Thursday, August 14, 2014

KHALID YANG KHALIS: AKAN BERSEPAIKAH PAS DIKISARNYA?



RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
14 OGOS 2014 KHAMIS

Tulah dan puaka

Apakah tulahnya yang saban menimpa kerusi dan batang tubohnya setiap yang menjawat Menteri Besar Selangor. Seorang dari UMNO asal dan dua dari umNO(baru). Iaitu YAB Dato’ Haron Idris disabitkan dengan rasuah yang dikaitkan dengan seusainya pertarongan tinju diantara Muhammad Ali dengan joe Bugner di Kuala Lumpur. Saya masih ingat bugar dan segar pahlawan pemuda UMNO ketika itu yang mempertahankan Dato’ Haron diantaranya sahabat-sahabat saya yang lama seperti Oon Ismail, Saidin Tamby Chik, Fahmi, Mazlan Haron, Azhar, Baiza Shahurin, Zainal Abidin Husman, Abdullah Ismail dll. Tetapi akhirnya Tuan Syed Mior OCPD Cambell ketika itu, membawa dan gari Dato’ Haron dan tindakkan selanjutnya. Semua exco Pemuda UMNO melompong mata putih tengok Syed Mior membawa pemimpin yang mereka lindungi beberapa hari dihalang supaya tindakkan tidak dikenakan kepada Dato’ Haron Idris.

Ketika peristiwa tersebut berlaku, undi tidak percaya kepada Dato’ Haron berjaya dikemu kedalam Dun Selangor dan tersingkirlah Dato’ Haron. Ketika itu Sultan tidak menyulitkan Adun yang berperanan menjalankan tugas mereka. Manakala kerajaan pusat di Kuala Lumpur juga tidak menyulitkan berkaitan undi tidak percaya kepada Dato’ Haron walaupun yang disingkir ditudoh rasuah itu adalah menteri besar dari UMNO. Istana berperanan diluar kotak politik dan berpolitik dengan isu dan kes Dato’ Haron.

Selepas dua tiga menteri besar Selangor bertukar ganti, tiba kepada Dato’ Abu Hassan Omar yang memerlukan 2 pilihanraya kecil serentak untuk membolehkan Dato’ Abu Hassan ditabal menjadi menteri besar Selangor. Ditengah-tengah sedap dikerusi menteri besar Selangor, beliau terpaksa meletak jawatan melepaskan kerusi menteri besar kerana terbukti berakhlak buruk sampai……. Menjadi gah dan gegak gempita. YAB Menteri Besar Selangor itupun terpaksa terjun dari kerusi menteri besar dengan malunya. Ianya adalah menteri besar yang dilahirkan oleh umNO(baru). Macam bersalin tikar hancing rupanya umNO(baru) tulah dengan menteri besar. YAB Datuk Menteri Besar Selangor YAB DS Dr Khir Toyo hilang menteri besar kerana melakukan rasuah yang mahkamah hokum penjara dan belum dia masok sampai sekarang.

Abu Hassan dan Dr Khir Toyo ketika mereka terpaksa melepaskan jawatan menteri besar ketika-ketika masa masing-masing, PWTC dan Putrajaya tidak membantah dan membuat spelulasi yang menyusahkan rakyat dan istana pun merealisasinya mengikut keperluan semasa yang diluar memayahkan urusan politik kepartian di Selangor ketika itu. Atau ketiga-tiga gugurnya MbSelangor itu, umNO(baru) PWTC dan Putrajaya mudahkan bicara menolak mereka dan istana memudahkan perjalanan politik dan perjalanan kerajaan menjadi lendik.

Ketika itu, media yang kerajaan pusat miliki dan akhbar perdana tidak menjadi batu api dan pengadu dumba dan penghasut. Tidak seperti PR – PAS, DAP dan PKR menguasai kerajaan lebih 2/3 penguasaan dewan. Lonyai dibuat oleh umNO(baru) selama 10 tahun menghimpit dan merobek kerajaan PR Selangor. Kini cukup-cukup genting angkara istana Nampak seorang dipercayai 1000% dan 30 Adun yang lain umpama sampah.

