama BN Pulau Pinang diantara pendukung kerajaan BN Gerakan yang turut ditenggek bersama oleh UMno, MCA dan MIC yang runtuh berselerak di Pulau Pinang pada PRU12 tarikh penyeksaan dan penderitaan berpanjangan dilalui dan dirasai. Pemimpin yang tandus dengan pengikur akar serabut dan ahli-ahli yang berkualiti, kecuali ahli kaki ampu semata. Untuk masa dan tempoh terdekat ini, belum nampak bunga kearah gencatan senjata. Dalam keadaan bertarong sesama BN UMno dan Gerakan, terkini UMno mendapat teman dalaman iaitu MIC bersama-sama dalam bersetuju berat timbangan. Inilah dikatakan yang sokong membawa tumbang, yang mendapat sokongan terkangkang rebah tersungkur, sekiranya tersilap bersilat dan berkuntau.

Permintaan dan curahan hati lama terpendam itu, telah gayong bersahut dari Gerakan. Gerakan lagi kehadapan dari UMno lagi jantan pieow. Sambil menjawab sambil sepak terajang sejati anak jantan. Gerakan kata UMno adalah duri dalam daging kepada BN Pulau Pinang. Kalau tak mau boleh belah terjun kelaut dan keluar dari BN Pulau Pinang, pantai keliling Pulau Pinang dan pantai sepanjang Seberang Perai terdedah. Apa macam UMno Pulau Pinang? Apa macam Pengerusi UMno Pulau Pinang? Agak-agak capai ka dak merebut pesaka aruah yang berkubur dengan UMno busuk mengaung bukan sahaja diusus, tetapi kesemua badan. Saya tambah sikit sahaja apa yang dikatakan oleh Tun DR Mahathir.

Nak kuat minumlah “Kopi Janda” itulah nasihat saya untuk pemimpin UMno PP. Barulah berani dalam pengecut seperti Timbalan Pengerusi BBBN.

9.15 Malam: 22 Disember 2009-12-22 - Selasa - 5 Muharam 1431

Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

Sunday, December 20, 2009

YB DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI: MENTERI PERTAHANAN KA? MENTERI TEKANAN? atau KEPALA!!!!!!!!!!!!!!

YB DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI: MENTERI PERTAHANAN KA? MENTERI TEKANAN? atau KEPALA!!!!!!!!!!!!!!

P. Rawa: 11.20 Pagi 3 Muharam 1431 - Ahad - 20 Disember 2009-12-20

Rencana oleh : Ibn Abdullah Al Awab

Semasa saya berada diperjalanan pelayaran feri ke Pulau Pinang, bertujuan menemui saorang sahabat di USM. Ketika dudok itu saya memohon pinjam dari seorang anak muda, akhbar Sinar harian edisi utara bertarikh Ahad 20 Disember 2009 - 3 Muharam 1431. Saya amat tertarik apabila membaca berita hebat dan pengakuan Pengerusi Perhubungan UMno Pulau Pinang. Tekadnya, semangatnya mencair dan meleleh air lior sekelian AJK Badan Perhubungan UMno Pulau Pinang. Kini Ahmad Zahid Hamidi adalah tongkat belati impot, kepada pemuka-pemuka UMno berpaut dan bergayut. Selepas UMno Pulau Pinang tolak ketepi Tun Lah anak Kepala Batas digantikan anak Bagan Datuk. Bukan anak Bagan Dalam dan tidak anak Bagan Luar yang mengemudi UMno Pulau Pinang.

Semangatnya cukup Pengerusi Perhubungan UMno Pulau Pinang itu, terlalu hebat mendidehnya mencairkan timah, amat bertepatanlah dengan memiliki tertinggina akademik Phd. Mengaum dan beraninya macam pahlawan rimba, bukan satria perkasa minda terbuka menerima realiti semasa negeri yang UMno BN berpuaka. Maka sesuailah dirinya menyandang Menteri Pertahanan Malaysia bertukar ganti dengan sisa kementerian yang pernah PM6 DS Najib Tun Razak bersarang, bertelor di Kementah. Mendengar semangat Zahid dan dentuman suara semangatnya, boleh mampus semua ikan-ikan yang berkeliaran dikeliling pulau Pulau Pinang. Manakala amaranya sekelian Adun PR DAP, PAS dan Keadilan akan terkincit terkencing dipintu pejabat UMno Pulau Pinang. Sepanjang jalan usus yang busuk itu terburai berjela bertepatanlah sebagaimana kata Tun Dr Mahathir. Anta kenai ka dak Tun Dr Mahathir?

Di muka depan dan di muka 8 akhbar tabliod Sinar harian, kedua-dua diperkatakan Zahid cukup besar dan cukup hebat. Sekelian UMno Pulau Pinang memperakui hebatnya Zahid mengatasi 1,000 batu laju dan berani dari Tun Lah dan TS Nor Mohd Yackob. Tetapi ada yang berkata auta kalau semangat terlalu kehadapan, sedangkan UMno BN telah pupus kerajaan di Pulau Pinang. Pertamanya, YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi mau jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang, saya sokong saya sanjong. Dengan bistari Zahid berhujah kerana semua komponan parti BN kalah sifar di Kadun dan Kapar. Sedangkan UMno walaupun kerajaan BN tersungkur tumbang selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lepas. Tetapi UMno maseh kuat perkasa kerana maseh menang 2 Kapar dan 11 Kadun kalau tak salah ingatan saya.

Sememang lojik dan benar, sememangnya benar lagi benar fakta hujah YB Ds Dr Ahmad Zahid Hamidi tentang realiti itu. Saya setuju 1,000,000 % hasrat terpendam UMno sejak zaman UMno Perikatan Pengerusi Perikatan dan Ketua Menteri dari MCA. Selepas 1969 Gerakan bersendirian dan UMno BN. Pengerusi BN dan Ketua Menteri adalah hak Gerakan. Mulanya Tun Lim Chong Eu berganti dengan TS Dr Koh Tsu Koon. Sifar kerusi Kadun dan Kapar Gerakan melalui mantan KM terus menjawat Pengerusi BN Pulau Pinang. Tak patut, kalah kalah la dah gusi pun relai pasai apa Gerakan diizinkan menjadi Pengerusi BN Pulau Pinang di zaman kerajaan SATU Malaysia. Semboyan sedia itu ditokok pula dengan manisan madu yang ditawarkan kebatang tubuh UMno iaitu “UMno FOR ALL”. Jadi apabila UMno for all, makanya UMno yang maseh bertahan Kapar dan Kadun wajib mengiringinya menjawat Pengerusi BN. UMno akan langsung tingkap ke pintu Cina dan India kerana Gerakan dan MCA parti komponan utama yang lemah, kalau nak kata macam anu, ianya mati pucuk. Hidup Zahid!!!! Hidup UMno!!!!! Semuanya pandangan cadangan YB DS Dr itu munasabah. Benar dan betul cara-cara dan langkah mengatasinya.

Tetapi apabila melihat berita dimuka 8 sebagaimana dilaporkan dan saya petik untuk dijadikan perbahasan dan hujah iaitu:-

”Selain itu, beliau berkata, UMNO Pulau Pinang juga berharap jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Pulau Pinang (Maipp) tidak diberikan kepada wakil Pakatan Rakyat (PR).

Sehubungan dengan itu, katanya, hasrat tersebut akan disuarakan kepada Yang di-Pertuan Agong , Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi membolehkan ia diperkenankan.

Menurutnya, UMNO negeri bertegas tidak mahu mana-mana pemimpin PKR mahupun PAS memegang jawatan tersebut.

“Kami tidak akan benarkan jawatan tersebut dipegang PR tetapi biarlah pihak selain daripada mereka,”katanya.

Mengkala, pendapa dan pandangan diatas, ianya bertembong dan bertentangan dengan saya dan oleh sekelian manusia diluar usus busuk jenama UMno. Pendapat serta hasrat diatas memang lojik, disokong dan mendapat sanungan. Tetapi apabila sampai kepada menafikan Yang Dipertua Majlis Agama Pulau Pinang (Maipp) untuk dijawat oleh Adun PR samada dari PAS atau UMno. Disini nampaklah berlawanan dan kontra pendapat dan pendirian YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi. Disinilah butanya Hid Di, buta perut dan buta kenyataan. Sekaligus menafikan pendapat yang bernas dan wajar bersabit Pengerusi BN diserahkan kepada UMno. Tetapi sehubungan YDP MAIPP bersekali dengan tumbangnya BN maka dalam masa yang sama, kalau UMno ada maruah dan telor pelior dalam kemantapan politik jantan, Shabuddin Yahya dah belah lama merompak jawatan tersebut, tak usahlah sandar dengan mana-mana pehak untuk bergayut macam kelawar.

