Saturday, August 6, 2016

KAPAN USTAZ HADI TAK AKAN IKTIRAF AMANAH, APA LAGI ERDOGAN????

(BAHAGIAN 1)

KAPAN USTAZ HADI TAK AKAN IKTIRAF AMANAH, APA LAGI ERDOGAN????

Rencana : Ibn Abdullah al Awab
Tarikh     : 5 August 2016 – Khamis

Hebah dengan megah   

Pas seusai muktamar di Kuala Selangor, perwakilan sahkan Haji Hadi menjadi penguasa pemutus yang muktamad. Haji Hadi ulamak dunia No 2 di posisi haraki selepas Dr Yusoff Qardawi boss beliau. Seperti dicanang oleh penyokong tegar dan penyokong kampong Hadi lanie, bila berhujah untuk rendahkan taraf  ulamak dalam kepimpinan AMANAH. Dimana sahaja peluang untuk membelasah dan merendah lawan mereka. Selain daripada Hadi, TP , NP, AJKPP, jauh lah PSJ, apa diperkatakan mereka, ianya sekadar ‘pendapat pribadi’ tidak punyai nilai dan kuasa mewakili parti. Ketika memberi pandangan keatas sesuatu issu yang segera untuk ditangani. Mereka spesis pemimpin yang bisu kerana tidak berkuasa untuk bersuara. Kini Hadi ngam berganding dengan Dr Haron Din, umpama regu klasik Laila dan Majnun, dalam merealisasi halatuju Pas sekarang.    

Ahli dan penyokong tegar Pas, mereka terlalu sanjong melambong tinggi dekat Hadi Haron, angkat Hadi Haron macam seperti maksum. Apa saja datangnya daripada Hadi Haron wajib dipatuhi sepenuhnya, tidak sesiapa boleh pertikai engkar. Pantang ditegor untuk berbeda pandangan dan mengkritik. Pasti bergema cerca, anta tidak walak ulamak. Hadi seorang sahajakah demimpin dalam Pas?  Tetapi heran, ajaib juga ya! Hakikatnya ramai  rakyat diluar sana tolak Hadi dan Haron sekarang cukup besar dan melebar dalam Negara. Seiring dengan kebencian rakyat dekat Najib1MDB menjangkiti benci itu kepada Hadi dan Haron. Rakyat Negara yang dok peleceh pelekeh Hadi dan Haron. Kerana beberapa faktor yang berfakta tidak ditangani, melilit dan membelit. Ianya mengundang rakyat marah benci, kerana berkaitan rapat dengan integrity dipandang sepi. Kerana Hadi Haron mendampingi  Najib1MDB.

Hadi sekarang, letakkan Pas mengikut selera dan citarasa mutlaknya sebagai kata pemutus. Yakni wajib semua pemimpin, ahli akor dan menerima tanpa perlu perbincangan dan berhujah terhadap keputusan yang beliau putuskan. Hadi adalah general empat bintang, keris berselang diatas bahu yang mengeluar perentah bukan menerima perentah. Kuasa Hadi dalam Pas sekarang wajib diluar sana mengetahui sepenuhnya. Saya ulang sekali lagi, Hadi adalah general empat bintang, keris berselang diatas bahu yang mengeluar perentah bukan menerima perentah. Pantas bergegas, Hadi guna gear 5 bawa Pas berganding dalam Blok Ke 3 bersama parti kerdil yang terpencil dalam mengisi arus politik Negara semasa. Ikatan perjanjian kerjasama politik matang, diantara Ulamak gandingan Mamak vateran. Kini Blok ke 3 macam 7 sibuta meraba, membuat rumusan rupa bentok seekor gajah. Hati mere hati.  

Dikhabarkan menjadi barua politik dan broker projek, mendampingi  umNO(baru)bN iaitu Najib1MDB. Mereka berselindung jawatan politik dan title. Mereka gagal untuk membela diri sendiri dari menafi  semua tudohan adalah fitnah. Bertujuan untuk jatohkan reputasi mereka dimata rakyat Negara. Mereka meniru Najib1MDB menjawab depan wartawan menafi, bukan berani naik mahkamah untuk bersih diri dari tuduhan dan penghinaan. Malu dengan pemimpin DAP dan PKR, kalau reputasi mereka dicemar, mereka kemahkamah menuntuk keadilan keatas lawan musoh. Tetapi tindakkan jantan sebegitu, tidak terdapat dalam kamus kepimpinan utama parti agama tertua Negara. Kenapa ya! Adakah kerana tidak ada atau tidak cukup bilangan saksi dan sememangnya reality untuk tidak mampu mempertahan dan menafi semua tudohan dimahkamah? Makanya biar sahaja tuduhan berterusan jadi sapi biri-biri kenyang? Mereka bab-bab integriti ini letakan Najib1MDB sebagai sifu dan mahaguru. Barangkali juga mahkamah kafir harbi?

Saya masih ingat dengan segar sebelum usai muktamar dahulu, Hadi telah mendakwa dengan yakin secara terbuka, “Sekelian pemimpin Pas telah mendapat tapisan dari Tuhan”. Jadi saya bersangka baik dengan berpandangan sihat; pastilah juga seiring dan sejajar dengan pemimpin kanan Pas telah mendapat tapisan Tuhan, makanya tentulah juga, saheh sekelian baki ahli dan penyokong tegar Pas sekarang juga  telah mendapat tapisan dari Tuhan. Sah, ahli dan penyokong Pas pasti setuju dengan pandangan saya, tentang ini. Setuju????

Setelah Haji Hadi Berjaya belah dua Pas secara resmi dalam muktamar, beliau bertindak pantas, keras menentang PH - DAP, PKR dan AMANAH. Samada Hadi iktiraf atau tidak, AMANAH telah menjadi saingan sengit kepada Pas dengan memontem yang digarapkan. Disaat itu ramai pemimpin Pas selepas Hadi, mereka perhati dan meneliti tempoh setahun, AMANAH mendapat sambutan hebat, sebutan dikalangan anak muda tampil memberi sokongan, menghulur sumbangan dan kepakaran. Lebih dari itu mereka menganggotai AMANAH diseluroh Negara. Rakyat Negara saksi dan berkoreksi, mereka yang aktif membena AMANAH ini, ketika Pas berada dikemuncak, mereka inilah juga yang aktif merentas negeri, Negara dan dunia memperkenalkan Pas diperingkat Antarabangsa. Rakyat bermaklumat dan celek pintar maklumat semasa, melihat dan membuat penelitian untuk mereka menyokong. Pas atau AMANAH!!!

Negara memerhatikan kejutan sokongan serta sambutan dikalangan ahli PAS menyertai AMANAH yang bersekala besar, mengusar dan merisaukan TP Pas TITM seperti disahkan oleh SUA Pas berkaitan rekod ahli Pas keluar melebihi jumlah 200,000 selepas muktamar, sebaik PARTI AMANAH ditubohkan. Justeru TP Pas TITM menganjurkan GENCATAN SENJATA. Tetapi pendapat TP TITM dicerca ditolak dengan perasangka burok menghina oleh sekelian pewalak Hadi Haron. Ianya tidak tamat disitu, akan saya bicara selepas ini. Pandangan umum secara kasar terhadap sikap keras Hadi dalam menghadapi melayan pemimpim AMANAH dengan kebencian dan sinis. Menyebabkan sebahagian ahli Pas tidak dapat  menerima, kerana mereka telah lama bersam dengan pemimpin Professional-NGO, mereka berganding menjelah Negara menjual Pas.  

Saya sekadar bergurau, sebab Haji Hadi sering juga bergurau berok secara terbuka, ada yang luka dengan guruan Hadi. Kalau Haji Hadi masih bergigi asli tidak bergigi palsu macam lanie!! Dengan penuh marah dendam yang membuak berbuih seperti Henessy sebaik penutup dibuka selepas digoncang, lantas buihnya membuak mengalir keluar. Itulah ibarat marahnya Haji Hadi. Maka barang tentu penama seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayoub, Khalid Samad, Dr Hatta, Dr Mariah, Husham Musa, Dato’ Cikgu WARWA, Dr Mujahid Rawa, Ir Nizar, Dr Zulkifli, Mazlan Aliman, Dr Hamzah, Syed Azman, Dato’ Dr Ismail Salleh, Dato’ Ir Phakorazi dll akan dimamah, dikerkah dikunyahdan ditelan oleh Hadi tidak bersisa walau suku jasad.

