Saturday, September 18, 2010

PAS KEDAH - DARI PEMBANGKANG KEPADA KERAJAAN

PAS KEDAH - DARI PEMBANGKANG KEPADA KERAJAAN
(LIKU DAN PAYA SEDANG DILALUI)

YANG LAMA JANGAN DILUPA, YANG BARU JANGAN SOMBONG.

7 Syawal 1431 - Khamis - 16 September 2010
Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB
Sebagai pembuka kata rencana ini, saya pungut muat kata ucap Almarhum Ustaz Fadzil Muhammad Noor, dalam Ucapan Dasar Muktamar PAS ke 38 di Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan, setelah 3 tahun PAS menawan Kelantan diatas nama Angkatan Perpaduan Umah PAS dengan Parti Semangat Melayu 46 pimpinan YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah . Muka Surat 29 di para dua iaitu;-
“Dalam sepanjang sejarahnya, PAS tidak sekadar mengenakan tindikan displin terhadap ahli-ahi biasa, Pernah displin dikenakan kepada mereka yang pernah menjadi Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha Agung, malah yang jadi Menteri Besar pernah dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin. Mereka yang istiqamah dengan perjuangan tidak memandang tindakan itu sebagai anti ahli tetapi menerimanya dengan semangat jemaah. Mereka yang tidak puas hati dengan tindakan itu sentiasa diberi peluang merayu dan setiap rayuan diberi pertimbangan”.
Menjejak PAS Kedah
Seorang ulama yang aktif dalam Umno kerana memperjuangkan kemerdekaan tanah air ketika itu termasuklah melibatkan diri, adalah seorang pemuda waja anak kelahiran Kedah, Pak Ya Junid sinonimnya TG Haji Yahya bin Junid. Pak Ya telah aktif dalam gerakan menentang penjajah British, kemudian beliau mengasaskan Persatuan Ulama Kedah pada 1946 bersama dengan Haji Abdullah Abbas Nasution Jitra. Diwaktu yang sama Pak Ya turut menyertai Kesatuan Melayu Kedah (KMK) dan beberapa kali mewakili persatuan ini ke Kongres Kebangsaan Melayu yang akhirnya membawa kepada penubuhan Umno pada 11 Mei 1946.
Bilamana KMK menyertai Umno, maka Pak Ya turut menjadi ahli Umno yang aktif semasa itu, sama seperti saya kata manis bersekali didalam gula, wanginya didalam atar. Sebaik sahaja tertubuhnya PAS maka beliau menganggotai PAS diperingkat awalnya sampai akhir hayat usianya. Pak Ya belajar di Pondok Chegar, Gajah Mati dan berguru dengan TG Ahmad Rabat pada 1924. Beliau kemudian belajar dibeberapa pondok seperti Pondok Tandop (TG Abdul Ghani Awang), Pondok Titi Gajah (TG Haji Endut) dan akhirnya ke Pondok Khairiyah, Pokok Sena, Seberang Perai. Di pondok ini, beliau mendapat sentuhan dari TG Haji Tuan Hussein Kedah, ulamak Banjar yang terkenal itu.
Tahun 1931 Pak Ya berhijrah ke Kelantan untuk berguru dengan Tok Kenali selama 2 tahun di Pondok Masjid Muhammadi. Antara guru beliau di sini ialah TG Saad Kangkong, TG Ali Pulau Pisang dan TG Yaakub Legor. Selepas kematian Tok Kenali pada 1933, beliau belajar di Madrasah Ahmadiah Pondok Bunut Payung dan sempat berguru dengan TG Abdullah Tahir dan TG Mokhtar Ahmad. Selain pondok di Bunut Payung, Pak Ya juga mengambil kesempatan untuk bermulazamah dengan ulama besar seperti Mufti Dato’ Ahmad Maher, Mufti Dato’ Sheikh Mohd Nor Ibrahim dan TG Yaakub Gajah Mati.
Sebaik TG Haji Ahmad Fuad Hassan mengetuai Bahagian Agama Umno pada 1950, satu Persidangan Ulama Se Malaya diadakan di Muar Johor. Diikuti oleh persidangan kedua diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Ketika PAS hendak ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1951 di Bagan Dalam Butterworth di Kelab Melayu Bagan. Beliau merupakan ahli PAS di generasi terawal dengan memegang bilangan ahli PAS No 12. Dalam perjumpaan tersebut TG Yahya bin Junid dilantik menjawat Ahli Jawatankuasa Agung PAS sehingga 1960-an. Dalam masa yang sama beliau turut memegang jawatan penting dalam Dewan Ulama PAS Pusat.
TG Haji Yahya bin Junid adalah tokoh yang paling lama memegang jawatan Ketua Dewan Ulama’ PAS Kedah iaitu tempoh 20 tahun sehingga 1995. Jawatan tertinggi yang dipegang oleh TG Haji Yahya bin Junid dalam PAS adalah Ahli Majlis Syura Ulama PAS semenjak 1987. Di samping itu juga, Pak Ya pernah dua kali dipilih menjadi Adun Sala (1974 dan 1978). Lanie kawasan tersebut diwakili oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak. Kerena ilmu yang tinggi dimiliki TG Haji Yahya bin Junid, maka beliau di lantik sebagai Ahli Mesyuarat Majlis Agama Islam Kedah, Ahli Majlis Fatwa Kedah dan AJK Zakat Kedah selama 40 tahun. Manakala khidmatnya dalam Majlis Fatwa berakhir pada 1985 setelah beliau berkeras dengan pendirian bahawa mangsa peristiwa Memali adalah syahid, sedangkan Majlis Fatwa yang dikuasai Umno berpandangan sebaliknya.
Ketika PAS sedang sibuk bersiap menyambut ulang tahun ke-50 pada 23 Ogos 2001, pengasas PAS Kedah ini telah dijemput oleh penciptNya kembali menemui Allah pada 6 Ogos 2001. Jenazahnya diimamkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor. Beliau meninggalkan jasa yang besar kepada perjuangan Islam di negeri Kedah dan negara amnya termasuk di institusi pendidikan pondok dan sekolah arab, dengan melakar nama yang tersohor. Dengan jasa-jasanya kepada PAS yang tidak ada tolak banding itu, bersekali dengan menjadi tokoh Pendidik tulin sebagai guru diatas daya usaha mengasas dan mendirikan pondok dan berkembang pesat mengikut zaman dengan membina sekolah agama arab. Sekolah yang melahirkan puluhan ribu murid dan pelajar. Yang mereka keudiannya menjadi manusia dengan menjawat jawatan utama dalam negeri kedah dan negara. Murid-murid beliau itulah sedang terus mendoakan guru mereka TG Haji Yahya Jonid.
Kalau saya sampai hari ini tersentuh, pasti Almarhom TG Haji Yahya Jonid lagi tersentuh bersekali dengan warga Pondok Pak Ya yang lain, bila musibah kebakaran pondoknya yang berlaku pada dengan mengurbankan putra putri pelajar anak didiknya. Musibah yang cukup menyayat hati, dan sampai kini tidak dapat dilupakan. Walau pun begitu pengajian diteruskan sampai saat ini.
Disamping guru-guru pondak diatas yang turut serta melibatkan diri dalm PAS, selain dari itu diantara tokoh-tokoh lain seperti Almarhom Haji Abdullah Abbas Nasution, Almarhom Ustaz Azhari Abdul Razak, Almarhom Dato’ Abu Bakar Umar, Dato’ Sudin Wahab, Haji Ahmad Shukri, Ustaz Halim Arshad, Almarhom Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Abu Kassim Lebai Abdullah, Almarhom Ustaz Mawardi Lebai Teh, Almarhom Cikgu Mustapha Long, Almarhom Ustaz Othman Marzuki, Aris Awang, Mohd Najib Fahmi dan ramai lagi pemimpin selepas mereka. Ramai dikalangan mereka sudah meninggal dunia (Al Fetaheh untuk mereka).
“Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang berilmu, iaitu beberapa derjat”. (Maksud Surah al-Mujadilah:11)
Atas maksud celik sejarah, mempelajari dari sejarah sekadar selayang pandang secara rambang, saya membicarakan PAS di Kedah masa awalnya dan penglibatan tokohnya yang sewajarnya dikenang. Hendaklah di ingati di sepanjang zaman dengan penuh hurmat dan menginsafi. Yakinlah! Merekalah yang memulakan perjuangan PAS ini, dengan meletak batu asas (PAS) membolehkan kita menerima dan mewarisi wadah perjuangan ini penuh yakin dan pasrah. Jangan pelekeh mereka, jangan menghina mereka, jangan meletak kesalahan kepada mereka, hatta usahlah melebel mereka seraya memperkecilkan pengurbanan usaha mereka terdahulu dengan lebel yang bukan-bukan tidak menyenangkan. Biri-biri yang mati tidak merasai sakit sekalipun telinganya disayat. Tetapi mata yang melihat merasai sakitnya hati kecil yang merintih. Perjuangan yang mereka mula, dengan kerengat dan air mata, dengan darah Syuhada Memali akhirnya kita panjat Wisma Darul Aman. Subhanallah.

Jadi, jangan belit dan balikkan sejarah, kerana mereka tidak mampu membuat pembelaan diatas penghinaan kita kepada mereka; kerana mereka dah mengadap Tuhan mereka Allah Azzajawalla. Marilah kita basahi dan sirami mereka dengan doa-doa sejahtera, dengan mengenangkan jasa-jasa mereka membangun dan menghidupkan PAS ini. Dahulu di saat orang menolak PAS, ketika mana orang mencerca mencebeh kepada PAS dan lawan kita meludah puui!!!!!. Ketika mana mereka menyeru ajak sokong masuk PAS. Merekalah dulu-dulu dihadapan mempertahankan PAS, dikala susah senang, dikala duka mereka, dengan rezeki yang dipekin. Sekupang ditangan, 5 duit ketabung PAS. Senaleh padi yang ada, setengah senaleh sedekah jariah mereka kepada PAS. Itulah sumber dana berkat PAS sampai subur kini. Diatas pengurbanan mereka itulah anda mewarisi PAS sekarang. Memastikan anda bersemadi di Wisma Darul Aman dan mampu berehat di Mentalon. Berfikirlah sejenak, bertafakut renung renunglah. Siapalah kita.

“Allah bersaksi bahawa tiada tuhan (yang wajib disembah) melainkan Dia; sedangkan malaikat dan orang-orang berilmu tegak dengan adil (lurus); tiada tuhan melainkan Dia Yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa”. (Maksud Surah Ali Imran: 18)

PAS Kedah yang majmuk ini, sesungguhnya dikalangan PAS yang kental gagah membela PAS macam Almarhom Pak Mat Jawa, Almarhom Syuhada’ Othman Talib. Mereka kaya perjuangan membujur lalu melintang patah menghadapi musuh PAS juga musuh mereka walaupun mereka miskin faqir ilmu. PAS Kedah juga sampai sekarang berganda memiliki pemimpin besar dari jenis kaya ilmu kaya harta. Terdapat yang kaya gedung kitab-kitab besar Arab, kitab Agama Muktabar. Tetapi dikalangan mereka tandus miskin faqir, kerdil disudut kental perjuangan seperti Ustaz Nakahei Ahmad dan ramai lagi. Tanpa malu segan silu ayam 2 ekor di lau, sekor itulah disembeleh digulai dijamukan kepada pemimpin mereka sayangi di rumah buruk layak dipanggil dangau. Kayuh gerek sebelah tangan pegang lampu gaselin berkayuh ke tempat ceramah 10 batu jauh di pelantar belakang muat pembesar suara. Tunggu kehadiran orang kampong untuk ceramah jual PAS dan perjuangannya. Insaf dan bayangkanlah!!!!

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Maksud Surah al-Anfal: 63)

Semuanya masih terbayang dipelupuk mata ku, sampai saat ini air mata berderau mengenangkan PAS dulu dan kini serba canggih dan mewah. Mereka ada Mercedes dan macam-macam lagi, bermuktamar menginap dihotel 5 bintang. Pendapatan besar profesional. 40 - 45 tahun dulu, pekin simpan duit sebulan $2.00 cadang cukup untuk pi muktamar PAS di KL. Baju seluar pinjam. Beg pun pinjam. Ikut dan tumpang lori ikan, lori surat khabar dan lori barang. Kebanyakkan pemandunya keturunan Cina. Suasana dulu mereka dengan mudah kira bicara membenarkan menumpang. Sampai saat ini ku terkenang diakhir tahun 70han. Betapa baik hatinya pemandu lori dulu.

Jadi, wahai pemimpin PAS di Kota Sarang Semut, wahai pemimpin PAS di Wisma Darul Aman. Kenangkanlah mereka-mereka terdahulu yang telah dahulu pergi mengadap Allah dulu dari kita. Tetapi sesetengah dikalangan mereka, masih mempunyai waris-waris yang hampir. Wahai pemimpin PAS di Wisma Darul Aman, jejaklah anak-anak mereka, cucu-cucu maupun cicit mereka. Salahkah? Rugikah? Kurangkah kedudukan kita? Layangkanlah ingatan penghurmatan dengan secepis sekeping tinta pahatan jasa perjuangan mereka dimajlis besar mengenangkan jasa budi mereka di Seri Mentalon. Sebelum fajar dan anak bulan PRU13 kelihatan, lakukanlah sesuatu kerana disana ianya memiliki banyak hikmah yang besar dan maanfat pulangan kepada kita juga. Anak cucu cicit mereka berkembang biak lebih ramai dari mereka bapa atau datuk mereka dahulu. Kembalikanlah anak cucu cicit kepangkuan PAS dengan penuh kasih sayang. Jamulah mereka walau setegup air sekeping roti kapai sebiji meskut, tanda kita ingat jasa ayah tokwan nenek mereka. Realisasi dan lunasilah!!!!!!!!!!!

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianti Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui”. (Maksud Surah Al-Anfal: 27)

Apalah erti dan maknanya kita membuat jamuan besar, sekiranya disaat yang sama kita melupai anak cucu pejuang-pejuang PAS terdahulu. Kita beri dan menghargai penghargaan kepada gulungan dan pihak tertentu. Tetapi kita malu, kita loket memberi penghargaan kepada pejuang kita dimajlis khusus. Apakah kurangnya jasanya sahabatku Almarhom Cikgu Mustapha Long, Almarhum Ustaz Othman Marzuki dan ramai lagi kepada PAS?. Kalau depa umNObn tidak menghargai dan mengingati tokoh-tokoh pejuang kita, ianya benar dan tepat. Tetapi kalaulah kita juga subur sambungkan dalam menafi penghargaan kepada mereka, wajarkah? Bahagian protokol dan bahagian politik pejabat YAB MB, semarakkanlah, mudah-mudahan sisa-sisa usia ini dapat saya turut saksikan majlis tersebut. Inshaallah, dalam masa terdekat.



PAS Berkembang Bersekali Kematangan Pemimpin dan Pengikutnya

“Katakanah (wahai Muhammad): ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerentahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kekuasaan pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkalah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dari Engkkaulah yang menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam Ke kuasaan Engkaulah sahaja segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’.” (Maksud Surah Ali Imran: 26)

PAS negeri Kedah bersekali dengan pimpinan PAS Kedah Darul Aman, sejak penubuhan PAS Kedah telah menyertai semua PRU dan PRK untuk Dun dan Parlimen. PAS Kedah dipimpin dan diterajui oleh beberapa tokoh terdahulu yang menjawat Pesuruhjaya mengikut kesesuaian pengisian semasa tuntutan keperluan ketika itu. Mereka meletakan PAS dipersada dan diatas landasannya bergerak diatas paksi yang benar dan hak. Sebaik Ustaz Fadzil meninggal dunia, Pesuruhjaya PAS Kedah dipegangan diterajui oleh sahabat karib Almarhom Ustaz Fadzil iaitu Ustaz Azizan Abdul Razak. Allah takdirkan Ustaz Azizan telah mengetuai menuboh kerajaan PR - PAS bersama-sama PKR dan DAP menjadi realiti bukan cobaan tidak mimpi. Kini di kenali YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan bin Haji Abdul Razak MB Kedah Darul Naim selepas PRU12 yang lepas. Alhamdulillah.