Tetapi manusia yang bernama Zahid hamidi ini, setelah menjadi pembantu lanun merampaskuasa kudeta di negeri Perak, dan dia berjaya menjadi lanun dan maklaun, dan style itu dibawa ke Pulau Pinang menjadi bapa samseng politik. Zahid telah junamkan dan keluarkan ususnya busuk seluruh Pulau Pinang bertaburan menjadi pemimpin dogol dan tidak menerima hakikat realiti UMno BN kalah di Pulau Pinang. Pendapat dan bongkak Zahid sama standrad quality JKKK sekadar PMR. Phd dan Dr yang ada padanya seburuk dan sebusuk isi ususnya dan sebusuk USUS UMNO seperti disah, dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir.
Diatas alasan apakah yang Zahid menegah dan melarang Adun PR untuk menjawat YDP MAIPP. Gerakan BN kah Zahid yang menguasai kerajaan Pulau Pinang sekarang? Yang dulu UMno sekadar dikaki 5 BN, dalam keadaan itu UMno dipinggir oleh Gerakan. Sementelah hancurnya kerajaan Gerakan BN, Zahid kepala UMno nak tunjukkan keras kepala. Inilah politik rimba serigala.

Merujuk kepada hebatnya Pengerusi UMno PP lanie nak pi ajar telunjuk jari jangan lantek Adun PR menjawat YDP MAIPP untuk mengadap SPBYDA. Apakah SPBYDA ini berkhidmat dan bekerja dan makan gaji serta menjadi suruhan UMno Pulau Pinang. Wajib menurut telunjuk dan terketar-ketar menerima paksaan dan arahan UMno Zahid. Apakah pengalaman dengan Sultan Perak yang Najib dan Zahid berjaya dan cara itu nak diguna pakai kali kedua?

Apakah Zahid dan UMno Pulau Pinang akan ke istana dengan menaiki kapal selam dan helikopter bersekali dengan ketumbukan darat laut dan udara menuju istana untuk UMno pertahankan jawatan YDP MAIPP, seperti udang disebalik batu untuk mendapat jawatan? Inilah UMno buta, UMno busuk sampai usus bersekali pemimpin-pemimpinya.

Jadi adakah YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi ini Menteri Pertahanan atau Menteri Tekan? Lagak langkahnya mengetua Pengerusi UMno PP seperti samseng Bukit Bintang sahaja.

Saya bertanya kepada Zahid dan UMno Pulau Pinang. Pernahkah PAS dan DAP sejak lima puloh tahun dahulu membantah kalangan UMno menjawat YDP MAIPP tatkala UMno bertenggek semasa Perikatan dan bertinggung dalam BN. Pernahkah PAS membantah dan melarang. DAP halangkah juga? Pernahkah Zahid dan UMno PP teringat pernahkah Yusoff Rawa bersama pimpinan PAS lain belarak ke Istana Negara mengadap SPBYDA menghasut dan melarang jangan melantik UMno menjawat YDP MAIPP, pernahkah?

Pemimpin PAS dan pemimpin DAP dahulu dan lanie bersama Keadilan, terdiri dari jenis celek politik dan menerima realiti politik sehat dan bistari. Tetapi UMno lanie mamalkan politik gila, gila babi gila talak dan tidak berupaya mengaku realiti dan memaklumkan kepada rakyat PP hebahkan Gerakan BN yang UMno bertenggek tumpang menjadi kerajaan tu dah berkubur tumbang dalam PRU12 dulu. Jadi lanie kita pembangkang, tukang tengok dan janganlah menjadi tukang penyebok dan tak sedar diri. Jenis muka tak tau malu, macam tempek kulit babi rupanya pemimpin UMno PP ini.

Siap 10.55 Malam: 3 Muharam 1431 - Ahad - 20 Disember 2009-12-20

Rencana oleh : Ibn Abdullah Al Awab

70 AHLI PARLIMEN BN MENDERHAKA: TOLAK BUDJET 2010. TOLAK BTN. UMno BN DI GEREK ANAI-ANAI, KINI LOMPONG MACAM PETULA TUA.

70 AHLI PARLIMEN BN MENDERHAKA: TOLAK BUDJET 2010. TOLAK BTN. UMno BN DI GEREK ANAI-ANAI, KINI LOMPONG MACAM PETULA TUA.

UMno BN & BTN MENCARI HERBA BARU MENGUBATI!!! LAWAN VIRUS WARISAN MENIMPA BTN MENUJU PENGHUJUNG.

3.15 Petang : 16 Disember 2009-12-15 - Rabu.

Rencana oleh :- Ibn Abdullah Al Awab

Sikap ambil lewa dan perangai main cincai, tindakkan dan fael ambil mudah sama seperti suasana selesa di tahun 60-an, 70-an dan 80-an. Ketika mana tunggul nipah dan pulor pisang yang diletakkan mewakili UMno Perikatan - UMno BN, mampu hanguskan deposit pilihanraya dengan mudah, mengalahkan calun-calun lawan dari PAS dan parti-parti pembangkang yang lain. Termasuklah UMno Perikatan - UMno BN raya sakan kerana menang tak bertanding, itu dulu!!!!! Di sebabkan tiada calon penentang dari lawannya. Suasana itu, masanya telah berlalu meninggalkan zaman dan di simpan di dalam arkib negara dan negeri. Walaupun begitu masih ramai dalam kalangan Adun dan AP UMno BN terus tegar perasaan, menafikan hakikat yang UMno BN pupus kuasa dan tidak meyedar diri tunduk seperti resmi padi. Tetapi masih sombong bongkak seperti jagung dan cengea kerbau laga lapar di tehak tengah rembang.

Mereka terbawa-bawa serta berpanjangan dalam memperaga sombong pada keadaan tersebut, hingga sekarang dengan mamai lupa serta buta minda. Sama ada ketika mana mereka berada di Dun sampai ke Parlimen. Fenomena Speaker Dun dan Speaker Parlimen mencengkam dan menguasai Dun dan Dewan Rakyat dengan membuli dan menekan Adun dan AP daripada pembangkang serta melindungi Adun dan MP UMno BN berkait kehadiran, juga semuanya telah berlalu. Dalam pasca kini, Adun dan AP dari PR disudut akademik dan profesional dan akhlak, jauh kehadapan baik meningglkan Adun dan AP UMno. Kini baik di Dun dan Dewan Rakyat, menteri-timbalan menteri dan exco telah pupus berada dalam zon selesa, ambil mudah berdepan Adun dan AP PR. Mereka kini berhempas pulas dan peluh keketing untuk menjawab soalan yang penuh persiapan. Ini diakui dan disahkan oleh mantan Presiden UMno/BN dan mantan PM4 Tun Dr Mahathir.

Walau pun begitu, masih terdapat Adun Kedah dari spesis usus penamat daripada UMno BN, terus diulit mimpi ditilam empuk. Adun UMno BN yang tidak mengerti bahasa dan menyedari secara realiti. Mengulang culas hadir ke mesyurat rasmi DUN Kedah, terbawa pada zaman partinya menjadi pembangkang. Yang rakyat pengundi tolak telentang UMno BN terkangkang di PRU12 pada 8 Mac 2008. Culas dan pontengnya, Speaker menunjukkan kesalahan besarnya membawa kepada kerusi yang disandang menjadi status sifar wakil. Kini UMno BN cemas semacam berperang menghadapi virus penyakit selesma bagi H1N1, apabila DUN Siputeh kosong menangani dengan meminta dan mendapat pertolongan tangan ghaib, menerusi hantu raya negara belaan UMno BN berjenama cap SPR dan Mahkamah.

Kini UMno BN mendapat nyawa simpanan di Dun Siputeh, melalui dan menerusi inisiatif silat petir oleh Pengerusi SPR sendiri. Macam hidung tak mancung, pipi terserong-serong, lebih moi dari mangkok. Lebih UMno melampaui UMno, itulah Pengerusi SPR dan SPR kini zaman SATU Malyasia pimpinan BTN Batang Tubuh Najib), bercawat kotea mempertahankan UMno. Inilah namanya macam ampu bangkai babi tunggal. Mantan Adun Siputeh dengan pintu mahkamah dan disana sedang menunggu satu lagi simpanan tetap UMno bernama Mahkamah Rayuan silap-silap macam khemah haruan. Kini semua pemain-pemain simpanan juga merupakan simpanan tetap kehadapan mempertahankan UMno BN dan BTN. BTN kian cemas dan lemas, barangkali sedang berkemas untuk meninggalkan Perdana Putra Putrajaya, kalaulah peristiwa 14 Disember 10.35 malam berulang.

