Saturday, March 22, 2014

SEKOQ AYAM SERINGGIT BILA KANGKUNG DAH MURAH – NAJIB PIKAT KAJANG.



RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
20 JAMADILAWWAL (SABTU) 22 MARCH 2014


Teruja dengan PM1Malaysia.

Saya teruja dan pula dengan sarat pertanyaan, setiap kali saya terkeliru dan bercelaru bila DS Najib RM PM1Malaysia, bercakap bersangkut paut dengan rakyat sengsara berdepan dengan hidup seharian. Ketika mana jasad dan minda yang sama adalah PM bertutur untuk menangani ekonomi rakyat secara mudah sebagai Menteri Kewangan MK).  Nyata ketika beliau berdepan dengan rakyat jelata marhean, kualiti DS Najib RM merudum. Kerajaan1Malaysia 47% minoriti yang dipimmpin oleh DS Najib RM sudah gagal menangani kesengsaraan dan kemelesetan ekonomi harian rakyat. Kenyataam Najib sering tersasar dan terkeluar real dan terbabas. Beliau tidak cekap dan bijaksana dalam mengeluarkan contoh tepat yang utama dalam hujahnya.  

Justeru saya tertanya siapakah selama ini yang bertanggungjawab sebagai penasihat ekonomi  kepada PM1Malaysia DS Najib RM. Kesian tak ada yang mampu menasehatinya atau tak makan nasihat? Tengoklah, bila bercakap tentang ekonomi mudah rakyat marhean, DS Najib RM PM@Menteri Kewangan Negara, ianya telah menjadi bahan lawak jenaka dan lawak bodoh seperti dipertanding dikaca tv. Ditertawa rakyat jelata 1Malaysia. Rakyat geli hati dekat PM1MalaysiaMK kerana cakap ekonomi kampong dekat rakyat pun….. membodohkan rakyat. Maklumat dilontarnya menyimpang dari realiti harian rakyat mengalami derita.

Jangan DS Najib dok buat lawak bodoh, rakyat dan Negara mendapat malu sampai sedunia. Sekarng zaman internetDS Njib. PM1Malaysia DS Najib RM dah banyak kali terlepas cakap. Ketika semangat dia mai  membuak-buak mendidih mengelegak, disaat memakai uniform 1Malaysia umNObarubaru biru tua. Ketika beliau berada dalam gelanggang umNObarubN, tidak ada lawan musoh dari PR. Ketika Najib dikelilingi  sekelian kaki ampu, kepala angguk tidak geleng dengan tepok sorak. Diatas angguk, tepok sorak ampu itulah makanya DS Najib RM PM1Malaysia naik sheikh, naik minyak dan minyak naik harga. Cukup tinggi semangat pahlawan Bugis dah masuk, melepasi menara KL jadi merudum ucapannya.

Makanya semangat DS Najib RM tidak dapat dikawal, kerana teruja sangat dengan ampu, tepuk sorak diberikan kepada beliau. Benar, DS Najib RM secara resmi dalam secara  siaran langsung telah marah dan maki hamun rakyat. Rakyat dok tengok PM1Malaysia DS Najib RM, melalui siaran langsung RTM dan Media Prima  sedang maki menghina rakyat jelata. Marah rupanya Najib dekat rakyat jelata. Sedangkan rakyat jelatalah yang terpedaya mengangkat mereka menjadi macam raja. Rakyat mengundi mereka  setiap kali PRU. So… mulut jangan celupar, nanti bomoh dunia buat sihir jampi perut busung baru tau…..


Resmi memaki menempelak rakyat.

Telah beberapa kali, pehak RTM maupun MediaPrima melalui TV3suku dan canel lain. Semasa bersiaran langsung DS Najib RM sememangnya capoi marah makikan rakyat yang tak mau menjadi lembu dan pecacainya. Riaksi rakyat dan respon rakyat menolak ucapan DS Najib RM dengan tempik sorak cukup jelas bila rakyat marah mendengar maki Najib. Dan respon rakyat ketika itu amat geram serta menyampah dengan menyumpah PM1Malaysia diatas celupar mulutnya, memperbodoh rakyat dengan lawak penuh. Seingat saya YAB DS Najib RM tidak pernah menuntut permohon maaf secara resmi kepada rakyat yang dimaki dan dimarahkannya. Kenapa???????

Bilamana siaran langsung dibuat siaran ulangan, makanya  babak maki hamun tersebut disunting menjadi cantik. Hakikatnya RTM dan MediaPrima tidak mampu untuk turun kedada setiap rakyat jelata yang telah tersemat maki hamun PM1Malaysia membuang mengikis. DS Najib RM itu telah mengukir dan mencipta sejarah  hitam Negara, seorang PM yang maki hamun dan marah rakyat secara terbuka dalam siaran langsung. Negara memeiliki seorang PM dari umNObaru cukup kurang ajar. Kalau nak dibandingkan dengan mantan PM terdahulu termasok bapanya Tun Razak.  

