Thursday, June 4, 2009

N.12 PENANTI: KEPUTUSAN ANTARA SINIS DAN REALITI.

N.12 PENANTI: KEPUTUSAN ANTARA SINIS DAN REALITI.
SATU PANDANGAN RAMBANG



Pra dan sebelum penamaan calon, selepas penamaan calon serta tempoh berkempen selama 8 hari, di PRK N. 12 Penanti, kita menanti dengan penuh debaran lagi mendebarkan hati. Berkesudahan dengan perjalanan kepada PRK N.12 Penanti semalam 31 Mei 2009 Ahad. Senario dan salor galor kepada terpaksa menghadapi PRK kerana, hasil beriring negatif yang kesungguhannya dengan natijah besar berperanan wayang kulit dimainkan oleh tok dalang dari SPRM kepada penyandang ADUN N. 12 Penanti Mohammad Fairus Khairuddin. Ianya berakhir dengan keputusan simpul mati perletakkan jawatan oleh Mohammad Fairus. Kesalnya SPRM kerana gagal tunaikan hasrat Presiden UM No/PM6 merayu mengelakkan berhadapan PRK, sementelah PRK di Kapar Permatang Pauh.

Fungsi awalnya pendekatan-tindakkan oleh SPRM kemungkinan untuk meluluskan kerja buat yang PSRM berjasa mencapai kejayaan cemerlang sebagai tandu disatu pehak di Perak. Iaitu sebagaimana peranan yang dimainkan, dimanipulasikan keatas Exco/ADUN PKR di Perak, yang dunia mengetahui apa sedang berlaku sekarang. Maka cara itulah juga dipergnakan untuk menundukkan Fairus dan usaha membuka gelanggang pertuduhan rasuah kepada Fairus. Nyatalah usaha tersebut gagal, yang bermatlamat untuk kucar kacir dan porakperandakan keatas kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipimpin oleh YAB Tuan Lim Guan Eng dari DAP dalam PR, sama sebagai mereka lakukan di negeri Perak.

Peranan dan matlamat asal tersasar. Reaksi kepada keputusan simpul mati Fairus ianya mendapat aksi besar dari PM6 juga Presiden UM No DS Najib. Maka batuk dan belehak Presiden UM No, bijak ditafsirkan dengan makrifat serta arif difahami bahasanya terhadap cara-cara menyelesaikannya. Lantas instant mee maggi dari SPRM yang mencipta reka masallah menyudahkan masalah tersebut. SPRM jugalah yang menolak rekacipta mereka sendiri dan menafikan membawa malu diatas peranan SPRM itu sendiri yang tidak menjadi dan mengena kali ini. Rakyat wajar menilai, mengambil perhatian dan membuat satu tanggapan kepada SPRM diatas kerja-kerja mereka mutakhir ini.

Jalan keluar dan jalan pulang maka, SPRM telah sintuk limau berlanggir pulihkan Fairus dari sebarang tuduhan rasuah kerana tidak cukup rempah ratus, maka kari tidak dapat digulaikan. Fairus sebersih zam-zam diperigi setidak-tidaknya embun pagi. Maka perkiraan wajarlah menarek kembali peputusan terbentang meletakkan jawatan. Kerana masalah pribadi dibuang ketepi menjadi bersih semulajadi. Fokas dan natijah wahidnya adalah untuk tumbangkan seekor gajah. Walaupun begitu, Fairus adalah Fairus yang bersikap berpendirian tegas dengan keputusannya walau ia sarat dengan kelemahan pribadi, disudut lain beliau (Fairus ) adalah wira bukan pendurhaka. Maka permainan tarek tali dan wayang kulit SPR terpaksa panggung yang dibuka, cuba dikatup demi batuk belehak Presiden UM No, akhirnya PRK N. 12 Penanti terpaksa diteruskan SPR sekalipun dibenci, ditolak 100 % oleh PM6-Presiden UM No Malaysia/Pengerusi BN. Maka UM No dengan pengecut, basul dan penakut melangkah 6 tapak kehadapan memanggil BN tulong main wayang kulit N. 12 Penanti. Pulau atau terpelau kalau turut bertanding di PRK N. 12 Penanti.

