Rencana: Bahtera Sejahtera
Tarikh : 23 Safar 1437 (Sabtu) 5 hb. Disember 2015
Gerhana yang diduga.
PAS Kelantan telah
mencipta rekod sejarahnya tersendiri di era Almarhum TS Dato’ Asri Haji Muda
menjadi PSJ PAS, Dato’ Ishak Lutphi dan Dato’ Muhammad Nasir menjadi MB. Bertukar
kepada era UMNO, TS Mohammed Yaacob menjadi MB selama 12 tahun. Makanya legasi
Tokguru Nik Aziz menggalas tugas PSJ sebagai peganti sebagai jenderal empat
bintang bertembong dengan umNO(baru) dalam PRU beberapa kali. Akhirnya UMNO
tewas dalam PRU 1990. PAS Pusat melantik PSJ PAS Kelantan Haji Nik Abdul Aziz
bin Nik Mat menjawat jawatan MB era baru.
Bagaimana kejayaan
dicapai? Kejayaan tersebut dicapai bila PAS bersama-sama dalam Angkatan Perpaduan Ummah - APU. Gandingan
Parti Melayu Semangat 46 pimpinan YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah dan parti
BERJASA di ketuai Dato’ Wan Hashim Wan Ahmad. APU telah mencita rekod keramat
benamkan umNO(baru)bN dengan sapu cuci 43 KaDun di PRU tersebut. Punca
kemenangannya adalah kesan langsong dari perbalahan kepada perpecahan tuntas,
diantara geng Dr Mahathir Muhammed dan puak Ku Li. Justeru, labanya dipungut
oleh PAS.
Setelah 22 tahun lebih menjawat
kerusi MB dan PSJ Kelantan, memandangkan kepada faktor usia Tokguru serta
kesihatan yang sering terganggu. Ianya terkesan ganggu sebagai PSJ untuk menguruskan
perjalanan parti dan tugasan MB mengetuai kerajaan terganggu. Disebabkan sakit yang memanjang, ianya menghalang dan membataskan pergerakkan
kehadirannya di Kota Darulnaim dan di Jalan Dato’ Pati. Barang pasti keadaan
itu mengundang parti dan kerajaan terjejas. Tokguru yang memimpin PRU 13 menang di KaDun Chempaka. Rakyat kena akui faktor
hambatan kesihatan Tokguru dan memberi peluang dan ruang rehat. Makanya beliau terpaksa
melepaskan jawatan Menteri Besar pada 6 Mei, 2013 dan diganti oleh Dato’ Ustaz Ahmad
Yaakub.
Walaupun telah melepaskan jawatan
politik dan kerajaan, kesihatan Tokguru terus merosot dan sentiasa mendapat
rawatan dan rumah keduanya adalah HUSM. Ketika di HUSM, Tokguru bila celek jaga
akan sebut bertanya, “Husham ada ka”. Negeri Kelantan dan Negara selurohnya,
mungkin sebahagian pendudok dunia yang menganut Islam khususnya di Asia
Tenggara, mereka dikejutkan dengan berita kematian tonggak, tulang belakang dan
simbul spiritual penyatuan umat dan rakyat Kelantan khususnya untuk PAS itu
sendiri. Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Mursidul Am PAS juga
mantan MB Kelantan meninggal dunia dirumahnya di Pulau Melaka, pada usia 84
tahun pada 12 Februari, 2015 bersamaan 22
Rabiul Akhir 1436 malam Jumaat.
Saya masih ingat kematian Tokguru disahkan
oleh Pakar Neurologi HUSM Profesor Dr Jafri Malim Abdullah. Prof merupakan
ketua perubatan selama dan semasa Tokguru menerima dan mendapat rawatan di HUSM
bermula 19 Januari 2015 lagi, dan ditaganinya terus walau Tokguru kembali
kerumahnya. Terima kasih Prof Dr dan team perubatan anda. Lebih kurang 22 bulan
berehat dari parti dan kerajaan, tokguru telah dijemput Allah kepangkuanNya (al
Fatehah).
(al Fatehah untuk
Tokguru Nik Aziz. Detik saya teruskan BAHAGIAN
2 - PASANG SURUT DOMINASI PAS DI KELANTAN. MAMPUKAH BERTAHAN, mungkin saya
lewat sikit mendapat info tentang putra ke 4 Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, mangkat pada usia 25
tahun yang bergelar Tunku Laksamana Johor, sekitar jam 7.00 malam (5 Disember
2015 - 23 Safar 1437) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Patik sekeluarga
merafak sembah salam dan ucapan takziah ke Bawah Duli Tuanku, Sultanah dan
kerabat diatas kemangkatan paduka anaknda Tuanku. Bersabarlah dengan ujian
Allah dan redza pasrah dengan kita panjat doa kepangkuan Allah. Mudah2an dicucuri rahmat rohnya, serta
ditempatkan bersama-sama roh para Nabi dan Rasul. al Fatehah. Allah maha pengampun
semua dosa hambanya)
(Sambong rencana – 7 Disember 2-15 – Isnin)
Walaupun susok fizikalnya bersaiz kecil Tokguru Nik Aziz
ini, disebalik itu Tokguru memiliki sekeping hati yang kental dan pejal sekukuh
Gunung Tahan segagah Gunong Reng ketikamana berdepan menghadapi lawan
politiknya, ketika berdakwah dan berhujah. Tegar serta berhemah 22 tahun
menjadi MB Kelantan memerentah. Mesra kawan dan lawan. Tetapi Tokguru tidak
meratah dan punggah sebahagian daripada khazanah perbendaharaan negeri balik
kerumah atau keakaun pribadinya atau anak bini dan keluarganya, seperti
fenomina biasa kepada pimpinan Negara sekarang. Walau khazanah dilautan, dalam
perut bumi apa lagi dihutan belantara berada dalam genggam tangannya. Tempoh 22
tahun bro, bukan 22 hari. Mata dan mata hati Tokguru tidak seperti mata nenas.
