Tuesday, March 1, 2016

PANTUN BERMADAH, KITA BERHUJAH.

PANTUN BERMADAH, KITA BERHUJAH.

Ketang kedada, manisnya nyonya
Batiknya merah jalornya belang
Benci UMNO bukan benci ahlinya
Benci pelacoran, bukan benci jalang.

Siakap sembilang dimasak 2.6B rasa
Sekarang timbang kilo, dulu timbang kati
Pas berpolitik bukan nak rampas kuasa
Nak jadi pecacai UMNObN sampai kemati.

Dari sana posman membawa surat
Surat titah junjungan Paduka kurnia
Suka ana  hadir absen mesyuarat
Kan ana ini ulamak tersohor dunia?

Baja organic serta baja camporan
Dibuboh banyak pokok merana
Sayang Rosmah terkena seduan
Hadi Haron pencetus kehancoran
Belah punah Pas macam timun Cina
Kerana gila nak Kerajaan Perpaduan.

Pergi meminang dara di Tokai
Siap meminang balik Semadong
Apakah ilmu Najib1MDB pakai
Hadi Haron dicucoknya hidong?

Tiang dan alang kayunya kempas
Pelapitnya pula batang kelapa
Nak dengan UMNO, nyah dari Pas
Ustaz Idris marah, tuju kesiapa?

Bawa kapak, parang pergi menebang
Ditaket batang dengan penendang
Penendang singah kemuka abang,
Ketika umNObN nazak dah nak tumbang
Tampil ulamak Hadi Haron jadi serandang
Selamatkan NajibRM2.6B dari tumbang.

Bersabong ayam lembu dibon Penanti
Kerja haramjadah, bedosa lagi berpuaka
Angkoh sombong, hambat keluar parti
Bila pakat-pakat keluar katanya derhaka.

Gulai masak, nasinya mentah
Goreng pedas ikan cencaru
Kerabu perut ubi sengkuang,
Membujor lalu melintang patah
Patah Haron bisannya Tokguru
Abdoh NIAT simbulnya juang.

Mencangkul gembor sebidang tanah
Untuk menanam ketum dan sawi
Keluar beramai tuboh PARTI AMANAH
Hadi dakwa haram, fatwanya Qardawi.

Menahan bubu di muara kuala
Dapat haruan, sepat dan keli
Sampai kerumah terlupa jala
Hadi ke Tesco membeli sekilo gula
Ana beli gula, manis tak nak beli
Kompom kata, ini kerja orang gila.

Buah duku dokong dan langsat
Tanah pamah telah dipagar
Amar kata mati belum kerat pusat
Kini AMANAH berkembang megar.

IBN BADULLAH ALAWAB – 1 MAC 2016 – SELASA.