NAK SEKEH KEPALA MUFTI KUNUN: KESUDAHANNYA
TELOR SENDIRI SANGKUT DI TELINGA.
Yang
lepas itu ianya telah menjadi tawarikh, tawarikh itu wajar sentiasa diingatkan,
agar manusia ego berpakaian agama, tidak
terus angkoh menghina mangsanya dengan perkataan cemar kesat. Lepas tu, dengan
jiwa bapok hunggal dapat mangsanya untuk melutut minta maaf. Kemudian ulang
lagi kelakuan burok yang sama terhadap mangsa yang lain. Saya sentiasa ingat pesan
Tok Wan saya kira-kira 56 tahun lampau, “Ingatlah kalau kita menghina dekat orang dengan kata kesat dan
jahat, dia macam kita ambik paku belanda, kita ambik merton kita katok paku
ditiang seri romah. Lepas tu kita cabut keluaq paku tu, paku dapat cabut.
Tetapi kesan lubang dekat tiang terus ada, macam tulah kesan sakitnya hati sesiapa
yang mendapat cerca hina”.
Justeru
saya angkat bulu tangkis tanggong Mr Somy itu dan returned smash tepat diangle
kiri atlit tersebut. Agar ianya menjadi ingatan sebagai sempadan dalam celupar
agas itu terdapat racun bisa terbenam disanubari hati nurani menjalar satu
negeri rakyatnya berdukacita dan bingkas bertindak kalau silap-silap edar. DNA
saya kelahiran kampong Sungai Berembang, Perlis. Makanya pasti terkesan
penghinaan Mr Somy dekat MUFTI KNP Darul Sunnah yang mufti itu bukan Ayah Pin
yang menguasai Kerajaan langit di Besut. Tetapi MUFTI Dr Asri itu dilantik oleh
Kebawah DYMM Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin ibn Almarhom tuanku Syed
Putra Jamallullail dengan watikah perlantikkan dengan cop mohor kebesaran raja
memerentah negeri Perlis. So, ingat wahai Mr Somy anta bukan nak sekeh kepala
Mufti, tetapi hakikatnya keberanian luar biasa mu nak sekeh kepala Tuanku Raja
Perlis.
Nampak
sangat lalanie pemimpin parti agama beruniform agama, patang nampak mikrofon
berdepan penyokong luluhan ribu, gatai berbuih muut untuk bercakap. Walau
tanpa persediaan kerangka ucapan dibuat.
Makanya terkeluarlah dari mulut lidah lembek tidak bertulang itu, dengan perkataan
dan kalimat yang kesat lagi merapu. Seiring dengan celupar kasarnya presiden
parti mereka, bangga dengan ulang sebut anjing babi barua broker salak bukit
dan macam-macam lagi kepada sesiapa tidak berkenan dihatinya. Ianya diikuti
penoh oleh macai dibawah kerana kenyang sedawa umpan dan dedak yang melimpah. Itu-itulah
menjadikan mereka agamawan melalak cukup galak kerana walak pucok pemimpin yang
dipuja didewa, sesekali jangan disentoh macam maksum kedudukkannya. Walau
terpaksa menghina orang lain untuk membenar egonya yang tunggal itu adalah
cakap tuntas yang wajib dipatuhi akor sebagai pedoman hidup oleh macai tegar
dibawah.
Sekeh,
luku lonyai kepala ‘MUFTI’ ianya percakapan kurang ajar lagi biadap. Kalau-kalau
ianya disebut oleh mereka yang mendakwa berotoriti ulamak berpakaian agama
dikhalayak ramai? Kenapa sanggup maki sampai tahap itu? Ianya kerana sombong
angkoh dan beranggapan dirinyalah sahaja yang alim pintar bijak dari mangsa
yang difitnahnya. Bertujuan memalu dan merendahkan kewibawaan sesaorang mufti.
Sa lagi kerana beliau diantara pemimpin ulamak muktabar dalam PAN
MalaysianIslamic Party yang jutawan. Berdaya mampu tegar kekayaannya untuk
hadiah hari jadi bini mudanya walaupun kapal terbang, maupun kapal selam,
Adduuhhh!!!!
Angkohnya
jawapan ulamak muda pewaris pemimpin PAN Malaysian Islamic Party kini. “Semuanya
remeh. kenapa diluar sana ambil pusing dan bising dengan kekayaan dan kemampuan
ana?” Alhamdulillah! Kayanya pemimpin ulamak PAN MIP, sejak dedak dari
umNO(baru) RM90,000,000.00 yang dibageh ke kantong sesame mereka. Sekarang rakyat
dok tunggu saman Hadi Awang dekat SR dan DP Husham Musa.
