Friday, December 5, 2008

PRK P.36 KUALA TERENGGANU

Anak Bulan PRK KT


Hari ini Jumaat 5 Disember 2008 bersamaan 7 Zulhijjah 1429, di Putrajaya bermula jam 11.00 SPR yang bersidang sehubungan dengan Pilihanraya Kecil (PRK) P. 36 Kuala Terengganu, sebaik selesai persidangan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Haji Wan Ahmad Bin Wan Omar mengumumkan bahawa penamaan calun untuk PRK p. 36 Kuala Terengganu adalah pada 6 Januari 2009 bersamaan hari Selasa dan hari mengundi adalah pada 17 Januari 2009 hari Sabtu. Jumlah pengundi yang layak mengundi berdasarkan pengesahan pendaftaran yang dibuat pada 5 Disember 2008 sejumlah 80,229 dengan pengundi biasa 79,194 orang dan undi pos sejumlah 1,035 pengundi.
Dengan jumlah pengundi yang disahkan nyata bilangan pengundi telah mengucup yakni berkurangan jumlahnya sebagaimana PRU12 yang lepas. PRK kecil ini terpaksa diadakan berikut wakilnya yang memenangi dalam PRU12 dahulu iaitu YB Datuk Razali Bin Ismail juga Timbalan Menteri Pelajaran telah meninggal dunia baru-baru ini pada 28 November 2008 yang lalu. Kematian YB Datuk Razali adalah diluar tempoh 200 hari pengecualian pilihanraya kecil harus ditiadakan dalam edah tempoh 5 tahun terakhir.
Info PRK Semasa
PRK yang akan diadakan ini merupakan PRK Ke 2 untuk negara selepas PRU12 pada 8 Mac yang lalu. Cuma jarak selangnya dengan PRK Pertama P. 44 Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 yakni kira-kira 5 bulan yang lepas. Di PRK Pertama P. 44 Permatang Pauh Pakatan Rakyat (PR) telah meletak calunnya DS Anwar Ibrahim (PKR) bertanding dan bertembung dengan calun BN-UMNO iaitu Datuk Arif Shah Omar Shah. Keputusannya DS Anwar Ibrahim mendapat undi 31,195 cemerlang menewaskan calun BN-UMNO yang mendapat 15,524 undi sahaja dengan majoriti 15,671 mengatasi undi diperolehi oleh calun UMNO-BN. Jumlah peratusan yang keluar mengundi adalah 81.01% pengundi.
Sekiranya di PRK Pertama PR menerusi calun PKR mencapai kemenangan yang cemerlang oleh DS Anwar Ibrahim yang kini adalah Ketua Pembangkang Parlimen juga menjawat sebagai Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat. Sesungguhnya faktor penting dan utama memenangkan berganda DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh adalah disebabkan calun anak tempatan. Maka di PRK Kedua pada 17 Januari 2009 sudah pasti pertarungan diantara BN-UMNO akan berdepan dengan PR-PAS. Ini adalah satu kenyataan yang akan dihadapi dalam PRK tersebut. Calun-calun bebas sekiranya muncul, ianya cuma sekadar meramaikan bilangan calun-calun yang bertanding, berdepan hilang deposit sekadar kacau undi, tidak lebih dari itu.
Dalam PRU12 dahulu BN-UMNO YB Datuk Razali Ismail mendapat 32,562 manakala calun PR-PAS Tuan Haji Mohamad Sabu memperolehi 31,934 dan calun Bebas - Nenek Maimun Yusof dengan 685 undi. Majoriti kecil dimenangi calun UMNO-BN 628 dengan undi rosak 931 peratus keluar mengundi adalah 82.31 % dari jumlah pengundi 80,325 ketika itu.
P. 36 Kuala Terengganu
Kawasan parlimen Kuala Terengganu ini terdiri dari 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu
1 - N. 13 Wakaf Mempelam dimenangi calun PAS - YB Mohd Abdul Wahi Endut 9,645 undi majoriti 2,193 menewaskan calun BN-UMNO Osman Bin Awang.
2 - N. 14 Bandar dimenangi calun BN-MCA - YB Toh Cin Yaw 18,935 undi majoriti 1,142 menewaskan calun PAS - Dr Abdul Manaf dengan undi 6,689
3 - N. 15 Ladang dimenangi calun PAS - YB Datuk Tengku Hassan 6,732 undi majoriti 31 menewaskan calun BN-UMNO Datuk Wan Hisham Wan Salleh 6,692 undi.