Dalam membicarakan faktor dalaman yang dihadapi PKR sebagai kudis yang bernanah di N. 12 Penanti. Ia juga sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada jumlah yang kecil pengundi yang keluar mengundi setelah semua peti-peti undi disemua saloran ditutup jam 5 petang semalam. Cuma jumlah pengundi berdaftar yang keluar membuang dan menunaikan undi mereka adalah 46.15 peratus sahaja. Saya akan ulaskan sekejab lagi mengikut hemat saya. Tetapi faktor yang rakyat dan negara wajib melihat dan menelitinya melalui lidah blogger individu tetapi merupakan penyokong dan pembela tegar untuk semua komponan parti dalam PR dan kepimpinannya.

Sebelum saya panjang dan mengulas saya ingin menarek perhatian khusus dikalangan kita bersama, kenapa SPRM cuma ligan ADUN PR dari PKR dan DAP? Tidak kepada ADUN PAS dan AP PAS, kenapa? Ini persoalan pertama yang wajib kita hadapi dan tangani bersama. PRK yang diadakan di Bukit Selambau ianya kerana masalah ADUN PR dari PKR. Begitulah yang menyebabkan runtuhnya kerajaan PR dimata mahkamah dan sewaktu dengannya juga disebabk 2 ADUN PR dari PKR juga berkaitan rasuah termasuk saorang ADUN dari DAP. Serta ADUN sekarang yang PRK baru selesai semalam juga di pikul PR disebabkan ADUN dari PKR mulanya disabitkan dengan rasuah. Hantunya Altantuya bersekali dengan peledak C4 yang digengam oleh SPRM senada dengan SPR. Itulah hantu yang sentiasa mengikuti pemangsanya.

Ianya berbedza dengan Kuala Terengganu APnya dari UM No-BN meninggal dunia samalah AP Bukit Gantang dari PAS juga meninggal dunia. Allah takdirkan disaat SPR bersedia untuk memaklumkan tarikh penamaan calun dan tarikh pengundian untuk Kadun N> 12 Penanti, maka disaat itulah lagi satu kematian dijemput Allah juga ADUN PAS dari Manek Urai. Maka satu pilihanraya

Kepada mantan ADUN N. 12 Penanti juga mantan TKM1 Pulau Pinang yang mewakili PKR Saudara Mohammad Fairus kamaruddin. Disebalik anda sebagai wira (saya siliut tabek hurmat) yang tidak pembelot dan petualang kepada perjuangan menghadapi pancaroba menyeberang menjadi ADUN UM No-Bebas, sekali lagi saya mengucapkan tahniah syabash dan Alhamdulillah. Hakikatnya selama dan semasa anda menjadi ADUN N. 12 Penanti dan TKM1 Pulau Pinang, menurut banyak sumber yang sampai kepengetahuan saya, saya tolak dari pendapat cemohan keterlaluan dari lawan politik kita sememangnya cemar dan musoh dalam politik anda lebeh cemar dan lebeh kotor lagi sebenarnya.




Gambar rumah yang sentiasa berbakti kepada PR, dijadikan Bilik Gerakan Utama PAS
Bagi PRK N.12 Penanti. Saya rakamkan gambar ini pada 31 Mei 2009 Ahad, jam 10 pagi
Letaknya bertentangan dengan Masjid Kubang Semang, Penanti.

Tetapi info serta maklumat adalah dari sumber dalaman teman dan kerabat Permatang Pauh khasnya Penanti dari PKR dan PAS. Anda tidaklah mendapat pujian dan sanjungan besar selama semasa menjadi ADUN N. 12 Penanti dan menjawat jawatan TKM1 Pulau Pinang. Jawatan itu sebenarnya merenggangkan agak jauh anda dengan pengundi-pengundi serta teman-teman anda separti dan dalam PR itu diantara hakikatnya. Anda sentiasa dibandingkan dengan perkhidmatan ADUN Sungai Dua YB Haji Hamdan yang mampu mempertahankan DUN dimenanginya dan amat disenangi pengundi dan rakyat.

