Tuesday, March 18, 2014

KALAU PINTU TINGKAP PWTC DAN PUTRAJAYA DI KOPAK



KALAU PINTU DAN TINGKAP PWTC DAN PUTRAJAYA DI KOPAK.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
16 Jamadilawwal 1435H - (Selasa) - March 18, 2014


Taji dah tumpul.

Antara sikap cakap besar, besar cakap, cakap tinggi serta tinggi diri dan hidung tinggi, semua-semua itu mungkin sudah sedikit kendur keberadaan kerajaan minoriti yang dok memerentah Negara sekarang. Tetapi ego mereka masih ada dan membara kalau pun tidak menyala. Semua-semua itu sudah sebati menjadi perhiasan hidup untuk DS Najib RM, bini ke2nya dan kepada sekelian pemimpin umNObarubN dulu dan kini. Disebabkan fenomina kerajaan 1Malaysia memiliki kudrat sekadar 47% sokong minoriti rakyat selepas PRU13.

Manakala kerajaan minoriti 1Malaysia dibentuk mengendali cabinet,mereka terdiri dari yang bodoh sahaja. Mengikut kenyataan yang berulangkali diungkapkan oleh Tun Dr Mahathir Muhammed (TDMM). Nasibmu umNObaru. Barang diingat, TDMM adalah pengasas juga ibu yang melahirkan umNObaru sebaik ia kafankan UMNO ASAL dikamar mahkamah dengan melakar sejarah besar Negara. Bukan sahaja UMNOASAL menjadi mangsa, tetapi badan KEHAKIMAN NEGARA menjadi punah ranah sampailah sekarang tidak dapat dipulih. Pemulihan badan kehakiman akan berlaku hanyanya melalui bN binyahkan dari Putrajaya digantikan dengan kerajaan PR yang baru dalam PRU14 kelak.

Sahlah TDMM dengan usianya yang panjang dengan pengetahuan dan pengalaman  politik Negara yang mendalam cukup cekap menbaca perjalanan politik Negara khususnya dalam umNObarubN.  Suasana politik sejak sebelum merdeka, semasa Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia, semasa Singapura bersama dalam Negara dan ketika Singapura merdeka. Saya tabit spring dekat TDMM, kerana serba tahu dan berpengetahuan dan masih tajam kuku tembaganya mencengkam perjalanan politik Ds Najib RM PM1Malaysia. Hebatnya TDMM ialah memiliki hati kering dan busuk dalam membunuh karier politk musoh politiknya walau sekalipun berada dalam sekelambu  sedacing, semuanya ranap dengan penangan adu dumba berhelah dan fitnah kubra keatas lawannya. Itulah hebatnya TDMM.

TDMM mengenali ahli parti yang dilahirkannya  sampai keusus dan sekalipun menjadi shit. Beliau berjaya tolak buang Almarhum Tun Ghafar Baba, nyah ketepikan Tun Musa Hitam, mencipta fitnah singkir DS Anwar Ibrahim. Tolak ketepi keluar Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kini TDMM sedang berusaha, kalau menjadi percaturannya DS Najib RM akan menjadi mangasanya yang terakhir sebaik selesai PRK N25 Kajang nanti. Percaturan dan helah untuk menjulang anaknya berada dalam pemimpin utama umNObaru di PWTC dan di Putrajaya, ketika masih ada hayatnya. Bukan sekadar dudok di Kota Darulaman dok fikir pasai ternak kerang di Kuala sanglang dan Kuala Jerlun, tak kesudah kalau setakat tu.


Dendam yang tak padam.

Dalam PAU umNObaru dalam bulan August 2013 kalau tak salah saya, ianya telah berakhir dengan ada yang bengkak bengil, lebam menanah dan berdarah. Sebaik PAU selesai dan berakhir pertarongan, ada yang bergembira dan sebaliknya. Ramai pula yang keciwa dan berdendam dan marah serta keciwa. Siapa? 1umNObaru mengetahui dan sebarang sedia maklum. Yang mana TDMM marah, keciwa dan amat berdendam bila dirinya dimalukan oleh DS Najib RM bila putranya YAB MB Kedah DS Mukhriz tewas dalam merebut jawatan Naib Presiden umNObaru.