4 - N. 16 Batu Burok dimenangi calun PAS - YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi 10,672 undi majoriti 1,161 mengalahkan calun BN-UMNO Datuk Nordiana Shafie mendapat undi 9511.
P. 36 Kawasan Parlimen Kuala Terengganu ini amat sagnificant sifatnya. Sewajarnya apabila 3 DUN PAS menyebelahi kemenangan dengan perjumlahan undi 33,738 maka seiring dengan itu wajarlah calun PAS - Tuan Haji Mohamad Sabu turut serta memenangani di kawasan yang ditandanginya. Tetapi Mat SAbu tewas dengan 628 undi dengan diperolehi sebanyak 31,934. Ertinya sebahagian besar di 3 DUN yang PAS memenanginya sejumlah 1,804 pengundi memberi undi mereka kepada calun BN, ini adalah realiti terhadap keputusan PRU 12 dahulu. Maka saya merumuskan disini bahawa 1,804 yang mengundi calun UMNO-BN difaktorkan keluarga YB Datuk Razali sendiri dan digandakan dengan keluarga isterinya.
Meniti Menghadapi Keadaan
Saya tidak berhajat untuk menjadi tukang nujum maupun nujum Pak Belalang. Saya juga tidak menyatakan disini ini adalah satu kajian mendalam dan panjang lebar atau analisis sehubungan cara dan pendekatan yang wajar ditangani oleh PR khasnya PAS. Apa yang saya peturunkan disini adalah pengamatan, pengalaman langsung dalam membicarakan sehubungan pilihanraya dan pengundian di kawasan-kawasan tertentu. Inilah dikatakan congak politik siasah sebagaimana dikatakan oleh Almarhom Ustaz Amaluddin Darus 25 tahun dahulu dan sepak terajang politik kata Almarhom Cikgu Ahmad Fakaruddin PAsir Mas.
Jumlah pengundi yang layak mengundi di PRK - P. 35 Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 adalah 80,229 pengundi berdaftar yang disahkan pada 5 Disember 2008. Dengan pengundi pos berjumlah 1,035 dan bakinya 79,194 adalah pengundi biasa. Congak mudah pengundi pos sejumlah 1,035 adalah fixed deposit untuk calun BN-UMNO. Bersabit undi pos ini pehak PAS usahlah diletakkan dikepala sebagai perkiraan undi akan diperolehi, carilah dapatkanlah undi dari undi pengundi biasa.
Jangkaan, serta pada hemat saya statistik rambang pengundi yang akan keluar membuang undi di PRK P. 36 Kuala Trengganu pada 17 Januari 2009 ini saya rumuskan dipersekitaran 85% akan keluar mengundi, Inshaallah bererti sejumlah 68,194 pengundi (pengundi biasa + pos). Ditolak undi pos 1,035 FD UMNO-BN baki undi adalah 67,159 pengundi. Jangkaan dari jumlah keluar mengundi 67,159 calun PAS wajib berusaha ketitisan usaha terakhir wajar dan wajib mendapat undi untuk pertengahan suasana selesa adalah 53% undi berjumlah 35,594 undi. Berpandu kepada kacau bilau dalam kabilah-kabilah semua komponan BN - UMNO, MCA dan MIC Inshaallah sekitar 47% akan memberi undi kepada calun BN-UMNO bersekali kita totalkan FD 1,035 berjumlah 34,514 undi.
Alhamdulillah, sekiranya ini menjadi penentuan dan kenyataan calun PR-PAS akan mendapat kemenangan dengan majoriti 1,080 undi. Kalau lebih tinggi % diperolehi oleh calun PAS ianya merupakan bonos dan hadiah special untuk PAS dan PR mengiringi PKR di Permatang PAuh. Sahabat semua di Terengganu wajib bersiap sedia sekarang untuk menghadapi mendada PRK P. 36 Kuala Trengganu sebagai jihad. Semua ini akan menjadi realiti sekiranya calun yang PR-PAS ketengahkan adalah calun yang dikehendaki, disukai dan disenangi oleh tuan rakyat yakni pengundi. Sebenarnya sekiranya teman-teman blogger selain YAB TG MB Kelantan telah menamakan calun, sekali pun ianya pribadi akan saya sentuh berkaitan batang tubuh pribadi calun akan saya sebutkan, Inshaallah selepas Aidil Adha ini.
Selamat hari raya Aidil Adha, maaf dzahir batin untuk semua penjengok blog saya.
Sekian, wasallam.
Jumaat 7 Zulhijjah 1429 - 11.25 malam.