KITA MENGHARONG KEMANA?
IbnAbdullahAlAwab : 21 April
2016 - Khamis
Menjadi
satu amalan yang tidak bernilai dalam masyarakat kita, disemua perkara didalam
semua pertubohan, dan kerajaan itu sendiri. Masing-masing tidak berani dan
mempunyai kekuatan jiwa dan kekentalan semangat yang berani untuk menyatakan
sesuatu itu benar dan berkebenaran kecuali setia sebagai pak turut berbayar. Puncanya
kerana takut resiko dihadapi dan takut apa-apa yang dinikmati selama ini akan dinafi
dan disekat oleh tuan-taukeh yang mencorak hidup dan kehidupannya.
So,
tidak pernahkan Junjungan Nabi kita, telah mewasiatkan kepada kita umatnya, agar
kita tampil kedepan dengan berani menyatakan kebenaran dihadapan pemerentah
atau penguasa yang dzalim?. Walaupun kebenaran yang kita unggap itu akan menghadapi
tentangan dan mengundang ugutan, tekanan dan tribulasi dengan seberkas
undang-undang rimba yang pasti membelenggu kita. Patutkah kita jauhkan diri
dengan menjadi pembela perjuangan menuntut keadilan dan kebenaran?
Sering
terukir dimulut rakyat dan umat ini, mereka mengungkap “nak kemenangan dan
maukan kebenaran tertegak dalam Negara”. Sayangnya mereka sekadar mejadi pemerhati
setia diluar gelanggang sebagai seorang pembabit
pejuang. Mereka banyak mulut. Sekadar menjadi pengkritik amator. Spesis inlah
yang salaknya mengatasi anjing pemburu. Mereka selesa berada dalam kamar tidor berhawa dingin serba lengkap sedang mendakap
isteri bidadari diatas tilam empok. Kepakarannya, ialah asyik kriitk tak
habis-habis tanpa memberi pandangan tuntas. Jauhlah dirinya untuk ringan
tulang membantu, serta turut menyertai perjungan yang berisiko ini.
Tuntutan
dalam merealisasi perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran yang diredhai
oleh Allah, sudah pasti kita akan
berhadapan dengan kawan dan lawan. Kadang-kadang bila kita melangkah melibatkan
secara serius memperjuang kebenaran dan keadilan, makanya fenomina cacamerba
melintang kita, khususnya musoh dalam selimut. Kawan menjadi lawan, lawan
menjadi kawan. Kawan kita pula lari berpakat dan bersekonkol dengan musoh,
turut bergelut melawan dan memerangi kita dan akasnya. Keadaan-keadaan inilah
PH dan AMANAH berada sekarang.
Perjuangan
menegakkan keadilan dan kebenaran didepan kerajaan, penguasa yang dzalim itu,
pasti kita akan mendapat tentangan penoh berjadual dari rejim dzalim tersebut
dan kuncu-kuncunya yang hebat lagi rakus. Mereka akan menghalang dan akan
mencipta macam-macam fitnah, mengeluarkan kata-kata berbentok serangan pribadi
yang tidak bertanggongjawab. Penghinaan, cercaan gelaran dan pelbagai kaedah.
Mereka dengan berani mengguna medium
rakyat pembayar cukai menghadapi lawan mereka.
Wahai
teman dan taulan seperjuangan, yakin dan percayalah bahawa fitnah, cercaan maki
dan meletakkan berbagi jenis gelaran itu, ianya adalah lumrah dan risiko kepada
sesiapa shaja yang tampil dirinya untuk berada dalam saf perjuangan. Jadinya,
setiap individu pejuang wajiblah dirinya membuat persiapan besar dengan berbekalkan
daya tahan yang kental, dengan bersikap minda dan mental dengan motto
perjuangan,”berani kerana benar; takut kerana salah”. Hendaklah sanggop
berdepan dengan sengsara kehidupan iaitu diheret kemahkamah, lokap dan penjara.
Berani
seorang pejuang itu, ianya haruslah bersandarkan kepada perhitungan strateji
dan keyakinan yang tinggi. Jangan kita bersikap berani asal ‘berani’ lantas dan
pantas mendorong kita diluar kotak waras berfikir terus mendorong kita kedepan,
diluar ilmu pengetahuan yang penoh strateji tektik dan teknik selok belok
mendenai perjuangan. Akhirnya tindakkan yang sebarono itu kepala kita sendiri
akan terantok kedinding atau terbabas kedalam longkang.
Apa-apa
pun, bagaimana besar dan terancangnya rejim dzalim itu menyusun kekuatan yang
hebat dengan perbelanjaan yang tidak terhitong oleh minda dan kakulater untuk
mempertahan dan meluluskan kezaliman kebejatan mereka. Yakinlah bagaimana
besarnya himpunan kekuatan kerajaan dan manipulasi kekuasaan menghadapi
rakyatnya sendiri. Itu semua adalah kekuatan manusia. Percayalah apabila mereka
berhadapan dengan kekuasaan dan kekuatan Allah, pasti kekuatan kerajaan dzalim
itu akan hancur berkecai dan berderai seperti kerajaan firaun, Namrud dan
Marcos.
Dengan
tingkah laku hidup sebegitu, maka manusia yang bernama Pahlawan Bugis maupun
Pahlawan Islam atas sifatnya mausia yang banyak melakukan fasad dalam Negara dan
kepada rakyatnya, hakikatnya disisi Allah, anda kecil, walaupun anda sombong,
takabur dan angkoh. Walau anda mendapat pembantu yang nampaknya macam manusia beragama
dan alim warak. Anda tidak mampu bersembunyi dibawah jubah dan serban mereka.
Kerana pembantu baru itu juga lemah mcam anda.
Jadi,
kita yang dalam PH khususnya kita dari AMANAH hendaklah kita menyedari hakikat ini,
maka kita mausia tidak akan putus asa dan keciwa. Patah semangat dan semangat
kendor, untuk menghadapi kejatuhan dalam perjuangan dan kehidupan. Wajar kita
berusaha untuk bangun dan bangkit tegak kembali setiap kali rebah jatoh. Berusaha
untuk bangkit kembali bangun dari rebah.
Nilai
perjuangan itu, baik yang senang maupun yang susah, ianya adalah ketentuan
dengan izin serta kudrat Allah jua.