Bilamana DS Najib RM maukan sepupunya mesti menang dalam persaingan pertandingan Nain Presiden. Percaturan kehendak DS Najib, makanya sepupunya DS Hishammuddin menewaskan Mukhriz. Hatta Hishammuddin memegang dua cabinet utama Menteri Pertahanan dan Menteri Pengangkutan. Semata-mata untuk mengilap dan mendedahkan sepupunya melonjak kepuncak satu waktu nanti.

Kalau-kalau berkesempatan percaturan TDMM  lonjakkan pula TS MY memegang tampuk Putrajaya menjawat Perdana Menteri1Melayu dan menjuarai umNObaru di PWTC. Pengamatannya untuk jangka panjang menjaga kepentingan perniagaan putra-putranya, keutamaankepentingan RDMM snediri. Khususnya DS Mukriz anak bapak, dapat kembali mendapat tempat dalam umNObaru pusat dengan posisi pentingdengan penguasaan yang lebih terjamin. Pemerhatian sekarang, anaknya di Kedah itu berada dalam keadaan tidak terjamin seperti gasing berpaku longgar. Telor dihujung tanduk.

Seingat saya TDMM dipanjangkan umur bersama Tun Dr Siti Asmah, sehingga kini sudah dapat dibilang dengan jari akan teman politik yang seangkatan yang seusia TDMM yang masih hidup dan aktif dalam memberi pandangan terus mengasak menghentamDS Najib RM serta kerajaan1Malaysia yang lemah kerana umNObaru. TDMM masih bersengat  dan mampu mengugat dan mengigit mangsanya, dah ramai mangsa-mangsa sengsara berdukacita.
Kini umNObaru dan kerajaan 1Malaysia sedang dimoniter  penuh oleh TDMM. Tun DMM mahir dalam mengharung gelombang dan taufan. TDMM sebenarnya mampu menguasai gelanggang sepak terajang syaitan yang nampak yang dulu dan kini menganggoti umNObarubN.
  

Mentaliti kangkung

Sehubungan keadaan diatas sebagaimana TDMM sentiasa ungkapkan berulang kali,  keahlian dalam umNObaru sekarang terdiri mereka yang bodoh-bodoh belaka. Kerana yang cerdik pandai seperti doctor, lawyer, akitek, jenderal dan cerdik pandai lain masok PAS, yang bodoh saja yang masok umNObaru. Sehubungan dengan kenyataan dari TDMM tersebut, makanya sekelian menteri kabinet 1Malaysia yang dipilih oleh DS Najib RM, terdiri dikalangan mereka bodoh. Kalau mengikut analogi TDMM. Saya memang bersetuju 120% dengan kenyataan TDMM yang berpengalaman 22 tahun menjadi perdana menteri dan melahirkan umNObaru yang sedang rakyat menolaknya dalam PRU demi PRU kerana rasuah dan mesra kroni.

Diatas alasan dan kenyataan yang TDMM ungkapkan itulah; maka menteri kabinet DS Najib RM 1Malaysia terdiri dari menteri-menteri yang memiliki mulut burok dan mulut busuk yang tak terurus. Bila saja mereka bercakap, ketika berdepan dengan rakyat jelata, ketika rakyat mengadu dengan mengetengah serta membentang masalah perit susah kehidupan. Agar ianya dipertimbangkan dengan saksama mencari jalan penyelesaian. Tentang kesengsaraan dan kekangan kehidupan kian menekan mereka.

