Thursday, August 14, 2014

DI MAHKAMAH SESYEN & MAJISTRET BUTTERWORTH













DI MAHKAMAH SESYEN & MAJISTRET BUTTERWORTH

14 OGOS 2014 (KHAMIS) 18 SYAWAL 1435H

GAMBAR DAN RENCANA PENDEK: IBN ABDULLAH ALAWAB


Semalam saya gagal untuk hadhirkan diri untuk memberi sokongan moral dan persahabatan kepada Haji Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang sedang menghadapi perbicaraan kes di mahkamah Sesyen Butterworthdiatas tuduhan Mat Sabu kata polis yang terbunoh dalam peristiwa Bukit Kepong adalah........ Manakala Mat Indera pula adalah wira dan pejuang menentang penjajah British.

Selesai sesi Pendakwaraya menyoal saksi pendakwaray iaitu anak kepada salah saorang mangsa bukit Kepong yang terakhir meninggal dunia. Saksi tersebut dalam keadaan keuzuran dan emosional dalam menjawab pertanyaan pendakwaraya seolah-olah saksi tersebut membaca skrip peristiwa Bukit Kepong. Dengan berkali-kali menyebut ayahndanya adalah pejuang yang berkhidmat dengan penjajah British ketika itu.

Rumusan dari soal balas peguam pembela kepada OKT yakni Haji Mat Sabu yang diketuai oleh peguam YB Haji Hanifa Maidin. Jadi, report yang Pak Cik buat dibalai polis itu, ketika itu Tuan Haji Mat Sabu belum berceramah kerana masa tu masing-,asing sedang mengerjakan solat terawaih. Macamana belum ceramah Pak Cik dak tengok berita TV3 jam 8 malam?

Bila peguambela terus mengasak saksi tersebut, sebaik beliau sendiri membaca salinan report yang dibuat dan membaca beberapa muka buku yang dikeluarkan oleh Yayasan (saya lupanamanya) yang kata pengantar oleh mantan MB Johor Dato' Ghani Othman dan panel penulisnya Profesor Ramlah Adam, Profesor abdul Hamid dll. Saksi menolak Mat Sabu bercakap tentang sejarah Mat Indera kerana Mat Sabu bukan pakar Sejarah. Hatta Profesor Ramlah Adam pun ditolak direjet oleh saksi pendakwaraya sebagai ahli sejarah yang berkelibar. Tapi dia menerima seperti Profesor Kho Kay Khim sebagai ahli sejarah yang berkelibar.

Sebelum sidang perbicaraan tamat, pendakwara membincang dengan peguambela bersetuju dan majukan kepada tuan Hakim, iaitu saksi akhir pendakwaraya tidak dapat hadhir kemahkamah Butterworth kerana keuzuran dan sakit tua. Saksi tersebut berusia 76 tahun. Hakim bersetuju persaksian saksi ini dilakukan perbicaraan dimahkamah yang berhampiran kediamannya iaitu di Mahkamah Petaling Jaya pada 19 September 2014. Dan perbicaraan selanjutnya adalah pada 22-23 September 2014 kembali ke Mahkamah Butterworth.

Saya saksikan yang memenuhi kerusi pemerhati adalah penyokong akar umbi kepada Mat Sabu dari kaum Melayu, India dan Cina. Cuma seorang sahaja yang saya nampak anggota Badan Perhubungan PAS PP yang hadir ke tingkat 3. Itupun setelah perbicaraan selesai. Saya salute kepada YDB PAS Padang Serai saudara Haji Fauzi turut hadhir memberi sokongan semangat dan moral dekat Mat Sabu Timbalan Presiden PAS.

Ketika perbicaraan berlaku fikiran saya melayang jauh macam MH370 yang entah kemana, bermain tayang dikepala saya. Adakah tarikh 19-23 September 2014 itu, ketika itu adakah Haji Mat Sabu Masih Timbalan Presiden PAS? Masihkah Mat Sabu Pesurohjaya PAS PP? Manakala adakah peguambela YB Haji Hanifa Maidin sudah bukan AP PAS-PR?

Semua ini bermain ligat dalam kepala saya sekarang dan selepas ini akan menyusul rencana saya: DEBARAN 17 OGOS 2014. PAS SUJUD DIKAKI umNO(baru) ATAU KEKAL DALAM PR

RENCANA & GAMBAR: IBN ABDULLAH ALAWAB