Tokguru ditengok pandanga zuhud sederhana dan mudah didekati
dan berbudi tinggi serta pemurah. Memang sengoti Tokguru zuhud dan sederhana,
low profile walau dimana beliau berada. Itu adalah hakikat nyata yang tidak
sesiapa pun mampu untuk menafi dan menidakkannya. Termasok musoh terpaksa
memperakui sikap berjimat cermat berhati-hati dengan amanah dalam membelanja
setiap sen dana rakyat melalui perbendaharaan negeri. Sifat yang membazir dan Tokguru
tidak telior serta mengkhianati AMANAH yang dipertanggungjawab
keatasnya. Maaf, rindunya aku dekatmu
Tokguru.
Memiliki pembantu
kepercayaan.
Hebatnya Tokguru mendudoki dikerusi MB Kelantan selama 22
tahun kerana disisinya, dirumahnya di Pulau Melaka, beliau memiliki isteri
sejati yang mithali. Tuan Sabariah Tuan Ishak yang mengendali mencakna melayani
dan menangani sepenohnya Tokguru sebagai suami dan bapa kepada anak-anaknya.
Isteri yang kalis dari godaan nafsu seperti sesetengah isteri pemimpin Negara
maupun negeri. Isteri setia yang solehah tidak membebankan suami dengan
permintaan untuk memperagakan kemewahan, boros dan membazir. Tidak sombong diri
dengan melangkau mendahului suami. Tidak mengutamakan perhiasan cincin ratusan
ribu harganya, beg tangan dan semua perhiasan itu bukan menjadi keutamaan hidup.
Kelakuan sebegitu mampu mengundang kepala rambut suami tercabut serta gugor berselerak
diatas bantai dan menjadi botak bersinar terkena pancaran neon dan mentari.
Manakala dipejabat di Kota Darulnaim, Tokguru dibantu pula oleh
TMB dan saf Ecxonya. Dikalangan Exco kerajaan Tokguru itu, disisinya berdiri
(ketika awalnya seorang anak muda) Exco kanannya Husham Musa. Husham Musa
inilah yang Tokguru jadikan gedong kepercayaan dan stesyen mengadu luar dan
dalam ketika berdepan keloh kesah dirinya berdepan masalah. Waima masalah
berkaitan mengemudi parti dan masalah kerajaan yang dihadapi. Husham menjadi teman
berbincang. Secara resmi mauun tidak resmi. Husham mampu mengeluar dan memberi
pendapat dan cadangan pandangan yang digarapkan, disepoh untuk mendapatkan
permata untuk negeri. Merencana memikir dan mengolah untuk mendapat dana, buat menjana
kerajaan. Sesunggohnya buah pendapat fikiran dan pandangan Husham, ianya menjadi
santapan dan bekalan minda. Pasti memudahkanlah Tokguru memacu parti dan
kerajaan dipimpinnya. Alhamdulillah.
Ketika mana sepanjang 22 tahun Tokguru menjadi MB Kelantan, selama
itulah juga pimpinannya dipinggir dan dizalami oleh Putrajaya umNO(baru)bN
sejak PM Dr Mahathir Muhammed sampai kepada PM Najib TAR. Hakikatnya mereka
cemburu dan dengki dekat Tokguru yang mampu mengurus mentadbir negeri Kelantan.
Mulanya geng umNO(baru) tanpa segan silu mereka menjadi pawang dukun mengatakan
paling lama 3 bulan kerajaan Kelantan Nik Aziz dapat bertahan.
Musoh politik Nik Aziz sanggupnya mereka ungkapkan demikian
kerana mereka telah pasang niat dan akan laksanakan kepongan dan penderaan
kepada Kelantan berterusan. Diatas sikap burok dan cabok Putrajaya itu 22 tahun
Tokguru memerentah mereka tidak berjaya. Sedangkan melebihi 22 rahun Tokguru
mampu berkhidmat menjalankan tugas resminya sebagai MB Kelantan yang sukar
dicari ganti selepas ini serupa dan standing dengan zuhudnya Tokguru.