Keperitan hidup dan sengsaranya rakyat membina hidup dan kehidupan, ianya berpunca bila kewangan Negara diuruskan oleh DS Najib RM secara boros, joli, tiris dan penuh dengan rasuah. Dengan Negara menanggung hutang dalam dan luar, Negara sedang berada pintu papa, muflis dan bengrap. Kerana tiris dan tipu kerana menjaga kepentingan kroni. Maka bermulalah kerajaan1Malaysia yang dipimpin DS Najib RM Nampak akan kantong-kanton diut yang ada dalam pakit dan saku rakyat. Jadi bermula DS Najib mengumumkan barang naik sebiji senonim nama bN dimulakan dengan petrol, gula, elektrik dan sewaktu dengannya. Disebabkan salah dan silap kerajaan1Malaysia menanganinya disebabkan Barang Naik harganya. Rakyat dijadikan mangsa dengan harga barang naik dan cukai kapitalis menekan rakyat dijalankan iaitu GST gasak sampai tumbang semata-mata kerana menjaga kekayaan kroni.  

Ketika rakyat menuntut hak sebagai warganegara tulin, sehubungan tsunami fiesta harga Barang Naik secara mendadak dari mulut PM1Malaysia Ds Najib RM sendiri mengumumkan. Telahlanggar dan menafikan AKUJANJI PRU13 yang lepas. Ketika berdepan dan menghadapi gelombang tuntuntan pengaduan dari rakyat, sang menteri  buntu dan mereka kaku dalam member penjalasan. Sang menteri pupus alasan mantap. Kakunya minda mereka menjadi pulas kangkung, kangkung pulas dan jem berfikir. Pak Menteri tewas dalam berkumunikasi dengan rakyat dan ianya memalukan kabinet1Malaysia. Pak menteri tertekan kerana mereka bukan cendiakawan intelek yang menjadi menteri mengikut ungapan keramat TDMM yang lama dikatakannya. Jadi, sang menteri mengeluar jawapan pandangan yang merapu macam anak cucu belajar menyanyi menari ditadika KEMAS yang longgar.

Maka sang menteri kelu dan sering tersasar mengeluarkan jawapan pantas yang mantop  secara spontan. Mereka latah dengan jawapan seperti tahi lembu kondo jatuh. Mereka jawab dengan mulut busuk menggunakan kepala lutut. Justeru kata wak menteri, kalau tak suka dengan kerajaan1Malaysia pimpinan Ds Najib RM hampa pi pindah kenegara lain. Cakap berbisa balik India balik China. Apalagi Cina India mahu? Makan ikan kalau tak mampu beli ayam. Kalau tak mau guna lebuhraya bayar bertol, guna sampan ikut sungai. Dan macam-macam lagi menteri keluarkan pandangan balas. Sahlah mereka menghina rakyat dengan jawapan tidak sopan tersebut.

Sedangkan sesungguhnya rakyatlah yang mengangkat mereka menjadi ahli parlimen. Menjadikan mereka DS Najib angkat jadi menteri. Mereka lupa yang mana rakyatlah yang membayar gaji dan segala kesenangan yang dikecapi mereka anak bini mendapat kemudahan dan hidup dengan serba kemewahan luar biasa macam sultan atau raja bertahta diistana. Sedangkan gaji dan elaun sampai kejamban pun rakyat membayarnya dari hasil kutipan cukai yang dikenakan kepada setiap individu rakyat Negara. Dan mereka membalas rakyat dengan mengkhianati ananah rakyat, serta melanggar sumpah memegang jawatan di hadapan SPB YDA. Kurang ajar mereka. Mereka buat-buat lupa nikmat dinikmati mereka adalah diatas ehsan rakyat.

Cakap-cakap dari mulut burok busok menteri semacam menjadi satu hiburan kepada kerajaan1Malaysia. Rakyat jengkel mendengar jawapan standard kualiti seperti Mat Jenen lebih parah lagi macam Pak Pandir. Itulah qualiti dan standard menteri kerajaanIMalaysia DS Najib RM. Rakyat sengsara derita kerana bN. Mereka gagal menangani masalah rakyat jelata dan memandang enteng. Lagak langkah mereka, macam mereka berdepan dengan pelarian Burma, atau pendatang haram dari Monggolia, Vietnam dan  dari lain-lain negeri bukan dengan warganegara tulin Persekutuan Malaysia.