Antara simpati - keinginan hati

Kepimpinan Paslah sebenarnya mengundang rakyat lintang pukang, diatas kenyataan berpoliitk matang. Doktrinkan ahli pengikut membabi buta menyokong pemimpin, dengan syurga neraka ulamak pertarohkan untuk kekal sokongan dan kuasa. Bila Hadi Haron melihat rasuah, penyelewengan dan kezaliman penipuan, boros  mewah melampau berbelanja menjana kehidupan dengan dana Negara, oleh Najib1MDB bersama-sama Rosmah, Jho Lak. Bergandingan dengan kroni dalam dan luar negara melanun dan menyamun harta khazanah Negara macam harta kepala emak bapak mereka.

Maaf cakap bicara, rupanya kepimpinan utama parti agama Pas terlior dengan pekerjaan KLEPTOKRASI Najib makanya dengan segala cabaran dan penghinaan keatas Najib1MDB wajib kita pemimpin agama apalagi pemimpin parti bertunjang agama, jangan mendiamkan diri. Jadi, tampillah  Haji Hadi dan Dr Haron Din menjadi pembela tegar kepada Najib1MDB bersunggoh-sunggoh. Ketikamana Najib1MDB merealisasi PM1M’sia Menteri Kewangan @ Presiden umNO(baru) Pengerusi bN berlandas KLEPTOKRASI menyeleweng mengurus amanah pentadbiran dan pengurusan kewangan Negara untuk 1MDB, mereka pandang tengok sebagai perkara biasa tidak apa-apa menjadikan ia cemar, kotor danor. Tidak pekerjaan durjana malapetaka celaka sebagai musoh wajib diperangi dan dijauhi disudut agama.

Yang selama ini mereka dok kilit kepit kitab dan tafsir naik turun mesjid dan surau mengajar membicara hokum kezaliman, kemungkaran, penindasan, rasuah, penyelewengan, durjana durhaka, pengkhianat dan sebagainya akan berdepan dengan pembalasan diakhirat. Perkembangan politik semasa Negara, Hadi Haron terlupa itu semua seketika. Eh! Eh! Eh Ulamak, tergamak jadi begitu. Darah Melayu Nusantara naik membara dimata dan didada Hadi Haron. Menyaksiakan rakyat Negara dan dunia menghina  Najib1MDB ditibai disakai disegenap penjuru. Termasuk datangnya dari dalam kelambu umNO(baru) itu sendiri, jadinya Najib1MDB mestilah dibela dipertahankan.

Disinilah hati kecil Hadi dan Haron cair seperti lilin ditengah panas terik. Kami berpadu tenaga hulurkan pertolongan kepada Najib1MDB kerana dia sebangsa, ya! Sebangsa dan seagama, makanya kami petaroh maruah harga diri tampil dengan tanggungjawab menghulurkan bantuan dan pertolongan kekuatan dan moral kepada Najib1MDB wajib kami bantu, wajib kami selamatkan. Hebat mereka ulamak sebagai imbang semak, naik lemak lemas diabui dengan harta kekayaan yang nafsu itu  tidak bertepi dan bersempadan.

Umpama jalang di CKR, jantan 45 kg, 80 kg, 180 kg hatta 220 kg, bersaiz SL waima saiz XXL apa kukesah aku  mampu hadapi, asalkan fulus lulus fee RM2.6B diberi. Malu maruah dosa pahala kemudian kira tolak ketepi. Kita ada panduan agama bab taubat nasuha nanti kita buka kitab semula. Saksilah ahli politik dari mana dia asal, Dr, Ar, Ir maupun pemegang kunci agama dia seorang ustaz diangkat keloi jadi Tokguru. Tokguru atau popular ulamak. Anak aku cerita kawannya belajar setakat tingkatan 5, masok Kolej Swasta buat Sijil Akaun. Tak lepas nak lanjutkan keperingkat diploma, tak berkelayakkan. Bekerja sebagai kerani akaun di Firma Akauntant di Johor. Balik kampong dia jaja bekepoi, canang dia seorang bekerjaya Chartered Accountant. Bergaya dengan kenderaan Alphard dan bininya Vellfire. Orang kampong melompong.

Begitulah pelajar agama yang tercicir belajar diluar Negara dalam Negara. Samada tidak dapat memikul atau gagal pepereksaan. Mereka kembali ke tanah air tanpa pengiktirafan dengan sekeping ijazah. Kecualai beg pakaian, walau 4 – 5 tahun mereka ke Asia Tengah dan Timor Tengah juga di Pakistan. Pasti mereka tidak berkelayakkan berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, tidak memenuhi syarat. Sebaik kembali ke Negara, mereka mula berjinak dan menghampiri Pas perengkat bawah dan seterusnya. Dalam keadaan begitu tidak perlu masa lama, dengan pakai lambang agama dan bicara kalimah Arab kerap,  akhirnya mereka dinobat ostaz, diangkat ulamak sekilas Tokguru. Dengan variasi cantik mereka mengajar dimesjid. Menempik kafir, murtad tidak walak ulamak, keluar jemah dan sebagainya bila berkuliah. Yang asli kita menerima dan akor, yang temple ulamak kita kais tolak kelongkang. Kita rai ulamak, tetapi singkir ulaq dalam semak.

Disinilah tercicirnya pengikut ahli bawah untuk mengenali pemimpin mereka, mereka terpedaya dengan pakaian, terpersona dengan jubah terjuntai menyapu lantai, serban membelit dikepala, petah dan lincah maki hamun dan menghina orang lain. Diperkuatkan hujah dengan sepotong ayat al Quraan dan sebuah Hadis dan bidalan Melayu. Punah buat tafsir dengan ala sombong lagi samseng Kampong Dusun dalam mesjid surau broo. Kerana serban kepiah dan jubah menjadi sempadan ukuran ilmu dan takwa. Rakyat dibawah, ahli yang ilmunya perengkat Tadika Kemas, meleleh air lior terpersona tengok gelagat manusia biasa yang dinobat ulamak. Bila orang lain tidak turut terpersona dan memanggil mereka ostaz, tokguru, kiyai, lebai dan sebagainya mereka marah. Tak hurmat tidak walak ulamak. Marah benar kerana tidak memanggil seperti geng mereka memanggil memuja mereka. Aduuuuhhhh!!!!!

Respon sedetik Hadi Haron menyokong menyelamatkan Najib1MDB, Negara macam terhempas geruda raksaksa, ramai rakyat Negara kaku bengong tengok Hadi Haron lawan putaran jam . Mereka menjadi wira diundang untuk memberi nafas akhir dan menghulur serandang sokongan dititik akhir hidup dan penguasaan Najib1MDB di Putrajaya. Api perkauman  Melayu mesti diatas dijaja seperti di pasar malam.  Hadi Haron nampak tengok melalui sudut tepat kitab Najib1MDB Presiden umNO(baru) Pengerusi bN adalah pemimpin yang sesuci. Najib1MDB diselamatkan bukan dinyahkan dari Putrajaya. Peranan Hadi Haron, telah selamatkan sementara  bungkusnya Najib1MDB serta selamat sementara kerajaan umNO(baru)bN. Tindakkan Hadi Haron cukup berjasa besar kepada Najib1MDB, dan Hadi Haron telah dapat laba diatas perniagaan menjadi barua politik dan broker projek.  

Kelahiran AMANAH,  tuntutan bukan dasar keciwa.