Alhamdulillah, Tokguru berhenti kerana kekangan syaari kesihatan bukan
umNO(baru)bN dengan bala tenteranya mengalahkan Tokguru di PRU 13 yang kepas.
umNO(baru)bN merancang, Allah maha perancang.
Walau tanpa Pusat membantu seperti negeri lain dikuasai bN. Namun,
Nik Aziz mampu dengan cemerlang mengendalikan kerajaan Kelantan pimpinannya dalam
menjalankan pengurusan dan pembangunan negeri kerana Tokguru tidak tangan
panjang. Tidak penipu mencuri khaazanah negeri rakyat, tidak membazir dan boros.
Berhati-hati dan berjimat dalam perbelanjaan menjadi formula kenapa dan mengapa
Tokguru selesa mengendali kerajaannya. Tokguru tidak pergi mengemis menadah
tempurong jantan melutut di pintu Putrajaya. Subhanallah, Alhamdulillah. Dengan
berbekal semangat yang kental dan pejal saya sebutkan diawal tadi, Tokguru
tidak mengalah untuk melangkah atau memacu Porshe atau Range Rover, celapak ke
pintu Putrajaya yang berduri dan bernoda itu. Tokguruku yang hebat dan berkat hidupnya dan
kerajaan dipimpinnya MEMBANGUN BERSAMA
ISLAM.
Husham budak Tokguru.
Tokguru berupaya merintis membangun negeri dan menyatukan
rakyat dengan berkat. Diatas personalitinya yang unggul kerana cakap dan
bikinnya adalah kembar seiras. Tokguru dihurmati dan dikagumi oleh kawan dan
lawan dari semua kaum, kecuali spesis lahiriah manusia tetapi berjiwa hewan. Tokgurulah
sebenarnya menjadi tonggak kepercayaan dan perlindungan. Menjana nadi kekuatan
dan penyatuan PAS dan penyokong dapat bersatu. Maaf cakap walaupun Tokguru
telah melepaskan jawatan dalam kerajaan, tetapi peganti dan yang lain masih
merasai malu dan rasa hurmat keatas Tokguru. Diatas sifat itulah apa-apa mehnah
dan kerenah yang sememangnya Tokguru belaga hati dan bersetuju, pihak-pihak
yang terbabit dan yang berkenaan tanggoh simpan kemas kemin niat dijadikan
hasrat yang nyata. Terutamanya pemimpin yang ego, egonya disimpan bila berdepan
dengan Tokguru.
Persahabatan yang hakiki dengan kepercayaan bulat (maksudnya
mutlak, maaf) Tokguru kepada Husham Musa (Dato’ Paduka Haji Husham Haji Musa –
maafkanlah ana Dato’ kerana berbasa Husham, itulah panggil dekat dihati 35
tahun dulu). Peluang inilah diaplikasi semaksimanya oleh Husham memusatkan
seluroh akal minda kecerdikkanya. Dilakar sepenohnya dengan simpai yang tegoh
dengan teras berkeyakinan. Husham, beliau mampu menggalas serta menjalankan
tugas yang diamanahkan. Husham berusaha mendapat sumber-sumber dana dan
usahasama untuk membangun Kelantan MEMBANGUN
BERSAMA ISLAM dipraktikkan. Semua cadangan Husham direstui Tokguru. Hatta
Tokguru memperakui kejujuran dan kebijaksanaan serta pandangan jauh Husham,
bukan sahaja Allah anugerah untuk Kelantan tetapi untuk Malaysia juga. Huuuh!!!
Sayang, tokguru tidak puji aku macam pujiannya dekat Husham, dekat pemimpin
yang lain entahlah kalau aku tidak dapat info tentangnya.
Tokguru dengan kepercayaan yang kashaf dan laduni, diatas
semua-semua itulah yang Tokguru memilikinya, maka sentiasa pasti membela Husham bila terdapat
anasir yang memusuhi, membencinya dan menabor fitnah keatas Husham. Puncanya
kerana Husham rapat dengan Tokguru serta pandangan, cadangan maupun teguran
dari Husham dengan memberi alasan yang padat dan padu yang tidak merapu, Tokguru
menerimanya dengan berlapang dada. Tokguru lunggok kepercayaan dekat Husham
walau Husham bukan ulamak. Beliau seorang professional yang hidupnya
berorentasi ulamak. Pada ilmu dan tindakkannya, Husham yang memilik daya intelek
yang berprofil tinggi. Professional
dalam kerjaya, memiliki pandangan yang tajam seperti busar panah ditangan
Khalid ibn Al Walik. Maka banyak tindakkan yang melebar, berbekalkan
perhubungan pribadi ‘good will’ dengan banyak pihak dalam Kelantan dan luar
dari Kelantan dan global, Husham dimanfaatkan untuk mewarnai Kelantan.
