Rencana : IBN ABDULLAH ALAWAB
Tarikh : 15 DISEMBER (Selasa) 2015 3 Rabiulawal
1437
Bulat air kerana pembentong.
Salam
untuk semua sahabat pemimpin AMANAH Padang Serai, Saudara Cikgu Razak, Saudara
Azeim dan lain-lain. Salam ukhwah untuk Pimpinan AMANAH Kedah, Yang Berbahagia
Dato’ Dr Ismail bin Salleh - DADISA (mantan Exco KNK DA), Dr Rohani Mutalib dan
teman-teman seperjuangan yang bersama DADISA. Di atas sudinya teman-teman menziarahi
saya dan keluarga minggu lepas. Terima kasih. Barakallah.
Sesunggohnya
masa sedang hambat dan ligan kita untuk memacu dan pecut perjalanan parti AMANAH Rahmat untuk semua, supaya bertebaran memenuhi ufuk bumi Kedah
Darulaman dan Negara selurohnya. Apa khabar semua!!!!! Bersedialah kita
bersama-sama AMANAH, InshaAllah. Sekarang merupakan masa yang tepat untuk
memacu dan memecut AMANAH, bukan kita berkesot dan bertatih secara senyap
dikaki lima.Tetapi hendaklah kita tampil ketengah medan gelanggang rakyat
Negara. Dengan menawarkan perjuangan yang serius demi untuk selamatkan Negara
bangsa, dari cengkaman zalim PM1Malaysia YAB DS Najib TAR yang menekan rakyat
Negara dalam semua aspek setiap hari.
Sebagai
orang lama yang usang usia, dengan
kesihatan yang sarat dibelenggu rahmat penyakit yang membataskan pergerakkan. Jadinya
amatlah kerdil saya ini, untuk membicara
topik besar perjuangan. Penghalangnya adalah himpunan penyakit yang memerlukan
rawatan susulan dan kecemasan tak tentu masa. Perjuangan besar yang kita lalui
selama ini, yang didalam azimat dan kalimat perjuangan itu; ianya tersimpanlah
khazanah pengurbanan yang lengkap, wakaf diri dan usaha besar yang gigih secara
berterusan dalam membina lonjakkan kekutan. Yakni kita berjihad untuk meransang
kepada rakyat pengundi supaya menyertai AMANAH. Sejujurnya saya tidak mampu
serta berupaya merealisasinya seperti sahabat-sahabat melakukannya, maaf. AMANAH
akan kerdil dan tak kemana, tanpa penyertaan pemimpin iklas yang tabah, dalam mempertahankan
hak rakyat yang dizalami.
Apa-apa
pun inilah sumbangan yang saya mampu dengan sebidang lembaran
celek fikir berupa tinta rencana untuk
kepimpinan AMANAH menghidunya. Itu pun kalau-kalau mereka sudi membacanya. Juga
sebagai santapan ulangkaji saya sendiri. Maafkanlah. Sudi-sudilah membacanya,
mungkin terdapat juga manfaat didalamnya, InshaAllah. Maafkanlah wahai pemimpin,
sekiranya bicara ini umpama ketam diantara saya ini dengan sahabat-sahabat
semua. Biarlah ketam atau sotong yang dicandat, asalkan saya berjenama karet oren
tidak mempelam haromanis yang lambat masaknya. Setelah bersama lama berladang petai
lebih dari 35 tahun. Sekarang kita teruskan perjuangan dengan lebih bermaruah
bersama AMANAH dalam Pakatan Harapan - PH. Sah kita terpaksa berdepan dengan cicak mengkarong bila AMANAH
menjadi rumah baru kita. Usah toleh lagi kekiri atau kekanan, jalan terus bro n
sis.
Ketika
kunjungan ziarah sahabat AMANAH Kawasan
Padang Serai dan AMANAH Kedah
menjelang Asar 9 Disember 2015 – Rabu,
saya berhutang jawapan keatas pertanyaan
yang diajukan oleh Naib Pengerusi 2 Dr Rohani
Mutalib kepada saya iaitu, “Apakah pandangan tuan dengan kelahiran AMANAH dan adakah dijangka?”.