Jadi nak Tanya sikit disini, jangan marah. Kerana semua-semua itu dibeli dari duit rakyatbukan dari pesaka DS Najib RM dan cousin DS Hishhammuddin. Kapal selam dok selam dekat mana PM DS Najib RM dan menteri sepupu Menteri pertahanan @ Menteri Pengangkutan. Jet Pribadi dan Jet Kerajaan dah gi hantar servis?

Lidah tak bertulang

Janji lidah bercabang seperti biawak dan lidah itu pula tidak bertulang. Selepas PRU13, segala AKUJANJI PRU13 umNObaru kerajaan1Malaysia. Akujanji tersebut DS Najib RM canangkan sampai dunia antarabangsa menjadi saksi, perengkat glokal lagi parah diperkatakan rakyat. Apa nak jadi! Apa nak jadi!! Apa nak jadi!!! DS Najib RM telah simpan naskah AKUJANJI tersebut di muzium PWTC dan dikamar sulit di Putrajaya sebagai azimat keramat. Sahlah AKUJANJI itu menjadi janji capati. Sekadar umpan memancing undi PRU13 kepada rakyat marhean yang diperbodohkan oleh DS Najib RM khususnya umNObaru. Diatas kemiskinan dan kesusahan rakyat, umNObarubN berterusan berladang membina sokongan mendapat kerajaan diatas kesempitan rakyat dan memperodohkanmereka.

DS Najib 1Malaysia umNObaru sedang dan terus membina kepentingan politik dengan mengaut untung setiap kali PRU. Rakyat ditipu DS Najib RM. Selesai PRU13, fiesta Barang Naik harga DS Najib RM sendiri yang mengumumkan kepada rakyat sebagai juara dan johan mewakili kerajaan1Malaysia umNObarubN. Sebagai hadiah dan anugerah khusus dan khas kepada rakyat memberi kuasa 47% majority kepadanya menjadi PM1Malaysia dilantik semula.

Maka kerajaan1Malaysia mesra seperti kapitalis durjana. Mereka beriltizam mengangkat menjulang kekayaan dan memulihara sepenuhnya sekelian kroni. Kroni umNObarubN adalah pemegang penguasa pemilik penjana elektrik, air, minyak, lebuh raya, gula dsbnya. Jadinya, mereka bertindak naikkan harga, semuanya Barang Naik harga. Kenapa? Kenapa?? Kenapa??? Pertanyaan tersebut, ianya memerlukan satu rencana panjang yang khusus terperinci untuk membincangkannya. Macam satu pesta perlumbaan harga mega Barang Naik. Walaupun mereka sudah mendapat keuntungan. Tetapi mereka rakus macam lanun mencengkam rakyat jelata dijadikan mangsa semata-semata untuk mendapatkan duit menampung perbelanjaan negara.

Setelah ratus billion duit Negara tiris, salahguna perbelanjaan dan rasuah mereka lakukan. Kini DS Najib Rm kerajaan1Malaysia nampak dalam kerengkung dan pakit rakyat masih berbaki duit untuk disagat.  Mereka mencekek rengkung rakyat menjadi miskin sengsara hidup dan mereka kroni memungut laba berganda secara mudah. Mereka menekan kepada rakyat yang sudah menjadi sengsara. Cadangan jahat keatas rakyat dengan pelbagai cukai yang dirancangkan. Sebab itulah bila mereka mengangkat sumpah memegang jawatan, mereka bersungguh bercawat kotea bermandi peloh. Mempertahan dan membela penuh tuan besar mereka DS Najib RM. Rakyat ditolak ketepi.

