Friday, April 1, 2016

HIMPUNAN TOLAK GST – 2 APRIL 2016 - SABTU

HIMPUNAN TOLAK GST – 2 APRIL 2016 - SABTU

Ibn Abdullah Al Awab – Jumaat - 23 Jamadilakhir 1437 / 1 April 2016

Pandang kebawah menjadi gayat
Tekanan gayat menjadikan derita,
Setahun GST, mencengkam rakyat
Rakyat sengsara, hidup menderita.

Pencipta pengubah Basil Tiralaka
Lagu ciptaan di dengar sentiasa
Menjadi kegemaran Baba Nyonya,
Ayoh rakyat  ke Dataran Merdeka
2 hb April gandingan semua bangsa
GST dan Najib kita tolak keduanya.

Di tanak pulut, hendak buat wajib
Wajib 1MDB, nak dijamukan kera,
Peranan GST, dana selamatkan Najib
Kita tuntut GST, dimansohkan segera.

Kelulut papaya ditanamnya di telok
Kata Telok 1MDB di negeri Sarawak,
Mulut buaya aku ikat, lagikan ku selok
Nak biarkan cincin dimulut  biawak?

Hebat perjanjian negara, nak bela panda
Keranamu panda, Najib gelap berjuta-juta,
Dana derma RM2.6B sudah jadi berganda
Percayakah anda, kalau Najib kata itu auta?

Kalaulah roboh kotanya Melaka
Serangan lanun pastilah terdedah,  
Nazir Razak, sah 1MDB malapetaka
Macai dok menafi, sah haramjadah.

Ulamak dunia HA, berkereta kuda pedati
Sambutan tradisi lama, bolehlah tahan,
Peguam Negara Pandi, sah penjilat sejati
Bebas sucikan Najib, dia berlagak Tuhan.

Jenamanya baru, KJ kementerian KEBAS
Perbelanjaan tiris bocor, panas membara,
Pandi ampu bukan setakat Najib bebas
Cadang musoh Najib, guna OSA dipenjara.

Pantas lebai dan haji, serbanya dililit
Pakaian orang alim, dapatlah pahala,
Najib Razak PM1MDB ni, kaki pembelit
2.6B mula nafi, Yes! wang derma pula.

Mamak AhPar Baling, bijak berbicara
Mencelah melulu, tak pedulikan kuasa,
Scandal 1MDB Najib, politik jadi huruhara
Ekonomi punah, rakyat menjadi mangsa.

Burung undang, bertelor pekaka
Menetas pekaka, 2 ekor jantan,
Politik ekonomi mengundang petaka
Kita mendesak, Najib letak jawatan.

Dipenghujung kuasa Najib tatih meniti
Meniti solo, pahlawan Bugis berlengan,
Deklarasi rakyat, boktikanlah solidariti
Mari berramai-ramai kita tandatangan.