Menerusi beberapa kawan dan keluarga rapat dari UMno yang memuji dengan rencana yang saya paparkan semalam, mengatakan saya beralih sokongan melalui tajuk tersebut. UMno salah dan silap membaca makrifat dan hakikat saripati dalam rencana itu. Mereka, teman dan keluarga dari UMno salah dan silap di sudut memuji dan membuat pernyataan. Sesungguhnya PR PAS, DAP dan Keadilan besok akan merungkai semua masalah, akan luruskan semua perbedaan menjadi lurus, selari dengan aspirasi tuntutan pengundi dan rakyat. Pemimpin-pemimpin utama akan semeja bersama-sama berganding menjana minda untuk memandu rakyat dan pengundi, dikala UMno dan komponan utama BN sedang mengalami virus selesma babi H1N1, sukar dirawat oleh bomoh dan dr pakar dalaman juga sedang menghidapi penyakit kronik pribadi laki bini. Macam ambil air kencing basuh pungkor disudut nak menasehati.

Barangpasti, pengesahan dan penerimaan sekelian perwakilan dari 3 tungku utama Pakatan Rakyat PAS, DAP dan Keadilan dengan melantek persetujuan bersama pemimpin PR dan berada dibawah satu bumbung PR didaftarkan. Inilah yang mengegar lutut sekalian pemimpin perdana dan pemimpin buyung UMno BN, sebaik menyaksikan dalam Parlimen peristiwa 14 Disember 2009 jam 10.35 malam. Sama ada anda diluar sana mempercayai atau menolaknya termasuklah UMno, kini dikalangan beberapa pemimpin UMno dan BN hatta ahli akar umbi, ramai yang mempercayai masin sungguh doa yang keluar dari mulut Tok Guru MB Kelantan merangkap Mirsidul Am PAS yang doanya diaminkan puluhan ribu mungkin ratusan ribu mungkin juga jutaan ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Berbekal dengan doa dari Tok Guru Nik Aziz itulah sejumlah samarata kehadiran 3 paksi atau 3 tungku PR terdiri dari Pas, DAP dan Keadilan bersama-sama dengan 1,500 keluarga besar menjadi perwakilan duta mewakili parti masing-masing. Pemimpin utama 3 tungku bersekali dengan 1,500 perwakilan inilah yang akan mengegarkan stadium. Gegaran dan komitmen dengan menandatangani resolusi sepakat sepadu itulah gemanya bergoncang sampai ke Putrajaya langsung Perdana Putra. Hatta melantun pula dengung dan gemanya masuk kedalam Parlimen di Kuala Lumpur pada Isnin ini. Kepada pemimpin utama PR dan duta perwakilan 1,500 itu, bersatulah kita untuk diatas nama satu berlawan dengan BN. Macam gegeran gunung merapi Karakatua berputar ligar muntahkan lahar belerangnya ke pintu PWTC Jalan Putra Kuala Lumpur.

Sesungguhnya, keputusan yang besar, melalui pengorbanan daripada pemimpin yang berjiwa besar dan waja bersama-sama perwakilan masing-masing yang dinobatkan DUTA UTAMA KONVENSYEN PERTAMA PR 19 DISEMBER 2009 SABTU bersamaan 2 MUHARRAM 1431 menghasilkan kejayaan penyatuan yang gemilang. Doa dari dua Tok Guru PR YAB TG Nik Aziz Mursidul Am PAS dan Tok Guru Presiden PAS YB Abdul Hadi Awang yang diaminkan pemimpin-pemimpin kanan dari PAS, DAP, Keadilan dan Duta Perwakilan seramai 1,500 orang serta ahli-ahli dan penyokong diluar stadium. Sesungguhnya ianya bertambah kecilnya UMno dan BN. Barang tentu UMno BN telah kehabisan tenaga, nafsu dan kudrat untuk melawan kemaraan PR umpama tsunami membelah Acheh dan beberapa negara yang lain.

Kini apabila semua saluran telah UMno BN dan BTN gunakan, PR bukan pecah dan condong; tetapi ia lebih berpadu gagah perkasa. Diatas zuhud Tok Guru, wibawanya DS Anwar Ibrahim, padu dan kentalnya YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang dan sokongan dari pemimpin-pemimpin kanan utama yang lain. Semuanya menjadi alat pelengkap yang saling melengkapi, sebagai ramuan herba Melayu, India dan Cina bernama keramat “PAKATAN RAKYAT”, mampu menyingkatkan hayat UMno BN dan BTN berkubur selarilah sebagaimana yang ditelahan oleh Tun Dr Mahathir baru-baru ini terbukti kebenarannya. Inilah termakbulnya doa untuk kehancuran Najib dan UMno adalah menerusi revolusi 19 Disember 2009 di KONVENSYEN PERTAMA PR.

Tidak sampai tempoh sebulan, doa Tok Guru yang diaminkan itu telah mendapat sahutan penguasa dilangit dengan menzahirkan pantas, tiga (3) ledakkan berlaku dalam kerajaan UMno BN yang berteraskan BTN dan BTN itu juga membawa makna Batang Tubuh Najib kian diasak ditolak kepenjuru pintu.

Pertama: Seramai 70 AP BN dari UMno sendiri telah menolak dan tidak lagi menaruh kepercayaan pipeh kepada BTN - Batang Tubuh Najib. Mereka buktikan menolak dan tidak mempercayai BTN bukan di kaki lima, di longkang Jalan Chow Kit atau di Tasik Cini. Tetapi mereka berani sebagai penderhaka kepada BTN UMno BN di dalam persidangan Parlimen dalam mengesahkan Bajet 2010 Najib. Kalaulah bukan kerana peranan penyelamat dijanakan oleh Speaker yang sedang mengendali persidangan dan undi secara belah bahagi itu melengahkan masa hampir dua jam, kerajaan UMno BN pimpinan BTN telah pun dikafankan dan dikuburkan dalam parlimen oleh AP UMno BN sendiri.

Penyelamat hakiki kemungkinan termasuklah bersekali Pendekar Mustar Speaker mengumumkan kiraan undinya bersekali dengan menteri dan timbalan menteri dari Senator. Kita ingin melihat ketelusan bentara yang membilang dan namakan adakah serupa dengan bilangan nama diumumkan pendekar speaker. Kalaulah Senator dimasukkan menjadi bilangan untuk simple menang dalam Bajet 2010 BTN, maka lebih kurang jugalah apa yang UMno BN laksanakan rampasan kuasa dan penipuan dalam DUN Perak Darul Redzuan. Mengertilh kita menang gunakan tipu.

Kedua: Barangkali penamatan tugas Panglima Angkatan Tentera yang dibesarakan tanpa dengan protokol lazim ketenteraan, ada kena mengena dengan ledak letup terkini yang melanda Kementerian Petahanan yang menterinya adalah Naib Presiden Kanan UMno mengumumkan.

Walaupun hampir 3 tahun beritanya diperam disembunyi dan dinafikan, makanya pada hari ini Menteri Pertahanan YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, terpaksa membuka usus najis yang sebenarnya berlaku dalam Kementerian Pertahanan dalam tahun 2007, bersabut enjin pesawat perang hilang. Entahlah taraf JKKK kah yang dimiliki Perisik Angkatan Tentera. Disini saya lupa-lupa ingat dan ingin berkongsi tanya, siapakah yang menjawat jawatan Menteri Pertahanan ketika itu? Bolehkah menteri pertahanan ketika itu, sekiranya ada dan maseh hidup sekarang dipertanggungjawabkan? Tidak mampukan PDRM dan SPRM menyerang macamana menyerang pejabat Exco Kerajaan Selangor. La ni malam buta pun boleh ambil petuduh, apa macam?

Aneh bin ajaib bin heran, bengong binti mati akal. Bagaimana mungkin kehilangan Enjin pesawat pemintas F-5E TUDM disedari hilang pada tahun 2007 yang bernilai RM50,000,000.00 sebagaimana dilaporkan. Penyelenggaraan enjin pesawat tersebut dijalankan di Gudang Material Pengkalan Udara, Subang. Siapakah AP dari UMno yang menjawat Menteri Pertahanan Ketika itu? Kenalkah kita? Zaman PM6 DS Najib banyak gejala pekara pelek-pelek berlaku dalam tangan Kerajaan laki bini. Barangkali menjadinya dan kesannya DOA TOK GURU baru-baru ini, maka kebenaran terpaksa diluahkan walau disembunyi kemas kemin hampir 3 tahun.