Pernyataan saya disini, lahirnya AMANAH itu sendiri adalah respon padu yang solid kental, sebagai pejuang tulin bukan kumpulan keciwa setelah setandan mereka disingkir, dengan diringi sarat doa berat doa penuh dengan sumpah penghinaan. Doa sebegitu telah diamin! Amin! Amin! Amin dengan mendapat restu Hadi Haron mengaminkannya. Masih ku ingat, mereka tersungkor seramai 18 orang dari sejumlah 24 pemimpin AJK Pas Pusat.  Fenomina ini tidak pernah berlaku dan terjadi oleh mana-mana parti politik dalam dunia. Tetapi ia berlaku dalam Negara kita dizaman kempen langit terbuka Pas walak ulamak.

Benci, hina sangat ulamak dan ahli bersekali dengan penyokong  dekat pemimpin Professional-NGO. Progrem singkir pemimpin Professional-NGO, akhirnya mereka telah mencipta rekod dunia politik dengan penuh kehinaan. Mereka menuai setelah 2 tahun lebih mereka semai kebencian terhadap pemimpin Professional- NGO, mereka go berkerat rotan berpatah arang. Mereka ingat sebaik mereka peralatkan muktamar singkirkan pemimpin Professional-NGO, pasti Pas telah bebas dan bersih dari anasir serta bibit penentangan terhadap Hadi Haron? Sah mereka tersalah dan silap dalam membuat perhitongan pengamatan matametik politik yang manusia menganggotai parti politik bukan lembu ayam itik menjadi ahli parti politik.

Diatas kertas, sebenarnya semua nama ditinta beku kaku disitu tidak bergerak, kerana itu semua adalah rekod jawatan disandang untuk serah dekat ROS dan rekod SUA. Hakikat semua mereka manusia hidup bernyawa. Pemimpin yang memiliki minda yang minda mereka tidak boleh dipasong dikepong  sepanjang masa, selama semasa mereka menganggotai organisasi parti. Tetapi manusia yang miliki roh yang berorganisasi, pasti mereka tidak sepanjang masa dapat dikongkong dikurong minda dan intelektual mereka. Satu saat ianya akan meletup, Hadi berdepan badi, Haron menjadi herot bila berdepan dengan penentangan berangkai macam badai menghempas pantai. Tunggulah, masa akan sampai.  

Sesunggohnya mereka yang disingkir oleh Hadi dan perwakilan, hakikatnya merekalah yang lama berusaha membawa Pas keluar dari kepompong kampong, dikenali di perengkat dunia. Mereka pemimpin Professional-NGO yang kental pejal serta diiktiraf integrity mereka sepanjang mereka melawan umNO(baru)bN lebih daripada 35 tahun kerana kemungkaran pentadbiran dan pengurusan kewangan. Mereka bebas diri dari rasuah dan tak kebas harta rakyat Negara pembayar cukai. Mereka bukan jenis pemimpin jadian. Mereka gulongan Professional-NGO bukan ustaz junior. Peralatkan pentas politik sebagai gelanggang mencari makan, mengaut membena kekayaan dan mencari peluang diatas kedudokkan rakyat beri dekat mereka. Akhirnya mereka menjadi lintah darat. Mereka bukan pemimpin yang kelit kepit gendong kitab. Tetapi sanggop menjadi barua politik pintu belakang dan barua projek nakkan kekayaan.

Jadi semua pemimpin Pas yang disingkir dalam muktamar, yang Hadi Haron terlalu benci, dicemoh itu menyambut cabaran Hadi Haron dengan jiwa besar bersepadu solid. Mereka  bertindak semasak-masaknya,  berpisah secara sah dan menuboh parti baru diatas keperluan dan tuntutan politik Islam semasa bukan kerana keciwa. Bukan kerana keciwa. Hasil Hadi dok ligan pemimpin dan ahli dicurigai, kununnya tidak walak ulamak. Terima kasi Hadi! Terima kasih Haron! Kami telah tuboh parti baru untuk rumah baru perjuangan kami iaitu PARTI AMANAN. Sesunggohnya Hadi terpengaroh dan teruja bila dia dipuja oleh penyokong macai tegar seusia kangkong yang baru mengangotai Pas, hatta ditandu dipacu oleh ostaz muda darah membuak-buak mendidih untuk tidak sabar mengambil tempat pemimpin professional-NGO, makanya slogan tidak walak ulamak itu senjata menjadi simbul ampoh untuk menyingkir.

Minda songsang, rakyat bengang.
 
Sebaik pemimpin Professional-NGO disingkir dalam dewan muktamar di MS Kuala Selangor, sayugia diingatkan sesunggohnya usaha kerja untuk menyingkir pemimpin Profesional-Ngo dari Pas, peranan rapi telah berjalan  dua tahun dulu. Melalui siri memburok menyinsih pemimpin Pas gulongan Professional-NGO sejak muktamar di Johor dengan doa laknat terhadap Timbalan Presiden Pas ketika itu Tuan Haji Mat Sabu oleh ulamak saiz besar WP KL Dr Azhar Yaakob diaminkan diketuai Hadi.  Manakala  di Kuala Selangor,  direstui Hadi dan Haron agar muktamar tolak mereka dengan membaca tahlil dan talkin. Semua tindak tanduk macai-macai dalam muktamar direstui sepenohnya oleh Hadi, Haron dan Dr Mahfoz. Semuanya berpunca UG yang akan menjadi pilihan perjuangan tidak ada lagi pemimpin kanan yang menentang dan menghalang gagasan UG berjalan tanpa diganggu lagi.

Akhirnya survey perakui serta menyakini akan muktamar terima bulat kalau disajikan dengan sekeping cai, saf pemimpin yang wajib perwakilan pilih. Menerusi senarai cai mengundang hasil besar dalam muktamar. Maka tersingkirlah 18 pemimpin Profesional-NGO dari saf kepimpinan. Hadi bersemangat dan galak muda semula. Semangat itulah Haji Hadi segera hambat ligan teman seperjuang lebih dari 35 tahun segera keluar dari Pas jangan jadi duri dalam daging. Hadi hambat teman yang mendampingi, lonjakkan dirinya dari kepompong kampong merentas global. Hadi bertekad, sudah putus kasih sayang dan persahabatan ditamatkan.

Hadi hambat teman lebih 35 tahun yang bergandingan bergelomang bersamanya membangun Pas. Hadi ligan dan hambat mereka seperti anjing burok kepala, terlupa segala jasa dan harta sepencarian. Hadi kejam dan zalim. Sesiapa sahaja yang melintang dan berbeda pendapat serta menyanggah pendapat Haji Hadi. “Anta sila keluar Pas dan tuboh parti baru”. Ramai pemimpin diakhir muktamar dengan lelehan air mata hiba esak dan tangis, terguris dan sebak berdukacita amat sangat yang perpisahan pasti berlaku kerana seorang penguasa kuku besi bernama Haji Hadi, telah hilang pertimbangan dan pedoman perjuangan. Kini, pengundi rakyat Negara tercinta sedang scan Hadi dan Haron dengan penuh teliti. Kemanakah mereka  nak dibawa Pas dalam arus perdana politik sekarang yang mencabar lagi mendebar itu?

Diatas memulihara maruah dan harga jati diri yang jadi bahan penghinaan berlarutan, sekelip mata, semua mereka berstatus mantan pemimpin Pas disemua posisi, cawangan, kawasan dan negeri. Alhamdulillah, mereka dan aku sendiri sebenarnya tidak mengambil masa yang lama untuk hiba dan membuang air mata kerana disingkir. Tempelak dan salak Hadi tersebut makan dalam sampai sum-sum tulang. Ianya mengundang dengan sejuta makna perjuangan yang penuh ranjau serta berliku. Berpisahlah kita dengan bertalak tidak dapat dielak. Kerana masinnya  lidah Hadi tak bertulang, hambat dan halau sunggoh-sunggoh pemimpin Profesional-Ngo.