Makanya terbukti Husham dapat menyelesaikan banyak masalah
dengan cemerlang dalam merealisasi amanah berpaksi kepada jawatan Exco kanan
yang Tokguru bebankan keatas kepalanya tidak salah pilih orang. Husham
bertangganjawab memikulnya dengan AMANAH
dan bertanggongjawaban, ianya mengundang cemburu iring hati dari beberapa
kalangan dalaman. Husham sebagai seorang thinker saver yang jangkauan cukup
advance. Berlatarkan pengajiannya di UM dalam bidang ekonomi, ianya menjadi
nilai tambah disudut menelurkan pandangan dan pendapat yang bernas yang tidak
terjangkau oleh Exco-exco yang lain (akan saya bahaskan selepas ini
kebenarannya).
Tanpa Husham, jadilah kerajaan Kelantan sekarang gerhana
dengan susut kering perbendaharaan dan lebih malang Kerajaan gagal mencarum
gaji penjawat awamnya. Macam pacat menghisap darah petani disawah padi di
kawasan Kemubu-Kada.
Tokguru tidak salah dan tidak silap memilih serta melunggokkan
kepercayaan dekat Husham. Beliau mampu mengurangkan beban hakiki yang dipikul
oleh Tokguru sendiri. Dan sepanjang dibawah dagu Tokguru, Husham tidak pernah
mengkhiananti kepercayaan yang Tokguru harapkan kepadanya. Husham tidak
membalas kepercayaan dan keyakinan Tokguru dengan kesulitan, kepayahan reba
dan tuba atau mengkhianati tikam belakang.
Perginya tonggak, pegantinya tengkorak.
Seluroh
ahli-ahli PAS dan penyokongnya, serta lawan dan musoh PAS secara tradisi iaitu
umNO(baru)bN mengakui dan menobatkan bahawasanya Dato’ Bentara Setia Tuanguru
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat merupakan tonggak yang unggol serta simbul penyatuan
dan kesatuan ahli-ahli dan penyokong PAS selama ini. Dikalangan komuniti kaum
Cina, India mereka turut menyakini dan meletakkan Tokguru Nik Aziz sebagai
simbul spiritual dan kepercayaan rakyat bangsa.
Tidak
keterlaluan, sepanjang saya bergaul rapat dengan kaum Cina, India lebih 30
tahun ramai mereka letakkan Tokguru Nik Aziz pemimpin kepercayaan mereka,
pemimpin yang mereka mempercayai apa-apa yang terkeluar dari mulut lidahnya,
ianya adalah datangnya dari dzamirnya. Tetapi mereka tidak meletakkan
kepercayaan sedemikian kepada pemimpin ulamak PAS yang lain. Kenapa dan
mengapa?
(Sebagai rekod politik untuk
pengetahuan anda, kini wujudnya PH ganti kepada PR yang telah mati.
Sebelumnya APU, BA dan CCC. Berkisar
dalam CCC ini diperengkat mulanya, dalam perjumpaan meja bundar di hotel Jalan
Pudu, KL dalam tahun 190??? Saudara Mat Sabu ketika itu KDP PAS Pusat dan Haji
Bahari Ali KDP PAS Perlis telah called saya mengajak untuk menyertai perjumpaan
tersebut mewakili DPPP bersamanya. Masih ku ingat Mat Sabu dan Haji Bahari,
“Bang Mi mampu menghadapi dan berdepan dengan peserta yang lain”. DAP diwakili
KPnya Saudara Lim Guan Eng, Hu Sepang, Saudara Lim Keat Siang dll. DPP yang
hadhir Haji Mat Sabu, Haji Bahari, saya dan beberapa lagi. NGO dan akademik yang
hadhir adalah Almarhom YAH TS Harun Hashim, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram pensyarah ekonomi di UM (kini PSUA Pembangunan Ekonomi di
Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Dorsett)
sejak tahun 2005). Sejak itulah saya
mengenali LGE dan LKS dan sampai sekarang. Sekalipun saya cuma seorang curkha).
Isteri jua menemani ke hotel dengan 2 orang anak berusia 2 tahun ketika itu.
Dan kami terus bermalam di hotel tersebut).
Peganti
Tokguru telah meguasai premis Jalan Dato’ Pati dan di Kota Darulnaim dengan pasang
azam, pasang niat serta tekad dengan harapan yang mengunung untuk dominasi Kota
Darulnaim. Kalau boleh tidaklah mahu dibayangi style Tokguru. Saf baru kerajaan
mula melaksanakan niat diiringi dengan angan-angan untuk membangun negeri dengan acuan sendiri.
Buka langkah dahulukan eksekutif kerajaan negeri supaya berada di suasana yang selesa,
baru diikuti peduli terhadap rakyat pengundi.
Sekiranya
rumah agam belum sempurna, sempurnakan. Kalau unta merah gemok belum cukup bilangan
ekornya, cari yang lebih gemok dan lebih besar kerana itu sunah kita menunggang
untuk pantas terjun kemedan perang moden. Kalau gaji elaun tidak tinggi,
pekemas dan tegakkan. Wajarlah lengkap kemewahan sudah kehidupan menjadi
sempurna, baru bergaya kita bertemu mata rakyat pengundi. Barulah Tok Wakil merasai
diri pemimpin sengoti, bukan hina kerana karat. Ooooohhhhhhh!!!!!!
