Salam, sekiranya dikalangan kita cerdik pandai cendikawan
yang ramai, diatas kecerdikkan dan kepandaian dan keberadaan dengan ilmu
pengetahuan serta kepakaran dengan pengalaman yang melimpah. Serta Allah izin
anugerahkan kekayaan yang melimpah. Alhamdulillah.
Tetapi ambo berhemat, sekiranya individu bertaboran itu kekal
tegoh sebagai sebilah lidi kelapa, nescahaya rakyat kampong yang dzaif hidup
dan kehidupan mereka, sampai mati menjadi tukang tengok lidi yang kukuh hebat
itu, tetapi rapoh disudut cakna rakyat marhean.
Alangkah baiknya kini dalam keadaan rakyat sengsara
benar-benar sengsara angkara Najib Razak menjadi kepala perompak kepala lanun
kleptokrasi, apalah kiranya bilah-bilah lidi yang ambo sebutkan itu, marilah
kita himpun lidi-lidi bernilai tinggi itu, kita jadikan seberkas penyapu sebesar
lengan.
Pasti penyapu yang terdiri daripada lidi-lidi emas perak itu,
mampu dimixkan dengan pemimpin politik yang berjiwa rakyat besama-sama dengan
denyut nadi rakyat. Marilah kita mengembeling tenaga, pengalaman, kepakaran dan
pengetahuan untuk membangun negeri Kelantan dan negara yang punah kerana
rakusnya pemimpin yang nafsu syaitan mengalahkan mereka walau mereka kilit
kitab kehulu kehilir.
Nayatalah mereka tidak mampu memmenuhi keperluan asasi rakyat
yang mengangkat mereka. Mereka masak tanak akidah untuk rakyat makan walau
rakyat terpaksa ikat perut. Tetapi mereka makan gajah rimau. Masa amat suntuk
untuk hadapi PRU 14, kita masih tidak memiliki pasokkan yang terbaik dan
memiliki jurulatih dan pengurus hakiki untuk bertempor di medan.
Kita masih gagal untuk menjaring gol yang banyak, kerana
kasut bola kita pakai, kasut keluaran 1950 dulu.
Nota:
Ibn Abdullah AL Awab
09
Mac 2017 – Khamis (1.22 pagi)