Maka sekelian kami yang tidak makan umpan dan tidak mahu telan air lior basi Hadi dan Haron, kami mengorak langkah dan bermuhasabah, berpisah sayonara bye! Bye! Bye! Pas. Sunggoh, Haji Hadi macam Tokwali lidah hitam. Allah tunai hajat doanya menghambat kami. Keluar kami beramai-ramai, membawa diri sebagai wira pembela rakyat Negara dengan azam dan tekad untuk kami membena pengkalan baru Rahmatan lillalamin. Hadi terima kasih kerana menghambat kami, kami tahu macai dan belaci disisi mu yang umpama temekong kerumun najis yang terapong dimuka air.

Dalam pemerhatian dan pengalaman lama aku lalui, pemimpin ganti kini disisi Hadi Haron, pasti aku yakin sebilangan besar dikalangan mereka tidak menahan sabar menghadapi mehnah dan kerenah Hadi Haron. Seperti seperti kami mampu lebih 35 tahun menuruti Hadi seinci demi setapak jejaknya. Yakinlah! Mereka tidak sehebat kami, sabar dan setia. Percayalah Haji Hadi, tempoh terdekat mereka akan tusukmu dengan keris bogel sedepa itu, pada bila-bila. Masa tersebut pasti tiba.

Maka lahirlah PARTI AMANAH NEGARA – AMANAH, alternative wasilah baru, sebagai  tapak yakni rumah perjuangan kami setelah dipinggir sebaik disingkir. Subhanallah, Alhamdulillah. Kerana sifat angkoh sombong dan bisanya lidah Hadi sendiri yang tidak boleh berbeda dan berlainan pendapat. Tidak terdapat kamus perjuangan Hadi berbekalkan sifat bertolak ansor sesama sendiri apalagi dengan kumpulan lain. Pasti berkoyanlah alasan bertaraf longkang untok menolak diperkatakan Hadi. Jelas Haji Hadi yang dukong kendong Pas berubah fesyen, dari jubah serban kebaju gumbang dan bersongkok. Dari pedang tajam kepada menghunus keris sedepa dan tengkulok dikepala. Dari langkah selera syahid kepada pahlawan Melayu terbilang, bersimpoh lendik bersama Najib1MDB senyum simpul makan dalam, seperti lubang dipalam.

Bila integriti di tempelak

Sejajar dengan itu Hadi mengepalai Pas menjalin ukhwah Melayu dengan  Maharaja lanun penyamuan kleptokrasi tersohor penipu no 1 dunia. Iaitu  Presiden umNO(baru) @ Pengerusi bN, juga PM@Menteri Kewangan durjana YAB DS Najib1MDB untuk bersama kesyurga (mengikut petua Ostaz Taliban ahli Hadis, AJK PP – anak Perak). Seketika mereka pertontonkan kerjasama terbuka kepada rakyat jelata, ketika mereka mengilai  ketawa, disentak ditaket keseronakkan mereka penangan yang memalukan mereka bertitle ulamak, dulu Almarhum Ustaz Fadzil Noor kata ‘ulaq dalam semak’.

Dakwaan DP Haji Husham Musa Adun Salor, mantan ahli dan Naib Presiden Pas, mantan Exco Kanan KNK zaman gemulah Tokguru. Husham dakwa secara terbuka dengan jelas pedas. 15 pemimpin kanan Pas menerima habuan politik dari musoh politik mereka umNO(baru)bN tepatnya dari Najib1MDB. Membisu mereka tak berjawab terhadap tudohan oleh Husham. Wajib mereka menyanggah dan membantah membuat penafian itu-itu fitnah agar melindungi integrity mereka punah tercalar. Jauhlah tindakkan untuk membersikan diri mereka  melalui kamar mahkamah atas nama fitnah keatas DP Husham. Tanpa bantahan dari mereka, makanya dengan tersendiri daakwaan DP Husham punyai nilai kebenaran yang kukoh ampoh benar bukan fitnah. Mereka pemimpin kanan Pas amat legor menerima habuan besar dari Najib1MDB dipasaran gelap. Rakyat ahli mata denea disuroh walak ulamak istiqamah fastaqim, sedangkan mereka mamah seperti lembu lapar apa yang ditemui membujor lalu melintas baham.

Dengan info yang berfakta yang Husham amat-amat yakini, bahawa dalam pengetahuannya dari sumber yang sah lagi diyakini, bahawa seramai 15 pemimpin kanan, pemimpin utama Pas telah menerima habuan dana besar masok kekantong pedal pribadi mereka. Sama seperti Najib1MDB menerima RM2.6B hadiah dari tok Arab gila walau Najib1MDB auta memberi alasan temberang bila ditekan. Disini berjayanya  Presiden umNO(baru) @ Pengerusi bN juga PM1Malaysia Menteri Kewangan utama bijaklaksana YAB DS Najib TAR untuk jerat dan pasong pergerakkan politik kepimpinan 15 pemimpin Pas mengikut acuan Najib1MDB.

Penangan pemimpin kanan Pas menerima habuan politik dari musoh utama ketua parti kerajaan umNO(baru)bN, sudah pasti ianya adalah langkah tepat dan betul Najib upah umpan dan denak bertujuan untuk punah dan lumpohkan PR dari dalam melalui dan menerusi pemimpin tertinggi Pas.  Bila rasuah politik bersekala besar, ulamak pemimpin parti agama menghalalkan pekerjaan haramjadah rasuah mereka kepada hadiah, derma dan sumbangan. Jadi kemusnahan Pas telah hampir kerana pemimpinya bersekonkol dengan pemerentah yang mungkar zalim, dan melibatkan rasuah politik dan barua projek yang mengundang rasuah. Sekelip mata rasuah orang ramai kategori, Hadi tafsirkan ianya derma hadiah diatas usahnya membantu dapatkan sesuatu. Jadi integrity mereka hancor bersepai. Rakyat pengikut buta walak masih nobatkan mereka ulamak. Ulamak????

Pemimpin ulamak Pas berganding dengan pemimpin umNO(baru), untuk mertabat daulatkan Melayu tegakkan Islam diatas kemungkaran penyelewengan. Penindasan keatas rakyat pengundi bergelumang rasuah dikalangan mereka. Kini menjadi halal bila pemimpin parti agama mendakwa mereka ulamak menanganinya menurut kitab ditafsirkan dengan pulas bersama kilas. Dalam masa yang sama dalam pengamatan Najib, Hadi dan Harom sahajalah yang mampu menyelamatkan dirinya dari malapetaka 1MDB yang dihadapinya. Najib1MDB mendapat tentangan maukan penjelasan tuntas semuanya berkaitan 1MDB, Najib1MDB membisu kelu untuk memberi jawapan kepada pemimpin kanan umNO(baru) sendiri. Hadi Haron memiliki ramuan doa dan hikmat sebagai vaksin penyelamat Najib perakui kepada mereka berdua. Barangkali hikmah dan semangat mulut buaya.

Jerangkap samar, makan mangsa

Pelandok yang lapar dahaga, ianya sentiasa terlupa jerat. Sebab itulah Najib1MDB mendekati menghampiri Haron, Hadi dan 13 pemimpin Pas yang lain. Kerana penasihat APCO yang makan upah ratusan juta RM selama Najib1MDB menjadi Presiden umNO(baru) Pengerusi bN PM1M’sia. Mereka telah menemui formula herba, tentang kelemahan tuntas pemimpin Pas. Mereka akan akor dan tersungkor dengan tawaran dan pelali. Iaitu pelalinya adalah adalah  HUDUD. Haron Din kata, “HUDUD NYAWA PAS”. Jerangkap samar jerat perangkap  Najib1MDB pasang, sah mengena dan terperangkap 15 pemimpin terkanan Pas. Disaat mereka asak ahli walak ulamak, fastqim dan istiqamah, sedangkan mereka mamah bersekala besar ditangan Najib1MDB.