Ketika
mereka melangkah ke Kota Darulnaim dan Jalan Dato’ Pati, detik itu juga mereka bawa
bersama-sama dengan sampah sarap. Mereka menghadapi dan berdepan dengan cabaran
besar. Yakni asakkan dari dalaman parti dan dari luarnya. Bila mereka mahu dikatakan selesa ketika berkuasa di Kota
Darulnaim, mereka terpaksa mencari kembiri
hitam terlebih awal untuk disembeleh buat aqikah dan qurban.
Sekiranya
apa-apa projek dahulu tidak dapat mereka teruskan penyiapan pelaksanaannya,
makanya mereka menuding jari meratip mencari kesalahan pemimpin terdahulu.
Bukan mereka bistari dengan minda yang kreatif bertindak siap pelaksanaan
dengan memikul tanggungjawab besar. Mereka sekadar menjadi bijak laksana meletakkan
kesalahan kepada pemimpin terdahulu. Tetapi, mereka tidak memperakui hakikatnya mereka dibelit, dibelenggu pasif
menjadikan mereka gagal untuk menerus dan menjayakan legasi Tokguru dahulu.
Kalau
semua kemelut kepimpinan kerajaan dan parti tidak segera dirawat dan ditangani
dengan bersepadu sekarang, untuk mengembalikan kepercayaan rakyat yang sudah
tergoris dan undur surut kebelakang. Selepas Tokguru melepaskan jawatan politik
dan jawatan eksekutif kerajaan dengan cemerlang dan gemilang mendapat pujian
dari rakyat dan Negara amnya. Apa lagi selepas kematian Tokguru, saya melihat
sekarang, kerajaan PAS Kelantan berwajah ulamak itu, umpama gasing pakunya
longgar atau porshe dan range rover tidak ada pemandu sehandal Aleax Yong untuk
memacunya.
Akhirnya
penyelenggaraan Kota Darulnaim itu berwajah kusam tanpa dicat semula dengan
Nippon dan seni taman menjadi semak taman. Suasana persekitaran Kota Darulnaim
adalah cermin dalamannya. Ianya ditambah
parah bila kritik itu datangnya dari dalam PAS sendiri disemua gulongan.
Riaksi dan aksi rakyat pengundi.
Justeru,
rakyat dapat pintas dengan deria informasi terkini, iaitu mampu menghidu
kelemahan dan kekurangan idea yang ideal akan tindakkan serta usaha-usaha
kerajaan untuk meningkatkan sumber perolehan pendapatan negeri. Kecuali
penguasa Kota Darulnaim sekarang, mereka sekadar pandai menggali lubang dan
mempeduli hutan belantara dan hasil mahsul bumi. Yakni khazanah negeri
berkaitan pengurusan kawal selia dan sebagainya adalah kuasa penoh penguasa di
Kota Darulnaim mengoda dan menodanya seperti
pelacur tua di Chow Keat Road.
Rakyat
negeri dengan lekas dan pantas terus mengukor serta membuat bandingan dengan
kerajaan Tokguru Nik Aziz mula memerentah 22 tahun, yang bergandingan dengan
Exco kanan kepercayaan Tokguru yakni Husham. Tokguru sendiri memperakui ketika
membela secara terbuka bahawa, “budak Husham ni Allah buat untuk Kelantan saja,
tetapi untuk Malaysia. Dia aset besar untuk Kelantan”. “Jagea kata dia nak
berenti, dia minta nak letak jawatan sekalipun, ambo tak beri, sebab gapa nak
letak jawatan ?”. Lebih kurang itulah kalimat keramat Tokguru membela Husham
Musa. Ada sesiapa untuk menyangkal dan persendakan itu-itu adalah fitnah,
Tokguru tidak sebut???
Sama
ada pihak kerajaan Kelantan bersetuju atau menentangnya, tetapi rakyat pengundi
yang berada di Kelantan, maupun tinggal diluar Kelantan. Serta masyarakat umum
Negara berpendapat bahawa dengan penyingkiran ecxo kanan Tokguru tersebut dalam
menyertai cabinet baru negeri Kelantan, iaitu Dato’ Peduka Husham Musa walau
dengan alasan apa-apa sekalipun yang diberi oleh kerajaan Ahmad Yaakob dan Amar
Abdullah untuk halalkan penyingkiran Husham. Rakyat ramai masih tidak
mempercayaai sampai sekarang.
Makanya
pegantinya yang memegang jawatan penting yang selama ini disandang oleh Husham
Musa, nyatalah exco baru tersebut gagal
berperanan merealisasi sepenohnya jawatan penting yang disandang untuk membantu
dalam menjana pembangunan ekonomi negeri dengan mebawa masok pelabor dan dana
untuk pembangunan untuk keselesaan kerajaan. Barang pasti ianya juga adalah
keselesaan kepada rakyat penguundi Kelantan sendiri.
