Dalam pemerhatian saya, sejak 9 bulan terakhir ini, umNO(baru) yang dikandong bari benih dan baka Tun Dr Mahathir Mohammed al Kutty itu. Lantaran penolakkan dan bencinya yang membuak-buak dari dalaman perdana umNO(baru) dan rakyat jelata, diatas kegagalan banyak sebab dalam mengisi merealisasi pemerentahannya, makanya Dr Mahathir Muhammed terpaksa melepaskan kuasanya di Putrajaya juga diasaskannya bersama-sama dengan kerusi empok keramat di PWTC, kepada pegantinya ketika itu, iaitu Mr Clean. Yakni DS Abdullah Ahmad Badawi yang senonim dengan panggilan Pak Lah.
Sepanjang Pak Lah mentadbir negara di Putrajaya dan berkuasa di PWTC, seiring Dr Mahathir melepas dan meninggalkan jawatan, sebagai balasan lamanya masa memerentah, Dr Mahathir Muhammed mendapat bintang gelaran baru membawa kepada panggilan Tun. Belum lendik dan selesa Pak Lah berada di puncak Putrajaya dan di PWTC, Tun Dr Mahathir ini mula langkah dan tingkah dok balon berkelon memangkah Pak Lah tak kesudah. DS Abdullah Ahmad Badawi menjadi serba salah dalam pentadbirannya. Semua gerak kerja dan tindak tandok yang dijalankan oleh Pak Lah, semuanya tidak kena dimata dan dihati Dr Mahathir. Semuanya tidak secucok dan selari dengan kemahuan hati nurani Tun Dr Mahathir. Jadinya Pak lah menghadapi laluan payah dan sukar keranamu Tun DMM untuk memerentah dengan seadanya.
Sesunggohnya tempoh 22 tahun menjadi PM, dengan jasa yang banyak ditinggalkan Tun DMM, bersekali dengan penyelewengan salah laku yang mencacatkan selama di PWTC dan semasa di Putrajaya. Walau itu-itu pun rupa-rupanya suara dan taring berbisa Tun Mahathir masih ada berbaki sampai sekarang dikenang. Suaranya masih berbisa dan taringnya masin tajam meruncing berbisa bak racun cobra. Makanya komponan dan komplot untuk tendang Pak Lah dari PWTC dan terajang kencang Pak Lah dari Putrajaya mendapat sambutan dan sokongan. TS MY and the geng berperanan bersunggoh-sunggoh untuk merealisasi kehendak telunjuk dan hasrat Tun Mahathir. Dan berkesudahan dengan jayanya, maka Pak Lah pun terpaksa belah taksempat bermadah.
Pusingan ini Tun Mahathir menang. Pak Lah kena belah dari Putrajaya dan terpaksa angkat kaki lari dari PWTC. Makanya naga dan buaya yang selama ini pendam susok dan penangan. Maka Peganti Pak Lah selepas itu bergelar Tun Abdullah Ahmad Badawi bertahta di Putrajaya dan di PWTC adalah anak bangsawan dari mantan PM Ke2 iaitu Muhammad Najib bin Tun Abdul Razak kini dikenali dengan nama YAB Dato' Seri Muhammad Najib bin Tun Razak dan saya bisa sebut tulis DS Najib TAR.
Dan akhirnya dalam mendapat balasan setimpal diatas keberanian dan kesunggohan TS MY menjadi hulubalang menghunus keris menghambat Pak Lah, setimpal denganya maka TS MY mendapat laba dari gerakerja terancangnya. BeliauTS MY mendapat kerusi TPM, Menteri Pendidkan dan Timbalan Presiden umNO(baru) dan Timbalan Pengerusi bN. Kini, TS MY dengan posisi yang berada dalam genggam tangan dan kakinya mengorak langkah, cuma setapak untuk tiba dan sampai kepucuk dan kepuncak baik di PWTC mau pun di Putrajaya hanya senafas dan seincisahaja jaraknya. Adakah TS MY akan berjaya? Masa dan keadaan yang menentukan.
Sykur Alhamdulillah, Tun DMM Allah Taala telah dan sedang memanjangkan usianya. Dengan usianya yang panjang dan kaya pula dengan pengelaman dan sepak tendang politik. Tetapi sayang, Tun DMM yang tersohor itu, ianya tidak memiliki ilmu laduni yang berkualiti dan special dalam kontek mengenali serta memilih mencari pegantinya dulu dikalangan pemimpin cap intan permata, serta pegenti tempatnya selepas dari itu. Kedua-dua pilihan dihati Tun DMM itu tidak tepat mengikuti acuan dan terowong yang dikehendaki oleh tun DMM. Akhirnya peganti ditunjukkan oleh Dr Mahathir itu, dirinya sendiri tidak menghormati dan memberi sokongan, memberi kerjasama dalam memandu kerajaan dan parti. Kedua-dua pegantinya dikecam, dibalon, disakai dan dibedai sebersunggoh-sunggoh hati. Tak kira masa dan dimana, Tun DMM bersunggoh-sunggoh memusuhi pegantinya.