Pengundi juga mendapat info bagaimana seperti Almarhom ADUN Manek Urai yang 5 kali memenangi DUN disertainya dengan undi sentiasa bertambah, itulah wakil rakyat rakyat. Walau banyak pihak telah cover semua kelemahan anda, tetapi ianya tidak memisahkan anda untuk kembali menjadi wakil rakyat rakyat dan TKM1 yang berwibawa. Ketika itulah jarum yang mengandungi macam-macam virus penyakit tegar dan penyakit genetik pun disuntek kepada anda dan kepada sebahagian pengundi. Membicarakan anda sebagai ADUN N.12 Penanti dan TKM1 Pulau Pinang yang gagal. Kesannya pasti akan menjalar dan diterjermahkan kepada PR khusus dan khasnya PKR ini. Kesannya adalah keputusan yang sama-sama diterima secara tidak resmi jam 6 petang semalam 31 Mei 2009 Ahad.
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Malangnya sebaik kehadiran anda dimalam memperkenalkan calun PRK N.12 Penanti, PR memberi laluan kepada PKR meletakkan calun iaitu Dr Mansor Othman. Anda bersama ketika itu dan bercakap memberi sokongan sepatah dua kepada penyokong setia PR – PKR, DAP dan PAS serta dihadapan pengundi-pengundi Penanti di Yayasan Aman. Selepas dari malam itu dalam program ceramah besar PKR anda memencil dan menafikan diri untuk turut mengambil peluang serta kesempatan berdepan pengundi memohon maaf secara terbuka, kekesalan diatas serba kekurangan tempoh setahun menjadi ADUN mereka dan menjawat TKM1 termuda yang mengeciwakan mereka. Anda buang dan lepaskan peluang tersebut bersama-sama pimpinan PR yang lain, demi sejukkan hati pengundi mendengar sesuatu dari lidah mulut anda, beri maklumat langsung kepada pengundi Penanti.








Gambar kelihatan Timbalan Pengarah PR PAS Pusat
YB Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Mantan Speaker / Mantan SU Politik kepada YAB TG
MB Kelantan) berbincang dan mengatur strategi untuk memenangkan calon PR Dr Mansor Othman di
PRK Penanti dengan pimpinan kanan PAS Pulau Pinang Ustaz Haji Khalid Man sedang diperhatikan (berdiri baju putih) EXCO KN PP YB Tuan Malik Kassim, bergandingan dengan pemimpin yang lain. (Foto ini saya rakamkan pada 10.10 pagi / 31 Mei 2009 Ahad, sebelah Kedai Kopi Spg Masjid Kbg. Semang)

Saya amat kesal diatas anda kerdilnya saudara Fairus bersembunyi diri dalam menghadapi pengundi-pengundi. Maka jawapanya sebagai penyebab gabungan menurunnya pengundi yang mengeluar mengundi sehingga peti undi ditutup jam 5 petang 31 Mei 2009 Ahad semalam sejumlah 46.15 peratusan pengundi sahaja keluar mengundi. Tidak sebagaimana sanjungan semasa anda bertanding dalam PRU12 dahulu. Saya dukacita dan saya kesal diatas sikap dingin anda tersebut, maaf sekiranya saya berkasar dan kenyataan ini juga tidak suka didengari oleh orang lain selain daripada Firus.
l
Gabungan penyumbang kepada pengundi tidak keluar mengundi selain dari Fairus, ianya adalah diatas faktor reaksi pengundi kepada ucapan dan dijadikan informasi pengundi dikalangan beberapa pehak yang menjadi lebuhraya kepada pengundi tidak keluar mengundi. Apabila Presiden UM No sendiri yang menyuarakan UM No-BN tidak menyertai dan memulaukan PRK N. 12 Penanti dengan alasan untuk menumpukan perhatian kepada rakyat dalam beberapa pekara utama serta tidak mau membazirkan wang rakyat-wang negara dibelanjakan untuk PRK, yang sia-sia kerana mengikut rentak PKR. Hatta jauh lebeh dari itu bila Presiden UM No dan Ketua Penerangan UM No Malaysia mengatakan PRK N.12 Penanti diadakan di luar perlembagaan negara, dan disahut sambut macam burong kakatua dikalangan UM No mengia putuskata bosnya termasuk KP UM No yang dipulau.

