Saturday, April 5, 2014

5 APRIL 2014: ULANGAN DEMO BALING, MENGAMIT RAKYAT BICARA DERITA.



5 APRIL 2014: ULANGAN DEMO BALING, MENGAMIT RAKYAT BICARA DERITA.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB – 5 Jamadilakhir  1435H – Sabtu  

Sepintas Baling

Baling merupakan sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Kedah Daarul Aman yang bersempadan  dengan daerah Kulim sebelah selatan, daerah Kuala Muda sebelah barat, daerah Sik utara. Bersempadan dengan  Negeri Perak sebelah tenggara dan dengan  Negara Thailand sebelah timur laut. Luas Daerah Baling ialah 1,530 kilometer persegi atau 590.32 batu persegi. Dengan keluasan tersebut, makanya daerah  Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di Kedah. Senonim dengan daerah Baling ini adalah kemiskinan, yakni hidup rakyat susah sejak dahulu, adakah sampai kini?

Daerah Baling ianya terkenal keseluroh Negara dan dunia kerana telah menghimpun akannya dengan sejarah dan peristiwa penting yang berlaku di Kedah khususnya Daerah Baling dan kepada Negara kita Malaysia amnya. Khususnya kepada kerajaan yang memerentah dan kebertanggungjawaban iaitu zaman kerajaan PERIKATAN cap kapal layar dan umNObaru cap keris telanjang dan bN cap dacing.

Peristiwa awal yang besar adalah Perundingan Damai Baling diantara kerajaan perikatan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Peristiwa rundingan tersebut  diadakan di Baling English School (SK Tunku Putra) pada 28hb & 29hb Disember 1955. Wakil perunding dipehak  Kerajaan PTM adalah Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Tan Cheng Lock, David Marshall dan Hamid Jumat. Sementara dipehak PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Sebaik terbentuk Kerajaan Perikatan  setelah berjaya dalam  PRU Julai 1955. Berikutnya   September 1955, kerajaan telah menabur 40 juta risalah "Tawaran Menyerah Diri" serta 12,000 pas pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan melalui kapal terbang. Tawarannya berbunyi: "Kalau kamu menyerah diri, keluar dari hutan, kamu tidak akan dihukum kerana kesalahan yang kamu lakukan berhubung darurat."

Kesan danhasil daripada risalah yang ditaburkan itu, makanya pada  September 1955 sepucuk surat dihantar oleh PKM yang  ditandatangani oleh Ng Heng yakni Chin Peng dengan mengguna nama samaran untuk batang tuboh beliau sendiri. Surat tersebut datangnya dari Kampung Kelian Intan, Keroh Perak yang bersempadan dengan Baling. Butiran surat tersebut  menyatakan tawaran untuk diadakan satu perundingan dengan KM PTM Tunku Abdul Rahman. Maka terjadilah Perundingan Damai Baling seperti butiran diatas. 

Rakyat bangun di Baling – Kuala Lumpur bergetar.

Peristiwa Demontrasi Baling 1974 yang mengejutkan kerajaan di Kuala Lumpur. Rentatan peristiwa Baling 1974 itu berlaku ianya berombak sejak November dan Disember 1974 yang menunggu masa masak untuk meletup. Ianya terjadi kerana berkaitan rapat tekanan denyutan nadi rakyat marhean penoreh getah, pekebun kecil menghadapi  kepayahan dan kesusuhan yang melampau kerana harga getah terlalu murah dibandingkan dengan mahalnya harga barang, hidup jadi susah menderita. Rakyat berdepan dengan kegelisahan hidup dan menderita. Sedangkan kerajaan tidak peka untuk mengambil tindakkan untuk memberi penyelesaian bantuan dan sebagainya.

Detik sejarah telah merakamkan walau kerajaan bN dahulu dan sekarang cuba menafi dan lupakan peristiwa tersebut iaitu tanggal 19 November 1974 bermula asas 1000 petani yang miskin dan menderita bergandingan bahu keluar berdemontrasi. Dua hari kemudian jumlah petani yang turut keluar bersama-sama teruskan demontrasi. Menjelang 1 Disember 1974 dianggarkan lebih dari 30,000 petani telah bergabung dalam demo besar tersebut.

Pada peristiwa Baling inilah maka lahirlah beberapa nama tokoh besar muncul menjadi julangan rakyat ketika itu samada di Baling maupun di Kuala Lumpur. Diantara tokoh pemain utama yang masih saya ingat diantaranya adalah Sdr Anwar Ibrahim (MU), Sdr Kamaruzaman Yaacob (MU) (abang menteri Sobri Yaacob) Sdr Ibrahim Ali (UITM), Sdr Idris Jusi (MU) dan ramai lagi ditangkap dan diISAkan. Manakala Sdr Hishamuddin Rais (MU) sempat melarikan diri keluar Negara untuk tempoh pelarian yang lama berkelana.  

