Saturday, March 21, 2009

MENONGKAH 24 – 28 MAC 2009 MUSARAT UMNO:

PERCATURAN SILAP BATU TIMBUL; PELAMPUNG TENGGELAM

Jelas tindakan Tembaga Tulin Umno keatas YAB DS Mohd Ali Rustam dan panir-panir, ianya mendatangkan kesan yang mendalam keatas Umno khusus di kalangan bahagian-bahagian yang telah memberi sokongan kepada Ali Rustam sampai melayakkan dirinya untuk bersaing dalam jawatan timbalan Presiden Umno, sebaris dengan dua calun yang lain iaitu TS Mohiyaddin Yassin dan TS Mohd Taib.

Diatas apa hujah sekali pun, diatas setebal alasan setinggi bangunan PWTC, dikalangan pemerhati orang ramai diluar rumah Umno, hatta dikalangan ahli-ahli Umno apalagi perwakilan yang akan bertarong dalam gelangan selepas PRU12 pada 24 Mac 2009 ini, menjelang penamaan calun PRK di 2 Bukit dan Sebatang (1 Kapar dan 2 Kadun), ianya berpuaka dan berjin. Sebenarnya kedatangan tarikh 24 Mac maupun masa sebelumnya, sememangnya mereka menunggu dan menantinya, kenapa? Dikhabarkan mampu menjana dana untuk pembiayaan 2 tahun keluarga, hebat. Umno boleh, Melayu boleh.

Menjelang tempoh persidangan, tiba masa persidangan dan selepas persidangan, maka disnilah sebenarnya berlaku sebagaimana disahkan oleh sebilangan besar kepimpinan Umno dari atas kebawah dan dari kebawah mendongak keatas. Iaitu kapai pecah yu mampus kekenyangan sampai bujai. Bagi yang berbentuk pitih, duit tunai diterima untuk pengikut tegar berpengalaman dilangsai selesai. Bagi pelabur baru yang mencuba menjadi pengikut (perwakilan baru atas pagar) sekadar kepercayaan 50% dilangsai, bakinya sebaik tamat keputusan diumumkan oleh speaker persidangan, baru dilangsai diungkai.

Khabarnya calun dan taukeh calun ada yang menawarkan kepada perwakilan pengundinya dengan mengikat dan memperagakan kasut jenama mahal yang mencecah harga 4 angka dan lebih. Kepercayaan bulat yang tidak boleh diperakui lagi dipercayai, maka langkah awalnya adalah diserahkan kasut bersaiz 7 valley RM5,000, maka penyerahan sebelah kiri sahaja seolah-olah penerima tersebut (perwakilan) kakinya kudung sebelah kanan. Kasut sebelah kanan tadi akan diserhakan sebaik taukehnya mendapat kemenangan. Sekiranya kalah disebabkan belot pasti kasut-kasut tersebut dimiliki masing-masing saorang sebelah, maka kedua-duanya rugi dalam urusniaga rasuah tersebut, adanya empunya ceritera.

Lebih lajak lagi saya dikhabarkan dikalangan ibu wanita dan putri, lebih ganas lagi cara-cara urusan jualbeli undi termasuklah yang akan bermula pada 24 Mac 2009 ini. Subang platenium-emas putih jenama ******, kasut tumit tinggi 5 1/2” diserahkan dahulu sebelah kanan, seolah-olah kaki kiri kudung dan telinga kiri juga kudung. Hebat sungguh taraf jual beli undi ini. Penyerahan subang dan kasut sebelah kanan akan berlaku sekiranya taukeh calun menang. Kalau tidak semuanya saja, walhasil balek asal. Tidak perlu dipanjangkan beberapa kaedah yang diuar kemampuan dialam siber dan kepantasan maklumat jalor lebar berperanan besar berjasa dan merealisasikan rasuah Umno di mutakhir ini. Semua kes ini amat kebal dari siasatan PDRM dan kembar Siamnya SPRM.

