Kapan
gigi mereka tercabut.
Cikgu Razak dan teman-teman seperjuangan dalam AMANAH Padang
Serai, maafkaanlah tidak dapat menyertai program besar AMANAH kawasan kita,
maafkanlah. Kapan gigi mereka tercabut, biarkanlah mereka berketip mencerca,
menabor fitnah dan sebagainya kepada kita. Kerana kita amat yakin dan percaya
bahawa tindakkan kita tinggalkan parti lama kita, kerana jangkaan dan jangkauan
politik kita sejak bermuktamar di Batu Pahat, Johor DT (2013) adalah tepat dan
tidak tersasar.
Kita telah tengok bagaimana kepimpinan pucuk PAS telah tersepak
tunggul ditengah hari. Mereka menjadi rabun dan buta kerana mereka berhasrat
untuk menawan pelangi untuk dijadikan azimat dan benteng pertahanan. Selepas
muktamar 61 di Kuala Selangor, kepimpinan PAS melalui dan menerusi gugusan cai,
secara mutlak mereka menguasai PAS mereka amat terhibur raya sakan. Mereka
raikan dengan paluan gong dan tingkah gendang ibu berkerapak dengan serunai
berirama zapin. Mereka membuka langkah tari digelanggang dengan menghunus keris
berligar mencari menikam lumat mangsanya, yakni kita.
Cikgu, ketika mereka rayakan kejayaan tumpaskan gulungan
kita sebagai musoh utama mereka, kemungkinan mereka teruja dan tertipu dengan
fenomina permainan Rusila 1982 telah diulang semula. Tempoh 7 bulan berlalu,
pelangi yang kita Nampak dari jauh itu cantik, kini dihantui penentangan tuntas
dalaman yang mampu pecahkan lagi sekali Pas kalau-kalau tidak kena edar dan
berwaspada. Angkara 2H yang terketar untuk bersama umNO(baru)bN, kalau di Kula Selanggor
mereka menjadi pokko pak anggok macam disihir, kini mata mereka terbuka luas
sebaik eyemo dititik.
Mereka nampak pemandu ulamak dunia yang muktabar itu, sedang
pandu mereka terjun kedalam telaga burok yang penoh dengan racun dan sampah
sarap. Sering saya peringatkan, pertelingkahan diantara no 1 dengan no 2, ianya
akan mempercepatkan menjadi pecah, retak dan berselerak. Timbalan Presiden,
Naib, Presiden Kanan dan Naib Presiden bawah dan mereka juga mampu belah 2
sekali lagi AJK pusat dan ianya akan memanjang dan melebar sampai kebawah
keakar umbi. Ertinya Presiden, Naib Presiden tengah akan bertarong untuk
mendapat sokongan.
Mereka boleh kata apa sahaja dengan membuat alasan, tetapi
rakyat ahli penyokong dan pengundi sedang membuat penilitian dan memantau
pemimpin mereka kearah mana setereng dipulas. Kalau sebelum muktamar ke 61
pemimpin memantau sunggoh ahli pengikut dibawah, kini ianya terbalik. Ahli dan
penyokong mereka mengenali mereka samada rambutan atau pulasan. Atau samada
langsat, duku, rambai atau dukong. Kesilapan kali ini kalau tidak diluruskan,
ianya mampu petai itu di biokan menjadi jerok. Semua itu masa, keadaan dan
tindakkan bijak atau tindakkan pander yang menentukan nasibnya.
Barah perengkat 2 yang dialami oleh parti kita dahulu, ianya
sebagai pengajaran apa yang kita lalui 2 tahun dahulu. Kini suasana gawat itu
telah mereka reka dan mereka cipta perpecahan kerana presiden nakkan umNO(baru)
menjadi rakan kongsi dan telah mengundang pertentangan yang tuntas dari dalaman.
Ahli politik usah bersikap bohong walaupun kita didakwa bertaraf ulamak dunia
dan muktabar. Pasti apa-apa tindakkan kita, ianya berbau politik disudut hasil.
Walau dalam masa yang sama tercabut gigi palsu kita menafikan. Jadi bila hasrat
dan niat untuk berbaik dengan umNO(baru) dan sanggup memaafkan kesalahan 60
tahun mereka, makanya itu adalah matlamat politik berkuasa bukan penasihat.
Cikgu Razak, kita tinggalkan bencana yang akan dihadapi
parti lama kita, biarkan mereka mengatasinya. Jadi, pemimpin diperengkat bawah,
usahlah sombong dan agas meninggi bila berdepan dengan kami AMANAH ini.
Sesunggohnya kami mengenali anda yang memimpin dan kami mendahului anda
memimpin dan anda menjadi pengikut kami dahulu. Hentilah kerja kebudak-budakkan
itu. Jadilah kita pemimpin yang berhemah dan berwibawa sepanjang masa.
Kita adalah generasi sulung menganggotai dan memimpin AMANAH
diperingkat kita yang baru berusia beberapa bulan. Saya menerima banyak info
dari pelbagai gulongan dan komuniti dalam kawasan kita. Rumusan yang dapat saya
ketenghakan disini, ianya bukan info sekadar untuk menghiburkan hati kita
semata-mata. Tetapi AMANAH telah mendapat tempat dihati rakyat pengundi. Apa
yang dilalui oleh PKR perengkat awalnya, kini kita berada diposisi tersebut.
Sebenarnya apa yang bergelora di Jalan Raja Laut dan di
PWTC, sifir politik ahli rakyat dibawah jarang tersasar. Rakyat pengundi sedang
tunggu PRU 14 dan mereka akan zahirkan dalam pangkah peti undi. PAS kini
bergelora dilambong ombak akan menjadi topak sekiranya presiden dan mursidul am
tidak labohkan sauh. 2H dalam bahaya. Kita tunggu kesudahannya kurang 2 tahun
dari sekarang.
12
Rabiulawal 1437 (Khamis) 24 Disember 2015