Jawapan awal saya yang simple Dr Rohani, saya bukan tuan, sekadar gurkha dalam AMANAH, itu adalah
hakikatnya Dr Rohani. Dr adalah tuan kepada saya, sah terjawab soalan Dr
Rohani. Berasa lapang dada, lega hati saya berpeluang menjawab soalan berat
dari Dr Rohani. Maaf dan terima kasih Dr.
Saya
berpegang kemas serta berkeyakinan, bahawa AMANAH
adalah parti siasah dan dakwah yang tidak boleh dipisah. Saya menganggotai
AMANAH bukan menjadi tok turut untuk mengharapkan sekepal nasi seketul lauk darinya.
Bukan penyertaan kami seekeluarga sekadar simbolik, serahan borang dan yuran
untuk iklan dan promosi. Tetapi disana ia tersimpan khazanah lama, yang sekali
sekala wajar kita bicara untuk mengenali hati budi mereka yang lama memakan
petai dari pokok yang mereka semai tanam lebih dari 35 tahun dahulu. Sesunggohnya
perpecahan PAS yang akan melahirkan parti baru telah saya tulis dalam satu
rencana tahun 2006 lagi. Kini kenapa dan mengapa saya menyertai AMANAH?
Sejak
berlalunya muktamar PAS ke 60 di Batu Pahat
Johor lagi, garis pemisah dengan sebilah pisau tajam menerusi lidah beracun sedang belah PAS
sudah berlaku. Yang mana saya ambil iktibar - ibrah dengan yakin, turning pointnya adalah doa
laknat berpuaka yang dilafaz oleh Ustaz Dr Azhar Yaacob (isterinya sentiasa
dikaca tv mengisi ruang agama). Manakala pimpinan ulamak muktabar bersekali dengan geng ulamak, amat kudus menadah
tangan mengaminkan doa beracun tersebut
dengan kyusuk. Tanpa pengerusi tetap dan pimpinan ulamak menegor dan melarang
doa tersebut dari terus dibaca. Makanya inilah petanda sah dan saheh doa laknat
tersebut mendapat izin restu. Tunjukkan sikap pucuk pimpinan doa itu dizahirkan
bukan niat didalam hati. Ketika itulah hati nurani saya terdetik, rencana tahun
2006 saya tulis dahulu sah PAS akan berpecah dua seperti belah temikai. Pasti
ianya akan berlaku, masa sahaja yang akan menentukan.
Perjuangan
hakiki AMANAH adalah bermatlamat. Tindakkan kita sekarang adalah merangka
objektif. Matlamat perjuangan kita adalah untuk jangka panjang. Manakala
pengisian jangka pendeknya ialah objektif. Pencapaian kepada objektif AMANAH amat
penting untuk menjadi sebagai alat pembantu dan penyumbang kepada matlamat
AMANAH yang suci. Untuk mencapai
matlamat tentulah kita memerlukan tempoh masa yang panjang. Tetapi untuk
mencapai objektif faktor usaha mencapainya adalah dalam masa tempoh yang singkat
setahun dua sahaja. Walau singa dan naga menghalang, kita teruskan perjalanan
dengan tabah. Jangan izinkan kita rebah dan mengalah. Janjinya kita tabah
menghadapi mehnah dan kerenah demi perjuangan. Wajar sangat kita warga AMANAH berdepan
rakyat pengundi dengan salam dan senyum.
Saya
menyertai AMANAH kerana sikap dan sifat saya seperti tukang jahit - tailor. Saya mengukur berulang
kali, menanda dengan teliti. Bentuk paten baju dan seluar, kerana kainnya jenis
terbaik dan harganya mahal. Apalagi pemiliknya orang ternama maka sais diukur adalah sepadan tuannya. Saya yakin
dan pasti dengan tanda dan ukuran yang
dibuat, barulah saya mula gunting, eron dan sebagainya serta menjahit menjadi
pakaian yang selesa berjenama. Saya tidak mejadi seperti tukang kayu amatur yang
kerat kayu diluar perhitungan. Seperti nak guna kayu panjang sejengkal, dikeratnya
kayu yang panjang 5 depa yang ada didepan mata tanpa berfikir panjang. Pasti
ianya melakukan tindakkan yang salah yang disengajakan. Sedangkan kayu sehasta panjang
dipelupok mata, tidak diambil untuk kegunaan sejengkal tadi. Ertinya bertindak
diluar kotak berfikiran sempurna, matang dan berhati-hati.