(NOTA:Saya imbau kenangan kira-kira 16 - 17 tahun dahulu. Sebaik YAB TG Nik Aziz Nik Mat menjawat jawatan MB Kelantan. Dalam kunjungan lawatan kerja Presiden PAS Pusat Ustaz Fadzil Noor bersama Ustaz Azizan Razak ketika itu baru melepaskan jawatan pensyarah di UKM. Ustaz Fadzil dan Ustaz Azizan menginap di Hotel Ansar (bilik 208). Seperti biasa Ustaz Fadzil memanggil saya menemuinya di Hotel Ansar jam 8 malam (ketika itu hampir benar negara akan menghadapi PRU). Tepat masa dijanjikan terlebih dahulu saya dapatkan buah tangan kesukaan Ustaz Fadzil kalau sampai di Kota Bharu iaitu roti tempayan, gulai daging cincang dan kaki lembu bersama teh tarik kegemaran Ustaz Fadzil. Saya melangkah kebilik Ustaz Fadzil, Ustaz terus memperkenalkan saya dengan Ustaz Azizan. Ketika itu Ustaz Fadzil siap dengan jarumnya untuk menyuntik ubat insulin penyakitnya dan pinta saya bantu sempurnakan. Maaf Ustaz, ana tak boleh. Disitulah Ustaz Azizan maklumkan kepada saya yang asal keluarganya dari Sungai Baru, Sungai Belati. Saya maklumkan sebelum masuk tadi, “ana nampak Ustaz Hassan Mahmud Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan nak jumpa Ustaz, dia pesankan sesuatu untuk kehendak dirinya disampaikan kepada Ustaz, ana tinggalkan diluar Ustaz Azmi adik TMB II Ghazali Ishak juga maksud sama tumpang juga nak jumpa Ustaz maksud berkisar tempat di PRU”. Semuanya bersikar dengan calun-calun Ustaz Fadzil pinta pandangan saya kerana saya mengenali. Selesai saya memberi pandangan jam 11 malam saya pohon beredar dan jumpa pagi besok di kedai Jaafar Rawas(belum meninggal dunia ketika itu). Sebelum beredar baru saya panggil kedua-dua tadi bertemu Ustaz Fadzil, bersalaman dan sama-sama kami meninggalkan Ustaz Fadzil dan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan inilah 16 tahun kemudian selepas PRU12 pada 8 Mac 2010 menjawat jawatan MB Kedah Darul Aman. Dan selepas 2 tahun 6 bulan baru kali pertama menjejak kaki kekediaman resmi MB, sebaik menerima panggilan undangan phone dari pegawai khasnya jam 8.03 pagi. Dari Bagan Dalam tepat jam 12.02 tengah hari saya sampai di kediaman resmi MB di Mentalon hari rumah terbuka MB Kedah. MB Ustaz Azizan turun dari pentas, bersalaman dan berdakapan dengan saya dengan menyembut nama saya. Dengan bertanya dok di Kelantan atau di KL, saya jawab di Padang Serai. Tanya macam mana boleh mai? Ustaz Hassan Razak kal pukoi 8 pagi tadi dan menanya tentang kesihatan. Terima kasih Ustaz Azizan masih menghargai ana. Ana doakan Ustaz dan keluarga dalam sihat sejahtera dan selesa menjalankan tugas sebagai Adun dan MB, Alhamdulillah).



Selari dengan peredaran masa dan perkembangan zaman, rakyat negara generasi baru selepas merdeka, yang mereka merdekakan minda dan merdekakan perjuangan dari belenggu khurafat umNObn yang sentiasa menekan rakyat marhaen “Hanya umNObn sahajalah yang mampu memerentah negara ini untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman rakyat dengan aman damai dan makmur”. Pasca dunia tanpa sempadan, peranan jalor lebar dan lebuhraya maklumat dalam beberapa versi yang canggih. Fahaman khurafat tentang umNObn tersebut rakyat sebahagian dari warganegara yang sebagai pengundi menterjermahkan dalam pembentukkan dipeti undi. Ianya memungkikan hampir kerajaan BN pusat tersungkur.

Swing dan citarasa rakyat dan pengundi menyeluroh di peringkat nasional, dengan rakyat memberi kepercayaan kepada PR mempertahankan Kelantan dan menawan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan. Manakala Negeri Sembilan nyaris-nyaris umNObn tumbang, tetapi setakat condong sahaja. Itu adalah sejarah yang negara rekodkan selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lepas.

Sekarang PAS didukungi keanggutaan oleh umat-umat Islam yang majmuk bangsanya serta majmuk pekerjaannya, didalam kepelbagaian katogeri hidup dan kehidupan yang menunjangi Pas Kedah membentuk kerajaan dengan mendapat sokongan besar dari bangsa keturunan negara juga bersifat majmuk dari India, Cina, Bumiputra Sabah Sarawak hatta PAS mendahului umNO membuka pintu menubuhkan satu dewan baru sebagai saya baru kepada PAS yang setara dengan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan seumpamanya iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS - DHPP. Kini era PAS diberi kepercayaan besar dikalangan penyokong bukan Islam iaitu DHPP yang dianggotai pelbagai keturunan bangsa memberi kepercayaan dan bersama PAS merealisasi keadilan kesejahteraan politik sejagat negara.

“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorongmu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa”. (Maksud Surah - Al Ma’idah: Ayat 8).

Asam garam didalam PAS tidak sama dengan garam belacan didalam umNObn. Sebusuk-busuk pemimpin atasan PAS khususnya dkalangan AJK PAS Pusat mereka tidak berzina dan minum arak, saya menyakini pernyataan ini dengan simpul mati. Mereka mampu membaca khutbah dan menjadi imam untuk solat Jumaat dan solat sunat 2hari raya hatta menyempurnakan solat jenazah dan menjadi kepala halipah membaca Yaasin dan tahalil dan menyempurna sembelehan qurban dan aqiqah dan sebagainya. Hebatnya PM6 1Malaysia, 1kali pun tak pernah naik keatas mimbar membaca khutbah dan mengimamkan apa-apa solat sekadar menjadi makmun, fakta ini saya tidak fitnah, ia adalah benar. Dalam umNO ada yang boleh agama; tepati jarang-jarang, kadang-kadang kata Almarhom TS P. Ramli.


Melayani Menghadapi Mehnah dan Kerenah

Ahli-ahli PAS diperengkat cawangan, yang berkampong dengan juzu lebih besar bernama PAS Kawasan. Asas pemimpin dari cawanganlah meletakkan diri mereka setakah kekawasan. Selanjutnya panjat ke peringkat negeri di Badan Perhubungan PAS Negeri dan Dewan Harian PAS Negeri yang bermula di peringkat kawasan. Disinilah mereka akan melangkau ketakah akhir di posisi AJK PAS Pusat disemua dewan-dewan. Terdapat juga pemimpin yang diatas nama keperluan kepentingan keutamaan jemaah ditarik dan diletakan di Kawasan terutamanya di pusat sebagai AJK PAS Pusat. Tanpa melalui proses kepimpinan cawangan, kawasan dan negeri. Khususnya dikalangan elit profesional atau tokoh pencen penjawat awam tinggi.


Fenomina kepimpinan sesuatu cawangan dengan cawangan lain disudut kepimpinan terdapat perbedaannya. Termasuklah kepimpinan diperingkat PAS Kawasan. Sesetengah PAS Kawasan berkebetulan kepimpinan PAS Kawasan adalah juga sebagai Adun kadang-kadang sekali gus menjawat Exco atau Ahli Parlimen samaada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Kadang-kadang mai tegang juga kalau tidak bijaksana pengurusan kalau Adun, Ahli Parlimen pula tidak terpilih menjawat jawatan di Kawasan setidak-tidaknya. Semuanya sedikit sebanyak menjadi duri dalam daging kalau tidak diurus pentadbiran dan pengurusan dengan sebaik-baiknya. Ada cawangan yang hebat kerana ketuanya orang hebat dan sebaliknya.

Hatta kepimpinan kawasan pun akan bermasalah sekiranya tidak ditangani. Terdapat sesetengah kawasan dan Dun mendapat Adun yang serba loket dan tidak mempedulikan parti dan ahli. Genggam tak tiris, belulang kerbau balar kering. Kadang-kadang perbelanjaan parti yang dimanahkan diluar cermat dan berhati-hati bertukar menjadi perbelanjaan pribadi guna untuk jana sendiri sesuka hati. Diluar membuat catatan perisitharan dan rela berdepan menyelesaikan yang kusut, meleraikan yang bersimpul. Sikap angkuh berhelah, mencipta reka menghalal tindakkan membersikan diri tidak melalui saloran. Pemimpin serba pengampu, selalunya cawangan yang diuruskan cacamerba dan kawasan pun tidak terurus. Rekod parti dan rekod perbelanjaan sering mengundang masalah sesama AJK dan kadang-kadang sampai bertegang urat bersimpai tuduh.

Pemimpin mestilah bertindak mengambil berat tentang ahli, cuba mengetahui dan menyelami mereka secara bersungguh-sungguh, mengikut keadaan hidup dan kehidupan mereka ahli kita, bersimpati dengan mereka, bekerja menyelesaikan masalah mereka semuanya. Membantu kemantapan ahli dan mnegukuhkan kepercayaan mereka kepadanya. Dengan itu dia dapat menggunakan tenaga mereka untuk keperluan parti. Bukan jenis pemimpin yang mengambil kesempatan pelekoh hak-hak ahli menjadi hak pemimpin. Kisaran ini janganlah kita dikalangan PAS mengulangi apa yang umNObn lakukan selama mereka memerentah. Jangan pemimpin mencari makan diatas kepala rakyat. Pertolongan rakyat pohon mesti bersekali dengan harga upah menyelesaikan maksud. Pemimpin jangan amalkan kerja-kerja keji tersebut. Maaf cakap la, berterus terang lebih baik dari pendam benam.

Kepimpinan cawangan, kepimpinan kawasan dan kepimpinan negeri dalam menghadapi kemelut pemimpin yang mengundang masalah kepada parti, mengundang benci dan penolakkan ahli, pengundi dan rakyat jelata dikala PRU12. Jangan sekali-kali biawak hidup mewakili parti di calun kembali. Pasti calun dan parti akan berdepan kepangkuan hakim rakyat untuk memutuskan. Jenis pemimpin berjenama besar tetapi sekadar luaran kosmatik, di sana satu pertimbangan khusus, keputusan yang tepat walau pun pahit wajarlah disempurnakan. Bertindak awal lebih baik dari lengah bertindak. Kerana ianya mengundang ancaman kalau tindakkan di ambil hampir dengan hari pilihanraya. Jangan kerana cuba menyelamatkan satu individu, kita terpaksa kurbankan satu Dun atau satu Kawasan Parlimen yang mengundang dalam mengurang peluang penguasaan.

Kerana sekian lama ahli, penyokong, rakyat dan mengundi memperkatakan jangan sekali-kali calun itu, di pilih di letakkan kali kedua untuk kami undi. Kami dah tak mau dah calun tu. Cukup la. Sekalipun ianya menjadi kesayangan kepimpinan disebabkan tertentu hubungan tertentu. Justeru, usahlah memperjudikan pengundi, kerana pengundi adalah hakim pemutus menang kalahnya kerusi Dun juga Kerusi Parlimen. Walau hebat mana pun sesaorang pemimpin itu, bintang dan derjatnya, tersohornya dengan gelaran dan akdemik profesional, kalau rakyat pengundi benci mereka depa tak peduli. Kepimpinan janganlah sampaikan memusnahkan peluang menang dengan memerangkapkan parti meletakkan parti dikandang salah dipenjara kerana buruknya calun. Dikeranakan terdapat pemimpin yang tersilap memilih calun dikalangan ahli-ahli terbaik yang ramai. Kerana terpengaruh dengan lakonan pribadi diluar menyedari dan merasai melakukan kesalahan keatas amanah parti dan amanah ahli. Inilah fenomina terkini parti menghadapi kepimpinan yang ahli tersalah membuat pilihan.

Era PRU13 ahli lagi sekali jangan tersalah dan silap memilih pemimpin untuk ditunjuk angkat menjadi Adun, Ahli Parlimen. Pilihkanlah wahai ahli, wahai pengundi rakyat jelata, pemimpin anda seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Dulu 50 tahun dahulu, 40 tahun dahulu nak cari orang menjadi calun Dun dan Parlimen tidak ada yang menawarkan diri, kerana disana mereka fikirkan kalah dalam PRU, bukan diatas dasar perjuangan maukan reza Allah. Kini apabila PAS memiliki kerajaan, PAS menjadi sebutan, pasti menjadi hambatan sesetengah dikalangan kita pasang angan-angan. Cara aku, kedudukan aku, hebatnya aku, lebihnya aku, pro nya aku, alimnya aku. Diawal dan diakhir nama ada gelaran makna. Aku lebih dari ahli-ahli yang comot, petani, nelayan, penyadat sawit, jaga kilang, pemandu teksi. Kamu tidak sesuai kerana tak pandai sesuaikan diri dalam majlis besar dalam dewan, dalam parlimen dan bersantap dengan raja dengan sultan.

Jadi akulah layak dipilih untuk jadi calun. Sana saya derma 5Ribu, sana sana 10Ribu, situ kampong pendalaman seratus. Masjid Jamik dimajlis MB berbuka puasa saya derma 100Ribu replika cek, lagi besar dermawan saya dimajlis berbuka puasa bersama MB dan Tuanku setengah juta replika cek juga. Hampa apa ada? Tengok aku derma banyak mana? Setengah kilo kurma murah tak main la. Tak layakkah aku dipilih? Replika 100Ribu dan setengah juta melambung bila cek hakiki yang bersaiz 4” X 7” sebaik dimasukkan ke akaun pokai ac dan lama katup. Reblika 10Ribu melantun dan 5Ribu pon pok. Tak pok adalah seratus kerana itu adalah tunai. Pasai apa jadi macam ni? Tat pa jangan hingaq nanti kalau saya dapat dipilih jadi calun saya bagi penuh, saya janji saya akan tunai. Sumpah!!! Tak caya gua ka!!!! Saya paparkan ini sebagai renungan sempadan, seloka maklumat. Kalau-kalau terdapat jenis tu, awai awai kita tolak ketepi kelongkang. Jangan undang masalah jemput padah.

7 Syawal 1431 - Khamis - 16 September 2010
Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB

Wednesday, September 15, 2010

AJAIB DAN MISTERI MENJADI MUSTAHIL - TETAPI REALITI.

AJAIB DAN MISTERI MENJADI MUSTAHIL - TETAPI REALITI.

KALAU TIDAK KERANA PEMBUNUHAN KEJAM
KEATAS DATUK JUTAWAN KOSMETIK DAN 3 MANGSA LAIN
DI YAKINI SUSPEK UTAMA TERUS SELAMAT, KENAPA?

6 Syawal 1431 - Rabu - 15 September 2010-09-15
Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB

Sebelum membicarakan tajuk ini secara ringkas, bertepatan dengan Syawal dan kita umat-umat Islam masih berada disuasana minggu pertama bergembira menyambut hari lebaran, meraikan kehadiran hari raya Aidil Fitri Minal Izin Walfaizin. Untuk Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya, pemandunya Allahyarham Kamarudin Shansudin, peguamnya Allahyarham Ahmad Kamil Abdul Karim, pegawai bank CIMB Cawangan Kampong Baru, Kuala Lumpur Allahyarham Noorhisham Mohamad dan seluruh umat-umat Islam yang terdahulu menemui Allah mudah-mudahan semoga Allah mencucuri roh mereka dengan wangian setanggi dari syurga firdausi! Sama-sama kita membaca Ummu Kitab al Quraan Al Fatihah. Kepada semua keluarga yang terlibat, saya dan keluarga mengharapkan anda disana, banyak-banyak bersabar menghadapi musibah tersebut. Sebagai umat Islam yang beriman dengan Allah, redzalah kita dengan ketentuan Allah akan Qadza dan QadzarNya keatas setiap hambaNya. Subhanallah yang Mengetahui segala-galaNya.

Saya beranggapan kes pembunuhan kejam yang berlaku keatas jutawan kosmetik Nouvelles Visage - Empire NV yang terkenal, Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya bersama-sama 3 mangsa yang lain. Episod 13 hari yang bermula 30 Ogos 2010 dan terungkai terang bersuluh pada 12 September 2010 yang lepas. Iaitu ditarikh yang sama dipersaraan resmi perkhidmatan 41 tahun Inspektor General KPN Tan Sri Musa Tan Sri Hassan yang amat disayangi lagi ditatangi oleh kerajaan Malaysia dari 3 Perdana Menteri yang kaya dengan jasa besar kepada negara khususnya kepada kerajaan umNObn 1Malaysia. Seolah-olah kes profil tinggi pembunuhan kejam tersebut sebagai hadiah khusus dalam mengiringi persaraan resmi kepada IG KPN TS Musa TS Hassan. Bye!! Bye!!! Bye!!! TS selamat pencen dan selamat bersara, sama ada dipesaraan beliau dapat tidur lena atau akasnya. Bersama bersekali timbunan kes profil tinggi lain yang banyak dipertikaikan rakyat jelata selama perkhidmatan beliau menjadi IG KPN, dapat diselesai dan ada yang diabai mejadi kes-kes tersadai terbengkalai tidak mampu dilerai.

