Friday, May 22, 2009

JANGKAU DAN IMBAS – PRK N.12 PENANTI PERJALANANNYA BERLIKU DAN BEROMBAK TERJUMPA TELOR ITEK KEMUROK-TEMELAR

JANGKAU DAN IMBAS – PRK N.12 PENANTI
PERJALANANNYA BERLIKU DAN BEROMBAK
TERJUMPA TELOR ITEK KEMUROK-TEMELAR



MUKADIMAH


Detik saya mula menulis rencana ini 9.30 pagi 20 Mei 2009 dan stokkan sementara kedalam pendrive untuk difungsikan keblog di cybercafe yang masanya tidak pasti untuk dihidangkan kepangkuan pembaca. Ianya mengamit dan memaksa minda tua dengan seluruh kekuatan untuk selongkar dan melakar rencana khusus ini, dengan sebaik mungkin dan fokus, Inshaallah.

Kerana ianya berkaitan rapat akan tidak berupaya, untuk melayari internet dalam mendapat rujukan semasa berkaitan tajuk yang di bicarakan ini. Disebabkan internet dan pergerakkan blog saya menjadi kaku bila hayat internet ditamatkan TM, lebih dari seminggu berlalu, Subhanallah. Inilah yang menghantui kefaqiran dihadapi blogger cokia seperti saya; tetapi kaya semangat minda untuk terus berencana menemui pembaca. Alhamdulillah.


PENGUMUMAN PRK N.12 PENANTI

Pada Isnin 27 April 2009 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, telah umumkan bahawa Pilihan raya kecil DUN N.12 Penanti akan berlangsung hari penamaan calon ditetapkan berlangsung 23 Mei 2009, Sabtu dan sekiranya ada pertandingan, pilihanraya akan diadakan pada 31 Mei 2009 hari Ahad berikutnya. Ini bererti PRK N.12 Penanti ini, ianya merupakan PRK Ke 6 selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu diadakan oleh SPR.
PRK ini diadakan setelah penyandangnya iaitu Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR meletakkan jawatannya pada16 April 2009 yang lepas. Maka menjelang 2 hari saja lagi dari sekarang hari penamaan calon sekiranya terdapat calon bebas turut bertanding bersekali dengan calon bebas proxy UMNo. Sama-sama kita tunggu jam 11.00 pagi 23 Mei ini, nanti kesudahan penentu calon-calon bertanding. Atau Dr Mansor Othman dari PKR akan menang tanpa bertanding. Sama-samalah kita tunggu jawapannya.


MENGIBAR PANJI-PANJI PENGECUT

Yang pastinya ialah UM No telah mengibar tinggi panji-panji peristiharan tewas dan kecundang. Penanda aras pahlawan dengan pengecut, iaitu peristiharan pengecut dayus bertarung dalam medan pertarungan. Dengan bangga perkasa sepakat BN, panji-panji hitam melalui peristiharan pengakuan rasmi menerusi media. Bahawa UM No-BN dibawah pimpinan Najib telah tewas sebelum bertarung dalam PRK berdepan PR. Pondan berdepan PKR khususnya DSAI di N.12 Penanti. Pengakuan kecundang dan tewas diluar gelanggang untuk mendapat ujisokong rakyat kepada keutuhan perkasa parti politik UM No yang mencorak mewarnai negara.
Sekalipun tewas sebelum bertarung dipinggiran jalanan, namun UM No masih dengan media yang sama UM No bingkas mengaku dan mengangkat diri mereka sebagai pahlawan jantan, seperti bapak lembu jantan baka Monggolia, angkat ekor tercacak ketika mana menyeberang sungai, masuk bakui angkat sendiri. Info yang memalukan terpaksa jua di hebahkan. Sekali pun sekelian bernama UM No bakal menerima malu dihadapan ahli-ahli UM No. Samalah seperti membaling bomereng dan pulang kembali kepada pelontarnya. Itulah hakikatnya mengesahkan pengecut dan pondan Presiden dan Timbalan Presiden UM No dalam memimpin parti UM No sekarang.
Sedangkan 4 bulan dulu berdua inilah juga; Najib PM6 dan Muhyiddin TPM8 menjadi kepala memperlekeh dan menghina kepada Tun Lah bersama-sama dengan menantunya YB KJ disorak rak walau pun KJ KP UM No yang baru. Katanya sebab Pak Lah UM No dibenci, UM No di tolak dalam PRK di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Sah hampa penipu dan bedebah belasah Tun Lah. Hampa berdua pemimpin UM No bacul pengecut hadapi PRK itulah realitinya. Hampa berdua menjadi kepala UM No dan timbalan kepala UM No hatta mengenggam kuasa sakti sebagai PM dan TPM.
Ditangan hampa berdualah sekaligus UM No yang hampa pimpin dan heret sekarang, telah kecundang di 2 Bukit menerusi referendum rakyat mencipta kekalahan besar majoriti dari PAS dan PKR. Banggakah anda ber2 menjadi pemimpin UM No yang berjaya mencipta kekalahan dalam PRK? Kekalahan majoriti berganda di tangan PR. 2 Parlimen dari PAS dan satu DN dari PKR. Amacam Najib? Amacam Muhyiddin? Angkara Tun Lah juga ka? Ingat kuda tua lagenda mantan PM22T berganding berceramah membebel, dikatakan faktor gandanya kalah UM No di 2 bukit tersebut.



