Friday, December 19, 2008

SANGGAH DAN CANGGAH - mof yang gagah

Berita Yang Gah. Gelabah

Seperti halilintar membelah bumi, gah diseluroh negara diantara dayausaha yang proaktif disempurnakan oleh YAB TPM merangkap Menteri Kewangan juga Presiden UMNO baru DS Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bersetuju untuk menjual IJN kepada SIME DARBY. Sedangkan Sime Darby ini adalah dimiliki oleh PNB yang berkait rapat dengan Khazanah Nasional. Urusan-urusan kilat kearah penjualan IJN ini pasti terlebih dahulu dalam pengetahuan poket dan kerengkong Menteri Kewangan. Kenalkah rakyat Malaysia dengan MK Malaysia? Jangan sampai anda semua tercicir tidak mengenali MK Malaysia serta saf adik-adiknya yang menganga pelahap seperti naga di Tasik Cini merembat apa saja, sebagaimana murid dan pelajar di Kedah tidak mengenali akan YAB MBnya.
IJN ini dibina pada tahun 1992 dengan kos perbelanjaan mencecah RM16,000,000.00 yang diilhamkan oleh mantan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed iaitu Perdana Menteri sebelum DS Abdullah Ahmad Badawi. IJN ini telah berjasa besar kepada negara rakyat marhean negara dan pembesar negeri dan juga pesakit dari negara luar. Mereka-pesakit menerima dan mendaparkan rawatan dan pembedahan yang amat berjaya sekali. IJN ini juga telah melahirkan ramai pakar-pakar jantung yang dihurmati dan disegani diperengkat global, komit dan komitmen mereka yang tinggi untuk perkhidmatan negara bangsa.
Diantara pakar-pakar jantung telah melakarkan jasa dan bakti besar di IJN untuk negara kita ini adalah, Datuk Dr Nik Zainal Abdin Abdul Rahman beliau meninggal didalam satu kemalangan jalanraya ketika berumur 65 tahun. Tan Sri Dr Yahya Awang, Datuk Dr Razali Wathooth, Allahyarham Dr Razali Hashim, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub dan ramai lagi saya yakini, maaf saya tidak dapat mengingati mereka semua. Untuk pribadi saya sendiri saya rasa ianya wujud IJN ini ketika itu Timbalan Menteri Kesihatan adalah YB Datuk Dr Sulaiman Daud. Diantara nama-nama besar yang menjawat jawatan Pengerusi IJN yang mampu saya mengingatkan adalah YB Tan Sri Datuk Dr Abdul Hamid Pakwan Teh Presiden DN sekarang dan Tan Sri Mohamad Khatib Abdul Hamid.
Mengikut rekod yang dicatatkan sehingga Jun 2005 besarnya jasa ditabur oleh IJN ini dengan menjalankan pemereksaan kepada seramai 1,119,544 pesakit luar. Merawat sejumlah 125,748 pesakit jantung di wad-wad IJN. Menyempurna dan melakukan surgeri kepada 33,469 pesakit dan melakukan pemindahan jantung kepada pesakit seramai 17 pesakit. Diatas jasa-jasa besar IJN menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat negara dan kepada negara bangsa. Diatas apaapa kong kalikong, diatas apa-apa muslihat dan agenda tersembunyi DS Najib berhajat dan berhasrat untuk menjual INJ ini??????????

Diantara tokoh utama negarawan negaran yang mendapat rawatan di IJN ini adalah mantan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri, YAB TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Negeri Kelantan, Profesor Datuk Dr Haron Din dan ramai lagi kalau mau ditulis disini, cukup sekadar nama yang dinyatakan ini.


Gelabah Merasa Salah.
Gelojohnya Menteri Kewangan negara kita ini, untuk menjual IJN terlupa ia akan partinya UMNO akan menghadapi PRK P. 36 Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 Sabtu ini. Manakala hari penamaan calunnya akan disempurnakan pada 6 Januari 2009 Selasa. Pengumuman menjual IJN kepada Sime Darby ini seolah-olah ia memberi bola tanggung kepada PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat untuk dijadikan diantara tajuk utama yang penting diratip untuk sajian intipati PRK Kuala Terengganu. Inilah yang dikatakan pertolongan 'Allah yang awal diterima oleh PAS untuk didedahkan kepengetahuan rakyat khususnya pengundi sejumlah 80,229 di kawasan parlimen Kuala Terengganu.
Demi untuk menghadapi PRK P. 36 Kuala Terengganu, terpaksa mesyurat kabinet hari terakhir membuat keputusan mengejut menangguhkan penjualan IJN ini kepada SIME DARBY. Ingatlah kenyataan tersebut adalah penangguhan untuk menjual sementara waktu sahaja. Saya yakin dan semua rakyat negara khususnya rakyat dan pengundi sejumlah 80,229 orang di PRK P. 36 Kuala Terengganu, bahawa sebaik selepas 17 Januari 2009 sebaik-baik selesai PRK tersebut, sekiranya calun UMNO/BN menang, barang tentu dan barang pasti IJN ini akan diteruskan menjualnya kepada SIME DARBY.
Justeru, rakyat marhean diseluruh negara bersedia mulai sekarang, now!!!! Bangun bersama-sama dengan pemimpin rakyat bersatu diatas satu tekad perjuangan iaitu bertindak mengikut saloran undang-undang negara dan citarasa rakyat dan pemimpin rakyat menerjah dan melaksanakan jalan terbaik agar issu menjual IJN ini kepada Sime Darby hendaklah segera dibatalkan sekarang oleh kerajaan BN/UMNO khusus dan khasnya DS Najib Menteri Kewangan merangkap TPM. Kes serta isu penjualan IJN ini wajarlah diperdebat dan diperbincangkan segera dan utaman di Parlimen yang sedang bersidang di dewan Negara dan dewan Rakyat sekarang.
Sanggah Dan Canggah.
Disamping penipuan dan salah belanja wang royalti rakyat dan Kerajaan Terengganu oleh Kerajaan Pusat, sanggup mengkhianati wang royalti rakyat Terengganu ini yang khusus untuk rakyat dan Kerajaan Terengganu menikmatinya. Tetapi sebahagian wang-wang rotalti itu dirampok dan dirompak oleh lanun dan penyamun di perengkat pusat dipindah untuk Kerajaan Pusat - UMNO/BN membiayai dana projek janji mereka ke negeri-negeri yang lain. Tanpa mereka Kerajaan Pusat UMNO/BN berasa berdosa disisi 'Allah dan bersalah besar dihadapan rakyat negeri Terengganu.
Diatas penyelewengan dan rakusnya kerajaan Pusat UMNO/Bn merompak pitih royalti rakyat dan Kerajaan Terengganu, maka disini sewajarnya pengundi sejumlah 80,229 pengundi ini pada 17 Januari 2009 hari Sabtu bermula 8.00 pagi sehinggalah jam 5.30 petang tolaklah calun UMNO/BN, jangan sekali-kali memberi pangkah undi kepada calun UMNO/BN untuk mereka meneruskan pengkhianatan keatas rakyat dan Kerajaan Terengganu.
Dalam PRK - P. 36 Kuala Terengganu inilah wajar sekali pengundi sekelian menunjukkan dengan jelas bantahan dan penolakkan TOTAL PARTI UMNO YANG MENGAMAL DAN MENGHALALKAN RASUAH DALAM SEMUA BENTUK dapat mempertahankan kerusi ini. Ianya lebih berharga dan mulia sekiarnya rakyat dan pengundi Kuala Terengganu yang amat saya hurmati memberi undi dan pangkah keramat budiman taulan semua kepada calun PAKATAN RAKYAT DARI PAS, TAK KIRALAH SIAPA PUN CALUNNYA.
Jangan bersubahat dengan rasuah UMNO/BN dengan ditunjukkan dihari mengundi pada 17 Januri 2009 Sabtu nanti.
Selamat mengundi. Wasallam.
12.49 pagi 20 Disember 2008 - Sabtu

Monday, December 15, 2008

MATA TELINGA : Saksi!!! Dengarlah!!!


Melapah Minda.

"Katakanlah, wahai Tuhan Yang Mempunyai Kerajaan, Engkau beri kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabutkan kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki di tangan Engkaulah segala kebajikan, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu". - (Al 'Imran : 26).

"Sayang! Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas, kerana dia merasai dirinya serba cukup, sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali, bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang, seorang hamba ketika ia mengerjakan sembahyang". - (Al - 'Alaq : 6 - 10).