Lebeh parah dan terperuak lagi, ianya di sensasi sendiri oleh Pengerusi SPR dua tiga hari menjelang PRK semalam (Ahad 31 Mei 2009), samaada ia sedar atau diluar dari sedarnya; atau sememangnya ianya bermaksud dan sememangnya bertujuan dengan membuat satu komen yang saya tidak menduga samasekali dikeluarkan oleh saorang yang mengurus perjalanan SPR, tetapi mengundang inforamsi yang menjadi pertanyaan dan berbelah bagi kepada pengundi sebagai saranan dan pandangan yang tersurat lagi tersirat mewakili pehak tertentu yang kita sememangnya ketahuinya.

Akhirnya pandangan terbuka Pengerusi SPR dan tindakkan SPRM yang amat cakna dan prihatin disaat fokas kepada berkempen PRK, namun SPR dan SPRM menjadi tandu kepada calun bebas Nenek Min, membuka dan menunjuk jalan. “SPR akan membuat siasatan segera yang terperinci bersabit dengan aduan rasuah terhadap PKR akan sogokan rasuah RM dan jawatan. SPR akan berganding dan bekerjasama penuh dalam kes tersebut. Sekiranya SPRM mendapat ianya mempunyai kes dan didapati salah, SPR tidak teragak-agak akan membatalakan keputusan Dr Osman Mansor sekiranya dia menang dalam PRK tersebut. Kalau tak ada apa-apa tak apalah”.


Apakah matlamat dan tujuan Pengerusi SPR mengeluarkan pendapat begitu? Sebagai Pengerusi SPR, usaha menjadi talibarut dan simpai kepada UM No-BN menyampaikan masej menghasut pengundi jangan keluar mengundi calun PKR Dr Mansor kerana kes dihadapi belum menentu. Jadi secara simbolik dan tersiratnya, ianya difahami dan dapat dimengertikan oleh pengamal-pengamal politik dan ramai dikalangan blogger politik, memahami begitulah yang tersirat Pengerusi SPR. Iaitu usaha undi Dr Mansor kerana kalau dia menang dan saya (Pengerusi) dapati ia bersalah dan saya (Pengerusi SPR) akan membatalkan kemenangan tersebut. Makanya untuk mengelak berlaku PRK semula undilah calun bebas Nenek Min (Aminah Abdullah). Inilah tafsir dan sifir politik hasil dan kesan langsung dari Pengerusi SPR.

Jam 5 petang semalam (Ahad 31 Mei 2009) PRK N. 12 Penanti telah mendapat jawapan kepada peratus rendah keluar mengundi N.12 Penanti dari PRU12, 8 Mac 2008 dulu 82.09 peratus kepada merudum 46.15 peratus keluar mengundi semalam. Rakyat dan pengundi telah telah menyambut dan menterjermahkan kedalam peti-peti undi, seiring dengan kehendak PM dan pemuka-pemuka yang sewaktu dengannya, dengan bangga. Selesai dan mendapat keputusan resmi PRK N.12 Penanti secara tidak resmi jam 6 petang semalam. Bermacam-macam pandangan yang dikeluarkan oleh pemimpin UM No-BN, hatta pandangan komen dari RTM dan Mediaprima dan akhbar perdana maseh semuanya tidak kena. Maaf cakap. Sampai mampus puak-puak ni tidak akan mengiktiraf PR, kemenangan dalam PRK oleh PKR, PAS dan DAP di PRK, semuanya mereka telah siapkan jawapan dan skripnya.

Sampai kepada dekan dan pensyarah kanan di IPTA pun mengeluarkan pandangan tau ubah macam Man Bisu kampong Nisam Bintong bercakap utau. Janganlah pula menempelak berterusan diatas berbeda pandangan dan berlawanan penghuraian, semuanya biarkanlah rakyat pengundi membuat penilaian dan merumuskan kebenaran. Hakikat dan realitinya korang atau ramai peratus keluar mengundi semalam, pengundi Penanti dalam PRK N. 12 Penanti telah memberi undi dan telah boktikan mereka mampuskan deposit semua calun-calun bebas termasuk calun bebas Nenek Min yang mendapat liputan, lipatan sakan dari media perdana kerajaan dan swasta kerajaan. Menjana tambah sokongan menaikkan calun bebas Nenek Min ini, sampaikan teruja SPR dan SPRM turut mendapatkan bedak sejuk, bedak pengket, air lemuju dalam memberi sokongan untuk memenangkan Nenek Min ini. Sayang, semuanya tersasar dan tidak menjadi.

