BULAT AIR KERANA PEMBENTONG –
TEGUH AMANAH KERANA AMANAH.
Kita
sama-sama bertekad untuk membina dan memberi nilai tambah kepada parti kita
AMANAH yang usianya baru kurang lebih tiga bulan. Justeru menjadi keutamaan
kepada kita, setiap individu dikalangan kita hendaklah memberi sumbangan
sebanyak mungkim mengikut kebolehan, kepakaran dan kemampuan masing-masing.
Sejak 40 tahun dahulu lagi, saya menyedari bergiat dalam prti politik bukanlah
gedong membuat harta pusaka dan gedong bergudang. Kalau adapun, mereka adalah
spesis badut dan joker politik murahan.
Saya
mengakui kelemahan saya, tetapi adakah wajarnya saya gantong medium yang saya
mampu memberi sumbangan berbentok rencana dan sebagainya. Ianya dapat dibaca
dan dikongsi maklumat. Yang baik jadikanlah pedoman dan yang burok buang sahaja
kelongkang. Bilamana suasan parti lama kita berada dalam keadaan yang burok dan
membosankan untuk saya membicarakannya, jadinya hampir 2 tahun saya tidak
menulis. Tetapi sebaik AMANAH dilahirkan, panggilan dan desakkan amat kuat
supaya saya mengambil sikap untuk menulis. Dan saya InshaAllah akan menulis.
Membicarakan dalaman kita AMANAH, diluar sana parti lama kita dan apalagi
umNO(baru)bN akan saya bicarakan.
Saya
menaroh keyakinan penoh, sesunggohnya kepimpinan AMANAH negeri Kedah dan AMANAH
Padang Serai sebagai pemimpin perintis dan penerus, mereka mampu menjalankan
tugas masing-masing dengan baik dan tersusun. Aktif dan proaktif. Kita
memerlukan pemimpin yang komit dan komited dengan tugas yang diamanahkan dapat
dilunasi dengan penuh tanggungjawab. Manakala ahli-ahli disemua peringkat,
amatlah diharapkan sekadar tidak menjadi penunton, tetapi jadikanlah diri kita
penyibok kepada merealisasi AMANAH menjadi parti yang kehadapan dalam smeua
perkara daripada parti lama kita. Itulah harapan kita sekarang dan seterusnya.
Saya
yakin beberapa langkah susunan dengan penambahbaikan dalam usaha memperkenalkan
AMANAH dengan menyusus struktur organisasi yang kemas berdayamaju disudut
mendapat sambutan dari orang ramai, ianya membanggakan dan telah menuju kepada
point sasaran yang disasarkan. Kita perlukan anjakkan paradigma yang bersepadu,
terancang dapat dilaksanakan mengikut keperluan setempat. Kita wajar merancang
beberapa aktiviti komuniti untuk semua perengkat, untuk menarik minat
penyertaan orang ramai mengenali AMANAH dan pantas menyertainya, setelah mereka
mengenali secara mendalam dan berpengetahuan.
Dalam
melineum sekarang, kecanggihan langit terbuka yang bermaklumat serba pantas dan
serba lekas, makanya pengurusan AMANAH tidak lagi diurus kendali ditakok lama
seperti parti lama kita dahulu. Hendaklah kita bernilai tinggi dengan displin
pengurusan dan displin berinteraksi sesame kita apalagi bila kita berinteraksu
dengan orang awam yang kita perlukan mereka menjadi ahli AMANAH bersama kita.
Jadinya kita elaklah semungkinnya dengan perkara-pekara yang mengundang
kontroversi, kerana kita terpaksa buang masa dan kadang wangr inggit untuk
menghadapi dan menghindarnya.
Untuk
tempoh sekarang, perjalanan AMANAH negeri Kedah dan kawasan-kawasan ianya amat
positif dan terpaksa rakan lama dalam parti lama kita turut bergerak. Mulanya
mereka pandang kita AMANAH sebelah mata. Tetapi kini bukan sekadar pimpinan
kawasan yang mata menjadi terbeliak menyaksiakn PECUTAN AMANAH sebaik
didaftarkan, Naip Presiden PAS tengah merayu supaya AMANAH tidak jadikan PAS
sebagai musoh dan beliau mengemis janji AMANAH. Pergolakkan politik bulan Disember
2015 ini, ianya membebankan parti lama kita bilamana top 3, top 5 telah memberi
kuliah politik kepada presiden mereka sendiri. Dan pintu terbuka untuk presiden
nyah dari PAS.
Rencana pandak : IBN ABDULLAH ALAWAB
Tarikh : 15 Rabiulawal 1437 (Ahad) 27 Disember 2015