Disebalik pembunuhan kejam tersebut, disana Allah menunjuk pandukan jalan untuk merungkai beberapa kes hilang lesap warganegara dan warga asing kes terdahulu yang ada kena mengena.Tetapi IPD PDRM Banting, Kuala Langat sepi menangani dengan hambar oleh pihak berwajib tertentu. Justeru, sebab musabab berkait dan berangkai dapat diusai beberapa kes yang sepi sejuk gedi ditangani oleh PDRM Banting, Kuala Langat.. Khasnya PDRM dan CPO Negeri Selangor Darul Ehsan khususnya OCPD Banting. Pasai apa dan kenapa? Sat lagi kita ungkai kita usai. Kerana dikelaskan non profil tinggi maka ketepi dulu dan bekukan selama ini. Sebaik suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama-sama 3 mangsa yang lain menggemparkan negara dikala negara diambang menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 53 pada 31 Ogos 2010 dan bersiap untuk menyambut hari raya aidil fitri. Maka disini barulah ada kesungguhan sikit dari PDRM mula hidupkan balik ketuk kibas fail lama dari habuk dibuka semula, pasai apa?




Saya yakin berpandukan dengan lesunya penyiasatan kes lama keatas suspek penting utama, kalau tidak berlakunya pembunuhan tersebut suspek masih bebas terlepas sebarang tuduhan, entahlah berapa ramai lagi akan menjadi mangsa pembunuh tersebut (suspek). Minda saya memberontak dengan persoalan yang memerlukan jawapan. Berpandukan dengan keluhan dakwaan mantan IG KPN TS Musa TS Hasan iaitu campurtangan pihak tertentu dalam urusan Polis Diraja Malaysia mengawal ketenteraman awam.”Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada “command and control” dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan”. Jadi tidak perlu pihak ketiga untuk untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang”. “bila saya cuba hendak tingkatkan integrasi, ada sebilangan yang cuba rosakkan seperti terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa serta merosakkan imej PDRM” kata TS Musa dihari-hari akhir perkhidmatan bersuara.

Diatas fakta diatas yang diluahkan oleh orang no1 dalam PDRM, makanya saya malas dan berasa sial untuk menyebut nama pembunuh (suspek) Datuk Sosilawati Lawiya bersama-sama 3 mangsa yang lain, yang telah terdapat report keatas peguam pembunuh itu dengan kes-kes hilang manusia warganegara dan warga negara dunia sedap sepi, PDRM Banting Kuala Langat buta dan lepas pandang. Tidakkah penjenayah tersebut seorang peguam yang bejabatnya bertentangan IPD PDRM Banting, Kuala Langat yang pemisahnya adalah jalan utama kira-kira 120 m jarak. Butakah sekelian warga penghuni IPD Banting Kuala Langat? Butakah atau apa? Bagaimana mungkin IPD dan OCP dan bahagian jenayah berat ringat timbul tidak memantau, hantau dan sebagainya? Bolehkah warga IPD Banting Kuala Langat lepas tangan dan berselindung diheali temucut disebatang tiang bendera 1Malaysia? Bolehkah? Penjenayah dihadapan mata IPD tak nampak? Bekerja dan berkhidmatkah anda atau apa?

Mungkin anda tidak nampak salah dan tanggungjawab anda dalam hal pengawalan, peninjauan, risikan dan apa lagi bahasa PDRM mendapatkan maklumat. Saya buka minda pembaca sekelian dengan satu contoh untuk mendekatkan kebenaran dan realiti. Katakanlah (umpama sahaja) dalam jarak 300 m dengan IPD Banting Kuala Langat adalah Masjid Jamik Banting. Manakala bertentangan dengan masjid tersebut terdapat hotel cokia, yang menyediakan perkhidmatan jalang tua macam-macam bangsa ada. Bebas pelangan menjelang masuk waktu Maghrib pelangan-pelangan setia regular, pekhun, sengket mundar mandir turun naik masuk keluar hotel cokia tersebut dengan mendapat minuman setan cap rimau, cap sauh melepaskan nafsu serakah haram jadah tak kira waktu, tak kira bulan. Faham dengan bidas cerita saya paparkan kepada pembaca.

Justeru, bolehkah, dapatkah, percayakah sekelian manusia dan penduduk khususnya Al Fadzil Tuan Iman dan Al Fadzil Imam Muda, Muaazin, Bilal, Siak, Noja, Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan lain-lain pemegang jawatan hatta sekelian makmum. Semua-semua saya sebutkan tidak percaya, tidak nampak dan menafikan dengan keras, wujudnya hotel cokia sundal, jalang dan pengunjungnya memakmur memeriahkan rumah jalang hotel cokia itu. Kerja jalan tahan..... dan arak macam air tebu dipremis bertentangan dengan mesjid jaraknya 120 m. Semuanya fitnah tak ada. Percaya dan boleh percaya ka jawapan yang diberikan oleh warga mesjid tersebut kepada kita? Fikir-fikirkanlah. Kalau contoh dibawah tidak munasabah perbandingan berlaku hotel jalang bertentangan mesjid semua tidak tahu. Maka mustahil penjenayah dihadapan IPD warganya tak tahu terlepas pantau pandang.

Jadi, berpandu dengan kelohan mantan IG KPN TS Musa TS Hassan, wajar IG KPN yang menjawat resmi jawatannya pada 13 September 2010 mengambil perhatian penuh dan tindakkan warga IPD Banting, Kuala Selangor bersekali dengan penguasa atasan PDRM Selangor DE. Kalau tidak pasti, serabut tuduhan keatas PRDM. Tengok-tengoklah. Jangan sampai bunuh dalam negara kita berkesudahan macam senangnya kucing bunuh tikus.

6 Syawal 1431 - Rabu - 15 September 2010-09-15
Rencana oleh :- IBN ABDULLAH AL AWAB

Tuesday, September 14, 2010

(BAHAGIAN KE - DUA) - MANTAPKAN KERAJAAN

(BAHAGIAN KE - DUA)

PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN
(KEDAH SEJAHTERA - RAKYAT SELESA)

28 Ramadan 1431 - Selasa - 7 September 2010
Rencana oleh:- IBN ABDULLAH AL AWAB

MANTAPKAN KERAJAAN

Pungutlah Iktibar Dari Pertelingkah Lawan.

Mantap atau goyah, goyang dan tumbang sesebuah kerajaan itu secara ghalibnya, kerana tidak penguasaan majoriti 2/3 di Dun maupun di Parlimen. Ianya sekadar kelaziman cermin politik dalam negara kita, tetapi tidak kepada negara-negara maju dunia. Walau pun begitu, penguasaan 2/3 menguasai Dun ianya belum tentu memiliki fungsi kekuatan, perpaduan dalam melaksanakan pengisian kerajaan. Ia bergantung erat diatas sikap persefahaman, dikalangan sesama Adun yang tidak wujud berpuak, berkelompok dan berkabilah. Mengalami perpecahan satu dalam dua dalam 1sangkar. Semuanya semata-mata menunaikan kepentingan keutamaan diri dan peribadi. Bukan berfungsi pada dasar kepentingan perjuangan, menunaikan aspirasi matlamat parti. Mereka berpecah kepada serpihan pelbagai jenama gelaran.

Contoh terkini di 2 negeri pemerentahan umNObn di negara kita. Negeri Terengganu Darul Iman dan Perlis Indera Kayangan - Darul Sunnah dimaksudkan. Sekali pun dalam 1parti 1umNObn, mereka Adun-adun umNObn mengalami dendam kesumat dengki meninggi. Sikap tidak memperakui keupayaan pengganti dan menghulurkan sokongan tiada dlam kamus mereka. Tetapi sebaliknya mengundang percakaran tegar sesama sendiri. Mereka bermusuhan berlanjutan bagai anjing dengan kucing. Kerajaan umNObn pasca selepas PRU12 di kalangan MB dengan mantan MB dan kabilah Adun-adun, seperti musuh utama perlu disembelih, dicah keting ditaket tulang kering menjadi agenda utama. Itulah fenomena yang menimpa sesama kabilah-kabilah umNObn disudut menghadapi takut kuasa puaka terlepas dari genggaman dan terlepas habuan dana di pelehap selama ini .

Kerana disebalik kuasa puaka itulah disana, terdapat banyak harta karun dan harta timbul. Berterusan menjadi cakaran rebutan khususnya kepada Adun umNObn yang menjawat MB, barisan Exco dan dikalangan Adun biasa yang mengetuai CLC dan digandakan pula dengan menjadi Pengarah atau Pengerusi Perbadanan Agensi Kerajaan baik diperingkat negeri apa lagi peringkat pusat. Hilang kuasa bererti hilanglah bukit emas dan telaga minyak ditangan. Petelingkahan dan perbalahan sesama sendiri berkaitan kuasa menjadi agenda perdana dalam umNObn. Apalagi sekiranya 1kerajaan negeri diikuti kerajaan pusat terlepas. Maka pasti macam dunia kiamat dirasai oleh pemimpin-pemimpin umNObn. Sebab itulah hina dina menimpa pemimpin umNObn, sanggup mereka kini subur balas, dalam gelar MB pak anggok ditandu telunjuk, cap ayam, cap berok dan macam-macam cap jenama, kata tajam terukir disembor, jadi mainan macam cucu-cucu mereka di Tadika Kemas mula belajar.

Walaupun umNObn menguasai 2/3 dalam Dun, kerajaan umNObn sampai kini terus berentap, berkrisis, berlaga sesama sendiri macam lembu berlaga. Ianya ibarat pelengkap menggali kubur melangkah percepatkan lagi ke titik akhir hayat umNObn. Kerajaan umNObn Terengganu dan Perlis, sebenarnya sengaja mereka sedang menyiap dan perlengkapkan diri dalam mengekori menjejaki UMno Kelantan, Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan untuk tukar batin kepada PR selepas PRU13 nanti Inshaalah. Saya nampak macam kebenaran dalam kenyataan dengan semerbak saya menghidu fenomena tersebut. Saya harapkan PR khususnya PAS di Negeri Terengganu Darul Iman dan Negeri Perlis Indera Kayangan/Darul Sunnah untuk mengetuai kerajaan PR di kedua-dua negeri tersebut. Ingatlah, ianya tidak mustahil dan ganjil.

Ianya serba kemungkinan diterjermahkan menjadi kerajaan PR, menerusi persediaan jihad pelaksanaan yang rapi dari PR untuk mengambil alih kerajaan, sebaik pengundi dan rakyat memberi kepercayaan undi mereka, Inshaallah. Hujah diatas dan kebenaran berada dengan kerajaan umNObn negeri Terengganu Darul Iman sekarang. Disana kepimpinan MB menghadapi pembangkang dalaman tekenal dengan cap ayam, cap sauh dan macam-macam jenama dikemukakan untuk menajam pertembungan. Perlis pula popular dengan memiliki MB suruhan kata mantan MB, disamping menghadapi pembangkang sebenar iaitu PAS-PR.

Tetapi realiti sekarang yang kerajaan PR Kedah Darul Aman, sekalipun tidak mendapat majoriti 2/3 penguasaan dewan, tetapi mendapat sokongan besar dan dukongan bulat dari Adun PR dari PAS, PKR dan DAP. Ianya tegap dan mantap mampu menghadapi kerapuhan pembangkang umNObn yang tempang dalam dan luar Dun. Walau diperingkat awal kerajaan PR Kedah Darul Aman, pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan bin Haji Abdul Razak, menghadapi gangguan, sabotaj bersepadu dari pembangkang umNObn yang bersekutu dengan macam-macam pihak berpusat di PWTC juga di Putrajaya. Walau dengan gusi yang bernanah dan berdarah, umNObn masih cuba juga mengigit dan menggugat menerusi strategi basi dalam pelbagai cara dan macam-macam gejala diusaha terhadap kerajaan PR Kedah, sehingga lanie gagal.

Pembangkang umNObn sanggup berusaha bersungguh-sungguh dalam pekara tidak sungguh. Sungguh-sungguh menabur fitnah disepanjang PR memerentah mengambil alih kerajaan. Walaupun pembangkang umNObn Kedah melancarkan penentangan bertali arus. Pembangkang umNObn tetap gagal mendapat kepercayaan berpaling tadah dari Adun PR yang memungkinkan kerajaan PR Kedah ditumbangkan menerusi rampasan kuasa kudeta dari umNObn. Seperti perlanggaran undang-undang dan perlembagaan dilakukan umNObn di negeri Perak Darul Redzuan. umNObn terus dilanda virus H1N1, apabila Adun Kota Seputih menjadi hitam legam kekosongan Dun Kota Seputih dilakukan batang tubuh berkenan, dan Adun MCA pula bercuti panjang dari BN dan Dun. Kini, tenat dan penat lelah umNObn berhasrat teruskan agenda jahat mereka untuk menggugat kerajaan PR Kedah Darul Aman pimpinan YAB DS Ustaz Azizan Abdul Razak.







Melepasi Cabaran Mendaki Kejayaan

Selepas bulan Mei 2010, nyatalah kedudukan PR telah mendapat perhatian besar dan sokongan dari rakyat majmuk Kedah, kukuh dalam Dun. Disini, saya yakin proses semulajadi keguguran Adun PR dari PKR di Dun Kedah Darul Aman. Adalah langkah proses nyahkan petualang dan pendurhaka dari parti dalam memacu perjuangan rakyat, bertujuan mematangkan kerajaan serta memantapkan kerajaan. Menepati keadaan masa yang tepat, walau kerajaan menghadapi sedikit sebanyak gangguan, menggugat perjalanan kelancaran Kerajaan sebelum ini. Seperti menampi beras untuk menasingkan diantara beras bernas dengan antah melukut dan hampa. Ianya bermatlamat untuk melahirkan Adun PR dalam Dun Kedah bersih, seperti membasuh kain putih dengan drive atau omo dan dibilas untuk mantap warnanya berkualiti umph.

Kerana Adun PR Kedah dan kerajaan PR Kedah, mereka telah mempunyai contoh sejarah, di Dun yang klasik dibawah pimpinan sifu mereka. Kegentalan dan pejalnya kerajaan PAS-BA dengan kelebihan memerintah majoriti 1kerusi 2undi pada sesi 2004 - 2008 dinegeri Kelantan dalam Dun Kelantan. Itupun tak mampu umNObn gugat. Menteri Besar YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mampu dan mantap memerentah negeri Kelantan, sehingga Dun dibubarkan. Dan mencipta kejayaan cemerlang cuma tinggal 6 jahanam pembangkang (seperti dikatakan sendiri dikalangan Adun umNO sebaik menerima keputusan PRU12 dahulu), pimpinan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz dalam PRU12 dan kembli di persada kerusi MB Kelantan, lebih gagah dan perkasa. Ahamdulillah.

Sejak mendapat perkenan Kebawah DYMM Al Sultan Al Mu’tasimubillahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’azam Shah Ibn Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Al Sultan Kedah sebaik PRU12 pada 8 Mac 2008 menerima hakikat yang realiti. Sesungguhnya umNObn telah tewas dan tidak mendapat kepercayaan rakyat pengundi. Selari dan selaras dengan rakyat memilih PR - PAS, PKR dan DAP untuk memerentah negeri Kedah Darul Aman. Kewibawaan Tuanku Al Sultan Yang Berdaulat (kata Almarhum Ustad Fadzil , “Sultan yang cukup berhemah tinggi, bersopan santun cakapnya cukup lemah lembut bila bercakap bertitah dengan rakyat jelata dan bertimbang rasa”) telah menerima baik dan menjalin kepercayaan penuh dan memperakui mengikut perlembagaan dan tubuh kerajaan negeri Kedah berpandukan keputusan PRU12.

Maka Kebawah DYMM Al Sultan Al Mu’tasimubillahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’azam Shah Ibn Almarhum Sultan Badlishah memperkenankan Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah dari PAS mengetuai kerajaan PR Kedah dengan mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar Kedah Darul Aman yang baru. Serta diikuti sepenuhnya mengangkat sumpah memegang jawatan saf Exco Kerajaan negeri. Ianya mendapat perkenan penuh kebawah DYMM Tuanku Al Sultan. Makanya dalam masa yang singkat Kebawah DYMM Al Sultan Al Mu’tasimubillahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’azam Shah Ibn Almarhum Sultan Badlishah, telah menganugerah bintang kebesaran kepada YAB MB yang membawa gelaran Dato’ Seri termasuk dikalangan bebera saf Exco.




