Friday, December 12, 2008

BERSEDIA, SIAPLAH MENANGKIS

Nilai dan harga setimpal.


Petang tadi kebetulan saya menyaksikan berita tv, tak ingat saya samada tv9 atau tv3. Lupakan tentang tv berapa yang menyiarkan tetapi jelas, beritanya dikaca tv. Sehubungan dengan berita yang dilaporkan wartawan disatu majlis Menteri Besar Kedah YAB DS Ustaz Azizan Razak dimajlis resmi bersama mahasiswa barangkali terpampang bermasa berita dan gambarnya. Beritanya amat menarek disebalik dua nilai yang berbeza disimpulkan saya disini. Iaitu nilai pertamanya merupakan dana untuk perbendaharaan Negeri Kedah dan keduanya nilai propoganda fitnah dan hasutan pembangkang UMNO-BN dan kuncu-kuncu jelmaan dan jadian UMNO seperti umang-umang Kuala Sanglang yang sering bertukar kulit untuk bergerak.
Saya dapat mengingat pointnya dengan jelas jawapan kepada wartawan oleh DS Menteri Besar, "Ya! Memang saya akan tebang kayu balak di Pedu, kalau sampai anak-anak dan rakyat saya tak boleh makan. Saya nak tebang balak dikawasan hutan simpanan bukan dikawasan tadahan hujan. Kalau Kerajaan Pusat tak bagi RM100,000,000.00 kepada negeri Kedah". Ingatlah Kerajaan Pusat khususnya Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri. Kedah adalah negeri dalam Persekutuan Malaysia yang telah memberi sumbangan besar kepada negara dengan menghantar pemimpinnya Menjadi Perdana Menteri Pertama (Almarhom Tunku Abdul Rahman) Perdana Menteri Ke Empat (Tun Dr Mahathir Mohamed).
Saya tak mau sentuh sifat talam banyak muka dan upercunis Kerajaan Pusat dan Menteri Kewangan baru yakni YAB DS Najib Tun Razakk. Kerajaan Pusat sesama BN/UMNO yang mana selama ini tangguh tidak mengeluarkan royalti minyak kepada Negeri Terengganu. Tetapi oleh kerana janji palsu diperakukan tatkala krisis besar untuk melantik MBT, yang mana pitih royalti akan bibayar respon diatas tuntutan rakyat Terengganu secara menyeluruh. Masa mengiringi takdir memaksakan sekalipun hipokrit janji dilunasi dalam keadaan terpaksa untuk mengabui hakim rakyat bernama pengundi pada 17 Januari 2009 ini.
Kalaulah bukan kerana terpaksa BN-UMNO yang pasti lagi wajib terpaksa berdepan kecaman rakyat Terengganu, khususnya pengundi-pengundi di PRK P. 36 Kuala Terengganu. Kerana pada 17 Januari 2009 (Sabtu) SPR telah menetapkan PRK diadakan di kawasan Parlimen Kuala Terengganu disebabkan kematian MPnya YB Allahyarham Datuk Razali Ismail pada 23 November 2008 yang lalu juga timbalan Menteri Pelajaran. Pasti cerita dan bayang RM400,000,000.00 tidak akan kelihatan sebagaimana kenyataan hari ini yang dibuat oleh TPM/MK YB DS Najib Tun Razak.
Barang pasti dan barang tentu sebahagian dari RM400,000,000.00 juta tersebut, akan ditabur sebagai beneh dan umpan oleh UMNO-BN sebagai rasuah pilihanraya untuk menuai hasilnya agar kawasan Parlimen Kuala Terengganu ini tidak ditawan oleh PAS-PR (Saya akan ulas tajuk khusus bersabit PRK - P. 36. Kuala Terengganu).
Sebelum menunggu siang besok Jumaat, pasti umang-umang dengan kepelbagaian kulit disauk disarongnya dengan jenama tm NGO. Wartawan yang sama dari stesyen yang sama akan menemui kepelbagaian umang-umang tadi untuk mendapat respon sehubungan dengan pandangan putus yang dikatakan oleh MB, YAB DS Azizan Razak. Ianya akan bergema paluannya dan denggongnya membelah sampai ke Putrajaya dan gema tersebut melantun sampai gegarannya ke Kuala Terengganu.