Mereka terlebih dahulu dilemahkan melalui habuan denak untuk menjana kehidupan mereka dengan pertarohkan Pas dan ahli menjadi mangsa atas nama mengangkat derjat agama. Seperti diungkap oleh Haji Husham Musa menerima habuan dedak. Home works study Najib1MDB keatas kelemahan pemimpin Pas terpaksa jual gadai interiti. Hududlah  yang Najib1MDB kait dan masokkan kedalam bakul untuk santapan Hadi Haron dan Dr Mahfoz dan beberapa ulamak muda yang lain. Hudud tampa dibawa perundingan terlebih dahulu dalam PR dan dalam Pas itu sendiri mengakibatkan PR terkubor diikuti Pas belah dua macam timun Cina, semuanya perancangan tipu daya muslihat terang Najib1MDB Presiden umNO(baru) Pengerusi bN hancorkan PR dan pecah belah Pas, matlamat dan tujuan mudahkan Najib1MDB tipu dan cucuk hidung Pemimpin Pas macam Man Tarok Labu Kayang, cucuk lubang hidung lembunya sekandang dengan rotan diraut tajam, untuk kacip telinga penanda milik di Pejabat Menatang.

Sedangkan Najib1MDB itu adalah bapak puaka dengan nawaitu asal kemukakan HUDUD dekat Hadi Haron dan kuncunya adalah bermatlamat musnahkan musohnya untuk kepentingan politknya selamat. Disini sama ada pemimpin  ulamak Pas jahil membaca dan menilai dengan hazam, akan putar rangas Najib1MDB. Pas pecah dua menjadi  rupanya dengan selera dan nafsu pemimpin parti agama seperti didakwa oleh DP Haji Husham Musa. Ianya sebagai modal politik walak ulamak ditonjolkan dengan mendapat liputan RTM, TV3 dan media kertas utama. Tenggelamkan wajah menteri umNO(baru)bN dan sumber berita mereka diambil sepenoh oleh pemimpin parti agama yang pantang tengok mikrofon dan bertemu wartawan, makanya mereka menjadi tak ketahuan untuk mengodam sesiapa sahaja yang menentang kehendak Hadi Haron dalam mengemudi Pas.

Dalam makmal khas untuk membersihkan diri Najib1MDb dari semua noda dan dari semua dosa, mereka guna kaedah beristinja seperti orang-orang dahulu dok cerita iaitu; Guna air kencing babi dan air kencing anjing tadah dalam tempurong jantan, buat basok berak Najib dalam merai untuk suci bersihkan rasuah dilaknat Allah terhadap pemberi dan penerima. Berpindah ia menjadi derma kepada sedekah, haramjadah akhirnya menjadi hadiah.

Pemimpin utama parti agama bila mereka menjadi barua broker politik dan barua broker projek, mereka perolehi laba ganjaran. Mereka menolak itu bukan sama sekali jangan gatai mulut pandai-pandai kategori sebagai rasuah. Tetapi itu-itu semua yang kami dapat adalah hadiah diatas usaha-usaha kami menjadi barua broker politik dan projek, ahli Pas sedia ambil maklum. Ambik lebai, macai dikampong melompong dengan pemimpin ulamak hakikatnya ular dalam semak.

Walau Hadi yakin, bekas pemimpin Pas yang beliau singkir itu bukan kaki rasuah, pembelot dan sebagainya kepada Pas. Tetapi oleh kerana mereka Mat Sabu, Salahuddin Ayoub, Khalid Samad, Dr Hatta, Dr Mariah, Husham Musa, Dato’ Cikgu WARWA, Dr Mujahid Rawa, Ir Nizar, Dr Zulkifli, Mazlan Aliman, Dr Hamzah, Syed Azman, Dato’ Dr Ismail Salleh, Dato’ Ir Phakorazi menentang dan tuntas tidak sependapat dan bersetuju dengan Hadi dan Haron belot dan khianat kepada PR dengan berpaling tadah bersekonkol menyokong Najib1MDB umNO(baru) yang sarat rasuah dan tenat nyawanya.

Diatas itulah Hadi Haron benci sangat dekat mereka dan parti yang mereka tuboh AMANAH itu bukan sahaja tidak diiktiraf tetapi dikecam dengan penghinaan dengan macam-macam tudohan kesat. Malangnya semuanya dikaitkan dengan agama. Jadi kafir, murtad tidak walak ulamak bila keluar Pas. Sedangkan mulut capoinyalah yang hambat sesiapa sahaja tidak bersetuju denganya sila keluar Pas dan tuboh parti baru. Bila semua menjadi kenyataan, AMANAH Mat Sabu tuboh, celaru lagi Hadi menghadapinya. Sah, sampai kapan Hadi tidak akan mengiktiraf AMANAH.

Rencana : Ibn Abdullah al Awab
Tarikh     : 5 August 2016 – Khamis


Thursday, July 21, 2016

AZMIN SEKOLAHKAN HADI DAN PAS. ADA MARUAKAH MEREKA?


Selama ini Presiden Pas Haji Hadi Awang beranggapan dan merasai dirinya sebagai Presiden Pas ditakuti dan digeruni oleh Timbalan Presiden PKR juga Dato’ MB Selangor YAB DS Azmin Ali. Sebab itulah ketika  bersama dalam PRU13 dahulu, PAS atas nama PR membekalkan 15 Adun dalam Dun Selangor. Haji Hadi dan kepimpinan ulamak merasai mereka dipuncak dipucuk untuk menjuarai KNS. Pas dalam PR yang bersama dalam KNS, malangnya Pas seolah-olah umpama duri dalam daging dalam pentadbiran.

Pertembongan dalaman Pas yang mengundang bencana besar bila PR mau gantikan MB dahulu TS KI dengan YB Azmin Ali. Disinilah peranan Presiden Pas menjadi batu api dan juara lembu laga dalam PR. Kerajaan PR Selangor menjadi porak peranda kerana Presiden Pas tidak bersama PR tetapi curangnya beliau menyokong TS KI dan bersekonkol dengan umNO(baru). Hadi inilah punca ibu, yang merancang gagasan terpendam kerajaan ‘UG’, dan program UG tidak pernah padam kerana ada broker dan barua politik yang menerus menjalankan hasrat dan niat Hadi tersebut.

Nafsu politik rakus Hadi, TS KI yang bersekonkol dengan umNO(baru) itu, telah dikekang dipalang oleh dua adun dari Pas dengan tindakkan  memintas, mengistihar keluar secara resmi sebagai ahli Pas dan menjadi Adun bebas. Siasah matematik aljibra Hadi menjadi punah tak berharga lagi, bila Pas ada 13 Dun berbaki. Justeru langkah Hadi, TS KI dan umNO(baru) terbantut dan mati akal dan pupus segala ikhtiar dan petua.  Hadi, TS KI dan umNO(baru) terpinga-pinga dan ternganga melihat perancangan mereka terkulai. Dua mantan Adun Pas tersebut menjadi wira yang diundang untuk selamatkan kerajaan PR.

Natijahnya Hadi Awang terkehel rancangannya dan berputih mata. TS KI akhirnya terpaksa melepaskan kerusi MB. Pengalaman dan mantik politik dangkal Hadi tidak membantu TS KI dan umNO(baru) tumbangkan kerajaan PR Selangor. Sebaik selesai YB Azmin Ali dinobatkan menjadi Dato’ MB Selangor yang baru mengantikan TS KI, Pas masih bersama dalam KNS. Tatapi saiz Exconya telah mengecil dari tiga menjadi dua Exco sahaja. Walaupun begitu, Exco KNS dari Pas ini, kadang-kadang nampak cekang dan tegang dalam menghadapi PARTI AMANAH yang baru ditubohkan dan menghidupkan kembali PR dengan PH yang dianggotai PKR, DAP dan PARTI AMANAH.

Saya mengulanginya disini, selepas pemilihan pemimpin dibuat dalam muktamar terakhir di SM KS, kemenangan total seluroh pemimpin yang senada satu suara serakit secai dengan Haji Hadi. Segugus setandan pemimpin professional dan NGO diketuai oleh Saudara Mat Sabu dibungkus dibuang oleh perwakilan. Sekira-kiranya kata Hadi, ”Pemimpin yang ada dipilih pada hari ini adalah pemimpin tapisan pilihan Tuhan”. Sesunggohnya tempoh tidak lama, sekelian kepimpinan Pas kini telah mendapat tapisan dan pilihan Tuhan, mereka tidak tahan dengan keadaan kuku besi, pendapat Hadi tunggal yang mencorak dan mewarnai Pas.

