Tuesday, December 2, 2008

SANJUNGAN DAN PENGHARGAAN UNTUK MP


Memecah Merkah.


Diawal malam tadi saya dan isteri terus setia melayari persidangan langsung di Parlimen di Perengkat J/Kuasa untuk Kementerian Perpaduan yang bermenterikan YB Datuk Shafie Apdal. Gelanggang dimulakan oleh wakil Sri Gading YB Datuk Haji Abdul Aziz Yassin (UMNO/BN), sebagai seekor singa lapar yang sedang mencari mangsa untuk membaham dan memamahnya dengan mentah. Sesungguhnya ianya menusuk umpama semilu dihati saya yang memedihkan.
Sekalipun saya hadirnya dari rumpun dan agama yang sama dengan YB Sri Gading,tetapi persepsi saya secara jujur dikala situasi itu, seolah-olah YB Sri Gading sedang menuang petrol keatas kapas untuk memarakkan haba bakar kepanasan suhu intergriti Negara Bangsa, yang dipupuk dibina selama ini sejak zaman Almarhom Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj (Al Fatehah untuk Almarhom Tengku).
Bangun wakil Ipoh Timor YB Tuan Lim Kit Siang (DAP), sekalipun beliau bercakap berlandaskan selari dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang termaktub. YB Tuan LKS ianya amat arif dan diantara AP senior yang saya amat menghurmatinya selama ini. Namun gegarannya yang dilontarnya sekali pun benar, tetapi persepsi bersabit intipati bahasa bahasnya saya kelumpukkan perbahasannya umpama petrol yang dituang keatas kapas yang sudah disiapsedia oleh wakil Sri Gading tadi.

Ditambahpunah memperceparkan lagi bahananya menerusi sebilah mancis cap cabai oleh YB Ipoh Timor untuk mempercepatkan proses pembakaran kapas yang telah disirami petrol tadi oleh beliau. Diantara AP wanita yang saya hurmati dan amat saya berminat dalam setiap perbahasannya didalam dewan Parlimen selama ini adalah wakil Batu Gajah (DAP) iaitu YB Puan Fong Fo Kuan. Malam tadi YB Fong Fo Kuan mentaarof-mengenalkan diri pribadinya,amatlah saya menyanjungi dan bertambah hurmat saya secara individu keatas YB Batu Gajah ini dan tersentuh perasaan saya.

Walau pun terdapat kebenaran dipertengahan dan suku akhir perbahasannya saya membuat kesimpulan YB Batu Gajah ini bertindak keatas kapas yang berpetrol dibakari dengan sebilah mancis api tadi, dimarakkan lagi oleh beliau dengan setangki LNG pembakar untuk mempercepatkan lagi proses pembakaran yang berlaku.

