RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
KHAMIS – 13 MAC 2014
Pada hari Sabtu (8Mac 2014) lepas Negara kita telah dikejutkan dengan berita
lewat dari peristiwa dan kejadian, pesawat MAS MH370 dari KLIA ke Beijing China
telah hilang dalam pemantauan pengendalian
gerak gerinya sepanjang perjalanannya dari rakaman rada. Kini pesawat MH370
tersebut benar-benar telah hilang bersama-sama dengan penumpang seramai 227
orang dan anak kapala 12 orang. Sudah enam hari ianya hilang dan kini menjadi
misteri kepada kita dan dunia.
Saya kesal kerana dalam siri mengeluarkan
maklumat berinformasi dari DCA, MAS, PDRM, Imegrisen, menteri dan lain ketika
menangani hilangnya pesawat MAS MH370 sejak hari Sabtu lepas sampai detik
catatan ini. Diantara semua-semua info dikeluarkan, ianya mengundang kusut dan
dukacita. Mereka tidak sepakat sekata terlebih dahulu dimeja bundar berbahas
bersepakat berbincang dikalangan mereka dengan membuat rumusan resmi. Dan hasil
dari rumusan resmi yang tunggal itulah baru dihebah secara resmi kepada rakyat
jelata menerusi siding media. Apa nak jadi? Apa nak jadi?? Apa nak jadi???
Sebaik maklumat pesawat MH370 hilang
tersibar, maka segera beberapa Negara turut menjalankan usaha-usaha membantu dengan beberapa cara
dan kaedah biasa. Walaupun tindakkan pehak berkuasa Negara kita dikatakan lambat
memaklumkan kehilangan pesawat juga kepada waris penumpang. Tetapi pengendalian
mencarinya turut lembab dan tidak bersepadu dan jitu.
Saya sendiri berpeluang melihat sidang akhbar
yang dibuat beberapa kali. Mereka macam tidak bersedia dalam membuat persiapan
minda dan maklumat semasa yang kental. Bila wartaawan asing mengasak dengan
soalan yang jitu, mereka kaku panit dan kelu, kalang kabut untuk menjawab dan
tersasar dalam mensaji maklumat. Akhirnya mereka pergi dan tamatkan siding akhbar
dengan maklumat tergantung dan bertambah pula lagi persoalan dan pertanyaan dan
mengundang persepsi baru pula.
Dunia sedang tertumpu kepada Negara kita
sekarang berkaitan hilangnya MH370, terutamanya dari Negara-negara yang
melibatkan penumpang MH370 tersebut adalah warganegara mereka. Saya cerapkan
sikit keadaan ini, yang mana dunia awal sehari telah tumpu dekat Malaysia pada
hari Jumaat 7 Mac 2013 pada perbicaraan KP Parlimen 1Malaysia, Dato’ Seri Anwar
Ibrahim. Dijatuhkan hukuman oleh MR1Malaysia, dengan denda dan penjara. Hasil
pendakwaan peguam pribadi DS Najib RM diangkat PN menjadi pendakwa. Lebih baik
lantik selalu sebagai Ketua HR kes. Maka bergandalah masyarakat dunia dok
tengok sendiwara politik umNObarubN1Malaysia. Dalam menghadapi berdepan PRK N25
Kajang tindak menyekat DSAI menjadi calun.
Kini Negara kita buntu dan bercelaru
keranamu pesawat MAS Mh370 hilang. Diatas buntu dan bercelaru usaha-usaha dijalankan
oleh pehak kerajaan 1Malaysia mengendalinya. Makanya tidak semena-menanya telah
tampil sampai dua kali bomoh VVVip dunia masok ke KLIA. Mereka seperti mendapat
sokongan penuh dari penguasa KLIA. Ketua bomoh dan kumpulannya diberi layanan,
peluang dan kesempatan menjalankan kerja-kerja ritual bomohnya di KLIA, seperti
bomoh Negara di Afrika dalam menyelesaikan masalah dengan khurafat. Tidak ada
khurafat dan syirikkah cara-cara usaha yang telah dijalankan mereka? Kerajaan
1Malaysia vocal mempertahankan status kalimah ALLAH yang eklusif. Tetapi penguasa
yang sama membisu sepi dengan tindakkan kumpulan bomoh tersebut. Telah kerajaan
1Malaysia mengiktirah kerja buat bomoh tersebut mengikut syarak?
Lama saya tidak melihat bubu, jadi dua hari
lepas saya dapat melihat bubu diletak diatas kepala sebagai simbolik pemujaan
mentara dengan dua batang buloh sebagai teropong. Jampi mentaranya berlalu
dengan pakaian barat yang lengkap. Sepatutunya geng bomoh tersebut wajar
memakai pakaian Melayu lama atau pakaian purba, barulah serasi dan cukup-ckup real
dengan kerja buat dan mentera yang dilakukan. Bukan itu saja tetapi,
dicampurkan dengan cakap tinggi dan angkat ampu diri yang melambong, akan
kejayaan mega berbomoh dan lebih 60 tahun. Itulah yang amat saya benci. Saya
ingat ianya menjadi sebaik mentera serapah bomohnya menjadi dan MH370 mendapat
berita terkini darinya. Tak juga MH370 mendapat khabar berita.