Tiba-tiba Menteri Pertahanan YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi letupkan malapetaka besar ini yang mengiringi lagenda kapal selam, helekopter, peledak peletup C4 dalam pengendalian ATM telah memusnahkan putri Monggolia Altantuya Shaaribu semuanya berkait rapat dengan Kementerian Pertahanan pakat-pakat curi enjin pesawat tersebut dan dijual ke negara di Amerika Selatan. Kini kerajaan zaman SATU Malaysia, buat-buat terkejut, pora pura membuat siasatan, aku dah tidak percaya lagi kali ini. Aku tak tuduh, agak-agak barangka;i, kerana dah tak ada duit atas angin kerana peruntukkan membeli senjata dan aksesori lain dikecil dikerotkan, jalan mudah pakat-pakat curi jual hatra negara. Lepas tu buat-buat latah tergejut berok. Maka carilah bilis udang jerangau dimangsakan itulah penyelesaian SATU Malaysia BTN.

Ketiga: Menteri Pertahanan merangkap Pengerusi Perhubungan UMno Pulau Pinang iaitu YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini 2 Muharram 1431 Sabtu 19 Disember 2009-12-19, sesuailah dengan seruan ciplak UMno “UMno For All”, tiba-tiba meletup dan meledak selama 50 tahun UMno memedam rasa nafsu dan keinginan ingin menduduki kerusi Ketua Menteri. Sejak zaman UMno Perikatan Tun Ong Paw Nee menjadi KM Pulau Pinang sampai berkubur kerajaan Perikatan MCA. Juga di zaman UMno BN KM Tun Lim Chong Yu bertukar kepada TS Dr Khoh Sooh Koon yang berkubur pada 8 Mac 2009.

Kini UMno memberontak untuk mengambil aleh pengerusi BN Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan oleh mantan KM Pulau Pinang. Setelah tewas dilantik juga menjadi menteri melalui pintu Senator yang bertanggungjawab PKI dan NKRA. Tetapi hari ini UMno Pulau Pinang pinta Pengerusi BN BTN singkirkan Pengerusi BN dari Gerakan diserahkan kepada UMno kerana alasannya kukuh dan teguh. UMno walau pun tewas dalam PRU12 pada 8 Mac 2009 dulu, tetapi maseh berbaki 2 Anggota Parlimen dan 11 Adun. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC selepas PRU12 menjadi sifar kerusi DUN mau pun Parlimen. Mengikut sifir dan lazim politik adalah wajar sungguh merasai jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang. Untuk mantapkan perjalanan BN PP menuju PRU13 kelak.

Beranikah Pengerusi BN BTN membuka tari dan langkah menerima dan akur dengan desak dan asakkan Naib Presiden Kanan UMno juga temannya yang merampaskuasa kudeta dalam UMno BN Perak dan kerajaan PR yang sah. UMno telah kembali pendekar perkasa yang pinta TS KSK sembah kakinya dan pohon maaf. Inilah kekuatan value add UMno terkini barangkali.

Ada mampu? Ada kuatkah? Ada berani? Pengerusi BN BTN bertindak tegas kepada 70 AP BN yang menderhaka kepadanya dan telah cuba menjatuhkan BTN dan BN didalam persidangan Parlimen menerusi penolakkan BAJET 2010?. Atau BTN selaku PM dan Pengerusi BN akan lembut gigi dari lidah, merayu menangis air mata naga memohon ehsan kepada 70 AP BN dari semua parti komponan BN itu. Merayu janganlah mengulangi macam tu, saya merayu kepada kepangkuan YB-YB sekelian, nak apa, mintalah akan saya dahulukan. Asalkan kita selamat. Sama-sama kita menunggu, masalah sahaja yang akan menentukan.

6.50 Petang : 16 Disember 2009-12-15 - Rabu.

Rencana oleh :- Ibn Abdullah Al Awab

Wednesday, December 16, 2009

AHLI PARLIMEN PR - SELAMATKAN KERAJAAN SATU MALAYSIA BTN (BATANG TUBUH NAJIB), SAHKAN BADJET 2010????

AHLI PARLIMEN PR - SELAMATKAN KERAJAAN SATU MALAYSIA BTN (BATANG TUBUH NAJIB), SAHKAN BADJET 2010????

AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT: SUMBAT - BOLOS KE GOL SENDIRI, UNTUK MENANGKAN BN DI PARLIMEN!!! TERIMA KASIH AP PR!!! BUAT LAGI ULANG LAGI!! SAMPAI PENGUNDI RAKYAT MENYAMPAH!!!

PERINGATAN UNTUK AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT: PAS, DAP dan KEADILAN.

JANGAN ABAI DAN KHIANATI AMANAH PENGUNDI - RAKYAT. PONTENG MESYURAT PARLIMEN, MACAM ANAK CUCU TUANG TAK MAU KE TADIKA. HENTIKANLAH JANGAN ULANG. JANGAN GELOMBANG MENJADI GELEMBUNG DAN KELEMPUNG UMPAMA BUSUNG.

12.15 Tengahari : 15 Disember 2009-12-15 - Selasa.
Rencana oleh :- Ibn Abdullah Al Awab

Meragamnya untuk mendapat kemudahan perkhidmatan canggih broadband internet yang ditawarkan SEPANJANG guna tukar jenama internet. Sesungguhnya, ianya cuma hebat pada promosi tipudaya kepada pelanggan. Sedangkan perkhidmatan dapat mudah, senang mudah maya internet dari gergasi pemilik broadband Celcom CSL 3G USB MODEM yang haram mudah laluan internet macam siput babi nak mampus, atau macam kura-kura tua bangka bergerak. Itulah tahap kelajuan brodband Celcom saya terima dan pernah sebulan 100% tidak berfungsi dan bilnya terpaksa dibayar. Ianya berterusan mudah perkhidmatan yang palsu (sila klil pada URL ini http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/2009/10/celcom-diatas-alpa-dan-lalai-menjana.html ).

Saya menyesal menggunakan menukar ke perkhidmatan ini, umpama terajang tangga terjun dari tingkat 4 Perdana Putra bunuh diri. Hati yang panas marahkan tentang brodband Celcom macam haramjadah, ianya mendidih dan melimpah apabila internet terfungsi seketika jam 12 tengah hari dan apabila saya mendapat info dari ruang blog blogger sahabat yang lain. Saya amat kesal, marah kerana perkara yang telah saya ingatkan dahulu (sila klik pada URL ini http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/2008/12/keciwa-hambar-keatas-sikap-ap-pr-hari.html ) diulangi juga oleh AP PR dari PAS, DAP dan Keadilan, kali ini lebeh parah dan sayu hati mendapat keputusan diatas kelalaian AP PR memusnahkan kepercayaan pengundi diatas integriti dimiliki AP PR, Mashaallah.

Kalau saya marah, bererti ramai lagi yang turut serta marah dengan sikap dan tabiat culas dan pontengnya AP PR sama dengan AP BN. 2 X 5 sahaja anda rakyat pengundi hantar ke Parlimen. Cari dan ciptalah alasan sekarang, hampir selusin AP PR yang culas itu mesti bertanggungjawab penuh kepada rakyat pengundi dan parti masing-masin mesti pinta tunjuk sebab bersekali dengan tintadkkan tatatertib parti. Apalagi mereka ini jugalah barangkali jenis AP spesis yang sama yang tidak hadirkan diri dahulu menyebabkan usul BN dalam Parlimen dan semalam diulangi. Pasai apa perangai macam tu? Hampa bukan taraf JKKK desa? Ingatlah jangan sampai rakyat pengundi tuan dalam PRU13 nanti menolak hampa. Ingatlah tu.

Sebagaimana apa yang saya fahamkan dan saya tidak mamai berfikir. Jadi manfaat informasi saya dapati dan selayang pandang sahaja membacanya menerusi di dua blog sahabat, maka saya membuat kesimpulan saya sendiri. Mungkin kesimpulan ini tidak tepat 100% tetapi kebenarannya ada. Saya mempunyai asas yang kukuh untuk melafazkan marah dan teguran menerusi blog saya ini. Kerana saya merasai hampir 200 rencana yang saya paparkan dalam blog saya selama ini. Semuanya adalah merupakan sokongan dan prihatinnya saya yang amat besar dan konsisten, secara tuntas menghulurkan pembelaan kepada PR dalam semua keadaan diluar saya menjadi diantara batu api, atau musuh dalam selimut, menjadi juara lembu kepada dikalangan pemimpin PR atau dikalangan pemimpin komponan sendiri.