"Perumpamaan orang munafik umpama seperti seekor kambing betina yang bingung mengikut dua ekor kambing jantan. Sekali ia hendak mengikut yang ini, kali yang lain hendak mengikut yang itu". - (Hadis : Sahih Muslim).

Tatkala panglima Yussoff As Saqafi menyerang Hijaz, Kota Mekah dan Kaabah, ketika itu Asmah putri Abu Bakar As Siddiq yang sudah lanjut usianya. Yusof telah membunuh anak Asmah dengan kejam dan dzalim sedzalimnya dengan melakukan penyiksaan melampau keatas jenazah putranya yang terkurban syahid it, kata-kata Asmah yang diingat dan dikenangkan sepanjang zaman itu dengan katanya, "Sesungguhya kambing biri-biri, yang engkau sayat-sayat telinganya ketika ianya mati, ianya tidak merasai sakit apa-apa; kecuali kesakitan hati bagi ibu dan familinya menyaksikan jasadnya diseksa".


Langkah Beradap.

Apabila bangsa Yahudi dan Israil mengepong dan membunuh sahabat-sahabatku dikalangan Umat Islam Palestin di Tebing Ghaza Barat, hatinuraniku marah dan mengecam prilaku Yahudi laknatullah itu. Syaitan Bush yang menghancur membunuh umat-umat Islam dan tamddunnya dengan mencipta alasan untuk memboleh ketua syaitan USA memusnahkan Iraq' dan Afghanistan. Hatiku sentiasa membara, menyala menyatakan marah dan bangkangan diatas prilaku syaitan tersebut. Sekalipun ufuk bumi geografi yang memisahkan, tetapi ianya amat hampir dan dekat ditaut dan diikat dengan persaudaraan Islam, iman dan tanggungjawab.

Begitulah jua tatkala beberapa hari yang lepas apabila berkesempatan menjengok blog-blog, maka bersualah saya dengan banyak tajuk-tajuk. Satu dengan satu tajuk umpama semilu dan taji menusuk dihati nurani saya iaitu - PAS : Masih tak sedar rahmat tuhan - Oleh Mat Salleh. Mat Saleh ini memulakan gelanggangnya dengan masuk bakul dan mengangkat gedit-gedit ekornya memalu iklankan akan dirinya sebagai "Pendukng PKR yang aktif di DUN Bandar Baru - mengatasi Presidennya disudut daya usaha menubuh mewujudkan cawangan-cawangan. Pribadinya hebat, proaktif jujur dan iklas, telus dan kudus dalam menjana melaksanakan kewajiban cemerlang, gemilang dan terbilang dapat menubuhkan sampai 36 cawangan PKR, kata dakwanya.

Sekalipun terdayanya Mat Salleh ini menulis mampu mengeringkan dakwat seguri, segudang kertas digunakan beliau untuk mencitak tidak mencukupi. Yakinlah saya tidak apa-apa terusik, tersentuh dan terkilan. Saya cuma mampu berkilas tangan menyepi diri cuma 2, 3 hari saja. Lelah dan ashma kronik seolah-olah tidak saya mengalami dan menghadapinya. Kerana tajuk itu, saya ulangkan PAS : Masih tak sedar rahmat tuhan. Dijalinnya lagi dengan "PAS sedang bergolak..... PAS akan menghadapi laluan sukar dalam menghadapi dalam mana-mana pilihanraya kecil dan PRU13 kelak. PAS lupakan memperjuangkan Negara Islam". Spesis bernama Mat Saleh ini beliau telah bertindak menjadi pendakwa, hakim dan saksi dimahkamahnya. Mangsanya adalah PAS dan seluroh ahli-ahli dan pimpinannya.

Lontaran dan tuduhan jahat yang Mat Saleh kemukakan itu, ianya membuat saya tidak dapat tidur lena dan lelap. Pemusatan tertumpu diatas tuduhan dan kenyataan Mat Salleh keatas PAS dan mencerca rumah tangga PAS. Saya menunggu teman dan sahabat menjawabnya. Mat Salleh!!!! Tinggi sangatkah ilmu agama kamu? Tinggi sangatkah akhlak dan zuhud kamu? Berwiba dan intragreti budi akhlak kamu? Ramai sangatkah anak murid kamu dan pengikut setia kamu? Semua persoalan disajikan ini wajar anda menjawabnya dengan jujur, barulah ianya seiring dan tepat dengan anda terjahkan dengan PAS: Masih tak sedar rahmat tuhan.


Apakah semua-semua tanya yang diajukan itu, saudara Mat Salleh kehadapan dan mengatasi Mursidul Am PAS dan Timbalannya serta Ahli-ahlinya, Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat dan Ahli-ahlinya termasuklah Presidennya? Pasti, kepimpinan perdana PAS tidak ada masa untuk respon akan tuduhan anda itu keatas parti kami. Beradap dan berhemahlah Saudara Mat Salleh. Jangan rafel usang ditangan anda; maka sesuka hati anda menghala memuntahkan peluru tanpa memilih mangsa.

Kayu ukur yang saudara gunakan dengan menyerang PAS adalah keterlaluan dan ......... Anda tidak punyai kelayakkan untuk menyerang PAS. Saya bersetuju sebagaimana anak saya yang nak ke T3 2009 berkata, "Penulis ini dengan merujuk Mat Salleh ini, kakak umpamakan dia (Mat Salleh) mengukur jarak jauh dengan menggunakan dacing" pastilah ianya tersasar, menyimpang tidak seperti bolt n nut".
Maka saya rumuskan semuga anda Mat Salleh, jadikanlah anda saorang tukang jahit. Tukang jahit akan mengukur berulang-ulang kali sehingga kepastian; barulah diikuti dengan menggunting. Menggunting dengan mempermudahkan mengukur nescaya kain menjadi perca. Ingatlah kesannya untuk jarak jauh anda jangan jadi kupang tembaga.
12.45 th.

Nota: Untuk teman dan sahabat di Kedah Lanie, hari ini Khamis 18 Disember 2008 bersamaan 20 Zulhijjah 1429. Saya terkejut apabila jam 9.30 malam yang baru lalu, bagaimana mungkin subjek yang saya sempurna tintakan dengan tajuk MATA TELINGA : Saksi!!! Dengarlah!!! saya membuat perakuan disini bahawa tajuk MATA TELINGA : Saksi!!! Dengarlah!!! adalah pendapat minda saya IbnAbdullahAwab bukan dibuat oleh penulis bernama Sukabumi Bumialam mudahan-mudahan 'Allah menghargai kita semua, yang benar pasti benar, betulkan nama pemilik pemindanya.

Salam hurmat

dari saya : IbnAbdullahAwab.

Allahhuakbar!!!! Allahhuakbar!!! Allahhuakbar

20Zuhijjah 1429 Khamis/18122008




Sunday, December 14, 2008

19 NOVEMBER 1985???? SYUHADA' MEMALI, LUPAKAH KITA

Mukadimah.

"Sesungguhnya mereka adalah belia-belia (pemuda-pemuda) yang beriman dengan Tuhan mereka, dan kami tambahkan pada mereka petunjuk, kami tambatkan hati mereka dengan kimanan dan keyakinan, dikala merekab bangun menentang kufur dan jahilliah dengan beraninya dan berkata "Rabbunallah"........ Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak akan menyeru tuhan lain daripadaNYA. Jika sekiranya kami lakukan begitu (menyeru lain daripada 'Allah) maka kami telah berucap dengan kata-kata yang jauh dari kebenaran." - (Al - Kahfi : 13 - 14) .

"Sesungguhnya 'Allah telah membeli dari orang-orang mukmin akan nyawa mereka dan harta mereka dengan bayaran syurga untuk mereka yang berperang pada jalan 'Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh, sebagai satu perjanjian yang benar yang tersebut dalam Taurat, Injil dan Quraan." - (At - Taubah : 111).

"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugor di jalan 'Allah itu mati: bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira di sebabkan karunia 'Allah yang diberikanNya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap oran-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia yang besar dari 'Allah, dan bahawa 'Allah tidak menyianyiakan pahala orang-orang yang beriman (Yaitu) orang-orang yang mentaati perintah 'Allah dan RasulNYA sesudah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud). Bagi orang-orang yang berbuat kebaikkan diantara mereka dan yang bertaqwa ada pahala yang besar." - (Al - Imran : 169 - 172).

'Takutilah doa mereka yang Kena - Dzalim, sesungguhnya diantara doa-doa mereka dengan 'Allah tiada sebarang hijab-sekatan.' - (Hadith Riwayat : Bukhari dan Muslim).


Mengimbau.