Sah kerajaan1Malaysia tidak ada kudrat dan mampu untuk memadamkan kemarahan rakyat ramai kepada DS Najib RM diatas celupar makinya kepada rakyat. Diatas sikap DS Najib RM mudah maki menghina rakyat, ianya menjadi beban kepada Negara khususnya beban kepada umNObaru macam memikul biawak gabok hidup. Kerana mulut DS Najiblah bercambahnya blogger mesra dan upahan umNObaru yang  aktif dan bijak hanya memaki dan menabur fitnah kepada lawan politik DS Najib RM dan umNObarubN sahaja.

Menjelang PRU13 dahulu, disaat rakyat ramai turun menentang FELDA angkara DS Najib RM dan TS Isa Samad nak senaraikan anak syarikat FELDA di Bursa Malaysia. Dalam satu perhimpunan penyokong tegar dari peneroka FELDA dan sekelian pemuka-pemuka umNObarubN. Dengan semangat yang tinggi DS Najib RM telah maki hamun peneroka dan rakyat menentang penyenaraian FELDA tersebut dengan kata azimat haramjadah! Haramjadah!! Haramjadah!!! Diulang-ulang Najib kata haramjadah sampai puas mulutnya memaki dekat rakyat. Sebab itulah saya katakan. PM1Malaysia DS Najib RMlah yang haramjadah. Bukan rakyat. Sebaik mengelarkan, menuduh rakyat yang menentang kehendak DS Najib RM dan TS Isa Samad sebagai haramjadah, kini apakah nasib yang dialami oleh anak syarikat Felda setelah berada di Bursa Malaysia Papan I. Apadah jadi kini? Apa habar peneroka? Dok makan untung ka lanie!!! Mungkin untung saham dan dividend ah peneroka dapat beli kereta Camry. Alhamdulillah.

Tak puas dengan maki rakyat haramjadah, bila mereka dok joli dan harta Negara rakyat, perbendaharaan negara kian kontang kering macam cuaca panas dah 2 bulan kita mengalaminya. Mengakibatkan Negara kita berdepan dengan kesan papa kedana kerana pemimpin dan bini joli. Makanya untuk menyelamat dan menampong sementara pendapatan Negara dan kerajaan berjalan lancar. Satu plan tindakkan terdesak yang mudah untuk jangka pendek dan panjangnya, kerajaan1Malaysia umNObarubN diteraju oleh Ds Najib RM,melalui nenerusi 2 batang buluh sakti meneropong scan dalam 28,000,000 penduduk. Maka disana, DS Najib Nampak keleh dalam pakit setiap rakyat masih berbaki duit.


Fiesta Barang Naikdan beban cukai.

Maka tindakkan segera dengan cadangan dari macai adalah dapatkan cukai dari setiap kepala rakyat. Dengan tindakkan  menaikkan kepelbagaian cukai macam fiesta nampaknya. Kalau cukai tidak dapat menampong maka naikkan harga barang dengan BARANG NAIK harga. Walau rakyat berdepang sengsara kos hidup, tetapi disaat yang sama kroni dapat mengaut keuntungan. Pasti keuntungan itu dapat dinikmati secara konkalikung kepada individu yang bernama kerajaan 1Malaysia bawah umNObarubN mendapat faraid.

Itulah hakikatnya kenapa mereka sangat-sangat pertahankan sisi baki usia umNObaru dimuka bumi Negara. Semacam cukai itu telah mengambil tempat sumber punca pendapatan utama pula kepada Negara. Dengan memeras rakyat jelata. Tetapi biarkan kroni yang bertaraf Qarun bermaharajalela menimbun harta dan mengaut keuntungan berterusan.

Akhirnya, dalam satu perjumpaan, bila rakyat ramai menentang bentuk cukai yang zalim dan menindas rakyat jelata itu, seperti GST dan sewaktu dengannya cukai-cukai yang lain. Tanpa rasa malu dekat rakyat yang melantik DS Najib RM ke Putrajaya itu, menuding dan menuduh rakyat PENDERHAKA. Hanya manusia yang dizamirnya terselit sifat derhaka, makanya sangguplah YAB DS Najib RM melemparkan tuduhan lidah tidak bertulang.

RAKYAT TAK MAU BAYAR CUKAI ADALAH PENDERHAKA KEPADA NEGARA. PM1Malaysia DS Najib RM sanggup menuduh rakyat yang taat setia macam tu. Negara dapat PM1Malaysia dari umNObaru. Haramjadah sungguh Negara memiliki PM@MK seperti YAB DS Najib RM.


