Monday, April 14, 2014

MASA MENENTUKAN: JANTAN ATAU PONDAN?????


Rencana: IBN ABDULLAH ALAWAB / Tarikh: 14  April 2014 – Isnin - 14 Jamadilakhir 1435H

Ayam dan darah

Saya tidak menjangka samasekali yang mengakibatkan, kes sembelehan dua ekor ayam oleh NGO Islam mesra umNObaruBN itu dan bertindak  membaling bangkainnya  dan melomor darah ayam tersebut kerumah YB Teresa Kok diminggu pertama bulan Februari yang lepas. Tindakan tersebut,    ianya amat memalukan Islam dan penganutnya. Perlakuan tersebut ianya mengusik Negara jadi berkocak dan bergegar. Sering itu mereka mengeluar tawaran dan ganjaran RM1,200.00 sebagai upah dan galakkan kepada sesiapa sahaja yang  kehaq dan hero. Berani dan  tampil menampar pipi YB Teresa Kok dengan penampar tawar. Ianya mendapat liputan perdana dari media kerajaan1Malaysia.  

Pada hemat saya kes tawaran penampar tawar oleh NGO Islam mesra umNObaruBN itu, ianya terjadi dan berlaku  kerana mereka berkeyakinan penuh yang kerja buat mereka itu akan mendapat perlindungan dan kekebalan dari pehak-pehak tertentu. Rupanya macam benar sangkaan saya tersebut. Mereka NGO Islam mesra umNObaruBN tersebut, cukup berbangga diatas tindakan dilakukan mereka itu kerana perkiraan dan congak mereka, mereka telahpun membela mertabat Islam, mertabat Melayu dan kedaulatan Raja-Sultan mereka seadanya. Kelakuan dan tindakan baling bangkai ayam dan lomor darah kerumah YB Teresa Kok itu, mereka beranggapan macam mereka sudah mendapat ganjaran pahala berganda dari Allah seperti baru balik dari perang Khandak dan Uhud. 

Sementelah ketika itu PDRM - KPN diam membisu. Sekadar menjadi pemerhati akan telatah NGO Islam mesra umNObaruBN yang berjuang berjihad tegakan Islam. Ketika itulah tampil menteri dalam negeri (MDN) Naib Presiden Kanan umNObaru YB Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi alJawa mencelah dengan tawarkan pandangan keatas  peristiwa dicetuskan oleh NGO Islam mesra umNObaruBN tersebut. Tawaran penampar bersekali dengan upahnya kepada Teresa Kok bukanlah kerja perbuatan jenayah atau mengugut. Kecuali setelah benar-benar penampar berlaku, maka barulah pehak PDRM berfungsi untuk melakukan siasatan dan sebagainya. Itu bukan pandangan datangnya dari JKKK umNObaru Pulau Belitung atau Pulau Babi, wahai sekelian rakyat Negara. Tetapi, pandangan capoi itu datangnya dari MDN. Warganegara sekelian, fikirlah kita memiliki MDN kerajaan1Malaysia yang pendek akal. 

Malapetaka silih berganti

Belum reda MH370 yang dah 37 hari hilang entah dimana penamat beritanya dengan pelbagai spekulasi.  Yangmana 6 jam sebelum itu satu konspirasi perdana mega, yakni pintasan oleh mahkamah rimba dari hakim berok. Dalam teori untuk menyelamatkan umNObaruBN, makanya fungsi mahkamah rayuan terpaksa menjatuhkan hukuman denda dan penjara keatas musuh no wahid umNObaru iaitu YB DS Anwar Ibrahim dengan denda dan penjara, makanya terhalanglah ‘Kajang Move’. Hatta kubor rakyat Negara yang mati dalam majlis fiesta maksiat anjuran bersabit dengan talitemali kerajaan1Malaysia dengan kurban katak seramai 6 remaja mati kerana balon dadah terlampau banyak di Stadium Bukit Jalil. Semuanya kejadian dan peristiwa tersebut menteri dalam negeri tidak boleh sembunyi diri macam puyuh dijerami padi dalam menanganinya.