Keadaan situasi dan kondusi tersebut maka wakil Pasir Salak YB Sdr Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan wakil Teluk Intan (DAP) mereka berdua (MP Pasir Salak & MP Teluk Intan) masing-masing memandu lori traler tayar 80 yang sarat dengan muatan tangki petrol (dipandu MP Pasir Salak) dan tangki gas LNG (dipandu MP Teluk Intan)bersama-sama menuju tempat kebakaran yang dibakari oleh MP Sri Gading, MP Ipoh Barat, MP Batu Gajah maka berganda lah bahang kepanasan kebakaran apabila 2 traler bahan pembakar ini tiba mengfungsikan menunai hujah nafsu mereka, saya amat keciwa dan sedih dengan semua kejadian-kejadian tersebut.
Maaf! Saya amat jelek dan benci keadaan itu semua. Saya tidak benci batang tubuh anda yang bernama YB, yang mewakili kawasan Parlimen masing-masing yang dipilih oleh pengundi rakyat tuan negara. Tetapi api dan petrol yang bibawa mereka menimbulkan kebencian saya.Saya secara pribadi memohon maaf kepada semua MP yang saya sebutkan diatas, saya dah tua saya tidak membenci anda semua apalagi berhajat untuk membina tembok permusuhan.Bayangkanlah apa akan jadi sekiranya semua watak-watak AP diatas atau bukan dikalangan AP yang berbahas dengan emosi unggas itu diluar kekebalan dewan Parlimen.
Ianya disambut dan disahut oleh komposisi pelbagai kaum dalam negara kita mengikut kepentingan utama komposisi masing-masing diluar kekebalan Parlimen. Maka saya bayangkan yang berjaya gemilang anda hasilkan adalah kehancuran dan kemusnahan negara bangsa kita dan menyediakan kawah minyak mendidih yang panas untuk terjun kedalamnya, yang akan mereka mewarisi dari ibu-bapa dan datuk nenek mereka. Sukakah kita dengan suasana begitu? Jawablah dengan suarahati nurani anda.Apa nak jadi negaraku ini, Tuhanku lindungilah negaraku ini.
Menyiram Penawar
Percaturan dan perancangan 'Allah dimasa dan ditempat yang sama di Dewan Parlimen Negara yang mulia, sesungguhnya sepanjang perjalanan persidangan Parlimen selepas PRU12 8 Mac 2008 yang lepas. Setiap masa teruang sentiasa saya mengikuti perjalanan dan pengisian perbahasan oleh semua AP dari semua parti yang berkampong diparlimen sejumlah 222 wakil. Maka malam tadi jam 9.48 - 1 Disember 2008 bersamaan 3 Zulhijjah 1429 Isnin.
Pertama kali saya terkedu dihadapan laptop usang saya, runtutan hati nurani mencekam saya dengan sebak, sedu dengan titisan airmata spontan, tatkala saya melihat langsung dan mendengar luahan penawar hati nurani yang konsesus dengan sopan dan tanggungjawab dari mantan diplomat yang kini Wakil Rakyat Sungai Petani. Sesungguhnya tidak salah pengundi memangkah dan menghantarkan beliau mewakili anda sebagai AP Sungai Petani iaitu YB Datuk Johari Abdul (PKR).
Peti hati nuraninya yang sempurna mewangi disimpan selama ini oleh wakil Sungai Petani YB Datuk Johari Abdul itu,jam 9.48 malam tadi dipindahmuat keluar untuk didengari seluruh rakyat negara,sesungguhnya realiti dan hakikat sebenarnya YB SP telah secara amat terhormat mengangkat darjat didalam dewan Parlimen yang mulia itu diperbahasan mengimbau kembali tawarikh hidupnya meletakkan mertabat guru-gurunya ditempat yang tinggi. Tempat yang mulia tatacara belia mengukap bait kebait memperkenalkan setiap guru-guru/munshi yang mendidiknya dan menyantuni dirinya sampai menjadi diplomat.
Semua guru-gurunya adalah datangnya dari komposisi kaum yang tidak sama jenis dengan keturunannya Melayu.Itulah guru dan munsyi yang negara merindui cikgu-cikgu seperti itu (negara bangsa perlu dan rindukan guru seumpama itu). Kemungkinan lafaz puji dari saorang murid kepangkuan gurunya dikalangan India, Cina dan Melayu didalam Parlimen secara resmi, dan handset itu terus disimpan dalam khazanah Parlimen. Sekiranya guru-guru/munsyi kepada YB Johari Abdul itu masih umurnya panjang sampai saat ini, bagaimanakah perasaan baurnya guru-guru yang mulia itu mendengar dan melihat secara langsung yang nama mereka telah disebut dinukil dan diangkat sebut oleh anak muridnya didalam perbahasan di Parlimen,bayangkanlah!
Sesungguhnya munsyi/guru-guru itulah dulunya memperkenalkan apa itu parlimen dan peranannya kepada YB DJA. Atau pun setidak-tidaknya anak-anak maupun cucu dan cicit kepada guru-guru/munsyi tersebut mendengar betapa bapa/datuk mereka mendapat penghargaan mulia khusus di Parlimen dari muridnya anak penoreh getah beribukan penjual kuih.