Justeru,
samada Mr Somy telah bergegar lutut bergegas melutut mohon ampun maaf walau
belum hari raya, kata almarhum Ismail Din dalam film Mami Jarum. Samada terketar ketakutan atau diluar yang kita tidak
mampu menyelami hati sanubarinya, tiba-tiba Mr Somy mulutnya yang celupar agas nak sekeh kepala
mufti itu, sekonyong-konyong belum pun mufti tersebut menjawab balas. Tiba-tiba
Mr Somy ketuk pintu rumah mufti mangsa sekehnya terhegeh-hegeh untuk minta maaf
dekat mufti tersebut.
Kenapa
minta maaf wahai Mr Somy kalau anda benar macam sodek? Ertinya kesalahan amat
besar anda lakukan keatas seorang mufti sebuah negeri yang berdaulat yang Raja
dan Sultannya sendiri melantik batang tuboh itu menjadi mufti untuk negerinya.
Bukan kerana batang tuboh itu bernama Dr Mohd Asri Zainul Abidin,
tetapi lebih dari itu. Apa?
Sejak mutakhir ini, celuparnya mulut
pemimpin parti agama dok dendang dok canang. Keluar dari jemaah PAS maka
keluarlah akidah mereka. Mereka menjadi kafir menjadi murtad. Hatta macam-macam
penghinaan diucap sampai tanam di jerat Cina. Sampai saat ini, fenomina celupar
ustaz jadian ini menabor fitnah dalam kuehyah dimesjid, tidak sepatah tegoran
dan amaran dari Tuan Presiden parti mereka warning diatas mamat copong celupar dalam
mesjid. Ianya tidak sama dengan Mr Somy
nak sekeh kepala mufti yang mufti itu Raja Perlis telah anugerah bintang
kebesaran negeri bergelar Dato’
bergelar Perlis yang membawa gelaran Dato’ Arif Perkasa dan Darjah
Kebesaran Seri Sirajuddin Perlis (SSP) bertitle Dato’. Serta Penerima
Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H & 1429H. Dan USM
sendiri anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM
Tahun 1430H.
I’m
sorry Mr Somy, ambo nak tanya satu soalan sahaja disini, tulong clear jawab
senang dan mudah tak perlu pitih juta untuk menjawab. Dato’ tu anugerah dari negeri mana dalam Malaysia
Mr Somy dapat? Bila anugerah itu diberi untuk mampu saya tengok rekod
penganugerahan melalui internet. Kerana saya tidak maksum wali keramat dan
laduni seperti geng pimpinan parti agama dalam Negara kita. Adakah ianya ianugerah
oleh Sultan atau Raja atau TYT Melaka,
PP, Sabah atau Serawak. Anugerah Dato’ dekat Mr Somy Takiri dapat? Sebab itu guna Dato’ macam Dato’ exco
nikah kahwin KNK Singa Kelantan lalanie bergelar Dato’. Jangan-jangan Dato’
beli sudah le, kerana pitih Mr Somy berjuta adanya. Jangan Dato’ yang diberi
beli melalui kerajaan raja Lautan Hindi sudahlah.
Pertlingkahan
ini kerana satu pihak mohon mendapat penjelasan yang detail dan mendalam. Satu
pehak lagi memperthankan dengan sikap ego dan sombong. Jadinya bukan setakat
ini mengundang kedamaian dan harmoni kepada rakyat jelata. Tetapi porakperanda
keranamu Rang Unggu Unggu 355 setelah dipermain oleh MP Marang bangkit dudok 2
kali tanggoh dalam persidangan parlimen untuk dibahas oleh 222 ahlinya. Malang,
Marang bawa RUU 355 ke Padang Merbok untuk paksa sekelian burong untuk sokong
dan lulus RUU 355 dalam keadaan cacamerba demi kepentingan politik yang sempit
PAN Malaysian Islamis Party yang tersepit bergelumang dengan episod rasuah
RM90,000,000.00 dari umNO(baru) Najib Razak kleptokrasi.
Pemimpin
tersohor PAN Malaysian Islamic Party – PAS dah berlarutan rempoh setahun
pengecut hangit, gagal sampai sekarang untuk pertahan integrity pemimin dan
parti mereka saman SR dan DP Husham Musa untuk menegakkan integrity diri dan
party kecuali sombong sekadar menafi sumpah tumis sambal bilis tidak menerima.
Rakyat Negara dan dunia tidak percayakan jawapan anda.
Ibn Abdullah al Awab - Isnin
/ 06 - 03 - 2017