Bahayanya kepada umat Muhammad, bila sesaorang pemimpin itu diangkat dan dinobatkan dengan kedudokkan amat tinggi disanjong dilambong. Sampaikan tidak sesiapa sesama pemimpin yang dipilih menerusi muktamar pun tidak dapat menegor dan memberi pandangan kepada pucuk pimpinan yakni Presiden. Berbeda pandangan dan berbeda pendapat pun, ahli-ahli dibawah yang hingus itu yang didoktrin dengan penoh punah pegangan, mereka muncul sebagai penyelamat dan penyokong setia Hadi. Anta semua lawan Presiden tidak walak kepada kepimpinan ulamak. Ulamak apa?

Ketika tentera Turki gagal dalam cubaan kudeta keatas kerajaan Presiden Erdorgon, kemungkinan diatas sikap sokongan rakyat secara total gagalkan tentera merampas kuasa. Yakni kuasa rakyat ‘people power’ bersama bergandingan dengan Presiden Erdorgon yang mereka pilih melalui PRU dan dilantik menjadi presiden Turki melalui parti AK. Diatas pemerhatian dan reality itulah, keberangkalian makanya TP Pas TITM bersuara agar pembangkang (ditujukan khas kepada partinya snediri yakni Pas) mengadakan “GENCATAN SENJATA”. Kita berganding bersama-sama dalam PRU14 untuk tumbang musok kita sebenar iaitu umNO(baru)bN.

TP Pas TITM sekelip mata sahaja disisi pengikut ahli Pas yang didoktrin oleh Hadi, inilah tidak taat setia dan walak kepada pemimpin yakni Haji Hadi. Mereka telah hambat TP Pas TITM keluar dari Pas. Sedangkan suara hati nurani TP Pas TITM telah mendapat sokongan bulat dari semua Adun Pas dalam Dun Selangor dan AhPar Pas Selangor. Tidakkah semua mereka juga adalah pemimpin dan mempunyai pengikut yang ramai?

Rupa-rupanya walau pandangan dan cadangan GENCATAN SENJATA tersebut diterima dandisokong sepenohnya oleh Adun Selangor dan AhPar Malaysia dari Selangor. Mereka telah secara resmi bersama-sama dengan Naib Presiden ke3 jua PSJ dan Exco menandatangai surat sokongan bersama menyokong TP Pas TITM dimajukan kepada Presiden Pas Haji Hadi Awang. Sah kini berjemaah rupanya mereka yang lawan dan tidak walak taat dekat Hadi, datangnya dari TP Pas sendiri, dari Naib Presiden ke3nya, PSJ Selangor dan semua Adun dan AhPar. Apakah tindakkan selepas ini akan Pas lakukan kepada mereka yang lawan tidak walak dekat Hadi?

Detik inilah, ketika Pas dalam keadaan bercempera dan porak peranda inilah dalam membina ketaatan kepada pemimpin yang membelakang rakyat dan menyantuni rakyat. Makanya ketika yang tepat, waktunya yang mengena, Dato’ MB Selangor De, YAB DS Azmin Haji Ali telah mengajar ABCDEF, 123456 dan Alif Ba Tha Tsa Jin mantik politik dan siasah kepada Hadi Awang dan Pas itu sendiri. Semalam – kelmarin selaku Ketua Eksekutif KNS DS Azmin Ali telah secara hurmat pinta Adun Pas yang berjawatan Exco sila keluar dari pejabat masing-masing dengan cara terhurmat. Begitulah diikuti dengan penjawat politik kerajaan yang lain, berambus dari Kerajaan PH sekarang.

Disinilah Tuhan akan sekali lagi tapis, sekelian muka-muka Adun Pas yang jadi Exco KNS, pemuka-pemuka Pas yang duduk dalam CLC dan sebagainya adakah mereka ada maruah dan nilai harga diri? Adakah mereka pants dan tangkas keluar dari kerajaan PH yang telah tidak dikehendaki oleh KNS sekarang?

Inilah kemenangan berterusan Hadi sebagai Presiden Pas yang pasti Pas akan terus mengecil dan terpencil.

Rencana oleh: Ibn Abdullah al Awab

Tarikh: 21 July 2016 - Khamis

Wednesday, July 20, 2016

PEMIMPIN PAS: TERUS BERTEMPOR DAN GEMPOR.

PEMIMPIN PAS: TERUS BERTEMPOR DAN GEMPOR.

Ketika mana muktamar Pas terakhir di SM Kuala Selangor yang lepas, dipenghujung muktamar, sebaik dibekalkan keputusan pemilihan AJK yang mendapat pertolongan kehendak Allah, itulah pandangan ramai para perwakilan, mereka amat berbangga akan keputusan mereka buat secara cai. Ya! Mereka telah nyahkan segugus, setandan tokoh pemimpin yang lebih 35 tahun mengabdi diri dalam mewarnai jalor pengisian perjuangan hala tuju Pas dahulu. Terdapat ramai perwakilan belum lahir ketika pemimpin yang ditudoh dengan pelbagai tudohan itu, telah sebati dalam Pas. Tindakkan perwakilan solid menolak pemimpin professional dan NGO. Ianya selari dengan slogan dihajati oleh Hadi Haron yang lama dijaja.

Detik itu, seolah-olah sidang perwakilan muktamar macam tersampok hysteria, mabuk air daun ketum. Mereka meraikan kegembiraan dalam dewan muktamar, kerana kini hanya terdapat pemimpin bersih dari menentang kepimpinan ulamak. Bilamana tercapai dah, dua tahun mereka bekerja bersunggoh-sunggoh untuk menyingkir pemimpin yang tidak ulamak yakni Yang Profesional dan NGO. Saya masih ingat, pendengaran saya belum lumpuh sekarang. Sebaik segugus pemimpin Pas tersingkir dalam pemilihan, makanya bermadahlah Haji Hadi Presiden Pas sekira-kira, “Semua pemimpin terpilih pada hari ini, ianya pemilihan lepasan tapisan Tuhan”.

Sayang 2.6B% kali sayang, terbayang siang dan malam, sekelian pemimpin yang Hadi Awang dakwa ketika itu telah mendapat restu dan tapisan dari Tuhan adalah tidak benar dan tersasar jauh ke Lautan Hindi. Sayang madah dan pendapat Presiden Pas Hadi Awang tidak tepat seperti tetap busar panah kedada musoh. Realitinya sekarang, dan pasti, ianya akan berlarutan tidak mampu untuk dibendong dikongkong lagi. Spesis pemimpin akan protes serta berbeda pandangan hatta tindakkan akan berterusan dan berkembang, serta mendapat sambutan, saya pasti keadaan ini berkembang biak.  Wujud pemimpin, ahli selepas Hadi Haron, Abdoh Khalil dan beberapa kerat yang lain, mereka bertindak tidak walak kepada Haji Haji.

Tentu sekali fenomina tersebut tak mampu dikawal oleh Hadi, tak terdaya dibendong oleh Haron. Kerana factor masa serta keadaan dan tuntutan keadaan reality semasa. Rakyat serta ahli celek politik realiti. Jelas keyakinan Haji Hadi mula meleset dan tersasar jauh. Mana mungkin kalau Tuhan Allah telah tapis pemimpin Pas seperti Haji Hadi kata, kini ada yang menentang beliau?

Setidak-tidaknya peristiwa kudeta di Turki yang gagal kerana kuasa rakyat, yang kuasa rakyat telah bertindak mengaggalkan pihak tentera merampas kuasa. Kerana factor kepimpinan dan pribadi tinggi Presidennya Erdorgon. Walau tidak canang Islam, tidak berseruan walak tidak berserban berjubah, tetapi beliau telah menterjermahkan Islam yang hakiki dalam perjuangannya. Lantas dan tuntas rakyat bangsanya meyakini tinggi kepada Erdorgon. Tetapi tidak kepada melebalkan mereka ulamak, tetapi rakyat semak dengan mehnah dan kerenah mereka.