PANGLIMA PENGECUT, PANGLIMA BACUL

Bertentangan sikap ego dan koro Najib menghadapi PRK di Parlimen Kuala Terengganu dengan berdepan PRK N.12 Penanti. Di Kuala Terengganu Najib galak dan melalak menyalak semuanya UM No-BN kedepan termasuklah dalam mengumumkan calonnya jauh lebih awal sambil singgong dan badek kepada PR dan PAS tidak ada calon berkelibar dan sebagainya seperti calun UM No Datuk Wan Ahmad Farid. Berbeza dengan N.12 Penanti sebaik saja pengumuman TKM1 Pulau Pinang mengumumkan perletakkan jawatan bersekali sebagai ADUN N.12.
Sebaik itu Najib dengan kashaaf, telah nampak samar-samar bayang keputusan kalah. Tidak berani untuk bertanding dalam PRK N.12 Penanti sekiranya diadakan SPR dan mengeluh sakan. “Sepatutnya YB Fairus tidak wajar meletakkan jawatannya kalau berdepan dengan masalah pribadi”. Itulah kukuk awal Najib dan kukuknya itu bermakna dan terjawab. Ianya mendapat balas tindak dari perkakas immunitinya iaitu SPR dan SPRM menerusi pengerusi masing-masing. Berligar pusing mencipta helah untuk menunaikan hasrat penakut PM6 Najib itu, sedaya upaya. Dalam hal ini SPR dan SPRM tak perlu pakai dukun dan bomoh, kerana kedua-duanya adalah dukun dan bomoh profesional yang tersohor, selama ini melindungi UM No-BN.

SPRM DAN SPR BADAN NGOR DANOR

Sejak negara mempunyai badan khusus yang mengendalikan PRU dan PRK iaitu SPR. Sejak pengerusi pertama sampailah mantan pengerusi SPR sebelum yang menjawat sekarang. Selemah dan ditandunya oleh UM No ianya masih boleh diajak berkira oleh pelangannya pemimpin-peminpin dari parti-parti pembangkang. Tetapi pengerusi yang sekarang ini iaitu Tan Sri Abdul Aziz Yusof telah mengesah dan pada pandangan pelangannya luar dari UM No-BN, beliau secara individu bersekali dengan SPR merupakan komponen pasti dalam melindungi dan memulihara kepentingan UM No. Tidor makan pun dengan uniform cap UM No-BN, bangganya manusia jenis ini.
Dalam bertindak menimbulkan gangguan ketenteraman dengan rakus dalam usaha merekcipta tuduhan dan ancaman. Menerusi berbagai cara untuk mengundang ketakutan berpanjangan dengan harapan mereka mengalah dan berpaling tadah kepada sebagai AP PR dan ADUN PR menjadi melompat kepada UM NO-BN. Itulah peranan utama kerja-kerja besar SPRM dan jasa utama SPRM. Kerja mereka menjadi barua bagi pihak UM No-BN mencari kesalahan bersekali dengan komponen yang lain dengan laju merempuh PR. Siapa orangnya? Pengerusi SPRM Datuk Ahmad Said bersekali dengan SPRM menjadi pelengkap barua setia kepada UM No-BN.
Saya tidak mahu ulas pahala kepada UM No oleh Pengerusi + SPRM memporak perandakan PR di Selangor, di Perak dan di Kedah yang dikuasai PR. Disini saya fokuskan macamana keparatnya SPRM bertindak melulu beralih ke Pulau Pinang dengan KMnya YAB Tuan Lim Guan Eng. Dan 2 TKMnya iaitu; TKM1 dan TKM2. TKM1 inilah iaitu Adun N.12 Penanti YB Mohamad Fairus Khairudin yang secara anak jantan meletakkan jawatan pada 19 Mac lepas, ianya disebabkan peranan jahat dan perancangan jahat oleh SPRM kepada Fairus.