PESANAN AKHIR


Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka Diatas tulang-tulangku
Yang hancur luluh,

Nyalakanlah obor buat ummat ini
dan...................

Teruskanlah perjalanan ke Gerbang Jaya.
Saudara!!!!!!!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungNYA berkicak riang menyambutku
Bahagialah hidupku di Alam Abadi.

Saudara!!!!!!!!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya.
Janganlah gentar berkelana di alam abadi

Nun!!!!! disana fajar sedang memancar.......................


Lupakah Kita?

Sudah luputkah daya ingatan kita (khusus dan khasnya ahli-ahli penjawat Jawatan dalam PAS/Penjawat Awam Kerajaan PR dikalangan ahli-penyokong PAS) kepada bait-bait sajak diatas? Sudah tidak ada nilai sejarah dan nilai perjuangan sehubungan tarikh diatas? Lupakah kita??????? Sehari menjelang tarikh tersebut ulang tahun 23 tahun berlakunya peristiwa tersebut, saya bergelut dengan teman setia yang kronik, tembok panjang memintas dan menghalangi untuk menitip tinta mengimbau sejauh dan seingat akan sejarah peristewa tersebut dengan asthma-lelah. Sesungguhnya peristiwa "Syuhada' Memali" ini sentiasa saya ingat dan kenangkan sekalipun ianya berlalu menjangkau 23 tahun lamanya.

Hari ini (16 Zulhijjah 1429-Ahad/14 Disember 2008) sekali pun agat lewat tetapi tidak saya lupakan peristiwa tersebut yang belum selesai ditangani KDN sampai saat ini dinukilkan. Mudah-mudahan akhie YB Senator Haji Yusoff Hussein - "Pak Chuk" sentiasa mengingatinya dan lakukanlah sesuatu diatas nama Kerajaan PR Negeri Kedah Darul Aman, mengingati Almarhom Syuhada' Memali dan menangani keluarga-keluarga mereka oleh Kerajan PR Negeri Kedah kini yang dipimpin oleh Menteri Besar YAB DS Ustaz Azizan Razak (kalau saya tertinggal dan tersalah pandang info terkini sehubungan tajuk dibicara ini, saya memohon maaf).

Tarikh 19 November 1985 adalah tarikh pembunuhan resmi kerajaan BN/UMNO keatas Ulama' PAS, ahli dan penyokong PAS bersekali dengan 14 anak muridnya di Kampong Memali, Mukim Siong, Daerah Baling Kedah Darul Aman menjadi syahid. UMNO/BN menerusi kroni upahannya yakni Anggota Keselamatan telah menyerang dan melakukan pembunuhan dengan menembak mati dan Syahidnya saorang Ulamak muda iaitu Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood Libya. Peristewa ini dinobat dan dikenali oleh dunia khususnya dikalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sebagai "Syuhada' Memali". Manakala bait-bait sajak "PESANAN AKHIR" adalah hasil karya besar dihari-hari akhir Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood menulis tinta untuk tatapan kepada kita semua. Dikenang diulit ingat jenerasi demi jenerasi.

Selain Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood Libya yang syahid mengiringi menjadi syuhada' dimakamkan dalam satu liang lehad di Parit Panjang, adalah seramai 13 syuhada' yang lain, iaitu;-

1 - Ash Syahid Abdullah Bin Yasin

2 - Ash Syahid Cikgu Shafie Bin Ali

3 - Ash Syahid Zakaria Bin Ahmad

4 - Ash Syahid Hambali Bin Senang

5 - Ash Syahid Abdul Manaf Bin Wadin

6 - Ash Syahid Idris Bin abdul Kadir

7 - Ash Syahid Mohd Daud Bin Abdul Kadir

8 - Ash Shahid Ahmad Bin Ismail

9 - Ash Syahid Haji Abdullah Bin Saman

10 - Ash Syahid Mohd Araf Bin Hashim

11 - Ash Syahid Ghazali Bin Haji Saman

12 - Ash Shahid Zamri @ Sobri Bin Mohd Isa dan

13 - Ash Shahid Ustaz Ahmad Bin Hassan


Semua syuhada'-syuhada' ini dimakamkan didalam satu liang lehat di Parit Panjang disemadi selayaknya sebagai syuhada'. Manakala jenazah yang paling awal dikeluarkan dari kamar mayat Hospital Sungai Petani adalah jenazah Almarhom Ash Syahid Ustaz Ahmad Bin Hasaan dibawa pulang dengan keadaan yang tergesa-gesa oleh waris dan kelurganya dimakamkan di kampong kelahirannya Tanjung Bedil, Alor Setar (pengunjung blogku sekalian, sedekahlah Al Fatehan untuk semua syuhada' Memali - Al Fatehah!!!).

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
(٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
(٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)
صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Kenapa jenazah-jenazah mereka tidak ditempat dan dikuburkan di kariah mereka dikampong Memali? Kampong Memali ketika itu adalah diperentah berajakan Polis dan tentera dengan tandu dalangnya adalah UMNO/BN yang mendesak setiap kali mereka mengadakan Persidangan UMNO perengkat pusat di KL agar tindakan diambil keatas Ustaz Ibrahim Libya, kerana usaha-usahanya ketika itu mengancam dan membahayakan kepada UMNO. Memali berada didalam dharurat, perentah berkurung-curfew 24 dijalankan dipersekitaran kampong Memali dan kampong persekitaran dengannya. Maka keputusan resmi dari PAS mereka syuhad' ini, ditempatkan jenazahnya di Kubur Panjang.

Beberapa bulan selepas syuhada' dimakamkan di makam Parit Panjang, kebawah DYMM Tuanku Al Sultan telah sudi mencemarkan Duli Tuanku menziarahi dan menabur bunga rampai dan merenjis air mawar dipusara syuhada'-syuhada' tersebut diiringi oleh Almarhom PSJ PAS Ustaz Fadzil Nor, Almarhom TG Pak Ya Joned, Almarhom TG Ustaz Azahari dan ribuan ahli-ahli PAS dan penyokong yang lain mengiringi Tuanku. Justeru Tuanku Al Sultan secara resminya menafikan tuduhan yang dihala tuduhkankan oleh Kerajaan BN-UMNO keatas hamba rakyat Tuanku. Alhamdulillah. Masakan pendurhaka kepada agama dan negeri akan dilawati dan Tuanku Al Sultan mencemar Duli menziarah?


Statistik, Pembunuhan Memali.

Meninggal dikalangan Polis - 4 orang
Syuhada' Orang Awam - 14 orang
Mengalami kecederaan - Orang Awam - 20 orang
Mengalami kecederaan - Polis - 9 orang

Serentak dengan pembunuhan orang-orang awam yang ditangkap ketika itu adalah :-

Orang awam lelai - 118 orang
Orang awam perempuan - 29 orang
Kanak-kanak (11 tahun keatas) - 12

JUMLAH yang ditangkap adalah 159 orang mangsa. Banyak rampasan dan khazanah milik Ustaz Ibrahim termasuk wangnya sampai kini tidak dikembalikan. Hatta perbicaraan keatas mangsa-mangsa Memali yang masih hidup ditangkap dahulu, perbicaraan mereka tidak selesai sekalipun ianya telah mencapai masa lebih 23 tahun.


Watak-watak bajingan.

Pelaksanaan serangan keatas penduduk kampong Memali dan berakhir dengan pembunuhan, mati dipehak polis dan syahid dikalangan penduduk, ianya melalui titian dan rentetan yang panjang sahamnya dimiliki khusus oleh dikalangan UMNO Bahagian Baling dan UMNO Pusat dan beberapa pehak Penjawat Awam beruniform dan non beruniform yang lain sebagai rangkaian berpadu tenaga bersekonkol menjalankan perentah yang sememangnya mereka ketahui letak duduk benar atau salahnya. Ianya berakar, disirami desakkan dan mengembanglah api amarah dan kebencian meninggi UMNO/Polis kepada PAS khususnya kepada Ustaz Ibrahim Mahmood. Fitnah menjadi raja; nyawa syuhada' menjadi tarohan dan mangsanya.

Aku akan ulangkan sampai roh dihalkum akan ku ceritakan kepada anak-anakku peristewa ini berpandukan versi pegangan agamaku dan pedoman dari Ulama' partiku tunjangi PAS, dulu, kini dan selama-lamanya, Inshaallah.