Kerajaan PR pimpinan YAB MB Dato’ Seri Azizan Razak dan saf Exconya, kini sedang mendapat perhatian, perhatian dari sekalian rakyat jelata pengundi yang bermastautin dalam negeri Kedah. Serta pengundi anak negeri yang berada diperantuan diseluruh negara. Beriring dengan salam KEDAH SEJAHTERA, dalam masa yang sama banyak masa kerajaan, YAB MB dan saf Exco terpaksa menghabis masa yang banyak dalam membuat menangani peninggalan kerja-kerja terbengkali kerajaan umNObn yang bermacam-macam kategori, kencing berak serta muntah hantu raya. Kerja membasuh ada sampai peringkat menyemak pun ada. Disamping meneruskan kerja peninggalan yang baik berjalan lancar. Jelas saat ini dah masuk usia kerajaan PR Kedah Darul Aman 2 tahun 6 bulan.

Para penjawat awam turus dan penjawat awam yang dibawahnya telah dapat menyesuaikan diri. Mengikut cara dan stail pemerintahan kerajaan PR pimpinan YAB Dato’ Seri Azizan serta penjawat awam utama perlantikkan politik dibawah pejabat YAB DS MB Kedah Darul Aman. Dalam keadaan ini para penjawat awam wajib menyatakan sekongan kepada dasar dan polisi kerajaan Negeri Kedah semasa. Bukan menjadi duri dalam daging, mengugat Kerajaan negeri dari menerusi peguasaan pentadbiran dan pelaksanaan pengurusan urus tadbir diluar etika sumpah setia taat kepada kerajaan. Penjawat awam negeri Kedah adalah bebas sepenuhnya dalam membuat pilihan parti politik sokongan mereka. Tetapi janganlah berpolitik kepartian semasa ketika menjalankan tugas-tugas kerajaan yang mereka memikul memegang amanahnya.

Mana-mana kerajaan negeri dalam negara kita, bila mendapat sokongan penuh dari Tuanku Al Sultan dan Istana, serta mendapat sokongan besar dari penjawat awam, bukannya mereka umpama api dalam sekam, garam dalam laut. Disini jelas saya nampak lubang kubur resmi umNObn akan ditemui selengkapnya dalam PRU13. Makanya pada menghadapi ujian terkini adalah melalui PRK Dun Kota Seputih, yang kosong diwakili setelah Adun umNO digugurkan melalui undang-undang tubuh kerajaan Negeri Kedah. DI PRK itulah samaada umNObn berkubur dengan jasad disemadikan di PRK Kota Seputih atau mati tanpa kubur. Kedua-duanya adalah mati dalam erti kata umNObn tidak ada wakil di Dun Kota Seputih. Pasti SPR bermasalah besar berdepan dengan Speaker Dun Kedah. Saya mengulangi dan menegaskan disini, kedua-duanya jawabannya adalah mati. Kerana Dun dan Speakernya menolak dan menafikan wujudnya Adun Kota Seputih sekarang.


Mantapkan Kerajaan PR Kedah Darul Aman.

Era kerajaan PR; PAS, DAP dan PKR sekarang telah lulus dalam pepereksaan memerentah walau tempoh 2 tahun 6 bulan. Kini zaman menanam menyemai dan akan kita tuai hasilnya pada PRU13 nanti, Inshaallah. Menjadi kewajiban YAB Dato’Seri MB dan anggota saf Exconya menjalankan misi pemerentahan berpandukan undang-undang yang termaktub. Masa dan suasana, memyedari semua penjawat awam mampu membezakan tugas peranan eksekutif kerajaan dengan kepentingan bias kepada parti yang dalam PR yang diwakili. Dalam dua dalam satu iaitu kepentingan parti dan kepentingan kerajaan. Saya cukup-cukup tegar dan memegang kepada realiti, keadilan dan kesaksamaan semasa menjalankan tugas. MB dan para saf Exco dapat membezakan pelaksanaan menjalankan program kerajaan wajarlah, diselesai dan dijana sepenuhnya di Wisma Darul Aman, sekali pun wartawan media mengasak MB atau Exco untuk dapat info.
Kalau wartawan media nak juga maklumat, sila ke Pejabat Perhubungan PAS Kota Sarang Semut Batu 10, menjadi kewajipan MB sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan Exco, katok tibai pembangkang umNO sebagai jawapan resmi politik diatas asak fitnah pembangkang keatas PAS pimpinan DS Azizan Razak termasuk PR sebagai Ketua Penyelaras PR negeri Kedah Darul Aman. Sekiranya berkaitan dengan urusan tadbir kerajaan dan perlaksanaan dipertikaikan oleh umNObn pembangkang, maka medannya adalah dipejabat YAB MB dan saf Exco di Wisma Darul Aman. Kalau itulah dapat dijanakan dengan membeza diantara kepentingan membela kerajaan dan disatu pihak lain keutamaan dan kepentingan politik menjaga selia parti yang kita wakili dikalangan PR. Mengelak dari tidak dicemoh dan diperlekehkan dengan macam-macam mehnah dan kerenah oleh pembangkang umNObn kepada Kerajaan PR Kedah Darul Aman. Iaitu memperalatkan alat kerajaan untuk parti.


Membela, Menjana Pengisian Kerajaan

Kerajaan negeri Kedah sejak mengangkat sumpah selepas PRU12, terus mendapat gangguan, tohmahan, fitnah yang bertali arus dengan strateji yang bersepadu dari pembangkang iaitu umNObn. PAS dan PR mampu menterjermahkan diri menjadi sebuah kerajaan dan memerentah dengan seadanya. Sedangkan oleh kerana lamanya memegang tampuk kerajaan, umNObn gagal menjadikan diri mereka sebagai pembangkang yang sehat. Mereka sentiasa tersasul dan tatkala menghadapi penyokong ahli mereka menonjolkan diri, seolah-olah mereka masih berkerjaya sebagai kerajaan. Semuanya telah dapat dipatahkan dengan bijaksana dan bersahaja oleh kepimpinan parti PR dan Ketua Eksekutif Kerajaan PR Kedah Darul Aman Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman YAB DS Ustaz Azizan Bin Haji Abdul Razak.

Sekarang umNObn telah masuk zon masa tambahan dan kini mengalami penat lelah dan letih, kerana stamina mereka dah berkurangan dan lapik perut mereka dah jadi nipis. Kegagalan tersebut, pembangkang umNObn di negeri Kedah Darul Aman dikalangan sesama sendiri kian berpecah. Pertentangan perselisisan kian menajam dan menjadi-jadi. Dikalangan mereka ada yang memutuskan mencari pengkalan baru dan ada yang berkelana. Tetapi ramai yang kecewa, mengalami dan menghadapi tekanan perasaan pupusnya kuasa berlarutan sampai menjadi tekanan jiwa. Sesetengahnya terdapat yang merintis, terkejut dan masih tak percaya yang umMObn Kedah tak ada dah Kerajaan. Lanie adalah pembangkang.

Sebab itu kita belajarlah dari sejarah, dalam menimbang parti dan memberat peragakan kerajaan. Pastilah parti wujud dahulu baru kerajaan. Tidak seperti telur ayam, siapa yang mendahului sejarahnya, menjadi teka teki sampai kini. Sokongan padu rakyat pengundi kepada parti dan mengangkat menjadi Adun atau Apar dikalangan yang berintergriti menjadikan parti kukuh dan diyakini serta kerajaan yang ditubuhkan menjadi kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat dalam memenuhi keperluan rakyat. Sebab itulah sekiranya parti tersilap langkah memilih calon mewakili parti dalam PRU13 dan PRK dikalangan berudu kodok, musang atau jebon, maupun kala jenking. Rakyat terpaksa mengundi demi muslihat menjaga parti, akhirnya parti dan pengundi mendapat rugi. Parti memiliki Adun dan Apar seperti anjing menggigit tulang melihat bayang-bayangnya, atau seperti menyelamat singa lemas, akhirnya kita dibahamnya.

Komponan PR PAS, PKR dan DAP telah mengalami dan merasai keadaan sakit pedih tersebut. PR dan PAS khasnya dalam kontek negeri Kedah, jangan tersilap langkah memilih calon. Jangan lagi kita memikul biawak hidup apa lagi biawak gabok, tanggung bangkai anjing kurap yang sedang kita tanggung hasil PRU12. Beberapa ekor jebon Adun dan musang Apar. Jangan sampai pisang berbuah dua kali dan jangan mengulangi masuk ke lubang biawak. Terdapat jenis fail wakil rakyat sesi 2008 dikalangan PR baik PAS, DAP maupun PKR, rakyat mengenali dan mengawasi mereka sekarang dan jangan PR samada PAS, DAP dan PKR terlepas pandang, atau sengaja lepas pandang kerana ia merupa kroni. Anjing-anjing kurap ini, katak berudu dan kala jengking ini atau yang setara dengannya, ambil sikap putus mutlak, mereka sudah diharamkan mutlak untuk tagih calon Adun dan Apar. Kita talak tiga.

Jangan kerana mereka dikalangan Adun bijak ampu, bijak pandai pusing diperingkat atasan penguasa parti. Jangan kerana petah berhujah, pandai melepas diri berhelah, pemimpin penguasa parti mati kaki bersekali hujah kerananya. Adun jenis itu tak apa, kita kekalkan untuk semusim saja lagi, biarkanlah di dapat pencen penuh. Atau biarkanlah selepas PRU13 nanti bagi peluang dia menjawat Exco tentu dia berubah perangai bertukar sikap. Justeru, jangan sekali-kali memperjudi kehendak rakyat dan kemahuan rakyat disudut undi yang akan diberi. Parti mampu dan berkuasa meletak sesiapa sahaja mewakili parti, walau rakyat pengundi akar umbi benci dan tidak peduli. Penguasa parti komponan PR dan Penguasa PR itu sendiri ingatlah pernyataan ini. Rakyat adalah pengundi kepada calun dari mana-mana parti. Bukan calon parti yang mengundi memilih rakyat pengundi.

Rakyat adalah hakim pengundi berdaulat dalam sistem demokrasi berparlimen dalam memilih Adun dan Apar. Silap-silap edar penguasa parti dalam memutus memilih calun, dengan membelakangkan samasekali pandangan dan cadangan balas ahli-ahli parti diperingkat bawah yang mereka, urat nadi dan susah senang, panjang pendek dalam memenuhi mengisi keperluan kehidupan. Penguasa parti dan pemimpin diatas sana wajar (dalam makna wajib) mendengar dan menerima serta akur pandangan dan cadangan balas pemimpin rakyat jelata bernama pengundi hakim dalam pilihanraya. Kerana pemimpin rakyat mereka melata dan bergerak bersama-sama beriringi dengan denyutaan nadi rakyat juga pengundi setiap masa bukan bermusim. Mereka mengenali hatibudi dan perut pedai diantara satu dengan lain. Dikala senang maupun dikala susah menderita yang mencenkam. Belajarlah dari pengalaman dan dari rekod sejarah.

Bencinya pengundi kepada calun mengakibatkan parti ditolak pengundi dan hilang kerajaan. umNObn merasai kini dibeberapa negeri. Pengundi tolak calun samalah pengundi tolak parti kerana tolak calun. Parti dan calun umpama manis didalam gula, masin dalam garam. Tiada gula tiadalah manis; tiada garam tiadalah masin. Usah pisang berbuah dua kali. Tengoklah umNObn bila mereka tolak TS Mohamed Yaacob sebagai Pengerusi Badan Perhubungan umNO Kelantan dan calun-calun pilihannya, kerajaan umNObn Kelantan ranap. Samalah juga keadaan kembar menimpa umNObn di Terengganu. Bilamana rakyat benci menolak TS Wan Mokhtar sebagai ketua parti dan ketua kerajaan bersekali dengan calun-calun kroninya. Akhinya jawapan dalam PRU umum kerajaan umNObn pimpinannya ranap tersungkur. Justeru ambillah pelajaran dan pengajaran darinya. Usah mengulangi kesilapan umNObn disudut menolak kemahuan tuntutan rakyat pengundi.



Tetapi penyakit yang berat yang dapat dikesan dan dilihat oleh ahli parti, penyokong dan pengundi adalah penyakit kepimpinan PAS Kawasan, cawangan dan dewan-dewan yang sampai tahap tegar. Iaitu penyakit tidak sabar dan penyakit mempertikai ketua pemimpin, bilamana diri dibawah dipong, dibodek diampu, dipuji mengatakan anta lebih layak dan lebih berhak untuk mengisi sesuatu jawatan tersebut kerana penyandangnya dah tua dan dah tak bermaya. Sesetengahnya ada yang mengikut tari gong dipalu menari sumbang dengan langkah tempang. Gejala ini disemua posisi. Jadinya humbanlah penyakit dan bibit penyakit tersebut kedalam sungai Sungai Kedah biar dihanyutkan kelaut. Baik Adun biasa, baik saf Exco, ingtkanlah bahawasanya diri kamu berada ditempat itu, ianya bermula dari parti memberi tempat. Rakyat ahli dan pengundi meletakkan anda dikeadaan posisi menjawat Adun.

Kami dari luar sini, untuk anda anta didalam diatas sana, agar membawa terus madrasah Ramadan dan semua isi intipati Ramadan menjiwai dan membaluti roh dan jasad anda dan bersekali dengan kami seadanya. Sekupang yang disedekahkan diatas nama taqwa kepada faqir miskin, lebih mulia disisi Allah walau semilion derma dihulurkan dengan sekeping replika cheque diserah dihadapan tv dan media untuk info dunia yang penuh makna dalam tanda tanya. Justeru, pengundi adalah pengadil muktamat dalam berkuasa mewarnakan PRU dan PRK, hargai dan berilah penghurmatan kepada pengundi dan rakyat. Rakyat dan pengundi tidak merempat memohon dari kerajaan, tetapi kerajaan wajib menunaikan keperluan asas rakyat pengunsi. Parti dan bernama bakal Adun dan Apar atau mantan Adun dan Apar yang pasti menjadi pengemis undi yang faqir dikala menghadapu pilihanraya.

Parti kukuh kerana kental perpaduan ahli. Menangnya wakil rakyat dan parti kerana ahli, penyokong bersekali dan undi rakyat pengundi sepakat kata membina kecenderungan swing memenangkan kita atau kandaskan kita. Jadi ahli penyokong rakyat pengundi memberi ingatan jangan memperdagankan jawatan Adun dan jawatan Exco sebagai jelapang mencari makan dan membina kekuatan dan kabilah anjakan mendapat kedudukkan. KEDAH SEJAHTERA bebaskanlah Adun dan saf Exco dari sifat-sifat tersebut. Jadikanlah anda wakil rakyat sebenar, Exco sebenar mengikut kehendak parti dan kehendak rakyat. Jangan bila berada diatas sama, parti dan ahli bersekali rakyat pengundi dijadikan umpama ladang dan lautan sebagai destinasi memunggah hasil dan khazanah.

Siap pada: 1 Syawal 1431 - Jumaat
10 September 2010 - Menjelang Subuh

Rencana oleh:- IBN ABDULLAH AL AWAB

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MINAL IZIN WAL FAIZIN. MAAF DZAHIR DAN BATIN. AZAM DAN TEKAD MADRASAH RAMADAN YANG KITA LULUS DARINYA, UNTUK KITA BINGKAS BANGUN MELIHAT PARTI KITA PAS, DIMANAKAH MASING-MASING DENGAN KELEBIHAN DAN KEUPAYAAN KITA TAGIH MEMBANTU MEMANTAP DAN MEMPERKASAKANNYA DISEMUA KEADAAN BERSIAP SIAGA DALAM MENGHADAPI, MENGHARUNGI MENDEPANI PRU13 DAN SEBELUMNYA DI PRK KOTA SEPUTIH.

Tuesday, September 7, 2010

SUMBANGAN HAMPER UNTUK PESAKIT-PESAKIT HOSPITAL KULIM DARI PEJABAT YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN.

HOSPITAL KULIM - ISNIN - 6 SEPTEMBER 2010

SUMBANGAN HAMPER UNTUK PESAKIT-PESAKIT HOSPITAL KULIM DARI PEJABAT YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN.

Catatan oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
26 RAMADAN 1431 - ISNIN - 6 SEPTEMBER 2010

Kira-kira jam 9 pagi, saya ditemani isteri dan anak untuk mendapat rawatan susulan penyakit tegar. Untuk bulan Ramadan ini kali ke tiga mendapat rawatan. Ketika sampai dihadapan hospital, saya nampak hamper bag yang banyak diturunkan oleh beberapa pekerja dari van dan diletakkan dihadapan pintu utama hospital dan diletakkan diatas troli. Dari hamper beg tersebut saya dapat agak dan jangkakan dengan tepat, ianya mesti sumbangan dari pejabat YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman, sempena pesakit untuk menyambut hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

Benar jangkaan saya apabila saya cuba mendapat maklumat dari pekerja-pekerja tersebut, sengaja saya kemukakan,”MB tak datang”. Ya! Jawab petugas tersebut. Terus saya ajukan, “Ustazah Ashah dan Ustaz Hasan Razak ka yang nak sempurnakan sumbangan tu”. Ya! Dari mana Pak Long Tau? Saya cuma agak-agak saja. “Inshaallah sekejab lagi sebaik selesai saya di kaunter pendaftaran mendapat rawatan doktor saya akan kesini mudah-mudahan dapat bertemu Ustaz dan Ustazah sebelum program dimulakan jam 10 pagi. Sebelum pukoi 10 Pak Long mai, Ustaz Hassan mesti sampai, dia dalam perjalanan. Pak Long besa ka dengan Ustaz dan Ustazah. “Entahlah dulu-dulu saya mengenali, takat jadi Adun dan Exco, Pegawai Khas MB, la ni tak tau la”.