Walau ianya cuba ditutu dengan siraman mawar dan atar dengan Selawat Perdana di Putrajaya yang menjadi kegemaran anak muda nak kembali kepada Islam. Yahanana bergema diputrajaya dengan PM1Malaysia Ds Najib RM bersama bini no2nya dan sekelian menteri-menteri dan TPM berjubah putih dan berkepiah putih serta berserban dibahu dan ada yang serban sebakul melilit dikepala. Mereka nampaknya macam kyusuk sungguh-sungguh berselawat dan kasih sangat-sangat mereka kepada Rasul Nabi Junjungan. Tetapi manusia yang samalah diceritakan dalam reality Ordit Report Kerajaan 2013 yang mereka adalah kaki segala kaki songlap duit rakyat Negara, macam duit milik harta bapa mereka joli dan mewah. Naik turun jet pribadi dan jet Negara. Melancung dan membeli belah menginap dihotel 50 bintang. Dan ada yang bermain golf dan ada AP mereka bercuti dengan berjudi diluar Negara.

Ceroboh dan tawan

Dalam keadaan itu, Negara dikejutkan lagi sekali dengan kegiatan pencerobohan oleh lanun besar kemungkina dari Sulu. Lanun tersebut lagi sekali berjaya melarikan dua orang pelancong  perawan dari negeri China bukan dari Monggolia. Bersama dengan pelancung perawan Filipina. Negara lagi sekali menjadi gempar dan terujilah pehak yang berwajib gagal dalam menjalankan perlindungan keselamatan dekat rakyat dan pelancong di Semporna. Apalagi AhPar Semporna adalah anak jati Sabah juga Naib Presiden Tengah umNObaru, jadi keadaannya bertambah celaru harubiru. Disaat kerajaan telah mengeluarkan perbelanjaan dana yang besar untuk menjana ketenteraman dan keselamatan Negara dan Sabah khususnya. Maknya kerajaan1Malaysia telah bertindak menubohkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada 7 Mac 2013 bagi memperkuatkan lagi keselamatan maritim di bahagian timur Sabah. Selepas itu  diikuti dengan melancarkan  Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE). ESSCOM ditubohkan Nampak hebat, tetapi lanun lebih hebat dari mereka.

Impak besar dari berjayanya lanun melarikan 2 perawan dari China dan Filipina tersebut, ianya berlanjutan dengan bermacam-macam cerita didendangkan oleh kerajaan1Malaysia melalui menterinya, timbalan menterinya dan mantan menteri dan KMnya. Ada yang berhajat mahukan tutup sahaja semua resort di pulau peranginan tersehor di Semporna kerana ancaman tak terdaya kerajaan menanganinya. Hatta ianya berperang sampai dalam mesyurat di Parlimen sampai paksaan menteri dan timbalan menteri dalam negeri mestilah meletak jawatan. Desakkan tersebut, datangnya dari AP Sabah juga penyokong tegar BN dari umNObaru. Mereka mempersoalkan perbelanjaan yang banyak dicurahkan di ESSCOM tetapi masih gagal berbakti kepada rakyat Sabah. Telinga menjadi nipis dan hati menjadi pedih dan dada berombak kencang mereka sesame umNObaruBN bertikam lidah menghulur kris menjadi pahlawan. 

Lantaran menteri dalam negeri YB Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan fatwanya yang mana tawaran menampar bukanlah suatu bentuk ugutan jenayah sepertimana mengeluarkan ugutan mahu membunuh. Justeru  Zahid Hamidi  terus mendapat kecaman hebat diatas pendiriannya. Pengamal undang-undang kategorikan beliau sebagai menteri yang jahil undang-undang. Siasatan akan dilakukan sebaik kejadian penampar tawar betul-betul berlaku bedemen 4 jari dimuka. Atas kaedah dan jawapan Zahid Hamidi itu macam pulang paku buah keras. Makanya Zahid Hamidi berdepan pula dengan tawaran penampar yang sama keatas dirinya sendiri akan muncul pada bila-bila. 