Muafakat itu berkat.
Saya
teruja sunggoh-sunggoh menyaksikan gulungan ulamak dan cendiakawan Islam,
berganding erat dengan gulongan professional dan NGO. Watak dan tindakkan
mereka mengikut acuan Islam dalam mengemudi bahtera AMANAH. Mereka cerdik
pandai, bistari dan terserlah. Mereka tahan diuji tidak termakan sogokkan umpan
musoh. Mereka telah menterjermah perjuangan ini dengan harga yang mahal. Ke
penjara, kelokap serta dikatok dibantai FRU telah mereka melalui dan lali.
Mereka bermandi air acid dan melalui tribulasi sepanjang masa, ketikamana
mereka dalam mengerakkan parti lama. Bakti merekalah, parti lama mendapat
perhatian rakyat. Mereka bukan sekadar berjuang diatas membar mesjid dan surau.
Berkuliah berakhir dengan hulur terima salam sampul yang sohor dikatakan orang.
Percayalah
rakyat pengundi, AMANAH beruntung kerana parti ini dipimpin oleh pemimpin yang kaya
pengalaman dalam pengurusan,
berkeupayaan melakar strateji yang lengkap. Jangkaun dan bacaan hirok pikok
politik yang tajam. Makanya diatas bistari dan pandangan jauh untuk menyelamatkan
Negara tercinta ini, jadinya AMANAH telah digarap dan digilap dengan penuh
tanggungjawab untuk memberi peluang kepada rakyat menyertainya. Kerana AMANAH
terangkum berpaksi pada strategi, tindakkan dan tugasan yang akan membentuk
pribadi anggota AMANAH dalam persiapan dan persediaan yang mampan.
Justeru
wahai warga AMANAH, wajar kita bersiap sedia dengan lipat ganda usaha serta
tingkatkan pengurbanan mengikut kemampuan dan kebolehan diri kita
masing-masing. Kita memperkemaskan
pengurusan serta memperkasakan imformasi AMANAH. Supaya mendapat nilai tambah
untuk daya tarikkan dan perhatian rakyat pengundi menjadi penyokong.
Terpenting, supaya mereka turut menyertai menjadi ahli AMANAH yang proaktif
mengendali dan menjana AMANAH secara terancang untuk menghadapi lawan dan kawan.
Kerana mereka meletak kepercayaan tinggi dengan harapan besar kepada kita.
Subhanallah. Hendaknya kepercayaan yang rakyat lunggok itu, sesekali jangan
kita mengkhianatinya.
Saya
menyaksikan bahawa kelemahan parti petai dulu ianya berkait rapat dengan
cara-cara pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan terutamanya yang amat
luas bidangnya yang diabai tidak dijadikan keutamaan untuk memperkasakan parti
– jemaah. Beratnya di cawangan-cawangan yang tidak memiliki rekod, yakni bermacam
rekod penting. Makanya fenomina tersebut tidak terus dibawa oleh kita menjadi
amalan ketikamana kita berada untuk mengurus AMANAH disemua peringkat. Sebenarnya
ramai dikalangan kita kurang mengambil berat dan keutamaan dalam aspek
pengurusan, dan ada yang mengurus tidak berusaha diri untuk mendapat ilmu
berkaitan dan berkenaan pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan dan
lain-lain.
Walau
pun mereka seorang ustaz yang hebat dengan amalan wajib dan sunatnya yang
termaklom. Tetapi bila mereka berdepan dengan amanah kepimpinan, pasti mahu
atau mengelak mereka pasti berdepan dengan pengurusan. Hasil pengurusan mereka
jadi nana dan tidak serius dalam mengendalikan pengurusan berlandaskan
peratoran - perlembagaan bertulis yang termaktob. Aktiviti parti – jemaah
mungkin menjadi lemah hatta boleh menjadi lumpoh sekiranya aspek pengurusan
yang penting itu diabai dan tidak dipeduli dan cakna dibiarkan berteruskan.
Mengundang masalah besar untuk menghadapi muktamar-mesyurat agung. Ramai
dikalangan kita mengendali pengurusan parti – jemaah dalam skop yang sempit.