Diatas apa yang berlaku dalam undian belah bagi terpaksa diadakan oleh Speaker, samada untuk menyokong atau menolak Budget 2010 yang terkelincir dan terkeleceh itu. Sebelumnya dibentangkan oleh PM6/Menteri Kewangan DS Najib Tun Razak. Hasilnya, dengan keputusan yang didapati sepertimana dilaporkan, maka saya membuat kesimpulan yang tepat ini mengikut minda saya iaitu;-

AHLI PARLIMEN PR - PAKATAN RAKYAT: PAS, DAP DAN KEADILAN YANG TELAH MENYELAMATKAN KERAJAAN SATU MALAYSIA DAN MARUAH BATANG TUBUH NAJIB (BTN) DENGAN MENYOKONG BUDGET 2010 BN MELALUI UNDI SIFAR HADIR MESYURAT AHLI PARLIMEN PR YANG TUANG, YANG PONTENG DALAM MESYURAT PARLIMEN DAN BERADA SEMASA KETIKA UNDIAN BELAH BAGI DIADAKAN. MAKANYA SAYA MENUNTUT DAN MEMPERKATAKAN BEBERAPA KALIMAT UNTUK ANDA BERNAMA AP.

AP PR SUMBAT - BOLOS KE GOL SENDIRI, UNTUK MENANGKAN BN DALAM PARLIMEN!!! MENYOKONG BUDJET 2010 BN BTN, JUSTERU AP PR. BUAT LAGI ULANG LAGI!!!!!!!!!!! TADAHLAH TELINGA MENDENGARNYA, BERLAPANGLAH DADA PULA KALI INI SEBAGAIMANA ANDA MP PINTA RAKYAT PENGUNDI MELAPANGKAN DADA. KINI GILIRAN ANDA PULA WAJIB BERLAPANG DADA.

Biarkanlah SATU-satunya kebebasan yang pada saya ini, dalam menulis dan memberi pandangan, pendapat tentang PAS, DAP dan Keadilan dalam PR tidak menjadi berita peledak macam C4 yang membunuh wanita Monggolia bernama Altantuya Shaaribu terhadap sekelian pemimpin PR khususnya Ahli Parlimen duri daging kepada PR sebagai pengkhianat amanah pengundi dan rakyat kepada mereka untuk setia berada dan mengambil bahagian dalam perbahasan setiap masa berpanjangan, berterusan semasa dewan Rakyat - Parlimen bersidang.

Satu sokongan yang trajis dari AP PR yang tidak hadir dalam semasa mesyurat yang amat memerlukan kehadiran anda AP PR. Tetapi anda telah tidak beramanah menunaikan aspirasi pengundi anda. Dengan ini telah dua kali saya saksikan AP PR menyokong usul BN dalam Parlimen yang usul tersebut tidak sewajibnya AP PR menyokongnya. Tetapi anda telah menyokongnya. Anda jangan menafikan kenyataan ini wahai AP PR. Anda musnahkan impian kami. AP Padang Serai G. Gobalakrishnan wajib menjawab, adakah anda diantara yang memberi undi menyokong Budjet 2010 BN BTN dengan anda ponteng hadir ke Parlimen ketika undi belah bagi diperlukan? Dua sahaja jawapan segera kami tuntut dari anda YB Padang Serai. HADIR atau PONTENG MEMBERI UNDI SIFAR KEPADA BN?

Kalau-laulah AP yang tidak hadir semasa undi belah bagi itu, kita baca pada hakikatnya memberi undi menyokong Budget 2010 BN dan Najib, adalah anak atau cucu saya (sememanglah bukan anak dan tidak cucuku) seperti sengaja tidak hadhir dalam pepereksaan SPM atau peperiksaan tahun akhir untuk kertas akhir untuk ijazahnya. Nescaya, aku sebagai bapa atau aku sebagai tok wan menghadapi anak atau cucu sedemikian rupa tidak bertanggungjawab, hilang semua diplomasi dan psikologi. Gantinya teruk aku kerjakan dengan menerang penendang loji, penampar loji hatta rotan logi menjadi jawapan. Tak tahulah aku bagaimana PR - PAS, DAP dan Keadilan untuk melayan AP mereka dan AP aku Padang Serai.

Aku tegaskan disini, sekiranya AP Padang Serai yang aku dan bini aku turut menyokongnya dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu juga tidak hadir (memberi undi sifar menyokong BN) dalam undi belah bagi Bujdet 2010 Najib BN budjet BTN (Batang Tuboh Najib), Inshaalah tobatlahum PRU13 nanti, haramlah undi kami untuk AP Padang Serai sekarang. YB Gobala wajib muncul mengeluarkan kenyataan demi keselesaan menghadapi PRU13 kelak. Termasuklah sekelian AP PR yang memberi sokongan kepada Budjet 2010 BN dengan mereka sifar hadir semasa pengundian belah bagi itu.

Setelah seramai 70 AP BN dari semua komponan BN menolak Budjet 2010 Najib yang mereka sendiri tidak mempercayai dan meragui kewibawaan budjet bedah jantina itu. Dikala itulah JUGA BTN - BN mendapat simpati dan sokongan dari sebilangan AP PR dengan cara paling hormat, sokongan diberikan diluar pengetahuan rakyat pengundi mereka. Iaitu AP PR sengaja sifar menghadiri mesyuarat ketika mana undian belah bagi menyokong Budjet 2010. BTN bersyukur dan amatlah BTN berterima kasih kepada AP PR yang menyokong dan menyelamat Budjet 2010 yang dibentangkan dulu. Najib bukan SATU ulang merakamkan terima kasih tetapi banyak kali pada AP PR yang menyokongnya. Apa macam AP PR, nak nafi ka?

Dalam keadaan BTN mengucapkan thank you angkat ibu jari. dan angkat ibu jari kaji kata terima kasih kepada undian sifar AP PR kepada Budjet 2010. Walau pun begitu, dalam masa yang sama BTN tidak mempunyai keupayaan, kekuatan dan keberanian untuk mengambil tindakkan kepada AP BN dari semua komponan BN yang berselerak, teberak dan macam-macam itu. Jadi yang menyelamat BTN dan Budjet 2010 BN adalah AP dari PR sendiri. Fikir-fikirkanlah wahai pengundi.

Walau kita memperikai perjalanan mesyurat yang Speakerlah sebenarnya menyelamatkan Budjet 2010 BTN BN.

Sunday, December 13, 2009

CHE’ PA TOK PEGAWA, USAH MADAH BERHELAH, BELAHLAH LOMPAT KE KUBANG UMno

CHE’ PA TOK PEGAWA, USAH MADAH BERHELAH, BELAHLAH LOMPAT KE KUBANG UMno

SIAPAKAH CHE’ PA? BACALAH....... AKAN JUMPA TUANNYA!!!!!!!

11.04 Malam : Sabtu 12 Disember 2009-12-12
Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB

Che’ Pa adalah satu nama besar serabut, umpama seekor kerbau balar SATU tanduk patah. Berendam berkubang dari satu melompat laju ke kubang baru, pantas macam katak pisang. Kental macam lintah kerbau balar juga kerat lapan kalau dilepaskan dalam kubang yang sama ia akan bercantum. Dari UMno kepada BERJASA. Melompat ke UMno, didapati berpuaka sampai berperang ketika itu dalam USUS SHIT UMno. Ada yang cium pungkor dan ada yang bakar titi mati. Sambil melompat tinggi menyeberang lautan tahi kedalam kubang Semangat Melayu 46.

Bila merasai PSM 46 akan terbenam, lantas Che’ Pa masih bertenaga melompat sakan jatuh lubang usus UMno. Tabiat dan faeel katak, yang semua jenis katak, tak kiralah katak pisang ka, katak puru ka, kakatak betong ka dan apa-apa katak ia pasti tidak berhenti melompat. Ketika melompat pasti ia pancut kencing setidak-tidaknya di tingkat empat teran kencing kebawah. Itulah sifat-sifat luaran bernama spesis katak-katak. Untuk hentikan katak melompat kita katok katak itu biar terburai perutnya barulah katak menemui stesyen singgah berhenti atau kurong didalam kotak.