Kekabu diatas riba; Tebu dibalas tuba.
Pengurbanan lama yang berterusan dijana oleh rakyat dan Kerajaan Negeri Kedah khasnya kerajaan yang dibentuk selepas PRU12 - 8 Mac 2008 yang lalu oleh Pakatan Rakyat (PR) terdiri dari PAS mengetuai kerajaan bersama-sama dengan PKR dan DAP. Yakni sehubungan dengan bekalan air percuma selama ini dinikmati oleh rakyat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari Negeri Kedah. Pulau Pinang adalah diantara negeri-negeri yang maju dan kaya di negara kita dibantu berterus oleh negeri Kedah dalam mendapat bekalan air percuma. Adilkah keadaan ini dilihat?
Adil dan saksamakah suasana ini? Kedah bekalkan air free kepada rakyat dan industri Pulau Pinang yang airnya adalah dari Empangan Pedu. Ya! Dari air empangan Pedu Kedah. Diatas sifat setiakawan dan federation negara. Kerajaan Kedah dan rakyat kempes perut, ikat perut demi menjaga dan memberi hasilnya yakni air menjana kepentingan penggunaan untuk kepentingan rakyat dan sektor industri membangunkan ekonomi negeri Pulau Pinang. Mampukah kerajaan Pulau Pinang sekarang dan dahulu menafikan mereka mendapat bekalan air percuma dari rakyat dan Kerajaan Kedah?
Seiring dengan itu, rakyat dan Kerajaan Kedah terpaksa membiarkan hasil mahsul balaknya nilai dana yang diantara menjadi hasil kepada perbendaharaan Negeri Kedah, tidak dapat dituai tebang. Kerana menjaga kepentingan penjanaan kawasan tadahan hujan. Yang mana kawasan simpanan balak kerajaan Kedah juga berada disekitar kawasan tadahan tersebut. Nampaknya pengurbanan Kerajaan dan rakyat Kedah ini dibalas tuba dan hempedu oleh Kerajaan Pusat BN keatas Kerajaan PR Negeri Kedah dengan dzalim. Pampasan wajib RM100,000,000.00 tidak ditunaikan mengikut masanya. Sehingga kini tidak ada tanda-tanda Kerajaan Pusat untuk membayar wang pampasan tersebut kepada Kerajaan dan rakyat Kedah?
Ikan pelata disambar punai; Kata dikota, janji ditunai.
Kalaulah YB TPM/Menteri Kewangan berani bestari, rentap RM5,000,000,000.00 dari wang KWSP walau apa janji sekalipun untuk menjaganya selamat kepada ValueCap untuk kepentingan melindungi kepentingan 2, 3, 4 kerat bernama manusia kaya di ValueCap dibawah pengendalian Khazanah. Masakan hak rakyat Kedah pampasan wajib ditunai dilangsai oleh Kerajaan pusat sejajar dengan pengurbanan mendapatkan dana negeri yang pasti dihadapan mata letak duduk balak dan nilai RMnya kerajaan negeri mengabainya demimu "air" untuk dialirkan ke Pulau Pinang. Tetapi kerajaan PR belum mengusek dana yang tersimpan dibelantara persekitaran Pedu tersebut.
Demi survaival UMNO-Bn menghadapi PRK Kuala Terengganu RM400,000,000.00 royalti segera dilunaskan kepada negeri Terengganu. Kenapa Kerajaan Pusat BN khusus dan khasnya TPM/Menteri Kewangan amat zolim dan kejam menghukum kepada rakyat dan Kerajaan PR Kedah, kenapa? Kenama pampasan RM100,000,000.00 dipendamkan? Dimanakah tanggungjawab Kerajaan Pusat UMNO-BN kepada rakyat Kedah. Pulangkan, kembalikan sebahagian dari jumlah kepelbagaian cukai-cukai yang dipungut oleh kerajaan BN Pusat kepada rakyat dan Kerajaan Negeri Kedah. Henti dan tamatkan kezoliman itu.