Beberapa
saman diluar sana, diatas baban dan kedegilan Kota Darulnaim menangani dengan
mesra beberapa kes-kes mahkamah, akirnya mahkamah menghukum dengan mendenda
kerajaan Kelantan diatas sebab tidak peduli dan menangani secara bersatu esatu
kes yang dibawa kemahkamah. Akhirnya duit rakyat labor membayar denda
diputuskan mahkamah keranamu Kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad dan Amar khazanah
perbendaharaan negeri perlahan bertambah surut dan kering.
Antara wajah dan arca.
Sebaik
rakyat beri mereka peluang berkuasa, akhirnya lama-kelamaan mereka lupa dekat
rakyat pengundi. Pemimpin dah pandai seni selok belok untok tebok lubang dan
palam lubang. Makanya disinilah lahirnya kroni yang melindungi memulihara
pemimpin. Walau rakyat resah dan gelisah dengan tindakkan songsang, tetapi
penguasa Kota Darulnaim dengan lidah yang faseh tampil berhujah balas menjawap
dengan jawapan beralaskan al Quraan dan ditokok pula dengan sokongan hadis Nabi
dan kias. Kadang-kadang secara sinis mereka mempertahankan diri mengatasi
kemelut.
Seringkali
tindak balas kerajaan menjawab tidak berfakta dengan reality kebenaran. Jawapan
sekadar beralasan untuk melepas batok ditangga yang bersifat sementara ketika
menjawabnya yang terlintas dikepala, bukan fakta sebenar hujah jawapan yang
diberi. Yang jelas adalah jawapan untuk menutup dan cover diatas kelemahan yang
mencacatkan Kota Darulnaim dan Jalan Dato’ Pati sendiri. Justeru, rakyat sedang
melihat reputasi Kota Darulnaim dan setanggi di Jalan Dato’ Pati, rakyat sedang
menilai akan tadbir urusnya. Ianya berkait rapat dengan kepentingan kebajikan
rakyat pengundi yang dikatakan terus terabai. Ia disebabkan kekangan perbendaharaan negeri kian
meruncing, kering dan amatlah merunsing.
Seolah-olah
tidak ada jalan keluar dengan alternatif yang dirancang untuk mengatasi kemelut
perbendaharaan kering. Kenapa begitu berlaku? Tempoh 22 tahun Tokguru dapat
mengatasi dalam menghadpi mehnah dan kerenah ujian dalaman kerajaan dapat
dihadapi dan diatasi dengan sempurna seada-adanya. Walau pun Tokguru tidak
pernah melangkah mengemis ke Putrajaya dan PWTC. Tetapi negeri masih steady.
Musoh dijadikan kawan, kawan dijadikan sahabat. Malang sekali, walau peganti
sekarang beberapa kali menjejak kaki ke Putrajaya, kekangan kewangan lebih
parah dialami dan dihadapi. Kenapa? Dimana silapnya?
Secara
rambangnya saya mendapati pengurusan Kota Darulnaim sekarang tidak masak dengan
penglaman dan tidak kaya pengetahuan yang vocal dalam usaha tambah nilai. Usaha
mendapatkan sumber pendapatan baru untuk kepentingan negeri dan rakyat, kecuali
yang diwarisi secara tradisi. Kota
Darulnaim tercalar, dicalar oleh
tangan-tangan berangkai penguasa Kota Darlnaim sendiri yang mengundang
ketirisan.
Mereka
mengandong, melahirkan sendiri kroni balak, kroni lombong. Kroni perkhidmatan
awam jawatan politik, yang menjadi khadam mereka. Yang enggan mengikut telunjok
pasti berdepan dengan pemecatan. Apa nak jadi!!!!!!!! Habis ulu hilir ditarah
dikikis. Fenomina pemimpin parti Jalan Dato’ Pati yang menguasai Kota
Darulnaim, cukup kencang dan lancang rakyat perkatakan tiga dalam satu. Mereka penguasa menjadi taukeh, mereka juga menjadi broker dan agen.
Penampilan dan permainan ini sudah tidak dapat disembunyi macam menutup bangkai
gajah. Ianya telah mula rakyat perkata dan rakyat protes.
Rakyat
tergores hati dengan membekam dan geram dok kepam gusi. Marah. Rakyat menentang
banyak pekara terhadap permainan kong kalikong di Kota Darulnaim. Penguasa Kota
Darulnaim sedang kearah membelakang kepentingan dan kebajikan rakyat pengundi.
Rakyat telah mula sembang dan gebang ditempat-tempat awam secara terbuka. Bukan
berbisek soksek sembang diwakaf, gebang dikedai kopi dan diwarong. Rakyat kata,
penguasa Kota Darulnaim sudah naik tagang dengan langkah panjang, pantang
tengok peluang. Itu kata rakyat marhean. Benar entah fitnah, anta anti
siasatlah sendiri.
Dikhabarkan
terdapat dikalangan eksekutif utama Kota Darulnaim sekarang, ketikamana dia
selam, sambil minum air bercapor madu. Sekelip mata sahaja dengan jawatan yang
disandang, wajah sebenar mereka dari ulamak bertukar jadi ular dalam semak.
