Thursday, August 14, 2014

AMAR PAK NIK LAH : BERCAKAP ATAS PRIBADI ATAU MENDAPAT MANDAT PRESIDEN PAS. HABAQ MAI SAT!!!!



Rencana: IBN ABDULLAH ALAWAB
14 OGOS 2014 KHAMIS 18 SYAWAL 1435H

Baru-baru ini, AJK PAS Pusat juga Timbalan MB Kelantan YB Amar Pak Nik Lah ketika dalam kiluah pagi Jumaat di Jalan Dato’ Pati Kota Bharu (yang saya ikuti melalui youtube) cukup bertenaga petah dan gagah beliau menyampaikan kuiah dikerusi keramat yang mantan MB terdahulu member kuliahnya. Kes PAS mempertahankan TS Khalid Ibrahim terus kekal menjawat MB walaupun dipecat oleh partinya PKR dan menjadi bebas menjadi point kuliahnya.

Dalam kuliah Nik Amar macam angkoh beliau duduk dikerusi itu berkuliah dengan menempelak pemimpin-pemimpin kanan dalam PAS yang tidak bersetuju dan sependapat dengan  Presiden PAS TG Haji Hadi dalam pengumumannya beliau selaku pemimpin no 1 dalam PAS Malaysia berdiri tegoh mempertahankan TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Respon daripada itulah beberapa pemimpin kanan PAS mengatakan itu adalah pandangan pribadi Prsiden Haji Hadi, bukan keputusan resmi PAS. Mereka-mereka ini ditempelak hebat oleh Amar ketika menyampai kuliah, beliau sebelah pehak membaham pemimpin-pemimpin lebih tinggi dan kanan dari beliau. Dan mereka tidak dapat membela diri. Adilkah? 

Saya meluat dengan alasan Amar yang berhujah penentang keputusan Haji Hadi itu dengan alasan bermacam-macam. Seolah-olah ahli-ahli Pas dan penyokong akar umbi dibawah macam kerbau-lembu kondo yang dapat dicucuk hidung dipasang kong-kong dibuboh kok untuk tarik  andoq muat guni padi seperti 40 tahun dulu. Siapa Amar yang mampu laju menghukup ahli PAS dan pemimpin jauh lebih kanan dan yang lebih berkurban untuk PAS sejak akhir tahun 1970han? 

Tidak habis disitu, tiba-tiba meletup macam atom yang memusnahkan Hiroshima dan Nagasaki keatas neagra Jepun oleh Amerika dalam perang dunia 1&2 dahulu. Amar mengeluarkan  pandangan tuntas pribadinya saya amat menyakini. “Bahawa kesemua 15 adun PAS dalam Dun Selangor menyokong TS Khalid Ibrahim terus menjadi Mb Selangor”. Jadinya saya respon pandangan Amar itu dengan 3 persoalan pokok:-

AYAHANDA AMAR KAWAN LAMA AKU

PERTAMA: Adakah itu pandangan pribadi Amar sebagaimana pandangan pribadi pemimpin kanan lain yang dimaksudkan Amar? (baca disini 1)

KEDUA: Adakah Amar telah mendapat mandate dari Presiden PAS dan seluroh AJK PAS Pusat untuk layaknya beliau mengeluarkan kenyataan 15 Adun PAS Selangor menyokong TS Khalid terus menjadi MB Selanngor.

KETIGA: Adakah Amar telah menemui kesemua 15 Adun PAS Selangor mendapat penjelasan dan pengesahan dari 15 Adun tersebut sebulat suara menyokong TS Khalid? Dan makanya beliau membaut kenyataan tersebut?

Sebagai jawapan awal kepada kenyataan Amar tersebut, hari ini (14 Ogos 2014) kenyataan terbuka dibuat oleh Adun PAS yang menyokong DS Dr Wan Azizah dan sedia keluar dari PAS (0000). Maka dengan kenyataan terbuka oleh 2 Adun PAS Selangor itu, makanya kenyataan Amar 15 Adun PAS Selangor sokong TS Khalid adalah temberang dan? (baca disini2) 

Rencana: IBN ABDULLAH ALAWAB
14 OGOS 2014 KHAMIS 18 SYAWAL 1435H