Suasana ini bertembah kudus saya menghadapinya apabila putra kepada Almarhom Mantan Mursidul Am PAS & Mantan Presiden PAS juga saorang diplomat TG Haji Yusoff Abdullah Rawa iaitu wakil Parit Buntar YB Dr Haji Mujahid Yusoff Rawa (PAS)bangun untuk turut membahaskan dengan bahasa sopan santun bersandar pegangan agamanya.
Ianya amatlah tersentuh perasaan saya yang menjangkau umur tua mencecah 60 tahun (malu jua dengan anak-anak kerana tegar menghadapi internet). Saya amat rindu dan berdoa, semuga selepas dari situasi dan kondusi tersebut, untuk hari-hari berikutnya biarlah sedemikian hening perbincangan disajikan oleh anda semua MP-MP untuk negara bangsa.
Mengamit Dan Bersahut
Kepada setiap rakyat yang menyaksikan dan menafikan kenyataan dilontarkan saya diatas, sekiranya mereka menafikan fakta suasana kebenaran itu; nyatalah anda berhati batu, berperasaan kayu. Lihatlah, kembalilah ingatan anda tatkala semasa wakil SP YB Datuk Johari Abdul celahan/selepas dari itu. Ungapan YB SP ketika itu kalau jarum jahit guni terjatuh pasti kuat kedengaran bunyi jatuh didengari. Bahasa santun hati nurani YB SP dan YB Parit Buntar ianya mampu memadamkan kepanasan dan kebakaran awal tadi.
Penawar yang dihidangkan oleh AP Sungai Petani dan AP Parit Buntar ianya mengamit mengetuk hati nurani wakil AP Sri Gading dan AP Pasir Salak mampu memadamkan kepanasan dan bahana kebakaran yang mereka memulakannya. Ianya turut dirasai oleh MP Rompin YB Ir JJ. Buktinya bahas balas/celah seumpamanya betapa kudus dan iklasnya akur dengan bahasa santun dari MP Sungai Petani disahut respon yang positif oleh AP Sri Gading YB Datuk Haji Aziz Yasin dan AP PAsir Salak YB Saudara Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Sebak dada mereka ketika itu, detik sebab mereka dapat saya rasai sekalipun saya berada berjauhan dari Bangunan Parlimen berada di Padang Serai. Mereka akur dan memperakui emosi menguasi mereka, tatkala dikala normal kudus nyatalah mereka dikalangan pemimpin yang baik mempunyai kualiti saorang insan. Natijah keserlahan hati nurani mereka dinyatakan terbuka didalam parlimen semasa perbahasan akan baik dan buruknya mereka. Ianya adalah menepati ciri-ciri kepimpinan jantan tulin, syabash YB anda berdua, saya silut hurmat keatas anda, Alhamdulillah.
Ketika detik itulah juga kebencian caya terhadap cara dan sikap MP Sri Gading dan terutama kebencian amat sangan sikap MP Pasir Salak ianya berganti dengan tawaduk, perasaan semula jadi saya, ianya diganti dengan perasaan penuh kasih sayang yang keluar dari hati nurani saya kepada anda berdua. Umor yang tua sebenarnya ia mengheret kita menjadi kudus, terasa. Maafkanlah saya wahai YB Datuk Haji Aziz Yassin! Maafkanlah saya wahai Saudara YB Datuk Tajuddin Abdul Rahman!
Selama ini, bukan UMNO-PAS memisahkan kita, tetapi stail dan tidak lunak santun bahasa dalam perbahasan itulah yang mengores kebencian saya selama ini. Itulah tembok pemisahnya. Saya doakan semua AP-AP jadikanlah santun AP Sungai Petani YB Datuk Johari Abdul dan santun AP Parit Buntar YB Dr Ustaz Mujahid Yusoff Rawa untuk diikuti anda semua selepas ini. Syukur,Alhamdulillah, marilah kita warganegara Malaysia membahu membina dan tegakkan NEGARA BANGSA yang merdeka lagi berdaulat. Semua kita berasal dari datuk nenek yang satu iaitu ADAM dan HAWA.
Pohon Mencadangkan
Sebagai hamba Allah yang kerdil lagi faqir; dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim memohon harap tindakkan pehak penguasa Parlimen mengizin benarkan demi untuk negara bangsa tercinta ini, perbagasan keramat oleh AP Sungai Petani YB Datuk Johari Abdul dan AP Parit Buntar YB Dr Ustaz Mujahid Yusof Rawa serta celahan kudus keramat dari AP Sri Gading YB Datuk Abdul Aziz Yassin dan AP PAsir Salak YB Saudara Datuk Tajuddin Abdul Rahman, membenarkan dayausaha RTM mengeluar citak CD untuk tatapan anak bangsa semua.
Serta diharapkan RTM dapat menyiarkan tanpa jemu peristiwa tersebut sebagai pengisian dan tatapan disajikan sejenak menjelang berita Warta Perdana 8.00 malam. Kita sisih dan leburkan perbezaan anutan politik, tetapi ambil dan galilah intipati dari mereka AP-AP tersebut. Mudah-mudahan ianya dapat menjadi azimat muhibbah harmoni negara disamping slot film dicadangkan oleh AP Sungai Petani itu.
Sekian. Terima kasih.
Wasallam.
10.15 pagi 2/12/2008