Ibn Abdullah alawab – 10 Mac
2016 – Khamis.
Niat
dudok, hakikat membantah
Sifat
manusia selepas bersara,
Megah
menjulang bN memerentah
GST
beroperasi rakyat sengsara.
Rajiv
Ghandi, isterinya Sonia
Ratu
Sara anakndanya Raja,
Bank
Bumiputra, hilang didunia
Angkara
pemimpin umNO durja.
Bela
pacat di Bukit Keteri
Bukit
Keteri dibalik sana,
Mukhriz
dipecat jadi menteri
Najib
ganti Bashah kaki lena.
Pantai
terhakis kerananya ombak
Ombak
membadai Pantai Merdeka,
Dun
Terengganu dilambong ombak
Ujian
kuat umNO sesama mereka.
Enak
dan sebab pulut dan kuaci
Lebih
zalat kalau dikukus,
AG
Pandi Ali dah Najib TAR disuci
Kenapa
di Parlimen Najib menikus?
Kurap
panau sukarnya semboh
Kuat
digaru, sakitnya merasa,
MKN
dicincang menjelang Suboh
Senjata
ampoh Najib berkuasa.
Mukhriz
telah menjadi mangsa
Tidak
diberi peluang membela,
WSJ
Najib nak saman Selasa
Tetapi
nak tanya, Selasa bila?
Najib
diangkat pemimpin wibawa
Wibawa
apa 1MDB rugi ribu juta,
Utusan
Melayu lidah berwibawa
Sebab
itulah hutang rugi berjuta.