Selepas itulah makanya kekangan hak-hak mahasiswa di wujudkan menerusi dalam persidangan parlimen  pada 8 April 1975 dengan meluluskan akta AUKU 1971. Akta rimba tersebut bertujuan melarang dan menghalang mahasiswa dalam melibatkan diri untuk turun kedada rakyat mendekati merekadengan menyelami membicarakan denyut nadi penderitaan rakyat dimana-mana. Kerana pengaruh mahasiswa amat besar dikacama mata rakyat marhean disudut mendapat pembelaan.

Sesungguhnya peristiwa Baling tersebut membuatkan pemimpin di Kuala Lumpur tidak dapat nyenyak tidor lena kerana berdepan dengan tekanan tuntutan rakyat kampong marhean di Baling dan mahasiswa university bangun menentang kerajaan.

Peristiwa Memali yang memilu.

Negara digegarkan hilalngnya pesawat MAS MH370 yang berakhir di Lautan Hindi kata PM1Malaysia DS Najib RM. MH370 dah mencicah sebulan masih tak ketahuan keduudkkan beritannya. Samalah tidak perkhabaran maklumat benar tepat cuba susut dalam memaklumkan kes MH370 yang hilang tersebut dan serabut rakyat menanti maklumat. Untuk menangani dibincangkan dengan hangat MH370, serta untuk menutup kezaliman keatas DS Anwar Ibrahim penjara dan denda serta untuk menafikan dan rakyat lupa dengan peristiwa matinya 6 pemuda mati kerana dadah dalam fiesta TMM 2014. Tindakkan pantas kerajaan1Malaysia DS Najib RM cuba menutupnya dengan SELAWAT PERDANA di Putrajaya.

Walaupun begitu Negara digandakan pula dengan gegaran yang menjadi Negara terkejut dan sesetengah pehak panit mendengarnya. Yakni ledakkan Tun Musa Hitam macam peledak C4 yang berjasa kecaikan Attantuyya gadis Mongolia beberapa tahun lepas, seperti kejutkan singa ganas yang nyenyak tidor. Iaitu dengan penuh keberanian dan bertanggungjawab makanya pada…. 

Pada 28 March 2014 di kota Bharu Kelantan yang lepas, Tun  Musa hitam menjawap soalan cepu emas dari moderator Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof dalam progrem Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang. Dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bersama dengan panel Datuk Peduka Haji  Husam Haji Musa, adun Salor juga Naib Presiden PAS. “Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur." Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana. 

Terima kasih Tun Musa kerana mmebetulkan auta hamper 30 tahun selepas Peristiwa Memali tersebut, yang rakyat berpegang dengan auta ketika kejadian dan peristiwa pembunuhan memali itu perdana menteri ketika itu DS Dr Mahathir Muhammed berada diluar Negara yakni diberitakan ke Negara komunis China. Jadinya kes pembunuhan Memali ini kembali hudup dan segar bugar dibicarakan oleh rakyat tanpa dapat kerajaan1Malaysia menyekatnya. Subhanallah.

Sesungguhnya peristiwa Memali tersebut berlaku pada 19 November 1985. Insiden zalim dan tidak berperikemanusian tersebut dilakukan oleh kerajaan umNObarubN keatas rakyat khususnya orang Melayu berugama Islam di Kampong Memali Baling dengan  mengorbankan , Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh syahid bersama-sama dengan pengikutnya. Ramai yang mendapat cedera. Beratus orang  dijadikan mangsa rakus kerajaan umNObarubN, mereka ditahan dibeberapa lokap polis dan dibebaskan beberapa hari selepas siap tanya siasat. Tetapi 36 dikalangan mereka terus dizalimi dengan ditahan di bawah akta ISA. Kerajaan telah merampas  harta benda dan duit mereka. Hatta hinggakan sampai ketika ini rampasan tersebut tidak dipulangkan kepada waris mangsa. 

Kerajaan umNObN mengatakan mereka yang terbunuh tersebut merupakan penderhaka kepada negeri dan Negara. Tetapi PAS melalui dan menerusi Dewan Ulamaknya sampai saat ini terus berpegang teguh dengan memperkukuhkan Almarhum Ustaz Ibrahim Mahmood dan semua anak muridnya yang terbunuh terkurban angkara umNobarubN ituadalah mati syahid. Yang mana Kebawah DYMM Tuanku al Sultan  Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Almarhum  dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. 