Sedangkan pengurusan itu, skopnya amat luas seluas bidang muamalat.
Ianya
berkait rapat dengan pentadbiran pengurusan pejabat, pengurusan kewangan dan
berkaitan dengan harta derma wakaf dan sebagainya. Pengurusan juga berkait
rapat dengan kepimpinan, tenaga kerja serta senarai hakiki tugasan kerja.
Perancangan aktiviti dalam dan luaran dan beberapa pekara lagi. Maaf cakap,
saya amat sedih walau pun kita bergerak dan berjuang dalam obit Islam dan islam
syumul mengajar kita. Tetapi kita yang dalam jemaah ini, sentiasa aspek
pengurusan ini diabaikan. Saya menyedari terdapat cawangan yang tidak memiliki
rekod pentadbiran, rekod kewangan dan sebagainya. Rekod keahlian dan yuran pun
bertabor macam padi beneh ditapak semaian. Serabut dibuatnya. Itu bro cerita
lama 20 – 35 tahun dulu. So, dalam pengurusan dan pentadbiran AMANAH kita urus
tadbir dengan canggih sesuai kita hidup di kurun ke 21 ini.
Jadi
AMANAH kawasan dan cawangan yang dituboh, makanya aspek pengurusan wajar
menjadi keutamaan untuk kita mencapai matlamat perjuangan. Kita hendaklah
memperkemas dan mengerakkan sepenuh jentera organisasi AMANAH yang memerlukan
kesunggohan pemimpin. Dan pemimpin tersebut hendaklah mendapat sokongan dan
kerjasama erat dari ahli dan penyokong. Saya amat yakin berpandukan pengalaman
langsong saya. Sekirnya pemimpin menunjukkan kesunggohan, kejujuran, keiklasan
dan serius dengan memikul tugas yang diamanahkannya, makanya ahli-ahli akan
cair hati dan dan ringan tangan dan minda, InshaAllah mereka bersimpati. Pasti mereka
tidak sekadar menjadi pemerhati dan penontun sahaja. Yakinlah mereka akan turut
turun berganding membantu merealisasi pelaksanaan aktiviti parti. Simpati
itulah mengundang mendapat sokongan bantuan kewangan dan sebagainya.
Iktibar sebagai real perjuangan.
Pemimpin AMANAH kini, mereka telah mengambil iktibar
dan menggali pengalaman yang panjang, selama semasa dalam parti petai dahulu.
Kita terpaksa tinggalkan parti lama kita dengan lelehan air mata. Setelah kita
dihina, dihambat seperti anjing kurap dengan jalinan penghinaan yang bermacam
gelaran diberi. Bukan penghinaan itu datangnya dari pengikut spesis anak ayam
mata berdenea. Tetapi penghinaan datangnya dari pemimpin ulamak Negara dan
dunia yang dikatakan hebat oleh cai dan pengikut. Sahabat-sahabat ku, kesatlah
air matamu, usahlah bersedih tentang harta sepencarian. Usah berduka durja
mengenangkan nasib diri. Ayuh! Ayuh! Ayuh! Ready!!! Bangun bangkitlah anda,
rumah baru telah kita bina, AMANAH namaya. Mari kita membina keluarga besar
sekarang, mailah sama-sama kita
mendiami. Dalam masa serentak, kita perkukoh dan kita pebesarkan rumah kita.
Kita akan memimpin Negara, InshaAllah.
Semua-semua
itu kita jadi ianya sebagai sempadan untuk perjuangan dan pergerakkan kita dalam
AMANAH dengan amanah dan berjiwa besar. Teman dan taulan semua, usah panau dan
kurap dalam parti lama kita dahulu dibawa bersekali kedalam AMANAH, nescaya
menanah dan punah kita dibuatnya kelak.
Berubatlah dahulu dan dapatlah rawatan sebelum kita menyertai AMANAH.
Kalau virus panau kurap dibawa bersama-sama dalam AMANAH, pasti amanah juga
akan musnah akhirnya. Maaf cakap.
