Monday, March 16, 2009

KAMUS SIASAH RAKYAT TERSISEH INFO PERALIHAN KUASA KERIS;

KAMUS SIASAH RAKYAT TERSISEH INFO PERALIHAN KUASA KERIS;
RAKYAT SEDANG MENUNGGU PERALIHAN KUASA KERAJAAN PUSAT PR.


Sejarah negara yang sedang dilalui oleh semua watak-watak pelakun politik negara khususnya Umno-BN. Sejak terciptanya sejarah selepas PRU12 paa 8 Mac 2008, yang mana rakyat telah mentinta sejarah mereka tersendiri; Melayu, Cina dan India hampir menyeluroh secara total dengan bersatu matlamat menolak Umno-BN dengan menafikan monopoli 2/3 cengkaman dan penguasaan selama lebih 50 tahun didalam parlimen sejak Persekutuan Tanah Melayu sampai kepada Parlimen Malaysia kini. Mereka memberi sokongan kepada PR- PAS, DAP dan PKR. Fenomina ini mengerunkan Umno dengan kejutan umpama ledakan C4 di Bukit Cherakah.

Kelantan kekal tangan PAS cuma berbaki 6 jahanam iakui seni ri oleh ADUN Umno semasa DUN bersidang selepas mengangkat sumpah. PR telah berjaya merampas dan menawan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor termasuklah Wilayah Persekutuan hampir bersih (Ingatlah negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Perak adalah negeri termaju dalam Malaysia). Sejarah terukir dalam negara kita, iaitu Umno-BN, Gerakan-BN telah ditolak dengan drastik seperti sunami oleh rakyat dan pengundi. Dinegeri-negeri tersebut hancur kerajaan mereka dan semua bekas pemimpin Umno menjadi keruan dan angau mengila serta sasau tak ketahuan. Hatta mereka juga hampir-hampir kecundang di Negeri Sembilan, cuma memerentah dengan majoriti mudah.

Sejak sebaik selapas berakhirnya PRU12 itu, saya merasa satu lompong dan vacium dikalangan semua pemimpin-pemimpin Umno di semua negeri-negeri disemua perengkat telah berlaku. Rakyat telah menolak pemimpin dan mempersoalkan setiap inivitu pemimpin Umno-BN keatas penindasan mereka kepada rakyat. Rakyat meluat dan menyumpah serta menyampah dengan rakusnya mereka, sampai perengkat Ketua Cawangan pun memakai Toyota Camry dan bini mereka setidak-tidaknya Perodua atau Kancil. PRU12 telah mengajar mereka dengan diri mereka dipulau dan tidak dihirau dan sentiasa muka mereka berderau.

Sampai kepada pemimpin-pemimpin Umno yang bertaraf Menteri dan Timbalan Menteri, tidak terlepas YAB TPM dan YAB TPM, suara mereka-mereka ini sudah tidak mau didengar, mau dipatuhi hatta menghurmati terhadap bersin, batuk, berdehem dan bersin mereka-mereka sudah tidak masih dan ditakuti. Sampai pada perengkat Presiden Umno sendiri negerinya sendiri menafikan kewujudan batang tubuh AP Kepala Batas, apabila haram mana-mana bahagian di Penang berani mencalun Pak Lah untuk jawatan Presiden Umno, angkara helah rampasan terancang jawatan Presiden Umno oleh DS Najib.




Kerajaan BN Pusat yang mereka menguasai diperengkat negara sampai sekarang mereka tersasul dengan turut menerima badi seolah-olah mereka sekarang adalah menjadi pembangkang didalam Parlimen, saya menyaksi dan melihat ini amat ketara dan sumbang. Ramai AP dari Sabah dan Serawak setiap kali bangun suaranya kadangkala seperti naga menyembur, macam kala jengking bisanya menyengat, mengugut, hatta sampai perengkat fit deposit yang Sabah dan Serawak letak di Putrajaya kepada BN, sentiasa disebut berulang. Sekiranya silap langkah dan silap percaturan Putrajaya menyelenggara negara, secara tiris, rasuah dan kroni.