Sebaik peristewa pembunuhan tersebut meletus, maka semua saluran media, khususnya RTM, TV dan surat Khabar Perdana yang dikuasai sekian lama ditunggangni oleh UMNO/BN, maka ianya berfungsi dengan sepenuhnya, cover menabur cambahkan bibit fitnah, hasutan dan tuduhan agar rakyat jelata khusus dan khasnya rakyat Negeri Kedah Darul Aman agar bersama-sama bersekonkol menerima, akur dan menghalalkan pembunuhan beramai-ramai di kampong Memali tersebut. Pembunuhan ini puncanya adalah balutan dan salutan sentimen sempit kepartian yang bermotifkan politik sempit.

Dalam apa-apa perkara atau sesuatu peristewa itu pastilah wujudnya persimpangan dua hala yang tidak akan menemui pertemuan. Iaiatu penentang dan penyokong. Penyokong dan bersorak gembira adalah dikalangan ahli UMNO dan penyokong-penyokongnya. Manakala penentang adalah ahli PAS serta penyokong-penyokongnya. Bantahan PAS yang dihadapannya diketuai oleh Pimpinan Ulama' yang berwibawa dengan alasan berlandaskan Al Quraan, Hadis, Ijma' dan Kias bertanggungjawab berdada berdepan dengan fitnah tuduhan jahat keatas ahli dan penyokong PAS yang dibunoh dilemparkan sebagai 'pendurhaka' maupun 'burah'.

Sesungguhnya, Ulama' dan Pimpinan Perdana dan Pimpinan PAS Kedah semasa pembunuhan tersebut berlaku yang menghasilkan "SYUHADA' MEMALI", mereka-mereka juga telah kembali menemui penciptaNYA yakni 'Allah, dengan terlebeh dahulu pergi meninggal kita. Terakhir dikalangan pimpinan meninggal dunia adalah Almarhom Ustaz Suhaimi Haji Ahmad (mantan ADUN Kupang).

Tokoh-tokoh negara UMNO-BN dan Kerajaan ketika itu ialah Pengarahnya adalah Datuk Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri manakala timbalannya adalah Razi Sheik Ahmad (anak kepada mantan MB Perlis). Dalam masa yang sama Musa Hitam mempunyai hubungan yang erat dengan manusia yang berpengalaman dalam membunuh Ulama' dan anak-anak muridnya di Tanjung Periok Indonesia iaitu Panglima Angkatan Tentera Indonesia ketika itu iaitu Jenderal Beni Murdani.

Manakala pelakon-pelakon utamanya diantaranya adalah menteri penerangan ketika itu Rais Yatim. Perdana Menteri adalah Dr Mahathir Mohamed yang bersikap acuh dan keadaan memerli apabila wartawan menaya beliau sebaik kembali dari luar negara, "Apa Syahid???? Mana ada Syahid!!!!!!!!!!"
Menuai Diatas Mengalirya Darah Syuhada'
Saya perpegang dan berdiri teguh dengan pernyataan ini, bahawa sesungguhnya perjuangan pejuang terdahulu didalam PAS; penyokong-penyokong setia dan pendukong setia PAS sejak dahulu dengan penuh keiklasan tanpa memohon menadah upah, duit kupang yang mereka jana infaqkan untuk perjuangan ini. Masa yang panjang mereka kurbankan. Peluh yang memercik dan menitik membadai menjalankan arahan kerja maupun secara sukarela. Berbekalkan ilmu yang sedikit ditanam solid dihati nurani teguh tumang iman oleh guru-guru mereka. Mempertahankan hak diri, hak agama dan hak 'Allah; mereka terkurban dan terbunuh dengan darah merah mereka mengalir. Kemana perginya darah mereka yang mengalir itu???
Sesungguhnya, Kerajaan Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh PAS yang Menteri Besarnya adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah YAB DS Ustaz Azizan Razak dan dibantu oleh pembantu-pembantu yang lain, bibit-bibit kejayaannya diantaranya adalah manipestasi kematian syuhada' Memali. Mudah-mudahan para Syuhada; Memali kini roh mereka berada ditempat dan persada yang 'Allah janjikan dengan mereka dan mereka pula telah menunaikan janji 'Allah itu.
Terbelakah keluarga-keluarga syuhada' Memali? Bagaimana nasib bini emak bapa mereka sekiranya masih panjang usianya. Bagaimana dan dimana pula nasib dan berada semua anak-anak Syuhada' Memali berada? Saya kemukakan soalan ini untuk diri saya yang fakir ini menjawab dan membelanya. Saya juga halatujukan soalan ini terus kepada Kerajaan Negeri PR Kedah sekarang dan pada pendukung setia perjuangan ini. Maaf!!!!!!!!!!!!!!!!!
Bagaimana keluarga Syuhada' Lubuk Merbau Ash Syahid Othman Talib. Bersama-samalah kita menjejakinya dan seada-adanya kita menangani agar tidak terkepas pandang.
Wasallam.
Salam hurmat dari : Ibn Abdullah Awab.
Siap jam: 8.55 malam. Alhamdulillah.

Friday, December 12, 2008

BERSEDIA, SIAPLAH MENANGKIS

Nilai dan harga setimpal.