Kita
wajar mengingat, bahawa objektif amat penting untuk kita capai matlamat. Kita
sama sekali tidak boleh mengutamakan sebahagian tertentu dan mengabaikan
bahagian yang lain. Kita membuat keputusannya ianya tidak penting. Dulu-dulu
sentiasa saya memperingatkan kita tidak mahu ahli AMANAH cuma memiliki
keperbadian yang baik terpuji, tetapi dalam masa yang sama organisasi kita
lemah bercempera. Atau organisasi tersusun dan terancang, tetapi kualiti ahli
dan kepimpinan lemah dan sebagainya. Kita mau adalah keperibadian ahli dan pemimpin
yang hebat dan terbaik, maka dia pasti berperanan lebih efektif membangun
organisasi berkualiti dan special.
Diatas
keinsafan dan rasa tanggunjawab kepada AMANAH yang saya sebahagian darinya,
maka ini-inilah sumbangan awal saya berbentuk nasihat untuk saya sendiri dan
teman-teman diluar sana. Maaf, tidak terlintas samasekali untuk saya mengajar
itik dan buaya berenang. Cuma niat untuk membena AMANAH menjadi lebih kehadapan
dan hebat. Agar AMANAH dalam tempoh terdekat akan menjadi ikutan menjadi
perhatian dan keinginan rakyat pengundi menjadi ahli dan setidak-tidaknya
menjadi penyokong dan penyumbang.
Saya
berpegang kepada apabila semua-semua kita mengembeling tenaga, minda fikiran
dan sumbangan material dan sebagainya, sesunggohnya ianya mendekatkan kepada
AMANAH menuju dan mencapai objektif yang dihajatkan. Makanya harapan untuk
mendaki matlamat AMANAH yang besar bersama PH menghadapi PRU 14 akan menjadi
lebih mudah jalannya. Kita mampu gerakkan usaha-usaha AMANAH disudut
penerangan, kempen dan perangsaraf untuk menarik perhatian rakyat pengundi
dengan licin dan tersusun. Saya merasai serangan balas dari lawan kita, akan
mudah kita pertahan dan kembali kita menyerang. Akhirnya AMANAH akan menuju
keambang kejayaan, InshaAllah.
Amanah diyakini mampu memimpin.
Penyertaan
saya dalam AMANAH, bukan disebabkan ia dikemudi dan dipimpin oleh sahabat saya
yang saya kenali mereka diperingkat pusat, negeri pada tempoh yang amat lama dan
sebaliknya. Tetapi saya telah meneliti dengan penoh pengharapan terhadap objektif misi dan visi yang jelas, kelahiran
AMANAH arah haluannya. Penubuhannya tepat pada masa dan tuntutan keadaan yang
memerlukan. Fenomina politik Negara yang bergelora dan membara, baik pada
umNO(baru)bN maupun dikalangan PR yang mati. Makanya Pakatan Harapan-PH mengambil tempat meneruskan perjuangan. Justeru
AMANAH lahir kerana tuntutan keperluan rakyat Negara menjadi wadah pilihan yang
tuntas, untuk mengangkat menjulang kembali pengkalan politik bersepadu bersama
PH untuk menentang umNO(baru)bN di PRU 14.
Itulah
realiti dan hakikatnya menjadi fokas utama AMANAH untuk memerentah Negara
berganding dalam komponan PH. Bukan batalkan perjuangan selama 64 oleh pejuang
terdahulu, macam keciwa dan tersungkur ditengah perjuangan. Dengan kalih tungging,
kini niat baru sekadar menjadi PENASIHAT kepada parti diketuai lanun
penyamun dan perasuah. Untuk nasihat kepada bapa penzalim dan perasuah dan
salah guna kuasa. Barangkali penasihat APCO gagal berfungsi menunaikan peranan
menasihat yang difikir-fikirkannya. Kini biar ulamak donia dari Negara pula
cuba tampil mendampingi serta berperanan
sebagaip enasihat di PWTC sekaligus di Putrajaya. Mudah-mudahan suksess
hendaknya. Mungkin ganjarannya menjadi PENASIHAT fee perkhidmatan tentu setaraf
dengan bayaran dekat APCO Yahudi itu, masakan tidak bro n sis ketandas awan pun kena bayar 50 sen. Inikan pula penasihat
kerajaan1Malaysia pimpinan pahlawan Bugis kerana 1MDB tersohor donia dan
rangkaiannya.