ANGKARA SPRM, ANGKARA SPR
Angkara puncanya, adalah datangnya dari niat jahat SPRM yang memburu, meligan hatta sampai menangkap YB Fairus dan dilokap di Johor Bharu, rampas fail dan mengeledah pejabatnya di Komtar. Kerana rekacipta rasuah diletak dibebankan keatas tengkok YB Fairus samalah dibuat seperti apa yang SPRM hadapkan kepada Adun PKR-Exco di Perak yang SPRM dan SPR berjaya membantu UM No-BN. Mereka berdualah melalui suruhanjaya yang dipimpin mereka telah berbakti kepada UM No-BN dalam menghasilkan kehancuran kerajaan PR Perak.
Kucar kacir sampai sekarang, adalah dari airtangan berdanor dan jasa terbesar dalam abad ini dari Pengerusi SPR dan Pengerusi SPRM, menghancurkan kerajaan PR di Perak. Mereka berdua tidak boleh melari diri dan menafikan. Kedua-duanya badan suruhanjaya bebas yang terbabas dalam menjalankan keadilan menguruskan peranan hakiki mereka dengan penuh bias menjadi bukan lagi kuda tunggang kepada UM No-BN.
Hata telah menaikkan bertindak sendiri menaikkan taraf darjat mereka untuk membalas budi dan jasamu ku kenang melantikku. Iaitu mereka rela menjadikan mereka memimpin SPR dan SPRM alat diri mereka, sebagai babi tunggang setia berkhidmat kepada UM NO-BN. Dulu, kini dan selama-lama akan berterusan sekiranya tidak bertukar ganti kerajaan pusat. Kenyataan diatas ianya bukan tuduhan kosong ianya jelas apa yang konspirasi bergandingan diantara SPR dan SPRM telah disaksikan oleh rakyat negara kita.




TELOR ITEK KEMELAR

Disini, saya cuba menarik perhatian dan ingatan kita bersama dan bersama-samalah kita beramati. Serta saya mengimbau realiti yang terjadi sebulan lepas, tidak dapat disembunyikan. Saya teringat tok (nenek) saya diakhir tahun 1950han dan sampai diakhir tahun 1960han. Pernah mendidik saya dengan memberi bidalan yang ianya kebenaran terwujud. Tok kata, “Itek yang bertelur dalam parit atau telaga yang dalam, telur tu akan tenggelam kepantat telaga atau parit dan tenggelam serta terdampar diatas tamboq-selut. Akhirnya telur itu dalam tempoh 4-5 bulan, bila dia jadi kemuruk (buruk) – temelar, akhirnya dia akan timbul sendiri di permukaan air telaga-parit tadi, tidak payah di cari cungkil angkat dengan pertolongan manusia.
Begitulah buruk, busuk dan danornya SPR dan SPRM dalam menangani kes rasuah Fairus oleh SPRM dan kedudukan PRK N.12 Penanti oleh SPR akhirnya timbul tanpa melalui perkhabaran sesiapa melaikan terlucut keluar dari konspirasi danor SPR dan SPRM itu sendiri sebagaimana telur busuk tadi saling tak tumpah kisah dan kejadian disampaikan saya ini. Ikut dan amatilah imbauan saya ini. Pehak SPR telah menerima notis kekosongan N.12 Penanti, daripada Speaker DUN Pulau Pinang pada 17 April 3009 hari Jumaat lalu.
Dan pada 18 April Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dijadual mengadakan sidang media pukul 10.30 pagi untuk mengumumkan perkara tersebut. Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menegaskan beliau tetap meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.12 Penanti. Sebelum dari itu pada 16 April, Fairus daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan N.12 Penanti. Fairus, 32, yang ketika itu sedang diburu dan disiasat dengan memalukannya oleh SPRM.