Petang tadi kebetulan saya menyaksikan berita tv, tak ingat saya samada tv9 atau tv3. Lupakan tentang tv berapa yang menyiarkan tetapi jelas, beritanya dikaca tv. Sehubungan dengan berita yang dilaporkan wartawan disatu majlis Menteri Besar Kedah YAB DS Ustaz Azizan Razak dimajlis resmi bersama mahasiswa barangkali terpampang bermasa berita dan gambarnya. Beritanya amat menarek disebalik dua nilai yang berbeza disimpulkan saya disini. Iaitu nilai pertamanya merupakan dana untuk perbendaharaan Negeri Kedah dan keduanya nilai propoganda fitnah dan hasutan pembangkang UMNO-BN dan kuncu-kuncu jelmaan dan jadian UMNO seperti umang-umang Kuala Sanglang yang sering bertukar kulit untuk bergerak.
Saya dapat mengingat pointnya dengan jelas jawapan kepada wartawan oleh DS Menteri Besar, "Ya! Memang saya akan tebang kayu balak di Pedu, kalau sampai anak-anak dan rakyat saya tak boleh makan. Saya nak tebang balak dikawasan hutan simpanan bukan dikawasan tadahan hujan. Kalau Kerajaan Pusat tak bagi RM100,000,000.00 kepada negeri Kedah". Ingatlah Kerajaan Pusat khususnya Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri. Kedah adalah negeri dalam Persekutuan Malaysia yang telah memberi sumbangan besar kepada negara dengan menghantar pemimpinnya Menjadi Perdana Menteri Pertama (Almarhom Tunku Abdul Rahman) Perdana Menteri Ke Empat (Tun Dr Mahathir Mohamed).
Saya tak mau sentuh sifat talam banyak muka dan upercunis Kerajaan Pusat dan Menteri Kewangan baru yakni YAB DS Najib Tun Razakk. Kerajaan Pusat sesama BN/UMNO yang mana selama ini tangguh tidak mengeluarkan royalti minyak kepada Negeri Terengganu. Tetapi oleh kerana janji palsu diperakukan tatkala krisis besar untuk melantik MBT, yang mana pitih royalti akan bibayar respon diatas tuntutan rakyat Terengganu secara menyeluruh. Masa mengiringi takdir memaksakan sekalipun hipokrit janji dilunasi dalam keadaan terpaksa untuk mengabui hakim rakyat bernama pengundi pada 17 Januari 2009 ini.
Kalaulah bukan kerana terpaksa BN-UMNO yang pasti lagi wajib terpaksa berdepan kecaman rakyat Terengganu, khususnya pengundi-pengundi di PRK P. 36 Kuala Terengganu. Kerana pada 17 Januari 2009 (Sabtu) SPR telah menetapkan PRK diadakan di kawasan Parlimen Kuala Terengganu disebabkan kematian MPnya YB Allahyarham Datuk Razali Ismail pada 23 November 2008 yang lalu juga timbalan Menteri Pelajaran. Pasti cerita dan bayang RM400,000,000.00 tidak akan kelihatan sebagaimana kenyataan hari ini yang dibuat oleh TPM/MK YB DS Najib Tun Razak.
Barang pasti dan barang tentu sebahagian dari RM400,000,000.00 juta tersebut, akan ditabur sebagai beneh dan umpan oleh UMNO-BN sebagai rasuah pilihanraya untuk menuai hasilnya agar kawasan Parlimen Kuala Terengganu ini tidak ditawan oleh PAS-PR (Saya akan ulas tajuk khusus bersabit PRK - P. 36. Kuala Terengganu).
Sebelum menunggu siang besok Jumaat, pasti umang-umang dengan kepelbagaian kulit disauk disarongnya dengan jenama tm NGO. Wartawan yang sama dari stesyen yang sama akan menemui kepelbagaian umang-umang tadi untuk mendapat respon sehubungan dengan pandangan putus yang dikatakan oleh MB, YAB DS Azizan Razak. Ianya akan bergema paluannya dan denggongnya membelah sampai ke Putrajaya dan gema tersebut melantun sampai gegarannya ke Kuala Terengganu.
Kekabu diatas riba; Tebu dibalas tuba.
Pengurbanan lama yang berterusan dijana oleh rakyat dan Kerajaan Negeri Kedah khasnya kerajaan yang dibentuk selepas PRU12 - 8 Mac 2008 yang lalu oleh Pakatan Rakyat (PR) terdiri dari PAS mengetuai kerajaan bersama-sama dengan PKR dan DAP. Yakni sehubungan dengan bekalan air percuma selama ini dinikmati oleh rakyat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari Negeri Kedah. Pulau Pinang adalah diantara negeri-negeri yang maju dan kaya di negara kita dibantu berterus oleh negeri Kedah dalam mendapat bekalan air percuma. Adilkah keadaan ini dilihat?
Adil dan saksamakah suasana ini? Kedah bekalkan air free kepada rakyat dan industri Pulau Pinang yang airnya adalah dari Empangan Pedu. Ya! Dari air empangan Pedu Kedah. Diatas sifat setiakawan dan federation negara. Kerajaan Kedah dan rakyat kempes perut, ikat perut demi menjaga dan memberi hasilnya yakni air menjana kepentingan penggunaan untuk kepentingan rakyat dan sektor industri membangunkan ekonomi negeri Pulau Pinang. Mampukah kerajaan Pulau Pinang sekarang dan dahulu menafikan mereka mendapat bekalan air percuma dari rakyat dan Kerajaan Kedah?
Seiring dengan itu, rakyat dan Kerajaan Kedah terpaksa membiarkan hasil mahsul balaknya nilai dana yang diantara menjadi hasil kepada perbendaharaan Negeri Kedah, tidak dapat dituai tebang. Kerana menjaga kepentingan penjanaan kawasan tadahan hujan. Yang mana kawasan simpanan balak kerajaan Kedah juga berada disekitar kawasan tadahan tersebut. Nampaknya pengurbanan Kerajaan dan rakyat Kedah ini dibalas tuba dan hempedu oleh Kerajaan Pusat BN keatas Kerajaan PR Negeri Kedah dengan dzalim. Pampasan wajib RM100,000,000.00 tidak ditunaikan mengikut masanya. Sehingga kini tidak ada tanda-tanda Kerajaan Pusat untuk membayar wang pampasan tersebut kepada Kerajaan dan rakyat Kedah?
Ikan pelata disambar punai; Kata dikota, janji ditunai.
Kalaulah YB TPM/Menteri Kewangan berani bestari, rentap RM5,000,000,000.00 dari wang KWSP walau apa janji sekalipun untuk menjaganya selamat kepada ValueCap untuk kepentingan melindungi kepentingan 2, 3, 4 kerat bernama manusia kaya di ValueCap dibawah pengendalian Khazanah. Masakan hak rakyat Kedah pampasan wajib ditunai dilangsai oleh Kerajaan pusat sejajar dengan pengurbanan mendapatkan dana negeri yang pasti dihadapan mata letak duduk balak dan nilai RMnya kerajaan negeri mengabainya demimu "air" untuk dialirkan ke Pulau Pinang. Tetapi kerajaan PR belum mengusek dana yang tersimpan dibelantara persekitaran Pedu tersebut.
Demi survaival UMNO-Bn menghadapi PRK Kuala Terengganu RM400,000,000.00 royalti segera dilunaskan kepada negeri Terengganu. Kenapa Kerajaan Pusat BN khusus dan khasnya TPM/Menteri Kewangan amat zolim dan kejam menghukum kepada rakyat dan Kerajaan PR Kedah, kenapa? Kenama pampasan RM100,000,000.00 dipendamkan? Dimanakah tanggungjawab Kerajaan Pusat UMNO-BN kepada rakyat Kedah. Pulangkan, kembalikan sebahagian dari jumlah kepelbagaian cukai-cukai yang dipungut oleh kerajaan BN Pusat kepada rakyat dan Kerajaan Negeri Kedah. Henti dan tamatkan kezoliman itu.
Pasti jalan sahala akan dilalui oleh Kerajaan Negeri Kedah. Sekiranya dalam masa terpantas ini Menteri Kewangan-TPM/Kerajaan BN-UMNO menafi dan tidak melunasi pampasan RM100,000,000.00 dalam tahun ini (2008), pasti MB YAB DS Azizan dengan mandat besar Exco Kerajaan Negeri, untuk menampung dana buat menjana keperluan rakyat Negeri Kedah, hidup matinya. Dana negeri yang berada tegak bernilai RM100,000,000.00 didalam hutan simpanan di persekiratan Pedu pasti dikeluarkan menjelang tahun 2009.
Kepada tukang-tukang sebok, halakanlah penentangan dan pertanyaan anda secara tutas dan adil dan saksama kepada kerajaan Pusat UMNO/Bn, pasai apa hampa tak mau bagi/langsai pampasan tunai dana RM100,000,000.00 kepada Kerajaan dan rakyat Kedah? soalan ini terlebih dahulu dihalakan ke Putrajaya. Bukan menyalak dan melalak. Pantang sua uloq aiskrim/mikrofon tak tau mana pangkal; dan mana hujungnya dalam keadaan jahil, pun nak bercakap nak keluarkan mengupat fitnah dan lepas emosi geram semata-mata bukan menperjelas bicarakan fakta berpandukan minda terbuka.
Sedia menangkis.
Pasti cadangan yang dikemukakan oleh DS MB Kedah, umang-umang NGO yang tuannya adalah UMNO/BN akan menghala bermacam-macam fitnah dan tuduhan tidak berasas umpama C4 meletup mebadai kecai wanita jelita Monggolia Altantuyya. Ianya akan berkumandang disemua rangkaian stesyen tv dan diakhbar-akhbar perdana juga diblog. Sebagai pendukong setia kerajaan tanpa setitik jawatan dalam parti, pembelaan saya keatas kerajaan PR Kedah khasnya DS MB Ustaz Azizan adalah setia. Saya bersedia minda untuk menangkis, mudah-mudahan kronik tegar asthma/lelah tidak menyerang untuk tempoh 2,3 hari ini keatas saya.
Jesteru untuk kali ini, sekelian anggota jemaah Exco janganlah anda semua membiarkan Ketua Eksekutif Kerajaan PR Negeri Kedah yakni Menteri Besar YAB Ustaz Azizan dibelasah oleh musoh tanpa mendapat pertolongan pantas, instant dari anda-anda semua. Termasuklah pegawai-pegawai lantik politik yang berada di Pejabat YAB Menteri Besar. Belalah! Bentengkanlah YAB Menteri Besar anda, Menteri Besar aku dan keluarga tidak diperkatikkan oleh musoh-musoh kita. Maafkanlah saya dengan nada begini.
Kalaulah pula UMNO/BN dan umang-umang serta kuncu-kuncunya cuba membelasah PAS, ingatlah jangan diam membisu dan koro wahai Timbalan2 PSJ PAS Kedah, anggota Dewan Harian PAS Negeri, anggota Dewan Harian PAS Kawasan dan Anggota Dewan Harian PAS Cawangan, termasuk Pemuda dan Muslimatnya, jangan biar parti anda PAS ini juga parti aku yang mendominasi kerajaan PR ini dibelasah dan dihina. Semua anda wajib bangun berjihad lawan mereka yang menuang petrol keatas parti anda PAS.
Sahabat-sahabatku! Jagalah PAS ini dengan sebaik-baiknya. Lupakah akujanji kita untuk menjaganya parti PAS ini sebagaimana ianya dijaga sempurna oleh Almarhom Ustaz Fadzil Nor, Almarhom Pak Ya Joned, Almarhom Cikgu Mustapha Long, Almarhom Ustaz Osman Marzuki, Almarhom Dato' Abu Bakar Umar, Almarhom Ustaz Mawardi Lebai Teh, Almarhom Ustaz Suhaimi Ahmad, Almarhom Assyahid Ibrahim Mahmood Libya, Almarhom Othman Talib Lubok Merbau dan ramai lagi(Al Fatehan untuk mereka yang terlebih dahulu pergi menemui Allah dari kita).
Jagalah kerajaan PR ini. Jagalah PAS dan jagalah juga sahabat parti dalam PR.
Malam Jumaat 13 Zulhijjah 1429
3.26 pagi