Kini rakyat, khususnya ahli-ahli Pas penyokong tegar Presiden Haji Hadi Awang perengkat bawah dan penyokong, sedang scan dan meneliti sepenohnya gerakgeri setiap pemimpin yang cuba-cuba sanggah dan canggah Presiden. Yakni slogan popular “tidak walak pemimpin”. Pemimpin dalam kamus harian Pas Cuma Haji Hadi seorang sahaja yang wajib ditaat dan walak yang telah didoktrin ketika ini. Selain pemimpin selepas Hadi terlucut walak atau taat patoh setia kepimpinan. Sehebat TP Pas TITM pun telah dihambat dan dihina oleh wali-wali Hadi Haron nyah dai Pas. Inilah sikap Pas sekarang berdepan dan menghadapi pemimpin yang berbeda pendapat dengan Hadi.

Pada hemat saya, pandangan dan keputusan Haron Din, terhadap status peranan Pas dalam KNSDE diputuskan pada Syawal (Syawal dah hampir setengah, Haron gagal kota katanya), ianya mengelisah dan seribu masalah difikirkan oleh TP Pas TITM bakal menimpa Pas. Maka terdetik dirinya sebagai pemimpin No 2 kanan dalam Pas yang dipilih dalam muktamar. Kerana semua pemimpin Pas kini telah ditapis oleh Tuhan, makanya TP Pas TITM menganjurkan “GENCATAN SENJATA” dikalangan pembangkang. Pandangan TP Pas TITM itu, pantas dan tuntas disanggah oleh pemimpin kanan dan ketua sayap terkanan dalam Pas yang mereka sama-sama menjadi pemimpin Pas setelah mendapat tapisan Tuhan, tetapi terdapat berbeda pandangan, pendapat dan tindakkan.

Untuk tenang dan redakan keadaan berganda kusut mengundang porak peranda, dengan dukacita sedihnya itu adalah pandangan ‘PENDAPAT PRIBADI AMBOA’. Sama ada ianya ‘pendapat pribadi’, tetapi ianya menjadi lukadan berparut kepada ahli Pas. Kerana yang membuka mulut secara jelas lagi terang adalah Timbalan Presiden Pas TITM yang melepasi tapisah Tuhan dalam pemilihan telah meluahkan bengkak bengkil, kusam kesumat selama lebih setahun beliau menjadi TP Pas. TITM tidak bertahan lama macam TP terdahulu Mat Sabu yang sabar menghadapi mehnah dan kerenah Haji Hadi dalam mengemudi Pas yang membelakangkan AJK agong yang dipilih oleh muktamar.

Sebarang pendapat, samada ianya bentuk pribadi atau mencerminkan Pas, ianya tetap mendapat perhatian dari ahli atau diluar dari ahli. Pasti diluar sana, mereka membuat koreksi dan memberi pandangan. Kerana dalam system demokerasi Pas sebagai parti politk menyertai PRK dan PRU ianya memerlukan manusia sebagai pengundi untuk memangkah calun yang diketengahkan. Bukan Pas mengharapkan spesis malaikat dan jin didaftarkan sebaga pengundi untuk mengundi calunnya yang tak nampak kelih dan payah berurusan.

Pandangan TITM bersabit gencatan senjata pembangkang, yang beliau fokaskan adalah untuk mengatasi situasi kerajaan PH Selangor yang Pas menjadi sebahagian anggota KNSDE tetapi tidak menjadi komponan dalam PH. Kan itunya amat pelek dan amat ajaib bukan? Penyelesain yang TITM carikan. Jelas pandangan TP Pas TITM sebagai penguasa parti Pas haraki kedua, TP TITM tidak kesaorangan. Kenyataan dan pandangan beliau disokong bulat oleh PSJ Selangor juga Naib Presiden Pas ke3 juga beliau adalah Exco KNSDE. PSJ Selangor tidak kesaorang rupanya melawan arus menentang ulamak walak kepada Hadi digugatkan dengan menyokong TPP TITM.

Sambutan baik Naib Presiden ke3 Pas @ PSJ Pas Selangor telah disanggah dan dihina oleh beberapa pimpinan kanan Pas yang lain bersekali dengan TP Pas TITM. Sebagai jawapan balas kepada penghinaan dan penolakkan pemimpin Pas kepada TP Pas TITM dan Naib Presiden Pas ke3 juga PSJ Pas Selangor, TITM dan Iskandar tidak berdua yang tidak walak kepada pucuk pemimpin Pas yakni dekat Hadi Awang. TITM dan Iskandar mendapat sokongan padu dan solid dari semua AhPar dan Adun Pas termasok yang memperbaharui baiahnya baru-baru ini sebagai calun KaPar Sungai Besar jua tandatangan bersama-sama tidak walak dengan presiden. apa habar penyokong kental tuntas Haji Hadi?

Selepas ini, apa kesudahannya akan menimpa Pas dibawah penguasaan dan keputusan tuntas dari Hadi Awang.

Rencana oleh : Ibn Abdullah al Awab
20 July 2016 - Rabu




Monday, May 16, 2016

SELAMAT HARI GURU 2016

Assalamualaikum warahmattullah     

16 Mei 2016 - Isnin – 9 Sya’aban 1437

SELAMAT HARI GURU 2016

Saya mengambil peluang disini, mengucapkan selamat menyambut HARI GURU 2016. Kepada semua warga guru-guru yang sedang berkhidmat disemua institusi pendidikan kerajaan swasta mupun persaorang. Guru-guru al Quran dan guru Fardzu Ain. Tidak terkecuali pesara-pesara guru, walau dimana-mana guru berada dalam negara kita.

Ucapan penghargaan tidak terkira kepada semua guru-guru formal dan tidak formal yang pernah mengajar diri saya. Untuk isteriku, Ummi tahniah dan selamat Hari Guru dah 31 tahun mengajar. Mula di SMK Kuala Balah, SMK Tanah Merah, SMK Convent Butterworth, SMK Yaakob Latif KL, kembali ke SMK CB dan kini SMK SK. Anak-anak ku yang menjadi guru SELAMAT HARI GURU Along Nur Zawani, Abang The Abdul Hadi dan menantuku Sal wani (MARM). Mudah-mudahan Ummi, anak-anak dan menantu, mampu menjadi guru dan murabbi.

Semua guru-guru SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU. Kekangan tekanan ekonomi yang merudum disebabkan factor dunia dan keganasan tangan-tangan dikalangan kita, makanya kesan menjalar disemua institusi pendidikkan kerajaan maupun swasta. Intitusi pendidikkan berada dalam keadaan pembiayaan yang dihadkan secara maksima. Akibatnya warga guru menanggong, untuk menyelesaikan kesan sampingan menghadapi pelajar terhadap mehnah dan kerenah dialami.

Sampai bila warga guru dibebankan dengan serberkas, berkotak dan berjela tugas sampingan yang berat dan melebehi tugasan hakiki menjadi guru dan pendidik. Akibatnya guru-guru berdepan dengan stress dan kelumpohan untuk menumpukan masa persediaan mengajar dan pembelajaran kerana terpaksa melayan mendahului beban kerja luar tugasan hakiki guru yang dibebankan seperti unta berpikol kitab dibelakangnya ke distinasi perjalanan yang jauh.

Bagaimana guru-guru mampu untuk menumpu dan memberi perhatian terbaik kepada pelajarnya, kalau dalam satu darjah/tingkatan didepan guru itu dalam kelasnya terdapat 40 murid, 45 pelajar hatta lebih dari itu. Dah 60 tahun kerajaan berjanji untuk 23 – 25 murid dalam kelas dan satu sessi. Pelajar dan murid melampau melimpah bilangan inilah, menjadikan guru-guru tidak mampu mengtasi mehnah pelajar pelbagai.