Pastilah kesan buroknya cukup besar kepada batang tuboh kepada Pak Lah dahulu dan terkini kepada DS Najib TAR. Ianya telah mengundang kesan burok dan tekanan besar yang hebat kepada parti sebagai Presiden umNO(baru) dan Pengerusi bN. Hatta ianya turut menganggu dan mengundang masalah tak kesudah menjalankan tugas sebagai PM1Malaysia @ Menteri Kewangan nan bijaklaksana. Pasti Najib TAR berdepan malu sakan dan tak tertahan jiwa dan perasaan dibuatnya. Sunggoh-sunggoh ianya mencengkam dan membukom dihati DS Najib TAR. Fenomina ini ianya wajib dan wajar tempiasnya dirasai juga oleh semua anggota jemaah kabinet Najib TAR, ianya tidak dapat dielak. Broo inilah negara kita sekarang.
Kak kata macamana.Maka sekadar penawar, Sebagai balasan kritik dan penghinaan bermega perdana dihadapi oleh DS Najib TAR yang tak berkesudahan dan berhenti mengunci mulut Tun DMM dan rangkaian Tun DMM, makanya makanya muncullah PM1Malaysia @ Menteri Kewangan negara yang bijak laksana itu di kaca TV untuk membuat penafian dana sambil bertindak menolak segala himpunan tudohan keatasnya. Sayang semua yang dinafi oleh DS Najib TAR dikaca TV, rakyat masih kekalkan tidak percaya diatas kewibawaan dan integriti PM1Malaysia DS Najib TAR bersekali dengan bini ke2nya Wanita Pertama Negara YBerbahagia DS DR Hajjah Rosmah Mansor. DS Najib TAR masih gagal untuk menjawab berhujah dengan mengeluarkan bokti yang konkrit dengan fakta balas yang tepat dan padat. Bukan dengan auta sepanjang masa.
Kini kepada YAB DS Najib TAR alHaj Presiden umNO(baru) Pengerusi bN, PM1Malaysia @ Menteri Kewangan negara, Tun DMM menudoh secara terbuka dan resmi. Iaitu "Najib lebih terok dari Pak Lah". Pulak dah. Tak sudah-sudah Tun DMM berbalah sampai berperang dan garang dengan pegantinya. Kenapa dan mengapa? Kalau Pak Lah sekadar Pak Lah dan menantunya KJ dibelasah Tun DMM, tetapi mai pada PM1Malaysia sekarang DS Najib TAR disersah oleh Tun DMM bersekali dengan YBerbahagia Wanita Pertama Negara DS Dr Hajjah Rosnah Mansor rambut gerbang sanggol melintang bersama dengan anak tiri PM1Malaysia yakni anak bini ke2nya dengan laki mula dan ahli perniagaan dan usahawan bertaraf global dunia antarabangsa kaum cina Jho Lo keapa kenama? Susah aku nak ingat namanya.
Najib TAR dan bini ke2nya adalah pasangan yang dok tak sedar diri, yang joli dan boros hora membazir duit rakyat negara. Baik seketika dok dalam negara dan mereka menjadi buaya dan naga. sampai peringkat lanun bila mereka keluar negara dengan pesawat Jet rakyat negara seolah-olah mereka pewaris kekayaan seperti raja-raja Arab. Sedangkan mereka dok mentad kedarah duit rakyat negara dari cengkaman peloh denyut nadi rakyat marhean yang membayar cukai.
Tidaklah saya nak membutir sebiji-sebiji jelujor rangkain tuduhan penentangan Tun DMM yang bernafsu besar dok balon DS Najib TAR dah lebih dari tempoh 3 tahun tak henti-henti. Ada-ada sahaja yang dibongkar yang diselongkar oleh Tun DMM. Mantan PM Tun DMM adalah negarawan ulung dan wira sepanjang hayanya. Jadi Tun DMM sentiasa berdegar-degar pula menghebahkan secara terbuka melalui blog, tweet dan wacana dan sebagainya tanpa rasa takut dan macam tun DMM merasai dirinya kebal dan tebal dari diambil tindakkan.. Hasil bahan selongkar yang dipugarnya dan yang digalinya berkaitan dengan urus kepimpinan dan urus mentadbir yang lengkap dengan manis, garam dan herba dan rebanya. Maka Tun canang kepada rakyat jelata negara untuk pengetahuan rakyat seadanya. Bangkai yang disimpan kemas keming selama ini, dah didedah dibuka terbentang. Anda ada turut menghidu bau busuknya?
Tun DMM selama 22 tahun menjadi PM dan sebagai bapa dan ibu yang mengandong dan melahirkan umNO(baru) ilham yang tercetus sebaik UMNO asal diharamkan kerana pertembongan diantara Dr Mahathir dengan YBM Tengku Razaleigh Hazah dulu. Pasti, walau Tun DMM melepas kan Putrajaya dan nyah dari PWTC. Percaya dan yakinlah Tun juga telah meninggalkan pesaka pentadbiran, pesak penyokong tegar disemua peringkat disemua posisi akan penyokong-penyokong tegarnya seperti api dalam sekam dihadi oleh DS Najib TAR. Apabila Tun DMM bermadah DS Najib lebih terok dari Pak Lah, so, YAB DS Najib PM1Malaysia @ Menteri kewangan negara, Presiden umNO(baru) dan Pengerusi bN jangan ambil mudah dan sambil lewa dok berselindong dicelah kangkang bini ke2 yang rambut kembang sanggol melentang tu.