Friday, December 5, 2008

PRK P.36 KUALA TERENGGANU

Anak Bulan PRK KT


Hari ini Jumaat 5 Disember 2008 bersamaan 7 Zulhijjah 1429, di Putrajaya bermula jam 11.00 SPR yang bersidang sehubungan dengan Pilihanraya Kecil (PRK) P. 36 Kuala Terengganu, sebaik selesai persidangan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Haji Wan Ahmad Bin Wan Omar mengumumkan bahawa penamaan calun untuk PRK p. 36 Kuala Terengganu adalah pada 6 Januari 2009 bersamaan hari Selasa dan hari mengundi adalah pada 17 Januari 2009 hari Sabtu. Jumlah pengundi yang layak mengundi berdasarkan pengesahan pendaftaran yang dibuat pada 5 Disember 2008 sejumlah 80,229 dengan pengundi biasa 79,194 orang dan undi pos sejumlah 1,035 pengundi.
Dengan jumlah pengundi yang disahkan nyata bilangan pengundi telah mengucup yakni berkurangan jumlahnya sebagaimana PRU12 yang lepas. PRK kecil ini terpaksa diadakan berikut wakilnya yang memenangi dalam PRU12 dahulu iaitu YB Datuk Razali Bin Ismail juga Timbalan Menteri Pelajaran telah meninggal dunia baru-baru ini pada 28 November 2008 yang lalu. Kematian YB Datuk Razali adalah diluar tempoh 200 hari pengecualian pilihanraya kecil harus ditiadakan dalam edah tempoh 5 tahun terakhir.
Info PRK Semasa
PRK yang akan diadakan ini merupakan PRK Ke 2 untuk negara selepas PRU12 pada 8 Mac yang lalu. Cuma jarak selangnya dengan PRK Pertama P. 44 Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 yakni kira-kira 5 bulan yang lepas. Di PRK Pertama P. 44 Permatang Pauh Pakatan Rakyat (PR) telah meletak calunnya DS Anwar Ibrahim (PKR) bertanding dan bertembung dengan calun BN-UMNO iaitu Datuk Arif Shah Omar Shah. Keputusannya DS Anwar Ibrahim mendapat undi 31,195 cemerlang menewaskan calun BN-UMNO yang mendapat 15,524 undi sahaja dengan majoriti 15,671 mengatasi undi diperolehi oleh calun UMNO-BN. Jumlah peratusan yang keluar mengundi adalah 81.01% pengundi.
Sekiranya di PRK Pertama PR menerusi calun PKR mencapai kemenangan yang cemerlang oleh DS Anwar Ibrahim yang kini adalah Ketua Pembangkang Parlimen juga menjawat sebagai Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat. Sesungguhnya faktor penting dan utama memenangkan berganda DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh adalah disebabkan calun anak tempatan. Maka di PRK Kedua pada 17 Januari 2009 sudah pasti pertarungan diantara BN-UMNO akan berdepan dengan PR-PAS. Ini adalah satu kenyataan yang akan dihadapi dalam PRK tersebut. Calun-calun bebas sekiranya muncul, ianya cuma sekadar meramaikan bilangan calun-calun yang bertanding, berdepan hilang deposit sekadar kacau undi, tidak lebih dari itu.
Dalam PRU12 dahulu BN-UMNO YB Datuk Razali Ismail mendapat 32,562 manakala calun PR-PAS Tuan Haji Mohamad Sabu memperolehi 31,934 dan calun Bebas - Nenek Maimun Yusof dengan 685 undi. Majoriti kecil dimenangi calun UMNO-BN 628 dengan undi rosak 931 peratus keluar mengundi adalah 82.31 % dari jumlah pengundi 80,325 ketika itu.
P. 36 Kuala Terengganu
Kawasan parlimen Kuala Terengganu ini terdiri dari 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu
1 - N. 13 Wakaf Mempelam dimenangi calun PAS - YB Mohd Abdul Wahi Endut 9,645 undi majoriti 2,193 menewaskan calun BN-UMNO Osman Bin Awang.
2 - N. 14 Bandar dimenangi calun BN-MCA - YB Toh Cin Yaw 18,935 undi majoriti 1,142 menewaskan calun PAS - Dr Abdul Manaf dengan undi 6,689
3 - N. 15 Ladang dimenangi calun PAS - YB Datuk Tengku Hassan 6,732 undi majoriti 31 menewaskan calun BN-UMNO Datuk Wan Hisham Wan Salleh 6,692 undi.
4 - N. 16 Batu Burok dimenangi calun PAS - YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi 10,672 undi majoriti 1,161 mengalahkan calun BN-UMNO Datuk Nordiana Shafie mendapat undi 9511.
P. 36 Kawasan Parlimen Kuala Terengganu ini amat sagnificant sifatnya. Sewajarnya apabila 3 DUN PAS menyebelahi kemenangan dengan perjumlahan undi 33,738 maka seiring dengan itu wajarlah calun PAS - Tuan Haji Mohamad Sabu turut serta memenangani di kawasan yang ditandanginya. Tetapi Mat SAbu tewas dengan 628 undi dengan diperolehi sebanyak 31,934. Ertinya sebahagian besar di 3 DUN yang PAS memenanginya sejumlah 1,804 pengundi memberi undi mereka kepada calun BN, ini adalah realiti terhadap keputusan PRU 12 dahulu. Maka saya merumuskan disini bahawa 1,804 yang mengundi calun UMNO-BN difaktorkan keluarga YB Datuk Razali sendiri dan digandakan dengan keluarga isterinya.
Meniti Menghadapi Keadaan
Saya tidak berhajat untuk menjadi tukang nujum maupun nujum Pak Belalang. Saya juga tidak menyatakan disini ini adalah satu kajian mendalam dan panjang lebar atau analisis sehubungan cara dan pendekatan yang wajar ditangani oleh PR khasnya PAS. Apa yang saya peturunkan disini adalah pengamatan, pengalaman langsung dalam membicarakan sehubungan pilihanraya dan pengundian di kawasan-kawasan tertentu. Inilah dikatakan congak politik siasah sebagaimana dikatakan oleh Almarhom Ustaz Amaluddin Darus 25 tahun dahulu dan sepak terajang politik kata Almarhom Cikgu Ahmad Fakaruddin PAsir Mas.
Jumlah pengundi yang layak mengundi di PRK - P. 35 Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 adalah 80,229 pengundi berdaftar yang disahkan pada 5 Disember 2008. Dengan pengundi pos berjumlah 1,035 dan bakinya 79,194 adalah pengundi biasa. Congak mudah pengundi pos sejumlah 1,035 adalah fixed deposit untuk calun BN-UMNO. Bersabit undi pos ini pehak PAS usahlah diletakkan dikepala sebagai perkiraan undi akan diperolehi, carilah dapatkanlah undi dari undi pengundi biasa.
Jangkaan, serta pada hemat saya statistik rambang pengundi yang akan keluar membuang undi di PRK P. 36 Kuala Trengganu pada 17 Januari 2009 ini saya rumuskan dipersekitaran 85% akan keluar mengundi, Inshaallah bererti sejumlah 68,194 pengundi (pengundi biasa + pos). Ditolak undi pos 1,035 FD UMNO-BN baki undi adalah 67,159 pengundi. Jangkaan dari jumlah keluar mengundi 67,159 calun PAS wajib berusaha ketitisan usaha terakhir wajar dan wajib mendapat undi untuk pertengahan suasana selesa adalah 53% undi berjumlah 35,594 undi. Berpandu kepada kacau bilau dalam kabilah-kabilah semua komponan BN - UMNO, MCA dan MIC Inshaallah sekitar 47% akan memberi undi kepada calun BN-UMNO bersekali kita totalkan FD 1,035 berjumlah 34,514 undi.
Alhamdulillah, sekiranya ini menjadi penentuan dan kenyataan calun PR-PAS akan mendapat kemenangan dengan majoriti 1,080 undi. Kalau lebih tinggi % diperolehi oleh calun PAS ianya merupakan bonos dan hadiah special untuk PAS dan PR mengiringi PKR di Permatang PAuh. Sahabat semua di Terengganu wajib bersiap sedia sekarang untuk menghadapi mendada PRK P. 36 Kuala Trengganu sebagai jihad. Semua ini akan menjadi realiti sekiranya calun yang PR-PAS ketengahkan adalah calun yang dikehendaki, disukai dan disenangi oleh tuan rakyat yakni pengundi. Sebenarnya sekiranya teman-teman blogger selain YAB TG MB Kelantan telah menamakan calun, sekali pun ianya pribadi akan saya sentuh berkaitan batang tubuh pribadi calun akan saya sebutkan, Inshaallah selepas Aidil Adha ini.
Selamat hari raya Aidil Adha, maaf dzahir batin untuk semua penjengok blog saya.
Sekian, wasallam.
Jumaat 7 Zulhijjah 1429 - 11.25 malam.