Mereka membena gedong kekayaan dan
kemewahan. Mereka melahir kroni dan belaci. Amat ketara dengan gaji elaun diterima dengan belanja yang mewah tidak
berimbang. Kekayaan dan kemewahan mereka sanak keluarga bersekali kroni, rakyat
pengundi amat curiga dan penoh dengan sejuta tanda tanya? Terhadap kekayaan dan
kemewahan mereka perolehi. Rakyat penoh curiga dari sumber-sumber mana
dikendong kekayaan tersebut. Fantastik.
Adik
kakak Pulau Gorek, kekayaan kemewahan mereka, rakyat nampak keleh. Kerana
kekayaan dan kemewahan bukan bersifat ‘NIAT’ tak nampak tengok. Tetapi mereka
telah zahirkan clear didepan mata dok tengok keleh. Rakyat keleh meleleh air
lior belenja. Kagum tengok pemimpin
ulamak yang mereka angkat pilih dalam PRU 13 dulu. Puncanya kerana 25 tahun lebih, penguasaan
mereka Kota Darulnaim tidak dikawal oleh penguasa dan penguatkuasaan ‘HISBAH’.
Badan HISBAH ini mereka abaikan sejak PAS memerentah Kelantan.
Kenapa????
Sebab kalau ada hisbah, pasti mereka rebah dikaki mahkamah. Tanpa hisbah,
seolah-olah kesalahan dan penyelewengan terjadi, diangkat dimanipulasi menjadi
hikmah dan mereka terus dapat berhemah dengan rakyat pengundi, yang mereka
anggap tuli pekak bodoh. Rentetan dan sebutan-sebutan diatas, sampai kepada bah
besar dipenghujong tahun 2014 dan sampai diawal tahun 2015, rakyat kian menjadi
resah dan gelisah. Tengok penguasa Kota Darulnaim yang sikap tidak peduli dan
membuli mantan exco kanan kerajaan zaman 22 tahun lebih Tokguru Nik Aziz
mengetuai Jalan Dato’ Pati dan Kota Darulnaim.
Bah, persepsi dan aksi.
Sesunggohnya
malapetaka banjir besar bah mega diakhir 2014 dan diawal 2015 lalu yang
melumpohkan Jajahan Kuala Krai dan beberapa jajahan yang lain. Ianya merupakan
ujian langsong dihadapi oleh kerajaan era baru pimpinan Ahmad Yaakob dan Amar
Abdullah sebagai ujian yang dihadapi dan terpaksa ditangani. Kemampuan Kerajaan
pimpinan Ahmad Yaakob dan cakna PAS itu sendiri dalam missi menghulor bantuan
kepada mangsa banjir teruji.
Rakyat
memperkata dan telah rakyat menilainya disudut kemampuan kudrat kerajaan pimpinan
Ahmad dan Amar. Makanya rakyat telah tengok dengan mata lendir dikalangan wakil
rakyat yang turun tampil dengan jujur lagi iklas bertungkus lumus cakna
mengharongi bah mega atau sebaliknya.
Justeru, rakyat berhak memberi markah atau menafi markah kepada wakil
mereka.
Saya
tidak berniat mengangat sesaorang, dalam masa yang sama kita menekan dan
memperlekeh orang lain pula. Tetapi, semuanya telah diketahui umum oleh rakyat
Kelantan baik dikalangan ahli dan penyokong PAS maunpun disebelah pembangkang
umNO(baru)bN. Dari bisul menjadi barah dan melarat menjadi busong ketika banjir
mega melanda Kelantan dipertengahan Disember 2014 sampai awal 2015. Ketika itulah lahirnya kalimat MB swasta dan
MB Kerajaan dan sebagainya. Dikatakan MB swasta bersama-sama NGO yang
diasaskannya bersama-sama berganding dengan NGO yang lain mendahului MB
kerajaan tampil mengharong banjir dan menghulorkan bantuan dan sebagainya. Saya
tidak berhajat panjang bincangkan banjir mega tersebut.
Kesannya
selepas mengharongi banjir dalam seri menghulor dan menemui mangsa-mangsa
banjit tempoh dua bulan atau lebih, MB swasta ditimpa sakit yang serius. Beliau
mendapat rawatan dan mengarahkan demi untuk kesihatan beliau mestilah berehat
sepenoh untuk tempoh yang lama. Demi untuk kesihatan dan masa depannya. Ianya
turut terkesan kepada KNK pimpinan ulamak dengan penyakit berangkai yang tak diundang, iaitu perpecahan PAS Pusat
dan perpecahan PAS Kelantan.
Hasil
daripada keputusan selepas Muktamar
Agong PAS ke 61 di Kuala Selangor beberapa bulan yang lepas. Watak-watak yang
terlibat diperengkat PAS pusat, mereka juga adalah pemain dan pencetus
perpecahan PAS Kelantan yang menjalar sampai kepada PAS Kawasan dan PAS
Cawangan. Ianya menjadi reality dan menjadi mimpi ngeri yang menakutkan kepimpinan
PAS Kelantan juga peneraju eksekutif KNK sekarang.