Saya kembali kira-kira 40 minit kemudian, nyatalah dari jauh saya nampak Pegawai Khas Perhubungan Awam & Politk Kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman, Yang Berbahagia Ustaz Haji Hassan Razak sedang menghubungi sesaorang dengan hpnya. Bila saya menghampirinya ia sebenar-benar mengenali saya dan bersalaman erat serta menyapa menaya khabar isteri saya yang dikenalinya. “Tak mengajar hari ni”. Sekolah cuti kan. Saya menjawab pertanyaannya kehospital hari ini adalah untuk temujanji rawatan lanjut jantung dan penyakit supermarket yang lain, itlah jawapan lengkap penyakit saya alami. Info dari Ustaz Hassan adalah sebahagian ubat penymbuh penyakit dihadapi saya sekarang.

Ustaz Hassan yang saya kenali lebih dari 20 tahun, adalah orang yang sama seperti sebelum menjawat jawatan pegawai kanan dibawah YAB MB. Sah maklumat balas dari Ustazah Hajjah Siti Ashah Haji Ghazali Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat juga Adun Merbau Pulas (Adun saya sendiri) tidak dapat hadir untuk menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan hamper kepada pesakit-pesakit. Saya jelas terdengar percakapan Ustazah dengan Ustaz Hassan. “Ustaz tolong sampaikan salam ana banyak-banyak kepada semua pesakit di wad Hospital Kulim sebab tak dapat menunaikan program tersebut kerana menghadapi halangan yang syarai, sampaikan salam dan pohon maaf ana dengan Pengarah dan pegawai-pegawai yang lain tak dapat hadir.


Jadi ana wakilkan Ustaz Hassan menyempurnakan sumbangan tersebut bagi pehak ana”. Ustaz Hassan menerima mewakili bagi pihak Ustazah Hajjah Siti Ashah. Hatta katanya kedatangannya adalah mewakili bagi pehak YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak untuk menyempurnakan sumbangan hamper Aidil Fitri dari Pejabat YAB Menteri Besar khususnya Ustaz Azizan sendiri di Hospital Kulim hari ini.

Kehadiran Ustaz Haji Hassan Razak Pegawai Khas Perhubungan Awam & Politk Kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman mewakili YAB DS Ustaz Azizan Razak dan Ustazah Hajjah Siti Ashah Haji Ghazali Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, disambut dengan baik dan penuh mesra oleh Pegarah Hospital Kulim Dr Asmayani Binti Khalid, Pengarah O&G Dr Kamaludeen, Metron, Sister dan pegawai-pegawai yang lain mengiringi Wakil YAB MB dan Ecxo Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat dari satu wad ke wad yang lain, ianya amatlah mesra bertepatan dengan Ramadan yang penuh berkat dan rahmat itu dalam menghulur hamper kepada pesakit.

Sebaik saya sendiri selesai hampir 2 jam berdepan dengan beberapa doktor yang merawat susulan penyakit saya, saya diajak oleh isteri untuk kewad ditingkat satu, untuk melihat pelajarnya yang telah 4 hari mendapat rawatan di hospital. Setibanya diwad ditingkat 1, betapa besarnya hati saya apabila melihat beg-beg hamper yang saya tengok diawal tadi dihadapan pintu utama hospital, kini berpindah tempat letaknya disetiap lokal pesakit. Alhamdulillah. Dikalangan pesakit tersebut terdapat seorang yang saya kenali yang tinggal di Bukit Karangan. Ia berkata kepada saya, “Ia berasa besar hati dan bangga kerana menerima hamper dari Ustaz Azizan MB dan Wakil kami yang disampaikan oleh Ustaz Hassan”. “Saya tau MB sebok 1Kedah sedangkan kami sedia maklum Cikgu Haji Ramli suami Ustazah wakil kami sedang sakit kuat dah lama, kami tidak taroh hati kepada Ustazah kerana kami mengetahui keadaan suaminya”.

Sayangnya oleh kerana saya juga adalah pesakit dan pelanggan setia Hospital Kulim bersama isteri, disini saya mengambil peluang salam sejahtera ampun maaf dan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri kepada seluruh warga Hospital Kulim. Khususnya diatas layanan mesra dengan mengiktiraf diatas kesempatan Pejabat YAB MB menghulurkan sumbangan beg hamper kepada pesakit di Hospital Kulim. Benar-benar kearah KEDAH SEJAHTER, adanya.

26 RAMADAN 1431 - ISNIN - 6 SEPTEMBER 2010

Catatan oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN

(BAHAGIAN PERTAMA)

PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN
KEDAH SEJAHTERA - RAKYAT SELESA

23 Ramadan 1431 - Khamis - 2 September 2010
Rencana oleh:- IBN ABDULLAH AL AWAB

PERKUKUHKAN PARTI

Mukadimmah.

Dua ungkapan perkataan keramat diatas PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN, ianya merupakan rangkaian ucapkata, umpama irama dan lagu, siang dan malam yang tidak dapat dipisah dicerai tanggaikan. Retak atau cubaan melemahkan parti melalui apa-apa kaedah dan cara wajar dihindari dan dielakkan. Samada ia berpunca dari sumber dalam dibiar dibedong atau dari sumber anasir luar, wajib tidakkan menangkis dan tepis. Kalau tidak pasti akan menjejastempias kepada kerajaan akan habis ranap. Belajarlah dari sejarah dan rekod sejarah menimpa umNObn Kedah yang rebah tersungkur itu.

Ketka keadaan parti umNObn tidak kukuh - lemah; mengiringinya kerajaan umNObn 50 tahun ranap ditelan bumi. Justeru, ambillah sejarah kejatuhan umNObn Kedah. PR khususnya PAS jadikan ia garis panduan, iktibar dalam semua pekara oleh pimpinan PAS sendiri sebagai guru hidup dari kejatuhan umNObn. Dalam mendapat pengajaran yang berharga dan pungut pengalaman hasil pengalaman mereka, pungut yang baik darinya, tinggal sampah sarap samada dihanyutkan atau ditanam dalam perut bumi.

PR - khususnya PAS, PKR dan DAP wajarlah belajar menerima hakikat dalam membina urus sebuah kerajaan, ingatlah halangan dan galangan lebih besar ketika menjadi kerajaan tidak seperti zaman menjadi pembangkang. Garis pemisah diantara kerajaan dengan pembangkang adalah: Kerajaan berkuasa mentadbir negeri maupun negara manakala pembangkang pula berusaha mengambil kuasa melalui saloran parti politik menerusi PRU. Tetapi umNObn Perak berkuasa melalui cara tindakan melanun kanun rimba, kudeta - rampasan kuasa diwarnai oleh telunjuk mahkamah beruk.

Saya mempunyai seculin keberanian untuk membicarakan PAS secara umum atau secara khusus untuk Kelantan, Kedah, dan Perlis kerana saya mengenalinya dan mendampinginya sejak tahun 1960. Baik tokoh besar PAS Perlis, Kedah dan Kelantan. Ramai saya mengenali mereka dan mereka mengenali saya (pembaca, sedekahkanlah Al Fatehah untuk semua mereka yang kembali menemui Allah dulu dari kita). Inshaallah ianya akan membawa makna yang besar untuk negeri Kedah Darul Aman menjana kepada Kedah Sejahtera - Rakyat Selesa akan merasainya.




Saya yakin, apabila saya menyentuh tajuk ini, ramailah teman-teman diluar sana akan buka mata, merah cuping telinga kerana sedikit sebanyak mengena dikalangan kita. Menerusi rencana ini saya sedang menanti dengan asakan, tuduhan dan label-label tertentu dikemukakan kepada saya, memungkinkan kawan jadi lawan dan lawan jadi kawan. Semua itu akan saya menerima dengan tabah, berlapang dada dan dingin kepala seadanya, Inshaallah. Apakah melalui lebih dari 230 rencana sebelum ini, dengan terkeluarnya rencana ini umpama padi dijemor kering kontang; tetapi hujan 5 minit padi basah lencun, dan tak akan padi itu kering kembali? Tidak mampukah kita membuat penilaian dan hukuman melalui kata hati nurani yang murni?

Tukang kipas dan tukang ampu sepanjang masa disepanjang zaman, dalam parti dan dalam kerajaan dimana-mana juga tentulah ada. Bilangan mereka cukup ramai. Tetapi dikalangan yang menentang arus menulis membuat peringatan atau yang sanggup berani gantung dan tanggal rantai kalong loket dileher singa dan harimau amat sedikit bilangannya. Kerana, masing-masing menjaga keselamatan kedudukan tidak terancam dan pulangan habuan tak jadi tak ketahuan. Hanya mereka yang tegar, diatas nama kebenaran sanggup menghadapi dan mengalami tentangan dan hukuman. Membicara dan membincang tajuk ini samalah umpama memandu kenderaan menurun bukit dalam keadaan brek kereta tidak berfungsi.

Menjelang negara menghadapi PRU13 berpandukan pengalaman-pengalaman lama dan rasa hati saya mempunyai agakkan dan pengamatan yang mana PRU13 akan berlaku tahun hadapan 2010 diantara bulan April, Mei dan Jun. Justeru menjelang menghadapi tempoh masanya kurang dari setahun, makanya wajarlah (dalam kata wajib) dikalangan kita sendiri mengambil tanggungjawab dan dipertanggungjawaban sesama sendiri memberi pandangan dan koreksi untuk menggali permata dan disepuh. Dalam pengamatan kita membuat elemen baru, perencanaan, strateji tektik dan teknik, serta sen-seni pelengkap menghadapi PRU13, hendaklah dihidupkan sepenuhnya, bergerak dan mengarak menjulang panji-panji kemenangan ke Putrajaya.

Dengan hebat, smart dan bergaya dalam semua pekara, dalam masa yang sama kita menolak gejala negatif semasa melangkah menghadapi PU13 diatas nama PR. Justeru, tajuk yang tidak disukai dan digemari penulis dan para blogger, kerana ianya mengundang bala lebih besar dari penghargaan yang diterima. Sebagai manusia kerdil yang pernah menyaksiakan penubuhan Kerajaan Champoran, Bebas Bersatu, CCC, Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR). Pengalaman pribadi sebagai pengiat parti bersekali penulis cokia, saya mempunyai maklumat penubuhan Berjasa, Hamim dan Islah. Semuanya mempunyai sebab dan musababnya tersendiri yang berada dilengkongan lengkaran PAS ketika bersarang dan bertelor.

Sebab itulah bersedianya saya menghadapi tajuk saya perbincangkan ini, semuga ianya tidak berulang dalam PAS. Islah langkah PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN keluarlah juga setelah umurnya 2 tahun dan lebih dari 5 bulan, untuk PR Kedah Darul Aman yang memerentah Kedah sekarang.



Almarhum Ibn Muslim - Pak Su Hussein Yaacob anak Kelantan, Kuala Krai (anak angkat Pak Sako) mantan tahanan universiti berduri ISA berpesan kawasan Chow Kit, satu masa di restoren Yusof Suria (sudu sendok) bertentangan Hotel Asia dahulu mantan SU Politik TS Khir Johari dihadapan Almarhom Haji Ishak Haji Muhammad (Hantu Raya - Pak Sako) “Sheikh! Anta tulislah sehingga umNObn satu masa kelak menjadi pembangkang dalam negara”. Terpegun saya mendengar pengukapan itu. Masih segar saya melihat Pak Sako, menganggok-anggok kepala dan menuding jari kepada saya. Kenangan itu cukup menghiris hari saya sampai kini masih segar bugar.

Ketika itu diluar sana saya jelas melihat sah orangnya adalah pelakon Mak Ainon (lanjut usianya ketika itu) meminta sedekah dengan membawa tin susu cap tekoa. Setiap saya mengenagi Mak Ainon air mata saya mengenang dan sentiasa saya mengiringi bacaan Surah Al Fatehah untuk Almarhumah Mak Ainon. Kalau diulang tayang film melibatkan Mak ainon.

Almarhom temanku, guruku Amarhum Tuan Guru Haji Daud bin Haji Yusoff Meranti (Tok Guru Haji Daud Meranti, Kampong Meranti, Pasir Mas, Kelantan, gelak tawanya kelakarnya masih didepan mataku. Satu pesanan mudah aku pungut darinya iaitu kain pelikat yang dipakai kebiasaannya cap jenama kain yang dipakai dibahagian bawah; tetapi Tok Guru Haji Daud Meranti pakai gulung diatas dan sampai sekarang ku pakai kain sebagaimana nasihat Tok Guru yang aku tidak tahun kurang lebihnya, Mungkin Ustaz Nasaruddin ketahui fazilatnya. - Adalah ayahnda kepada Ustaz Mansor dan Ustaz Nasaruddin Speaker Dun Kelantan Sekarang. Adun Meranti 4 penggal YB Datuk Nasaruddin) katanya 30 tahun dahulu padaku, “Akan sampai satu masa PAS diatas dan umNO dibawah; kita pegang Kuala Lumpur. Jangan sampai pemimpin PAS dan orang kanan dan orang kiri, patah tengkok pikul emas”.

Manakala hampir masa yang sama dikedai Jaafar Rawas, di No 1960, Bangunan PAS, Jalan Dato’ Pati, 15000 Kota Bharu (telah Almarhum) kami 6 mata berbincang. Saya, amin Jaafar Rawas dan Haji Ahmad Prai (Almarhum lebih lama mendahului dari Jaafar Rawas mengadap TuhanNya) saya paling muda ketika itu dikalangan bertiga. Saya yakin kalau mereka berdua masih hidup saya masih kekal muda dari mereka kini, pasti. Kata Haji Mat Perai, “Orang Kelantan cukup hebat, mereka rela terima sapa saja dari negeri manapun menjadi calun untuk PAS untuk ISLAM seperti ana, asai mai Province Walleslly. “Sheikh! Orang kata ana gila, kalau la la nie ana kata satu masa umNO akan jatuh dan PAS dengan kesatuannya bentuk Kerajaan Persekutuan, sah orang akan kata Aji Mat Perai dah gila, kena pi kurong Lorong Che Hussein”.

Sebulan dan seminggu sebelum kerajaan PR Perak jatuh, saya telah membuat peringatan berjaga-jaga, dan berhati-hati dengan siap siaga dan awas. Kerana saya telah menghidu unggas, lutong kera di kalangan Adun PKR dan DAP ketika itu. Semuanya dipandang sepi. Kerana info dan peramaran itu datangnya dari blogger cokia kaki5 yang pupus nilai harga dan seumpamanya seperti saya. Sila rujuk kembali. Kata-kata Almarhum Tok Guru Haji Daud Meranti dan Almarhum Haji Mat Perai, Almarhum Ibn Muslim disahkan oleh Almarhum Pak Sako selepas 30 tahun berlalu terserlah kian hampir bertemu kenyataan tersebut. Titik kebenaran pandangan tokoh-tokoh tersebut dan separuh menjadi kenyataan selepas PRU13.

Sudah separoh negara dan Wilayah Persekutuan telah ditawan oleh PAS dan kesatuannya kata Almarhum Aji Mat Perai 30 tahun dulu. kini kian hampir dan saya menghidunya kebenaran 3 tokoh yang dah menjadi Almarhum. Subhanallah (Bacalah Al Fatehan untuk mereka).

PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN dalam mantik politik semasa untuk negeri Kedah Darul Aman, umNObn telah kehilangan kedua-duanya setelah 50 tahun memerentah negeri Kedah Darul Aman mengikut acuan dan gelanggang tempang yang semuanya berkecai menjadi abu angin selepas pengumuman keputusan PRU12 yang lepas. Selepas meletakan sejumlah 7 orang Menteri Besar mengetuai merentahan negeri Kedah diatas jenama kerajaan umNOperikatan, Kerajaan Champoran dan umNObn. Tempoh 60 tahun PAS berjuang dan berperanan mengisi keperluan tuntutan politik negeri Kedah sebagai pembangkang, akhirnya dapat menubuhkan kerajaan baru, menggantikan umNObn PAS besama-sama dalam Pakatan Rakyat - PR terdiri dari PKR dan DAP. Alhamdulillah.