Barangkali perbomohan, mentera serapahnya
tidak menjadi dengan segera. So, kelmarin (Rabu) bomoh tersebut dengan gengnya tampil
ke KLIA kali kedua. Terus menjalankan kerja-kerja ritual perbomohan mentera dan
sebaganya, kali tidak lagi dengan bubu dan teropong buloh. Tetapi bomoh VVVViP
sedunia tersebut,telah mendapat ilham dari film arahan lakunan Almarhum TS P
Ramli kira-kira 50 tahun dahulu; film Laxmana Do Re Me (kalau tidak salah saya)
menggunakan tikar terbang dan teropong sakti-ajaib. Teringat saya kata-kata, ‘zam
zam ala kazam’. Zoook tikar itu terbang, pesawat tikat itu membawa P, Ramli,
Ibrahim Din dan AR Tompel. Mereka teropong, Nampak Hussein Abu Hassan dok…… Do
Re Mi pun suka menyanyi Jepun, “Mi ya tokai noso sura kitea, tan ci naiki
hasarosoto….. (55 tahun dulu saya dapat menyanyi beberapa lagu Jepun dan
sedikit cakap Jepun dari Almarhum Abah, dah telupa).
Sayangnya episode tiru dari film TS P Ramli
itu, geng bomoh tersebut sekadar duduk diatas tikar dan tikar diatas lantai,
dengan dua biji nyior muda dan berdayung tungkat dengan dua patah sebut yang
jelas Allah huAkbar berulang kali. Sayangnya geng bomoh VVVVip donia tersebut,
masih berdayung diatas lantai dengan menatang kelapa muda tersebut. Dalam film,
kita tengok penumpang tikar terbang diangkasa. Tetapi geng bomoh masih diatas
lantai. Alangkah hebat dan dunia pasti terpegun, kalau geng bomoh tersebut,
dengan ilmu bomoh dan jampi mentera itu, mereka dapat terbang keluar dari dewan
KLIA dan keluar terbang tinggi diangkasaraya, makanya baru sikit kepercayaan
itu ada dan hadhir. Kalau itu namanya penipu dan nama kita disebut.
Selepas dari kerja-kerja ritual perbomohan
tersebut, diantara butiran kenyataan yang dikeluarkan oleh mahaguru bomoh dukun
VVViip sedunia itu ialah katanya, “Saya dating ke Klia ini, kerana saya
diundang oleh sesaorang pemimpin Negara untuk usaha mencari”. Persoalannya
disini, adakah bomoh tersebut berbohong? Dengan mendakwa ianya dijempu dn
diundang oleh pembesar Negara? Macam ada kebenarannya, bila geng bomoh tersebut
mendapat layanan dan kerjasamadari kakitangan penguasa KLIA. Kalau benar beliau
diundang, siapakah pemimpin Negara yang mengundang geng bomoh tersebut?
Justeru pihak berwajib wajar menjernehkan
kenyataan bomoh tersebut dan memeberi maklumat tapat dan benar akan apa yang dikatakan
bomoh itu. Kalau tidak tindakkan mesti diambil keatas geng bomoh tersebut
kerana menceroboh KLIA. Apalagi menjalankan kerja ritual bomoh jampi mentera
yang mengundang syirik dan khurat dan dunia menyaksikan telatah kerja-kerja
tersebut. Ianya mesti dijelaskan agar dunia tidak memandang hina dan rendah
kepada kita kerana ritual bomoh tersebut dibenar dan dijadikan diantara
cara-cara sah disisi kerajaan usaha mencari MH370 dan agama Islam juga
mengiktiraf kerja tersebut.
Yang sah dan jelasnya bomoh ini adalah mesra
dan kamcing dengan ramai dikalangan pemimpin-pemimpin umNObaru Negara dan pemimpin
umNObaru negeri Perak. Adakah kerana ianya mesra dengan pemimpin perdana dan
negeri dengan umNObaru, maka tindkkan tidak dapat diambil?
Kalau begitu sikap pemerentah 1Malaysia yang
mesra dan ritual dan bomoh mesra umNObaru itu, saya sarankan ianya lebh baik
dan berfaedah saya kemukakan. Saya pohon mencadangkan khususnya MAS, KLIA dan
sekelian yang terbabit, apa macam bubu, teropong buloh, tikar, tungkat dan
kelapa muda dah kita tengok. Apa halnya mala mini, masa masih ada dan
kesempatan masih berpihak. Kita adakan solat hajat perdana, kita himpun
sekelain pemimpin, alim ulamak, tok guru, semua mufti tunaikan solat hajat
tempat bermulanya MH370 berlepas kita solat hajat di landasan padang KLIA2.
Kita jemput mantan Mb Kelantan Datuk Bentara
Setia Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Presiden umNObaru, Presiden PKR,
semua Mufti dan Timbalan Mufti dalam Negara, Tok2 Guru Pondok, Ustaz-uztaz,
Pelajar Hafizdan bersama dengan rakyat jelata. Biarkanlah dikalangan mereka
pilih siapa yang layak menjadi imam solat hajat tersebut. Biarkanlah penganut
ugama lain duduk dibelakang menyaksikannya.
Apa macam anda sekelian.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
KHAMIS – 13 MAC 2014