Peranan lembaga displin Umno sekali pun tempang dan gampang diperkatakan oleh gulongan ramai, sememangnya ianya berasas didalam kebenaran walau dinafikan. Lagi kuat dan lagi bersungguh DS Najib menafikan letak duduk keadilan lembaga tersebut, keatas keputusan dilakukan kepada 15 tuduhan bersalah rasuah dan hilang kelayakan bertanding. Setiap itu rakyat terus memasak taji dan dikemaskan dengan baji bersimpai tidak mempercayainya hujah kata DS Najib hatta lembaga displin itu sendiri.

Lihatlah apa kata Ali, yang telah mendakwa bahawa dirinya dikambing hitamkan oleh lembaga displin. Kitab muktabar usang Umno yang bernyawa mantan PM dan mantan Presiden Umno baru, yang lama menjawatnya mengatakan Ali bukan dikambing hutankan, sebenar dan hakikatnya Ali adalah babi tunggal hutan Gunung Ledang. Sebab itulah Tun Dr Mahathir bersabda “Ali yang terlibat rasuah oleh lembaga displin wajib meletakkan jawatan Ketua Menteri Melaka dengan segera”. Kenapa? Ali sorang sahajakah yang rasuah? Bagaimana dengan 985 yang dilaporkan dari jumlah 1,000?

Meletupnya C4 keatas Ali dan 14 yang lain, selepas itu sahaja pusingan dan putaran percaturan diatas laman web dengan kekunci rahsia didalam sulit, sehubungan dengan pola kisaran undi ianya menjadi cair kembali setelah beku seketika urusannya. Agar-agar yang masak kering dimasukkan pula kepeti sejuk ianya menjadi keras enak untuk dimakan. Kalau dipanaskan kembali ianya menjai cair seolah-olah bertukar sifat menjai sirap atau serebat. Inilah fenomina terkini Umno bersabit dengan pengundian dalam memenangkan taukeh oleh perwakilan. Masing-masing terlupa dan tersentak no kekunci rahsia masing-masing kerana ledakan C4 keatas Ali tersebut, ianya menjadi kalang kabut dan serabut.

Indekator hasil ledakan C4 tersebut yang sebelum berlaku dan tercetusnya ledakan tersebut saya simpulkan terdapat calun-calun utama jawatan Umno dulunya menjadi batu teenggelam dan setengahnya timbul selamat seperti pelampong. Tetapi sekarang ini, menjelang 24 Mac 2009 batu yang tenggelam dipantat sungai ianya telah kembali selamat timbul; tetapi pelampong yang timbul telah menjadi beban yang berat ianya telah tenggelam hampir mencecah kepantat sungai, kalau tidak dirawat dalam tempoh 24 dari sekarang. Ia perlu mendapat dukun dan fansui politik. Carta yang didalam laptop telah bertukar kepada latego.

Fenomina batu dan pelampung, pelampung dan batu ini, ianya berangkai dan berhantu. Kacau serta menganggu seluruh program perancangan rampasan paksaan kuasa terancang. Kes ini juga telah mengundang kepelbagaian tuduhan, halasangka, menentang dan ampu bersetuju. Kukuk dan salak TS Muhiyaddin Yassin adalah pengampu dalam masa kecemasan seperti tendangan penalti dalam keududkan getir lawan musuh kita telah berjaya menendang tepat bolos kegoal lawan 5 kali sepak. Manakala pasukannya dalam keaaan 4 goal dan sepakan terakhir adalah di kaki TS Mohiyaddin, dapatkah TS sepak terakhit dikaki TS tepat bolos ke goal lawan?

Kalau tersasar 5 – 4 maka TS Duit Kilo pelari anak Sultan akan dinobatkan sebagai pemenang dan selepas itu ia akan disembeleh samalah sebagaimana persembelehen yang Tembaga Tulin sempurnakan kepada TS Isa Samad kira-kira kurang dari 7 tahun dahulu. Orang lain semuanya maksum, saya saorang yang tidak, sabda TS Isa.