Jadinya, era sekarang untuk negeri Kedah Darul Aman PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN adalah milik PAS bersama-sama PR, menjadi tajuk pilihan untuk renungan, perbincangan dalam rencana saya kali ini, Inshaallah. Tajuk ini cukup berat, seberat Gunung Jerai kalau ringan pun masih seberat Gunung Keriang. Silap-silap kita belah dan bedah baik Gunung Jerai maupun Gunung Keriang ia mampu menimpa maut kepada penulis blogger seperti saya. Pandangan dan pendapat yang dimuatkan dalam rencana ini, ianya adalah pandangan pengalaman blogger sendiri melihat dan menyaksi, fenomina parti lemah dan kerajaan tergugat.

Saya terpaksa tajuk PERKUKUHKAN PARTI - MANTAPKAN KERAJAAN saya pecahkan menjadi 2 bahagian iaitu BAHAGIAN PERTAMA - PERKUKUHKAN PARTI dan BAHAGIAN KEDUA - MANTAPKAN KERAJAAN. Saya mengeluar pandangan serentak dengan bertanggungjawab untuk pandangan, koreksi, dan cadangan. Mudah-mudahan baik untuk kita semua. Bukan maksud dan tujuan menajam keris mengasah golok candung, mencari mangsa dan menjadi mangsa sesama sendiri. Bukan itu menjadi matlamat rencana saya paparkan ini.


PERKUKUHKAN PARTI

Nampak soalan dikemukan ini macam dungu dan soalan bodoh, tetapi ianya memerlukan jawapan yang konsistan, kental dan berlapik dengan kebenaran, statistik dan sebagainya. Kenapa PAS dan PR mampu menawan Kedah dari umNObn pada PRU12 dahulu? Kalau soalan itu dikemukan kepada saya, Inshaallah saya akan menjawab macam ni. “Pertamanya umNObn lemah dan porakperanda mengalami krisis kepimpinan yang perdana dengan calun-calun yang diletakkan di Kadun dan Kapar ditolak oleh pengundi dan rakyat. Hatta mood dan swing rakyat dan kecenderungan rakyat pengundi kepada pembangkang PR untuk menjadi kerajaan negeri adalah tinggi. Maka jadilah PAS dan PR menubuhkan kerajaan Kedah dan bergilirlah umNObn mengambil alih tempat menjadi pembangkang, ya!!! pembangkang, dalam keadan PR luar persediaan menubuhkan kerajaan”.


Jawapan yang begitu, ianya menghiburkan sekelian ahli pemimpin PAS Kedah dan para penyokong PAS dan PR. Kejayaan besar PAS, PKR dan DAP menjelang PRU12, adalah persefahaman tuntas 1 lawan 1 menghadapi umNObn. Kejayaan meletakkan calun tunggal dikalangan pembangkang ketika itu, ianya menjelang tempoh pengundian telah mengundang sengsara dan gundah gulana umNObn deman sakit tak kebah memikirkan rebah. Skop saya fokaskan untuk Kedah sahaja. PAS sebagai teras dalam PR telah melakukan persiapan untuk menghadapi PRU12 dengan membuat fokas dan mengenali Kadun-kadun dan Kapar yang bakal ditandingi untuk dimenangi disamping Kadun dan KApar dalam genggaman selama ini.

Percaturan politik dan kekuatan kepimpinan yang dikepalai oleh Pesuruhjaya, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya dan semua perengkat kepimpinan dewan-dewan harian negeri dan kawasan. Semangat yang kental dengan bakal-bakal calun rakyat dikemukan dikalangan semua perengkat keperluan untuk ke Wisma Darul Aman. Kesungguhan dan keyakinan mahluk bumi di Kedah ketika itu diangkat kelangit tinggi dan disambut penghuni diSana. Maka pengundi rakyat menghantar PR dikepalai PAS ke Wisma Darul Aman. Alhamdulillah. Seluruh calun-calun umNObn menjadi antara percaya dengan tidak, mereka hakikatnya telah hilang kerajaan Kedah yang diterajui selama 50 tahun.

umNObn sedar kekalahan tersebut menyebabkan mereka terlepas gudang dan celapang semua cengkaman harta khazanah negeri yang selama-lamanya. umNo selama memerentah menjadi diantara faraid dan asnaf yang tidak diundang, sebagai penerima oleh Allah dan rakyat pengundi. Selama ini umNO mendapat sokongan dengan macam-macam sogokan dalam menawan hati rakyat, sekalipun belakang kelangit. umNO menyedari dan terlalu mengeruni, hilangnya kerajaan negeri, yang selama ini umNO hidup tumpang tui kerajaan dan jadikan harta kerajaan macam harta umNO. Semuanya telah beralalu 2 tahun 5 bulan lebih, umNObn takut jadi seperti Negeri Kelantan Darul Naim, sukar ditawan kembali melalui jalan pilihanraya.

Sekiranya umNObn tersentak dan terkejut menerima kekalahan, tidak kurang juga PR - PAS, DAP dan PKR terpinga-pingga menerima kemenangan. Serta meraba juga untuk menubuh kerajaan berkaitan pembahagian saf Exco dikalangan PAS, DAP dan PKR. Itu cerita 2 tahun 5 bulan lebih dulu, semuanya dah berlalu. Selepas 2 tahun 5 bulan lebih kini pasti kelainan suasana. YAB DS MB dan saf Exconya telah lulus cemerlang dalam pentadbiran pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Pengurusan pentadbiran yang dibantu oleh pegawai-pegawai khas lantikan politk sebagai penjawat awam di pejabat MB. Serta turus penjawat-penjawat awam serta seluruh penjawat awam dengan mendapat keujian dari JPM.

Persoalannya apabila YAB MB dan saf Exco cemerlang dalam menjalankan tugas potfolio masing-masing, adakah seluruh partinya yakni PAS di kawasan-kawasan masing-masing bersekali dengan cawangan-cawangannya turut cemerlang? Berjalankah usrah? Berjalankah gerak tubi pendaftaran tambah ahli-ahli PAS serentak dengan pendaftar sebagai pengundi? Berjalankah geraktindak dan gerakkerja bersepadu dikalangan komponan PKR dan DAP? Sudahkah wujud penyelarasan Jawatankuasa Induk PR peringkat kawasan dan cawangan-cawangan? Apakah wujudnya cawangan-cawangan PAS bersekali dengan wujudnya pejabat dan memiliki kemudahan pejabat sesuai taraf parti yang mereka mempunyai kerajaan negeri?
Masihkah berterusan YDP Kawasan dan Setiausaha PAS Kawasan tidak mengenali Setiausaha Cawangan, Ketua Cawangan dan sebagainya? Serta Setiausaha Kawasan maupun YDP Kawasan tidak punyai rekod dan maklumat cawangan-cawangan PAS dan kepimpinannya? Baik peringkat cawangan dan kawasan, rekodkah kita mati sakit deman, kejayaan semua peperiksaan anak ahli dan pengundi? Raikah kita anak-anak ahli dan pengundi yang cemerlang UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, masuk universiti dan sebagainya? Rekodkah kita kematian dan bantuan kepada ahli, penyokong yang meninggal dunia dan yang ditimpa musibah mala petaka?

Sudahkah kita membuat nilai tambah, pengetahuan dan latihan semasa dan berkala untuk melahirkan tenagatugas dan tenagakerja yang skill dalam menjalankan tugas utama dan cukup penting dihari pilihanraya yankni dihari pengundian bermula jam 7.00 pagi sehingga tamat keputusan resmi pegumuman keputusan pilihanraya Parlimen dan Dun iaitu petugas PACA. Sesungguhnya anggota petugas PACA, kalau diumpamakan peperangan konvensional, maka merekalah merupakan benteng, kubu pertahanan terakhir. Kalah menang tewasnya PAS PR, kalau kita kirimkan petugas PACA diluar memiliki ilmu pengetahuan, serta dengan mendapat latihan secukupnya secara teori maupun latihan praktikal amali dalam pilihanraya percubaan. Ketahanan minda dan fizikal dengan dibekalkan jiwa yang berani, kental beramanah dan bertanggungjawab merealisasikan kerjatugas yang dipikul, adalah utama.

Sekiranya petugas PACA tidak mendapat latihan penuh, samalah kita dalam menghadapi peperangan kita ambil saja sapa saja yang terjumpa yang mau sebagai askar upahan. Terus kita bekalkan mereka beberapa jenis senjata untuk menghadapi peperangan. Makanya pergilah ia kemedan peperangan, akhirnya matilah dia bukan kerana peluru musoh, tetapi mati katak menjadi mangsa senjatanya yang dibawa dibekal, kerana tidak tahu dan pandai mengendalikan senjata tersebut untuk berdepan musoh tanpa kemahiran untuk menggunakan senjata tersebut. Serta berkemampuan bertindak dengan mengetahui tektik dan teknik, tipu daya dan tipu muslihat menghadapi peperangan pilihanraya. Dibidang inilah pengurusan parti memandang rendah dan ambil mudah, sedangkan misi kita sekarang adalah ke Putrajaya, ke Putrajaya, ya! Ke Putrajaya.

Saya melihat dan kita tidak mahu fenomina pisahkan jawatan Exco dengan kepimpinan PAS kawasan dan menghindarkan diri dengan PAS cawangan. Semua gerakkerja parti, pengisian parti hendaklah dibabitkan bersama dengan kehadiran Exco. Elakkan perasaan tidak terdetik dikalangan ahli parti dan rakyat pengundi, dulu Exco bersama-sama mereka, dalam semua pekara, kini sentiasa tidak teruang sekadar mengilap kerusi exco dan parti kurang perhatian, dipeduli Cuma diwakilkan. Kita mesti menangani dan menghindari masalah ini dengan teliti. Kepulangan Exco ke kawasan dan cawangan bukan ianya dinamakan lawatan atau kunjungan. Exco kembali keganggang ketampuk menemui berbincang dan mengambil peduli, dan mengambil perhatian dan tindakan dalam memenuhi janji dan tunai semasa kempen PRU dulu.




Rakyat pengundi pula, wajiblah mampu berfikir dan membezakan tuntutan pribadi dan kerajaan wajar memenuhi keperluan rakyat ramai disudut pembangunan dan peruntukan yang ada. Dalam beberapa pekara pemimpin rakyat yang sentiasa denyut nadinya bersama rakyat, rakyat sentiasa mendampingi dengan pemimpin rakyat mereka untuk mendapatkan maklumat serta sedikit sebanyak pertolongan. Rakyat lebih mempercayai dan mendampingi pemimpin rakyat mereka dalam menyelesai masalah mereka dari sebesar-besar masalah sampailah sekecil-kecil masalah, sekalipun tidak menjadi Adun atau Ahli Parlimen.

Nyata ramai pemimpn rakyat diperingkat kawasan-kawasan dan cawangan lebih kehadapan dan menyelami hati nurani rakyat pengundi. Keadaan ini sedikit sebanyak mengundang masalah, apalagi sekiranya Adun setempat itu bermasalah dengan pengundi dan bermasalah pula dengan parti dalam beberapa pekara. Keadaan-keadaan inilah terdapat juga Adun yang ditolak ahli parti sendiri dan penyokong, hatta terdapat Adun yang bermasalah dengan partinya, wajar mengundur diri untuk PRU13 nanti secara terhurmat. Adun yang bermasalah dalam pekara pokok hendaklah dipertimbangkan semula kedudukannya menjelang PRU13 nanti. Jangan musnahkan parti kerana meletakan calun yang sarat masalah pribadi dengan Allah juga dengan pengundi apa lagi parti.

Kerajaan akan menjadi lemah sekiranya parti tidak kukuh perkasa. Sebarang kelemahan parti baik peringkat pengurusan pentadbiran kawasan, cawangan maupun dewan-dewan. Sekiranya pengurusan parti melihat kerajaan yang terwujud kerana datangnya dari parti, dan segala peranan tugas parti dan kepentingan tuntutan kumuniti selama ini parti menggalas memikulnya. Oleh kerana parti telah ada kerajaan dan kepimpinan parti di semua peringkat cuba menolak kewajiban parti kepada kerajaan, sekiranya ini berlaku, ianya adalah satu kesilapan besar dan jejak itu sama dengan umNO laksanakan selama 50 tahun, natihaknya berjaya ke detik kemusnahan kerajaan mereka. Usah diulangi oleh PR.

Parti hendaklah sentiasa diperkukuh dan diperkasa. Parti dan kepimpinan wajar menjadi mata telinga kepada kerajaan dalam halatuju kerajaan ianya tidak bercanggah dan membelakangkan aspirasi parti. Parti tidak boleh mengganggu kerajaan tetapi pelaksanaan kerajaan mestilah mengikut landasan kehendak parti sebagaimana dijanjikan kepada rakyat. Keputusan besar yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan, maka penguasa kerajaan adalah terlebih baik hendaknya kembali kepada parti untuk mendapat mandat dan sokongan besar untuk merelaisasikan aspirasi kehendak kerajaan rakyat. Jadinya wajarlah kerajaan mesti peka dan memahami bertanggunjawab kepada parti.

Suasana dan situasi sambutan hebat kepada PAS sekarang, adalah kelainan dengan sambutan terhadap PAS 20 tahun dahulu. Gulungan elit, cendiakawan dan profesional kurang mendapat perhatian dan minat mereka kepada parti PAS dulu. Dengan pandangan yang bermacam-macam dan berbeda pandangan. Tetapi sejak mutakhir ini, PAS dilihat diperhatikan mereka dan dibedah oleh gulungan tersebut, dilihat mereka PAS sebagai sebuah gunung. Dan didalam gunung tersebut sekiranya diletupkan ianya akan mengeluarkan hasil mahsul bumi yang bernilai tinggi harganya. Maka ramailah peminat dikalangan profesional, elit dan negarawan dan pesara elit menghampiri dan mendampingi PAS. Ahlan walsahlan! Selamat datang kepangkuan PAS.
Diri mereka mendapat perhatian dan kepercayaan ahli dan dengan segala apa yang ada pada mereka, gelaran, bintang dan sebagainya akhirnya kehadapan menjadi pemimpin. Saya bersetuju dan menyokong sepenuh mereka kedalam PAS 100% sokongan untuk mantap, perkasa dan perkukuhkan PAS untuk menjadi parti mampu memerentah bersama PR sampai kepusat ke Putrajaya. Tetapi dalam masa yang sama janganlah pula kita sigung, kita sekeh, hatta kita tekan pemimpin akar umbi yang memberi peluang kita tapak untuk bergerak, sampai rakyat kata, “hang sapa? Tu pemimpin kami yang diketepi, yang terlalu tahu menangani masalah keperluan kami, kerana dia pemimpin rakyat, bukan pemimpin elit”.

Jangan sampai diatas kelemahan minda dan serba kelemahan ahli-ahli kita membuli domba ahli untuk pasangkan pelana dibelakang kuda dan kita akan pacu sebagai joki profesional untuk mengejar kemenangan besar dan hadiah lumayan hasil perlumbaan kuda tersebut dipadang yang hijau. Sesungguhnya saya nampak telah ada segelintir pemimpin-pemimpin kearah itu, dan kita tidak mau joki dan kuda berpelana itu jadikan padang gelanggang hijau untuk mewarnakan mengikut kehendak seleranya. Pemimpin atas mesti melihat pemimpin bawah dan ahli rakyat, dengan penuh rasa hurmat santun saling lengkap melengkapi dan perlu memerlukan dengan penuh kepercayaan.

Diluar memandang hina dan memandang ahli-ahli bawahan penoreh getah, pesawah, penyadat nyior sawit, pekerja kilang, jaga keselamatan, pemandu kenderaan taxi, bas, nelayan, pekerja bawahan sebagai sampah sarap dan alat untuk kita jayakan misi pemimpin panjat pijak untuk menjadi Adun, Ahli Parlimen. Semua komponan bernilai disudut harakah dan perjuangan adalah setaraf dan senilai dan berpeluang memegang jawatan parti. Ingatkanlah, saya pernah melihat menyaksikan peristiwa terdapat tempoh dulu Adun juga Exco menangis macam cucu, kembali pada kawasan dan cawangan-cawanga menjadi peminta sedekah dan pengemis apabila Dun dan Parlimen dibubarkan dan parti tidak kembali menamakan beliau untuk PRU berikutnya.