Kalau untuk membersihkan diri kita sekadar muncul dikaca TV dengaan skrip soalan selamat dan sekadar penafian dibibir dan dilidah, ianya tidak mencukup dan mengenapkan untuk rakyat jelata dapat menerimanya sebagai alasan yang konkrit 100% yang dipercayai dan diyakini. Ianya adalah progrem santai menjawab balas akan kritik dab belasah dari tun DMM dan pengkritik yang lain sekadar memenuhi ruang lensa TV dengan skrip tanya jawab yang disepakati lebih awal.
Kalau rakyat jelata menolak dan tak percaya dengan sanggah penafian dibuat oleh DS Najib TAR, apalagi spesis jenama yang bersekala besar mega perdana seperti Tun DMM, YBM TS Tengku Razaleigh, Tun Zain Zainuddin, A. Kadir Jasin, TS Maydeen Zam, mampu dan dapatkah mereka-mereka ini mempercaya penafian yang dibuat lafaz oleh Najib TAR itu? Jauh api dari panggang, jauh KL dari Ulam Batu kepada mereka akor mempercayai dan menerima mentah tan[a dibedah forensit akan penafian DS Najib TAR di TV.
Kalaulah style dan kaedah penafian longlai bin longgar yang lemah gemalai itu menjadi keutamaan kepada YAB DS Najib TAR dalam kaedah membuat penafian dan sanggahan, untuk menafikan asakkan lontaran peledak C4 dari Tun DMM. Dapatkah jawapan YAB PM1Malaysia @ Menteri Kewangan negara, Presiden umNO(baru) dan Pengerusi bN itu mampu diangkatkan kenyataannya menjadi sebongkah emas segunong permata yang nilainya amat tinggi yang berintegriti? Tidak seperti nilai saham Felda FGV dan 1MDB juga dikaitkan dengan Najib TAR.
Baik FGV maupun 1MDB yang merudum menjunam seperti heli menjunam di semenyeh baru-baru ini berkecai dan malapetaka korban manusia. Sesunggohnya kini YAB DS Najib TAR sedang meniti diatas seutas tali yang dipenghujung tali itu pintalan talinya, cuma tinggal 35% sahaja akan putus. Kalau tali yang hampir putus itu, turut berakit bersama-sama Najib TAR, WPN DS Dr Hjjah Rosmah Mansor. Turut anak tirinya bersekali Jho Lo meniti ditalian genting itu, ianya masa lebih cepat tali di titian itu putus dan turut jatuh tersepok bersamanya DS Najib TAR. Kalau salah edar dan salah meniti dengan teliti dan berhati-hati
Terkini, bilamana YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah, bersalaman dengan Tun DMM untuk bersama pasong tenaga dan kekuatan untuk menyerang DS Najib TAR. Kalau lima enam bulan ini baten itu berganti bertukar diantara kepada A Kadir Jasin, TS Zam, TS Sanusi, Tun Daim dan beberapa lagi. Rupa-rupanya komponan baru ini diltengok perati sebagai pengancam tuntas kepada Najib TAR dan sekelian rakitnya. Makanya selama ini kambing janapari yang selama ini yenyak berehat tidor dikandang, tiba terkejut dari lena dan lamunan. Makanya jaganya memberi makna dan isayarat besar tempias dan kesan kepada menantu. Akhirnya Pak Lah bangun mempertahankan DS Najib TAR bersabit dan berkaitan dengan mangsa C4 gadis Monggolia @ Attantuya.
Kerana pada hemat saya, sekiranya Najib TAR tumbang, maka menantunya adalah sasaran utama kepada Tun DMM untuk belasah dan sesah. Demi untuk selamatkan menantu tersayang KJ dikerusi Menteri Belia dan semuanya selepas ini. Maka Tun Abdullah Ahmad Badawi alHaj tampil terkebil-kepil turut membantu mendinding Najib TAR diperengkat permainan dius dan tambah masa kecederaan 3 minit. Tetapi semuanya telah lambat, telah terlewatdengan masa yang berbaki kini.
Sesunggohnya Pak Lah bersuara YAB DS Najib TAR tidak terlibat dan terbabit dengan kematian dan pembunohan gadis Mongolia altantuya itu. Jadi aku seronak dok tengak bangsawan keudara. Yang mana pelakon dan pengarah bangsawan ini telah masok lakonan mereka, masing-masing sedang berlakon dalam masa kecederaan. Kini takdir telah menghimpun melibatkan 2 mantan PM bertembong PM berkuasa sekarang. Masihkah rakyat percaya dengan mereka bila mereka selak seluar dan cukor bulu kemaluan mereka dan didedahkan kepada rakyat? Akhirnya siapa YANG TERSUNGKOR YANG MENGELUPOR.
RENCANA: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH : 11 APRIL 2015 SABTU 21 JAMADIL AKHIR 1436