Tetapi 1,000 usaha media perdana dan immunity UM No, rakyat adalah hakim maha berkuasa dalam peti undi, calun bebas mati posit kata Li telor Merbau Pulas. Sekadar mengingatkan kepada yang lupa, atau kepada yang benak sengaja jahat menganjorkan sensasi akan keputusan PRK N. 12 Penanti. Mana ada dalam donia ni, dimana-mana PR atau PRK pengundi keluar mengundi 100 peratus. Komunis pun tak sampai hati nak umumkan depa mendapat sokongan 100 peratus dari pengundi.

UM No-BN dan kuncu-kuncunya wajib sedar tentang ini. Jangan rambang sembang buta menolak realiti dan fakta setaraf graduan sekolah dewasa luar bandar dilancarkan di akhir tahun 50han dan sampai tahun 60han macam cerita yang TS P. Ramli lakarkan dalam cerita hebatnya “Bujang Lapok”. Terus menafikan fakta dan terus membodohkan rakyat dan pengundi untuk terus sensasikan ini. Benar negara telah mencatatkan pengundi terendah. Negara juga telah mencatat dan rekodkan sekalipun rendah pengundi keluar mengundi, PR-PKR YB Dr Mansor Orhman telah lipat gandakan majoriti menang dan hilangkan deposit ketiga-tiga calun bebas termasok mendapat sokongan langsung tidak langsung dari UM No. Kenapa hal ini tidak menjadi tajuk utama berita? Kenapa gelapkan fakta ini?

Jumlah pengundi yang berdaftar diguna dalam PRK N. 12 Penanti adalah 15,384 pengundi. Jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah 46.15 peratus berjumlah 7,099 pengundi.

1. Calun PR-PKR - Dr Mansor Othman mendapat 6,052 undi, majoriti 5,558

2. Calun Bebas – Puan Aminah Abdullah mendapat 392 undi hilang deposit.

3. Calun Bebas – Naik Khan Ari mendapat 494 undi hilang deposit.

4. Calun Bebas – Kamarul Ramizu Idris mendapat 56 undi hilang deposit.

Ketiga calun-calun bebas cuma mendapat undi dari pengundi protes dan pengundi atas pagar berjumlah 942 undi dibawah tiga angka dan undi rosak 106 undi. Disinilah garis tanda-benchmark PKR dan PR berterusan dihati pengundi dan dihati rakyat bersambung sejak PRU12 yang lalu, Inshaallah ianya akan berterusan sampai PRU13 nanti, Inshaallah. Walaupun keputusan ini sadikit tercalar sehubungan dengan peratus keluar mengundi yang namun majoriti berlipat diperolehi oleh Dr Mansor Othman dibandingkan dengan yang diperolehi dalam PRU12 oleh Mohammad Fairus dahulu.

Disinilah bertambah dukacita dan laranya UM No memikirkan keputusan PRK N. 12 Penanti bukan kerana peratus merudum. Tetapi disudut merudum itu PKR mendapat majoriti dan undi besar. DR Mansor mendapat majoriti yang UM No taksangka, tak menduga. Inilah fenomina macam virus H1N1 dihadapi oleh UM No-BN. Hakikat inilah maka dicari gelanggang baru untuk alih pandangan dari realiti pengundi menurun tetapi undi PKR meningkat menegak majoriti diperolehi, kesal tak berkesudahan. Bagaimana UM No akan berdepan PRK Manek Urai kelak. Punca utama UM No pulaukan pilihanraya ini faktor utama berikuttan menganjurkan langsung dan simbolik jang keluar mengundi, akhirnya jadi abu angin.