Bilamana DS Najib dan DS Dr Hajjah Rosmah cuba disentuh, dibelasah oleh rakyat khususnya pemimpin PR PR 52% sokongan majoriti. Mereka menjadi macai mempertahankan apa jua dilakukan oleh wanita pertama Negara 1Malaysia DS Dr Hajjah Rosmah MN dan kelalaian dan kesalahan DS Najib sendiri samada didalam dan diluar parlimen. Sekalipun mauduk yang disentuh itu ada kebenaran dan sokongan bokti dan fakta. Mereka tetap sanggah dengan bebal dan auta. Ketika itulah mereka meracau menjadi buntu mengeluarkan hujah. Walau ratusan billion duit rakyat dijoli tidak henti-henti setiap tahun, semuanya tidak menjadi salah dan pecah amanah dalam mengurus kewangan.

Akhirnya terserlahlah mereka adalah jenis pemimpin bikin luar cakap. Mereka tidak berhemah bila berdepan dengan rakyat jelata untuk menyelesai, menangani masalah rakyat jelata dengan penuh minat lagi bertanggungjawab. Mereka cuma sang menteri touch and go dan belah dengan kereta besar juga rakyat yang belikan untuk mereka. Tetapi mereka tidak kabar dan sedarkan diri. Yang mereka pandai dan bersungguh ialah mempertahankan DS Najib dan wanita pertama Negara DS Dr Hajjah Rosmah membodek dan mengampu diluar batasan tatasusila.

Walau sekalipun wanita Pertama Negara rambut kembang sanggul lentang mudah guna Jet Kerajaan, Jet Peribadi dengan sewenang-wenang diguna macam taxi. Yang ini lagi sakan dok perabis harta rakyat Negara dengan muka tak tau malu. Bedebah sungguh mereka. Ianya teratas letak duduknya dalam pembelaan dan menangani menyantuninya. Berlainan bila Kassim Ahmad menghina Junjungan Rasulallah Muhammad alAmin dan menolak hadis. Macai dan pecacai yang sama menyusut dalam rambut gerbang menikus masok lubang macam tikus tanah.


Nasib kita rakyat.

Punah jahanam rakyat kalau menurut kata celupar menteri dan kalau rakyat takut dengan kata ugut menteri yang DS Najib RM lantik dengan kehendak bini no2nya. Benarlah, kelayakkan mereka dilantik disebabkan mereka juara dan johan mega pembodek no wahid, bodek ampu. Tidak segan silu dan malukan diri sampai perengkat rukuk cium kucup tangan DS Najib Tun Razak dan sesetengah melaluibergayut diketiak rambut gerbang. Macam tulah juga mereka lakukan, dikhalayak ramai. Mereka sanggup tunjuk macam sarkas depan orang ramai dok tunduk cium tangan DS DR Hajjah Rosmah Mansor.

Ada perengkat sampai belaga pipi. Cuma tak gosok punggung macam buyung dara yang dah tua itu. Itulah sikap-sikap pemimpin umNObaru yang melangkah kepuncak karear politik mereka kerana menjadi macai dan pandai kelitik mencari geli DS Najib dan geli DS DR Hajjah Rosmah. Mulanya untuk jadi calun, dapat jadi calun dan menang nak menteri, timbalan menteri setidak-tidaknya pengerusi CLC dan perbadanan kerajaan. Lepas itumereka akan kipas sampai mengigil yang dikipa mereka.


Mereka  terkebil-kebil melompong bila bedepan dengan pemimin pembangkang bila diajak berhujah berdebat dengan membentangkan fakta. Tetapi sifat memeliakan kroni dan bini ke2nya dengan mesra touching hati nurani dekat kroni ianya menjadi-jadi. Terus mereka membina gedung dan mengumpul mal, ianya masih subur berjalan terus. Serba deras serba pantas macam Jet Kerajaan dan Jet Peribadi menerjah kepelusok dunia. Tak kiralah cuti bekerja, urusan pribadi dn sebagainya.