Sekali lagi UMno yang buruk dan busuk itu, singkir dan terajang Che’ Pa keluar menerusi lubang tingkap dapor terus masuk keacaq. Akhirnya ia merasai insaf, taubatlahom menjadi insan kamil dan talak 3 dengan UMno. Proses 2 tahun menjadi alim dan zuhud. Cium kakitangan Tok Guru dan tulong jinjing selipar usang Tok Guru. Menyamar habis menjadikan Tok Guru terharu dan keliru kepada Che’ Pa panggilan Tok Pegawa dan orang kampung sanak sedara kepada Ibrahim bin Ali. Akhirnya lakonan Che’ Pa mengena dan menjadi. PAS dan Tok Guru korban sakan sembeleh YB Al Fadzil Ustadz Haji Ismail Noh Slow Machang (anak Saudara kepada Pak Teh Nawi Tok Imam Haji Zawawi). Menafikan Ustadz kembali bertanding Kapar Pasir Mas diserahkan kepada raja katak Che’ Pa Ibrahim Ali.

Setelah Che’ Pa menjadi AP Pasir Mas dengan ehsan PAS, sebaik mengangkat sumpah sebagai AP Pasir Mas. Che’ Pa ini, spesis manusia umpama anjing dengan bangkai tulang kerbau balar atau tulang babi hutan, ia sentiasa hidunya sentiasa kebangkai tulang itu. Samalah seperti Pak Di gila nak bebalik dengan jandanya yang ditalak 3, bukan sekali tetapi 3 kali. Untuk menyempurnakan Cina buta dapat balek Che’ Pa nak kembali kepangkuan janda tua lagi busuk buruk itu, maka Che’ Pa menciptareka, helah bermadah, menuduh mengatakan orang sakan. Dialah saja dalam donia ini, khasnya sebiji Kelantan atau seluas Pasir Mas, SATU-SATUnya jenis katak berwajah manusia yang bersih suci macam zam-zam di perigi, harum kentut dan kencingnya macam kasturi. Perangai baik melangkau Nabi-nabi.

Sebab itulah ia menyalak dan menyentak, beliaulah pejuang tulin. Beliaulah penjaga dan pelindung Melayu tulin. Beliaulah kayu api, pembakar semangat Melayu berkobar-kobar. SATU-SATUnya Melayu yang mempertahankan Melayu di SATU dunia ini adalah SATU Che’ Pa dalam kad kenalan namanya Ibrahim Bin Ali anak tok Pegawa. Che’ Pa Brahim Ali ini, kini mancis ditangan kirinya, petrol ditangan kanannya mencari lubang akhir untuk akhir hayatnya. Maka untuk kembali kekubur UMno, maka terlebih dahulu dia kena buat pahala dan zikir banyak. Iaitu maki Tok Guru, maki Anwar Ibrahim dan semua isi PAS, DAP, dan Keadilan semuanya tak baik.

Yang baik kualiti standrad tinggi adalah jenis dirinya berpolitik berguru dengan katak. Mahukah PM6 DS Najib jua Pengerusi BN sanggup menerima katak pisang ini melompat sampai kamar tidur PM6 tak senang dibuatnya oleh Che’ Pa Brahim ini? Brahim penyokong setia Tun Mahathir dan BTN. Sedangkan BTN ini adalah lawan mutlak kepada SATU Malaysia. SATU Malaysia tidak perlukan BTN, dan BTN ini adalah roh dan jasad Brahim yang mmeperjuangkan ketuanan Melayu UMno. Bukan ketuanan Melayu sejagat. Brahim kena pehea tentang ni.

Kalau mu nak gi dekat janda mu yang usang dan penuh tahi diuus itu, mu lah gi la. Jangan cari dosa banyak mengatakan orang semata-mata beralasan untuk lompat kembali ke UMno. Mu gi pagi pukul 8, sah 8.2 minit pagi mu lompat ke kubang lama mu UMno, saing baikku Wakaf Bharu dia akan sembelih dua ekor itik serati jantan dan betina nak bayar nazar keh mu gi bawa lari kerusi Parlemen PAS. Tobatlahom aku tak halal dunia akhirat piteh mu dapat hasil mu jadi MP Pasir Mas kerana mu bertanding atas tiket PAS, lambang PAS bulan purnama. Di donia mu boleh belit Brahim, dalam lubang kubur dan di akhirat sama-sama kelak kita tengok keleh, jatuh penamatnya mu bernama Che’ Pa Ibrahim Ali.

Mu tuduh orea macea-macea Brahim tanpa bokti. Kini ku sedari kata-kata dan sumpah seranah Abea Jag (Haji Abdul Razak Abbas Rantau Panjang) adalah benar. Mu ni Brahim adalah jenis Pak Dogol, cap Wak long Dan Wak Yeh saja. Sesuai dan tepatlah orang kampong panggilmu dengan Che’ Pa tidak Pak Nik.

Wahai YAB DS Najib Bin Tun Razak, Pengerusi BN juga Presiden UMno, PM6 Malaysia dan Menteri Kewangan, hamparkanlah pemidang permaidani biru dan merah untuk menyambut kembali lompatan katak Brahim Ali untuk memperkemas dan melekaskan UMno berkecai bertaburan usus dengan cerik. Ahlan Wal sahlan terimalah katak ni, pelihara dan puliharalah ia baik-baik. Jangan biar ia melompat dari bilik kebilik yang najis dibadannya terpalit keseluruh UMno yang ususnya sedia busuk itu semacamana Tun Dr Mahathir khabarkan ke seluruh negara dan sedunia UMno memiliki busuk cabuk sampai ke usus.

11.55 Malam : Sabtu 12 Disember 2009-12-12
Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB

Saturday, December 12, 2009

TOLAK BTN : TOLAK BATANG TUBOH NAJIB

TOLAK BTN : TOLAK BATANG TUBOH NAJIB

9.10 Malam : Sabtu 12 Disember 2009-12-12

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB

Apabila banyak benar yang dihadapi negara dengan memikul beban ekonomi yang koi-koi merudum, rakyat melarat sedang melalui, mengalami berganda tekanan hidup menghadapi mendepani sengsara mendapat tunai duit dan rezeki. Dihadapan hidup ini, kita berdepan bertukar ganti hari ke minggu ke bulan dan ke tahun. Rakyat terus menjadi miskin, berhadapan tekanan hidup yang amat mencabar. Rakyat akan menjadi miskin, fakir dan papa bersekali dengan kerajaan Pusat BN dan kerajaan negeri-negeri akan menuju papa kalau pun tida papa kedana atau muflis. Walapun juak-juak, pemuka-pemuka kerajaan menafikannya, menerusi media-media perdana tonton dan baca. Kerana tiris, pecah amanh dikalangan pemuka kerajaan salahguna duit negara joli sakan berterusan.

Walau pun alasan yang lapuk, usang di kemukakan sebagai jawapan kemelesetan ekonomi negara di keranakan turut serta disebabkan dunia sedang mengalami kemelesetan ekonomi. Maka kita tidak dapat lari terpaksa mendapat tempiasnya juga. Tetapi apakah itu jawapan yang penuh dengan tanggungjawab integriti positif? Atau jawapan sekadar melepas beban tengkok bernama kerajaan? Bagaimana wang negara dan wang rakyat yang dijoli belanja oleh agen-agen kroni UMno dan BN dengan sesuka hati. Naik tambah harga mengila diatas sesuatu projek, sedangkan projek lanun itu belum dimula? Bagaimana? Itu pun kerana kemelesetan ekomoni juga ka?

Kini kerajaan BN pintar dan nampak dengan bersungguh-sungguh Alhamdulillah, untuk mencari modal menampong dan menegakkan perjalanan kerajaan BN dalam meneruskan pembiaan pembangunan negara dan menampong pengurusan, untuk jangka pendek sementara menunggu mai jangka panjang. Maka jalan pintasnya pendekatan dan tindkkan instant yang di Kulim lanie adalah kerajaan BN iaitu senonimnya B arang N aik. Tetapi BN (kata orang Kedah Perlis) batang baru (sebutan baru) kepada BN adalah BIL NAIK, disamping makna-makna dipasangkan bersesuaian dengan BN, yang popular nama-nama batang lain.

Sebab itulah kerajaan B arang N aik (BN) ini, tindakkan pintar dan mampu untuk mendapatkan duit adalah selari dengan nama kerajaan BN iaitu tekan tengkok rakyat dan pengguna dengan menggunakan Parlimen dan Jemaah Menteri berusaha B IL N AIK untuk tarif NAIKKAN BIL restu kerajaan BN kepada CLC Kerajaan yang dibelakang tabirnya adalah kroni-kroni UMno BN kepada rayuan penyamun TENAGA NASIONAL BERHAD - TNB. Pasti kenaikkan tarif akan berlaku 25 hari dari sekarang. Rakyat akan mendapat anugerah SATU Malaysia Rakyat didahulukan; Rakyat diutamakan dengan BIL NIK untuk dibayar rakyat, Alhamdulillah, macam tulah kerajaan prihatin kepada rakyat dan balas rakyat mengundinya. Apa macam?