Saya membuat pendekatan disini berasaskan fakta PRU12, pada 8 Mac 2008 yang lalu. Jumlah pengundi hampir sama dengan pengundi semalam, tetapi peratus keluar mengundinya adalah 82.07 peratus bermakna 12,625 pengundi keluar mengundi. PRU12 tersebut calun PR-PKR Mohammad Fairus Khairuddin mendapat 7,346 mengalahkan calun UM No-BN Datuk Abdul Jalil Abdul Majid hanya mendapat 5,127 undi dengan majoriti 2,219 undi. Jadi dengan fakta PRU12 keluar mengundi 82.07 peratus dan semalam PRK keluar mengundi 46.15 peratus.

Maka berlandaskan kira PRU12 tersebut maka pengundi yang tidak keluar mengundi adalah 36 peratus atau 5,538 pengundi yang menyambut seruan dan galakkan jangan keluar mengundi kerana UM No-BN tidak bertanding dalam PRK tersebut dan memulaukan PRK Penanti. Mereka berjaya mempengaruhi agar pengundi jangan keluar mengundi khususnya saki baki UM No-BN. Tetpi hakikatnya mereka berduka lara dan bertambah parah sentemen kesumat kepada PP khusus dan khasnya PKR kerana dengan pengundi yang sadikit tetapi mengendong majoriti lebeh berganda dari majoriti didapati PRU12 sejumlah 2,219 semalam meningkat majoriti 5,558 bermakna bertambah majoriti dalam tempoh setahun 3,339 undi sebulan bertambah majoriti 278 majoriti itulah hakikat PR khususnya berlapang dada.

Justeru, jangan pehak-pehak yang tidak bertanggungjawab, langkau dengan langkah sumbang mendakwa sasar fakta dan realiti, merumuskan terbabas simpulkan, tidak keluar mengundi adalah 53.85 peratus atau 8,284 pengundi. Itu bukanlah kenyataan hakiki tetapi hakikat menafi busuk hati. Disinilah saya membuat rumusan rambang kepada keputusan PRK N. 12 Penanti semalam. Usahlah gandakan usaha menafikan realiti PRK Penanti putar sebenar tidak keluar menundi, meletakkan peratus bukan diatas paksi kebenaran. Jangan huburkan hati dan diri serta penyokong sekalipun peratus menurun merudum keluar mengundi, tetapi peratus majoriti menegak dan terus mematikan nafsu UM No dan kasikan nafsunya untuk bersuara di Penanti amnya Permatang Pauh.

Nyatalah penyokong UM No-BN yang berbaki di DUN Penanti dianggarkan cuma 5,538 sahaja, dan ianya akan terus mengecut dan mengecil ketika behadapan PRU13 nanti. Mudah-mudahan dengan aksi saya menjawab persepsi semua pehak yang rambang buta fakta mengulas, supaya kembali kepada kebenaran dan realiti semalam di PRK Penanti.

Kepada semua perpaduan dan kesatuan kepimpinan PR- PKR, DAP dan PAS dan anak-anak muda yang amat teruja memberi sokongan tenaga dalam mengisi ruang-ruang perkhidmatan disemua posisi dalam menjayakan PRK N. Penanti, dari saya tahniah dan terima kaseh. Untuk anak-anak dan pemuda yang berjiwa waja, PR – PKR, DAP dan PAS ditangan anak-anak semualah akan ketentuan keputusan PR menghadapi PRU13 kelak.


Anak-anakku! Bebaskanlah diri anda semua dari belenggu BN-UM No dalam PRU13 kurang 4 tahun dari sekarang. Budi santun anda semalam kita bersama, di kiraNya sebagai budi menjana pahala di akhirat bersyarat anak-anak berusaha membantu kerana Allah. Benarlah saya melihat dan menyaksi sendiri suasana disemua tempat mengundi PRK N. 12 Penanti, keadaannya aman dan tenteram berjalan dengan lancar. Tidak terdapat batalion besar Polis dan Askar yang menakut dan mengertak pengundi dengan macam-macam cara seperti PRK terdahul Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terenggnanu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang pengundi samarata dengan Polis dan Askar ditempatkan.

