Tuesday, April 26, 2016

Bila mengoreng menjadi hangit; jangan sampai menjadi hangus.

Salam warga PH khususnya yang berkampong di Sarawak sempena PRN yang semalam 25 April 2016 hari penamaan calun. Sekitar menjelang sebelum 8 pagi, saya paparkan beberapa rangkap pantun untuk mengiringi meraikan bersama detik penamaan calun tersebut yang saya tidak dapat menyertinya.

Sejujurnya memang hati kecil saya telah terpasang sangkaan yang mana akan terdapat calun dikalangan PH yang akan berpaling tadah, mengkhianati walau dalam bahasa apa pun alasannya. Khianat tetap khianat samada niat atau tidak niat. Sebab ramai yang sedang mengambil peluang dan kesempatan dipenamaan calun itu untuk dapatkan dedak dan temukut.

Saya berdoa, kalau-kalau ada pengkhianat manipulasi sebagai calun sebaik pencalunan diputuskan agar janganlah ianya dating dari bakal calun PARTI AMANAH. Benar, khianat pencalunan terjadi di 2 KaDun yang memberi kemenangan tanpa bertanding kepada PBB/bN. Sedangkan kepala pemainya diragui dan dipertikaikan sejak 4 bulan mutakhir. Apa nama kejadahnya MAJLIS PRESIDEN PH?

Sebab itulah dalam banyak2 rangkap pantun itu, satu pantun amaran dan siap siaga saya peragakan untuk dibaca. Benar telahan dan ingatan itu telah berkecai dan bersepai:-

Pengantin dipelamin kipas bersanding
Meriah berpantun, serta bermadah,
Calun PH yang sah akan bertanding
Jangan diperjalanan, berpaling tadah?

Walau itu-itu telah berlaku dan terjadi, perjuangan wajib diteruskan. Masing2 sejukkan hadi, kembalikan kepala menjadi dingin. Biar goreng sekadar hangit, jangan sampai dia menjadi hangus.

 IBN ABDULLAH ALAWAB : 26 April 2016 – Selasa – 10.43 pagi
 s.