Khalid yang khalis 

Ketika Najib RM pecat Mat Said dari menteri besar Terengganu, dan Mat Said bersama 2 Adun lain respon pantas keluar umNO(baru) baru-baru ini, semua media kerajaan pusat menjadi kelu dan bisu. Semua mereka yang berada di RTM, TV3 dsb dan akhbar perdana, semua petugas mereka macam kelu untuk menulis tentang Mat Said dan kerajaan Terengganu yang akan tumbang ketika itu. Dan mereka yang sama juga SEKARANG, bila berdepan dengan PKR tolak TS Khalid Ibrahim dan memecat beliau dari PKR dan pinta TS Khalid letak jawatan menteri besar dengan bermaruah.

Rupa-rupanya terkini Khalid menjadi khalis dari semua moral politik. Walau beliau ditolak oleh partinya sendiri dan menyingkirnya. Khalid khalis semua peratoran dan arahan dan beliau berlindung dan mendapat sokongan padu dari PWTC dan dari Putrajaya. Hatta beliau mudah bingkas melangkah panjang ke istana mendapat perlindung roh dengan membohongi beliau (TS Khalid Ibrahim) masih mendapat sokongan majority Adun menyokong beliau. Cuma sekadar berboktikan dengan air lior basi belia membuat dakwaan yang beliau mendapat sokongan dihadapan tuanku di istana dan diterima percaya oleh istana. 

Khalis sunggoh nampaknya Khalid ini. Temberang dan bohongnya mengatasi DS Najib RM dan Ahmad Zahid Hamidi, ketika mana program mereka kudeta kerajaan PR di Perak dahulu. Sekurang-kurang Najib dan Zahid colek dulu Adun PKR dan DAP dibawa bersama dengan Adun BN yang lain mengadap Sultan Azlan Shah. Mengatakan umNO(baru)bN mendapat kepercayaan Adun dan layak hak Camry menjadi MB Perak. Tengok perbezaan diantara dua istana ini menyelesaikan politik negeri.
Tengok TS Khalid secara solo mengadap Tuanku dan Khalid berjaya dengan dakwanya mendapat sokongn Adun. Dan jadilah Khalid menteri besar permaidani kuning bersampin biru berbaju hijau.

Khalid yang khalis lidah biawak

Kenapa saya katakana Khalid yang khalis undang-undang dan peratoran dan moral politik dan integrity macam lidah biawak yang bercabang dan berlapis? Kenapa dan mengapa? Ketika beliau terkepit dan tersepit beliau panjat pagar istana permaidani kuning seorang diri dan memberi pengakuan kepada tuanku sultan diatas keduudkkan letak dirinya terus layak menerukan menjadi menteri besar kerana dia masih dapat sokongan majority Adun. Sedangkan dia mengadap seorang diri, tidak seperti berlaku di Perak dahulu yang Zamry membawa bersekali Adun penyokongnya dan Sultan azlan melantiknya. Sebegitu kaedah Khalid tidak lakukannya.

Tetapi jenis Khalid yang khalis ini rupaya beliau adalah manusia peracut jenis biawak lidah bercabang. Bila DS Dr Wan Azizah dengan bersama 30 Adun (15 DAP, 13 PKR dan 2 PAS) telah member sokongan kepada Wan Azizah menjadi menteri besar ganti Khalid dengan bersumpah berkanun. Ketika inilah Khalid tetiba lidahnya bercabang dan berlapis dengan berdolak dalih yang ianya mestilah dilalui dengan proses undi tidak percaya di Dun Selangor.

Percayalah Khalid Ibrahim tidak ditatang dan dijunjung oleh rakyat dan disokongan rakyat seperti diterima oleh Dato’ Haron dahulu, itu pun terpaksa Dato’ Haron ke penjara Pudu. Sapalah sangat Khalid Ibrahim? Ingatlah wahai Khalid Ibrahim: Harimau dan singa liar yang ganas dapat dijinakan dimain dalam sarkas. Inikan Khalid, sedarlah umNO(baru) akan telan dan terajang londeh kamu dalam masa terdekat. 

 RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
14 OGOS 2014 KHAMIS