Thursday, March 17, 2016

PANTUN: PAS IKAT HUDUD

PANTUN: PAS IKAT HUDUD

Marang Rusila, perjalanan laju ke Pekan
Ke Pekan hajatnya membeli berangan,
Belum pun surat pernikahan didaftarkan
PAS buang  hudud nyawa perjuangan.

Juta RM hangus, agkaramu panda
Ibu bapa panda, memancut kencing
PAS lanie bukan serak tersedu nada
Tetapi terkeluar real, larinya pitching.

Tak cukup cengal, dikebas kempas
Sayang cengal balak, disita tersadai
Haron Din kata Hudud nyawa PAS
Kenapakah  nyawa dijual digadai? 

Ramainya berjemaah di Mesjid Pendek
Mesjid indah, berkualiti material bahan
Anjongnya terlindong disebab dahan,
Ustaz Ahmad  Yaakob MB akalnya pendek
Sumpah dalam DUN, hudud jadi tarohan
2015 MB letak cau, kalau hudud tak jalan.

Badud terlepas, tersimpanglah haluan
Haluan ke Kobah, sampai ke Mekebang,
Hudud: PAS ubah strategi ikut keperluan
Itulah hakikat, ulamak lidah bercabang.

Peguam hakim yoya, rebah luka berdarah
Himpun di Padang Merbok betina jantan,
Dulu Hadi  kata kelabu, hari ini kata merah
Hajatnya ke utara, turned pula ke selatan?

Haramjadah serta barua broker perkataan kesat
Diucapkan oleh kedua-dua pemimpin atasan,
Taki kata, hudud diserah kepada kerajaan pusat
Bil persendirian dibawa, belakang keputusan?

Terlepas nak makan, laksa Telok Kecai
Dilampu isyarat Alor Janggus baru perasan,
PR dan PAS sudah hancor telah berkecai
Baru faham pindaan itu libat perlembagaan?

Hujah MP bN, ramai yang mengampu
Mengampu berhujah naik urat belakang
Khalid, Rafizi, Hatta sering mereka  ganggu,
Abdoh kata mana baik ditipu atau menipu
Yang mana lebih afdal kita berpegang
Ditipu atau menipu, KP berkecek dungu.

Si Tora Harimau Jadian, film Patong Kencana
Cerita hikayat rakyat, dongeng dahulu kala
Mamak Kadir kata, hudud tak sesuai dilaksana
Haji Hadi setuju, mengia menganggok  kepala.

Dr Azman Ismail ahli parlimen Kuala Kedah
Menjimat penggunaan elektrik, dia guna dian
Terkejut terkencing, bila bertalu dipalu rebana,
Pasal hudud Mamak Kadir bermadah sudah
Hadi Awang kata, hudud kita fikirkan kemudian
Bil private ana, bukan hudud nak dilaksana?

Nik Mahmood Nik Hassan, dermawan berjariah
Delima Husham Musa haromanis ke karet,
Merenam Joker, Raj Kapoor berwatak badud,
Untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah.
Mahkamah syariah terendah dari court majistret
Kenapa gagea mula, mu dakwa pindaan hudud?

CM Lim Guan Eng integrity, memacu kemajuan
Sumbang seribu dekat alHafiz menghafal Quraan,
Haji Hadi mengemudi PAS sesat arah dan tujuan
Perkuda PAS, menuju musnah bala kehancoran.

Untong meniaga manusia, dari berniaga unta
Manusia GRO jalang, pamir dikamar kaca,
Ustaz Haron (PAS), ana mau tanya anta
Hudud mu letak ketepi, DAP kah yang punca?

IBN ABDULLAH AL AWAB – 17 MAC 2016 – KHAMIS (8.18 malam)