Maka barang pasti sebilangan besar dari fit deposit tersebut pasti dtarek balek pada bila-bila dan akan diletakkan fit deposit itu kebank yang baru. Kalau BN-Putrajaya menafikan terus Sabah dan Serawak dalam mendapatkan haknya yang disiseh dibiarkan terus lanun perompak terus menguasai merampas hak rakyat selama ini. Barang pasti kata merekA FIT DEPOSIT ITU itu, akan diserahkan kepada teman baru yang dapat merasai dan memahami rintihan perasaan hati nurani rakyat kami yang susah, marhean di Sabah dan Serawak. Sama-samalah kita menunggu masa dan taqdir Allah.

Disinilah, didalam suasana lompong rakyat menolak dan terus tidak mempercayai setiap yang keluar dari ucapan dan ikrar pengakuan janji-janji oleh semua darjat kedudukan pemimpin Umno. Rakyat yang sedang dan terus menolak pemimpin-pemimpin Umno, hatta parti mereka itu sendiri yakni Umno dan sarang mereka BN sedang ditolak mereka. Rakyat dan pengundi telah kota boktikan menerusi 2 PRK Parimen iaitu Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Menjelang awal Februari 2009 yang lepas, ramai dikalangan rakyat marhean dan pengundi-pengundi sebaik-baik Umno-BN dibenci oleh mereka, kini komponan baru Umno-BN turut tersenarai penolakan dan tidak percaya kepada badan dan pengemudi badan yang menjadi komponan baru Umno-BN iaitu SPR dan Pengerusi barunya, SPRM dan Ceo Pesuruhjayanya, PDRM akan KPNnya, Peguam Negaranya dan KHN itu sendiri, disisi mata rakyat; mereka semua aalah pelengkap serta perlu dan memerlu diantara menguat memperkukuh kerusi dan kuasa masing-masing. Ini adalah tanggapan orang ramai.

Peristiwa haram dan kerja haram yang ketua lanun, ketua perompak yang berpengalaman menggunakan peledak C4 nun di Putrajaya sana, telah mengepalai, mengetuai, merancang dan tandu merampas kuasa secara haram kerajaan yang rakyat pilih yang diperakui disahkan perintiharan oleh Paduka Seri Dultan Perak iaitu kerajaan Pakatan Rakyat dirampas dengan cara yang jijik kotor cemar, seperti air yang terhasil selepas bapa jalang dan jalang beradu di Lorong Chow Kit. Ya! Begitulah selayaknya jijik cemar yang dipau bayangkan sebagai contoh.

Fenomina PRK yang terpaksa SPR menyempurnakan mengikut perlembagaan dan undang-undang SPR itu sendiri, ianya amat menakut dan mengeciwakan pemimpin-pemimpin Umno-Bn. Kerana sekarang ini adalah sindrom dan aligit Umno-Bn takut menghadapi rakyat. Umno takut menghadapi pengundi dimana-mana. Sama ada pengundi Melayu, Cina maupun pengundi India. Peristiwa serta even lanum melakukan rampasan kuasa dan menubuhkan kerajaan haram Umno-Bn; maka didetik inilah SPRM, SPR dan Mahkamah telah menunjukan kepada rakyat, akan sebenarnya baju warna dan brand yang dipakai adalah cap dacing. Rakyat nampak ini.

Apabila SPR menjadi baru diatas timbangan dacing, sekali gus bertindak menjadi pendakwa dan hakim sekali gus, maka demi Umno-BN yang menubuhkan kerajaan lanun kerajaan haram itu maka ianya menafikan 3 RPK kecil DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Kalau tidak SPR terpaksa menjalan PRK 5 DUN, 3 di Perak, 1 di Serawak dan 1 i Kedah dan 1 Parlimen di Perak juga. Sebaik minggu pertama perkhidmatan pengerusi ganti SPR, PRK Parlimen Kuala Terengganu Umno-BN terterap membaham bumi, sekali pun mendapat kerjasama usahasama dari segenap pertolongan haram diluar komponan BN, mengiringi kemusnahan tewas di Permatang Pauh melalui fenomina dan persepsi yang berbeda menerusi dukun dan nujum yang sama.