5 April 2014 Sabtu, Baling mengamit lagi.

Setelah berlalunya Perjanjian Damai Kerajaan dengan PKM gagal usianya sekarang menjadi sejarah selama 59 tahun berlalu. Manakala Demontrasi Baling rakyat Baling telah mencapai tempoh 40 tahun. Selepas 11 tahun berlalunya demontrasi Baling maka malapetaka berdarah yakni pembunuhan Ulamak, Melayu berugama Islam dilakukan oleh kerajaan umNobarubN dan sampai sekarang sudah 29 tahun pembunuhan Memali itu berlaku dan rakyat khususnya ahli-ahli PAS dan penyokong PAS setiap tahun memperingati dengan beberapa program khas.

Daerah Baling dan persekitaran geografinya yang sebilangan besar penduudknya adalah pekebun kecil, penoreh getah dan petani, sudah hamper setahun mereka menghadapi hidup dan khidupan yang amat terdesak dengan kemiskinan dan penderitaan hidup kerana harga getah turun merudum. Manakala harga Barang Naik setiap masa. Makanya rakyat menghadapi kos sara hidup dan perbelanjaan yang cukup mencabar. Mereka terus menjadi miskin, susah dan akan menjadi fakir kalau dalam masa yang terdekat kerajaan1Malaysia umNObarubN terus tidak mengambil kesah dan member perhatian yang khusus untuk membela nasib dan kehidupan rakyat Baling dan sekitar setempat.

Rakyat yang dirondong malang kerana harga getah merudum dan kos saran hidup naik melambong tinggi, mereka telah mengadakan beberapa siri bantahan kecil dan demo kecil hinggakan mereka telah mengadakan di KL berhadapan dengan pejabar yang mengawal selia getah tentang harga dan standard kualitinya. Namun kerajaan1Malaysia umNObarubN pimpinan DS Najib RM, macam tidak mengambil tahu dan mengambil peduli terhadap rintihan rakyat tersebut.

Hatta lebih parah dan malang lagi, dengan bangganya kerajaan1Malaysia umNObarubN DS Najib ini, terus menerus dengan sombong bongkak dengan menggunakan parlimen untuk menekan dan mencekek rakyat untuk tambah gandakan derita dengan mereka memperkenalkan cukai wajib kepada setiap kepala rakyat Negara tak kira susah papa dengan cukai iaitu GST yang diluluskan dalam sesi persidangan parlimen yang bersidang sekarang (April 2014).

Diatas semua kepincangan tersebut makanya ngo yang prihatin dengan mendapat sokongan besar dan padu dari PR, hatta pimpinan utama PAS, pimpinan utama DAP, pimpinan utama PKR akan hadir dalam himpunan derita rakyat Baling sedang berlaku sekarang di Kupang disaat saya dengan usia yang memamah dengan sarat sakit jantung cukup tegar, Cuma ini sahaja dapat saya sertakan komitmen saya menyatakan sokongan hadir himpunan derita rakyat di Kupang. Paling manisnya tokoh pemimpin pelajar mahasiswa yang terlibat dengan demontrasi Baling 1974, sekarang juga dimamah usia seusia saya akan tampil diri bercermah dipentas HIMPUNAN DERITA RAKYAT.

Amanat yang memilu.

Anak saya dapatkan carian tube amanat Dato’ Bentara Setia YB Tok Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang menyeru dan berseru, seluroh rakyat jelata bangun bangkit dan hadirlah beramai-ramai ke majlis HIMPUNAN DERITA RAKYAT BALING di KUPANG PETANG dan MALAM INI. Janganlah anak-anak terpedaya dengan pintasan umNObarubN yang juga turut mengadakan SELAWAT PERDANA pada mala mini semata-mata tujuannya untuk menghalang proGrem awal dirancangkan untuk himpunan derita rakyat jauh lebih lama perancangan untuk program tersebut.

Saya berpandangan, sekiranya selawat perdana ini diadakan setiap malam disemua stadium dalam Negara kita dan pemimpin umNObaru perdana dan perdani hadir dengan tidak sikit pun kita membicarakan masalah umat dan rakyat yang berdepan macam-macam himpitan susah derita hidup dan biarkan puak-puak umNObarubN terus merompak dan sagat harta rakyat Negara dengan mudah dan senang tampa sebarang bantahan. Dalam masa yang sama pemimpin umNObarubN adakan fiesta menyanyi dan menari arak dn sebagainya dengan seribu maksiat juga selesa dibuat lakukan. Maka itulah berjayanya umNObarubN dodoi hayunkan rakyat menjadi lali dan lalai untuk bertindak melawan mereka dengna kezaliman itu, cukup denga mengabui mata rakyat dengan SELAEAT PERDANA.

Selepas selawat perdana berjubah, muka inilah juga berpusu-pusi ketempat maksiat seadanya.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB – 5 Jamadilakhir  1435H – Sabtu