Monday, April 13, 2015

SENJATA AMPOH umNO(baru)bN, MENGHADAPI PRU14 - RUU PINDAAN SUBOH

Saya samasekali tidak berhajat dan berhasrat untuk mengulas dan mengupas panjang atau pendeknya, berkaitan hujah-hujah kerajaan umNO(baru)bN yang dikemukakan oleh YB Menteri Dalam Negeri ketika, kenapa dan mengapakah bersunggoh-sunggoh dan teramat berkepentingan berkala besar, kerajaan1Malaysia umNO(baru)bN terpaksa membentang 2 RUU Pindaan dalam sesi persidangan Parlimen minggu lepas. Yang persidangan penting dan genting itu, cukup berdebar dan mencabar, berakhir menjelang waktu Suboh pada 10 April 2015 hari Jumaat yang lepas. Dalam parlimen ketika persidangan sedang berjalan, terdapat pro sokongan dari bN dan penentangan tuntas penolakkan dari PR. Hinggakan ramai AhPar bN dan PRyang tidor lena dan berdengkor. Ramai pula yang ponteng dan pandang enteng sepi undang puaka tersebut.

Fenomina penentangan - pertembongan  didalam Parlimen semasa perbahasan berjalan, sesunggohnya, ianya tidak berakhir dan berkesudahan tamat disitu. Ianya berterusan diperkatakan oleh semua pehak baik penyokong kerajaan1Malaysia umNO(baru)bN maupun penentangan lantang berterusan dari penyokong majority PR 52 % sampai limpahannya keluar dari parlimen. Pasti ia diperdebat dihentam oleh pemimpin dan penyokong PR dengan alasan yang kemas, bernas dan konkrit. Makanya terpaksalah dijawab kembali oleh menteri dalam negeri dan jabatan dibawahnya.

Mereka yang bernama kerajaan pusat, bukan mereka sekadar menjawab, tetapi mereka menjawab dengan taring disisinya adalah undang-undang puaka untuk fungsikan sepenuhnya rang undang-undang pindaan itu, akan berbakti dan buat pahala kepada uMNO(baru)bN dengan mengugat dan menyekat suara dan menghalang, mengkritik. Pemimpin yang datangnya dari penyokong PR yang berhujah. Untuk menjunam umNO(baru)bN. Situasi kalah hujah kepada hujah-hujah yang diketengahkan oleh pemimpin PR, ia akan mengundang, untuk berdepan PR adalah  komponan berkuasa (PDRM) PN dan Mahkamah akan sedia setia untuk berkhidmat mengugat menjalankan tugas perentah kepada tuannya umNO(baaru)bN. Kesan denda dan penjara menjadi senjata ampoh umNO(baru)bN untuk menafikan sekelian pemimpin PR untuk menjadi calun-calun yang berkelibar dan berpotensi dalam PRU14 nanti, sebaik didenda dan didenda. Itu adalah gambar tersembunyi yang dulu-dulu menjadi teka teki dalam majalah. 

Dikaca mata dan dizamir Menteri dalam Negeri juga Naib Presiden Kanan umNO(baru) calun TPM (saya doakan sekiranya masih ada kerajaan umNO(baru)bN), bersabit dan berkaitan dengan komen-komen kontra yang membantah dan menolak Pindaan  Akta Hasutan 1948. YB Dr Ahmad Zahid Hamidi telah dan akan terus menafi dan mempertahan dengan  membuat pembelaan tuntas walaupun terpaksa menyerah kepada PDRM, PN dan mahkamah untuk mematikan cabaran dan asakkan berterusan dari pemimpin PR. Diwaktu diposisi kerajaan1Malaysia YAB DS Najib TAR berada  dihujong tanduk, dan umNO(baru)bN itu sendiri sedang meniti dititik-titik akhir perjalanannya yang sarat dengan penyelewengan dan cemohon untuk mati dan dikafankan bersekali dengan bN, kalau-kalau penawar dan vaksin tidak menjadi untuk merawat PRU14 nanti.