Sekarang rakyat menunggu dari PR khususnya ari PAS, dari PKR dan dari DAP ambillah tempat lompong dan kekosongan tersebut. Seluroh wakil rakyat AP maupun ADUN hatta seluruh pemegang pengurus amanah parti masing-masing, gunakanlah kesempatan yang kosong yang terbentang luas itu, terjah dan terjunkanlah diri anda kekancah mereka rakyat dan pengundi-pengundi cipta sikap ambil peduli, benamkanlah ego dan semua perasaan angkuh bibit-pipit dan sel haram jadah yang cuba menoda dan bersarang didalam hati anda. Turun dan terjun kepangkuan rakyat, cakna dan pedulikan masalah mereka. Dengan bertanggungjawab dalam kasih sayang.

Jadikanlah anda wahai ADUN PR! Wahai ADN PR! Dan wahai AP PR! Persaksikanlah anda semua, sebaik lanun-lanun dan kepala lanun mengerjakan kerja haram tersebut dan mereka melanun menubuhkan kerajaan haram rampasan kuasa di Perak dengan jijik, saksikanlah dengan minda yang bijak mampu mentafsirkannya. Untuk menghalalkan kerja haram jadah tersebut, Umno telah meletakkan tangki besar petrol dan sebilah mancic di istana Kuala Kangsar.

Umno juga telah meletakkan tok gergasi gas cecair di Kuala Terengganu, di Arau, di Anak Bukit, di Seri Menanti, di Pekan dan di Johor Bharu untuk bahan membantu dan menghalalkan kerja haram mereka lakukan itu menjadi halal, agar Sultan/Istana bersekonkol dengan Umno-Bn sokongan kes kerajaan haram Perak. Umno tiupkan, nyala dan kirap dengan membuka api perkauman yang amat merbahaya. Mereka meniupkan semua rakyat yang menetang kerja haram jadah itu adalah menderhaka kepada Sultan dan Raja. Meniupkan ketuanan Melayu sekalipun Umnolah berjaya besar hancurkan Melayu seperti tulisan jawi, SAR, pondok dan beberapa kejayaan besar menghancurkan Melayu. Meniupkan bara haba perkauman menfitnahkan keturunan Singh, India dan Cina cuba mempertikaikan dan menghina raja dan menderhaka dengan menaikan mendidikan dan mengelakan orang Melayu. Dan berbagai lagi.

Disinilah rakyat semua kaum wajib jangan masuk lubang biawak 2 kali dengan menerima dan membeli pakai adu dumba, fitnah perkauman oleh Umno yang sedang menunggu dipersimpang jalan mati untuk mampus dibungkus dan dikambus dan ditimbus. Semua pemimpin PR dari PAS, dari PKR dan dari DAP fahamilah yang mana kaca dan yang mana permata diaju dan ditunjkan kmuka anda bernama pemimpin politik.

Timbang dan buatlah keputusan dengan waras, seperti saorang tukang gunting. Ia akan mengukur serta menanda berulang kali untuk kain mahal pelangan-pelangannya, sebaik hatinya puas pasti ukuran dan tandanya, maka barulah kain tadi mula gunting. Akhirnya menghasulkan pasangan seluar, baju dan cot yang cantek dan dipuji pelangan.
Rakyat dan pengundi-pengundi Melatu, India dan Cina di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai sedang berkira-kira untuk kenduri besar dan bekwah besar untuk menyambut cucu menantu untuk dan mereka berpadu tekad berpadu usahasama dan kerjasama hatta bersatu pangkah mengundi dengan memangkah calun-calun PR samada dari PAS, DAP maupun PKR dalam PRK yang akan ihadapi pada 7 April 2009 ini termasuk bakal di 3 DUN juga di Perak kelak.