Wahai teman sahabat bernama Adun, Ahli Parlimen ingat ketika pilihanraya pengundi adalah hakim rakyat, menentukan kedudukan dalam keputusan pilihanraya. Rayuan bagilah peluang sekali lagi kepadaku untuk mewakili rakyat terhurmat semua kalau, saya berjanji untuk berubah bergerak bersama-sama nadi rakyat. Ketika itu masanya dah lambat dan lewat. Akhirnya menjadi lawan kepada parti sebaik sah tidak menjadi calun. Contoh mudah, pemimpin parti kena ambil peduli sebagaimana keluh kesah pengundi rakyat yang makan hati dalam melihat telatah Ahli Parlimen Padang Serai sekadar 1contoh. Pengundi PR sedang menilai buruk keatasnya. Rata-rata pengundi mula membicara, sekiranya AP tersebut dikekalkan pasti kalah, apa macam?

Sejujur dan seiklasnya saya sendiri bersama isteri menafikan undi untuk beliau sekali lagi, cukuplah unuk PRU12 dulu. Undi pasti kepada PR tetapi bukan calun usang itu yang bergaya jauh langit dengan bumi perubahan stail hidup, cara bercakap dan gayanya. Sesetengahnya dapat diibaratkan ada yang telah menempah pelana, sedangkan kuda tidak pernah ditunggangnya sebagai joki. Kadang-kadang ahli PAS marhaen yang hidup matinya, bernafasnya adalah PAS juga terkeliru menerima mudah pemimpin jenis ini memimpin mereka tanpa terlebih dahulu diuji dipikulkan dengan perjuangan onak duri bermula dari bawah. Rakyat bentangkan permaidani hijau tatang mereka, sedangkan mereka sebelum ditatang telah menempah pelana.
Saya sedang melihat sekarang fenomina sakit dan beban dihadapi dibeberapa kawasan PAS wajar dieslesaikan dengan bijaksana dab berhemah. Terdapat sebilangan pemimpin PAS kawasan yang tidak cuba menyelesaikan masalah-masalah kecil dan ianya merebak, silap-silap terperuak kalau tidak ditangani. Pemimpin saling pergi tukar ganti ini pasti. Terdapat sesetengah pemimpin mereka terlupa hakikat dan melupai qada dan qadar Allah. Sesetengah pemimpin itulah ketika mereka berada diatas, sentiasa lidah mereka paseh mengajukan ketaatan kepada pemimpin dan parti, berpandukan alasan-alasan dan dalil yang ampuh.

Tetapi jenis pemimpin yang sama, apabila ahli menolaknya dalam saf kepimpinan, tiba-tiba nadanya, caranya menghadapi kenyataan semasa kedalam dirinya menjadi terbalik. Beliau tampil dipentas-pentas tidak resmi menuding dan membantah dengan macam-macam tuduhan dan tohmohan diatas penolakkan ahli menafikan ianya tercicir dari kepimpinan. Degan mencipta reka untuk mendapat sokongan semata-mata kearah mempertahankan diri pribadinya, parti dan pemimpin menjadi mangsanya. Hatta sanggup telunjuk mengahala kepada sianu sianu adalah dalang menghalang kedudukannya dengan membuat andaian yang tidak sihat. Menuduh dan membandingkan semasa dulu dan semasa kini, dapat mengajar disurau dan dimasjid dan sebagainya.

Baik diri saya sendiri maupun sesiapa, sekiranya kita tidak dapat menerima orang lain sebagai pemimpin selain dirinya, maka ia bukan pemimpin yang dikehendaki oleh ahli rakyat pengundi hatta oleh Penguasa langit bumi. 20 tahun dahulu saya menyedari fenomina-fenomina penceramah yang tidak akar umbinya dikalangan kelayakkan asas agamanya yang kukuh. Asas pembelajarannya tidak membawa kepada panggilan ustaz. Oleh kerana faseh lidahnya dalam beberapa hafalan surah Al Quraan dan Hadis dan berjaya menjadi hafiz misalnya secara tidak disedari orang ramai memanggil mereka “ustaz” dan ustazlah mereka. Semua ini saya tidak menyangkal kebolehan mereka. Berceramah dan mengajar adalah berbeda keadaannya. Dulu saya mampu berceramah 2 jam, tetapi tidak boleh mengajar dalam surau, madrasah apa lagi masjid. Kenapa dan mengapa?

Sebabnya kita tidak berdaya mampu untuk menghuraikan kitab-kitab besar yang muktabar, apabila dalam sesi soaljawab sebaik selesai kuliah mengajar. Pasti kita tidak mampu mengeluarkan jawapan dan pasti jawapan kita tergelincir terbabas dan disama bayak kesalahan-kesalahan dapat dikesani oleh anak makmun. Dalam menyedari itulah untuk mengelak berterusan keadaan pendengar mendapat ilmu yang tersasar, pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga agama dalam negeri Kedah Darul Aman tanpa prejudis menunaikan amanah tanggungjawab mereka. Tindakkan tersebut bukan didalangi oleh sesiapa, disini janganlah kita membabit orang lain dalam pekara terkena kepada kita.

Peraturan dan cara-caranya kearah penyelesaian adalah, kalau benar nak mengajar menjadi uztas dan seumpamanya, buatlah permohonan resmi untuk melayakkan kita mendapat tauliah mengajar dengan pehak yang berwajib, sekiranya kita mampu untuk menghadapi Ahli Jawatankuasa pentauliahan dengan soalan-soalan besar yang termaktub dalam kitab-kitab muktabar 4 Mazhab, dengan pelbagai tafsir Al Quraan. Kalau mampu bersedia, ayuh buatlah permohonan, tunggu masa temuduga dan sekiranya kita berjaya memperolehi tauliah yang ditandatangani DYMM Al Sultan Tuanku, ketika itu saudara dinafikan untuk mengajar juga, Inshaallah saya akan berganding dengan saudara mendapatkan hak.
Bukan seperti jalan keluar dan tindakkan seperti sekarang kita melabur menjana fitnah dari satu tempat kesatu tempat, melengkapkan kita menjadi penyengat kepada parti yang kita ketuai dulu diperingkat kawasan. Ingatlah kita mendpat nama dan kedudukkan selama ini adalah kerana kita berada dalam lengkaran parti PAS. PAS telah mempersadakan kita oleh ahli-ahli PASlah yang mengangkat derjat penghurmatan kepada kita mendapat nama harum dan dikenali seKedah. Terkini nampaknya kita sedang mencari dan mengundang masalah kerja keciwa, iaitu peroi fitnah keatas pemimpin yang baru selepas kita. Serta melengkapkan peroi fitnah tersebut kita mengaitkan individu tertentu untuk membersihkan diri kita, samalah kita meletakkan PAS dikandang salah, kita yang benar, betulkah persepsi itu?

Ingatkanlah sesiapa sahaja sejak zaman Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Fuad, Almarhum TS Asri Muda dan lelainnya, seperti sahabat-sahabat seangkatan saya Ustaz Nakahei, Mustapha Taib, Mohd Nor Idris, Wan Ahmad, Gikgu Sudin Wahab dan ramai lagi, mereka tinggal PAS, PAS terus berkembang dan mereka terus disisih dan rakyat melupai mereka. Ingat tu sejarah mencerita kepada kita.Kalau begitu kita adalahI jenis pemimpin yang diluar masak dan bertanggungjawab, saya amat bersimpati dengan pemimpin kelas jenis ini. Subhanallah.

(Saya sentiasa membicarakan masalah ini teringat saya dengan buku lama GOLONGAN YANG GUGUR DI SEPANJANG JALANAN DA’WAH oleh USTADZ FATHI YAKAN terbitan DEWAN PUSTAKA FAJAR Cetakan Pertama - Januari 1987 - 1407 Hijrah diterjermahkan oleh AL USTADZ MD. AKHIR HAJI YAACOB).

Apakah dikalangan kita atau dalaman kepimpinan PAS, skop PAS Kedah, Kawasan-kawasan PAS seluroh Kedah dan cawangan-cawangan PAS disemua kawasan-kawasan telah melakukan analisis secara detail dan menyeluruh atau setidak-tidaknya secara rambang. Akan kembang kecut, atau sunyi sepi berehat panjang sejak PRU12 dahulu. Enjin dan pergerakannya akan dihidup menjelang nampaknya anak bulan PRU13 nanti. Cawangan PAS induk? Dewan Pemuda Cawangan? Dewan Muslimat Cawanga? Adakah sekadar nama sebagai AJK untuk pendaftaran cawangan dengan Pendaftar Pertubohan Malaysia sahaja?

Diatas tanggungjawab, insaf dan diluar menjana kepentingan diri, tidak bermaksud menudoh dan melebelkan sesiapa, melainkan saya dan anda semua mengharapkan menjana perubahan dari lemah kepada perkasa, dari longgar kawalan parti dengan kukuh perkemaskan parti dalam menempuh PRU13 ke Putrajaya. Marilah kita berikrar bersama-sama menjadi tenaga dan alat penting kepada PAS kepada PR mengikut kebolehan dan kepakaran masing-masing untuk rebah dan nafikan umNObn menguasai Putrajaya selepas PRU13 nanti. Bukan kita menjadi juara sesama kita mencari kesalahan, mencukil kelemahan untuk kita mencapai pucuk.

Saya siapkan rencana ini sesudah Subuh sebelum duha, sempena Ramadan di penghujung 10 terakhir, Syawal menjelang saya menyusun ampun maaf kepada anda pembaca budiman. Doakanlah jam 9.00 hari ini Isnin 27 Ramadan 1431 bersamaan 6 September 2010 saya akan ke hospital lagi mendapat rawatan lanjutan khusus jantung, darah tinggi dan asma-lelah kronik. Keadaan-keadaan yang dialami kemungkinan 85% saya akan mengikuti Saudaraku Lutphi Othman menjalani pembedahan. Masa yang singkat dirasai untuk terus melakarkan untuk membina dan memulihara PR - PAS Kedah dan Pusat, seolah-olah masa berakhir.

Inshaallah sepulangnya kalau diizinkan doktor dari hospital pantas saya akan siapkan BAHAGIAN KE 2 sebahagian dari tajuk pertama iaitu MANTAPKAN KERAJAAN. Inshaallah kalau Allah izinkan.

(Anakku, panggilan Kakak yang pulang bercuti dari SM Sains Kubang Pasu, Batu 19, Jalan Kodiang, Jitra Kedah. Ku pinta tolong ke Cyvercafe di Taman Perumahan masukkan kedalam blog. Masalah internet bayar free guna. Benar kakak bantu Abah masukkan kedalam blognya, sebab Abah tidak sihat dan dapat rawatan susulan - Sidang pembaca blog Abah saya, doakanlah kesihatan Abah untuk mampu mungkin abah menghadapi leptop untuk membina rencananya. Abah terus tidak sihat, Abah minta maaf selepas Syawal nanti abah akan sambung MANTAPKAN KERAJAAN sekiranya kembali sihat sadikit. Abah ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada pembaca semua - seruan dari Kakak ).

Rencana oleh:- IBN ABDULLAH AL AWAB

Siap pada: 27 Ramadan 1431 - Isnin - 6 September 2010

Friday, September 3, 2010

SETELAH 2T 5B KERAJAAN PR MEMERENTAH KEDAH, JEJAK KAKI KUNJUNGAN SULUNG MEMENUHI UNDANGAN, SAHABAT LAMA (PEGAWAI KANAN KEPADA YAB MB KEDAH DARUL AMA

BAHAGIAN II

(KEDAH SEJAHTERA)

SETELAH 2T 5B KERAJAAN PR MEMERENTAH KEDAH, JEJAK KAKI KUNJUNGAN SULUNG MEMENUHI UNDANGAN, SAHABAT LAMA (PEGAWAI KANAN KEPADA YAB MB KEDAH DARUL AMAN).

(KU TEMUI SAHABAT LAMA YANG HEBAT, FAELNYA PERANGAINYA MACAM DULU. TETAPI CUKUP KEMAS, UMPH DALAM MENYAMPAIKAN INFO-INFO KEPADA KU. TERIMA KASIH DAN ALHAMDULILLAH DIATAS UNDANGAN).

22 Ramadan 1431 - Rabu - 1 Sept. 2010 -

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB

Berlapang dadalah dengan kepala yang dingin, usahlah berlengkar dengan lengkaran dendam kesumat. Hendaknya pembangkang umNObn Kedah yang kaya sombong memandang rendah dan terlalu prejudis, menyaksi disudut pelaksanaan pembangunan dalam penjanaan membangun negeri Kedah Darul Aman oleh kerajaan Pakatan Rakyat - PR: PAS, PKR dan DAP. Cuma baru menjangau usia 2 tahun 5 bulan selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lepas dengan persepsi sempit menuding tunjuk PR gagal, sedangkan lamanya 51 tahun umNObn memerentah penuh dengan peninggalan busuk, buruk dengan masalah lapuk dalam menangani projek-projek bersekali kejayaan beberapa projek. Tempoh 2 tahun 5 bulan hilang kuasa umNObn dah mengelabah tak kebah di Kedah. Lantas umNObn kepanasan mencari helah tenteramkan pengikutnya yang susut setiap hari.

Tetapi tempoh yang pendek 2 tahun 5 bulan itu dengan misi KEDAH SEJAHTERA, ianya tidaklah yang pipih datang melayang, yang bulat datang menggolek. Tetapi ianya adalah daripada hasil usaha gigih MB, Saf Anggota Exco, Penjawat Awam bersama-sama dengan rakyat jelata memberi sokngan dan dokungan kepada kerajaan PR. Sagu yang dapati; adalah hasil dari ruyungnya yang dipecah terlebih dahulu. Dengan segala kekuatan fizikal dan mental, serta didukongi sepenuhnya parti PAS, PKR dan DAP mendukungi sebagai benteng pertahanan musoh secara bersepadu, membujur lalu melintang patah, dengan hujah dan sanggah, propoganda dan fitnah musoh dan lawan politik PR dihadapi dengan penuh azam dan tekad menyanggah semua fitnah dan tohmah. Kerajaan telah berdepan dengan halangan, cabaran yang getir kadang-kadang mencemaskan.

Cabaran dalaman PR bersabit Adun dari PKR yang mencipta masalah, mengundang gundah rakyat dan kerajaan. Di samping usaha-usaha yang berterusan dari musuh bersistematik yang berselindung di berbagai-bagai rupa dan cara yang diketuai oleh pembangkang umNObn menghadapi kerajaan PR Kedah. Semua ujian tersebut dilalui dengan harga yang mahal disudut menyelesaikannya. Pembangkang kerajaan yang bernama umNObn, mereka masih tidak menerima hakikat mereka adalah pembangkang dalam Dun Kedah maupun diluar dewan. umNObn masih tidak berupaya membezakan peranan sebagai pembangkang yang sehat kerana umNObn sentiasa tersasul dalam ucapan dan tindak tanduk mereka masih macam ada kerajaan, dalam keadaan sengaja dan benar-benar terlupa.
Pemimpin umNObn tidak dapat menyesuaikan keadaan dan nasib parti mereka pula, yang kian dilupakan dan terus ditolak rakyat pengundi negeri Kedah. Sikap dan respon rakyat sendiri yang terpuji, tidak melatah dan terpengaruh dengan fitnah musuh, menjadikan suasana negeri aman dan sejahtera, serta rakyat negeri Kedah keluar dari kepompong pak anggok untuk mengugat dan mengigit kerajaan. Akhirnya musuh-musuh yang keciwa dan mengigit jari. Disini saya nampak rakyat yang berjiwa besar, memahami sepak terajang mainan politik pembangkang umNObn kepada kerajaan PR Kedah Darul Aman, membiarkan semua helah dan tipu daya lawan politik PR yakni pembangkang bernama umNObn, ditangani sepenuhnya oleh pehak kerajaan PR yang diketuai oleh MB dan saf Znggot Exco kerajaannya. Makanya Jun, Julai, Ogos 2010 dan seterusnya suasana politik Kedah kembali tenang stabil dan pembangkang dah penat dah.

Semuanya berfaktorkan kesabaran dan kewibawaan bijaksana dan tahan uji MB YB DS Azizan dan bersama-sama saf Anggota Exconya digandingkan dengan pegawai-pegawai kanan pejabat MB dan penjawat awam disemua peringkat. Justeru, kerajaan berupaya dan berjaya menangkis semua tohmah dan fitnah menghadapi dan menyelesaikan dengan penuh hikmah. Dengan doa restu dari rakyat jelata yang mendoakan kesejahteraan kerajaan PR untuk terus memerentah negeri Kedah. Salam dan doa kerajaan kepada rakyat jelata negeri Kedah setiap masa itu, ianya telah memberi impak yang besar kepada rakyat dan negeri seada-adanya. Ianya bersesuaian dan bertepatan dengan batang tubuh YAB MB seorang yang berilmu serta beramal dengan ilmunya diterjermahkan sepenuh ketika menjawat kuasa, di kerusi MB Kedah.