WIRA ANAK JANTAN

Tindakkan dan keputusan dilakukannya adalah bertujuan untuk membolehkan beliau membersihkan namanya daripada semua tuduhan selain untuk melanjutkan pelajaran. Beliau terus menegas dengan berkata, "Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Fairus.
Diatas ketegasan dan kedegilan Fairuz, SPRM dengan mengambil kira dan mengambil pandangan dari PM, “Fairus tidak wajar meletakkan jawatannya, kalau disebabkan kes-kes peribadi yang dihadapinya”. Itulah kukuk Najib yang sememangnya tidak mau PRK diadakan. Apalagi untuk mengulangi kekalahan berganda-ganda majoriti yang akan mengheret maruahnya turut merudum N.12 Penanti yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh, yang Najib telah dimalukan sakan dalam bulan Merdeka tahun 2008 dulu dengan malu.
Berkuku macam terkukur mengaum simpati macam harimau paper dari PM6 Najib iaitu Presiden UM No yang bermakna itu. Akhirnya gayong bersahut dari SPRM. Maka dipulihkan, dilanggirlah Fairus yang dimalukan SPRM dengan tindakkan, iaitu SPRM telah membebaskan Fairus dari segala tuduhan. SPRM memutuskan Mohammad Fairus Khairuddin tidak akan didakwa kerana kurang asas. Disahut jalan tunjuk dan jalan keluar pula dari Timbalan Pengerusi SPR Datuk Ahmad Wan Omar pula menyatakan Fairus boleh menarik balik surat peletakan jawatannya sebagai ADUN Penanti. Fairus katanya, perlu memikirkan semula hasrat meletakkan jawatan dan perlu bertanggungjawab kepada pengundinya di Penanti.

Tidak pernah dalam sejarah Pengerusi/Timbalan Pengerusi SPR memujuk-menasihati Wakil rakyat memikirkab semula hasrat untuk meletak jawatan seperti SPR dikendalikan oleh agen-agen UM No didalamnya. Sanggup dengan hina dina membuat tanggoh tarikh PRK melainkan yang pertamanya dilakukan oleh SPR melalui Tan Sri Abdul Aziz Yusof ke atas PRK N.12 Penanti. Rupanya penangguhan SPR wujudlah teka-teki SPR pusing-pusing di Penanti sehingga Isnin depan. Ianya telah terserlah dan terungkai tersendiri.

Alasan Pengerusi SPR sebelum ini bahawa menangguhkan keputusan PRK N.12 Penanti pada sehingga Isnin depan disebabkan zaman canggih iT ini dan kemudahan jalurlebar ianya berkaitan masalah pentadbiran yang belum selesai sebagaimana dialaskan oleh Tan Sri Abdul Aziz Yusof. Kenyatan Pengerusi SPR ditakdirkan Allah dinafikan sendiri oleh timbalannya yang sedang berusaha mendapatkan pujuk rayu dari Fairus menarik kembali keputusannya, ianya terungkai dan rakyat mengetahui sebab puncannya.

Tangguh mempunyai masa yang banyak dan langkah panjang dari SPR. Mereka sedang menjana konpirasi mencari seribu cara dan alasan merayu bagi pehak PM6 janganlah Fairus meneruskan niatnya untuk meletak jawatan. Kerana SPR memberi masa panjang dan keistemewaannya membuat pertimbangan kembali membatalkan perletakkan jawatannya. Mengelakkan berlaku PRK yang amat digeruni ditakuti dengan bergegar tunjang saraf bukan sahaja Najib tetapi bersekali dengan Muhyiddin dan ngor-ngor mereka di pusat dan dibetis UM No. Semua pehak dari SPR dan SPRM berperanan.