Thursday, December 4, 2008

KECIWA, HAMBAR KEATAS SIKAP AP PR - HARI INI 4 DIS 2008 - 3.40PTG

Cadangan Potong Gaji.

Sesungguhnya hari ini sebagai langkah diantara langkah-langkah yang dilalui oleh Pakatan Rakyat (PR) terdiri dari PKR, DAP dan PAS yang rakyat dan pengundi menaroh harap dan amat mengharapkan semuga sepakatan tulin dapat direalisasikan diantara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (APPR). Diatas apa-apa sebab atau diatas apa-apa alasan yang akan diberi oleh APPR mengada dan simpulkan, pengundi dan rakyat amat keciwa keatas anda semua.
Perbahasan pembentangan bermula jam 11.30 pagi oleh wakil Ipoh Timor YB Tuan Lim Kit Siang (DAP) diikuti oleh wakil Si Putih YB Cik Tereesa Kok (DAP). Selesai pembentang kedua-dua AP tersebut, bangun beberapa ahli parlimen wakil Machang YB Saifuddin Ismail Nasution (PKR), wakil Gombak YB Azmin Ali (PKR), wakil Pasir Mas YB Ibrahim Ali (Bebas) dan saorang dua lagi sampailah disambung disebelah petang masa perbahasan. Yang giliran Timbalan Menteri wakil Alor Setar (MCA/Bn). Tidak terdapat saorang pun wakil BN dari mana-mana parti komponan Bn yang bangun turut membahas.
Keputusan.
Sebaik selepas pencelahan dan pertikaian berlaku, keputusan hasil perbahasan tersebut akan dibuat dan diumumkan oleh Timbalan Yang dipertuan. Pandangan rambang untuk saya yang berada diluar dewan perbahasan tersebut, maka tanpa saorang pun wakil parlimen BN yang bangun untuk turut membahas usul yang di bawa oleh wakil Ipoh Timor dan wakil Si Puteh maka seolah-olah mereka wakil BN bersetuju dengan usul cadangan yang dibahaskan oleh Ipoh Timor dan wakil si Puteh itu.
Kebiasaannya pasti ianya memerlukan sokongan ramai tanda bersetuju dan seterusnya. Tetapi wakil Si Puteh berjaya mendapat pengesahan dari Timbalan Yang Dipertua untuk sessi pengundian belah bagi. Belah bagi ini memerlukan sokongan 15 AP memboleh ianya berfungsi. Loceng dibunyikan melampaui 3 minit untuk memanggil wakil penyekong kedua-dua belah pehak. Ketika itu saya bertanya kemanakah perginya terlebih dahulu wakil dikalangan DAP sendiri yang culas berada didalam dewan. Tidakkah AP dikalangan parti kamu yang mengemukakan cadangan perbahasan itu? Bertanggungjawabkah anda semua?
Kemana pula culasnya AP dikalangan PKR dan AP PAS, sepakatlah anda semau dalam hal-hal begini. Hentilah bermain makyong dan bermain wayang kulit. Sedungu-dungu kami pun kami dapat memahami sepak tendang, sepak terjang bermain politik. Dungu-dungu pun kami selepas parlimen dibubarkan selepas ini, anda kembali akan mengemis dengan kami. anda akan kembali mengemis undi. Jangan sampai undi itu kami tangguhkan untuk diberi kepada wakil baru. mengertilah perasaan hasrat rakyat. Pakatan nasi basi nampak gayanya.

Tuesday, December 2, 2008

SANJUNGAN DAN PENGHARGAAN UNTUK MP


Memecah Merkah.


Diawal malam tadi saya dan isteri terus setia melayari persidangan langsung di Parlimen di Perengkat J/Kuasa untuk Kementerian Perpaduan yang bermenterikan YB Datuk Shafie Apdal. Gelanggang dimulakan oleh wakil Sri Gading YB Datuk Haji Abdul Aziz Yassin (UMNO/BN), sebagai seekor singa lapar yang sedang mencari mangsa untuk membaham dan memamahnya dengan mentah. Sesungguhnya ianya menusuk umpama semilu dihati saya yang memedihkan.
Sekalipun saya hadirnya dari rumpun dan agama yang sama dengan YB Sri Gading,tetapi persepsi saya secara jujur dikala situasi itu, seolah-olah YB Sri Gading sedang menuang petrol keatas kapas untuk memarakkan haba bakar kepanasan suhu intergriti Negara Bangsa, yang dipupuk dibina selama ini sejak zaman Almarhom Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj (Al Fatehah untuk Almarhom Tengku).
Bangun wakil Ipoh Timor YB Tuan Lim Kit Siang (DAP), sekalipun beliau bercakap berlandaskan selari dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang termaktub. YB Tuan LKS ianya amat arif dan diantara AP senior yang saya amat menghurmatinya selama ini. Namun gegarannya yang dilontarnya sekali pun benar, tetapi persepsi bersabit intipati bahasa bahasnya saya kelumpukkan perbahasannya umpama petrol yang dituang keatas kapas yang sudah disiapsedia oleh wakil Sri Gading tadi.

Ditambahpunah memperceparkan lagi bahananya menerusi sebilah mancis cap cabai oleh YB Ipoh Timor untuk mempercepatkan proses pembakaran kapas yang telah disirami petrol tadi oleh beliau. Diantara AP wanita yang saya hurmati dan amat saya berminat dalam setiap perbahasannya didalam dewan Parlimen selama ini adalah wakil Batu Gajah (DAP) iaitu YB Puan Fong Fo Kuan. Malam tadi YB Fong Fo Kuan mentaarof-mengenalkan diri pribadinya,amatlah saya menyanjungi dan bertambah hurmat saya secara individu keatas YB Batu Gajah ini dan tersentuh perasaan saya.

Walau pun terdapat kebenaran dipertengahan dan suku akhir perbahasannya saya membuat kesimpulan YB Batu Gajah ini bertindak keatas kapas yang berpetrol dibakari dengan sebilah mancis api tadi, dimarakkan lagi oleh beliau dengan setangki LNG pembakar untuk mempercepatkan lagi proses pembakaran yang berlaku.