Sebagaimana anak sampaikan kepada saya selepas pulang dari surau kira-kira 9 malam tadi, anak khabarkan dia dengar dan tengok TV9 tadi. katanya DS Najib sendiri yang akan menangani issu BTN tidak oleh sesiapa melainkan SATU PM6 sahaja membicarakan pasai BTN. BTN menjadi medan pertelingkahan dan pertembongan terbuka dikalangan menteri-menteri BN SATU Malaysia, seperti peperangan Palastin dengan Israel. Bukan timbalannya TPM TS MY atau Menteri di JPM setokin dan kasut kepada DS Najib iaitu YB DS Nadzri Aziz apalagi mantan PM4 Tun Dr Mahathir Mohamed. Sekembali dari luar negara. Makanya dengan itu PM6 YAB DS Njajib sendiri akan kendali dan menangani kes BTN ini. SATU kuasa sahaja tangani BTN iaitu tolak BATAN TUBOH NAJIB bersama.

BTN ini telah disahkan oleh DS Nadzri sebagai sarang beranak dan bertelurnya api perkauman menyembarakkan menanam kesumat perasaan bencikan Melayu diluar UMno dan meniup kebencian kepada kaum Cina, India dan kepada PAS, DAP dan Keadilan bersekali dengan pemimpin-pemimpinnya. Matlamatnya, SATU sahaja iaitu para graduan keluaran BTN semuanya selepas tamat belajar di BTN akan menjadi penyokong setia UMno dan menjadi lidah penyampai UMno dan lebeh dari itu menjadi terompah dan capal untuk alas kaki menunaikan kehendak pemimpin-pemimpin UMno juga dikalangan mereka menjadi PM, TPM, menteri dan timbalan menteri.

Secara langsung menteri UMno DS Nadzri Aziz telah menolak BTN dan berhunus keris pesaka UMno berdepan dengan mantan PM, mantan Presiden UMno/BN dan bertembong secara terbuka seperti peninju Muhammad Ali vs Joe Bugrner. Nazri kata BTN akan dirombak kurikulum puakanya. Rakyat kata tolak dan buang terus saka puaka bernama BTN itu. Itulah rakyat menuntut agar UMno tobatlahom jangan guna duit rakyat duit negara, kemudah lojistik asesori negara oleh UMno untuk UMno kepada UMno harta rakyat harta negara. Zalim, kejam dan berdosa. UMno jawab mana ada dosa? Nampak ka dosa dan pahala?

KALAU ITULAH PENDIRIAN RAKYAT, MEREKA MAU TOLAK BTN, TETAPI SAYA KEHADAPAN SIKIT DARI ITU SECARA BERLAPIK CAKAP, IAITU TOLAK BERSEKALI DENGAN B ATANG T UBH N AJIB DAN BN DALAM PRU13 NANTI BERTEPATAN DAN BERSESUAIAN DENGAN PANDANGAN DAN BOLEHLAH DIKATAKAN DOA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD KEATAS UMno BN TERSUNGKUR KEBUMI KERANA BUSUK SAMPAI KEUSUS PADA PRU13 NANTI.

JADINYA, KITA-KITA RAKYAT SEMUA KERAJAAN B ARANG N AIK, KERAJAAN B IL N AIK INI WAJAR DI TOLAK BERSEKALI BTN BERSAMA KEPALANYA IAITU B ATANG T UBOH N AJIB.

Sama-samalah kita menanti masa dan waktunya di PRU13 pada tahun 2011 nanti, sama-sama kita perhati dengan mata hati.

11.04 Malam : Sabtu 12 Disember 2009-12-12

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB

Thursday, December 10, 2009

KABINET SATU MALAYSIA: TPM VS MENTERI BERENTAP BERCAKAR

KABINET SATU MALAYSIA: TPM VS MENTERI BERENTAP BERCAKAR

9.00 Malam : 9 Disember 2009-12-09
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

PM6 negara kita Malaysia, YAB DS Najib dengan semboyan retorit SATU Malaysia dah hampir setahun usianya. Tempoh kurang dari setahun itu, telah terserlah anggota kabinet SATU Malaysia tidak mampu berada dalam SATU kesepakatan SATU kesatuan fikrah SATU Malaysia tetapi bercabang bercempera, di kalangan menteri dan timbalan menteri dalam parti komponan BN. Tetapi sesama UM no pun belaga terbuka sebagaimana TPM dari UM no dan menteri senior juga dari UM bertembung macam lembu laga dalam bon.

Sikap dan ucap, ianya menerang dan menyingkap dukalara hati dan isi perut pedal sesaorang. Isi hati dan pedal perut Mohiyaddin dan Nadzri telah terburai berjela dan bertaburan. SATU mengampu sokong Najib. SATU lagi mengharapkan sokongan terbuka untuk memperkemaskan diri mengembangkan kepak besarkan tapak. Justeru, dengan penuh kasih sayang dan mengenang budi mengenang jasa, TPM TS Mohiyaddin mengambil sikap membela dan mempertahankan mantan PM4 Tun Dr Mahathir diatas sikap Tun mempertahankan dan kekalkan modul dan institusi BTN. Diatas pandangan Tun Dr Mahathir yang sama dan serupa dengan pendapat dan pandangan TPM TS MY yang bertembong pendapat dengan DS Najib pencetus SATU Malaysia.

Sesungguhnya Tun dan Mohiyaddin dan ramai pemuka-pemuka UM no dulu dan la ni memperakui dan membenarkan segala tuduhan musuh UM no selama ini. Bahawa di BTNlah tempat didik dan bersarangnya api perkauman patriotik Melayu kerana BTN berppperanan besar kepada UM no. UM no mendapat manfaat langsung, mendapat sebilangan cerdik pandai Melayu menyokong UM no hasil tarbiah dari BTN. yang melindungi UM no selama ini. TPM TS MY terpaksa menempelak menteri di JPM yang bertanggungjawab tentang undang-undang YB DS Nadzri Aziz. Ianya amat menarek, berani dan amat terbuka mendada. Kedua-duanya anak jantan dari Johor dan Perak. Pasti ianya berpanjangan untuk lebar dan panjangkan belang tempolok masing-masing.

Nampak gayanya retorit SATU Malaysia tak akan tahan lama. Kalaulah TPM dan Menteri di JPM yang bertanggungjawab berhubungan undang-undang, sama-sama tak faham dan berlawanan haluan. Macam mana nak disogokkan SATU Malaysia kepada seluruh negara dan rakyat jelata. Dikalangan jemaah menteri sebagai anggota kabinet, belaga sakan dengan satu tajuk puaka. Pro dan kontra dikalangan anggota kabinet apalagi perengkat pengikut UM no bertaraf JKKK? Parahlah padahnya dalam cuba-cuba nak tahu SATU Malaysia bukan nak menghayati lagi. Yang selama ini modul yang dilaksanakan selama-lama itu tempat bersarang suburnya paluan perkauman Melayu, seruan memenci kaum lain termasuk Melayu yang tidak bersama-sama UM no.

Kini diatas retorit SATU Malaysia, orang No 2 negara Timbalan Presiden UM no/Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan PM juga Menteri Pendidikan, telah menghunus keris dan bertarong digelanggang terbuka bertikam, mengelak dan menepis sakan diantara Menteri Di JPM YB Datuk Seri Nazri Aziz, kerana masing-masing mempertahankan dan mebolak Biro Tata Negara - BTN. Pertarongan ini merupakan respon langsung yang terlalu pantas YB Datuk Seri Nazri Aziz keatas pendapat mantan PM4, mantan Presiden UM no dan BN Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kait Tun mempertahankan BTN bersekali dengan kurikulumnya terbaik selama ini sebagai universiti khas tempat meniupkan api bara perkauman petriotik Melayu.

Kalau sebelum ini pemuka-pemuka utama UM no bolak balik menafikan yang BTN adalah alat perkakas mendidik menjadi UM no dan sarang mengasah perkauman. Makanya hari ini UM no tidak terdaya untuk menafikannya sekalipun RTM dan TV supermarket menafikannya sejuta kali bukan SATU kali. Kerana ianya dibenarkan, ia disahkan sendiri di lobi Parlimen dalam persidangan resmi media oleh menteri yang bertanggungjawab dalam undang-undang YB DS Nadzri Aziz. Ya! BTN lah tempat mendidik orang Melayu untuk menyokong UM no. Korikulum dan modul di BTNlah menaburkan bunga berduri membenci kepada kaum India, Cina dan Melayu yang berada dalam PAS dan Keadilan termasuklah parti PAS, DAP dan Keadlan adalah musuh kepada UM no dan musoh kepada Melayu kerana semata-mata tidak menyokong UM no. UM no mendapat sokongan menerusi racun berbisa yang dibekalkan di BTN diatas tiupan api perkauman sempit.