Dulu kangkung, sekarang ayam.

Teringat saya dengan rangkap patah lagu TS SM Salim akan lagunya; “Dulu lain, sekarang lain; dulu bujang sekarang dah kahwin”. “Dulu kangkung turun harga, kini ayam sekor seringgit, rakyat jelata tak pandai membeli, ayam sekor singit pandai ku beli”. Gah terpampang DS Najib RM dok pegang ayam sekor dibelinya dengan harga seringgit dari penjual yang dunggu. Sama-sama dengan Najib RM pakat setuju buat lawak bodoh untuk dituntuk seluroh Negara dan dunia. Lawak habis Najib RM  pandai dan auta mega beli ayam seringgit sekor.

Malu aku memiliki PM1Malaysia yang dok buat lawak diatas penderitaan dan sengsara rakyat menghadapi kos sara hidup yang tinggi lagi membebankan. Ini bukan retorit Najib, ini kenyataan yang benar. Jangan dok merapu macam tu PM DS Najib RM. Malu dekat dunia kalau tidak malu dekat rakyat jelata 1Malaysia.

Bulan lepas, dipasar malam bukan di Tesco atau Giant aku tanya ayam permainan pelastik pun sekor RM6.00, tabung temikar bapak ayam @ ayam jantan bukan menteri dan PM@MK cap ayam yang kecil harhanya RM13.00, dok tawar harga dia bagi RM8.00 dan ayam permainan tadi dia bagi harga tawar RM4.00. Jadi, kalaulah ayam permainan dan ayam tabung pun dah tinggi harga sekarang. Maknya nyata dan pastilah harga sekor ayam seringgit macam DS Najib RM beli baru-baru ini ianya sekadar komedi sahaja bukan sebagai hakiki ayam dalam Negara.

Sehubungan dengan DS Najib cuba-cuba untuk touching memikat hati nurani rakyat jelata, sebenarnya ianya adalah tauch n go sahaja. Kerana DS Najib RM lahir dan besar dalam tempayang emas. Beliau tidak kenal dan erti selut lumpur. Susah payah penderitaan rakyat sejak dalam kandungan sampailah dia DS Najib RM menjadi PM@MK. Dia membina kesenangan dan kemewahan hidup diatas penderitaan rakyat jelata dan diatas harta milik rakyat jelata Negara untuk memewah bini ke2nya dan anak-anaknya bersekali dengan sekelian menterinya dan sang kroni umNObarubN.

Sebab itulah Ds Najib bila turun nak temui rakyat, beliau tepaksa seperti berlakon. Sering lakonannya tidak real dan menyentuh hati nurani rakyat marhean. Kerana sentuhannya bersama-sama bini ke2nya keatas rakyat jelata sekadar sentuhan kulit bersapa bersahaja. Bukan ianya satu sentuhan kudus yang meresap kedenyut nadi hati nurani. Diterjermahkan kepada keluhuran hati dan kekudusan itu sampai touching lahir kasih saying. Yang mampu mengalir airmata dan sebak kerana Allah. Tetapi mereka keluar juga air mata, tetapi air mata buaya yang dilakonkan. Itu-itulah sebabnya bila sahaja DS Najib RM cuba turun kebawah menemui segelintir rakyat yang diatur. Berkait   kegelisahan rakyat tentang kos sara hidup yang melambong tinggi. Pasti mereka menanam madu dibibir dengan seribu janji. Tetapi janji dibuat itu cukup panascuping telinga mendengarnya. Sedangkan AKUJANJI PRU13 belum dilaksana kerana kantung Negara dah kering kontang. Kenapa?

Sahlah DS Najib RM silap dalam lakonannya mengambil hati pengundi PRK Kajang. Disebalik itu jugalah lahirnya lawak perdana sebagai johan lawak (bukan Che Johan Che Pa - Timbalan Kutua umNObaru Pasir Mas dulu). Nampaknya DS Najib RM PM1Malaysia presiden umNObaru, pengerusi bN Barang Nik sentiasa tersasar dan terbabas. Kerana tekanan ekonomi merudum  kekangan hidup susah sengsara dalam merealisasi kos sara hidup yang melampau tinggi angkara gagalnya kerajaan umNObarubN1Malaysia mengurus dan menanganinya dengan adil lagi saksama.