SPRM DAN SPR TEBOTOI DENGAN FAIRUS

Kalau nak kata ada kes rasuah YB telah suci bebas dari sebarang tuduhan dan pendakwaan fresh diri sekarang. Teruskanlah menjadi wakil rakyat, tak masuk UM No pun takpa, tapi jangan letak jawatan. Sebab UM No khususnya Najib, Muhyiddin dan Menteri Penyu takut badi hantuya kalah PRK. Tolonglah jangan letak jawatan YB, begitulah barangkali cara-cara memujuk orang berharga ketika itu. Fairus adalah pahlawan tulin dan jantan tulin. SPRM terperdaya dan tebotoi dengan Fairus, diikuti pula dengan SPR.
Lihatlah bagaimana Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata peluang yang dilanjut dan diberi SPR kepada Fairus jika tiada apa-apa perubahan pendirian di sebelah penyandang kerusi itu, Mohammad Fairus Khairuddin. Fairus masih ada masa sehingga esok jika mahu mengubah pendiriannya. Bayangkan pintu belakang berperanan besarnya Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memulihara UM No-BN khususnya Najib dan Muhyiddin.
Terpaksalah bersuara kira-kira, "Berdasarkan situasi sekarang SPR akan mengadakan mesyuarat (esok) untuk mengisahkan kekosongan dan mengumumkan tarikh-tarikh penamaan calon dan hari mengundi," "Kalau keadaan tidak berubah, YB Fairus kekal mengosongkan, kita akan membuat pengumuman esok," katanya lagi. Menurut Wah Ahmad, tempoh tidak lewat 10 hari untuk SPR mengadakan mesyuarat mengesahkan kekosongan sekali gus menetapkan tarikh pilihan raya kecil akan berakhir tengah malam esok, katanya.

MISSI YANG KECIWA

Nyatalah misi dan konspirasi diantara SPRM dan SPR gagal besar dalam memujuk dan merayu berhadapan anak jantan bernama Fairus jangan meneruskan keputusannya meletakkan jawatan. Namun kehendak dan harapan PM dan TPM disuarakan oleh SPR dan SPRM ditolak mentah, di tolak medang oleh Fairus. Terima kasih dari Ibn Abdullah Al Awab dan keluarga anaFairus.
Anta bukanlah pengkhianat dan pendurhaka dalam perjuangan sebagaimana dilakukan oleh seekor monyet, seekor kera dan seekor tupai di Perak. Menyebabkan malapetaka berlanjutan kepada kerajaan PR. Anda telah menebusnya secara solo memalukan SPR dan SPRM hatta Najib dan Mohiyaddin dan Menteri Penyu itu sendiri iaitu UM No-Bn hakikatnya. Alhamdulillah, mudah-mudahan anda dan keluarga dilindungi dan dipelihara Allah setiap masa, Inshaallah.
Akhirnya pada 27 April, 2009 kira-kira jam 10.10 pagi di PUTRAJAYA, Suruhanjaya Pilihan Raya -SPR mengesah dan menerima perletakkan jawatan Fairus sebagai Adun N.12 Penanti melalui surat perletakkannya. Dengan itu SPR menetapkan hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, Pulau Pinang ialah pada 23 Mei ini iaitu hari Sabtu. Dan jika ada pertandingan, pilihan raya kecil akan diadakan pada 31 Mei 2009 iaitu hari Ahad.

Iaitu pengumuman rasmi Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada persidangan akhbar di Putrajaya. Setelah berlaku kong kalikong dari Pengerusi SPR sebelum ini yang memalu dan memualkan dengan mencampak SPR kelongkang acar aliran tahi babi, semata-mata melindungi UM NO-BN. Henti dan bertaubatlah dan jangan terus taubuat. Ingatlah duit rakyat gaji anda terima, jangan menjadi haram pula, fikir-fikirkanlah TS.


PRK N.12 PENANTI – CALUN PR


Walaubagaimanapun dikalangan PR khususnya PKR Presiden parti dan Ketua Umum PKR iaitu YB DS Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman calon mewakili PR dari PKR, pada Rabu 29 April 2009 bersamaan4 Jamadil Awal 1430 Hijrah, Mantan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat oleh Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Yayasan Aman, Penanti.