Hatta petugas SPR pun ego UM No-BN mereka menurun dan selamba tidak sekiranya lagak mereka yang sentiasa bias dan berpehak kepada calun-calun UM No-BN yang turut bertanding, apa lagi mengada bermuka sekiranya lawatan tokoh UM No yang rasuah ke tempat mengundi, menjadi-jadi ego mereka. Jadi saya merumuskan PRK menjadi terator dan damai tidak tegang apabila UM No-Bn tidak serta dan memulaukan PRK N. 12 Penanti. Ini telah diperakui oleh Ketua Polis Bukit Mertajam dan beberapa akhbar perdana MELAPORKAN SUASANA TENANG TERSEBUT. Tanpa penyertaakn UM No-BN dalam PRK N. 12 Penanti, tanpa alat perkakas pembantu setia mereka gelagat ampu menjulang dari polis dan askar maka PRK menjadi tenang harmoni tanpa UM No-Bn.

Jadi nyatalah ketegang dalam PRK selama ini adalah difaktorkan UM No-BN yang ganas dan provok dalam menghadapi mengisi untuk memenangkan PR dengan menjadikan alat bantu hayat mereka bergantong kepada polis, askar dan jabatan-jabatan kerajaan pusat selama ini. Dan tegang pasti berlaku di Manek Urai dan askar-polis dan semua petugas talihayat UM No akan dibawa masok samaramai dengan pengundi Manek Urai, pasti tidak terurai masalah, tetapi mengundang masalah tegang di Manek Urai disebabkan UM No, kita tengoklah sama-sama nanti, kita perhati dan buat cacatan.

Tahniah PR. Tahniah YB DS Anwar diatas sabar menghadapi PRK dan menah dan kerenah pengundi dan dominan parti. Selamat menjalankan tugas, dan jadikanlah diri anda YB Dr Mansor Othman sebagai wakil rakyat rakyat. Ahli-ahli PKR, DAP, PAS, UMNO, Gerakan dan lain-lain adalah rakyatmu, jangan membedakan layanan dan menyelesaikan masalah rakyat Penanti kerana berlawanan parti, saya tentang sikap tersebut. Tidak pelek saya akan mengekori dibelakang demi perjalanan ADUN Penanti adalah terbaik untuk pengundi sebaik Al Marhom Ismail Yaacob di Manek Urai sebagaimana diperakui oleh semua pengundinya melalui 5 kali PRU. Saya doakan YB Dr Mansor segala kebaikkan. Tahniah berganda kepad pimpinan Pas khususnya kepada orang lama PAS Ustaz Khalid Man teman sejak 1982 lagi dan yang lain-lainnya.




Kepada jenis manusia/pemimpin yang bernama Lim Guan Eng, anda adalah diantara pemimpin yang amat saya menghurmatinya, saya adalah pengundi anda di Bagan Dalam. Anda selepas MB Kedah YAB DS Ustaz Azizan telah mengotakan ikrar janjinya kemenangan calun PKR Bukit Selambau maka jawatan Exco sedia menanti. Maka pemenang PRK Penanti akan pasti menjawat jawatan TKM1 Pulau Pinang dalam masa terdekat untuk mengangkat sumpah jawatan dan sumpah sebagai ADUN. YAB Tuan Lim Guan Eng, anda wajar berlapang dada, terimalah hakikatnya Allah tuhan sekelian alam telah tentukan YB Lim Guan Eng menjadi KM Pulau Pinang kerajaan PR. Maka jadikanlah KM yang bertanggungjawab bahawa, Melayu, Cina dan India adalah rakyat anda yang jangan nafi dan ketepikan hak dan kepentingan masing-masing.

YB Dr Mansor! Pikul dan terimalah amanah rakyat dan negeri. Usahlah mengulangi yang rakyat susah kerana sikap wakil rakyat dan Ketua Menteri makan hati kerana sikap TLM1 yang lalu, agar tidak brulang. Episod dulu kita sejarahkan dan marilah kina bina dan isikan perjuangan ini dengan deminsi baru, dalam matlamat yang sama, Inshaallah.

Jam 3.20 pagi 1 Jun 2009 Isnin
Bersamaan : 7 Jamadilakhir 1430
Rencana di siapkan oleh : Ibn Abdullah Al Awab