PM1Malaysia
DS Najib TAR MP Pekan, Presiden umNO(baru), Pengerusi bN juga Menteri Kewangan yang
dengan rakus, ganas dan panas dengan isu terbesar diabad ini skandal 1MDB dan
RM2,600,000,000.00 kong kalikong ke dalam akaun batang tubohnya dan leboh tanpa
kesudahannya. Dengan tanganya yang cemar dan berdanor itu, Najib TAR sedang musnahkan Negara menuju kehancuran ekonomi dan
kemusnahan politik Negara Politik dan ekonomi Negara menjadi porak peranda dan
papa kedana dibuatnya. Sayang, semua komponan kerja salahguna kuasa dan
penyelewengan tersebut untuk kepentingan Negara dan rakyat. Nyatalah
PM1Malaysia berminda kabat berfikir dalam kotan Negara purba zaman Majapahit
dan Langkasuka.
Sayang
bukan kepalang, durjana Najib TAR kepada Negara dan rakyat jelata yang
menderita menghadapi tekanan hidup berdepan dengan kos sara hidup dan
perbelanjaan tidak sepadan dengan pendapat. Rakyat dihimpit miskin dan berdepan dengan papa kedana
keranamu Najib TAR. Disaat kebejatan PM1Malaysia DS Najib TAR Presiden
umNO(baru) berdepan dengan tekanan dan desakkan dari dalam partinya sendiri
serta mantan penguasa parti diwarisinya supaya letaka jawatan politk dan kerajaan
demi untuk selamatkan Negara tercinta.
Rupanya
ada yang sesat tampil kedepan memberi pelampong kepada Najib TAR untuk
selamatkan dia dari tenggelam dan karam. Tidak disangka, cempedak menjadi
nangka. Negara digegar macam dilanda tsunami kali kedua, suisnya di Rusila
mentolnya menyala 1000 v di BBB menerangi Putrajaya dan PWTC. Iaitu ulamak
dunia dan ulamak muktabar Negara dikalangan parti petai menjadi penghalang
ganti mempertahankan Najib TAR. Gandingan 2 ulamak pemutus dalam petai, mereka
sintuk limau sucikan Najib, cuma mereka tidak sunatkan kali kedua anu DS Najib
TAR kembali menjadi remaja. Mereka sensing lengan baju, pekemas semutar menjadi
wira pahlawan membuka langkah songsang dan langkah tempang.
Iaitu
mereka membawa tong oksijen dan pedang mata berkilat mempertahankan kewibawaan
dan sucinya Najib TAR dari cacat cela. Mereka membela Najib TAR dengan perisai
diri menerusi lidah keramat mereka sebagai
perisai. Rakyat pengundi menyaksikan tindakkan 2 ulamak tersebut sebiji peranan
mereka macam kaldai dan kibas. Disaat ahli umNO(baru) sendiri sedang berjuang menentang untuk nyahkan Najib TAR dari PWTC
dan juga di Putrajaya. Timbul pembelanya dari pohon petai dari tunjang dan
perdu. Ahli-ahlinya berbelah dua melihat pemimpin mereka menjadi badut hidup. Saya
akan pungut mempelam haromanis yang ranum bersam-sama perkuatkan perjalanan
AMANAH dalam masa yang terdekat ini, InshaAllah.
AMANAH parti politk dan dakwah bukan
NGO.
Mungkin
kita berbeza pendapat dalam para ini, tetapi jangan jadikan ia barah dan nanah.
Maaf cakap, warga AMANAH wajib membentuk peribadi terbaik dalam tugasan kita
sebagai ahli - jemaah. Pribadi kepimpinan dan ahli yang beriman, berilmu dan
beramal dengannya. Jangan sekadar kita seorang yang warak, soleh solehan lagi
alim faqeh tetapi sejajar dengan itu, biarlah kita juga seorang mujahid yang
berkemampuan menjalankan tugasan amar-makruf
nahi mungkar. Hatta kita mampu berdemonterasi di lebohraya maupun di
Dataran Merdeka. Untuk menyata menegakkan kebenaran dengan menolak yang batil,
walau berdepan dengan hujan asid dan belantan diketuk dikepala oleh FRU.
