Sunday, March 13, 2016

PANTUN ANGKAT ROSMAH NAJIB

PANTUN ANGKAT ROSMAH NAJIB

Sayor lemak bayam, bersama tauhu
Beras pulut ditanak, dibuatnya wajib,
Wahai rakyat Negara, saya bagi tahu
Rosmah Mansor adalah bini ke2 Najib.

Menebang belantara hutan, menjadi pamah
Kelulusan hak Melayu, digadai dekat Nyonya,
Bencinya rakyat dan meluat dekat Rosmah
Lagak sombong Rosmah mengatasi lakinya.

Subor dan segar tanaman, kerana dibaja
Bantuan baja daripada Pengerusi Mara,
Rosmah bukan malukan lakinya sahaja
Tetapi tempiasanya juga kepada Negara.

Bersimpang siur, lencongnya teros
Silap persimpangan, sesat ke Bota,
Heboh sedunia, Rosmah joli dan boros
Ambil duit mana, beli cincin 24 juta?

Sesunggohnya, tak tumboh tak melata
Didalam kuali berpasir, goreng berangan,
Mampunya Rosmah, beli cincin 24 juta
Dia menabong, sejak dalam kandongan.

Pondok yang tersohor di Bukit Besar
Apa kurangnya, pondak di Penanti
Dibina dengan kayu bersama keluli,
Hobinya Rosmah berbelanja besar
Barang berjenama mahal, pilihan hati
Tentang membayar, apa aku peduli?

Sungai Berembang, disebelah sini  
Terkenal dengan haromanis dan sawa,
Orang dok sembang, Najib takut bini
Rosmah guna bomoh Siam dan Jawa.

Thian Chua member Parlimen Batu
Melintangnya berlalu, membujor kata,
Rosmah Najib kenduri sambut menantu
Kataanya bunga import, harga 3 juta.

Ada pulut wajib, makan yang tanak
Dudok makan santai, ditepi lombong,
Rosmah Najib bukan walimah anak
Jamuan bongkak, tunjuk sombong.

Anak pinak menteri kaya, menjadi peran
Kerana bapak mereka, lanun dan pencuri,
Rakyat Negara jadi bengong dan heran
Rosmah ka PM or Najib Perdana Menteri?

Berubat tradisi, dengan bomoh main petri
Selepas petri, belum tentu semboh selamat,
Kalau nak tau, siapa jadi perdana menteri
Pergi mengadap Agong, dapat maklumat.

Selepas menuai, membakar jerami
Api merebak menjadi melarat,
Dayusnya DS Najib menjadi suami
Biarkan Rosmah mendedah aurat.

Menisan nipah, madunya kelulut
Kelulut yang asli di dalam hutan,
Bab ini bukan sengaja gatal mulut
Tetapi amaran Quraan kalam Tuhan.

 Sekarang scan, dulu bidan jamah
Jamahnnya perut berlapik serban,
Tamparan hebat berdepan Rosmah
Adnan Satim suroh, Najib berbini Iban?

Kehulu mudik menahannya lukah
Lukah ditahan oleh, Pak Derani
KM beri jaminan Najib ok menikah
Jantan wirakah Najib tambah bini?

IBN ABDULLAH ALAWAB – 
13 March 2016 – SUNDAY - 12.20 TH