Sekiranya berlaku pertandingan di hari penamaan calon 23 Mei Sabtu ini, dan kalau Dr. Mansor Othman mencapai kemenangan pada hari pengundian pada 31 Mei 2009 Ahad akan datang. Maka, Inshaallah YB baru ini akan dicadang untuk dilantik menjawat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menggantikan Wira tulin Mohamad Fairus Khairudin, Inshaallah. Samalah jawatan Exco sedang menanti diatas kemenangan calon di PKR Bukit Selambau seperti dijanjikan oleh YAB MB DS Ustaz Azizan Razak kepada Adun BS V. Sivakumar.

Kini akan berlaku di Pulau Pinang dalam TKM1 PP. Resmilah Presiden UM No melalui dirinya sebagai Pengerusi BN, mengisahkan UM No terpaksa meninta sejarah dengar dakwat air danor dan melakar sejarah UM No (Baru) setelah UMNO asal berkubur dan dan diharamkan. Menjadikan UM No adalah parti kedua haramnya dalam negara selepas Parti Komunis Malaya. Iaitu selepas 15 tahun UM No jadikan PRK sebagai alat nafsu shahawat mengator ganti tukar wakilnya untuk pusat dan negeri.

Kesombongan dan bongkak yang 12 – 15 tahun dahulu mereka berani sebagai singa lapar, mengadakan PRK, semata-mata dalam memenuhi pemimpin tertinggi parti MCA/UM No (di Selangor dan di Pahang) mengikut kehendak sebagai main catur mengajar rakyat dan SPR menunaikan kehendak politik mereka. Kini semuanya telah berakhir dan pupus segala bongkak dan sombong UM No, MCA dan MIC dengan rakyat dan pengundi benci tidak peduli lagi. Kini UM No menerusi pemimpin pondan dan pengecut mencipta 100 istilah dan 1,000 alasan menyokong kepondanan pulau PRK N.12 Penanti.


BAYANG KUNCI KEMENANGAN


Bijak pintar dan putar UM No-BN manipulasi PRK sudah berakhir dan berkubur di PRK N.12 Penanti terbukti pasti. Barangkali, Najib telah membuat keputusan bahawa kalau dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu di N.12 Penanti yang mempunyai pengundi berdaftar sejumlah ketika itu 15,421 pengundi. Mohamad Fairus Khairudin dari PKR mendapat undi 7,346 dengan majoriti 2,219 undi. Manakala calon UM No Abdul Jalil Abdul Majid Cuma meraih undi 5,127 undi sahaja. Perkiraan Najib dalam PRK kali ini pasti paling kurang PKR melalui Dr Mansor Othman akan mendapat majoriti 4,600 atau lebih dan calon UM No mampu kutip sekitar 3,700 undi sahaja. Itulah puncanya mengaku kalah terbaik diawal-awal agar sahlah pengecutnya UM No berdepan rakyat dan pengundi.

Saya yakin, sekiranya terdapat calon bebas persendirian atau calon bebas proxy tunggang alat perkakas UM No, pada hemat saya calon bebas tersebut sekali pun berlaku 3 penjuru, undi yang bakal dipungut oleh calon bebas tersebut, adalah sekitar 2, 300 iaitu undi dari ahli-ahli UM No yang ketagih untuk keluar mengundi, sebagaimana kehendak dan permintaan UM No Bahagian Permatang Pauh. Begitulah liku dan konspirasi yang mebawa jua kepada PRK N.12 Penanti yang Inshaallah tulat hari Sabtu, 23 Mei 2009 hari penamaan calon akan diadakan. Sekiranya berlaku pertandingan dari calon bebas maka pengundian akan diadakan pada 31 Mei 2009 iaitu Ahad depan.

Tanda setiakawan dan solid keutuhan perpaduan dalam PR, maka Sabtu ini, wajarlah pemimpin-pemimpin kanan PR dari DAP, PKR dan PAS turun sebagai satu keluarga besar, dalam kenduri besar di PRK N.12 Penanti sebagai sokongan sejati dan diberkati kepada calon PR dari PKR iaitu Dr Mansor Othman. Inshaallah saya doakan calon kita berada dalam keadaan siapsedia, bermunajat dengan Allah memohon doa kesejahteraan dan keselamatan.