Jaguan lama

Tiba-tiba mantan Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee (bijaknya beliau parti China Sabah ada 1 kerusi pun dapat menjejak kaki menjawat Ketua Menteri Sabah), telah menawarkan kepada sesiapa AhPar (kalau tidak silap ingatan saya) yang dapat menampar pipi menteri dalam negeri yakni YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat ini, beliau menawarkan ganjaran hadiah menampar Zahid Hamidi sejumlah upah RM500.00 dan tawaran tersebut terbuka dan berjalan sekarang. Diatas gelojoh dan semangat Melayunya tinggi, maka Zahid Hamidi, anak jantan sungguh rupanya manusia ini pantang dicabar macam Pak Lah dulu. Hebat tawaran mantan KM dekat menteri dalam negeri kerajaan1Malaysia umNObaruBN. Rupa-rupanya gayung bersahut. Yes! Zahid Hamidi menyambut tawaran dari Yong Teck Lee. Zahid Hamidi bertitih Jawa dengan berani dan jantan berkukok, hang tok sah upah orang mai tampaq aku. Hang sendiri yang mai tampaq pipi aku dan aku bagi hang upah RM501.00 pula.

Ahmad Zahid Hamidi agar bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee menamparnya sendiri serta diberi habuan wang tunai sebanyak RM501 dan tidak perlu bersusah payah mencari orang lain untuk melakukannya. Lantas Yong Teck Lee mantan KM Sabah tersebut  sebagai pahlawan terbilang, beliau dengan megah dan bangganya agar fiesta beliau menampar menteri dalam negeri DS Dr Ahmad Zahid Hamidi hendaklah diadakan Lahad Datu atau Semporna Sabah. Dengan tambahnya lagi sebagai anak jantan yang berani perkasa makanya Zahid hamidi dendaklah datang secara sendirian berhad tanpa mendapat iringan dan kawal dari sesiapa. Saya tambah cari juru photo yang professional untuk rekod gambar penampar YTL singgah kemuka Zahid Hamidi dapat dibokti dan rakyat saksikannya.

Jantan atau pondan?

Tawaran balas YTL keatas menteri dalam negeri, YB DS Dr ahmad Zahid Hamidi agar beliau solo ke Lahad Datu atau Semporna untuk membolehkan beliau menampar tawar bedemen empat jari ianya amat kerdilkan Zahid Hamidi sedang memikirkannya. Antara berani takut bacul jantan atau pondan, mesti gelaran tersebut akan disandang Zahid Hamidi sekiranya beliau gagal menerima tawaran balas YTL. Disini ujian paling getir dihadapi oleh Zahid Hamidi. Dihadapannya tidak ada simpang sebagai pahlawan. Sebagai ahli politik jalang, beliau berupaya membaris eribu alasan untuk menolak pelawaan mantan KM Sabah Mr YTL tersebut.

Sekiranya beliau dating dengan berani sebagai anak jantan biarkan dirinya ditampar oleh mantan Km YTL, saya yakin impaknya cukup bersekala besar kepada Zahid Hamidi. Nilai dirinya pasti melonjak tinggi dan sahamnya dapat diniaga dibursa papan pertama. umNObaruBN perlukan pemimpin yang berani bukan penakut lebek. Jadinya Zahid Hamidi boktikan beliau pemimpin yang berani. Makanya Ds Najib Rm bolehlah bersiap dan berkemas tinggalkan Putrajaya dan PWTC danserahlah pula umNObaru dipimpin oleh pemimpin berani seperti Zahid Hamidi dan berada di Putrajaya. Usahlah harapkan kepada TS Mohiddin Yasin untuk jadi PM. Sedangkan ketika menjawat TPM pun, joli mewahnya setara DS Dr Hajjah Rosmah Mansor wanita pertama Negara.

Saya hendak sangat saksikan episode ini.

Rencana: IBN ABDULLAH ALAWAB / Tarikh: 14  April 2014 – Isnin - 14 Jamadilakhir 1435H