Walau
mereka di Kota Darulnaim dan di Jalan Dato’ Pati cuba menafi dan menolak
reality ahli-ahli PAS yang berpecah. Seahagiannya terus menyokong PAS.
Sebahagianya keluar PAS menyokong PARTI AMANAH NEGARA – AMANAH yang lahir
selepas MA PAS ke 61. Sentohan langsong ulamak yang mengemudi pelayaran bahtera
PAS, mereka lantang membujor lalu melintang patah. Semua-semua
itu bermula selepas Muktamar Agong ke 60 di Batu Pahat Johor lagi. Seterusnya
dipanjangkan dan diterjermah sepenohnya pada
Muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor.
Semua
tindak tandok penyokong geng ulamak mereka gilap membena imej ulamak mereka
dengan membuat lanskap pemisah dengan pemimpin yang profesioanl yang proaktif
dalam menghadapi berdepan cakna dengan rakyat. Mereka ratip dan mereka mengilap
dengan mendapat lampu hijau dari Presiden dan Mursidul Am sekarang. Iaitu
rangkaian kalimat pemisah yang tajam umpama keris panjang tidak berluk menusok.
Mereka mencipta komponan penghinaan kepada teman seperjuangan yang melebihi 35
tahun bergelumang dalam PAS, jatuh dan bangunnya.
Tetapi
kerana berbeda pandangan dan pendapat mereka pimpinan ulamak dengan galak
meraikan pengikut mereka yang setahun jagong dok balon pemimpin kanan dan AJK
Pusat sampai dimembar oleh khatib berkhutbah dengan penghinaan munafik, beranak cacat, haraki, anwarinas, dapig, endorgan,
anak polybag, jebon, barua broker, pengkhianat, barua dap, parasit,anjing
menyalak bukit, baru ngandung, ,dan macam-macam lagi. Akhirnya mereka dapat
medal berganda; emas dan platinum di MA PAS ke 61 di Kuala Selangor. Handalannya
mereka mengator strateji, dan kini strateji itu akan makan diri akhirnya.
Tersingkirnya
pemimpin PAS yang berpengalama yang vocal menentang umnO(baru)bN kerana rasuah
dan penipuannya dalam mengendali PRU. Ianya merupakan kejayaan besar para broker dalaman dari PAS
yang bersekonkol dengan agen pencator politik. Inisiatif konspirasi bersepadu
dari umNO(baru) itu, makanya Pakatan Rakyat hancor dan PAS berbelah dua. Perpaduan ahli dan kepimpinannya berkecai dan
bersepai. Justeru sebagai alternative, lahirlah PARTI AMANAH NEGARA – AMANAH
mengisi kekosongan dalam PR dahulu dengan wajah baru dikenali dengan PAKATAN
HARAPAN yang mengundang cabaran kepada PAS Jalan Dato’ Pati dan kerajaan
sendiri di Kota Darulnaim.
Selebihnya
ahli PAS dan penyokong sedang menunggu masa dan saat yang sesuai untuk
ramai-ramai tinggalkan PAS. Mereka terdiri dari Adun-adun, Ahli Parlimen,
pemimpin-pemimpin PAS dan penjawat awam politik dari PAS. Sekarang gulongan ini
tersohor dengan jolokkan MEMPELAM HAROMANIS disamping sepsis ahli PAS yang
tegar seperti KARET OREN. Mereka melangkah tanpa menoleh kiri dan kanan terus
menyeberang kebahtera bahru perjuangan yang bernama AMANAH.
KNK
telah tercalar dicalar oleh jari jemari dari tangan KNK sendiri yang mengundang
ketirisan, mengandong dan melahirkan sendiri kroni. Pimpinan taukeh dan taukeh
kroni yang tidak dapat disembunyi lagi kini. Sebab kekyaan terhasil dari
kecurigaan rakyat yang ianya bukan berbentuk ‘NIAT’ yang terselindung lagi
tersembunyi didalam dada, tetapi ianya dizahirkan terang-terang, rakyat
memandang dan meradang.
Jangkauan
pandangan yang dilontar oleh pengkritik dalaman atau dari luaran, pasti ianya
samasekali tidak disukai, dilarangi oleh pemerentah kerajaan sekarang. Walaupun
mereka bukan berada dalam zon selesa dan lega dalam semua pekara untuk lengkap rempah
ratus dan herba ramuan sebagai seuah kerajaan yang peduli rakyat berkebajikan.
Kini banyak pertanyaan dan permasalah mengundang
tandatanya yang perlu pencerahan. Rakyat akan terus tuntut Ketelusan dan
Bertanggungjawaban sehingga Tadbir-Urus kewangan negara menjadi baik dan pulih
bagi memacu sebuah ekonomi yang mapan dan sistem kewangan negara yang mampu
ditangani keluar dari kemelut agar tidak melarut.
Rencana :
Bahtera Sejahtera
Tarikh siap : 10 Rabiulawal 1437 (Selasa) 22 Disember 2015