UM nolah yang menjaga dan menjuarai Melayu sedangkan pemimpin UM nolah yang melingkup, menipu dan melelong Melayu kepada Cina dan India. Degan menjadi barua dan pak sanggup, menjadi broker lima bintang mendapatkan projek melanun secara kroni atas nama Bumiputra, hasilnya diserahkan kepada Ananda dan Tan, menjadi jutawan sekelip mata dengan 2%. Itilah kerja mudah UM no melateh ahli-ahli kroni mereka menjadi kaya. Songlap atas dasar ekonomi baru Bumiputra. Bila menemui kegagalan, mangsanya adalah Bumiputra Melayu. Sedangkan yang buat kerja haram dan haram jadah itu adalah suku sakat UM no orang Melayu dan Bumiputra menjadi mangsa. siapakah pengkhianat bangsa? Tidakkah UM no dan sekelian pemimpin-pemimpinnya sejak Tun Dr Mahathir sampai kepada Tun Abdullah dan DS Najib sekarang. Melayu malang di tangan UM no.

Rakyat berbalah dan pecah kerana UM no mengguna dan mendapat nasehat serta perkhidmatan dan khidmat dari institusi BTN dalam mengekal dan cara-cara mendapat sokongan dengan membakar sokongan peserta Melayu menjadi anti kaum-kaum lain macam kucing jalang kurap tengok tikus keturi. Pantang bertembong. Itulah hasil kuliah dari BTN dibekalkan kepada peserta agar menyokong UM no dan pemimpinya dan bencikan lain dari UM no. Itulah jadahnya UM no.

Perbalahan pertarongan diantara Nazri Aziz dengan Tun Dr Mahathir dan diantara Mohiyaddin Yassin dengan Nazri Azizi, dikala PM6 DS Najib berada diluar negara, ia amat menarek perhatian saya menguas. Sepeninggalan Najib keluar negara orang-orang kanannya dalam kerajaan dan kabinet mencipta issu untuk kehadapan menjadi juara dan hero. Mereka telah membuka bangkai gajah dan bangkai kapai selam yang busuk lagi berulat selama ini, yang UM no BN menudungnya dengan nyiru. Diatas program retorit SATU Malaysia makan bangkai busuk BTN yang mampu undangkan perbalahan pertarogan kaum, tidak mampu ditudung dengan nyiru lagi. Akhirnya danor dan ulat-ulat dan langau dari BTN milik UM n BN itu keluar menjalar, bersekali dengan ular, naga, lanun termasukllah senjata purba keris, tombak, lembing, loh runcing, cabai cuka dan semuanya adalah pelengkap sebagai ramuan masakkan hidangan api perkauman Melayu

Geraduan dan JKKK UM no sebaik tamat kulih dari BTN ini, mereka dibekalkan dengan kebencian dan permusuhan kepad Cina, India dan Melayu diluar MM no. Doborong sama kepada PAS, DAP dan Keadilan bersekali dengan pemimpin-pemimpinnya adalah pengkhianat kepada Melayu dan UM no. Itulah mudul dan kurukulum sejak 1998 spai lanie diasak dibaja kepada pelajar-pelajar di BTN, cukup kurang ajar dan tidak bertanggungjawab. Akhirnya api peledak ramuan perkauman keluar dengan sendiri tanpa nyiru diangkat ubah. erkata sendiri dan diperkatakan secara terka macam tsunami, tidak mampuBTN dipertahankan lagi diarena SATU Malaysia yang caca merba ini.

Justeru, nyata lagi benar, lagi siang lagi bersuloh, sememangnya BTN mempunyai kebenaran mutlak, merupakan tempat mengUM no kan sekelian yang hadhir kekampus BTN. Tempat meracun fikiran dan menabur fitnah kepada parti-parti pembangkang dan pemimpin-pemimpinnya terutamanaya selepas tahun 1998. UM no BN menggunakan kemudahan negara dengan rakus untuk membalun dan membelasah musoh-musoh politiknya dengan menggunakan segala kemudahan dan perbelanjaan negara semata-mata untuk UM no BN, celaka sungguh rupanya. Kenyataan respon Nazri keatas kenyataan Tun Dr Mahathir adalah benar. Hatta kenyataan Tun mempertahankan BTN adalah benar. Manakala Mahayuddin mempertahankan Tun Dr Mahathir lagi-lagi benar, kenapa?

Allah memilih BTN dipertunjukkan kepada sekelian rakyat negara dalam program SATU Malaysia, sebagai bom jangka dan peletup C4 kearah kemusnahan UM no BN, kenapa? Tanpa bantuan perang saraf, fitnah yang melampau, menanam semangat yang tinggi kepada peserta menghadir mengambil azimat dan berkat untuk membenci orang Cina, India, parti PAS, DAP, Keadilan bersama-sama pemimpinya, dengan menaikkan semangat berkobar-kobar dan berapi membenci diatas nama patriotik perkauman Melayu yang sempit di modum kurikulum BTN, maka UM no akan kehilangan tungkat tempat bergantung menjadikan Melayu itu menyokong UM no. Nyatalah ajal UM no kian menghmpiri.

Apabila Tun Dr Mahathir mempertahankan BTN kerana tempat UM no melateh sekelian pesertanya taksub kepada UM no mesti dipertahankan. Ianya mendapat sokongan pantas dari TPM TS Mohiyadin Yassin dengan menempelak mempertikaikan kenyataan YB Datuk Seri Nazri Aziz dan mempertahankan Tun dan menyanjung menghargai Tun. Sifir politik kaki lima pokok ciri mentafsirkan, inilah percanggahan dan penentangan TPM secara terbuka diatas hasrat PM6 DS Najib untuk negarakan SATU Malaysia, yang pada anggap bacaan Tun dan TPM TS mohiyaddin ianya akan merugi dan meminggirkan UM no dan UM no itu terus tenggelam dan berkecai seperti gadis Momggolia Altantuya Shaaribu berkecai kena peledak C4.

Ertinya secara jelas TPM TS Mohiyaddin Yassin menolak SATU Malaysia yang dicanang oleh PM DS Najib. Kini jelas TPM bergayut dan berselindung mendapatkan sokongan dari Tun Mahathir untuk menghadapi lawannya menjawat puncak dalam UM no dan puncak Perdana Putra, kerana ia menghadapi penyakit dihadapan, juga jenis virus merbahaya H1N1. Penyakit apakah yang TPM menghadapi dimana ia menjawat TPM? Penyakit H1N1 ialah penghalang sepupu yang akan memintas TPM TS MY iaitu Hishamuddin 1 Najib 1. Maka untuk melangkah penyakit tersebut TPM kena bergabung dengan Tun Mahathir bersekali dengan anaknya MP Jerlun yang nak juga menjadi Adun Kota Siputeh. Itulah percaturannya, macam main aji dan dam dibawah pohon
ketapang rendang.

Kini YB DS Nazri Aziz adalah didalam perut dan hati PM6, kerana mempertahankan matlamat SATU Malaysia ketika mana PM6 dan bini no 2 berada diluar negara. Jelaslah Nazri menjadi pertahanan dan penjaga gol profesional dalam team SATU Malaysia. Pasti sekarang Najib mula mencurigai timbalannya. Apalagi timbalannya ini cukup laju masuk kedalam rumah MCA dan mengajar paksa penghuni dalam MCA cara untuk berdamai dan memulehkan perbalahan dalam MCA. Peralihankuasa hakikatnya rampasankuasakah yang Mohiyaddin nak ajar kepada Pemimpin MCA itu?

Sama-samalah kita tengok keleh. Walau apa-apa pun kini mana pemimpin UM no dari jenis JKKK kampong berani angkat muka, kecuali tunjuk punggung dan pungkor berani menafikan kebenaran kenyataan dari PAS, DAP dan Keadilan dan semua yang tidak menyokong UM no BN, bahawa BTN adalah tempat menyemarakkan dan melahirkan orang-orang UM no Melayu menjadi rakyat yang sempit akai, hipokrit bikin diluar cakap mengenai muhibbah dan keharmonian bangsa. Janakan mendapat undi diatas dendam perkauman setiap kali PRU. Itul kalau nak kenai malanun.

Siap 11.55 Malam : 9 Disember 2009-12-09
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB