Monday, April 20, 2015

POLITIK 1MALAYSIA YANG MENDONG – KEMELAR PR SUKAR DI TUDONG: BILAKAH MASA PENYELESAIANNYA?

RENCANA: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH: 14 APRIL 2015 SELASA 24 JAMADILAKHIR 1436

Belabohnya ufuk Maghrib  2014 dan menyinsingnya fajar gerbang 2015, dan sepanjang tahun 2014 dan sampai saat ini, hampir semua parti politik dalam Negara kita, yakni parti-parti yang mendukong komponan bN di Semenanjong dan di Sabah – Sarawak. Kebanyakkan komponan bN berterusan berdepan dengan pelbagai masalah. Ianya bersabit dan berkaitan rapat  dengan kepimpinan dan hala tuju yang tergelincir dari keputusan resmi parti dari hasil mesyuarat agong atau muktamar agong yang disiseh di tolak ketepi.  

Sejujurnya PR juga sedang  mengalami dan berdepan dengan masalah mega  dalaman seperti penyakit 3 serangkai. Ianya berkait rapat dengan haluan dan halatuju komponan parti yang dikemudi dan dijulang oleh pemimpin ulong mereka dengan tidak pedulikan keputusan resmi parti. Mereka menjulang aspirasi tuntas parti masing-masing, dengan beranggapan macam kuman keputusan AJK Pusat dan keputusan muktamar. Ditendang ketepi semangat dan aspirasi PR kelongkang. PR sedang diuji diasak diatas lincahnya tari silat pendengkar. Gendang dan gong dipalu bertalu-talu. Mereka galak mencipta rentak  mengikut selera  dengan semangat membara. Mereka menafikan selera ahli dan penyokong PR yang membentok kerajaan beberapa negeri. Ianya mengundang  kesepakatan dan kejituan PR itu sendiri dibadai longlai, terkulai dikaki pemimpin fakeh tidak koman ego dan sombongnya ada.  

Kini PR sedang diperinci oleh ahli-ahli dan penyokong dengan lelehan air mata dukacita yang amat sangat. Pemimpin PR sedang berusaha untuk merungkai hancurkan PR, walau sekalipun mulut menafikan, tetapi tangan berusaha merungkai dan kaki menendang terajang. Seolah-olah, tindakkan mereka adalah kearah tuju untuk hancurkan PR. Rakyat majority 52% saksikan lidah mereka dan biarkan macai mereka faseh memancong pemimpin dan ahli parti sendiri dengan mencipta pelbagai istilah dengan mengariskan jalor-jalor fitnah. Jadi apalah sangat kepada pemimpin parti komponan PR, ianya menjadi santapan lauk kacang sahaja mereka godam dan hentam dan sebalinya apa kurang jadahnya PKR dan DAP.

Pemimpin Islam dan pemimpin Melayu bersatu menghina ahli dan pengikut mereka. Mereka petah dengan kalimat beracun haramjadah, pengkhianat, barua dan broker yang berbisa seperti cobra, mencengkam dan membukum hati nurani ahli dan penyokong. Kini menjadi santapan halua mulut kepada pemimpin pejuang Melayu dan pemimpin ulama bejuang Islam. Mereka 2 X 5 sahaja broo an sis.  Ahli parti dan penyokong keciwa diatas tindak tandok gila yang melanda pemimpin ulong mereka. Akibatnya bila-bila masa sahaja PR akan runtoh dan roboh kalau dibiarkan tanpa dirawat. Manakala bN akan berdepan dengan lubang kubor kerana kebejatan pemimpin ikut nafsu, ikut hati dan takut dekat bini. Apanak jadi! Apa nak jadi!! Apa nak jadi!!!!! Wahai Haji Hadi dan Najib TAR? Steady le broo and sisi. Tengok adegan dan langkah kami seterusnya. Jangan dok balon dan dok kata apa2. Kamilah pemimpin serba boleh dan serba tahu.

PR walau terdiri dari 3 parti PAS, DAP dan PKR juga turut berdepan dengan masalah dalaman yang merkah, umpama barah menjadi kuman pembunoh bersekala besar dah sampai tahap 4 kalau penyakit kencing manis. Seolah-olah PR ini berbini 4 dengan bilangan anak 40 orang dan cucu 100 dan cicit 30 orang. Gah, komponan parti politik 1Malaysia bN dan PR sedang berperang menghadapi cacamerba dan bercempera tak kesudah. Rakyat kini naik menyampah sambil menyumpah diatas tindak tandok dungu pemimpin mereka dalam melaksana dan tidak peka dalam integrity telus lagi bertanggongjawaban memerentah negeri, Negara. Pemimpin pucuk, mereka gagal memulihara parti masing-masing. Pemimpin berjiwa kerdil dalam tindakkan untuk  menangani, berdepan dan menyelesaikan masalah ahli parti dan penyokong.

Sekiranya tidak terdapat mana-mana pehak menghulorkan usaha umpama duta yang berusaha bersunggoh-sunggoh menjalankan peranan penyelamat kepada PR. Sah, kubur dah menghampiri PR. Pasti penyokong dan ahli PR akan menangasi dan menyumpah pemimpin mereka yang bodoh sombong. Kini, PR tidak perlu tok juara ayam belaga dan juara laga lembu digelanggang dijadikan panduan dan pedoman oleh puak UG mengasak mencandu ahli-ahli dengan kalimat Arab yang menjerat ahli dan pengikut. Wajib sekarang satu tindakkan yang drastic yakni usaha-usaha perdamaian dan gencatan persengketaan dikalangan semua pemimpin utama yang terus ego, serta bongkak dan sombong untuk menangai masalah yang dicipta mereka sendiri kembali dingin kepala dan kawal nafsu. Natijahnya ramai ahli, penyokong dan rakyat menjadi mangsa percaturan pemimpin mereka yang bertindak macam dok pakai lampin seperti cucuku yang usianya setahuan 4 bulan.

Mereka pemimpin besar tetapi berjiwa kerdil, pemimpin mega kununnya bijaklaksana dan bijak pandai lagi fakeh. Tetapi mereka gagal menangani mengatasi badai dan gelombang dengan akai yang sejahtera. Kerana, kerana mereka mendului keluarga dan kroni dan membina rumah agam dan ligan mal yang menjadi keutamaan mereka. Mereka menjulang keutamaan dan kepentingan parti masing-masing dengan buang titik persamaan dengan mencari 1,000 perbedaan. Lebih parah kepentingan diri dan membalas budi dalam macam-macam aspek menjadi sesak nafas dibuatnya. Kesan perbalahan pertembongan yang berpanjangan itu, nyayalah ianya mampu membakar hangus dan menghancorkan kerajaan PR. Kalau penyelamat bomba  lewat menanganinya kebakaran dengan alat pemadan canggih yang sepadan bahang kebakaran tidak dimanfaatkan.

Maka itulah saya simpulkan kepanasan perbalahan dan kepercayaan kepada presiden parti-parti politik dalam bN maupun PR sedang dan terus dipertikai oleh ahli dan penyokong. Kesan sumpah presiden ‘haramjadah dan pengkhianat” serta “barua dan broker” sepanjang tahun 2014 adalah tahun-tahun yang mencabar dan mencakar untuk bN maupun PR. Kepanasan itu terus mengelegak dan mendidih sebaik masok 2015 sampailah saat rencana saya buat ini. Mereka seperti anjing bertemu kucing. Lebih malang lagi seperti serahkan amanah seberkas sireh kepada pak kambing. Habis sireh dikebas dipelehapnya. Sama dengan pemimpin-pemimpin yang pelehap kuasa, pelehap benda, pelehap pangkat dan yang sewaktu dengannya.

Dipehak PR, jelas rakyat penyokong 52% majority sedang tengok dan memerhati pemimpin PAS, DAP dan PKR dok belaga, dok berantak tak kesudah. Seperti lembu dan ayam dok belaga beradu didalam bon. Mereka bertekak macam anjing dan kucing berbalah, masing-masin keras keng tidak mau mengalah dan kembali kemeja bundar untuk kembali berbincang, berunding mencari titik penyatuan. Komponan 3 parti tidak resmi dalam PR ini, mereka melebar sengketa membuka pekong dan bangkai busok diri masing –masing didedahkan kepada penyokong dengan sombong dan kepada musoh politik hakiki mereka yakni umNO(baru)bN. Mereka sedang membina kilang peluru untuk dihadiahkan kepad bN untuk dijadikan senjata keramat untuk hancorkan PR dalam PRU14 nanti. Itulah yang dapat saya simpul letak kesudahan episode yang dilalui sekarang.

Nyata selesai PRU13 yang lalu, Negara berkerajaan umNO(baru)bN yang dipopular digazet oleh DS Najib TAR alHaj “Kerajaan1Malaysia” dengan rangkaian retorit keramatnya yang lanie jarang-jarang diperkatakan. Samalah hilangnya rukun ‘Islam Hadhari’ sudah dilupakan. Sudah basi untuk disebut atau diingati bilamana imamnya Pak Lah belah dari Putrajaya dan good bye PWTC. Saya hampir khatam rukun Islam Hadhari yang dipelopori oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi alHaj dulu, kini ingatnya hanya pada 3 rukun mulanya sahaja. Saya tidak tahu, wujudkah lagi kerusiIslam Hadhari di university-universiti sebagaimana dinobatkan dahulu, entahlah!!!!!!!

Kini. Kerajaan1Malaysia yang goyang dan pincang dengan tekanan yang hebat dari dalam perut umNO(baru)bN sendiri. Rakyat dan mantan pemimpin sedang mengadili dan mengasak dengan mendesak berterusan supaya PM1Malaysia DS Najib TAR PM@Menteri Kewangan terkemuka Negara, Presiden umNO(baru) dan Pengerusi bN agar pantas nyah dari Putrajaya dan segera tinggalkan PWTC.

Kini mereka kembali padu kekuatan lama yang masih berbisa. Tun Dr Mahathir, tun Daim Zainuddin, TS Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, TS Zam, A Kadir Jasin, Saudara Shabuddin Hussin. Mereka telahsinsing kai seluar dan gulong tangan baju. Mereka kepal penumbok dan sepakat mereka jadikan DS Najib TAR sebabnya punca. Dikatakan mereka Najib TAR menyeleweng dan gagal tadbir parti dan Negara kerana takut WPN DS Dr Rosmah Mansor, puncanya Najib TAR hilang pedoman.

RENCANA: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH: 20 APRIL 2015 - ISNIN - 1 REJAB 1436