Berhati dan cermatlah dengan membuat penyemakkan teliti berulang kali Borang Calon. Dengan pastikan semuanya terisi tanpa salah silap, bersumpah dan ditangani semua borang-borang dengan berhati-hati bersekali dengan deposit jangan menjadi punca pencalonan di tolak. Untuk calon, penyadang dan penyokong, saksi-saksi dan wakil calon saya Ibn Abdullah al Awab mendoakan semuanya berjalan lancar dan sempurna.

Seluroh pimpinan PR dari PAS, DAP dan PKR kehadiran anda semua adalah penyeri dan azimat pengerun kepada UM No-BN. Penyokong dari semua komponen PR dari semua kaum adalah rantai dan lantai yang bergandingan mengukuhkan PR hata sebagai titian berterusan kita memenangi PRU 13 nanti dan kita akan terjermahkan dalam PRK Perak sekiranya berlaku, Inshaallah.

Saya siapkan ini, kerana ini merupakan sokongan dari saya sebagai blogger, mungkin dalam siri PRK N.12 Penanti, saya tidak dapat bertikam lawan minda dengan lawan kita kerana hayat blog saya menemui liangnya serentak bersekali dengan hayat internet saya direntap disentak dah seminggu lebih oleh TM. Inshaallah pasti saya pintakan bantuan anak untuk masukkan kedalam blog saya rencana agak panjang ini khusus imbau dan langkau untuk PRK N.12 Penanti paling tidak petang Jumaat ini. Ampun maaf dari saya.

Rencana ditintakan oleh : Ibn Abdullah Al Awab

6.20 petang 20 Mei 2009

(Sidang pembaca terhormat sekelian, kali ini adalah ketiga dan terakhirnya saya membuat rayuan dengan anda semua untuk saya mendapat dari anda tanggungjawab bersama demi saya dapat menyambung talihayat dan membaiki laptop untuk membolehkan saya terus berkarya untuk PRK N.12 Penanti, Masalah di Perak dan membuat pandangan liput Muktamar Pas, Inshaallah. - Nota: Saya Ibn Abdullah Al Awab, minggu lepas minta tolong anak (Kakak) ke cybercafe tolong masukkan ke dalam blog saya dengan 2 rencana serta di emailkan kepada 2 sahabat blogger. Saya nyatakan maksud dan tujuanya dan saya telah sertakan A/C No. 152031380740 – ZAKIAH (Maybank) atau A/C No. 0710029851730291 – ZAKIAH (BSN-Giro). Hari ini 20 Mei 2009 saya pinta petang Jumaat pertolongan kakak (anak) masukkan 2 rencana dalam blog saya di Cybercafe di pekan bersekali sekali lagi untuk melihat akan kedua-dua A/C dinyatakan. Inshaallah. Terima kasih kepada penghulur membantu meringankan beban)

Assalamualaikum

1. Terlebih dahulu kakak bagi pihak abah ucap terima kasih kepada teman pembaca dan blogger abah. Abah dah tau yang rayuannya terhimpun kecil jumlahnya. Sejumlah kecil itu pun amatlah abah merakamkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada insan yang murah hati menyumbang, Alhamdulillah.

2. Kakak tidak usik dan biarkan sampai membolehkan abah menyelesaikan bil itu dan membaiki kumputer abah seperti abah pesan.

Maaf dari kakak, kakak sendiri tidak suka bertandang ke cybercafe tapi abah minta tolong, tak wajar kakak membantah, sebab selama terdaya kami manfaatkan internet di rumah sebagai penghubung. Tk.

Kakak anak abah: Cybercafe KKP.

21 Mei 2009 – 4 ptg. Selepas kakak dan kawan membuat pengesahan A/C di bank berdekatan dengan cybercafe SEKALI LAGI. Sumbang ke A/C No. 152031380740 – ZAKIAH (Maybank) atau A/C No. 0710029851730291 – ZAKIAH (BSN-Giro). Untuk pembiayaan talihayat dan repair laptop abah.

TK Wasalam.