20 Jamadilakhir 1435H (Isnin) 7 April 2014
Tindakkan
umNObarubN ketika menghadapi PRU13, Nampak mereka bN ini macam amat peka dengan
hati nurani rakyat ketika itu. Makanya dikepalai sendiri pengerusi bN yakni DS
Najib berjanji macam-macam dengan AKU JANJI yang menjadi janji capati. Diantaranya
janji menjadi palsu tidak mau naikkan harga barang utama keperluan guna rakyat.
Akhirnya selepas PRU13 dengan sokongan 47% sokongan umNObarubN menuboh
kerajaan1Malaysia.
Saya melihat
pedebat penyokong bN dalam parlimen menyokong GST dibincangkan sekarang,
rata-ratanya mereka adalah taukeh pelbagai jenis taukeh yang menjadi kroni
umNObaru dulu kini dan selama-lamanya urat dan rengkongnya menjadi tegang dan
cekang menyokong akta GST yang dibentangkan baru-baru ini. Kenapa GSTdipaksa
dan ditopak keatas rakyat jelata walau pun mereka adalah rakyat yang miskin dan
sebaik GST dilaksanakan rakyat miskin tersebut akan berharapan besar berpindah
menjadi papa kedana.
Negara kita
sekarang berdepan dengan kategori rakyat kepada 3 gulongan besar melalui polisi
selama 60 tahun yang dijalankan zaman kerajaan Perikatan dan bN. Iaitu gulungan
bangsawan dan kroni-kroni yang mendapat peluang mega dan perdana kerana dengan qarun. Kedua masyarakat sederhana dan
ketiganya rakyat marhean miskin yang member undi kepada mereka dalam PRU13.
Maka masyarakat marhean kampong inilah sekarang menjadi mangsa setiap
dikalangan mereka akan dipau cukai walau diatas apa-apa perkara kepentingan.
Apakah cukai
yang dikutip melalui GST itu akan bertambahlah tirisnya pengurusan ekonomi
umNObarubN. Telah banyak berkaitan cukai dan kewangan dikenakan dan duit telah
banyak didapati. Tetapi Negara terus berdepan bengrap dengan hutang yang
berganda kerana tiris joli boros mewah dsbnya.
Kebejatan umNObarubN dapat disaksi kita tengok dengan jelas laporan tahunan perbelanjaan dan perolehan kerajaan menerusi laporan Ketua Oedir Negara. disitulah kita saksikan benda-benda pelek yang purba kita dapati dari laporan ituseperti pemutar sekeru biasa pun harganya mencecah snos lebih RM300dan apalagi harga-harga yang lain. Itulah tiris dan penipuan dilakukan oleh pemegang amanah harta rakyat menjadi pecah amanah.