Allah telah gandingkan MB dengan saf Exco dan Adun dikalangan PAS dalam PR, terdiri dari mereka yang celik kaya ilmu dan profesional dalam beberapa bidang utama. Mereka beriltizam, komit dan komited memikul amanah rakyat untuk realisasikan matlamat KEDAH SEJAHTERA. Inshaallah. Makanya kekuatan dalaman dan luaran tersebut mampu berdepan kecaman dan fitnah bertubi-tubi dari umNObn dan teman seangkatannya diluar batas sopan. Ianya telah mengheret saya untuk membuat pembelaan berpandukan fakta sebagai faktor utama. Walaupun mengalami kesihatan yang uzur dan daif, saya berusaha untuk cuba menangkis mengikut kemampuan yang ada pada saya menulis membenteng kerajaan PR Kedah. Mudah-mudahan mendatangkan kebaikkan kepada kesejahteraan Kerajaan PR Kedah, setidak-tidaknya saya mendapat manfaat berguna diisisi Allah dengan apa yang tertinta dalam rencana ini.

Pembelaan terhadap kerajaan PR Kedah sekarang ianya menjadi kewajiban saya, kerana saya datangnya dari sini juga. Parti PAS yang menuboh kerajaan PR Kedah adalah urat dan nadi denyutan nadi saya sendiri. Berbekalkan sikit kekuatan fizikal yang 3 hari lepas kembali mendapat rawatan susulan jantung, darah tinggi dan lelah dihospital. Ketika kehospital ditemani isteri, isteri turut dibekalkan saya dengan sebuah buku lama kulit berwarna hijau, PERATURAN DAN ARAHAN oleh Almarhum Ustaz Hasan Albana diterjermahkan oleh Almarhum Ustaz Abu Bakar Hamzah, Pustaka Zakry Abadi, 89A Jalan Raja Muda KL. Cetakan pertama 1984. Buku dihadiah dan di tandatangani penterjermahnya kepada saya.




(Iktibar dari dikutip bahan buku tersebut, mendatangkan kekuatan membuat rencana ini untuk BAHAGIAN II sebagaimana dijanjikan. Ketika menunggu giliran mendapat rawatan di hospital, saya telah sms kepada seorang sahabat, sahabat tidak membalas sms saya atau membuat panggilan dan saya membuat panggilan juga tidak berjawab. Diatas kesilapan saya sms mengundang marah dan salah khilaf penerimaan barangkali. Saya amat sedih dan terlalu dukacita dan memohon maaf kalau itulah menjadi kesalahan. Sesungguhnya saya tidak mahu umpama padi jemor kering kontang, terkena hujan lebat walau 5 minit ianya telah basah. Maafkan ana.).

Peluang menjana pelaksanaan mengisi pemerentahan dalam menunaikan janji-janji semasa kempen hadapi pilihanraya dan manifesto PRU12 termasuklah diluar dari janji itu. Dalam tempoh 2 tahun 5 bulan dapatlah kerajaan PR pimpinan Usraz Azizan, berbangga dalam ertikata menunaikan janji dan tanggungjawab kepada rakyat mengikut kemampuan yang terhad. Kalau dibandingkan tempoh 51 tahun umNOPerikatan - umNObn memerentah Kedah dengan 7 Menteri Besar terdahulu sebelum dijawat oleh YAB DS Ustaz Azizan Razak. Kalau dirumuskan dengan satu statistik yang adil, tempoh pendek berlalu lebih baik tempoh semasa mantan MB Kedah terdahulu.

Mantan 4 MB umNObn yang pernah menduduki kerusi MB Kedah Darul Aman masih ada diera pesaraan sebagai negarawan. Iaitu Tan Sri Osman Arof, Tan Sri Sanusi Joned, Datuk Seri Syed Zain Syed Razak dan Datuk Seri Mahathir Khalid. Sesungguhnya Tan Sri Osman dan Tan Sri Sanusi mampu memberi penilaian mereka yang iklas sebagai Negarawan Negeri Kedah dengan dhamir mereka sehubungan kerajaan Kedah pimpinan DS Azizan sekarang. Negarawan Negara seperti Tun Daim Zainuddin mantan Menteri Kewangan pasti arif dengan pengendalian kewangan negeri yang dibelanjakan oleh kerajaan PR dengan perbelanjaan hora tiris kerajaan umNObn dahulu.

Saya telah angkat muatkan dalam rencana saya yang terdahulu di BAHAGIAN I dengan mengemukakan beberapa projek, perjalanan dan pengisian kerajaan PR pimpinan YB Ustaz Azizan. Menerusi BAHAGIAN II maklumat kerajaan dimaklumkan sahabat saya tempoh hari, yang sedang dilaksanakan dapatlah saya manfaat muatkan pula dalam rencana Bahagian II ini. Untuk makluman dan pengetahuan rakyat awam secara menyeluroh dalam menangkis dan menepis tohmohan pembangkang umNObn yang kerajaan PR tempoh 2 tahun 5 bulan tidak buat apa-apa sebaik mengambil alih kerajaan dari umNObn di Kedah. Temberang umNO yang memperkudakan RTM stesyen TV swasta membuat laporan negatif, dusta dan sembunyi tangan bila membaling batu, sikap pengecut ibn bacul, ditangkis sendiri oleh Laporan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Lainlah kerajaan PR dengan ruang yang terhad untuk menghebahkan projek-projek yang dilaksanakan dari masa kesemasa. Maka melalui medium maya internet menerusi blog dan blogger tegar mempertahankan PR dan parti-parti komponan PR adalah perlu kehadapan sebagai benteng menghadapi musuh dan lawan politik PR iaitu pembangkang dikenali umNObn. umNObn sentiasa memutar belit aktiviti kerajaan negeri dengan propoganda yang berulang. Disajikan semata-mata bermatlamat untuk mendatangkan keresahan pengundi dan rakyat, hatta menanamkan api perkauman yang melampau kepada rakyat terhadap kerajaan PR.


Disinilah sekiranya rakyat latah dan terpengaroh dengan fitnah dakyah pembangkang umNObn, mereka akan terus mencipta apa-apa juga yang mampu menaikkan api permusuhan dan haba kebencian kepada kerajaan PR. Agar membolehkan umNObn menjadi lanun penyamun titian sebagaimana umNObn merampas kuasa - kudeta di Perak. Langkah-langkah dan tindakan membina sahsiah rakyat, ianya menerusi pendidikan dan pembelajaran. Pendidikan kepada anak bangsa menjadi keutamaan dan ianya adalah pelaburan untuk negeri dan negara menuainya satu masa diatas semaian yang dijana oleh kerajaan negeri sekarang perlu dan bertepatan masanya.

Maka kerajaan bertindak mendirikan pasarana untuk mencapai kematlamat tersebut. Rakyat Kedah yang tinggal di Daerah Baling, Padang Serai, Kulim Bandar Bharu, Sik dan Bukit Selambau pasti mengetahui bahawa di Kuala Ketil, khususnya di Kampong Pantai Chicar, disitu dulunya ladang kelapa sawit seluas 832 ekar, telah ditebang dan kerja-kerja permulaan sedang giat dijalankan untuk pembinaan dan penyiapan kampus induk KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH yang mana pembinaan dijalankan berperingkat dari fasa kefasa dijangkakan siap tahun 2012. atau lebih sinonim dengan nama INSANIAH. Dengan kos permulaan difahamkan lebih kurang RM400,000,000.00 Selepas 39 merdeka dalam tahun 1995 barulah kerajaan terdahulu umNObn menubuhkan Kolej INSANIAH ini dengan siswa sulung seramai 43 orang dengan menumpang premis. Tetapi kerajaan pimpinan YB Ustaz Azizan masuk sahaja tahun kedua pemerentahan PR di Kedah tahun 2009, dengan penuh tanggungjawab kerajaan negeri mengiringi kenaikkan taraf.

Inshaallah dalam temph 2 - 3 tahun lagi KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH akan memiliki kampus sendiri yang mana pembinaannya sedang giat dijalankan. Kini Insaniah telah menempat pelajar siswa siswi seramai 4,492 termasuklah pelajar luar negara dari 35 negara belajar di Insaniah. KU Insaniah menawar 47 program pengajian sehinggalah keperingkat PhD. Seiring penyiapan kampus KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH kelak yang mengandungi Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kompleks Masjid, 4 Dewan Kuliah Utama, Kuliah Kejuruteraan, Muamalat & Multimedia Kreatif, Kuliah Al quraan, Usuluddin, syariah & Bahasa Arab, Bangunan Canselori, Asrama dan beberapa kelengkapan lain. Nyatalah limpahan pembangunan KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH sektor ekonomi setempat akan berkembang dan maju serta penempatan dan peluang pekerjaan pasti terjadi akhirnya Kuala Ketil akan dikenali sebagai Bandar Universiti, Inshaallah.

Dalam melestarikan pendidikan Islam menerusi Bajet 2010 kerajaan telah memperuntukkan RM28,500,000.00 kepada Lembaga Maktab Mahmud untuk memenuhi dalam menyempurnakan kemudahan prasarana dan tambahan guru-guru terlatih. Hatta ditambah dana sejumlah RM2,000,000.00 untuk membiayai kos-kos operasi Maktab Mahmud. Dimasa yang sama sedarnya kerajaan PR tentang anak-anak yang menghadapi sarat masalah dalam mengisi kehidupan sekarang. Justeru, Kem Anak Soleh peringkat negeri dianjurkan dan ianya mendapat perhatian besar dari ibu bapa dan waris penjaga untuk anak-anak di sekolah rendah. Sekurang-kurangnya ianya dapat menjadi penawar mujarab kepada penyakit sosial. Manakala diperingkat pelajar sekolah menengah diwujudkan pula Kem Bina Sahsiah, untuk merealisasi dan mengatasi masalah yang sama.


Kemuncaknya apabila Laporan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sehubungan peningkatan meningkatnya TARAF HIDUP rakyat negeri Kedah sebagaimana kenyataan berikut:-

# KDNK Kedah 4.6% hampir sama dengan KDNK Malaysia 4.8 untuk tahun 2008
# Pendapatan kasar isi rumah purata meningkat RM2,126 kepada RM2,408
# Kadar kemiskinan berkurangan daripada 7% tahun 2004 kepada 3% pada 2008
# Kadar kemiskinan tegar berkurangan 1.3% tahun 2004 kepada 0.3% pada 2008
# Kadar pengangguran menurun daripada 3.8% tahun 2004 kepada 3.3% pada 2008

Jelaslah dengan fakta dari dan disahkan sendiri oleh Laporan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri ianya memati dan menafikan tersendirinya, selama 2 tahun 5 bulan ketika ini, fitnah dan pembohongan berterusan dari pembangkang di negeri Kedah iaitu umNObn yang turut sama-sama menabur fitnah, sama-sama membohongi rakyat negeri Kedah dengan mendapat kemudahan media perdana negara rakyat RTM termasuklah TV stasta berkubur. Walau pun begitu dikalangan pemimpin umNObn Kedah tetap terus menyalak dan menafikan kejayaan-kejayaan tersebut. Kenapa? Semata-mata mereka umNObn mengabui ahli dan pengikut mereka agar tidak bertindak beralih sokongan, memindah kepercayaan kepada PR dalam kebenaran PR menjalankan pemerentahan dan kemajuan negeri mengatasi kerajaan umNObn dahulu. Inilah hantu jembalang yang sangat ditakuti umNObn.

Dalam memberi keselesaan rumah sejahtera di Bandar Sejahtera, iaitu golongan marhaen berpendapatan rendah mampu membeli rumah. Umpamanya tanah perumahan seluas 40 hektar di Pokok sena projek pembinaan dan penyiapan sebanyak 1,811 unit rumah dikendali sendiri oleh pemaju dan kontraktor syarikat kepada anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd dijangka penyiapan sepenuhnya dalam tahun 2017. Manakala sebanyak 660 unit pangsapuri kos rendah dalam proses dibangunkan di Taman Tunku Intan Safinaz, Bandar Darul Aman. Bersekali dengan 531 unit rumah kos rendah di Kuala Ketil dan 528 unit di Bandar Tunku Puteri di Pokok Sena. Projek-projek yang dikendalikan pembangunannya oleh Darulaman Realty Sdn. Bhd. yakni anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah, adalah diharapkan dengan keyakinan tinggi mampu mengurangkan masalah pemilikan rumah dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah dengan fokas untuk membasmi setinggan bandar.

Sebagai negeri dikenali sejak 50 tahun dengan negeri Jelapang Padi negara, kini YAB Ustaz Azizan dan Exco yang bertanggungjawab dalam sektor pertanian telah mempelbagaikan sumber pertanian, perikanan dengan mengambil pendekatan menamakan Merakyatkan PERTANIAN seperti Belanda Timur. Dalam Pelan Pembangunan Pertanian Kedah 2008 - 2015 kerajaan memberi fokas kepada menanam padi, jagong, nenas, syur-sayuran dan penternakan. Termasuklah Industri Akuakultur. Manakala Kedah Agro Biotech kini rancak menjalankan program merakyatkan pertanian. Memberikan tunjuk ajar dan pendedahan kepada penduduk dan peserta cara-cara menghasilkan cacair EM iaitu bahan penting dalam penghasilan baja kompos, silaj, baja buah, baja daun dan penghalau serangga.

Dalam memberi perhatian kepada sokan, selama 51 tahun pimpinan kerajaan umNObn terdahulu dan pimpinan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak memberi kemudahan kenderaan khusus kepada KFA untuk bergerak. Pimpinan baru KFA tempoh 2 tahun sahaja telah membeli sebuah bas eksekutif untuk KFA yang penyerahannya disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 21 April 2010. Hatta pasukan Kedah juga menunjukan prestasi baik dalam Sukma yang dilangsungkan di Melaka baru- baru ini.

Masalah bekalan air menjadi satu masalah besar yang diwarisasi dari pemerentahan umNObn selama 51 tahun di Kedah. Disini pembangkang sentiasa exploidtasi tentang air ini, sedangkan mereka lupa 51 tahun memerentah bekalan air diabaikan untuk ditingkatkan ketahap terbaik. Pembangkng umNObn nampak tempoh 2 tahun PR seolah-olah gagal mengurus tentang bekalan air bersih ini dibanding dengan mereka memerentah dalam masa yang panjang 51 tahun. Apabila kerajaan PR korporatkan pengurusan Jabatan Bekalan Air Kedah kepada syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Kedah dengan nama Syarikat Air Darul Aman (SADA). Mereka jaja kerajaan dah swasta bekalan air. Sedangkan saham SADA 100% share dan ekuiti dimiliki oleh Kerajaan Kedah. Semua ini disempurnakan pada 1 Januari 2010 dan ianya berjalan lancar.

Dalam menjana pembiayaan IKS kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2,000,000.00 untuk membantu usahawan yang membabitkan IKS. Dengan objektif melahirkan usahawan Bumiputra yang mantap dan berdaya saing. Membantu dan menasehati dalam menaikkan taraf usahawan kecil sebagai sumber punca utama pencarian rezeki, peluang-peluang ini sentiasa dapat dimanfaatkan oleh usahawan melalui Dana Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Tempoh 2 tahun 5 bulan memerentah, lebih 51 tahun dahulu, program ilmu tidak diadakan di Mentalon di Kediaman Resmi MB. Sesuai MB sebagai mantan pensyarah dan mantan dekan beliau hidupkan program ilmu dengan suburkan Kuliah Mingguan setiap pagi hari Sabtu di Dewan Seri Mentalon yang dipimpinnya sendiri berseang seli dengan penceramah-penceramah lain diantaranya Profesor Dato’ Dr Haron Din sahabatnya selama semasa menjadi pensyarah di UKM, serta beberapa penceramah yang lain. Ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang awam dan penjawat awam disemua peringkat. Inilah kelainan diantara MB PR PAS dengan MB umNObn selama 51 tahun beradu di Seri Mentalon.

Kerajaan PR Kedah pimpinan YAB DS Azizan Razak selain dari diatas, banyak lagi program projek semasa dalam membantu rakyat, dilaksanakan kerajaan PR dalam tempoh yang singkat. Walau pembangkang sentiasa suburkan fitnah kepada kerajaan. Sekali umNobn terus umNObn dan mereka tidak akan senang diri melihat kejayaan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Sebab itulah kerajaan usahlah mengambil masa yang banyak untuk melayan mehnah dan kerenah pembangkang. Biarkanlah, pasti mereka akan kehabisan tenaga, letih dan berhentilah dari menjadi penyanggah kemajuan yang dilaksanakan. Kedah Sejahtera - Rakyat Selesa, mudah-mudahan terus berjasa kepada rakyat jelata.

Inshaallah, saya akan berpindah dalam tajuk yang lain, sekali pun tidak disenangi oleh beberapa pehak.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
22 Ramadan 1431 - Rabu - 1 Sept. 2010 -