Keadaan situasi dan kondusi tersebut maka wakil Pasir Salak YB Sdr Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan wakil Teluk Intan (DAP) mereka berdua (MP Pasir Salak & MP Teluk Intan) masing-masing memandu lori traler tayar 80 yang sarat dengan muatan tangki petrol (dipandu MP Pasir Salak) dan tangki gas LNG (dipandu MP Teluk Intan)bersama-sama menuju tempat kebakaran yang dibakari oleh MP Sri Gading, MP Ipoh Barat, MP Batu Gajah maka berganda lah bahang kepanasan kebakaran apabila 2 traler bahan pembakar ini tiba mengfungsikan menunai hujah nafsu mereka, saya amat keciwa dan sedih dengan semua kejadian-kejadian tersebut.
Maaf! Saya amat jelek dan benci keadaan itu semua. Saya tidak benci batang tubuh anda yang bernama YB, yang mewakili kawasan Parlimen masing-masing yang dipilih oleh pengundi rakyat tuan negara. Tetapi api dan petrol yang bibawa mereka menimbulkan kebencian saya.Saya secara pribadi memohon maaf kepada semua MP yang saya sebutkan diatas, saya dah tua saya tidak membenci anda semua apalagi berhajat untuk membina tembok permusuhan.Bayangkanlah apa akan jadi sekiranya semua watak-watak AP diatas atau bukan dikalangan AP yang berbahas dengan emosi unggas itu diluar kekebalan dewan Parlimen.
Ianya disambut dan disahut oleh komposisi pelbagai kaum dalam negara kita mengikut kepentingan utama komposisi masing-masing diluar kekebalan Parlimen. Maka saya bayangkan yang berjaya gemilang anda hasilkan adalah kehancuran dan kemusnahan negara bangsa kita dan menyediakan kawah minyak mendidih yang panas untuk terjun kedalamnya, yang akan mereka mewarisi dari ibu-bapa dan datuk nenek mereka. Sukakah kita dengan suasana begitu? Jawablah dengan suarahati nurani anda.Apa nak jadi negaraku ini, Tuhanku lindungilah negaraku ini.
Menyiram Penawar
Percaturan dan perancangan 'Allah dimasa dan ditempat yang sama di Dewan Parlimen Negara yang mulia, sesungguhnya sepanjang perjalanan persidangan Parlimen selepas PRU12 8 Mac 2008 yang lepas. Setiap masa teruang sentiasa saya mengikuti perjalanan dan pengisian perbahasan oleh semua AP dari semua parti yang berkampong diparlimen sejumlah 222 wakil. Maka malam tadi jam 9.48 - 1 Disember 2008 bersamaan 3 Zulhijjah 1429 Isnin.
Pertama kali saya terkedu dihadapan laptop usang saya, runtutan hati nurani mencekam saya dengan sebak, sedu dengan titisan airmata spontan, tatkala saya melihat langsung dan mendengar luahan penawar hati nurani yang konsesus dengan sopan dan tanggungjawab dari mantan diplomat yang kini Wakil Rakyat Sungai Petani. Sesungguhnya tidak salah pengundi memangkah dan menghantarkan beliau mewakili anda sebagai AP Sungai Petani iaitu YB Datuk Johari Abdul (PKR).
Peti hati nuraninya yang sempurna mewangi disimpan selama ini oleh wakil Sungai Petani YB Datuk Johari Abdul itu,jam 9.48 malam tadi dipindahmuat keluar untuk didengari seluruh rakyat negara,sesungguhnya realiti dan hakikat sebenarnya YB SP telah secara amat terhormat mengangkat darjat didalam dewan Parlimen yang mulia itu diperbahasan mengimbau kembali tawarikh hidupnya meletakkan mertabat guru-gurunya ditempat yang tinggi. Tempat yang mulia tatacara belia mengukap bait kebait memperkenalkan setiap guru-guru/munshi yang mendidiknya dan menyantuni dirinya sampai menjadi diplomat.
Semua guru-gurunya adalah datangnya dari komposisi kaum yang tidak sama jenis dengan keturunannya Melayu.Itulah guru dan munsyi yang negara merindui cikgu-cikgu seperti itu (negara bangsa perlu dan rindukan guru seumpama itu). Kemungkinan lafaz puji dari saorang murid kepangkuan gurunya dikalangan India, Cina dan Melayu didalam Parlimen secara resmi, dan handset itu terus disimpan dalam khazanah Parlimen. Sekiranya guru-guru/munsyi kepada YB Johari Abdul itu masih umurnya panjang sampai saat ini, bagaimanakah perasaan baurnya guru-guru yang mulia itu mendengar dan melihat secara langsung yang nama mereka telah disebut dinukil dan diangkat sebut oleh anak muridnya didalam perbahasan di Parlimen,bayangkanlah!
Sesungguhnya munsyi/guru-guru itulah dulunya memperkenalkan apa itu parlimen dan peranannya kepada YB DJA. Atau pun setidak-tidaknya anak-anak maupun cucu dan cicit kepada guru-guru/munsyi tersebut mendengar betapa bapa/datuk mereka mendapat penghargaan mulia khusus di Parlimen dari muridnya anak penoreh getah beribukan penjual kuih.
Suasana ini bertembah kudus saya menghadapinya apabila putra kepada Almarhom Mantan Mursidul Am PAS & Mantan Presiden PAS juga saorang diplomat TG Haji Yusoff Abdullah Rawa iaitu wakil Parit Buntar YB Dr Haji Mujahid Yusoff Rawa (PAS)bangun untuk turut membahaskan dengan bahasa sopan santun bersandar pegangan agamanya.
Ianya amatlah tersentuh perasaan saya yang menjangkau umur tua mencecah 60 tahun (malu jua dengan anak-anak kerana tegar menghadapi internet). Saya amat rindu dan berdoa, semuga selepas dari situasi dan kondusi tersebut, untuk hari-hari berikutnya biarlah sedemikian hening perbincangan disajikan oleh anda semua MP-MP untuk negara bangsa.
Mengamit Dan Bersahut
Kepada setiap rakyat yang menyaksikan dan menafikan kenyataan dilontarkan saya diatas, sekiranya mereka menafikan fakta suasana kebenaran itu; nyatalah anda berhati batu, berperasaan kayu. Lihatlah, kembalilah ingatan anda tatkala semasa wakil SP YB Datuk Johari Abdul celahan/selepas dari itu. Ungapan YB SP ketika itu kalau jarum jahit guni terjatuh pasti kuat kedengaran bunyi jatuh didengari. Bahasa santun hati nurani YB SP dan YB Parit Buntar ianya mampu memadamkan kepanasan dan kebakaran awal tadi.
Penawar yang dihidangkan oleh AP Sungai Petani dan AP Parit Buntar ianya mengamit mengetuk hati nurani wakil AP Sri Gading dan AP Pasir Salak mampu memadamkan kepanasan dan bahana kebakaran yang mereka memulakannya. Ianya turut dirasai oleh MP Rompin YB Ir JJ. Buktinya bahas balas/celah seumpamanya betapa kudus dan iklasnya akur dengan bahasa santun dari MP Sungai Petani disahut respon yang positif oleh AP Sri Gading YB Datuk Haji Aziz Yasin dan AP PAsir Salak YB Saudara Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Sebak dada mereka ketika itu, detik sebab mereka dapat saya rasai sekalipun saya berada berjauhan dari Bangunan Parlimen berada di Padang Serai. Mereka akur dan memperakui emosi menguasi mereka, tatkala dikala normal kudus nyatalah mereka dikalangan pemimpin yang baik mempunyai kualiti saorang insan. Natijah keserlahan hati nurani mereka dinyatakan terbuka didalam parlimen semasa perbahasan akan baik dan buruknya mereka. Ianya adalah menepati ciri-ciri kepimpinan jantan tulin, syabash YB anda berdua, saya silut hurmat keatas anda, Alhamdulillah.
Ketika detik itulah juga kebencian caya terhadap cara dan sikap MP Sri Gading dan terutama kebencian amat sangan sikap MP Pasir Salak ianya berganti dengan tawaduk, perasaan semula jadi saya, ianya diganti dengan perasaan penuh kasih sayang yang keluar dari hati nurani saya kepada anda berdua. Umor yang tua sebenarnya ia mengheret kita menjadi kudus, terasa. Maafkanlah saya wahai YB Datuk Haji Aziz Yassin! Maafkanlah saya wahai Saudara YB Datuk Tajuddin Abdul Rahman!
Selama ini, bukan UMNO-PAS memisahkan kita, tetapi stail dan tidak lunak santun bahasa dalam perbahasan itulah yang mengores kebencian saya selama ini. Itulah tembok pemisahnya. Saya doakan semua AP-AP jadikanlah santun AP Sungai Petani YB Datuk Johari Abdul dan santun AP Parit Buntar YB Dr Ustaz Mujahid Yusoff Rawa untuk diikuti anda semua selepas ini. Syukur,Alhamdulillah, marilah kita warganegara Malaysia membahu membina dan tegakkan NEGARA BANGSA yang merdeka lagi berdaulat. Semua kita berasal dari datuk nenek yang satu iaitu ADAM dan HAWA.
Pohon Mencadangkan
Sebagai hamba Allah yang kerdil lagi faqir; dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim memohon harap tindakkan pehak penguasa Parlimen mengizin benarkan demi untuk negara bangsa tercinta ini, perbagasan keramat oleh AP Sungai Petani YB Datuk Johari Abdul dan AP Parit Buntar YB Dr Ustaz Mujahid Yusof Rawa serta celahan kudus keramat dari AP Sri Gading YB Datuk Abdul Aziz Yassin dan AP PAsir Salak YB Saudara Datuk Tajuddin Abdul Rahman, membenarkan dayausaha RTM mengeluar citak CD untuk tatapan anak bangsa semua.
Serta diharapkan RTM dapat menyiarkan tanpa jemu peristiwa tersebut sebagai pengisian dan tatapan disajikan sejenak menjelang berita Warta Perdana 8.00 malam. Kita sisih dan leburkan perbezaan anutan politik, tetapi ambil dan galilah intipati dari mereka AP-AP tersebut. Mudah-mudahan ianya dapat menjadi azimat muhibbah harmoni negara disamping slot film dicadangkan oleh AP Sungai Petani itu.
Sekian. Terima kasih.
Wasallam.
10.15 pagi 2/12/2008