Cakap tak bikin

Sahlah, sesungguhnya DS Najib RM telah membelakang sumpahnya untuk membenteras rasuah dan salah guna kuasa. Selagi gah DS Najib RM menyalak dengan retorik untuk menghapuskan rasuah dalam kerajaannya dengan slogan TRANSFORMASI dalam partinya umNObarubN dan kerajaan1Malaysia. Maka, setinggi bangunan PWTC mereka mencipta bena slogan retorit, makanya rasuah bersepah dan terus membiak macam biaknya nyamuk aedis pembawa denggi membunuhkan rakyat. Begitulah umNObaru dengan rasuah dan salahguna kuasa mentadbir urus.

Rasuah dalam umNObaru, samalah seperti nyamok aedis dengan denggi. Tanpa rasuah, umNObaru dah 60 tahun dulu berkubur. Hinggakan adik kandungnya sendiri terpaksa menegur keras abangnya DS Najib RM melalui mengkesahkan semula sifat ayahnda mereka Almarhum Tun Razak dalam satu rencana panjang berkajang-kajang ketika mengingati ulang kematian (al Fatehan untuk almarhum Tun Razak).

Realitinya kerajaan1Malaysia penuh sarat dengan penyelewengan rasuah, salahguna kuasa, tiris dalam perbelanjaan mengurus harta rakyat Negara dengan rakus tidak takutkan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Retorit yang sedap dan enak dipalu, ianya adalah halua telinga untuk rakyat hazam ketika propaganda dalam setiap PRU khususnya pada PRU13 yang lepas. Rakyat keliru dan tipu dengan AKUJANJI Bn PRU13. Kini menjadi janji capati  bercicah bilis dan sading cap 3A (AAA).

Semua-semua itu adalah kenyataan. Bukan rakyat nak tabor fitnah dan iring hati akan kayanya demo wahai sekelian para kroni anak bini dalam komponan umNObaruBn dah 60 tahun dah bergelomang dengan rasuah salah guna kuasa. Merekadah telah lali dan kebal dari takut, dari malu hatta dari pembalasan dosa Allah Taala sekali pun. Kerana semua kebejatan mereka dilapor dan disahkan oleh Ketua Ordit Negara (KON). Bukan Ya Capit Kuala Ketil yang penuh korap panau longsor dok pandai-pandai kata tudohdekat umNObaru. Tetapi dari KON yangdilantik kerajaan. Bukan PR yang lantik.


Rakyat, sedarlah kita.

Ketua Ordit Negara melalui dan menerusi laporan tahunan pengurusan perbelanjaan kerajaan1Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri, disemua posisi KON bertanggungjawab membuat laporan. Laporan Kerajaan1Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri. Sedih dan dukacita amat sangat kerana  setiap tahun penyelewengan, rasuah, pengkhianatan dalam perbelanjaan pembiayaan pembangunan dan pengurusan pentadbiran terus meningkat. Puluhan billion setiap tahun harta rakyat Negara hangus berkubur sepertimana dilapor digazet dalam Laporan Tahun Perbelanjaan Negara oleh KON. Meningkat penyelewengan dan rasuah, tiris dan sebagainya. Tetapimereka kalis dengan undang-undang, tindakkan dan hukuman.

Realiti yang ditunjukkan oleh KON dengan hutang yang menimbun setinggi menara KLCC Petronas, kalau dibiarkan dekat DS Najib RM, Negara kita berdepan papa kedana. Dengan nilai RM merudum. Barang naik angkara DS Najib nak menampung dapatkan dana untuk memerentah. Mengundang membeban rakyat jelata dengan kos sara hidup yang melengkar dan membelit. Rakyat sengsara menderita keranamu DS Najib RM 1Malaysia.

Tambahlah kutipan cukai setinggi PWTC, pertambahan pendapatan seribu kali ganda dari sekarang. Bertimbun macamana sekalipun, banyak mana pun kalau berdepan dengan kerajaan umNObarubN. Semuanya masih sedikit dan tidak mencukupi untuk menjadikan kroni setaraf Qarun dan Haman.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
16 Jamadilawwal 1435H - (Selasa) - March 18, 2014