Friday, March 3, 2017

BUKAN KESILAPAN TEKNIKAL, IANYA RANCANGAN MENIPU PEMIMPIN PAN MALAYSIAN ISLAMI PARTY YANG TIDAK CERDIK BERPOLITIK.

BUKAN KESILAPAN TEKNIKAL, IANYA RANCANGAN MENIPU PEMIMPIN PAN MALAYSIAN ISLAMI PARTY YANG TIDAK CERDIK BERPOLITIK.

Hakikat sebenarnya, apa yang disahkan oleh menteri kelainan jantina dari umNO(baru)bN, yang sedang membetulkan - islahkan pembohongan tuntas umNO(baru)bN kepada parti punahsehat PAN M'sian Islamic Party, yang mana Rang Unggu Unggu 355 dilentangkan oleh Marang Hadi Wang ianya satu kesilapan teknikal telah berlaku dipersidangan parlimen yang lepas. Cheh! Cheh!! Cheh!!!

Lingkupnya PAN M'sia Islamic Party dimata rakyat dihati sanubari rakyat diatas penipuan pemimpin umNO(baru) dekat kebodohan sengaja pemimpin PAN M'sian Islamic Party keranamu dedak RM90,000,000.00 menjadi nana nanar. Rang Unggu Unggu 355 inilah yang kesilapan teknikal dalam parlimen seperti disahkan oleh menteri umNO(baru)bN kelainan jantina yang jaga hal ehwal parlimen.

Semedang selepas itu, berapa ramai rakyat Melayu Islam yang tidak bersama Rang Unggu Unggu itu telah dikafir, dimurtad, halal darah wajib dipancong dan macam-macam lagi tudohan kesat mereka hatta kepala mufti pun mereka nak sekeh kepala kerana tak faham akan Rang Unggu Unggu 355 dalam satu fiesta yoya yoya di Padang Merbok padang terkukor kedidi. Wahai macai-macai dan cai kepimpinan PAN Malaysian Islamic Party!!!!!

Dengan wakil Najib umumkan kesalahan teknikal, makanya bab Rang Unggu Unggu 355 menjadi abu angin dan suci dalam debu dan tidak diperkatakan dalam parlimen lagi kerana ancaman komponan bN kepada Najib umNO(baru), memungkinkan umNO(baru) dipecat dari komponan bN seperti pernah berlaku ketika UMNO mati dikaki YAA Hakim Harun Hashim dikamar HMT KL. Presiden MCA LLS menjadi Pengerusi bN ketika itu.

Padan muka Hadi Wang, langkah politik mundornya di hukum umNO(baru) Najib kleptokrasi dalam parlimen menjelang PRU14.

Catatan: Ibn Abdullah al Awab

Jumaat – 03032017.