Pasti jalan sahala akan dilalui oleh Kerajaan Negeri Kedah. Sekiranya dalam masa terpantas ini Menteri Kewangan-TPM/Kerajaan BN-UMNO menafi dan tidak melunasi pampasan RM100,000,000.00 dalam tahun ini (2008), pasti MB YAB DS Azizan dengan mandat besar Exco Kerajaan Negeri, untuk menampung dana buat menjana keperluan rakyat Negeri Kedah, hidup matinya. Dana negeri yang berada tegak bernilai RM100,000,000.00 didalam hutan simpanan di persekiratan Pedu pasti dikeluarkan menjelang tahun 2009.
Kepada tukang-tukang sebok, halakanlah penentangan dan pertanyaan anda secara tutas dan adil dan saksama kepada kerajaan Pusat UMNO/Bn, pasai apa hampa tak mau bagi/langsai pampasan tunai dana RM100,000,000.00 kepada Kerajaan dan rakyat Kedah? soalan ini terlebih dahulu dihalakan ke Putrajaya. Bukan menyalak dan melalak. Pantang sua uloq aiskrim/mikrofon tak tau mana pangkal; dan mana hujungnya dalam keadaan jahil, pun nak bercakap nak keluarkan mengupat fitnah dan lepas emosi geram semata-mata bukan menperjelas bicarakan fakta berpandukan minda terbuka.
Sedia menangkis.
Pasti cadangan yang dikemukakan oleh DS MB Kedah, umang-umang NGO yang tuannya adalah UMNO/BN akan menghala bermacam-macam fitnah dan tuduhan tidak berasas umpama C4 meletup mebadai kecai wanita jelita Monggolia Altantuyya. Ianya akan berkumandang disemua rangkaian stesyen tv dan diakhbar-akhbar perdana juga diblog. Sebagai pendukong setia kerajaan tanpa setitik jawatan dalam parti, pembelaan saya keatas kerajaan PR Kedah khasnya DS MB Ustaz Azizan adalah setia. Saya bersedia minda untuk menangkis, mudah-mudahan kronik tegar asthma/lelah tidak menyerang untuk tempoh 2,3 hari ini keatas saya.
Jesteru untuk kali ini, sekelian anggota jemaah Exco janganlah anda semua membiarkan Ketua Eksekutif Kerajaan PR Negeri Kedah yakni Menteri Besar YAB Ustaz Azizan dibelasah oleh musoh tanpa mendapat pertolongan pantas, instant dari anda-anda semua. Termasuklah pegawai-pegawai lantik politik yang berada di Pejabat YAB Menteri Besar. Belalah! Bentengkanlah YAB Menteri Besar anda, Menteri Besar aku dan keluarga tidak diperkatikkan oleh musoh-musoh kita. Maafkanlah saya dengan nada begini.
Kalaulah pula UMNO/BN dan umang-umang serta kuncu-kuncunya cuba membelasah PAS, ingatlah jangan diam membisu dan koro wahai Timbalan2 PSJ PAS Kedah, anggota Dewan Harian PAS Negeri, anggota Dewan Harian PAS Kawasan dan Anggota Dewan Harian PAS Cawangan, termasuk Pemuda dan Muslimatnya, jangan biar parti anda PAS ini juga parti aku yang mendominasi kerajaan PR ini dibelasah dan dihina. Semua anda wajib bangun berjihad lawan mereka yang menuang petrol keatas parti anda PAS.
Sahabat-sahabatku! Jagalah PAS ini dengan sebaik-baiknya. Lupakah akujanji kita untuk menjaganya parti PAS ini sebagaimana ianya dijaga sempurna oleh Almarhom Ustaz Fadzil Nor, Almarhom Pak Ya Joned, Almarhom Cikgu Mustapha Long, Almarhom Ustaz Osman Marzuki, Almarhom Dato' Abu Bakar Umar, Almarhom Ustaz Mawardi Lebai Teh, Almarhom Ustaz Suhaimi Ahmad, Almarhom Assyahid Ibrahim Mahmood Libya, Almarhom Othman Talib Lubok Merbau dan ramai lagi(Al Fatehan untuk mereka yang terlebih dahulu pergi menemui Allah dari kita).
Jagalah kerajaan PR ini. Jagalah PAS dan jagalah juga sahabat parti dalam PR.
Malam Jumaat 13 Zulhijjah 1429
3.26 pagi