Barangkali entahlah ianya sindiran atau guruan atau sebenarnya DS Najib RM PMku diletakan sebaris dengan menteri-menteri yang jenis cap ayam. Wahai sekelian rakyat jelata 1Malaysia, DS Najib melangkah sahaja kakinya kepasar mungkin sempena meraikan PRK N25 Kajang. Dunia terkejut macam mendengar Mh 370 hilang dari pantauan rada. Najib RM membeli ayam dengan harga seekor seringgit (RM1.00), kalau ayam dah menjadi bangkai dan berulat, makanya percayalah aku. Tetapi kalau ayam segar seringgit seekor Sah penjual ayam dekat Ds Najib itu kena bawa pergi dapatkan rawatan, di Hospital Tanjung agar dapat sahkahkan mentalnya jual ayamseringgit sekor.

Ianya adalah satu lakonan yang merudum sakan nilai PM1Malaysia. Sekali lagi malu Negara kerana DS Najib PMku ini. DULU UMUM KANGKUNG TURUN HARGA, LANA NI AYAM SEKOR SERINGGIT telah  menjadi keutamaan terbesar kepada PM menangani harga BarNG Naik. Sedangkan hakikatnya  ayam sekor seringgit adalah pelawak dan pembohong. Wahai Najib!!!! Anak ayam baru menetas untuk dibuat bela itu pun harganya sekor tiga ringgit usia 3-6 hari. Inikan sekor ayam yang beratnya mencicah hampir 2 kg? Kalau Najib RM dapat beli sekor seringgit, benarlah kebodohan taukeh penjual ayam lebih bodoh dari ayam dijualnya. DenDS Najib megah dan peril rakyat jelata tap pandai memilih beli. Sahlah taukeh penjual ayam itu juga tidak cerdik macam ayam yang sekor  tersebut, yang dijual dekat PM1Malaysia semalamyang mendapat liputan perdana.  

Sewajarnya ayam itu dijual dengan harga sekor RM3,000 dekat DS Najib RM PM1Malaysia, baru ada nilai berita. Baru padan sebab dia PM, baru taukeh ayam tu bangga dapat pelanggan VVVVIP very special NO1 negara, baru boleh bangga. Kalau lu dapat jual harga mahal, baru lu bijak beniaga. Sanggup tanggung rugi apalagi berdepan PM DS Najib RM, maka ia telah menjadi bahan lawak kbra. Disaat rakyat sarat menghadapi dibebanitekanan hidup menghadapi kos saran hidup yang melambong. Kesan harga Barang Naik Negara kita semakin jauh untuk mengejar menjadi maju dalam tahun 2020. Nyata rakyat perlahan patah kebelakang mengalami kesusahan kekangan ekonomi merudum. Ianya gagal kerajaan1Malaysia DS Najib RM menanganinya seperti AKUJANJI PRU13 yang lepas.


Rakyat haramjadah rakyat penderhaka.

Diatas siri jenaka DS Najib RM bermula dengan peneroka haramjadah, diikuti dengan penderhaka kepada rakyat yang tak bayar cukai serta kngkung turun harga dan getah harganya lebih murah dari sekilo gula, tak dibanding dengan ikan temenung RM12.00 sekilo. Kelmarin ditambah pula dengan jenaka PRK N25 Kajang, juga dari PMku pasai beliau bijak memilih dan membeli. Beli ayam mati dari penjual yang bengong bin pekak dipasar seringgit sekor. Benarkah itu harga hakiki sekor ayam? Wahai Najib jangan jadi juara lawak mega dikala rakyat nak dengar berita muktamat pesawat MH370 dah 15 hari dah. Bukan sekor ayam seringgit dijadi bahan jenaka dengan rakyat jelata.

Kepada penjual ayam sekor seringgit dekat Najib, ayuh sekarang hampa pi ramai2 dipasar tersebut, pastikan taukeh ayam yang berniaga ayam harga sekor seringgit tu, hampa bayar dua ringgit sekorhampa ambil sorang 2 ekor setiap hari. Kalau dia tak maujual, sahlah taukeh penjual ayam yang jual ayamnya dekat DS Najib sekor seringgit, kedua-dua mereka sungguh2 haramjadah. Dok buat kerja lawat diatas penderitaan sengsara rakyat diatas bN barang naik harga angkara kerajaan bN.

Cukup2lah wahai DS Najib RM PMku, kangkung turun harga pun dah melugai termuntah rakyat mendengarnya. Dok tambah lagi lugai dan muntah dekat rakyat. Tumpulah dekat kes2 mega perdana yang sedang berligar dalam Negara kita. Musibah perdana silih berganti. Fiesta seronak mesra anjuran kerajaan minority 47% telah membunuh 6 pemuda Negara kerana dadah membawa padah. Mampuslah ramai mana pun, ada macai menteri kata jangan tengok negative yang 6 mati. Tengok berapa billion hasil yang dapat dari piesta syaitan pelancungan tersebut.

Dulu PM Kangkung, kini PMku DS Najib RM cap ayam.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
20 JAMADILAWWAL (SABTU) 22 MARCH 2014