Hendaklah
kita menjadi pemimpin seorang yang strategis dalam percaturan “politk pilihanraya” yang menjadi
keperluan dalam system demokerasi berparlimen dalam Negara kita. Yang ianya
telah menjadi keperluan dan keutamaan untuk masa kini. Tidak cukup dengan zikir
panjang dan sujud yang lama berdoa. Sedangkan diwaktu yang sama kezaliman,
rasuah, penipuan, pembelot kita biarkan tanpa tentangan dan sikap kita menjadi
syaitan bisu apalagi niat untuk menghulur bantuan, membantu dalam apa keadaan. Apalagi
bercadang nak menjadi penasihat, sedangkan kecelakaan kepada rakyat yang
bertimbun nak dihapus kira dengan mudah. Kerana Najib sebangsa dengan kita,
ianya perlu diselamatkan?
Tetapi
hendaklah kita peka dengan tuntutan permintaan keadaan dan jangan kita menjadi
pekak badak. Sewajarnya kita tampil menawarkan diri meguasai keadaan tersebut
dengan bijaksana dan berstrateji. Tetapi biarkanlah ianya selari mengikut
lunas-lunas yang diredzai Allah dan diterima oleh akal yang sihat. Bukan menghalalkan cara untuk mencapai
matlamat. Biarkanlah warga AMANAH disemua posisi dan keadaan mampu bertindak
menjadi agen perubahan ummah rakyat Negara bangsa. Untuk mencapai cita-cita itu
semua, kita warga AMANAH hendaklah diikat dengan latihan- tamrin secara amali
dan teorinya.
Sekiranya
kita berada diposisi kepimpinan maka hendaklah kita sentiasa dikawal dengan
program sebagai proses membaiki rohani, memiliki akli dan fizikal untuk
melahirkan ahli AMANAH yang kental disudut keimanannya. Peribadi yang unggul
sahajalah yang mampu untuk membimbing diri sendiri, famili dan komuniti dengan
memikul tugas tanpa berbelah bagi. Kepimpinan dan ahli AMANAH yang berkualiti semacam itulah baru
tercetus perasaan dan keinginan dikalangan komuniti diluar sana, sebagai daya
tarikkan – magnet untuk mendekati AMANAH. Mereka cuba mendekati bertanya khabar
untuk mengenali beramah mesra dan puncanya dari kita samada orang menyertai
AMANAH atau sebaliknya.
Dalam
tempoh yang lama saya menyaksikan dalaman parti duhulu, ianya berkait rapat dengan kualiti
pengurusan yang tidak menjadi keutamaan dan main cincai sahaja diperengkat
cawangan. Terutamanya yang berkait dengan kewangan, derma dan sebagainya. Kelemahan
dengan sikap cincai itulah membawa kepada kita terkeluar real dan terkelincir.
Samada dalam bentuk tindakkan maupun ketika mengeluarkan pendapat dengan petah
dan garang menemui komunit semasa berucap. Pantang tengok mikrofon. Ianya
menjadi arahan atau sekadar percakapan biasa yang tidak mampu dikategori fikir oleh
ahli dan pengikut dibawah. Ianya mengundang persepsi dan menjadi aksi selepas
itu. Pemimpin tidak mampu kawal mulut lidah, parti mengundang masalah dan ahli
bercempera. Tidak mendapat penjelasan
dan ketelusan dalam banyak perkara penuh misteri. Pemimpin menjadi bisu kelu,
kerana menjaga hati macai dibawah.
Sebaik
kita terpaksa bersemuka dengan rakyat hakim mutlak pengundi dalam PRU akan
mereka tolak kita. Jadinya wajiblah kita letakkan keperibadian yang tinggi
sejajar kita yang menggalas tanggungjawab memimpin AMANAH mengikut susun atur
diri masing-masing. Semuanya penting, semuanya utama dalam keluarga AMANAH kita.
Jangan akhirnya kita bermata putih terus merintih. Jadi,
bersihlah, sucilah kita dalam AMANAH mengelak menjadi punah. Maaf kalam kalau
ianya makan dalam, demi pencerahan sebagai sempadan kawalan awal untuk parti
kita AMANAH dijaga dipulihara. Maaflah kalau ianya tidak sedap dihati.
Rencana : IBN ABDULLAH ALAWAB
Siap : 19 DISEMBER (Sabtu) 2015 7 Rabiulawal
1437