Sampai kepada keputusan peperiksaan, semua pihak melihat guru factor dan punca kegagalan anak-anak mereka dalam peperiksaan. Lebih parah lagi Kementerian bertanggongjawab juga tumpang sekaki dan bersama waris penjaga pelajar, tui mencari kesalahan dan kelemahan guru adalah punca. Mereka lupa bahawa, kini institusi premis menjadi dzaif dan serta tidak cukup untuk keselesaan guru mendapatkan hak-hak mereka.

Walau apa-apa pun wahai sekelian guru-guru, bersabarlah ingatlah ganjaran dan balasan kebaikkan dan pahala berganda bagi anda bernama seorang guru yang mendidik anak bangsa, yang semerbak mengawi bak kasturi. Jujur dan iklas mendidik anakbangsa walau mereka tidak seugama sebangsa dengan kita.

Selamat hari guru

IBN ABDULLAH ALAWAB  

16 Mei 2016 - Isnin – 9 Sya’aban 1437

Tuesday, April 26, 2016

Bila mengoreng menjadi hangit; jangan sampai menjadi hangus.

Bila mengoreng menjadi hangit;  jangan sampai menjadi hangus.

Salam warga PH khususnya yang berkampong di Sarawak sempena PRN yang semalam 25 April 2016 hari penamaan calun. Sekitar menjelang sebelum 8 pagi, saya paparkan beberapa rangkap pantun untuk mengiringi meraikan bersama detik penamaan calun tersebut yang saya tidak dapat menyertinya.

Sejujurnya memang hati kecil saya telah terpasang sangkaan yang mana akan terdapat calun dikalangan PH yang akan berpaling tadah, mengkhianati walau dalam bahasa apa pun alasannya. Khianat tetap khianat samada niat atau tidak niat. Sebab ramai yang sedang mengambil peluang dan kesempatan dipenamaan calun itu untuk dapatkan dedak dan temukut.

Saya berdoa, kalau-kalau ada pengkhianat manipulasi sebagai calun sebaik pencalunan diputuskan agar janganlah ianya dating dari bakal calun PARTI AMANAH. Benar, khianat pencalunan terjadi di 2 KaDun yang memberi kemenangan tanpa bertanding kepada PBB/bN. Sedangkan kepala pemainya diragui dan dipertikaikan sejak 4 bulan mutakhir. Apa nama kejadahnya MAJLIS PRESIDEN PH?

Sebab itulah dalam banyak2 rangkap pantun itu, satu pantun amaran dan siap siaga saya peragakan untuk dibaca. Benar telahan dan ingatan itu telah berkecai dan bersepai:-

Pengantin dipelamin kipas bersanding
Meriah berpantun, serta bermadah,
Calun PH yang sah akan bertanding
Jangan diperjalanan, berpaling tadah?

Walau itu-itu telah berlaku dan terjadi, perjuangan wajib diteruskan. Masing2 sejukkan hadi, kembalikan kepala menjadi dingin. Biar goreng sekadar hangit, jangan sampai dia menjadi hangus.

 IBN ABDULLAH ALAWAB : 26 April 2016 – Selasa – 10.43 pagi
 s.

Salam warga PH khususnya yang berkampong di Sarawak sempena PRN yang semalam 25 April 2016 hari penamaan calun. Sekitar menjelang sebelum 8 pagi, saya paparkan beberapa rangkap pantun untuk mengiringi meraikan bersama detik penamaan calun tersebut yang saya tidak dapat menyertinya.

Sejujurnya memang hati kecil saya telah terpasang sangkaan yang mana akan terdapat calun dikalangan PH yang akan berpaling tadah, mengkhianati walau dalam bahasa apa pun alasannya. Khianat tetap khianat samada niat atau tidak niat. Sebab ramai yang sedang mengambil peluang dan kesempatan dipenamaan calun itu untuk dapatkan dedak dan temukut.

Saya berdoa, kalau-kalau ada pengkhianat manipulasi sebagai calun sebaik pencalunan diputuskan agar janganlah ianya dating dari bakal calun PARTI AMANAH. Benar, khianat pencalunan terjadi di 2 KaDun yang memberi kemenangan tanpa bertanding kepada PBB/bN. Sedangkan kepala pemainya diragui dan dipertikaikan sejak 4 bulan mutakhir. Apa nama kejadahnya MAJLIS PRESIDEN PH?

Sebab itulah dalam banyak2 rangkap pantun itu, satu pantun amaran dan siap siaga saya peragakan untuk dibaca. Benar telahan dan ingatan itu telah berkecai dan bersepai:-

Pengantin dipelamin kipas bersanding
Meriah berpantun, serta bermadah,
Calun PH yang sah akan bertanding
Jangan diperjalanan, berpaling tadah?

Walau itu-itu telah berlaku dan terjadi, perjuangan wajib diteruskan. Masing2 sejukkan hadi, kembalikan kepala menjadi dingin. Biar goreng sekadar hangit, jangan sampai dia menjadi hangus.

 IBN ABDULLAH ALAWAB : 26 April 2016 – Selasa – 10.43 pagi


Monday, April 25, 2016

PANTUN PRN SERAWAK KE11

PANTUN PRN SERAWAK KE11
IBN ABDULLAH ALAWAB – 25 APRIL 2016 - ISNIN

Otai lawak bertanding di Pekan,
Semangat tinggi, orangnya sopan,
PRN Serawak, SPR sudah istiharkan
Bertembong BN, Pakatan Harapan.

Lebam mata, Rahim Noor balun,
Pemangku PM, layanan macam abdi,
25hb. April ’16 hari penamaan calun
7 hb. Mei rakyat Sarawak mengundi.

Pengantin dipelamin kipas bersanding
Meriah berpantun, serta bermadah,
Calun PH yang sah akan bertanding
Jangan diperjalanan, berpaling tadah?

Sekat ke Serawak  pengecut tak tamadun
Bak kepala beruang, dihantok kedinding
Berkecai bersepai otak, kepala di pangkah,
Berkat AMANAH bertanding di 13 KaDun
Siapkan borang, untuk layak bertanding
Calun AMANAH, pengundi nak pangkah.

Berombak beralun jalan ke Dinding
Tersilap langkahan, ke Batu Pahat,
Semua calun PH, selamat bertanding
Bertanding menang, bukan penasihat.

Buah berembang, pohon pedada
Pedada berayun, ditiup sang bayu,
PBB Adnan Satem, usah babit dada
Rakyat dah cerdik, bukan kuda kayu.

Ratusan juta RM untukmu panda
Duit rakyat dikubor tidak bertempat,
Pengundi, buka mata dan minda
Pemimpin kaya, rakyat merempat.   

Sotong ketupat, lemang bersama wajib
Makanan nak dijual, bolehkah derma,
Sokong Adnan Satim, anda sokong Najib
Tidakkah Najib, penjenayah ternama?

Scandal 1MDB, perniagaan Ali Baba
Cina Jho Lo, licin belut kaki pekena,
Sadoran PAC- 1MDB, jadi cacamerba
Laporan ketua odit negara dimana?

MatLan 3.85 jual dokong dan langsat
Pekik menjual, terbatok dan terkentut,
Hasil minyak Serawak, dikaut ke Pusat
Bertekad 20% royalty AMANAH tuntut?

Mat lena Menteri Besar baru Kedah
Puru dikaki, dipeha bisulnya menanah
Kesian deman 42c, deman tak kebah,
Najib1MDB kelu, geleng tak kesudah
unMO(b) Penyu, mengundang punah
Hari kata mari, umNO(b) pasti rebah.  

Berenang berakit  ke Tanjong Rhu
Perahu lancang bertembong sampan,
Rakyat hakim Serawak, saya berseru
Mengundi! Pilihlah Pakatan Harapan.
Tengku Adnan menepok dahi
Scandal 1MDB menjadi barah,
Borang calun lengkap dipenuhi
Langkah Bismillah kita berserah.

Rombongan meminang di Kuala Balah
Ditengah perjalanan mengundang padah,
Wahai Ustaz CIM, berdoalah dekat Allah
Supaya semua kerja menjadi mudah.

IBN ABDULLAH ALAWAB – 25 APRIL 2016 - ISNIN 7.36 pagi