Walau berbuih mulut menteri dalam negeri YB DS Dr AZH membuat pengakuan penafian, seperti berbuih mulut Sabri Chek ketika berdebat dengan DSAI dulu. Masihkah kita ingat?. Bahawasanya kerajaan umNO(baru)bN tidak akan samasekali untuk salah guna kuasa dan menggunakan kuasa beracun yang berpuaka Akta Hasutan tersebut untuk menangkap musoh-musoh politiknya kerana gagal berhujah menjelang PRU14. Itu adalah janji, janji lidah yang tidak bertulang sama sekali tidak bersanadkan akidah kental yang pejal. Ada anda dapat percaya?

Sesunggohnya penafian yang dibuat oleh menteri dalam negeri itu sama sekali pembangkang majority Negara PR 52 % tidak mempercayainya sampai kiamat walau alasan sedingin salji di Kashir 30 tahun dahulu. Kerana ianya kita pandukan dari pemerhatian tindak-tandok kerajaan umNO(baru)bN lain cakap lain tindakkan dilakukan kepada musoh politiknya. Perjanjian resmi dikhianati. Janji dalam parlimen pun dinafi oleh pemimpin puncak dan pucuk umNO(baru)bN.


Kerana pengkhianatan janji yang telah dibuat oleh menteri maupun perdana menteri sejak zaman Perikatan cap kapal layar, sampai zaman UMNO asal bN bertukar kepada umNO(baru) bN cap dacing lagi mereka kelentong, mereka mengkhianati mungkir janji. Sekali pun janji itu diikrar dalam dewan Parlimen yang mulia sedang bersidang dan akujanji resmi dihadapan rakyat jelata dinafikan seperti janji lidah biawak gabok yang lidahnya bercabang lagi berlapis. Walau apa-apa alasan yang dikeluar beliau sebagai sokongan tunjang kepada pindaannya. Beliau berlapek dengan alasannya untuk  menjaga  keamanan mutlak Negara. Itulah bait dan nizam diratip mereka, hakikatnya hampas belaka.

Tengoklah, berapa kerat komunis ditangkap? Melainkan pemimpin pembangkang yang membahayakan kepada umNO(baru)bN yang kesanya rakyat mendapat kebenaran. Dan diatas kebenaran itulah rakyat akan sokong gagasan PR untuk PRU14. Oleh kerana pakar strateji umNO(baru)bN menyakini umNO(baru)bN akan kalah dalam PRU14 nanti, setelah ramai mantan pemimpin-pemimpin kanan umNO(baru)bN, terdiri dari mantan-mantan Perdana Menteri, mantan Menteri Kewangan dan mantan Menteri Kanan dan mantan jurnalis kanan bersama-sama tampil dengan rakyat marhean yang ditindas umNO(baru)bN selama ini, mereka bangun menentang lantang dan bersuara secara berani dan terbuka mendesak dan menceritakan keburukkan pemimpin berkuasa sekarang. Kesannya Putrajaya menjadi amat goyah dan PWTC tinggal gusi sekarang ini.

Makanya tindakbalas kerajaan dengan menggunakan parlimen, makanya kedua-dua RUU Pindaan itu terpaksa dibuat. Semuanya sebagai amaran dan peringatan kerajaan1Malaysia pimpinan YAB DS Najib TAR @ Menteri Kewangan negara yang bijaklaksana untuk menyekat dan empang pengaroh suara rakyat. Yang kini seolah-olah dipimpin oleh YBerbahagia Tun Dr Mahathir Muhammed, YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Daim Zainuddin, A. Kadir Jasin berpadu tenaga mengikut cara masing-masing yang disimpulkan bersama-sama dengan PR, PAS, DAP dan PKR yang umNO(baru)bN mengelabah, tunggu masa untuk rebah dalam PRU14.

RENCANA: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH    : 13 APRIL 2015 ISNIN 23 JAMADIL AKHIR 1436